Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta 11 Syarat

Rate this book
RASYA – Pelajar tahun akhir yang bijak. Dia tidak pernah berkasih lagikan bercinta. Itu syarat ayahnya selagi dirinya bergelar pelajar. Tapi kenapa dirinya yang karam dibadai cinta pasangan lain? Tidak semena-mena kesuciannya diragut orang yang cukup dipercayainya. Kelam terus masa depan dek insiden hitam itu. Bertambah berat beban yang terpaksa dipikul kala diri dikhabarkan berbadan dua. Mana mahu diletakkan muka kala ceritanya sebagai perempuan sundal dicanang sekampung? Orang lain yang kecewa bercinta, dia pula yang terpaksa merana! Hidupnya yang tenang dan indah selama ini berputar 360 darjah...

HAZIQ aka KOMENG – Seboleh mungkin dia mengelak daripada perempuan-perempuan bebas di kota lantaran kerjanya yang sentiasa dihimpit perempuan sebegitu. Dahulunya sentiasa berbuat dajal namun tiba-tiba dia melamar Rasya biar nama itu sudah busuk sekampung. Lalu motifnya dipersoalkan. Manakan tidak, dia satu-satunya orang yang hampir membunuh Rasya. Bukan sekali tetapi dua kali!

BERSATULAH Rasya dan Haziq dengan meriah untuk mengelak salah faham orang kampung. Biarpun tidak dipersetujui oleh umi Haziq, dia tetap meneruskan rancangannya. Rasya pula akur setelah segala syarat untuk menidakkan lamaran Komeng dengan mudah dilaksanakan. Bencinya berkahwin dengan lelaki yang hampir menyebabkan dia mati! Antara takut, sakit hati dan budi Haziq, membuatkannya berada di persimpangan. Mahu marah sungguh-sungguh tetapi kata-katanya terikat pula. Namun, mahu melanjutkan satu semester yang tinggal, dia perlu akur 10 syarat Haziq yang nampak remeh tetapi menyesak dadanya. Bermulalah hidupnya kucar-kacir kerana syarat-syarat Haziq... Tetapi, tidak kepada Haziq kerana syarat-syarat itu menambah ceriakan rumah tangganya dengan keletah Rasya yang sekejap manja, sekejap keras hati...

“Kalau Sya nak minta kebenaran peluk abang tiap-tiap malam... abang setuju sangat. Abang lagi suka.” Sengaja dia menyakat isterinya.
Rasya merengus geram. Lelaki ini memang suka menguji kesabarannya. “Hesy! Bukan fasal tulah. Tolong sikit. Erm... Sya...”
“Abang perasan yang isteri abang manja sangat semalam,” usik Haziq lagi.
“Abang... boleh tak jangan sebut fasal semalam lagi?”
“Tapi Sya nak cakap fasal semalam jugak, kan?” duga Haziq bersahaja.
“Ini hal lainlah. Fasal semalam tu...”
“Kenapa?” potong Haziq.
“Errr... semalam tu... jangan fikir sebab semalam kononnya kita dah okey. Sya tetap tak suka abang,” luah Rasya berani.
“Abang tahu.” Dia sudah dapat mengagak itu. Dan dia tidak mengharapkan apa-apa.
“But thanks for last night,” ucap Rasya ikhlas sebelum berlari anak masuk ke dalam rumah.

PENERIMAAN Rasya terhadap Haziq aka Komeng menyebabkan Syahrie tidak keruan kerana dia yakin Komeng berniat jahat. Dia tambah tidak ketahuan rasa apabila naluri kebapaannya menular laju di ruang hati setelah mengetahui Rasya hamilkan anaknya atas kesilapan yang tidak disengajakan. Dia tekad mahu kejar Rasya...

“Patutnya Rie yang sentuh perut Sya, mak. Kesalahan Rie terlalu besar. Rie takut samseng tu berpura-pura, mak. Rie takut dia buang anak tu nanti dan dideranya Sya. Rie nampak tadi mata dia mak. Dia pandang sinis pada Rie. Dia...dia macam sengaja nak tunjuk dia hebat. Nak bagitahu Rie yang anak tu anak dia. Tu, anak Rie, mak.” – Syahrie

760 pages, Paperback

First published September 1, 2013

35 people are currently reading
466 people want to read

About the author

Muna Mahira

31 books52 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
89 (38%)
4 stars
72 (31%)
3 stars
47 (20%)
2 stars
14 (6%)
1 star
8 (3%)
Displaying 1 - 28 of 28 reviews
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
987 reviews118 followers
November 30, 2013
Selepas perbincangan dengan another fellor reader, Joy tolak 1 star sebab isu rogol dalam novel ini. Sorry ye kalau ada yang tak setuju tapi inilah pendapat saya sebagai seorang wanita.

Walaupun cerita ni best, ia kurang 1 bintang kerana rasa geram saya yang sangat kat si Rasya tu. Aduh, budak tu. Geram betul bila dia tak nak beritau perkara yang sebenar, rela lindungi Syahrie yang teruk sekali. Lelaki yang macam ni, memusnahkan kepercayaan dan hubungan yang suci oleh kerana perempuan yang jahat, memanglah tak layak dapat simpati Joy ni. Mak Eton tu satu lagi, dah tua2 belaka tapi masih perangai lagi teruk daripada budak, dapat padahnya juga akhirnya.

Oh, Haziq, abang handsome, memang seorang suami yang mithali, penyabar dan baik sekali. Kesian dia. Nasib baik dia punyai penyokong tegar, Hana, adik Sya. Hana ni Joy kagum sangat dengannya. Suka Hana yang terus benderang dan matang sangat. Thumbs up to Hana.

Cinta 11 Syarat memang x membosankan. A recommended read.
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
March 8, 2020
Maaf. Saya tak dapat nak habiskan cerita untuk naskhah ini. Mungkin dah tak serasi dengan saya untuk kisah yg mcm ni. Kisah kena rogol then boleh teruskan hidup mcm biasa. Lagipun Rasya terlalu 'baik'.

At least kena study kesan2 atau apa2 yg berkaitan dengan apa itu rogol. Kesan pada mangsa, si pelaku dan org2 sekeliling mereka. Ini isu yg sangat sensitif.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,029 reviews377 followers
December 3, 2013
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Cerita ni memang interesting tapi rasanya terlalu panjang. Kalau ikutkan tajuk, N ingatkan cerita ni agak santai walaupun plotnya berat. Tapi N silap. It's quite a heavy drama.

Satu pesanan N untuk sesiapa yang sudah atau akan baca cerita ni. Don't follow Rasya's example. N tak suka dia choose untuk tak melaporkan Syahrie yang telah merogolnya. Alasan dia, Syahrie mabuk semasa dia dirogol dan Syahrie adalah sepupunya yang dia sayang seperti seorang abang. That's not a valid justification to not report the crime. Kalau orang curik your handbag pun you akan buat laporan polis, inikan orang telah merampas your kesucian...

Haziq dan Rasya adalah rakan sekolah yang tinggal sekampung. Haziq dulu seorang gengster dan Rasya sering menjadi mangsanya saban hari, sehinggalah Haziq dihalau keluar dari kampung itu. Bertahun-tahun berlalu, dan Haziq pulang semula ke rumah lamanya.

Rasya seorang pelajar universiti di tahun akhir. Pada musim cuti, dia bercuti sebentar di rumah sepupunya. Dia dan Syahrie sangat rapat. Mak dan ayah Syahrie juga sudah menganggap Rasya seperti anak mereka sendiri. Malangnya, kerana marahkan teman wanita, Syahrie hilang iman. Dia pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan merogol Rasya.

Rasya kembali ke rumahnya. Tragedi itu langsung tak diberitahu sesiapa. Sehinggalah pada satu hari, makcik kepoh di kampung nampak Rasya berwajah pucat dan termuntah-muntah. Dia cangakan ke seluruh kampung yang Rasya sudah menagndungkan anak luar nikah.

Berita itu sampai ke telinga orang tuanya. Rasya masih enggan memberitahu perkara sebenar. Habis Rasya dirotan oleh bapanya sehingga Haziq datang membantu. Kerana kasihan, Haziq menyunting Rasya. Kesungguhkan Haziq berjaya mengaburi mata orang kampung.

Rasya tak mahu menerima Haziq. Masakan dia nak menerima lelaki yang hampir membunuhnya dahulu. Dia pasti Haziq ada muslihat sendiri. Entah-entah Haziq nak membalas dendam kerana dihalau dulu oleh ketua kampung AKA ayah Rasya.

Rasa curiga Rasya membuat perkahwinan mereka dingin. Setiap kebaikan yang ditunjukkan oleh Haziq ditolak mentah oleh Rasya. Lagipun, masakan Haziq sanggup menerima anak yang dikandungnya hasil benih lelaki lain.

"Abang tahu memang susah Sya nak maafkan abang. Mungkin Sya akan terus bencikan abang. Tapi abang suami dan Sya isteri. Buruk abang waktu dulu tak ada kaitan dengan masa sekarang. Sekarang abang suami Sya. Dan abanng akan terus jadi suami Sya sampai bila-bila."
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews104 followers
June 29, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM18.00. Pm je....

Usai pembacaan, aku rumuskan ini adalah karya pertama atau mungkin kedua daripada penulis ini. Rupa-rupa ini sudah anak ke-3.

Agak lari dari klise kahwin paksa walaupun masih berpaksikan ramuan yang sama. Kisah Sya yang dirogol oleh sepupunya Syahrie. Haziq menawarkan diri sebagai pak sanggup kepada anak yang dikandungnya. Usia perkahwinan setahun membuahkan rasa cinta dan zuriat setelah pelbagai halangan dan rintangan yang melanda.

(for me).... graf penulisan CINTA 11 SYARAT ini bukan dalam garisan menaik @ menurun tapi dan mcm 'garisan-mesin-hayat' di hospital. Ada kalanya penulisannya matang bersesuaian dengan garisan usia pelaku2nya dan ada kalanya terlalu keanak-anakan. Penumpuan rasa yg dizahirkan tidak konsisten. Perasaan sayang, cinta dan benci kurang jiwanya.

Kebanjiran watak2 dalam novel ini seakan-akan membataskan perkembangannya. ATAU dengan ayat mudah - tiada beza antara pelaku utama dan sokongnya. Mungkin jika tumpuan diberikan kepada Sya, Haziq dan Syahrie - watak2 tersebut dapat dikembangkan sepenuhnya. Keterlibatan 3 keluarga dalam cerita ini agak mengusutkan. Tiada cacatnya jika watak2 yg 'tidak menyumbang apa-apa' ditiadakan. Contoh : watak adik kembar Sya, Syariah, keluarga Afif, Zamil.

Mungkin kerana faktor kebanjiran ini, penjiwaan untuk Sya, Haziq dan Syahrie agak terbatas. Penulis perlu melebihkan jiwa dan rasa pelaku2 ini tanpa menjadikan watak lain sebagai sebab musabab sesuatu plot digerakkan. Contoh: rasanya x perlu Syariah disandarkan sebagai batu api untuk kebencian Puan Saodah. Tiada kewajaran Zamil dijadikan pemangkin untuk Sya mengakui cintanya kepada Haziq.

Plot imbasan kembali juga agak mengganggu jalan cerita. 2 kejadian di mana Haziq mencederakan Sya hanya diselitkan di tengah dan hujung penceritaan. Unsur suspens yg cuba ditonjolkan penulis untuk kejadian tersebut agak kurang berkesan. Rasanya lebih baik jika urutan masa dan peristiwa dibiarkan seadanya. Sebetulnya, 2 kejadian inilah punca novel ini digerakkan. Sepatutnya penulis berpaksikan kejadian ini untuk menggerakkan rasa benci dan sayang Sya. Pembaca perlu tahu punca Sya membenci Haziq dan punca Sya melindungi Shahrie.

Aku suka bila penulis menyelitkan ilmu dan sindiran dalam novel ini, TAPI letak duduknya agak 'terang dan menonjol' (dan aku labelkan sebagai campurtangan penulis). Mungkin lebih manis jika teguran tersebut diselitkan dalam monolog dalaman pelakunya.

Atau mungkin aku 'terbandingkan' novel ini dengan novel lain yg mengangkat tema yg agak sama.....
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
October 24, 2013
Plot citer ni ada sikit2 macam Biarkan Indah Berlalu, Rasya yang menyinggah ke rumah mak saudara diperkosa abang sepupu yang frust putus cinta. Di dalam kedua-dua cerita, mangsa mendiamkan diri sehingga mengandung dan identiti perogol dirahsiakan sehingga mereka menjadi mangsa libasan ayah. Cumanya Rasya bernasib baik kerana mak dan adik-adik menyayangi dan masih menerima dia. Nasib dia juga terbela apabila musuh semenjak kecil, Komeng sudi menyunting menjadi suri. Bila nak kahwin, ada rintangan. Ye lah, mak mertua mana sudi menerima menantu yang dah ditebuk tupai. Apatah lagi semua orang sangka Rasya memang terlanjur dengan kekasih dan kecewa dengan kekasih yang lari dari tanggungjawab. Bila dah timbul bunga-bunga cinta, abang sepupu pula mampir untuk bertanggungjawab dan berlaku perebutan hak penjagaan anak. Tapi dalam cerita ni, Rasya keguguran masa kandungan berusia 7 bulan setengah. Jadinya isu berebut anak tidak dipanjang-panjangkan sampai pembaca boleh nangis bengkak mata.

Citer2 lain yang menebalkan novel ni memang la tak sama. Ok la citer ni kalau nak dibaca. Ada masanya boleh buat Cik Pah menitis air mata jugak dan ada kalanya macam kureng sikit sbb mcm keanak2kan dan ada kalanya macam menyentuh dan membuai perasaan.
53 reviews44 followers
September 17, 2013
Tajuknya sahaja telah membuatkan pembaca untuk mengetahui keistimewaan novel ini. CINTA 11 SYARAT karya MUNA MAHIRA penuh dengan RASA..macam ada 11 RASA... Plot cerita yang digarap kemas oleh penulis telah membuatkan pembaca dapat merasai kesusahan yang dialami oleh Rasya. Permulaan cerita telah mendebarkan pembaca kerana Rasya telah dirogol oleh abang sepupunya sendiri Syarie, umpama harapkan pagar, pagar makan padi. Ekoran peristiwa hitam itu, Raysa telah mengandung sehingga menjadi bahan umpat keji orang kampong terutamanya Mak Eton, Watak Mak Eton merupakan watak tipikal masyarakat kampong yang sangat suka menjaga tepi kain orang dan suka melihat orang berpecah belah. Setelah mendapat tahu anaknya mengandung, bapa Rasya telah merotan belakang Rasya dengan teruk sekali sehinggalah muncul Komeng menyelamatkan Rasya. Watak Haziq aka Komeng atau dipanggil abang handsome oleh Hana adik Rasya, telah menyelamatkan maruah Rasya dengan mengahwini Rasya. Rasya yang sememangnya membenci Komeng kerana kenakalan Komeng ketika kecil tidak bersetuju dengan perkahwinan ini. Bagi Rasya, Komeng sama sahaja seperti 9 tahun yang lalu yang mukanya seperti anak jin dan perangai macam hantu!. Teknik imbas kembali yang digunakan oleh penulis amat bertepatan dengan jalan cerita. Pada awalnya, pembaca akan tertanya-tanya apakah yang telah dibuat oleh Komeng sehingga Rasya berdendam dengannya dan membuatkan pembaca akan tidak sabar untuk menyelak halaman seterusnya. Sebelum berkahwin Rasya menetapkan syarat wang hantaran sebanyak RM 50 ribu ringgit dan sebuah perkahwinan yang meriah dengan harapan Haziq tidak dapat menunaikannya. Tanpa Rasya sedar bahawa Haziq telah menjadi seorang konsultan hartanah yang Berjaya! . Majlis perkahwinan yang sangat meriah telah menutup mulut-mulut orang kampong tentang Rasya. Perkahwinan yang mendapat tentangan hebat daripada ibu Haziq, Pn Saodah telah menyebabkan Rasya agak sengsara. Setiap hari Rasya dihina oleh ibu mertuanya kerana beranggapan Rasya ialah gadis liar sedangkan mereka semua tidak tahu bahawa Rasya telah dirogol. Keadaan menjadi semakin berkonflik apabila Syarie datang melamar Rasya walaupun Rasya telah sebulan berkahwin kerana Syarie ingin bertanggunjawab terhadap kandungan Rasya. Pelbagai konflik yang muncul pada peringkat klimaks penceritaan membuatkan pembaca tidak senang duduk untuk mengetahui pengakhiran novel ini (jangan selak halaman akhir)...sehingga sampai satu ketika Rasya hilang daripada kehidupan realiti kerana kehilangan sesuatu dan kehilangan kepercayaan Haziq terhadapnya. Keadaan sangat sedih ketika ini sehingga boleh membuatkan pembaca tangkap leleh menitiskan air mata. Penulis telah berjaya membuatkan pembaca seolah-olah menjadi Rasya, merasai kesedihan,merasai kehilangan, merasai kasih sayang . “I want to hold you like this forever”, “Isteri abang hilang lagi”, “Cinta abang hanya untuk sayang, dari dulu sampailah sekarang. Abang akan terus cintakan sayang sampai kita di sana nanti, walaupun isteri abang akan terus macam ini dengan abang...abang tetap akan cintakan sayang”, Abang berdoa sangat, sayang lakukan syarat yang pertama, syarat kedua, syarat ketiga, syarat keempat, syarat kelima, syarat keenam, syat ketujuh, syarat kelapan, syarat kesembilan, syarat kesepuluh. Itu syarat –syarat Haziq @ komeng @ abang handsome kepada Rasya. Apakah syarat yang kesebelas? Dapatkah Haziq menggapai cinta Rasya? Dapatkah Rasya kembali ke alam realiti? Berjayakah Syarie merampas kebahagiaan Haziq & Rasya? Pulihkah hubungan antara Rasya dan ibu mertuanya? Bagaimana pula dengan nasib Mak Eton? Semuanya terjawab dalam novel CINTA 11 SYARAT. Dapatkan di pasaran terbitan Intens Idea Fauziah Ashari. MEMANG BERBALOI BALOI MEMBELINYA! BEST!
Profile Image for mer.
1,521 reviews65 followers
August 15, 2017
Teruk ah buku ni. Nape ntah aku beli? Trauma kepala otak aku lepas baca ni. Sayang duit aku, masa aku kena bazir untuk buku ni. Tak nak lagi ah jumpa buku macam ni. Moga dijauhkan.

Sebelum aku teruskan, ulasan ni ada spoiler alert dan subjektif. Berhenti sekarang kalau tak nak tahu dan tak nak ambil risiko. Kalau nak juga baca, dipersilakan. Jangan cakap aku tak beritahu awal.

Dibawah adalah perkara-perkara yang membuatkan aku rasa nak bakar je buku ini.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
August 7, 2014
Rasyakeen Omar (Rasya) seorang gadis yang cantik, baik serta pandai. Walaupun mempunyai ramai peminat tetapi tidak seorang pun yang dihatinya kerana mengikut pesanan ayahnya. Dia amat rapat dengan Abang sepupunya, Sharie yang dianggap macam abangnya sendiri. Tetapi malang, orang yang dipercayai telah meragut kesuciannya. Rasya tersepit dengan berbagai rasa dijiwanya. Takut kejadian itu akan merosakkan hubungan keluarga mereka dan dia juga tidak mahu Shahrie untuk jadi suaminya, lalu di simpan rahsia itu. Malang sekali, dia didapati mengandung. Mak Eton menjadi dalang tukang sebar fitnah kerana dendam lama. Seluruh kampung heboh dan nama baik ayahnya tercarik. Lalu dirinya di pukul hingga pengsan. Hana, adik Rasya, meminta pertolongan Haziq. Haziq bukan sahaja menyelamatkan Rasya dari ayahnya, tetapi juga menyelamatkan maruah keluarga mereka dengan mengahwini dirinya. Tertutup akhirnya mulut orang kampung. Tetapi hati ibu Haziq pula meningkah kerana tidak mahu maruah anaknya diperlekehkan. Haziq cuba untuk meraih hati Rasya. Dia beri syarat-syarat yang Rasya harus tunaikan supaya dia dapat habiskan kuliahnya. Tetapi syarat-syarat itu telah berjaya membuka hatinya untuk Haziq. Bila mereka mula rasa ada bibit cinta, Shahrie tiba-tiba datang untuk menagih kasih Rasya. Dia juga mahukan anak yang di kandung Rasya untuk menebus rasa bersalahnya kepada Rasya. Macam-macam telah dilakukan oleh Sharie. Mak Eton pula menabur fitnah keatas Rasya sekali lagi. Haziq mula cemburu dan ragu akan kesetiaan Rasya. Rasya ditinggalkan keseorangan. Rasya semakin lemah dan akhirnya melahirkan anak belum cukup bulan. Tetapi anak itu juga meninggal dunia. Rasya tertekan hingga sakit tak kenal orang disekelilingnya. Bila Haziq akhirnya pulang, dia terkejut dengan berita mengenai Rasya dan anak kandungannya. Dia rasa amat bersalah lalu bertekad ingin menjaga Rasya dengan sebaik-baiknya. Akhirnya, setelah lama bagai tidak sedar diri, Rasya pulih. Haziq dan Rasya akhirnya dapat mengecap bahagia bersama sambil menanti anak mereka lahir.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews85 followers
May 19, 2014
Pertama kali membaca naskah Muna Mahira. Dan, usai membaca kisah Sya dan Haziq aka Komeng, ye, mcm kisah dr novel yg lain2. Kisah Pak Sanggup. Walaupun okey ceritanya, cumanya yelah kisah kahwin paksa, so sy kurang berkenan sikit. Cuma, penulis pandai atur jalan cerita. Dalam semua watak yg wujud dalam kisah ni, cuma watak Hana yg tak menyakitkan hati. Suka watak Hana! N, sy benci watak Rie. Gedik sangat! Emosi pulak. Apa2 pun tahniah buat Muna Mahira!
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 13, 2016
Tengah baca semula~masih tertanya-tanya kenapa saya beri 2 bintang saja. :))

Review later.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,547 reviews41 followers
October 5, 2017
Cerita bukan santai. Pedih ulu hati juga geramkan Rasya yang rasanya terlebih baik hati tak bertempat. Mahkota disentap dek lelaki yang dianggap abang, lagi tak difikirnya satu jenayah. Alasannya, "abang Rie mabuk sebab terlalu sedih kehilangan Rita, dia tak sengaja". Nampaknya Rasya yang cerdik belajar lebih cenderung salahkan Rita dari Rie yang sah tak berciri lelaki sejati. Dek ditinggalkan perempuan yang jelas tak berbaloi dijadikan suri hati, adik sepupu yang dikasihi dan dijaga rapi sejak kecil, jadi mangsa. Dah tu tak pulak cepat-cepat dukung tanggungjawab. Ahaiii.

Hero cerita pula, Haziq aka Komeng, awalnya gentleman habis sanggup ambil Rasya walau dah tahu dia kandung anak luar nikah, siap curah banyak duit dengan hantaran rm50 ribu ringgit nak pulihkan semula imej Rasya yang dah tercemar di mata orang kampung, tapi spoil juga akhirnya, buta kejap juga dek cemburu terhadap Shahrie. "Kononnya mampu sabar. Rupanya sabarnya senipis kulit bawang". Rasanya dia kahwini Risya lebih sebab rasa bersalah atas kesalahan masa zaman kanak-kanak. Cinta terbit sebab Risya cantik kot.... tapi tak lah, memang Haziq kahwini Rasya sebab hatinya tanpa sedar dah jadi milik Rasya sejak kecil. Abirah paling baik, tapi tak logik juga terlebih sayangkan Rasya hingga sanggup angkat kaki tinggalkan Mak Eton... sedih juga emaknya jadik macam tu.

Suka watak Hana yang selamba. Umi Saodah pun lebih realistic orangnya berbanding Rasya & Haziq. Apapun, berbaloi juga la baca buku ni, pengajarannya, ego + jealousy always wins over compassion.
Profile Image for Anis Azura.
58 reviews
December 3, 2013
Different than my expectations..huhu..tapi cerita ok dan saya still suka..disebabkan kena rogol,Rasya dihina org kampung,dan dibelasah keluarga sendiri. Muncul lah Haziq aka Komeng yang datang meminang untuk dijadikan isteri..Mula-mula semua meragui keikhalasan Haziq,tapi Haziq berkeras jugak..akhirnya jadila kawin sebab nak tutup malu.Walaupun hamil anak luar nikah,hantaran 50k tu,,sape nak bagi kan?kaya betul si Haziq ni,gengster kot,hehe..Dia bertekad untuk membuat Rasya jatuh cinta dan bagi saya Haziq memang lelaki yang baik,sweet dan romantik.11 syaratnya walaupun sukar bagi Rasya untuk penuhi (tapi terpaksa)rasanya memang satu langkah yang bijak,sebab akhirnya dengan syarat tu lah Rasya jatuh cinta pada Haziq.lagi satu,stress dengan Mak Eton tu,tak habis-habis menabur fitnah,dah berumur pun masih ingatkan dendam lama.Eloklah dia dapat balasan sebab perbuatannya tu.Porak-perandakan rumah-tangga orang.Konflik muncul bila perogol Rasya muncul,dan berniat utk tuntut hak die balik,iaitu Rasya dan anak nya..tak malu betul!dah buat,lari xnak ngaku,lepastu datang tiba-tiba mintak belas kasihan.Macam-macam cara dibuat untuk dapatkan Rasya,tapi cara yang terakhir telah menyebabkan terjadinya tragedi yang menyayat hati..sedih buat Rasya.Tetapi,pengakhirannya membuatkan saya gembira sebab akhirnya mereka bahagia dalam dunia mereka sendiri. Dah takde yang kacau lagi. :)
Profile Image for Ayu1166.
38 reviews3 followers
January 20, 2014
Jalan cerita yg menarik....watak hero yg baru nk kaya (hahahaha slalu watak hero @ heroin mesti anak dato la tan sri la), tp geram giler ngan rasya yg diam diri lps kn dgn syahri...suka ngan komeng (tgh terbyg muka bad boy camner)....bl start baca x leh nk letak sbb nk tau next dia camner....x lupa si temban hana....
Profile Image for Syahirah.
9 reviews
July 7, 2025
Macam drama tv3 ek HAHAHHA kurang minat sebab for me agak tak logik. But nak baca hilangkan bosan ok. Overall tak minat
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
October 13, 2013
suka cerita ni...hehe..nak laki mcm Haziq satu boleh?!!!


Sangat suka dan terharu bila Haziq yg dpt terima Rasya walaupun dpt tau Rasya ni pernah terlajur dan x suci siap pregnant lg (sbnrnya x tp nk lindungi si mamat psiko tu)..org lain duk maki2 Rasya..Haziq je yg selalu lindungi dan kembalikan maruah Rasya walaupun x tau cerita sebenar.. cuma Rasya tu la..ssh betul nk terima Haziq..duk benci laki dia sbb cerita zaman kecik..degil betul..tp klo x benci x de la cerita kan..haha..

Dari situ la..boleh rasa dgn kesungguhan Haziq yg x putus asa memikat isterinya.. Suka perwatakan Haziq..yg suka menyakat Rasya...lepas tu sediakan syarat2 yg agk comel..yg x boleh Rasya nk elak kalau nk habiskan pengajiannya..


Konflik?? Apa lg..si psiko tula..aka pengecut..abg sepupu Rasya, Syahrie yg meragut kesucian Rasya..lepas tu da tau dia rape Rasya boleh larikan diri dari masalah diamkan diri biar Rasya tanggung sorang2..lepas tau Rasya pregnant dan da kahwin dgn Haziq boleh pulak dia menyibuk kat rumahtangga org tu..geramm betull..!!

tahniah penulis...mmg best karya kali ni..dari karya sebelumnya..:)
Profile Image for Aliza Nai.
148 reviews3 followers
February 24, 2014
Story between Rasya and Haziq a very loving husband yang sanggup menerima buruk baik bini nya.I dont like character bini2 ani mcm tarik tali dgn the husband.If suka bagitau lah ani sudah the husband nada baru tah tercari2.Tapi ok lah the feeling want to read atu ada and last2 abis jua d baca.
Profile Image for Uswatun Hasanah.
22 reviews4 followers
May 15, 2014
kadang2 kita akan lihat seseorang dari masa lalu..
sebaiknya jadikan masa lalu satu kekuatan untuk maju kehadapan
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
March 14, 2016
She could forgave and loved her rapist yet cant forgave a person who almost caused her death yet saved her from further humiliation..Seriously double standard..loathsome behavior.
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
August 25, 2016
250816 : arkhirnya bertemu dengan noktah akhir..lama jugak nak khatam novel ni mungkin sebab dah tengok drama kat tv walaupun ada sedikit perbezaan plot cerita.
apa pun tahniah untuk penulis...
Profile Image for Theplain.
98 reviews25 followers
Read
April 18, 2017
did i miss the '11 syarat' thing? syarat2 tu ada dalam dialog ke?
saya curious dgn benda tu je.

well other than that it's a good thing to put a real social issue like rape. but we live in a real world that sometimes don't have prince charming or knight in shining armour to save us (women). it will be good if you show how malay & muslim girl can be strong just by herself, fixing her own problem. like rosie in love,rosie.


Displaying 1 - 28 of 28 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.