Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih adalah Saifudin, Tombiruo, Mikhail, Ryu-Watanabe dan Carlos. Terjebak ke lokasi yang berbeza-beza.
Saifudin bertemu Syeikh Thauban – satu-satunya manusia penjaga masjid. Dipercayai masjid terakhir yang terselamat.
Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia.
Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu.
Mikhail pula bergaul hidup dalam gerombolan dubuk yang pandai berkata-kata.
Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur. Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie.
Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka. Namun di kalangan mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak – pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat.
Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal,) maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati!
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.
Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.
Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.
Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.
Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.
Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.
Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.
Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.
Latar belakang pendidikan Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979) Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984) Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000) Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia Anugerah Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu. Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002. Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.
Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:
Magis adalah reunion Laksamana Sunan dari Tanah Rencong, Ejim si Tombiruo yang pagan, Ryu-Watanabe samurai berdarah melayu, Mikhail si pembunuh upahan dan Carlos yang berjiwa lebih dari satu.
Hampir 80% plot cerita Magis seakan-akan kesinambungan perjalanan Laksamana Sunan. Merentas masa umpama Time Machine oleh Stephen Hawking telah lama tercipta dan berjaya diuji, pertembungan dunia baik dan hitam, karakter mistik yang mengejar dimana-mana, petunjuk dari orang alim taktala sesat dan bingung.
Hero dunia lain, Tombiruo, Mikhail, Ryu-Watanabe dan Carlos kalau boleh aku katakan, umpama tetamu jemputan dalam segmen bual bicara gitu...atau lebih tepat lagi, persis pelakon jemputan yang boleh menaikkan sedikit lagi rating yang memang sedia tinggi.
Pelakon-pelakon jemputan terpinga-pinga dengan Fenomena Halo sedangkan Saifudin yang sudah tua seperti dihambat kenangan silam. Melalui proses yang sama, cuma dunia yang berbeza - dunia yang dikatakan akhir zaman.
Cuma ada sedikit perbezaan, kali ni, banyak objek perlambangan atau kiasan sembunyi dan terangan. Perempuan tua misteri yang mengekor musafir perentas masa diumpamakan sebagai dunia yang telah tua...dan menakutkan. Kemudian, Raja kepada Tuan Turak..persis raja songsang akhir zaman , diibaratkan sebagai dajal bermata satu..aku teringat pendapat-pendapat tertentu yang mengatakan dajal sebagai satu makhluk pembinasa..ada pendapat lain yang mengatakan dajal mungkin pemanupulasi ekonomi, juga yang menguasai sumber air dan makanan. Kali ni, sedikit unsur-unsur freemason diketengahkan. Simbol one-eye, pyramid, america dan zionis yang dilaknat (haish..kenapa la Barack Obama dapat anugerah Nobel...nanges Alfred Nobel kalau tahu ni)..
Walaupun RAM dilihat mengambil jalan selamat dengan lebih 80 peratus fokus kepada Sunan - baik dari segi membentangkan kembali idea musafir perentas masa, kuasa jahat yang berbentuk halus, alasan itu tak mungkin merencatkan rating yang aku beri. Masih tegar, 5 bintang.
Bacaan telah lama disudahkan, dan aku masih terperangkap dengan khayalan.
Manusia... ramai yang terlupa bahawa hidup ini mempunyai waktu, tapi mereka sengaja mensia-siakan waktu itu. Hidup ini... bernyawa, Mikhail [pg 278]
RAM memang arif bila perlu bermain dengan watak, tempat dan laras waktu. Dan sebagai pembaca, semuanya perlu seiring ketika sedang membelai naskhah ini kerana ceritanya tidak pernah mengikut susunan waktu. Cuma kali ini, RAM banyak membantu dengan meletakkan satu hero di satu bab. Lebih tersusun dan lebih mudah hadam sebenarnya.
Fenomena halo. Antara percaya dengan tidak. Menongkah arus, merentas zaman. Memperlihatkan lima hero RAM bertemu. Sunan, Mikhail, Carlos, Ryu-Watanabe dan Ejim si Tombirou. Saling berjuang menegakkan keadilan. Saling bergelut dengan godaan dan jati diri. Saat di mana kita semua sudah tiba di hujung-hujung waktu. Ya, ini cerita tentang manusia di akhir zaman. Waktu sang Dajal saling memperdaya, saat Islam kian hancur di tangan manusia itu sendiri.
Sejujurnya aku hanya benar-benar mengenali Sunan dan Mikhail. Sedang tiga hero lagi itu aku hanya kenal namanya lewat karya-karya RAM lalu. Tapi apa yang aku suka dalam novel ni, pembaca akan tetap mendapat rentaknya. Tidaklah tertanya-tanya siapa dan kenapa, kerana watak-wataknya diseimbangkan hampir sempurna.
Aku suka dengan gandingan Sunan-Ejim. Si Sunan, sang pendekar purba dan Ejim, si pagan yang mencari makna diri. Begitu juga dengan Mikhail dan Ryu-Watanabe. Dan Carlos yang masih dihimpit dengan Bilal Piut. Aku kira penulisnya sudah berkerja keras membahagikan fokusnya, supaya tiada watak yang lebih menonjol daripada yang lain. Beliau mahu kesemuanya mendapat perhatian yang sewajarnya. Tapi mungkin kerana karisma Sunan, hati lebih menjurus pada sang laksamana itu :))
Watak-watak lain yang membantu cerita ini bergerak memang boleh tahan banyaknya. Baik si Tuan Turak mahupun Cinnie. Tapi ya, aku amat tertarik dengan watak perempuan tua hodoh berbongkok tiga yang mengekori langkah-langkah kesemua hero. Ada cerita di sebaliknya. Dan itu semua akan terungkai di akhir-akhirnya. Perghh... memang cukup menuntut kesabaran aku untuk mengetahui kebenarannya.
Sebagai penulis senior, memang tak perlu dipersoalkan tentang gaya bahasa dan plot penceritaannya. RAM nyata berada di kelasnya tersendiri. Cuma kali ini ada beberapa frasa yang diulang-ulang. Tidak mencacatkan tapi terasa kehilangan RAM di sini. Dan aku tersengih-sengih di beberapa halaman kerana melihat frasa – ‘ini kalilah’. Sinis. Pheww...
Aku sedikit kecewa dengan penamatnya. Tu yang kurang satu bintang hahaha Tapi ya, pengakhirannya yang ada Mikhail dan Ryu-Watanabe tu buat aku rasa yang ianya akan ada kesinambungannya. Eh! Sesuka hati meneka.. tapi tak salah kan wahai tuan penulis? hee :))
5 watak dari tahun yang berbeza disatukan di sebuah tempat di akhir masa. Pertemuan Saifudin, Ryu Watanabe, Carlos, Ejim dan Mikhail di akhir waktu membawa mereka kepada sebuah peperangan.
Membawa konsep time travel bukan sahaja kepada satu watak tapi 5 watak yang berbeza akan jadi berterabur jika tidak disusun secara baik. Namun RAM berjaya menyusun perihal setiap watak dengan baik tanpa ada sebarang aspek yang boleh membawa kepada kekeliruan.
Akhir masa yang diceritakan membawa SH membayangkan tentang akhir zaman. Di mana agama tidak lagi menjadi amalan manusia sejagat. Dunia penuh dengan maksiat dan tipu helah dunia yang bermaharajalela.
Akhir zaman sememangnya menjadi satu ujian buat umat Islam. Adakah kita akan kekal sebagai Muslim atau Islam hanya sekadar di atas kertas. Mampukah kita berjihad menentang kejahatan andai dihidang dengan kemewahan dan kesenangan.
Ada beberapa babak dalam naskah ini yang bukanlah babak sedih tapi mampu mengundang rasa sebak dan hiba dalam hati SH. Cukup terkesan dengan babak-babak tersebut.
SH suka dengan ending Carlos dalam naskah ini. Nak tau endingnya apa?? Kenalah baca baru boleh menghayati dengan sendirinya.
Sememangnya naskah ini adalah naskah yang sangat berbaloi untuk dimiliki. Bukan sekadar bacaan untuk hiburan tapi penuh dengan hikmah untuk difahami.
Terbaikkkk...itu yang boleh aku katakan...MAGIS boleh di katakan menebus kembali kehampaan aku terhadap Novel Aku Bercerita...Gabungan 5 hero (Sunan, Ryu, Ejim, Mikhael & Carlos) yang mempunyai pelbagai karakter di satukan dalam sebuah novel...
Ia mengisahkan kelima-lima mereka tercampak ke dunia Magis di Hujung Waktu..."Yang tak masuk akal boleh berlaku di sini"...begitulah taglinenya...Dubuk yang boleh berkata2...peluru pistol yg tidak kehabisan...Ejim yang berwajah manusia...Sunan kembali muda...
Permulaan cerita bagi aku agak goyah walaupun di mulakan dengan kisah Sunan...pembaca akan di bawa dari satu watak ke watak yg lain, bab demi bab di mulakan dengan watak2 yg berbeza...jadi pembacaan aku sedikit terlompat2 dengan anjakan yg di lakukan oleh penulis...aku rasa lebih baik di habiskan cerita 1 watak terlebih dahulu sebelum memulakan pengembaraan untuk watak2 lain...tapi bila mana mereka telah jatuh ke dunia Magis, mood membaca aku semakin meningkat...apatah lagi bila Sunan bertemu dengan Ejim...aku suka duo antara mereka...manakala Mikhael bertemu dengan Ryu-Watanabe...Carlos, seperti biasa masih lagi keliru dengan watak tambahannya Bilal Piut...
Cuma bagi aku sebagai pembaca, elok kiranya ada peta kawasan Hujung Waktu sebagai panduan...Penulis ada meletakkan sedikit unsur humor tatkala Ryu berjumpa Mikhael mandi dlm sungai...hahah...malahan novel Magis ni terselit juga unsur sx yg tidak keterlaluan...malahan penulis banyak menyelitkan pelbagai nasihat & panduan untuk pembaca...berserah kepada Yang Maha Esa & bertawakkal kepada Nya...
Aku akui Sunan memberi banyak impak dalam novel ini berbanding dengan watak2 lain...mungkin di sebabkan kesempurnaan pada watak Sunan itu sendiri...& penamat di dunia Magis agak menghampakan berbanding dengan jangkaan aku...tapi penamat (Epilog) untuk novel ini agak mengejutkan aku...ala2 REUNION pula dengan kemunculan Mushaf Sunan....jeng3
Seperti selalunya, karya RAM mmg jarang mengecewakan. Saya akui, setiap kali RAM keluarkan karya baru, insyaAllah saya akan beli. Cuma bacanya tue yg kdg2 lambat. Kdg2 cpt 😂😂.
Buku nie gabungkan 5 watak utama dari 5 buku RAM yg seblmnya. Dan pastinya Laksamana Sunan/Saifudin adalah karakter favourite saya. Lepas dah habis semua buku Sunan saya khatam dan dpt baca lg dlm buku nie mcm penawar rindu jugakla.
Selain 2 ada byk aksi lawan2. Sunan bersama keris, Mikhail bersama pistol, Ryu-watanabe bersama pedang samurai, Tombirou bersama parang panjangnya dan Carlos? Haha Carlos bersama sikap agresifnyala. Ceritanya, dorng nie dlm tahun dan zaman msg2, tgh buat hal msg2, dan tiba2 bila berlakunya fenomena halo, dorng berlima tercampak di dunia magis. Dunia yg digambarkan sebagai masa depan. Ada satu kuasa jahat yg cuba nak takluki dunia. Hampir menakluk seluruh dunia, kecuali beberapa wilayah yg masih dipertahankan oleh bangsa2 yg xmau tunduk kepada kejahatan. Bangsa nie digelar pemberontak. Padahal mereka adalah org2 baik yg xnak menyekutukan Allah. Jadi peperangan mmg xdpt dielakkan lagi., 😁 Lebih kurang mcm2 la. DAN saya suka endingnya. Mmg puas hati.
Ini adalah salah sebuah novel dari tuan penulis yang menjadi kegemaran jiwa dan rasa puas hati itu ada terselit di dalam minda walaupun ada pembaca yang berkata ianya tidak punyai twist cerita yang diharapkan. Perlu twist cerita sangatkah dalam sesebuah novel? Bagi saya, jika ianya punyai mesej dan pengajaran malahan yang penting mampu membuatkan hati saya menggesa untuk memperhabiskan sesebuah naskah itu, itu sudah kira terbaik! Eh, merapu pulak. Maaf… heee…
Owh ya lima bintang penuh dengan percikan bunga api yang banyak saya bagi untuk buku ini. Yeay!
Ya saya suka apabila watak-watak yang wujud dari novel-novel sebelum ini dikumpulkan sekali. Sunan, Ryu-Watanabe, Mikhail, Carlos/ Bilal Piut dan Tombiruo yang tercampak ke dunia masa hadapan di mana dunia sedang berada di hujung waktu apabila fenomena halo terjadi sangat menarik. Mungkin ceritera ini sebelum kiamat menjengah! Tuan penulis membuka ceritera dengan memberi pengenalan kepada setiap watak yang pernah diwujudkan. Jadi kepada sesiapa yang belum atau tidak pernah mengenali watak-watak itu, serba sedikit akan mengetahui jalan cerita watak tersebut sebelum masuk ke jalan cerita utama yang ingin disampaikan.
Ada humor yang disajikan di dalam naskah ini. Di samping itu, aksi yang sangat padat juga turut diberikan oleh tuan penulis. Rasanya sesiapa yang belum mendapatkan naskah ini, belilah, anda tidak akan merasa rugi dengan apa yang diberikan oleh tuan penulis untuk ceritera dalam novel ini!
Di hujung buku ini pula, selepas mereka tercampak semula ke zaman asal, tuan penulis membuat satu pertemuan beberapa watak yang memang wujud di zaman moden. Mungkin agak keterlaluan saya cakap yang saya suka bila mereka berkenalan antara satu sama lain. Dan di situ, saya menarik nafas gembira sebelum menutup buku ini! Yang penting ada tandatangan tuan penulis kat depan buku! Heee… (Obses!)
Tapi apa pun, semua orang pasti tak sama selera jiwanyakan. Lain orang lain rasa. So, kalau nak cuba apa rasa ketika baca buku ini, silakanlah. Jangan malu, jangan segan!
Dengan membaca Magis ni, korang tak perlu baca novel koleksi Sunan, Mikhail, Mandatori, trilogi Tombiruo dan Hatiku Di Harajuku pun tak apa. Setiap karakter utama dalam novel-novel tersebut ada diintrokan pada bab-bab awal. Jadi pembaca yang tak pernah baca novel-novel yang terlibat sure takkan sesat punya. Power dak?
Dalam Magis ni, aku suka gandingan watak yang RAM buat -- Sunan-Ejim-Carlos dan RyuWatanabe-Mikhail. Gandingan yang dibuat ni sangat kuat chemistry mereka dan sekaligus membuatkan jalan ceritanya menjadi menarik walaupun kita pasti tahu kebaikan pasti akan menang pada akhirnya. Gandingan yang aku paling suka dah tentulah Ryu-Watanabe dengan Mikhail. Duo tu membuatkan aku terhibur dengan gila-gila mereka tu. Kudos RAM!
Paling aku salute dengan RAM ni sebab beliau sering menyajikan sebuah cerita fiksyen yang disalutkan dengan info dan ilmu yang boleh dikatakan deep tapi diringankan penyampaiannya dengan gaya penceritaannya yang begitu penuh dengan aksi dan ada juga diselit dengan nada berlawak atau menyindir.
Sepanjang aku baca novel ini, aku dapati 'tone' naratif RAM (lebih-lebih lagi pada m/s 313) seakan-akan seperti dalam novel-novel Fixi (dan seangkatan dengannya) pula. Sedikit mengundang tawa dengan lawak gelap/kotor sebegitu.
i took almost 3 months to finish off this book.on-off-on-off.letak tepi katil bila nk tido baca sikit2.haha.blame my final year n my final mbbch exam.fuh.
ni pun curik2 masa gap exam after int medicine nk masuk surgery.otak dah tahap congested habis baca buku medic nk baca buku yg rileks sikit.sanggup tau i bawak buku ni dari msia sbb nk jugak habiskan baca cepat2.haha.tp tau2 la kalau baca buku RAM jangan harap la rileks dia macam baca buku cerita kahwin paksa-benci-sayang-gaduh-pastu bersama hingga ke akhirnya :p
MAGIS.tajuk buku pun dah rasa macam ada sesuatu yg pelik ttg buku ni.dan bila baca mmg pelik pun.x tercapai dek akal macam mana manusia yg boleh hidup tahun 1541 boleh berjumpa dgn manusia yg hidup tahun 2007/2008.tapi satu je point yg RAM nk tegaskan ,semuanya BOLEH dgn izin ALLAH.berulang2 kali juga penegasan tersebut dibuat dan bila kita baca kita mengakui kebesaran Allah yg mmg Dia boleh buat apa saja yg Dia mahu kerana Allah MAHA KUASA.(walaupun cerita ni hanya fiksyen tp mmg x lari buat kita berfikir Allah itu MAHA HEBAT).good job RAM.
fenomena halo belaku di saat semua org berada pada titik lemah masing2.laksamana sunan,ejim,mikhael,ryu-watanabe dan carlos.mereka semua kuat.tp di saat mereka terjebak dalam fenomena halo tersebut,mereka tidak berada pada saat kehebatan mereka.(mungkin RAM cuba tunjuk yg sehebat mana pun manusia itu pasti ada kelemahan di sebalik diri mereka)
sepanjang kisah pengembaraan mereka banyak benda yg berlaku.banyak benda yg kita boleh relate dgn kehidupan seharian.manusia semakin lalai,manusia tidak hiraukan solat,lupa agama,lupa pegangan hidup,hidup mereka bebas berbuat apa saja dan mereka diperintah oleh kuasa jahat yg bertopengkan manusia.banyak simbolik dan sindiran yg mmg kena dgn kehidupan kita.
pada pendapat saya buku ni mmg hebat sbb x terfikir RAM boleh terfikir utk buat cerita yg berbaur fiksyen tetapi sebenarnya berpaksi pada fakta sejarah dan hasil kajian beliau.cuma bahagian ending dia saya xdapat relate sangat.walau apapun,tetap menunggu utk baca his next book sunan(prolog).
terbaiklah MAGIS. sanggup ku berjaga semata2 nak habiskan ni. susah nak review lah,kena baca sendiri,tapi apa yang mampu i katakan, ohsem!pengembaraan yg i sendiri pun turut penat.kena hati2 membacanya..jangan nak belek belakang dulu nanti banyak pulak tertanya2. ada babak2 buat i sebak.. Melayu akan hilang? mungkin.kalau kita tgk dunia hari ni,melayu asyik bertelagah sesama melayu. okay malas cakap banyak. BACA sendiri.
Alhamdulillah. Tamat sudah membaca novel terbaru Ramlee Awang Murshid, Magis. Banyak sangat pengajaran yang diselitkan RAM. Terutama sekali peringatan tentang dunia akhir zaman,saat semua manusia leka dengan dunia hingga melupakan ajaran Allah. Sekali lagi, watak utama merupakan Saifudin, lelaki berduka dari Tanah Rencong atau juga dikenali sebagai Laksamana Sunan, merantau merentasi masa dari tahun 1540 ke satu tahun yang dikenali sebagai hujung dunia. Saat dunia berada di hujung tanduknya. Bersama pengembaraan masa Sunan terdapat 4 lagi watak dari novel2 terdahulu seperti Ryu-Watanabe(hatiku di harajuku),Ejim(Tombiruo),Carlos(case-closed),dan Mikhail(Mikhail).
Setiap perenggan digarap cantik membuatkan diri tak sabar nak menamatkan pembacaan tetapi tetap perlu bertenang agar setiap bait tulisan dapat dibaca dan dihadam.
Saat ditanya berkenaan novel seterusnya,RAM membicarakan tentang perjalanan hidup Saifudin,lelaki berduka dari Tanah Rencong sebelum bergelar Laksamana Sunan.
P/s: Tak pernah jemu membaca kisah tentang Laksamana Sunan.seorang lelaki yang berkarakter lelaki sebenar-benarnya. Biarpun dia cumalah satu watak fiksyen tapi tetap mengagumi keperibadian beliau. Thumbs up RAM. looking forward for SUNAN(prolog) =)
Tidak dinafikan kehebatan Ramlee Awang Murshid (RAM) berkarya memang superb! RAM punya banyak idea yang saya rasa tak terjangkau dek fikiran saya sebagai pembaca. Membaca karya RAM perlukan daya imaginasi yang tinggi jugak!
TAPI pengulangan ayat/frasa/statement yang sama tapi dituturkan oleh watak yang berlainan sedikit mengganggu pembacaan saya.
Bila saya telah selesai baca novel Laksamana Sunan, Mikhail, Tombiruo, Harajuku, Mandatori... memang saya akan dapat perasaan macam ni "alaa dah habis, tak puas lagi nak berjalan setapak di sisi hero-hero tersebut". Jadinya, cerita Magis boleh dikira bonus oleh penulis untuk peminat-peminat 5novel tadi. Saya enjoy kreativiti penulis menghumban kelima-lima mereka ke lolongan waktu yang sama jauh ke hadapan. Setiap pasangan Saifuddin-Ejim, Mikhail-Ryu Watanabe & Carlos-Bilal Piut, terdampar ke dunia yang sudah hampir ke kiamat. Paling lawak ialah Mikhail. Cuma dia tak sempat bawa kawanan dubuknya berperang. Sempat pula penulis bagi dialog kelakar yang tak sesuai dengan zaman "Ini kalilah!" yang diucap oleh Tombiruo dan Mikhail. Towards pengakhiran cerita, rasa saya kurang menyengat... anti-climax.
SeMAGIS tajuk, seMAGIS itu juga perjalanan naratif ini.Naskhah RAM memang tidak pernah mengecewakan saya sejak dahulu. Susur galur kisah 5 adiwira dipersembahkan dgn cemerlang sekali. Mereka dipertemukan dimedan MAGIS...mereka merentas masa..200 tahun ke hadapan. Sunan, Mikhail, Carlos/Bilal Piut, Ejim Tombiruo & Risham Ryu Watanabe dipertemukan di medan yang sama.
Bagi yang pernah mengikuti kisah kelima-lima adiwira ini, naskhah ini akan lebih mempersonakan anda dengan rencam persembahan mereka yang pelbagai. Apa-apapun saya sangat-sangat suka naskhah ni sbb hero pujaan saya Laksamana Sunan adalah adiwira yang paling terbilang antara yang terbilang. He's the hero among the heroes. Di medan pertarungan, keempat2 adiwira pernah tumpas ditangan Sunan..*lompat tinggi2..suker3x*
Sayang benar mahu menoktahkan naskhah ini..sebab tu saya ambil masa yang lama..mahu meladeninya dengan sepenuh jiwa namun saya harus akur ia berakhir juga di medan epilog. Yg ingin saya katakan ia naskhah yang harus dimiliki. Anda takkan kecewa.
Penuh aksi. Macam mana la Ram boleh terfikir nak buat kisah akhir zaman ni? kreatif betul. Kemunculan dajal, tentang akhir zaman yg mana Islam bukan lagi tunjang utama dalam kehidupan manusia, peperangan dan kemusnahan dunia...
Paling best sebab 5 hero ram tu berkumpul. Terubat rindu hihi..
Karya RAM tidak pernah mengecewakan. Biarpun ia adalah sebuah fiksyen namun karya RAM sentiasa menyuntik sedar tentang pergantungan dan keyakinan penuh kepada kuasa Allah melalui watak Laksamana Sunan.
Karya agung yang sebenar-benarnya,penuh dengan aksi-aksi menarik,campuran jurus angin dan silat pahlawan Melayu,dengan cara berlawan tradisional Masyarakat di Bawah Bayu...diperasakan lagi dengan teknologi moden...bukan sahaja nama bagi aku MAGIS...buku ni mmg Magis... Ada kesedaran akan agama,kesedaran akan tujuan hidup,kepahlawanan anak bangsa,lengkap,membawa seribu satu pesanan buat manusia, Mengingatkan manusia akan akhir zaman,keluarnya dajjal...berlakunya kejahilan yang melata.Dan kukuhnya iman musafir perentas masa,semuanya bergantung kepada Allah SWT...bahkan nyawanya bagai telur di hujung tanduk. Cinta dua jiwa yang terpisah,ada yang sementara,ada yang abadi selama-lamanya,part ni mengajar kita,cinta tak semestinya memliki,kerana pengorbanan itu suatu yang pasti, Banyak perkataan2 yg x tahu maksudnya,maklumlah baru bertatih dalam mendalami bahasa ibunda. Penuh manfaat,bukan sahaja aksi aksi berani,tetapi hujah2 yang menyentuh jiwa,membelai halus hati sang insan biasa.
Bacalah buku ni,jangan sahaja tgk pada luaran mesej yang ingin disampaikan,tetapi dalami dan selamilah mesej sebenar,kerana hidayah Allah SWT itu luas,dtg dengan pelbagai cara,
Untuk Tuan Ramlee,buku ni membawa mesej yang besar,saya percaya akan hakikat tersebut,tetapi sebagai insan biasa,mesej itu masih belum dijumpai, bukan kerana karya ini tidak hebat,tetapi diri sendiri yang sibuk,tidak mendalami dengan baik isi cerita ini...sekian terima kasih.
Lima hero dari novel RAM sebelumnya digabungkan dalam satu cerita. Dipertemukan mereka selepas fenomena halo berlaku di mana mereka telah disedut masuk ke dalam ruang masa dan waktu, membawa mereka ke masa hadapan. Mereka mendapati dunia sudah tenat, hampir kiamat, akhlak manusia telah dilumat oleh tentera dajjal.
Aku terjumpa satu babak sama seperti babak dalam filem Lord of The Rings: The Return of the Kings di mana Aragorn, Legolas dan Gimli masuk ke Valley of the Dead dan berjumpa hantu (atau ruh?) orang mati. Dalam novel ini RAM ubah sedikit, tetapi tetap sama. Different, but still the same.
Novel ini menceritakan tentang tanda kiamat besar, seperti 'Ketika Azazil Berputus Asa' oleh Hadi Fayyadh. Sorry to say, 'Magis' lebih baik walaupun 'Ketika Azazil Berputus Asa' best seller. 'Magis' hampir tiada plot holes, tiada kesalahan tatabahasa atau ejaan, pembangunan watak dari segi psikologi masuk akal.
Sudah berbulan-bulan lamanya aku mengkhatamkan novel ini tetapi aku masih lupa untuk mereviewnya 💆🏻♀️ Baik,novel kalini adalah himpunan hero-hero karya tuan RAM iaitu: Saifudin ❤️,Carlos 🔪Tombiruo 🪵,Mikhail 💣dan Ryu-Watanabe ⚔️. Disebabkan aku sudah lama menamatkan pembacaan ini jadi aku adalah lupa-lupa sedikit tentang jalan penceritaannya. Tetapi, yang aku boleh bicarakan di sini adalah novel ini sangat luar biasa. Saya sarankan pembaca-pembaca di luar sana untuk mengkhatamkan siri novel Laksamana Sunan, Mandatori,Carlos: Case Closed,Mikhail dan Hatiku di Harajuku terlebih dahulu sebelum memulakan novel ini. Ya, memang novel ini boleh dibaca sebagai 'stand-alone' tetapi untuk lebih memahami dan lebih 'feel' jalan ceritanya, bacalah semua novel tersebut terlebih dahulu. Apa-apapun buat peminat Saifudin, anda pasti akan menyukai pengakhiran novel ini. Saya tidak akan beritahu apa dia perkara itu tetapi saya pasti anda akan teruja. Overall, novel ini memang tidak mengecewakan dan sangat recommended kepada semua lapisan masyarakat 👍
Magis. Cerita di masa hadapan, mungkin 200 tahun ke hadapan atau lebih dari itu. Tapi sebelum nak baca Magis, kena baca Tombiruo: Penunggu Rimba, Mikhail, Hatiku Di Harajuku, Kompilasi Sunan & Mandatori. Kena baca, sebab 5 watak utama adalah dari watak 5 novel tersebut. Tak baca, memang tak faham.
So, dia ceritakan pada masa 200 tahun ke hadapan. Akhir zaman masa tu, nak keluar dah Dajjal. Perang & teknologiseiring. So, sebab Abg RAM ni suka letak lokasi,lebih mudah nak faham ceritanya. Tapi memang padu. Ala-ala Avenger gitu.
Dia maca, 5 watak masuk ke relung masa hadapan. Kelima-lima watak di dunia sebenar diambang kematian/hampir mati. Kemudian masuk ke relung masa. Macam haaaa diluar jangkaan tapi boleh jadi berlaku. Kita tak pasti. Apa pun, baca la dulu. Nak cerita lebih sukar nak cerita. Haha.
I honestly think the whole story line is refreshing for Malay novels. The phenomenon that was specifically chosen, everything that connects each of the characters together. What I think was the only problem was that, I feel like it was a bit too long. At some parts it felt draggy. But nonetheless, the whole story was fine. The ending was beautifully done.
Karya pertama RAM yang saya baca. Expected plot, tapi best. When they said RAM is a genius, his works are the proof. Looking forward for other books to read!
Buku RAM pertama yang aku beli selepas dapat gaji pertama. Best best best. Cerita RAM memerlukan imaginasi yang tinggi. Padat dengan perasaan ingin tahu hingga ke akhir cerita.