All unhappy families have secrets. But Datuk Sahar's family's secrets are deadlier than most. And that's not even counting the role that will be played by a hired assassin on the night of a wedding...
Athirah janda muda yang bakal dijodohkan dengan Syed Ammar, orang kuat ayahnya. Datuk Sahar merancang untuk menjadikan Syed Ammar sebagai pengganti untuk menerajui syarikatnya kerana tidak percayakan anak-anak lelakinya sendiri.
Datin Saedah berkecil hati dengan Datuk Sahar yang telah lama meminggirkannya.
Athirah cuba untuk menerima Syed Ammar tetapi hatinya lebih cenderung kepada Juan, eksekutif muda yang baru bekerja sebagai pembantu khas Syed Ammar.
Kamarul Hisyam dan Amin, anak-anak Datuk Sahar menggunakan pelbagai taktik kotor untuk membuktikan kredibiliti.
Watak-watak lain termasuk seorang pelacur pertengahan umur dan seorang pembunuh upahan yang licik. Ketika situasi mula meragut nyawa, beberapa rahsia SAMAR keluarga Datuk Sahar terdedah...
Dah lama tak baca buku fixi,tiba2 tergerak hati nak capai buku ini smlm sbb biasa buku2 fixi boleh dihabiskan dgn sekali hadap.
Pertama kali baca buku penulis tapi pernah baca cerpen2 sblm ni. Suka plot cerita ni,pembahagian watak tak rasa terganggu walaupun setiap peralihan plot tu POV watak bertukar. Marah dgn penamat tapi tak lah rasa tertipu cuma snng cerita saya sakit jiwa dgn ending cerita ini. Dush dush tak abis pikir lagi salah siapa. Abis org tu mcm mana dan akhirnya lantaklah,kot nak ada sambungan nanti jgn lupa bagi taw ya.
Laa..gitu ke habisnya? Adoiii..peristiwa lama berulang kembali ye :(
Kisah yang menarik, gaya penceritaan pun sangat menarik. Pacing yang laju, buatkan saya tak henti-henti menyelak halaman demi halaman.
Tapi kenapa ending dia macam tu jugak? Lebih kurang dengan Jerat juga. Dah best2 ikut cerita...hmm..sekali rupanya ulang kisah sama ye.
Kalau Jerat saya teramat marah (hehehe) dengan situasi ni, tp untuk Samar, saya lebihkan sikit rating tu. Sebab Dayang Noor dah berjaya buat saya menyelami watak-watak ciptaannya. Plot yang kemas, sehinggakan saya berasa seperti turut sama berada di dalam cerita ni.
Tapi tetap tak suka ending dia!!
P/S - Girl Power tak tinggal ye kak.. ;-)
Edited - 8 April 2015
Saya terpaksa kurangkan lagi rating tu. Sebab saya lupa dengan 'kekeliruan' dalam perwatakan watak2 tu. Antara sifat 'malaikat' atau 'syaitan'. Lepas buat hubungan terlarang, boleh balik rumah, ambik wudhu' dan solat. Insaf kejap. Lepas terima call dari orang tu balik, terus ikut keluar untuk yang memang tahu pengakhirannya akan di bilik tidur. Dan yang paling best, lepas bunuh orang, masuk bilik, istighfar beberapa kali, ambik wudhu' dan solat. Apakah???
Mungkin penulis ingin menggambarkan sifat manusia yang bercelaru. Walaupun kita solat, tapi kita tetap juga melakukan dosa berterusan. Tapi adakah sampai ekstrim macam tu sekali beza sikapnya? Benar, dosa tetap dosa tak kira kecil atau besar. Tapi membunuh dan berzina?
Pergh! Seronok cerita ni, memang betul inspirasi drama petang. Cerita best macam ni sepatutnya 1-2 hari aku dah habiskan tapi disebabkan kekangan masa ambil masa seminggu lebih jugak.
Aku suka teknik 1 bab 1 p.o.v ni, buat kita rasa ambil berat akan semua watak. Buat kita faham apa sebenarnya pemikiran setiap karakter tanpa rasa bias kepada watak utama sahaja. Setiap watak sangat penting, berkait, macam drama2 petang jugak haha. Honestly, aku tak follow drama2 petang ni tapi disebabkan tv kat rumah ada 1 dan mak aku kaki drama, aku pun "tertengok" sekali.
Selepas tamat baca novel ni, aku rasa pasti ramai yang tak suka penamatnya tapi bagi aku kalau pengakhirannya sama seperti yang kita nak, maka akan boringlah novel ini...
(2.5 bintang) Mungkin hamba mempunyai ekspetasi yang sedikit tinggi untuk Samar kerana ini pertama kali hamba membaca buku perseorangan Dayang Noor jadi apabila jalan ceritanya terlalu samarinda untuk hamba hadap, hamba sedikit kecewa.
Namun, secara keseluruhan, hamba masih boleh menikmati fiksi sederhana yang dihidangkan dengan berselera. Mungkin kerana hamba menyukai watak Kupu-Kupu Malam itu biarpun kelemahan dan kedunguannya agak tidak masuk akal. Hamba menyukai bagaimana watak ini memberi warna pada perjalanan cerita.
Seperti yang hamba katakan tadi, jalan cerita buku ini bagaikan samarinda tetapi dengan sedikit tambahan sos cili. Syarikat besar, dendam, berebut harta, jatuhkan orang itu, jatuhkan orang ini, yada yada. Tiada misteri yang berlebihan pada plot cerita tetapi hamba suka bagaimana penulis melindungi watak Kelly di sebalik bayang-bayang watak lain yang membuat hamba meragui tekaan sendiri. Good job and thanks for that :).
Watak-watak utama lain seperti Juan, Kamarul Hisyam, Amin, Datuk Sahar, Datin Saedah dan Athirah tidak berjaya untuk hamba tampal lama dalam ingatan untuk dikenang-kenang. Mungkin sedikit, hamba akan teringat pada Juan kerana hamba suka nama itu dan dia pandai melukis *wink*.
Hamba kira pengakhiran Samar adalah sebuah permulaan baru untuk kisah Alin dan Kelly yang akan hamba tunggu dengan aman.
buku pertama terbitan FIXI yg saya baca.not bad dari segi jalan cerita,susunan plot dan yg penting pengakhirannya secara indirect.pembaca sendiri yg mengagak apa kesudahan cerita utk buku ini.
isu2 yg dipaparkan dalam cerita pun mmg isu reality yg berlaku.nauzubillahi min zalik,isu ZINA mmg cukup kuat(in my opinion)dalam cerita ni. ya mmg betul penulis dah stated dkt muka surat depan cerita ni xde kaitan dgn mana2 org kaya kat malaysia ni.tapi akal yg x berapa waras ni cakap BOLEH JE JADI.BENDA X MUSTAHIL PUN KALAU NAK BUAT.ADA DUIT SEMUA BENDA JALAN.
isu keluarga yg x cukup kasih sayang,isu anak yg dipaksa kahwin utk menyelamatkan bisnes,istei curang dgn lelaki lain,bunuh ayah sendiri,pelacuran,sumbang mahram,zina,heyy,x payah cakap lah!benda lagi teruk pun boleh berlaku kat malaysia.
cuma satu saranan saya ialah buku fixi dan lejenpress ni x sesuai dibaca utk budak bawah umur.BAHAYA!!
Aduh apehal penghujung cerita ni gitu je?Benci betul. Mungkin 2017 akan jadi tahun aku pulun semua Fixi dan mungkin hasil tangan dayang noor akan aku dahulukan.
Habis baca dalam masa tak sampai sehari. Pada aku buku ni biasa-biasa saja. Tak berat. Dan boleh agak siapa Aku,mimpi buruk. Sebabnya, aku baca Jerat dan aku baca Hilang. Dan aku dah nampak power nya kak dayang dalam novel Hilang.
Apa pun, aku suka jalan cerita ni. Dan teknik penulisan yang dia guna. Dan aku mengharap kak dayang boleh tulis sesuatu macam novel Hilang. Mungkin Hilang 2? Hahahaha!
Apa pun tahniah!
p/s : 3 bintang untuk keseluruhan dan bonus 1 sebab aku suka tulisan beliau! Hiks!
Fuh abis jgak saya baca buku ni... karya penulis yang agak bagus, walaupun kadang kadang watak 'aku' membuatkan saya terpaksa tengok balik tajuk siapa 'aku' yang di maksudkan. olahan plot yang tersusun dan cerita yang membuatkan saya tertanya tanya kaitan antara watak watak. ia membuatkan saya tak sabar dan terus membaca sebab nak tahu kesudahan cerita. konflik konflik yang dicipta penulis pun tak lah berat sangat....
Untuk peminat novel genre ini, rasanya rugi klu tak ada buku ni :-)
Memang samar je cerita dia.. Complicated betul.. Tapi menarik.. Macam kepingan puzzle yang kau kena cantum-cantumkan.. Ending dia agak sadis la juga.. Rahsia terbongkar dan ada yang mati.. #samar #dayangnoor #fixi #novelmelayu #bookreview #booklover #bookworm #bookstagram #hobisaya #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaandisember2017 #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Semasa baca sinopsis, aku ingat buku ni mirip drama pukul 7 petang - kisah keluarga kaya, cinta terhalang, etc. Bila dah baca, oh tidak, bukan. Rasa meremang bila satu persatu twist dihidang. Pengakhirannya buat aku geram.
Novel ini mengisahkan konflik keluarga Datuk Sahar dan Datin Saedah. Anak sulung : Jalida (yang berkahwin dgn Suhairi - pelukis), ke2 : Kamarul Hisyam, ke3 : Amin dan anak bongsu : Athirah ('janda berhias' pada bekas suami Mazhar).
Watak tambahan pula ialah Juan Harris (aku dah dpt syak dia anak kepada Jalida, hehe), watak Alina - kakak angkat kpd Juan & bekerja sbg pelacur (kupu2 malam) dan Kelly @ Khalidah Azwa - pembunuh upahan(mimpi burukmu).
Sepjg aku membc novel ni, aku takde lah kompius sgt dgn watak2 yg diceritakan dgn selang seli melalui kata nama : Aku (nama gelaran bg setiap watak). Lg senang faham dan rentetan kisah saling berkaitan. Aku dah mula dpt meneka "perhubungan secara tak langsung" watak2 antara satu sama lain. Ada jugak lawak yg diselitkan. Mudah aku utk memahami dan aku puas hati sbb segala kemusykilan aku dpt dihuraikan secara terperinci dan dgn penjelasan yang tak mengelirukan.
Aku tamatkan bacaan buku ni dgn perasaan yg tak puas hati sbb tergantung! (agaknyalah...)Juan mati ke? sad ending kot sbb 'org jahat' hidup. huh!
oh btw aku berjaya habiskan mengikut target aku - hari Jumaat...hahaaha!
Buku fixi pertama yang aku bagi rate tinggi. Memang kebiasaan naratif 'Aku' menggunakan bahasa harian namun masih jelas tatabahasanya dan baik pembikinan ayatnya. Susunan plot yang sangat kemas walaupun bertukar PoVs. Unsur saspen yang memadai, tidaklah sampai buat aku sakit jantung. Plot twist yang sangat berkesan sehingga aku termangu-mangu dengan salah satu watak, "Wait, what??!!". Asal usul salah satu watak juga mudah ditebak sejak awal tetapi tidak mengapa kerana berjaya diselindungkan dengan susunan plot yang menarik.
Walaupun pengakhiran cerita mudah, tetapi cliffhanger itu sesuai. Arghh! Sakit hati! Secara keseluruhannya, Samar tidaklah lain daripada yang lain tetapi idea dan gaya penceritaan yang digarap baik menyumbang kepada bintang yang aku beri. Sangat disyorkan bagi penggemar cerita saspen pembunuhan. 4.6/5.0
Sebuah lagi karya Dayang Noor yg baru..honestly karya die xla terlalu berat or terlalu ringan, average..boleh di baca semua orang.. Untuk SAMAR ni, yg pasti penceritaan menggunakan POV 4 watak sgt menarik dan mudah difahami walaupun kadang2 ada keliru sikit..keSAMARan yg berlaku dlm keluarga Datuk Sahar akhirnya jelas juga di penghujung cerita..boleh baca buku ni dalam keadaan santai n rileks, tak pressure sgt baca.. Menarik watak pembunuh upahan dlm buku ni, sebab wataknya adalah perempuan, bukan lelaki macho n sasa seperti dlm filem2 yg ada skrg..jarang dijumpai watak mcm ni... Cover depan buku SAMAR merupakan klu-klu atau rahsia yg disimpan oleh Datuk Sahar...memang xsangka beb... Well, good books from Dayang Noor dan FIXI..
Sebenarnya, aku kurang gemar dengan cerita yang menggunakan kata ganti nama 'Aku'. Entah, aku tak berapa nak menghayati bila macam tu.
Tapi lain dengan hasil penulisan Dayang Noor, aku jadi asyik, jadi leka. Aku tengok ramai yang kata agak terganggu dengan berapa banyak karakter 'Aku' dalam Samar, tapi bila semakin jauh kau pergi, takde apa dah nak kompius dengan novel ni.
Secara peribadi, aku rasa Samar ni cold-blooded. Maksud aku, dengan cerita dia. Main bunuh je sesiapa nak bunuh. No mercy gitu.
Kadang-kala cerita macam meleret. Kadang-kala ada yang aku tak berkenan.
Tapi secara keseluruhan, satu lagi buah tangan yang "WIN" dari Dayang Noor.
Serius cakap jalan cerita dalam buku memang menarik, sesuai sangat kalau dibuat drama. Tapi ending dia macam gantung sikit. Semoga akan ada sekuel selepas ni.
Kisah kehidupan orang atasan...kehidupan yang bersalut dengan dosa. Kisah ALina menjadi pelacur kerana dijual ayah sendiri..Kisah Kelly si Pembunuh upahan yang licik yang sentiasa berubah watak..Kisah Juan anak yang dibuang ibubapanya..Kisah Atirah si janda muda...Kisah Datuk Sahar dan keluarganya....
Mereka semua dari latar belakang yang berbeza tapi berhubung kait dengan kisah Keluarga Datuk Sahar.Siapa sangka Juan adalah anak saudara athirah...Dan siapa juga menyangka 2 anak lelaki Datuk sahar bukan anak kandungnya...
Itu semua kerana kesilapan Datin Saedah yang tewas dengan hawa nafsunya...Alina dan Kelly pula ada hubung kaitnya dengan anak2 Lelaki datuk Sahar,,,Datuk sahar membunuh Datin Saedah sebelum dibunuh kelly...
Cuma nasib juan tidak diketahui..kerana novel ni endingnya adalah juan berhadapan dengan 2 orang bapa saudaranya dan Kelly aka azwa yang pernah menjadi teman tidurnya.Dia cuma berharap kak Alina mampu meyelamatkanya
Aku ambil masa yang sangat lama untuk habiskan buku ni 😪 Bukan salah buku ni. Ceritanya menarik. Tapi dia menarik sangat sampai asal aku belek mukasurat hadapan, aku rasa bersalah... undur balik... baca balik... 🤦🏻♀️🤦🏻♀️
Ada something tentang penceritaan dalam buku ni yang aku suka. Banyak orang mungkin keliru, tapi aku suka bila POV1 beralih dari satu watak ke satu watak. Cerita ini enak dinikmati dengan POV1 bagi aku.
Cerita dia predictable tapi ia masih rancak bermain dengan WH questions. Segala WH lain memberi sokongan kepada jawapan bagi WHAT? Sekali lagi, itu pandangan aku dan ia punca kenapa aku tak rasa cerita ni bosan walaupun segala klu diberi sehingga kita rasa kita dah serba tahu.
Apa yang aku tak suka tentang karya ni? Satu je; Kenapa rosakkan Juan? Kesian budak mentah tu 😆😆😆
hahaha..sepertimana tajuknya, endingnya pun masih samar gitu. .
Ikutkan endingnya yang tergantung, ingat nak bagi 3 bintang. Tapi disebabkan ceritanya sedap, jadi 4 bintang. .
Dalam buku ni, wataknya ramai. Jadi kena baca dengan tenang untuk hubung kaitkan semua tu. .
Athirah, janda muda, yang ingin dijodohkan oleh ayahnya dengan Syed Ammar. Tapi Syed Ammar ni sendiri berskandal dan kerapkali minta Juan temankan Athirah. Dari situ, akhirnya Juan dan Athirah jatuh cinta. .
Pada masa yang sama, ada watak Alina, si kupu-kupu malam, yang juga jiran Juan. .
Watak Kelly si pembunuh pun ada. .
Dan watak anak-anak Datuk Sahar yang jahat. .
Semua watak dalam cerita ni sebenarnya ada kaitan. hurm, kalau ikutkan, ramailah yang jahat dalam cerita ni. .
Penulisan yang kemas, mudah faham and tak buat aku keliru dengan pertukaran POV.
Jujur, mula mula aku nak rate 3 bintang je tau sebab gaya cerita macam drama tv3, slow sikit mula mula. Tapi bila dah baca sampai tengah, novel ni jadi makin menarik pulak.
Banyaklah benda yang aku tak expect, memang WOW hahahah! Dah macam kdrama Penthouse dah, plot twist berganda. Bijak penulis novel ni atur plot. Itu yang aku suka.
The ending macam kesian pulak sebab aku tahu penulis takkan buat sambungan, but overall aku suka novel ni!
Serius, waktu mula-mula part cerita ni ingatkan tak best. Tapi bila cuba juga baca bab-bab seterusnya, makin lama makin seronok dan teringin nak tahu kesudahannya. Malah watak-watak yang berada dalam Samar ditonjolkan dengan baik.
Watak A masih muncul pada buku 3, tapi aku lambat sedar kehadiran dia. Kalau ingatan aku tak salah, watak A tak banyak sangat muncul dalam ni, rasa macam kadang2 je. Tiga2 buku tu genre thriller, jenayah, bunuh2. Aku puas hati baca.
Sumpah at first mcm boring je tp dh sampai ketengah cerita i was like WHAT and then the plot twist is insane. I literally GASPED so much while reading it. And the ending really frustating like xde balasan ke dkt 3 ekor ni AHHH BENCILAH mcm ni😫😫!!!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Baru tamatkan pembacaan Samar semalam.Penceritaan yang menarik sampai aku termimpi yang alina matikan telefon selepas tiada tindakbalas dari Juan. Maka niat juan untuk menjadikan Alina sebagai harapan terakhir musnah. Sangat teruja untuk mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya. Kadang kadang aku tak boleh terima kenapa Alina tak pernah lawan bapa dia tapi ambil keputusan untuk bunuh bapa dia. Jadi selama dia memberi duit dan rela di dera bapa dia tanpa melawan, dia buat untuk apa? Rasa sayang anak dan bapa atau rasa takut. Dia boleh saja lari tinggallan bapa dia kalau benci sangat pun. Ada sedikit kesilapan dalam penceritaan datin saedah m/s 260. Sepatutnya mengundang Alwi bukan Sahar. Tapi tak mengganggu penceritaan pun. Secara keseluruhan novel ini berbaloi untuk dibaca.
Penceritaan yang agak unik. Satu watak satu bab, dan jalan cerita berjalan seperti itu sehingga tamat. Cerita yang agak gersang sebab itu ianya untuk pembaca yang matang. Cuma agak terkejut dengan pengakhiran cerita, dan membuat aku tertanya-tanya. Adakah akan ada buku yang kedua?