Jump to ratings and reviews
Rate this book

SERONOK

Rate this book
When Rozilla suspects her husband Bakar, a TV actor, of seeing another woman, she hires a private detective to tail him. But when the detective looks at the husband's picture, he is shocked to see his former boyfriend.

318 pages, Paperback

First published September 1, 2013

36 people are currently reading
418 people want to read

About the author

Saat Omar

21 books44 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
55 (17%)
4 stars
79 (24%)
3 stars
101 (31%)
2 stars
55 (17%)
1 star
28 (8%)
Displaying 1 - 30 of 80 reviews
Profile Image for Syaihan Syafiq.
Author 14 books137 followers
January 5, 2014
Aku seorang pembaca yang sukar untuk dipuaskan. Benar, itu aku tidak sekadar mereka-rekakan fakta. Tanyalah kepada kenalan rapatku, pastinya mereka sedia maklum kalau ada naskhah novel yang baru selesai aku baca, jika ditanyakan soalan “Jadi apa kau rasa terhadap novel (masukkan nama judul novel tersebut) yang kau baru baca tu?” pastinya ada sahaja ulasan panjang-lebar yang akan aku bebelkan sehingga terkadang tidak cukup kalau duduk dengan hanya berbekalkan secangkir kopi panas.

Jadi, apabila aku memperoleh naskhah SERONOK nukilan Saat Omar, sebenarnya aku punya satu perasaan skeptikal yang agak tinggi terhadap novel yang berkulit agak *ehem* kontroversial ini. Pertama, dan ini pernyataan habis ikhlas daripada aku, aku langsung tidak mengenali penulisnya. Aku tidak tahu latar-belakangnya, umurnya berapa, tinggalnya di mana dan segala macam hal lagi yang berkaitan dengannya. Kedua, novel ini telah terbit September yang lalu dan aku baru sahaja berpeluang untuk membacanya, sudah tentulah sudah ramai pembaca tegar dan kipas-susah-mati Fixi uar-uarkan dan mendiskusikan tentang novel ini; makanya aku tidak dapat mengelak daripada sedikit-sebanyak sudah pun mempunyai sedikit prior knowledge tentang apa yang aku patut jangkakan ketika membaca novel setebal 318 halaman ini.

SERONOK kisahnya ringan, namun usah anggap ceritanya ‘seringan’ apa yang dipaparkan. Sebagai seorang pelajar kesusasteraan, aku secara tidak langsung telah dilatih untuk melihat apa yang terselindung di sebalik anekdot dan cynicism yang dipaparkan dalam novel SERONOK ini. Bukan hendak memuji atau bersifat biased, tetapi jujur aku katakan SERONOK adalah antara naskhah ‘ringan’ terbaik dari Fixi yang pernah aku baca setakat ini. SERONOK sarat dengan dark humour dan tempelakan masyarakat dan naskhah ini secara tidak langsung membuat kau berfikir tentang tanggapan peribadi kau terhadap sesuatu isu dan tanggapan keseluruhan masyarakat terhadap isu yang sama.

SERONOK dimulakan dengan memperkenalkan pembaca dengan Amirul, seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Rozilla, isteri kepada Bakar, seorang pelakon televisyen yang terkenal. Rozilla mengupah Amirul untuk mengintip Bakar yang kononnya sedang main kayu tiga di belakang Rozilla. Apa yang wanita itu tidak tahu adalah bahawa Amirul dan Bakar sebenarnya punya lipatan sejarah yang tersendiri dan sebenarnya sudah pun saling mengenali kerana mereka merupakan rakan sebilik ketika di universiti lagi, dan sebenarnya mereka berdua bukan sekadar rakan sebilik malah lebih daripada itu. Jengjengjeng…

Aku suka bagaimana penulis menyuntik simbolisme melalui watak-watak yang dipaparkan dalam SERONOK. Bakar ini disimbolkan sebagai epitome kepada bintang filem tanah air. Perilakunya saling tidak tumpah seperti kebanyakan artis (artis?) tanah air yang sibuk mengejar populariti tetapi pada masa yang sama hidup dalam kepura-puraan dan bagaikan tidak mahu mengaku dan kononnya mahu hidup berlandaskan bagaikan norma orang kebiasaan. Ini klise kehidupan. Amirul pula wataknya punya konflik diri, konflik perasaan love-hate-relationship antara dirinya sendiri, antara dirinya dengan sejarah Bakar yang terdahulu dan antara dirinya yang mahukan perubahan, suatu anjakan paradigma yang amat-amat dia perlukan dalam hidupnya. Dia bagaikan tersepit dalam bayang-bayangnya tersendiri. Dia antara mahu mengaku seksualitinya bahawa dia seorang homoseks, ataupun menidakkan fakta itu dan mencuba untuk berubah, ataupun terus-terusan menipu dirinya sendiri, ibunya, masyarakat dan juga Tuhan. Rozilla pula dicerminkan sebagai seorang yang clueless, habis bimbo namun percaya bahawa cinta itu wujud, maujud, dan apa yang perlu hanyalah keilkhlasan dan ketegasan untuk cinta itu datang. Konflik segi tiga antara Amirul-Rozilla-Bakar aku kira amat dinamik sekali, walaupun terkadang aku rasakan ketiga-tiga watak ini dibina agak tipis.

Aku suka apabila penulis bijak menggunakan referens kepada filem-filem tertentu dan lagu-lagu tertentu untuk mengukuhkan latar dan konstruksi sesebuah babak. Itu bijak. Bagi aku, pembaca yang ingin (atau sedang) membaca SERONOK harus bijak untuk bukan sahaja menikmati jalan cerita yang terhidang, malah harus secara kritikal mengupas dan meneliti setiap apa yang berlaku kerana teras utama cerita ini adalah berlandaskan dark comedy (humor yang menjenakakan sesuatu hal yang berat). Sebab itulah aku bilang naskhah ini adalah sebuah naskhah yang bagus.

Ada beberapa babak dalam SERONOK yang mungkin pembaca akan anggap sebagai nonsense dan suatu lelucon biasa, tetapi sebenarnya ia sedang memperihalkan sesuatu yang lebih berat dan serius. Aku ambil contoh [SPOILER] babak paling akhir dalam SERONOK apabila Rozilla dan Amirul bertemu di rumah Rozilla dan mereka mulai bergocoh: beradu tumbuk-terajang sehingga berdarah-darah dan kedua-duanya terhumban ke atas meja kaca hingga pecah berderai sebelum kedua-duanya ketawa berdekah-dekah dan menganggap bahawa itulah ‘cinta definisi baru’ mereka. Babak ini bagaikan homaj kepada satu babak bergocoh dalam filem ‘Mr. & Mrs. Smith’ lakonan Brad Pitt dan Angelina Jolie. Pada hemat aku, babak krusial ini sebenarnya menunjukkan bahawa pertembungan dua identiti yang berlainan fahaman (Amirul dan Rozilla) ini merujuk kepada penerimaan antara satu sama lain akan kelebihan dan kekurangan yang lagi satu dan kesediaan antara satu sama lain untuk forgive and forget akan apa yang berlaku antara keduanya pada masa lampau. Nah, tidak faham? Abaikan sahaja bebelan aku ini.

Antara babak lain yang mencuit aku adalah babak di hadapan pintu bilik hotel Rahim (seorang lagi pelakon yang ingin menyaingi Bakar untuk berebut jawatan presiden persatuan pelakon) apabila Amirul dipertemukan semula dengan ‘orang minyak’ yang pernah datang menerjahnya ketika dia di universiti dulu, bagaimana orang minyak itu berjaya membuat Amirul percaya akan kewujudan magisnya yang mampu membantu dia untuk “masuk” ke dalam bilik hotel Rahim dengan cara Amirul harus berbogel dan memeluk orang minyak itu dan merempuh masuk ke dinding. Bagi aku ini tidak lain tetapi merupakan suatu tempelakan bahawa masyarakat kita, 1) masih lagi percaya kepada hal yang karut-marut dan tidak masuk akal, 2) sanggup memilih jalan mudah untuk mendapatkan sesuatu, 3) percaya kepada ‘kekuasaan’ makhluk halus seperti orang minyak (walaupun sudah berada di ambang 2014).

SERONOK juga mengetengahkan isu-isu berat lain seperti ceteknya pengetahuan dan rasa kebertanggungjawaban masyarakat untuk mengambil-tahu tentang (bukan sahaja kebajikan, malah) psikologi, perasaan dan konflik yang dilalui oleh orang yang mengalami krisis identiti dan kecenderungan seksual di luar tabii. Aku ambil contoh watak Pak Halim, jiran kepada Amirul, ayah kepada Sazali, seorang lelaki yang kurius ingin tahu tentang masalah dan permasalahan yang dialami oleh golongan homoseksual (kerana dia dalam diam mencurigai seksualiti Sazali). Pak Halim ini bagi aku simbolisme kepada masyarakat Malaysia secara amnya. Rata-rata mendabik dada memberitahu dunia bahawa mereka ini seorang yang terbuka, tetapi berapa ramai yang akan kekal terbuka apabila hal ini berlaku kepada diri anda sendiri? Andaikan situasi yang terjadi kepada Pak Halim berlaku kepada anda, apakah anda akan bertindak sedrastik dia, seterbuka dia, atau adakah anda akan mengambil langkah yang sebaliknya? Itulah yang SERONOK ingin anda fikirkan.

Peleraian SERONOK [SPOILER] juga aku kira sesuatu yang berat. Tidak ramai orang di luar sana yang tahu sengsara dan aib yang harus disorok oleh mereka yang menghidap HIV, dan hal ini disentuh dan dipaparkan dengan baik sekali dalam SERONOK. Sekali lagi naskhah ini membuat aku berfikir jauh, mengenangkan pastinya ramai mereka di luar sana yang sedang melalui hari-hari sengsara dalam senyap kerana khuatir diri mereka tidak diterima oleh masyarakat. Aku sedar dan aku sendiri sedia maklum bahawa tahap penerimaan dan kesediaan masyarakat kita terhadap golongan yang hidup dengan HIV masih lagi di tahap yang rendah, dan kesedaran yang sewajarnya seharusnya diberikan kepada masyarakat secara amnya dan secara totalnya.

SERONOK, suatu naskhah yang bukan sekadar dibaca untuk seronok-seronok; tetapi sebenarnya mengajak pembaca untuk berfikir di mana letaknya diri anda di koordinat masyarakat. Ini satu naskhah yang bijak (aku tidak cukup untuk mengulang perkataan ini) dan seharusnya dibaca oleh semua orang.
Profile Image for Ririn Aziz.
789 reviews106 followers
February 6, 2016
Perlu diakui, saya agak takut untuk membaca buku ini. Dengan tajuknya, dengan covernya dan sinopsisnya yang membuatkan saya rasa tidak begitu selesa. Saya boleh menerima isu-isu yang tabu tetapi saya tidak suka sekiranya penulis terlalu mencuba untuk menjadikan kisah itu sendiri sebagai tabu. Tapi selepas mengenali penulisan Saat Omar melalui Santet, saya mula berasa ingin tahu apa yang ada dalam Seronok pula.

Dan ternyata, Saat Omar punya cara tersendiri untuk melontarkan suaranya. Walaupun pada luarannya bercerita mengenai homoseksual atau gay, tetapi isu-isu yang diutarakan sebenarnya adalah isu sejagat. Kritikan-kritikan sosial dilemparkan secara bersahaja sehingga kita kadang-kadang tak sedar terkena batang hidung sendiri. Adakalanya saya tergelak sendiri. Tapi ending dia agak tak boleh blah. :-P

Watak paling saya suka ialah Pak Halim. Cool gitu...hehehe.

“Ini bukan porno! Ini kau dan kawan kau guling-guling atas katil!” jerit Pak Halim. Dia bangun dan terus beredar.
- bagi saya, kata-kata Pak Halim ni summarize apa yang saya rasa untuk buku ini..hahaha...
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
February 5, 2017
(2.7 bintang)
Pertama, yakinkan hamba yang Amirul itu gay. Kedua, yakinkan hamba buku ini seronok. Hamba punya dua harapan itu ketika memulakan Seronok dan hamba masih punya harapan yang sama ketika menamatkannya. Dan, sesungguhnya harapan yang masih perlu terus diharapkan adalah sesuatu yang tidak menyeronokkan.

Namun, untuk hamba khususkan apa yang perlu ada dan ditiadakan dari buku ini pun bukanlah semudah hamba mengatakan “I love you, Pak Halim!”. Ada babak yang hamba fikir berlebihan, tidak perlu dan membazir muka surat tetapi apabila dinilai semula hamba faham relevennya. Mungkin saja dari segi olahan yang adakala menjadi datar dan kurang mempersona.

Namun ya, ada beberapa kali hamba merasa penulis telah menyampaikan sesuatu yang menarik untuk hamba sukai. Dan, salah satunya ketika babak Amirul ditemubual Ian di dalam kelab. Hamba suka babak itu dan hamba sangat suka perbualan mereka.

Tentang si hero Amirul, hamba mengharapkan lebih dari dia. Hamba mahu merasa yakin bahawa dia adalah gay yang kemudian jatuh cinta dengan seorang perempuan (kes yang sama dengan Bakar) dan dari penulisan ini, hamba tidak berjaya diyakinkan tentang itu. Mungkin hamba perlu berhenti berimaginasi secara super saiyan tentang LGBT (yes, I am curious enough to think about it every once in awhile) selain tidak mengharap magik setaraf David Blaine untuk sesiapa pun meyakinkan hamba tentang sesuatu yang hamba sendiri tidak arif. Namun masih, hamba tidak boleh untuk tidak merasa kecewa dengan Amirul.

Dan, untuk beberapa saat selepas menamatkan buku ini, hamba sempat membuat diri sendiri percaya yang hamba punya bakat mentafsir masa depan kerana sejak mula lagi hamba asyik tersasul membaca nama Rozilla sebagai Godzilla. Haha.

Oh ya, sekali lagi hamba ingin katakan “I love you, Pak Halim!”. Seperti Tok Hitam dalam SANTET, Pak Halim sangat cool. Hamba fikir Saat Omar perlu terus menjadikan lelaki baya-baya ini sebagai hero dalam buku beliau. Hehe.
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
September 24, 2024
Pertama sekali, masa dulu buku ni ada di rak di kedai. Terus saya cop buku ni buku lucah. 😂 Sebab masa tu orang dah mula kaitkan buah dengan perkara-perkara lucah. Jadi otak ni pun terpengaruh sama. Tapi memang buku ni dalam kategori itu rasanya.
Tak sesuai dibaca oleh budak bawah umur.

Saya takkan repeat baca lagi. Cukup la sekali ini saja. Saya rasa saya bukan salah pilih buku. Saya cuma terbaca sesuatu yang luar dari kebiasaan saya sehingga saya rasa janggal sangat. Walaupun dengan membaca cerita fiksyen ini, tapi otak dan hati saya geli geleman.

Mengisahkan tentang Amirul yang diupah oleh Rozilla untuk menyiasat suaminya iaitu Bakar. Rozilla syak yang suaminya ada perempuan simpanan di luar. Bakar merupakan seorang pelakon terkenal di Malaysia. Kesibukannya di tempat shooting membuatkan dia jarang pulang ke rumah untuk berjumpa dengan Rozilla. Pada masa yang sama, Amirul kenal sangat dengan Bakar. Bakar ialah roomatenya ketika belajar dulu. Nah. Semuanya bersangkut paut dan berkait rapat.

• Jadi, Amirul ni dia sonsang ke tak? Dia suka lelaki ke dia suka perempuan? Ke dia suka dua-dua ? Tapi dia nafikan. Keliru dengan naluri yang ada dalam diri Amirul. Pada awal cerita memang rasa Amirul ni busy body gila, gatal, gedik, emosional, over dan seangkatan dengannya. Sebab nampak sangat dia terhegeh hegeh kejar perhatian Bakar. So desperate.

Tapi lama kelamaan, boleh nampak yang dia mula cool down sikit. Selepas kejadian Bakar menunjukan €{^,!*{¥ dia masa makan malam tu. Termuntah member. Padan muka. Taktahu la suka ke tak dengan watak Amirul ni. Rasa mcm di pertengahan.

• Rozilla pula memang seorang yang sentiasa positif ke?. Dia takda rasa mcm syak wasangka ke yang Bakar tu sesuatu. Itulah namanya cinta buat. Habis tutup semua cacat cela.



This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Muhamad Fahmi.
125 reviews22 followers
July 30, 2016
Pertama sekalinya, membaca cerita fiksyen sebegini hendaklah membuka seluas-luasnya pemikiran dan berlapang dada.

Saat Omar bagi saya telah berjaya membuka satu dunia dan memaparkan kehidupan secara terperinci insan yang mengalami kecelaruan gender serta kecenderungan seksualiti yang luar biasa sedikit sebanyak buat kita memahami diri mereka. Ye, novel ini berkali-kali buat saya ketawa dek kerana unsur humornya dan tidak sikit juga buat saya mual kerana terbayangkan beberapa perkara yang tak terjangkau dek akal fikiran.
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews31 followers
March 28, 2014
SERONOK???
Maaf cakap...aku keliru apa yang hendak disampaikan oleh penulis sebenarnya...memang bertepatan sekali dengan ayat terakhir novel ini "orang lain tidak faham"..YA, memang aku tak faham!!!

Novel yang terbahagi kepada 2 bahagian ini mengandungi kisah2 songsang seorang penyiasat persendirian, Amirul dengan kenalan lamanya di universiti, Bakar..Watak2 pembantu seperti Rozilla, Rahim, Pak Halim & anak lelaki tunggalnya, Sazali menambah liku & warna dalam kehidupan Amirul...

Ada beberapa term dalam bahasa songsang yang tak dapat aku terjemahkan dengan sendirinya, malahan ada beberapa plot dibiarkan begitu sahaja...secara jujurnya aku tak faham kenapa salah satu watak memotong kemaluannya sendiri disebabkan rasa cinta terhadap isterinya...kewujudan orang minyak apatah lagi!!! Aku tak tahu apa signifikan kewujudan orang minyak itu...hahahah

Walaupun novelnya ringan tapi isu yang dibawa sangatlah berat...pandangan aku, penulis tak kupas secara mendalam apa yang berlaku semasa Amirul & Bakar di universiti dulu...walaupun penulis cuba mewujudkan penyiasatan dalam ceritanya, malang sekali ia tidaklah begitu berkesan kepada aku...aku akui kisahnya memang berlaku di sekeliling masyarakat kita..antaranya kecelaruan identiti diri, perkahwinan sebagai penutup kepada masalah, "fetish" terhadap keganasan & stigma masyarakat terhadap golongan berpenyakit...

Aku tak kisah penulis membawa kisah songsang sebegini, cuma kepuasan aku sebagai pembaca, TIADA...Jika kalian meminati jalan cerita sebegini yang relaks, bolehlah cuba membaca SERONOK...
Profile Image for Dawlin Zainudin.
41 reviews3 followers
April 3, 2014
saya rasa kurang seronok, mungkin sebab penceritaan mengenai hubungan intim amirul vs bakar itu tidak dipaparkan secara lebih mendalam, memandangkan isu yang diutarakan dalam buku ini pun dah memang mengenai hubungan sesama jenis (gay)
Profile Image for Projek Frekuensi.
15 reviews6 followers
Read
August 2, 2016
Secara ringkasnya, Seronok (Buku Fixi) tentang Amirul yang diupah oleh Rozilla untuk menyiasat suaminya Bakar yang rupanya bekas kekasih Amirul. Cerita ini ada plot sampingan berkaitan Pak Halim dan anaknya Sazali (yang juga gay) dan Rahim yang mahu menjadi presiden persatuan pelakon.

Review ini akan menyentuh tentang aspek-aspek yang menarik tentang novel ini:

Novel ini tentang homosexuals (namely, gay men).
Novel ini ditulis 2013, sebelum twt_lgbt begitu hangat dan open, ketika rakyat Malaysia masih tak sedar yang Neil Patrick Harris itu gay. Novel Seronok membuka mata ramai orang, dan memberikan kita seolah-olah tingkap untuk menjengah masuk ke dalam kehidupan seorang gay. Saat Omar menunjukkan kepada kita yang despite different sexual orientations, sebenarnya orang gay ini sama sahaja macam yang straight --- Contoh, Amirul pura-pura takut semata-mata untuk dapat peluang tidur sekatil dengan Bakar. (I know you do this dalam wayang. Hihi) Sejujurnya, kalau saya boleh rate the gay content dalam buku ini, saya akan kata yang ia tak menggelikan pun. (Tapi tu pendapat saya sahaja lah)​​
Gaya penceritaan Saat Omar sangat menarik! Anda akan disedut masuk ke ceritanya umpama black hole.
Saat Omar guna third person point of view, which is normal. Namun begitu, beliau buat sedikit kelainan (yang saya rasa makin ramai buat sekarang) Ketika membaca novel ini, anda akan rasa seperti ini semua diceritakan pada anda oleh seorang kawan, ala-ala Gossip Girl / Desperate Housewives.
Dialog dan narration dalam novel ini ditulis dengan cara yg trigger curiosity kita sebagai pembaca. Saat Omar adalah kawan yang suka buat saspens.
Saat Omar pandai bermain dengan background knowledge dan outside references. Banyak terma dan nama yang digunakan untuk menarik pembaca.
Beliau tak anggap kita bodoh. Beliau tahu kita ada smartphone dan bakal Google apa saja yang beliau mention. Inilah tarikannya.
Breaking the 4th wall -- penulis seolah-olah bercakap terus dengan pembaca, dan bukan melalui suara narrator.
Memang sepanjang novel ini, Saat Omar banyak bermain dengan konsep ini, tetapi ia paling jelas dalam bab 11 ketika dia berbicara tentang seks & cinta. Seharusnya saya katakan, novel Seronok sarat dengan mesej-mesej tentang kehidupan. Dan mungkin ini yang Saat mahu sampaikan sebenarnya. Saat Omar seperti abang (walaupun muda) yang mahu mendidik adik tanpa menegurnya secara terus.
Yang paling saya suka tentang Seronok adalah ia penuh dengan metafora dan sexual innuendo.
Takdenya Saat nak beritahu kita depan-depan apa yang dimaksudkan. Dia buat perbandingan sikit sini-sana dan tunggu sampai kita peka. Novel Seronok ini memang seronok, tapi bersedialah ya! Bahagian pertama sarat dengan homosexuality, kedua pula macam ditulis orang yang high. Sebenarnya saya rasa buku ini adalah pendedahan bagus untuk mereka yang tidak begitu faham tentang homosexuals. Namun begitu, diingatkan bahawa ini hanyalah sebutir pasir di pantai yang luas. Banyak lagi yang Saat tidak kupas dalam novel ini.

Tamat sahaja review di Twitter, penulis sendiri tweet dengan menulis begini: "Terima kasih atas review Seronok. bagi saya Seronok bukan novel gay/homo. Ianya adalah novel about relationship."

http://projekfrekuensi.weebly.com/ser...
Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
April 8, 2015
1.5

I’m not sure I can find a word to describe my feeling right now. Dengan tajuk SERONOK, one may thought that you can at least ENJOY reading it. But nah. Aku rasa the reason aku boleh habiskan dalam masa singkat macam ni sebab cerita yang pendek dan tak terlalu berat.

Aku boleh dapat sikit apa yang penulis nak sampaikan. Kekeliruan identiti; am I straight? Gay? Or bisexual? Is it possible for me to change my sexual orientation? How exactly can people accept me for who I am? Can my family accept me? What would people say? All these matters were mentioned in this book. Which for me is appropriate with this issue.

Tapi, most scene dalam cerita ni terlalu surreal untuk aku terima. Babak orang minyak, Bakar yang without any sexual reason dressed up like a woman, part where Amirul met with the orang minyak then they’re naked. I was like wtf did I just read.



Hubungan Amirul dan Bakar macam terlalu tergesa-gesa bagi aku. Aku bukanlah expecting scene gay ke apa, cuma aku tak nampak macam diorang was in a relationship. It’s not convincing enough.

Entahlah, cerita ni terlalu mengarut bagi aku.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
December 25, 2015
Aku rasa cerita ini pada dasarnya ia ok. jika tidak diambil kira dadi sudut gay dan unsur homoseks yang disajikan sebagai main kepada cerita ini. bahasa yang santai dan ringkas mungkin jadi punva utama mengapa aku cepat habiskan novel ini. aku rasa yang paling geli ialah part kemaluan dalam balang. tapi siapa kisah? part yang aku suka ialah ending dia iaitu sesuatu yang pelik. cinta dalam kepelikan dan kelainan dan ganas itu tidak semestinya mustahil bukan?
Profile Image for Encik Psychopath.
Author 1 book11 followers
January 4, 2014
Fiksyen gay. Aku rasa kalau gay yang baca pun dia tak fun. Sebab elemen gay tidak dipamerkan cukup-cukup dan mungkin kurang kajian.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
May 20, 2021
Aku kehilangan kata. Lain macam sungguh pembacaan aku kali ini. Kisah antara Amirul - Bakar - Rozilla. Babak 'Orang lain tidak akan faham' betul-betul buat aku terkejut 😂. Ada humor, ada sedih, ada kegilaan. Untuk bacaan seronok (matang).
Profile Image for NurAqeela.
4 reviews
November 17, 2015
Not bad, tapi agak lembik. Maksud saya di sini, persoalan utama yang dapat saya faham ialah isu isu tentang orang homoseksual. Bukanlah saya expect penulis untuk menulis secara terperinci tentang hubungan sebenar Amirul dan Bakar yang mengakui mereka tergolong dalam kaum gay. Tidak, bukan begitu! Masalahnya disini, kulit bukunya sudah terang menunjukkan hubungan gay ini sebagai satu highlight, satu emphasis. Tapi sebenarnya gay itu tidak banyak dibicarakan. Yang lebih banyak ditulis adalah perihal Amirul yang keliru dengan seksualiti sendiri. Ending pula agak tergantung.

Buku ini, bagi saya, tidak seronok untuk dibaca. Walaubagaimanapun, syabas kepada penulis kerana berjaya juga menerbitkan buku ini.

2 bintang.
Profile Image for waceed.
111 reviews
November 12, 2020
Ceritanya ringkas tapi penuh dengan isu-isu terkini 🤨 Jalan cerita yang lain daripada yang lain👌🏻 Setiap watak dalam buku ni memainkan peranan yang penting 👍🏻 Pada mulanya kita akan fikir Amirul yang teruk sebenarnya dan tak faham situasi dirinya 😎 Tapi perlu teruskan pembacaan untuk tahu siapa sebenarnya yang tidak memahami diri sendiri 😪 Amirul bukanlah seorang yang tidak boleh berubah tapi dia perlukan sokongan moral yang cukup untuk dia buktikan yang dia boleh berubah 🤗 Dan setiap orang mempunyai peluang untuk berubah menjadi lebih baik macam yang Amirul buktikan 😁 (spoiler) At the end,dia dapat meluahkan perasaan cintanya kepada orang yang sepatutnya dan bukan-nya yang se-jantina dengannya sekaligus dia membuktikan yang dia tidak gay lagi 😊

Sekian,
💕
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Firdaus Abu Bakar.
103 reviews5 followers
April 4, 2015
aku suka novel ni. ya ini dark comedy. kau akan jumpa lawak-lawak lucah dan sinis. tambahan pulak jalan cerita tentang hubungan lelaki sejenis. memang akan rasa geli tapi bila ada dialog yang bangang dan scene yang akan membuatkan kau tepuk dahi, kau akan terhibur.

babak repair paip air dan rempuh pintu hotel bersama orang minyak (dalam keadaan bogel) memang padu bagi aku.

dan ending dia. hey, ini dark comedy. bukan drama melayu.
Profile Image for Fey Bahram.
31 reviews2 followers
November 12, 2013
Cara olahan Saat Omar santai dan menampakkan watak utama orang yang kool. cuma, jalan ceritanya agak pelik untuk dihadam. dan saya percaya Saat menyampaikan sesuatu yang tersirat di sebalik sesetengah dialog. Seronok perlu dibaca dengan minda terbuka kerana tema LGBT yang dibawa mungkin tidak disukai sesetengah orang.
Profile Image for Nur Adnin.
8 reviews48 followers
August 21, 2014
Biasanya kalau bc buku fixi sy boleh habiskan 5-6 jam saja.tapi novel seronok ni ambil ms yg lama nak habiskan maybe sebab gaya bahasa yang skema,permulaan yg agak hambar dan tidak ada unsur saspens mcm novel fixi yang lain
Profile Image for CrystalGrey.
142 reviews15 followers
November 18, 2013
aku BLUR dalam dunia yang asing.....geli pun ader...iminigasi ku TERHAD
Profile Image for meenie.
321 reviews3 followers
August 11, 2024
ergh 😭😭😭👊🏻👊🏻👊🏻 tak boleh langsung suka buku ini. dia macam storyline menarik, plot twist ada, klimaks mantap, ending pun okay tapi banyak sangat scene yang tak sepatutnya ada pun (tak make sense) nak masukkan dalam buku ni.

seronok mengisahkan tentang amirul, self-claimed sebagai penyiasat upahan walhal sebenarnya dia takde kerja yang diupah oleh rozila untuk menyiasat suaminya, bakar. katanya bakar ini curang tapi still takde confirmation. namun- apa yang rozila tak tahu sebenarnya bakar dan amirul ini kawan baik (sangat baik 😊😊😊) ketika di universiti dulu. dalam masa yang sama, amirul juga diminta oleh pak halim untuk menyiasat seksualiti anaknya, sazali. pak halim rasa anak dia gay tapi still tak boleh nak confirm so dia suruh amirul yang dia sedia tahu memang gay. (btw saya takde spoil mana-mana eh dekat sini)

personal opinion ;
i finished it and tried to like it but nope. a big no. permulaan dia sangat menarik. really menarik dan penuh dengan suspense. oh rupanya bakar ni bestie dengan amirul dari zaman uni pastu gaduh teruk sampailah sekarang tak kenal. pastu bakar pun dah jadi pelakon terkenal tapi amirul bukan sesiapa pun. bila bakar dah discover siapa sebenarnya amirul ni apa motif amirul oh baru tahu the reason why diorang gaduh. tapi satu je -makin lama makin melalut. macam out of nowhere ?? takde angin takde ribut terus boom 💥 scene yang tak masuk akal. pastu itu belum masuk lagi macam semua benda nak berlaku serentak and sangat huru-hara. penulis tak berapa pandai nak olah the situations? oh cuma satu nak puji - kematangan watak sazali eventho dia masih muda dalam mengawal keadaan. and lagi satu alamak ada dua pulak, the reason kenapa bakar buat semua tu sebab nak tunjuk kesetiaan dia kepada rozila. i mean thats sweet even belum di confirm kan lagi tapi who knows kan?


SPOILER AHEAD !!
wth aku nak buat dengan scene amirul bogel selamatkan rozila !! he suppose untuk terus masuk dalam bilik tu NYAH KAU BOLEH JUMPA KAWAN PULAK. ORANG MINYAK PASTU KAU TIBER BOGEL PASTU DAH LAH KAU LARI BAWAK PEREMPUAN PUN STILL NAKED?? cam hello 😭😭😭😭👎🏻👎🏻👎🏻 euw geli sangat. THE PART WHERE BAKAR TUNJUK PENIS DIA DEKAT AMIRUL TF PEBENDA GILA MACAM TAK MASUK AKAL LANGSUNG AND SUMPAH JIJIK LOYA BLUWERKKK !!! lagi satu .. siapa yang BODOH SANGAT SIMPAN KEMALUAN SENDIRI DALAM BALANG ? PASTU SEMUA DAH BERPASS PASS BALANG TU? GELI SANGAT LAH EUW SUMPAH TAK NAK IMAGINE TAPI KITANYA PEMBACA OFC KITA IMAGINE
Profile Image for Syawal Ameron.
202 reviews2 followers
April 11, 2021
Seronok
Saat Omar
.
Tengok cover, tajuk dan baca sinopsis belakang agak seram dan kurang selesa jika nak bawa keluar berjalan buku ni. Ibarat kau tengok porn di khalayak ramai.😝 Haha.
.
Buku ini bukan lah cerita tentang LGBT semata, tetapi lebih kepada kritikan sosial terhadap masyarakat. Adakala, apa yang disampaikan penulis adalah nasihat untuk masyarakat. Cumanya bagaimana sisi pandang pembaca, jika baca sekadar seronok-seronok pasti tiada manfaat. Masa habis dengan imaginasi liar. Bahkan boleh jadi hal yang sia-sia dalam membaca.
.
"Ya betul Rozilla. Bakar perlu dipersalahkan pada setiap kenakalannya. Dia memang nakal. Masa tu dia muda dan good-looking. Dia buat benda-benda mengarut dan tak masuk akal tu sebab takde siapa pun pernah jangka apa akan mereka jadi bertahun dari sekarang. Semua orang buat kesilapan, dari Arnold Schwarzenegger dan siapa entah lagi. Tapi ketika ini dia perlukan support kita. Bukankah kita patut diberi ampun pada semua dosa lama kita? Dia perlukan bantuan kita sekarang Rozilla. Siapa lagi yang dia boleh harapkan selain kita? Dia takde orang lain."
.
Antara watak paling cool adalah pak halim. Selamba, direct dan kelakar.

"Ini bukan porno! Ini kau dan kawan kau guling-guling atas katil!" jerit Pak Halim. Dia bangun dan terus beredar."
.
Baca novel meluaskan imaginasi dan mempelbagaikan vocab. Membaca novel beri kita satu skill untuk menjadikan fakta sebagai sebuah cerita.
.
#Letsاقرأ #syawalbookreview
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
July 25, 2017
Seronok ialah antara buku Fixi terawal yang aku baca. Yang menyebabkan aku mahu baca tentulah kerana tajuknya, kavernya, blurbnya dan... nama Saat Omar yang mana aku rasa nama beliau seperti aku kenal. Setelah diselidik rupanya dia lecturer di kampus aku cuma herannya cemana lah aku tak pernah terserempak dengan dia.

Apa yang aku sukakan tentang seronok dan buku2 SO yang lain? Tentulah sebab ianya lucu, tidaklah deep dan terasa santai bila membacanya. Ada banyak parta yang aku suka ulang baca dan buat aku ketawa seperti babak Amirul debat Bakar tentang erti seni/pelakon, pertanyaan2 jengkel Amirul di dalam kelas, babak makan biryani lepas jumaat dengan Pak Halim dan penyiasatan ke atas anak Pak Halim.

Aku tak dapat nak elak dari membayangkan wajah2 watak dalam ni kecuali Amirul ti sendiri. Pak Halim - macam pak Halim yang berkedai kat kampus tu, Bakar - Hairi Othman, Rozila - Rozita Che Wan, Rahim -Rahim Sepahtu. Haha.

ada seorang kawan aku yang baru nak baca Fixi dan minta rekemen aku. Aku kata beli Seronok. Beberapa bulan kemudian bila habis baca dia kata 'aku rasa Saat Omar tu gay lah'. Nampak tak pawer tak pawer cik Saat ni ?
112 reviews3 followers
July 27, 2019
Kelakar naskah ni. Dari mukasurat terawal lagi dah lucu. Aku terhibur ☺️

Dalam pada santai dan penuh gurauan, ia tetap kaya dengan pesona dari segi isinya, bahasanya dan emosi yang cuba disogok ke jiwa pembaca. Ia satu naskah yang enak untuk dinikmati, punyai mesej yang bagus meskipun sarat komedi.

Ada masanya aku terfikir, kenapalah aku baca naskah ni? Tapi aku tak berhenti membelek sebab rasa ingin tahu tu tinggi. Tak ada sebarang jawapan di pertengahan. Jawapannya di penamat. Nak tak nak, bacaan aku sama pantas dengan pecutan jalan ceritanya 😂

Tak boring. Itu pasti. Ada masanya, babaknya tak masuk akal langsung. Who the hell berlari bogel sejauh-jauh tidak, kan? 😂 Apapun, bagi akulah, cerita ni memenuhi citarasa aku 😊

Satu perkara saja yang buat aku mungkin sangat terasa. Bahasanya yang agak baku/formal tu tak ada masalah. Cuma ia mengingatkan aku pada Rebel, salah satu karya penulis. Yang aku rasa sedikit celaru adalah pada watak-wataknya yang berbahasa hampir serupa saja. Ada watak digambarkan begitu-begini tapi dialognya serupa ritma saja dengan watak-watak lain. Kadang-kadang rasa macam tengah baca buku klasik 😆
Profile Image for Angela.
172 reviews1 follower
May 15, 2020
Why I'm interested in this book at the first place
Picking it up from a book exchange corner, to support the #TakeReadReturn movement by Books On The Move.

The first book I read for the Merdeka month.

What do I think of this book... now that I've done reading it
This is a through and through one quirky reading experience. The title and the synopsis doesn't do it justice, (minor spoiler alert) as it's centered on finding sexuality (or, perhaps true love) in the domain of dark comedy.

If it is to be adapted, I think The Twilight Zone would suit best.

+
1. The tone of the dialogues between the characters are casual and relatable.
2. Some of the interactions between the characters does tickles some bones.

-
1. Judging from the overall theme and the storyline this is not for the prudish minds.
2. So, Bakar the actor simply gone with the wind? What ever happened to him?
3. The ending.

Get this
1. If you want to complete your reading bucket list by reading the most qurkiest book ever? This one's for you.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,330 reviews67 followers
June 27, 2017
#44#2017

Done reading Seronok by Saat Omar.

First and foremost, by looking at the cover, people would have the idea what this book is all about.

Buku ni ada 2 bahagian.

Bahagian 1: cerita pasal Amirul yang diupah oleh Rozilla untuk menyiasat Bakar. Overall, bahagian ni pasal seksualiti. Si Bakar, Amirul dan Sazali. Semua tu gay.

Bahagian 2: cerita pasal Bakar. Amirul dan Rozilla. Bakar tu sakit HIV. And i was curious, kenapa Bakar kahwin dengan Rozilla sedangkan dia tu gay. Dalam ni, tak dinyatakan reason nya.

Overall, novel ni mengetengahkan isu gay, lgbt, dan penerimaan keluarga. Lain orang, lain citarasa. saya kurang seronok baca novel ni. Mungkin sebab saya still tak dapat define the term 'seronok' tu.
Profile Image for Benz.
Author 20 books104 followers
August 2, 2018
Bolehlah.
Ceritanya tak macam buku FIXI yang lain. Tetapi masih mengekalkan idea yang sama, iaitu tema tentang seksual tak boleh tinggal. Cerita ini mempunyai pengaruh kuat P. Ramlee, walaupun plot-plot dalam cerita ini macam dibuat-buat, atau macam tersangkut-sangkut -biasalah, aku menerimanya sebagai biasa sahaja, kerana kita manusia, tak sempurna- bukan sentiasa ada idea.

Aku rasa, macam buku FIXI yang lain, aku baca sampai habis.
5 reviews
May 31, 2024
mula-mula agak anehlah dengan cover buku ni...tapi husnuzon jelah aq suka karakter Amirul aq rasa walaupun dia gay dia still seorang yang berpendirian teguh dan ada prinsip dia sendiri..Buku ni best I love it
Displaying 1 - 30 of 80 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.