Buku kecil ini selesai dibaca hanya dalam satu malam. Berteduhkan cahaya bulan, haruman asap sigaret, gigitan nakal nyamuk liar, juga ditemani empat laki-laki (dua adalah penulisnya). Saya boleh kategorikan buku ini sebagai bacaan rangup; jajan atau kekacang yang pabila dikunyah, kita takkan berhenti; ralit dan mengkhayalkan.
APi Husien
"kesempurnaan itu lahir dari kesederhanaan' jadi, bagaimana untuk menulis sajak sempurna? aku akan terusan berkata; jadilah seorang yang sederhana. - Bagaimana Untuk Menulis Sajak Sempurna; 05.
Kali ini saya temui sisi lain dalam penulisan sajak APi, tidak seperti penulisannya yang terdahulu. Yang ini sedikit segar dengan penggunaan kata yang lebih matang. Sajak yang panjang-panjang memang makanan APi. Cumanya saya terasa seperti ada beberapa baitnya yang pernah saya baca atau barangkali perasaan sendiri atau boleh jadi hanya kebetulan.
Elham Rebel
di tengah hujan, seorang penyair menyanyi; "apa yang membuat kau menangis, awan? apakah untuk tumbuh-tumbuhan yang kehausan atau doa perindu yang tak diperkenan tuhan? Lima; 28
Blog tulisan laki-laki kecil ini menjadi adiksi saya sejak akhir-akhir ini. Penggunaan kata, lenggok bahasanya juga bait-bait term yang dialunkannya dalam sebuah sajak saya kira cukup menyenangkan saya. Sayangnya di dalam Boke ini, sajaknya terlalu pendek dan hati saya merusuh mahukan sajaknya lagi dan lagi.
Karl Miller
Aku menadah air mataku di telapak tangan hingga menjadi kolam yang menjemput wajah bulan, dan kenangan datang selebat kunang-kunang; apa yang lebih gaduh dari rindu yang diam-diam? Wajah Bulan 2; 67.
Ada beberapa sajaknya yang perlu saya ulang baca dua tiga kali. Sama ada saya yang terburu-buru menghadam sehingga hilang tumpuan daya faham atau sajaknya itu terlalu mendalam. Walau bagaimanapun saya kira saya sendiri yang culas untuk menjadi pembaca sajak yang baik. Yang pastinya, rasa jemu belum ada pada setiap kali saya mengulang baca.
Saya akan berikan empat bintang sekiranya sajak-sajak tiga laki-laki ini ditambahkan lagi muka suratnya. Bacaan yang menyenangkan tapi masih ada yang tidak cukup. Saya menanti karya solo dari ketiga-tiganya. Selamat ya!
Betul kata Api pada JBWRF hari tu yang dia sudah lain gaya berpuisi. Memang lain, lebih harmoni pada aku dan aku setuju dengan hana ahmad pada istilah lebih 'matang'di dalam BOKE ni. Elham juga mampu mengeluarkan sesuatu yang beremosi, untuk aku menung seketika. Karl paling mengkhayalkan. simple, mudah, tapi bukan biasa biasa. boleh buat berulang ulang baca kerana definisinya boleh jadi pelbagai.
Semoga kawan - kawan aku ni terus maju esok hari. Boleh diperbaiki lagi.
alasan dari peraturan pertama aku sebagai pembaca, mesti ada peraturan. pembaca tanpa peraturan adalah pembaca yg malas. dan malas suatu hal yg merugikan. kedua, jadilah apa saja, jadilah petualang. aku datang pada BOKE sebagai orang yg tidak dikenali. dan BOKE adalah hal yg baru aku kenali. ia cara yg lebih mudah bagi aku.
BOKE diletakan pada satu tempat yg bagus. ada keistimewaannya, seolah BOKE terujud sebagai 'rumah tetamu'. untuk itu, BOKE direka memiliki pintu-pintu dari semua sisi yg bisa saja kita masuki. dari arah depan, belakang, kiri, kanan, malah dari atas barangkali. dalam ruang BOKE ada 3 ruang yg meletakkan setiap pendirinya. namun ketara hanya satu ruang yg agak berbeda. ia ditampilkan punya gaya reka yang ada variasi warna, mungkin karl terdidik dengan prinsip yg sedikit meluas. meski begitu, puisi-puisi dari kedua pendiri BOKE yg lain, api dan elham, tidak bermakna begitu lembut. ia masih punya ketegasan dan usaha tampil beda. sandingan ketiganya harus tepat dengan pengalaman hidup yg sewajarnya. sebagai tetamu, mengunjungi BOKE terlalu singkat bermakna anda melangkaui ruang-ruang yg juga pelengkap pada rekaan BOKE.
ada satu ayat yg sedetik aku fikirkan, 'andai pada satu saat anda memasuki sebuah rumah dan punya keinginan untuk mengambil sesuatu, jangan alang menjadi pencuri kecilan, jadilah perampok yg tahu bahawa dalam setiap rumah adalah bernilai meski sekecil apapun.'
pada BOKE, sekecil apapun puisi yg terisi dalam ruangnya, anda tampillah sebagai tetamu yg berusaha mengerti bahwa pada setiap ruang, pendirinya telah cuba membataskan kelainan. namun anda mungkin sangat jelas kalau ia akhirnya kelihatan berpaut-paut antara mereka.
peraturan ketiga, jangan cepat berpuas hati. tapi, harus punya penerimaan terbuka untuk usaha terbaik dalam apapun penghasilan. BOKE adalah rumah tetamu dan pembaca2 adalah tetamu. tetamu pada batasnya bukan pengubah rumah yg dikunjungi, tetamu tetaplah tetamu yg sewajarnya memahami.
untuk api, kamu cepat tampil dewasa dan marak dengan puisi. di sini, kamu tuan rumah yg seperti aku tidak kenali. juga elham, satu masa kelak, kamu adalah medan yg pada setiap pejuang harus bersemangat. karl, tetap sebagai pengukuh, saudagar yg tidak betah kalau hanya berdagang pada satu tapak dan meninggalkannya tanpa pengukuhan. BOKE rumah tetamu yg kecil dengan pendirinya yg berjiwa besar.
buku ni kecil je dan senang kalau nak bawa ke mana-mana. aku memang dari dulu suka gaya penulisan ketiga-tiga penulis ni. api, elham dan karl masing-masing ada gaya penulisan tersendiri yang boleh buat sesiapa jatuh hati dengan penulisan mereka.
bagi aku, hampir kesemua puisi dalam boke ni memberi kesan. aku baca berulang-ulang kali setiap puisi. sebab puisi diorg ni bukan sekadar kau baca dan kau boleh lupakan. kau baca dan kau cuba hadam. bagi aku buku ni best. best sangat. sangat berbaloi! :') antara puisi yang aku suka,
aku ingin sekali tapi aku takut, orang asing, topeng. (api) empat, lima, tiga belas. (elham) menyelinap ke ruang malam, menuju dakapan ajal, jatuh. (karl)
dan ada di antara puisi-puisi mereka yang berjaya membuat aku sebak.
oh mestilah aku ada yg tak puas hati, sebab ada 68 ms je. :/ mmg sesuai nak bawa ke mana-mana terutama lelaki. tapi sbb aku perempuan dan selalu pakai beg besar, buku ni terlalu nipis. kalau lah lepas ni diorang boleh buat lebih banyak puisi dan upgrade pages. (utk buku yg akan datang maksud aku)
tapi apa-apa pun syabas untuk ketiga-tiga penulis. :')
Buku yang menarik, dari segi bentuk dan isi. Buku-buku sajak atau puisi selalunya menyenangkan hati saya. Penulis sajak/puisi pasti menghabis banyak masa untuk menemukan bait-bait kata yang sesuai, menyusun, memotong, memilih lagi, kemudian mencantum kata menjadi kalimat-kalimat berpadanan dan akhirnya masih juga perlu menimbang-nimbang fikir sama ada lirik-lirik sajaknya sudah benar-benar tersedia ataupun belum. Seperti tukang kata yang sedang bertarung.
Saya tidak tahu berapa lama masa diambil mereka untuk si kecil ini, namun ternyata tidak ada kata bosan sewaktu saya membacanya (walaupun saya sedikit ralat melihat kertas putih di halaman kiri yang kosong tanpa font). Saya malah masih teringat-ingat beberapa potong sajak usai habis membaca. Terutamanya sajak Elham Rebel yang seperti mengajak saya belajar sains or something.
"Aku merindukanmu seperti seribu daun yang gugur yang mana tiap satu tanggal daun merasa rindu seperti seribu juta daun yang luruh."
"Apa yang lebih gaduh, dari rindu yang diam-diam?"
"...di setiap sajakku yang tak siap adanya kamu di dalamnya yang tak ku dakap."
Usai baca dan tutup buku, cuma ada satu persoalan di kepala saya; barangkali berapa ramai gadis-gadis bakal jatuh cinta dengan tiga jejaka ini dan berapa ramai juga yang bakal patah hati dengan tiga jejaka ini.
Jadi, bagaimana untuk menulis sajak sempurna? Aku akan terus berkata; Jadilah seorang yang sederhana.
- Api Husien, Bagaimana Untuk Menulis Sajak Sempurna
Aku bukanlah seorang yang pandai menulis, apatah lagi puisi. Tidak juga banyak membaca untuk aku mengatakan aku arif mengenai puisi. Jadi, ini bukan ulasan mahupun kritikan. Ini cuma kekaguman yang aku ingin lahirkan.
Prakata dalam buku ini saja sudah menarik-narik aku untuk berlayar dalam buku comel ini.
Buku comel yang boleh dibawa ke mana-mana.
Himpunan puisi yang mengkhayalkan, membacanya saja membuat kau rasa sedang duduk diapit awan-awan comel. Sambil kau tersenyum-senyum bahagia dipeluk angin lembut.
Tiada puisi kegemaran atau pilihan. Kerana semuanya aku suka. Semuanya bagus.
Aku suka karya ketiga-tiganya. Agak terbiasa dengan tulisan mereka memandangkan aku sering melihatnya di garisan masa Twitter. Dan boleh hendak dikatakan, ketiga-tiga pria ini amat manis. Manis dari segala sudut.
Tapi ini saja tak cukup. Mahu tebal lagi, mahu mabuk lagi. Jadi, untuk buku akan datang, sila buat lagi padat ya :)
BOKE antara buku puisi yang aku rasa bagus. Ada antara sajak dalam buku ini yang pada aku sangat baik, ada antaranya yang biasa biasa sahaja. Tapi BOKE buka mata aku untuk lebih mencari puisi (sajak) lain yang ada atas muka bumi ni. Aku bawak buku ni pergi mana mana sebab dia pocketsized. Senang bawak. Dan BOKE berjaya isi masa kosong aku masa aku tengah tunggu bas, takpun tunggu manusia berjanji Melayu.
Kebanyakan sajak yang ada dalam BOKE banyak aku boleh kaitkan dengan hidup aku. Tak susah nak faham sebab boleh dikatakan semuanya hal yang biasa manusia lalui. Cuma disusun guna kata kata yang cantik sikit.