Jump to ratings and reviews
Rate this book

Halusinasi

Rate this book
Maya begitu teruja menukilkan karya mistik. Bab demi bab dikarang dengan penuh penghayatan. Kisah misteri yang melibatkan sebuah kemalangan ngeri tiga buah kereta.

Sepanjang menyiapkan karya itu, dia sering disergah lembaga berkelubung. Ada sahaja mahkluk yang menakutkan datang mengganggu. Banyak perkara pelik berlaku kepadanya. Fikirnya, itu cuma halusinasi.

Dia juga didatangi suara tanpa wajah yang mahukan dia menyelesaikan sesuatu yang dia tidak tahu. Sedangkan dia menyangka sedang berimaginasi dengan watak-watak dalam karyanya. Tanpa disangka, segala yang tercoret dalam karyanya benar-benar terjadi! Malah rentetan daripada malapetaka itu, seorang demi seorang kenalannya mati!

Maya bingung. Dia cuma novelis. Benarkah dia sekadar berhalusinasi? Dan apa sebenarnya yang suara tanpa wajah itu mahu daripadanya? Selagi dia tak merungkai kemelut ini, selagi itu dia terus dihantui.

752 pages, Paperback

First published September 20, 2013

8 people are currently reading
56 people want to read

About the author

Jessy Mojuru

14 books17 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (29%)
4 stars
12 (22%)
3 stars
17 (31%)
2 stars
4 (7%)
1 star
5 (9%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books263 followers
April 5, 2018
Buku Jesse Mojuru pertama yang dibaca. Expectation agak tinggi pada buku ni sebab nama penulis famous sebagai antara penulis seram top Karangkraf kan.

WRITING.
Masalah pertama masa baca buku ni adalah dari segi writing. Mula-mula sekali, agak terganggu dengan penggunaan aku-awak. Tak natural. Penulis patut pilih samada nak gunakan akü-kau ke saya-awak.

PLOT
Penyusunan plot agar berterabur. Ingatkan FIXI je rasa serabut bila baca. Tapi novel ni fuhh. Berganda lagi serabut sebabkan banyak sub-plot yang rasanya tak perlu pun.

Antara turn-off paling utama adalah pada pertengahan novel. Penulis terlalu kerap ulang benda yang sama. Yang Maya dan watak2 tu cumalah watak rekaan dan dia hanya penulis sahaja. Ye, saya tau. Ni sampai hampir setiap bab nak ingatkan. Seolah-olah penulis tak percaya yang pembaca2 novelnya adalah orang dewasa yang tahap memorinya masih kuat.

Elok-elok je kita dah faham dan brain tengah selari dengan cerita, tiba-tiba penulis bangkitkan lagi isu yang watak rekaan tu. Cukuplah bikin gue lagi pusing ni malah bukunya tebel2 gini.
Perjalanan antara satu babak ke babak yang lain macam terlompat-lompat. Jauh pulak tu lompatnya.

KARAKTER
Malangnya dengan ketebalan novel 700+ muka surat ni, belum cukup untuk bangkitkan rasa sayang pada watak. Even rasa nak care kepada watak pun takde. Banyak pula watak tempelan yang tak payah ada pun takpe, watak chipsmore dan tiba2 je disebut sbgi antara watak penggerak plot. Tapi pada awal kita tak kenal pun dia ni sapa. Watak yang kita care tu pulak yang tiba2 hilang tanpa penjelasan.

Senang cerita, novel ni sebijik macam mimpi buruk sebab scenes yang melompat2 dan watak yang tak penting, tiba2 hilang kemudian jadi watak penting. Lepas habis baca novel ni, betul-betul rasa seperti bangun daripada mimpi.

I tried. Dimaafkan sebab ini karya penulis yang pertama dengan Karangkraf.
Profile Image for Inn Auni.
1,092 reviews22 followers
August 22, 2017
Tebal ya amat buku ni untuk genre bukan romantik. Mungkin sebab watak-watak pembantu yang ramai kot. Sebenarnya saya dah tahu spoiler buku ni sebelum baca lagi. Biasalah bila dapat kawan over excited sampaikan semua dia nak cerita. Jadi saya akui saya banyak skip helaiannya. Sampai ke babak di banglo barulah saya tumpu. Itupun ada sedikit rasa lucu. Macam babak dalam Harry Potter pun ada.

Saya suka buku yang dalamnya ada cerita lain. Kiranya dalam buku ni kisah Maya sebagai penulis yang sedang menyiapkan manuskripnya yang berunsur mistik. Tapi bila saya sendiri tak dapat bezakan yang mana satu realiti (kisah Maya) dan fantasi (kisah buku tulisan Maya), tu yang buat geram tu.

Pernah tonton filem seram Thai, The Victim? Kalau pernah, kesimpulan buku ni dan filem tu, sama tapi tak serupa.
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
October 21, 2013
Tahniah untuk diri sendiri sebab berjaya habiskan buku ni kurang dari 24 jam. Weehooooo!

Baca buku ni, buat aku tak boleh nak stop. Malam tadi pun, cuma tidur 3 jam dan sambung baca balik buku ni. Jalan cerita dia yang bersimpang siur, dan persoalan yang tak terjawab sejak dari awal membaca, buat aku tak senang duduk.

Kisah berkisar pasal Maya seorang penulis novel cinta dan ingin menulis sesuatu yang lari dari kebiasaan. Dia memilih tema thriller. Semuanya bermula bila dia dapat mimpi pelik, mendengar suara-suara aneh hampir setiap malam. Dan sampai pada satu tahap, aku sendiri dah tak boleh beza mana realiti dan mana halusinasi.

Penulis sangat bijak memutar belitkan cerita tapi masih mampu membuatkan pembaca faham dan berfikir, apa sebenarnya yang berlaku.

Aku suka novel ni.
Aku suka ceritanya.
Dan aku suka cara penulisannya.

Tahniah! Anda akan menjad penulis feveret saya lepas ni!


Profile Image for Farhanah Atiqah.
Author 1 book8 followers
March 20, 2014
Menarik.Penulis memiliki imaginasi yang tinggi.Tapi saya tak puas hati sangat dengan pengakhiran cerita watak-watak tambahan.Kalau boleh,saya nak tahu lebih lanjut tentang mereka.
Profile Image for Khairul Azlan.
31 reviews4 followers
August 3, 2016
tak best..cerita banyak sangat berimiginasi Dan plot cerira yg tak bersusun
Profile Image for Sha Mohamed.
2,544 reviews1 follower
July 1, 2016
Seriouslly ohsem..
Misteri dalam misteri...
Yang manakah realiti?? Memang kena baca sampai habis..
Ending dia agak sedih...
Profile Image for シティ.
264 reviews
Want to Read
January 24, 2025
Bacaan santai selepas riadah

Nukilan/dialog menarik...
...



Sudut Pandang 1: Antara Imajinasi dan Realiti, Ada Misteri yang Memanggil.

Novel Halusinasi oleh Jessy Mojuru adalah karya yang membawa pembaca ke persimpangan antara dunia nyata dan dimensi minda. Maya, seorang novelis yang terperangkap dalam dunia karyanya sendiri, menjadi simbol bagi pencipta yang bergelut dengan imaginasi liar dan misteri hidup yang tak terjangka.

Plot yang penuh teka-teki dan sentuhan elemen seram menjadikan novel ini sukar untuk diletakkan. Pembaca dibawa masuk ke dalam dunia Maya yang kacau, di mana setiap lembaran membawa satu persoalan baharu. Apakah yang sebenar, dan apa pula yang sekadar halusinasi? Kematian yang menghantui, suara tanpa wajah, dan pertemuan dengan makhluk misteri adalah elemen yang memaku pembaca hingga ke bab terakhir.

Jessy Mojuru mengadun naratif ini dengan kemahiran yang hebat, menyatukan emosi, rasa takut, dan tanda tanya dalam setiap bab. Sebuah karya yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga mencabar minda pembaca untuk berfikir di luar kotak.
Realiti atau Ilusi? Maya Memilih Jalan Berliku.



Sudut Pandang 1: Bila Pena Menjadi Kunci, Beranikah Maya Membuka Pintu Misteri?

Halusinasi oleh Jessy Mojuru adalah sebuah kisah yang menyelami jiwa manusia yang bergelut antara kebenaran dan imaginasi. Maya, watak utama, adalah gambaran seseorang yang terpaksa menghadapi ketakutan dan persoalan yang lebih besar daripada dirinya. Ia bukan sekadar sebuah kisah seram, tetapi juga pengembaraan emosi yang menggali perihal jiwa, kreativiti, dan keberanian.

Apa yang menarik dalam novel ini ialah bagaimana kisah misteri dan mistik disulam dengan persoalan psikologi. Pembaca dibawa masuk ke dalam fikiran Maya yang semakin keliru, menjadikan perjalanan membacanya satu pengalaman yang mendalam. Jessy Mojuru bijak menggambarkan konflik dalaman Maya, menjadikan pembaca merasai ketegangan dan kesunyian watak itu.

Cerita ini mengajar kita tentang kekuatan untuk menghadapi apa yang tidak difahami, dan betapa kebenaran kadangkala hanya muncul apabila kita sanggup menyelami ketakutan paling gelap.
Di Sebalik Setiap Bayangan, Ada Cerita yang Belum Terungkai.
Profile Image for Hamidah Effendi.
468 reviews3 followers
February 6, 2026
Halusinasi – Jessy Mojuru

Terima kasihlah penulis sebab berjaya buat kepala aku pening dan berselirat, cuba menghubungkan antara yang benar dan yang sekadar halusinasi. Dari seorang penulis, tiba-tiba dicampak ke dunia lain—eh, terus rasa lost sama macam watak dia sendiri.

Bila penulis cuba back to reality, keadaan jadi makin keliru. Dia sendiri terperangkap dengan apa yang sedang berlaku, ditambah pula dengan kemunculan pelbagai watak dan subplot yang bersimpang-siur. Tapi satu benda aku pasti: ramai pembaca takkan suka ending dia 🤣🤣🤣
Sad ending, dan kebenaran yang didedahkan tu memang pedih.

Karya ni kuat dengan vibe buku-buku FIXI—gelap, psikologi, dan buat otak bekerja. Honestly, next time boleh cuba hantar manuskrip ke FIXI. Aku nampak potensi penulis untuk berada dalam dunia tu.

Untuk menenangkan diri selepas habis baca:
ini sebenarnya misi Maya untuk kembali ke dunia realiti. Tapi malangnya, bila dia berjaya kembali, dia tetap perlu berjuang untuk pulih. Watak-watak yang pernah wujud dalam hidupnya sebelum ini tak lagi mampu membantu. Jadi dia kena bangkit sendiri jika benar-benar mahu sembuh.

Yang mati tak boleh dihidupkan semula untuk memperbaiki kesilapan, tapi yang masih hidup—teruskan berjuang. Kehidupan di dunia hanyalah ujian, dan akhirat itu selamanya.
Profile Image for Ubi.
315 reviews
November 30, 2018
Give up at 1/3rd of the book. Or maybe less. Tak boleh nak hadam. Tak pernah rasa stress baca buku. This is the first time. Taktaula pasai apa.
Profile Image for Najmi.
13 reviews3 followers
May 8, 2015
terbaik.ini baru betul mindfuck
2 reviews
March 31, 2014
i like this story....make me want to know more, more and more...
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
February 10, 2015
saya suka buku ni ...
ada satu part dimana kita akan rasa adakah kita juga 'watak' yg dicipta penulis ...
Profile Image for Lady Sofea.
40 reviews
December 15, 2014
Alhamdulillah... Lega teramat sgt setelah hmpir sebulan dan harinie 16/11/14 berjaya menghabiskan novel ni. Sukar utk sy memahami setiap jalan dan watak dlm novel ni.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews