Jump to ratings and reviews
Rate this book

Maaf Aku Bukan Lagi Leon Trotsky Kamu Semua

Rate this book
Himpunan catatan Lucius Maximus dari blog Trankuiliti Tronoh

196 pages, Paperback

First published September 1, 2013

3 people are currently reading
46 people want to read

About the author

Lucius Maximus

6 books27 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
40 (30%)
4 stars
57 (43%)
3 stars
25 (19%)
2 stars
6 (4%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 30 of 41 reviews
Profile Image for Zetty Khairunisa.
125 reviews2 followers
July 3, 2015
Peringatan utama; buku ini berunsurkan politik. Serius! Sangat politik. Manusia beku yang tak mungkin menerima pandangan apa-apa lagi, tolong jangan baca buku ini semata-mata nak tunjuk seperti ideologist, sosialist mahupun revolusionist walhal sebenarnya Muslim paranoid. Ya, Muslim paranoid yang semakin bersepah, muncul secara bermusim dan berlagak seperti hero yang sensitif tetapi tidak sensitif kepada orang lain. Buku ini sepatutnya diberi 10 bintang kerana satira yang mampu menghentak dada patung-patung politik. Kita disuruh berfikir seperti angkasawan padahal kita cuma Flight Participant. Simpati,dinaikkan sedikit kepada Research Cosmonaut. Dan mereka sendiri tertawa dengan kegagalan pelaburan burung walit,penjenamaan al-Islam dan segala hutang lain. Ironi. Ya Lucius, propaganda 'naik-nama' pemerintah memang menghina kebijakan minda. Scene penulisan indie bukan modal untuk update timeline tetapi untuk generasi muda berfikir secara teori dan fikrah (The Libyaman). Mengangkat Tokoh Revolusi Kesatuan Soviet iaitu Leon Trotsky sebagai pewaris terpilih yang tragis, watak cinta Nurul Izzah Anwar Ibrahim memang selingan terhormat. Persoalannya, kita dari keturunan mana? Iskandar Zulkarnain atau Demang Lebar Daun? Ok Lucius, kamu masih Leon Trotsky buat aku. Orang lain? Biar mereka kenal dulu siapa itu Lucius Maximus. Trankuiliti Tronoh 2007 - 2012.
Profile Image for Syed Muhammad Danial.
153 reviews8 followers
July 13, 2020
Buku yang agak baik. Buku ini adalah nukilan penulis dari blognya pada tahun 2007-2012. Sesetangah kejadian mungkin telah dilupakan dan cerita-ceritanya juga mungkin boleh beri nostalgia kepada kita jika baca pada tahun 2020 ini.
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
July 6, 2017
Kumpulan catatan blog peribadi penulis dari 2007-2011 yang berkisarkan pelbagai isu semasa (pada ketika itu). Pelbagai topik dibincang, dibahas dan diumpamakan merangkumi pelbagai isu agama, negara, ekonomi dan sebagainya.

Bagus untuk dijadikan pemangkin buah fikiran baru minda-minda muda anak tempatan terhadap segala perkara dalam dan luar negara. Bukan semua yang disiarkan di media menunjukkan apa yang berlaku sebenarnya. Setiap kejadian pasti ada dua kisah berlainan mengenainya.
Profile Image for Khairul Umar Hamzah (Kuhaf).
63 reviews29 followers
September 21, 2013
Tepat jam 0116, 21 September 2013 aku berjaya habiskan pembacaan buku #BukanLeonTrotsky ini. Lucius Maximus – nama yang aku kenal selepas membeli Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia di parkir bangunan Dayabumi, bersebelahan dengan Central Market sempena Art For Grabs 2012. Bootleg, heh.

Mudahnya, buku ini terbahagi kepada 6 bahagian dimana setiap bahagian dirujuk berdasarkan tahun (2007-2012). Ada banyak disiplin – politik, kemanusiaan, ekonomi hingga membawa kepada cinta. Senang kata, buku ini lengkap.

Politik – Dalam era Malaysia yang kononnya sedang menghadapi perbahasan politik paling agung dalam tempoh terbinanya Malaysia, aku anggap buku ini jatuh dalam kategori wajib dibaca. Ianya ada membicarakan tentang UMNO, DAP, dan sebagainya. Kau tak perlu jadi pandai atau punya sijil kedoktoran untuk memahami tulisan Lucius, itu aku jamin.

Aku juga suka cara dan pendekatan Lucius dalam menerangkan perihal ekonomi mengikut nahu dan idea serta pengetahuan paling asas yakni supply and demand. Sekali lagi, kau tak perlu punya MBA untuk memahaminya.

Bahagian yang paling aku suka dalam buku ini adalah apabila Lucius membicarakan tentang paranoia orang Islam, anjing dan babi. Bagaikan kata-kata Sathia yang aku petik dari program Maharaja Lawak ‘’ Itu kacang putih dey!’’ Maksudnya senang, dan linear – sekali lagi mudah difahami. Kebanyakan orang Islam suka untuk memilih pendekatan mengharamkan sesuatu disebabkan oleh kemalasan mereka, contohnya haram memegang anjing kerana ianya najis. Ianya bukan selamanya haram, hanya perlu sertu semula selepas memegang haiwan tersebut, tetapi disebabkan kemalasan yang beraja di hati, sudah tentu menuding jari dan berkata haram itu lebih senang. Perihal umat Islam Malaysia yang berasa tidak selamat (insecure) juga diterangkan di dalam buku ini. Insecure tentang jamuan Sakramen Ekaristi dan sebagainya.

Kaitan antara 100 hari di Rwanda tahun 1994 – 13 Mei 1969, Michael Jackson, Suleiman Akhlaken, Mar abang Umno, Karpal Singh, Pak Lah, Demang Lebar Daun, Cassius Clay @ Muhammad Ali, Mohan malahan Lucius Maximus sendiri juga menarik. Setan kau Lucius, apa hal buku kau ni menarik sangat?

Dan akhir sekali, penutup buku #BukanLeonTrotsky ini dijelmakan dalam bentuk suspen menerusi baris ayat terakhir ‘’ Kenalah bayar hutang dulu, baru boleh tulis tentang Piala Dunia Brazil 2014’’!

Hebat natang!

P/s: Ada bab bonus - tentang kisah cinta Lucius - Izzah Anwar Ibrahim.
Profile Image for Barukisu (Balqis).
131 reviews10 followers
September 16, 2013
Serius aku tak kenal siapa lucius maximus ni. Walaupun aku pembaca buku tegar tapi aku tak pernah dgr nama author lucius maximus tambah-tambah dengan banyaknya buku yang terbit bagai cendawan samada secara indie atau tidak. Tapi suami aku kenal.

Sebab dia baca blog penulis ni. Trankuiliti Tronoh sejak zaman akhir belajar hinggalah time dia baru nk start kerja.

Penulis blog. Aku memang dah lama tak amik port pasal blog sejak habis belajar.

Jadi sebab tu aku tak tahu.

Tapi suami aku nak beli, dan aku nak baca. Okaylah sistem barter tu kan?

Dan aku memang tak pernah dengar pasal mamat leon trotsky ni. Serius. Kalau lenin ke stalin ke, ye aku kenal sebab hari-hari pergi kelas tengok patung besar dia terpacak duduk sementara tunggu bas.

Aku suka jenis penulisan blog buat buku ni tapi tgk jenis tulisan apa dia tulislah. Macam
buku ni memang agak berat. (Berat bagi aku di sini adalah pasal isu-isu dia, bukan tulisan dia) Tapi sesuai dengan usia aku, alhamdulillah mampu hadam.

Politik
Agama
Ekonomi (aku paling suka bab ni, especially bila dia buat perbandingan)
Sejarah sosial
Masyarakat
Antarabangsa

Dan begitulah.

Isu-isu yang dibentangkan kebanyakannya macam dah lepas, mengikut tarikh artikel ditulis tapi masih relevan sbb aku baca pada hari malaysia dan aku rasa sangat-sangat apa yang dia tulis. Time aku baca ni, Najib tengah bagi ucapan dekat Sarawak/Sabah. So, dapat faham sentimen tu? Ha.

Dan lagi pasal isu Mesir-Arab-Israel. --> ye husni mubarak digulingkan tapi dia dah pun dibebaskan balik. Seronok baca macam naik mesin masa sebb aku dah tahu apa jadi pd mesir slps revolusi tu.

Overall, untuk sebuah buku, aku rasa agak berbaloi beli dan baca, kurang sama atau lebih dari buku2 yang diwujudkan dari penulisan blog sebelumnya yang pernah aku baca.

Because I never read his blog except my husband (biasalah lelaki), I enjoy the reading journey as much as I enjoy roti canai dengan kuah kari sbg sarapan di waktu pagi yang sangat lapar. Nikmat!

Kudos untuk analisa-analisa yang padu dan straighforward, kalau tak faham juga lepas baca mungkin perlu cerminkan diri sendiri balik.

Passing this book to my husband next.
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
May 23, 2014
Susah juga mahu mengulas sebuah buku yang lengkap dengan hujah konkrit berkenaan apa saja yang dibincangkan. Membentangkan fakta-fakta yang sukar untuk dipatahkan malah meyakinkan dalam setiap penjelasan. Blook ini boleh dikatakan cemerlang dalam mencelikkan yang buta, menyuluh yang samar supaya mengerti akan duduk sebenar sesuatu. Sekurang-kurangnya jumlah golongan yang hanya menurut secara membuta tuli akan lebih terpanggil untuk menggunapakai fungsi otak secara optimum. Serumit-rumit perihal ekonomi, politik dan sedikit isu keagamaan dipersembahkan dalam cara yang paling senang difahami tanpa memutar belit seperti yang sering dilakukan sesetengah pihak. Penyampaian yang tidak lekang dengan nada sinikal pasti menghembuskan haba panas buat yang terasa. Maka dengan ini aku mengisytiharkan bahawa Maaf Aku Bukan Lagi Leon Trotsky Kamu Semua adalah sebuah karya penulisan bijak pandai, bukan memandai-mandai.
Profile Image for Abrar Shafie.
Author 1 book13 followers
October 20, 2014
buku ini menghimpunkan tulisan-tulisan dari blog penulis.

aku tak pernah baca blog dia, cuma himpunan dari penulisan dia aku kira agak menarik.

ia berunsur kritikan masyarakat, dari isu harga kereta, harga minyak, UMNO yang kononnya 'memperjuangkan nasib melayu', ketaatan pada raja yang membuta tuli, dan melayu yang alergik BABI.

mungkin tidak semua yang dilontarkan beliau aku setuju, tetapi kritikan masyarakatnya seringkali mengena dan membuatkan kita berfikir.

adakah buku ini berbaloi dibaca? bagi aku, ya, walaupun mungkin sesetengah isu sudah tidak relevan, tetapi boleh dijadikan rujukan bahawa ini yang berlaku pada tahun-tahun yang sudah berlalu.


aku kalau nak menghabiskan penulisan jenis macam ni memang lambat, tapi aku rasa ianya berbaloi dibaca.
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
August 15, 2014
Pandangan penulis ttg isu politik tanah air sememangnya tidak boleh dinafikan. Sesiapa yang 'racist' dan tidak mahu menerima pandangan orang lain, maka bacaan ini bukan untuk anda. Walaupun isunya serius, tetapi dalam masa yang sama unsur jenaka diterapkan dalam tulisan. Paling tak tahan bila gambaran penulis (betul ataupun tidak) bersama Nurul Izzah di Dataran Merdeka. Itu memang lawak. haha
Profile Image for Encik Psychopath.
Author 1 book11 followers
January 26, 2014
Fakta yang diulas dengan sangat baik. Seronok dibaca dan penuh informasi. Bab politik dalam buku ini hanyalah pandangan peribadi penulis dan tidak perlu diambil serius memandangkan penulis pun manusia.
Profile Image for Eerashera.
41 reviews20 followers
December 9, 2013
Ini buku politik. Walaupun ceritanya dah berlalu dua-tiga tahun lepas tapi masih relevan. Sebab keadaan sekeliling kita masih sama. Tiada perubahan.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
May 6, 2018
First time baca buku mamat nie, boleh masuk. Sinis direct, tapis bocor sepanjang buku, bagus juga sesekali baca tulisan-tulisan macam ni. Selalu pun okay, dapat kasi cair sikit otak yang lama beku. Kes saya, dalam 7 hari lepas, dah baca buku Jebe, Igaukan Igau, Kitab Lama, trilogi Jangan Baca Novel Ni, Nostalgia Padang, Dheo's.... pekdahnya? Memang boleh masuk la apa yang disogok dek Lucius Maximus ni. Malahan, kebetulan terjumpa pula maklumat yang baru saya dapat dari buku-buku yang baru dibaca; "...Dinasti Bendahara kemudiannya diganti pula oleh Dinasti Temenggung dengan bantuan Sir Stamford Raffles, yang diwarisi ke hari ini oleh Sultan Iskandar". Yg ni cerita lebih menarik dan terperinci boleh anda baca dalam buku Nostalgia Padang (ni bukan Padang kat Sumatera yer, yang dimaksudkan ialah Padang yang suatu waktu dulu berada di dalam negeri Johor).

Antara gorengan garing lazat si penulis ialah lasal Syeikh Muszafar Shukor yang jawatannya berubah mengikut negara yang releven dalam misi ke angkasa - angkasawan (Malaysia), peserta penerbangan (NASA USA), Kosmonaut Penyelidikan (Rusia). Cerita oasal bufak UNIMAP pergi lawaran sambil belajar ke kilang Carlsberg tu oertama kali saya dengar. 'Babi punya pasal' tu memang saya pernah dengar tapi tak rasa ter-excited sangat sebab yang terlibatnya orang politik ngok, tapi saya suka komen penulis tentang buah fikiran 'people on the ground' tentang isu Projek Babi RM100 juta "Kecohlah Utusan Meloya mempersoalkan kewajaran babi didahulukan dari setinggan Melayu yang bertaburan di selutuh negeri termaju dalam Malaysia itu, ... Tidak cukup dengan itu ditemubual rakyat kebanyakan, semuanya tidak rela dan tidak setuju belaka". Kisah Abang Neraka tu, mak aihhh kasar sangat kot bahasa penulis men-describe persona & action waghihhh tu, apasai? Yang ni den tak berapo paham.

Banyak lagi cerita bagi otak berdesing dan lucu dalam buku ni tapi bukan lawak bangang style maharaja lawak la; perbualan Seri Teri Buana, Demang Lebar Daun dan Karpal Singh tu kelakar giler. Kupasan Dilema Rumah Pertama, bernas wehhh. Lepas ni saya pun nak tengok doku-filem '10 Tahun Sebelum Merdeka'.

Satu benda tak penting yang hati ni menggatal nak tahu, member bernama MAR yang cuba goda penulis join parti U... tu masih sama kah pegangan politiknya?
Profile Image for Iman.
52 reviews2 followers
September 20, 2018
Mungkin sesuai untuk bacaan follower penulis tetapi tidak bagi saya
Profile Image for Syaz.
6 reviews
September 11, 2019
Buku ini buat aku tersedar yang mindaku masih duduk di bawah kotak. Should read this guys! suggested.
Profile Image for Shaharuddin.
462 reviews9 followers
July 26, 2015
Jujur aku membaca buku ini sebab aku pernah baca serba sedikit pasal Leon Trotsky ni, itu pun buku nipis yang PSM cetak. Lepas tu aku jadi pengkagum Si Trotsky tu lah. Aku memang tahu buku ni memang takde kena mengena pun dengan Trotsky, tapi bila letak tajuk buku macam tu nampak sangat la yang buku ni menarik dan penulisnya ni tahu banyak benda. Memang banyak benda baru yang aku baru tahu bila baca buku ni. Macam status "angkasawan" Sheikh Muzaffar, anjing angkasa dan banyak lagi la. Baca buku ni buatkan aku rajin dan terpaksa google untuk tahu siapa yang di sebut dalam buku ni, contoh macam Zakaria Deros, Joseph Goebbels, Fong Po Kuan,Albert Camus
dan membuat aku mendownload Filem Heat. Konsep membaca yang memerlukan bahan bacaan yang lain. Aku tulis riview ni sebenarnya belum sampai pun separuh aku baca buku ni. Maximus ni dah macam Tan Sri A.Samad Ismail bagi aku untuk buku ni la. Good job. Buku ni mendapat pengiktirafan buku-buku hadapan rak buku aku. So, ianya tidak akan dijual atau di tukar.
Profile Image for sazraa.
42 reviews2 followers
December 3, 2013
#We don't have to conform and have similarity in the way of thinking-- because sometimes we are deceived by the agenda by the more superior above in society.

# Dare to think and question why,not just being a *pak turut* -- that's what I think the writer suggest in his writing pieces.

# I kinda agree with the writer's opinion regarding Ketuanan Melayu -- it somehow will make *Melayu* more reason to *goyang-kaki* rather than struggling to get what we want. Somehow, this culture had stuck in the mind of Malays since before independent days.

As whole, this one of Malay readings that's worth a try -- not just as filling up the waiting-for-LRT moment but make my mind open up to new ideas and thinking.

Profile Image for Nur Asilah.
94 reviews
February 9, 2015
kronologi demi kronologi. ungkapan am yang aku sebut dengan pecahan semasa. kembali menyelak perkara lalu yang perlu dilihat kerana ia pembentuk hari ini. Lucius Maximus pena penulis membentang kepada pembaca pemikiran realis yang jauh daripada momok idealis semata. Politik dari kacamata realis dihurai bersama fakta menyentak pembacaan yangsetiapnya menuntut jawapan, "apa pilihan dan tindakan". pembacaan melalui blog kemudian dibukukan lebih baik dilahirkan biar ia menjadi gerak atur dalam stratifikasi masyarakat. politik dan masyarakat saling berkait, menterjemah makna sesuatu kehidupan. semuanya berkait bagaimana budaya pemikiran masyarakat untuk sewenangnya melabel. buku ini antara mengungkap kembali peristiwa untuk dipertonton. ya. secara santai. biar mudah pembaca membacanya.
Profile Image for Hidayah Bani.
58 reviews35 followers
December 29, 2013
Buku yang aku beli di C-Mart Changlun baru je kelmarin semalam. Di sebuah kedai bernama i love novel (tak wujud lagi kedai ni waktu belajar kat KMK (08-09) dulu). Isi dalam buku ni so-so, banyak tajuk yang aku suka baca. Tajuk pertama pun dah tarik minat aku. Iaitu pada orang Melayu Islam yang takut anjing. haha.. Isi dalam buku ini diambil dari entri-entri blog Lucias Maximus (aku tak kenal dia siapa), tapi melalui penelitian dari tahun ke tahun (2007-2012), isu-isu yang disentuh memang isu yang dekat dengan kita. Isu PRU, gaji minumum, harga kerata, harga minyak, PTPTN, takaful dan sensitiviti agama. Untuk baca buku ni perlu open minded.

Profile Image for Yasmeen Rosli.
7 reviews1 follower
December 15, 2013
sebab buku ni aku cari doku-filem "10 tahun sebelum merdeka" by fahmi reza. kalau tak, memang knowledge aku tentang peristiwa sebelum merdeka setakat apa dalam sejarah tgktn 5 jer.

plus review tentang political issues, dalam dan luar negara, semua pun ada. the best part, aku yg tak pernah tau pasal football team(e.g. celtic, ranger etc.) pun tak pasal2 terbelajar sekali. wakakka. good recommendation.
Profile Image for Nabilla.
1 review1 follower
August 12, 2014
Berbaloi bila melaburkan wang ringgit untuk buku ni.tak terlalu tebal muka suratnya tetapi sarat dengan ilmu dan panduan berguna.membuka mata dan berjaya membuatkan saya berfikir tentang setiap apa yang tertulis dalam buku ni.membincangkan isu yang serius tapi dengan cara yang lebih santai..menarik dan amat berbaloi.
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
April 11, 2014
Sebuah coretan yg matang dan membuka minda pembaca dgn disogokkan fakta2 yg benar dan realiti bukannya auta yg biasa kita dengar di media massa terkini. buku yg sgt2 menarik tuk semua golongan. sejarah,politik,agama, sosial semuanya berpadu dan disajikan dlm buku ni. bak kata the libyaman, fakta yg disajikan tiada cacat cela lg tuk dibangkang.
mmg terbaik karya lucius ni...salute for you...
Profile Image for Asyran Shamsuddin.
7 reviews1 follower
October 12, 2013
When you read this, you can't help to wonder if the author is a genius who can predict the future or all the pieces he wrote from 2007 are still valid nowadays because the progressing of our nation is non existence.

Nak baca mende berat tapi sulam2 satira dan menyengat di minda, ini lah dia bukunya.
Profile Image for Fadhli.
42 reviews7 followers
March 5, 2014
I come across Lucius's writing around 2010. Since then, I have been admiring his writing. I never fail to acquire all his books before. This is the collections of his writings from his blog. Tipulah seorang yang merasakan dirinya rebel, atau pernah rebel, tidak mengenali saudara Lucius dan tidak pernah membaca tulisannya. Good read.
Profile Image for Cik Nadiah.
74 reviews1 follower
November 18, 2013
Dari tahun 2007 hingga 2009, serius guwa tak tahu sangat apa yg dah berlaku dalam negara Malaysia terchen-ta ini. Guwa cuma dengar cakap-cakap (khabar angin atau mitos mungkin?) dari orang saja. Lepas baca buku ni, baru guwa tahu. Mungkin sebab pada tahun tersebut, guwa masih diperingkat akil baligh dan sedang membesar. Bagus buku ni. Gaya yg disampaikan pun santai dan sarkastik. Guwa suka!
Profile Image for Adib Salleh.
3 reviews1 follower
August 27, 2014
Lama juga aku ambil masa untuk habiskan buku ini. Bukan tak bagus, malah buku ini sarat dengan fakta beserta komentari penulis tentang isu-isu semasa dari 2007 hingga 2008. Adakala penulisannya terasa kering tetapi pedas. Susah nak hadam kadang-kadang kerana bak kata orang putih, apa dia? The truth hurts?
Profile Image for Mohd Asyraf Abdul Nasir.
67 reviews3 followers
April 7, 2016
Aku suka sebenarnya gaya penulisan dan pemikiran Lucius Maximus ni, ada benda yang boleh setuju dan ada yang kena fikir sendiri betul ke tidak. Isi buku ini lebih pada himpunan catatan blog beliau yang lama dulu rasanya. Sekarang Lucius dah tak nak menulis ke, aku nak jugak tahu pemikiran dia tentang isu semasa dalam setahun dua ni.
Profile Image for Afa.
129 reviews
December 6, 2016
Saya rasa ia buku yang bagus untuk membaca sejarah semasa. Ia tidaklah begitu mudah untuk dibacakan kerana terdapat unsur unsur rujukan pop pada ketika waktu ia dituliskan, saya suka kerana saya dapat mengaitkan artikelnya dengan ehwal semasa ketika ia ditulis.
Profile Image for Azwa MN.
9 reviews16 followers
July 18, 2014
kritikan sosial yang paling jujur pernah saya baca. hal kecemukan politik tanah air, perangai orang Melayu yang paranoid dengan anjing, turun naik parti-parti politik negara. sindiran yang berani -- sikap masyarakat yang suka mengkafirkan orang lain (macamlah diri sendiri tu dah Islam sangat)
48 reviews6 followers
January 2, 2015
3.5*

Tentang realiti hidup rakyat marhaen di Malaysia. Engkorang kalau tak sedar lagi lepas baca buku ni, aku tak tahu lah nak cakap apa. Walaupun latar masanya bermula dari tahun 2007 hingga 2012, kebanyakan isu yang diperkatakan masih relevan.
Profile Image for Pepol.
56 reviews9 followers
October 5, 2013
hampir kesemua topik di dalam buku ini adalah topik2 yang aku gemar baca, dan itu membuatkan aku tidak mengambil masa yang lama untuk menghadam keseluruhan buku ini, terbaik lucius maximus
Profile Image for Firdaus Abu Bakar.
103 reviews5 followers
September 29, 2013
kalau korang follow blog Trankuiliti Tronoh dari saudara Lucius Maximus, mesti korang akan terjumpa entri2 blog tu dalam buku ni.

dan, ya. buku ni bijak.

Displaying 1 - 30 of 41 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.