What do you think?

Dendam Ratu Ular
Sinopsis
KAIRA, gadis malang yang menjadi mangsa hinaan penduduk kampung disebabkan fizikalnya yang cacat dan hodoh. Akibat perbuatan khianat Kalsum yang sekian lama menyimpan dendam terhadap keluarganya, rumahnya dibakar. Neneknya terbunuh dalam kejadian itu. Kaira yang terselamat dari bencana itu kini hilang tempat bergantung hidup.
Dia membawa diri jauh dari kampung bersama segunung rasa sedih dan dendam yang berapi. Segalanya berubah apabila dia dihumban ke dalam sebuah perigi buta oleh satu kuasa ghaib,lalu bertemulah Kaira dengan Raja Ganerin,iaitu raja ular jadian daripada bangsa jin. Syarat perjanjian dimeterai, Kaira berubah menjadi cantik tetapi sangat berbisa! Dengan kecantikan miliknya, dia kembali untuk melunaskan dendam. Namun cinta yang akan menjadi racun dalam hidupnya datang tanpa diduga. Keadaan menjadi semakin sukar. Derita sentiasa mengekori Kaira.
“Bagaimana untuk aku hidup bersamanya, sedangkan dia begitu taat kepada TUHANnya? Manakala aku pula makhluk yang dilaknat.” – KAIRA
“Sayangku, usahlah kau menangis. Aku ada bersama kau. Kau bukan lagi manusia biasa. Kini kau menjadi milikku. Jasad kau saja manusia. Tetapi jiwa kau sudah mati! Kau kini makhluk jadian. Kau adalah ratu ular!” - RAJA GANERIN
“Kalau kau berani, cubalah! Aku juga akan pastikan kau tak akan terlepas. Kau jangan lupa, walaupun itu cadangan aku, tapi kau yang membakar rumah tu!” – KALSUM

432 pages
First published October 1, 2013
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 23 of 23 reviews
September 17, 2013
Ceritanya buat aku teringat movie Hindi bertajuk Nagin. Tapi ya, ia bukan kisah copy-paste filem Bollywood itu. Tidak, jadi jangan risau :P
Kaira. Menjadi seorang Kaira itu terlalu menyakitkan. Fizikalnya yang separuh cacat dan hodoh jadi bahan hinaan dan cercaan. Kasihan! Anak gadis sekecil itu dilayan seperti sampah. Sudahlah ibu sendiri menggelarkannya sial lalu pergi meninggalkannya, orang luar apatah lagi.
Akibat perbuatan khianat Kalsum yang sudah lama menyimpan dendam terhadap keluarganya, dia sanggup mengupah Daud untuk membakar rumah Kaira. Namun takdir, umur Kaira masih panjang. Sebaliknya nenek kesayangannya yang terbunuh.
Kaira membawa diri. Rasa sedih dan dendam mengawal dirinya. Dan keadaannya itu menyebabkan dia mudah tertewas dengan hasutan Raja Ganerin; raja ular jadian. Syarat dimeterai. Balasannya kini Kaira adalah sang ratu cantik yang berbisa. Sampai sudah saatnya melunaskan dendam. Satu per satu, semua yang pernah menyakitinya harus dihabiskan.
Namun kuasa cinta mengubah Kaira. Keadaannya menjadi sukar. Kerana cinta manusia hanya akan menjadi racun buat dirinya. Bagaimana mahu menolak Rafli, sedang hatinya terbakar dek panahan mata sang lelaki budiman itu? Benarkah kata Raja Ganerin, yang jasad Kaira saja yang masih manusia sedangkan jiwanya sudah lama mati? Pheww… sila-sila dapatkan naskhah ini di pasaran.
Aku suka dengan plot ceritanya yang teratur. Pace pula tidak terlalu tergesa-gesa dan tidak juga lambat. Buat aku rasa selesa untuk menikmatinya. Penulisnya bijak mengawal suasana, sedikit demi sedikit membina rasa teruja hinggalah ke titik penamatnya.
Laras bahasa yang mudah dan santai. Yalah, ceritanya sudah serius, kalau bahasanya kaku kita pula yang tegang hahaha Dan aku suka dengan mesej tersirat yang ada dalam novel ini. Manusia… bila nafsu mengawal akal. Pertimbangan hilang melayang… hati-hati wahai teman!

November 17, 2013
Gosok tangan sambil tarik nafas panjang.
Yeay! Habis baca pada 13hb Februari.
3.75* untuk buku ini!
Teringat pulak cerita Suzanna-pelakon indon yang mak saya minat sangat tu! Heee...
Ok saya bagi sinopsis yang saya copy-paste:
Sinopsis:
KAIRA, gadis malang yang menjadi mangsa hinaan penduduk kampung disebabkan fizikalnya yang cacat dan hodoh. Akibat perbuatan khianat Kalsum yang sekian lama menyimpan dendam terhadap keluarganya, rumahnya dibakar. Neneknya terbunuh dalam kejadian itu. Kaira yang terselamat dari bencana itu kini hilang tempat bergantung hidup.
Dia membawa diri jauh dari kampung bersama segunung rasa sedih dan dendam yang berapi. Segalanya berubah apabila dia dihumban ke dalam sebuah perigi buta oleh satu kuasa ghaib,lalu bertemulah Kaira dengan Raja Ganerin,iaitu raja ular jadian daripada bangsa jin. Syarat perjanjian dimeterai, Kaira berubah menjadi cantik tetapi sangat berbisa! Dengan kecantikan miliknya, dia kembali untuk melunaskan dendam. Namun cinta yang akan menjadi racun dalam hidupnya datang tanpa diduga. Keadaan menjadi semakin sukar. Derita sentiasa mengekori Kaira.
Ok buku ini penuh dengan nilai kemasyarakatan dan nilai-nilai murni walaupun nampak seperti sebuah naskah yang menakutkan dan penuh dengan dendam.
Setiap watak dan keadaan yang diwujudkan di dalam naskah ini tidak mustahil ada dan sedang berlaku di sekeliling kita sekarang. Maksud saya yang berkaitan dengan masyarakat sejagat yang dipamerkan. Kalau Ratu ular tu pulak saya tak tahu kalau pernah terjadi... kan dah namanya genre magis realism... peace!
Jangan risau, ianya tidaklah akan menyebabkan jiwa anda kehilangan iman atau sewaktu dengannya selepas membaca buku ini. Ini naskah yang bersih dan tidaklah seseram cover-nya.
Tapi pada pendapat saya cerita mengenai hubungan Sofea dan Muaz agak terlalu meleret. seperti cerita sepasang suami-isteri itu yang mendominasi hampir 50%. Mungkin... Saya hampir-hampir tewas dan melepaskan buku ini untuk direhatkan. Tapi bila cerita berubah dengan dendam dilaksanakan oleh Kaira dan rahsia kenapa Rozita meninggalkan Kaira serta kenapa dia terlupa masa silamnya, maka graf pembacaan saya semakin meningkat lalu menghabiskan sehingga ke muka surat yang terakhir!
Pendek kata, buku ini boleh tahan. Sarat dengan nilai-nilai baik yang harus diterapkan di dalam kehidupan. Banyak juga input yang mampu disumbat dalam kepala ni!
Kata orang don't judge a book by it's cover... Baca dulu baru komen, sebab kalau tak baca kita tak tahu apa yang ada kat dalam sesebuah naskah tu. Baik atau tidak. (Abaikan yang ini! Heee)
So, tahniah pada puan penulis!
Saya nantikan buku seterusnya! Yeay!
Jangan risau, ini review ikhlas dari saya. Saya bukan ambil hati puan penulis.
Peace!

May 1, 2014
Membuka mukasurat pertama, sy tak boleh hendak menjangkakan apa yg akan sy temu di dalam DRU. Minda sy kosong.
Di awal penceritaan, kisah Kaira yg asyik menyesali nasib agak meleret2 bagi saya. Jenuh jugak sy hendak menghabiskan fasa ini.
Tapi tempo berubah bila Kaira sudah bertemu Raja Ganerin Raja Ular. Dan Kaira menjadi Ratu Ular. Fasa ini Kaira dah mula melekat di minda. Sy sudah mula berteka teki sendiri apa yg akan jadi seterusnya.
Dan bila Kaira menjadi Hanum terutama bila Hanum mengikut Sofea, sy sudah tidak boleh mengalihkan mata sya. Fasa ini amat mendebarkan. Konflik didalam jiwa Kaira/Hanum juga membuat sy berasa sesak dada. Terlibat sama memikirkan apa yg patut Kaira putuskan.
Apalagi, bila sampai ke penghujungnya. Debaran tak dapat ditahan lagi. Saya menjangkakan kematian tetapi rupanya penghujung yg amat luar jangkaan.
Tahniah kepada penulis. Novel yg penuh keterujaan. Pada mereka yg ingin mengetahui apa itu Magis Realism, boleh la baca Dendam Ratu Ular. Disyorkan.....

January 17, 2014
Dendam Ratu Ular. Membaca tajuknya saja, terus teringat satu Filem Hindi lakonan Malika Sharawat yang pernah saya tonton di pawagam suatu ketika dulu. Dan, saya memang seriau dengan ular! Baiklah, kita mulakan review novel ini. Kisahnya mengenai Kaira yang cacat dan kemudiannya menjadi cantik apabila mengikat janji dengan Raja Ular, kemudiannya dia kembali menjalani kehidupan tetapi menggunakan nama lain. Kaira membalas dendam terhadap orang yang pernah merendahkannya, tetapi kemudian bertemu seseorang yang mengetuk pintu hatinya, tapi syarat tetap syarat, Kaira dalam dilema.
Kisah ini berjalan baik, tapi pada beberapa bab awal penceritaan agak mendatar. Bila tiba di bahagian tengah dan banyak watak mula muncul terutamanya watak Raja Ganerin tu. Graf pembacaan saya tinggi, rasa kasihan pada Kaira yang terikat dengan janji dengan Raja Ganerin yang kejam itu. Apatah lagi antara syaratnya Kaira tak boleh jatuh cinta jika mahu kekal cantik. Laju saja pembacaan nak tahu dapat ke Kaira dengan orang yang mula disayanginya itu. Akhirnya? Boleh baca novelnya ya.
Saya terasa membaca novel-novel lama yang diberi nafas baru. Corak penulisan segar dan perkataan yang digunakan menarik. Mungkin juga terlalu lancar bagi saya. Tak banyak yang ingin saya perkatakan mengenai ceritanya. Apa yang ingin saya perkatakan adalah tema ‘Magis Realism’ yang digunakan penulis bagi cerita ini. Pada mulanya saya tertanya-tanya apa itu ‘Magis Realism’? Tapi usai membaca novel ini saya mulai faham apa itu magis realism. Seakan-akan mendapat input baru dalam diari penulisan saya. Saya boleh bagi perkataan ini bagi menggambarkan novel ini, ‘Apa yang dilihat tak semestinya benar’.
Akhir kata. Sebuah novel yang seronok untuk dibaca. Menimbulkan pelbagai elemen rasa tika membacanya. Boleh rasa penderitaan hidup Kaira. Akibat dengki, khianat, Syaitan laknatullah menyumbang pada penderitaan hidup Kaira yang tak berdosa. Penulis menggunakan struktur tradisional dalam mengembangkan cerita. Jika mungkin pada bab-bab awal itu sudah ada ‘rasa’ yang membuatkan pembaca teruja saya mungkin bagi 5 bintang. Maka, untuk keseluruhannya, saya bagi 4.5/5 bintang! Tahniah penulis, tak sabar mahu membaca novel seterusnya.
Overall memang ohsem!

January 9, 2014
Cerita yang menarik dan sangat mudah untuk di fahami.
Mengisahkan Kaira yang dilahirkan cacat dan sering dihina oleh orang kampung. Ditinggalkan pula oleh ibunya menjadikannya seorang pendendam.
Kaira, seorang yang lembut hati sebenarnya. Tak nampak sangat sikap dendamnya tapi rupa-rupanya Kaira ada kisah yang menjadikannya mangsa keadaan yang akhirnya menjerat dirinya menjadi Ratu Ular.
Cuma pengakhiran ceritani agak ringkas. Tak puas. Mungkin kalau proses pemulihan Kaira tu lebih getir pasti cerita ini lebih menarik.

March 8, 2021
Mengisahkan tentang Kaira, seorang gadis kampung yang cacat dan hodoh. Ketidaksempurnaan Kaira telah menjadi bahan ejekan orang kampung. Kaira duduk bersama neneknya, Nek Lijah setelah ditinggalkan ibunya ketika dia masih bayi dan ayahnya telah meninggal sebelum dia dilahirkan. Atas sebab itu, ibunya menyalahkan Kaira kerana sial Kaira itulah yang menjadi punca kematian suaminya.
Dalam masa yang sama, Kalsum yang sudah lama berdendam dengan ibu Kaira telah membuat satu rancangan jahat untuk menghapuskan keluarga musuhnya. Diupahnya Daud untuk membakar rumah Kaira. Dan akibat dari itu, Nek Lijah menjadi korban dan Kaira automatik hidup sebatang kara.
Dia yang sedih akan nasib yang menimpa dirinya telah membawa diri ke dalam hutan dan disitu dia telah terjumpa satu perigi. Kaira telah berjumpa dengan Raja Ular dan Raja Ular menawarkan sesuatu yang Kaira inginkan selama ini. Tetapi Kaira harus menjadi ibu kepada anak Raja Ular itu dan apa yang Kaira inginkan akan tertunai. Dan ada syarat yang perlu Kaira ikut. Jika tidak buruk padahnya.
For me personally, saya suka baca DRU ini sebab jarang-jarang haiwan dijadikan cerita. Permulaan cerita yang baik oleh penulis sebab itu saya teruskan membaca sebab rasa selesa dengan gaya bahasa penulis yang santai dan tidak berat. Banyak pengajaran yang kita boleh dapat di dalam buku ini. Dan kita boleh jadikan pengajaran dan refleks diri jua.
• Dendam itu boleh memusnahkan diri.
• Permainan syaitan itu sentiasa ada! Membuatkan hidup manusia ini bergelora jika tidak kuat imannya.
• Percaya dengan takdir Tuhan.
• Percaya dengan Qada & Qadar
• Jangan jadikan benda syirik sebagai kawan kita. Hanya disebabkan nafsu semata mata mungkin akan mendatangkan banyak kesusahkan kelak.

January 20, 2018
saya bkn peminat genre seram tapi mencabar diri baca kisah ni. nasib baik tentang ular bkn tentang hantu.masih blh dibaca. plot cerita yg lancar.satu kredit utk cik penulis. hujung cerita membongkar semua rahsia. pengajaran DLM buku ni ialah jgn bersekonkol dgn syaitan walau APA pun yg berlaku. kelak memakan diri
September 22, 2013
Review dipetik dari blog Monalita Mansor:
http://monazman.blogspot.com/2013/09/...
saya terima melalui pos pada hari Isnin dan khatam malam tadi, Rabu 25/9/2013
DENDAM RATU ULAR (selepas ini disebut DRU) adalah mengenai kita. Setiap watak di dalam Kampung Teratak Tiga sebenarnya adalah watak diri kita yang diwakili oleh Kaira, Daud, Kalsum, Rozita dan lain-lain.
Pada asasnya cerita ini bertitik tolak daripada kepercayaan yang punah. Meski dalam cerita ini perjanjian itu tidak sepatutnya berlangsung, tetapi kerana kemesuman jiwa dan raga, ia berlaku. Setiap manusia mempunyai alasan masing-masing untuk berbuat sesuatu. Yang menentukan keberhasilan alasan itu adalah nawaitu dan bagaimana ia dilunaskan.
Kaira adalah mangsa keadaan. Betul-betul mangsa. Tetapi ia bertukar menjadi pemangsa apabila sesuatu yang paling berharga yang paling disayanginya lenyap terus. Api dendam terus membakar dan syaitan dalam topengan apa pun memainkan peranan.
Bahasa di dalam novel ini cukup santai lantas memberi sedikit kelegaan pada suasana tegang di sepanjang pembacaan. Watak-watak sampingan seperti Rahim, Wani, Fatimah menyuntik warna dalam novel ini dan sentiasa ada pengajaran untuk dihayati.
Penamatnya adalah penamat yang pada mulanya saya jangka tetapi meleset. Saya sukakan penggunaan teknik penamat yang sebegini, memberi pembaca ruang untuk bertenang. Namun membuat pecutan saat akhir dengan pengakuan demi pengakuan yang mengejutkan.
Kecuali ada satu kesalahan kecil yang membuatkan saya terkucil sedikit, selain itu DRU berjaya membawa mesej bahawa yang haq akan terus kekal dan yang batil akan kecundang, biarpun perjuangan itu sangat lama dan merimpuhkan.
Banyak mesej moral terutama untuk kita masyarakat Melayu di dalam novel ini. Di antaranya hasad dengki, cemburu, malas, panas baran apabila ditokok dengan kebodohan dan campur tangan syaitan, tidak dapat tidak menghasilkan kerugian.
Selamat Membaca.

March 8, 2014
Akhirnya aku berjaya gak habiskan bacaan DRU dlm kepayahan bkn kerna jalan critanya ttp tulisan buku ni sgt KECIK dan perenggan yg terlalu RAPAT...wpun begitu secara keseluruhan apa yg terjdi dlm DRU masih lg berlaku di kalangan masyarakat zaman moden...kerana dengki dan perasaan dendam akhirnya mengorbankan manusia yg tidak berdosa..
DRU mengisahkan watak utama Kaira yg cacat fizikal sejak dilahirkan dan dijaga oleh nenek Lijah, iaitu ibu kpd mak Kaira, Rozita.. gara2 dendam terhadap Rozita kerna merampas tunangannya, Karim yg juga ayah kpd Kaira, Kalsum mengupah Daud utk menghapuskan nek Lijah dan sekaligus membiarkan Kaira hidup keseorgn dlm penderitaan...akhirnya Kaira terjebak dlm perjanjian dgn jin, Raja Ganerin (yg menyerupai ular). Raja Ganerin sudi menolong Kaira membalas dendam dan menukar wajah Kaira agar lebih cantik namun terpksa terikat dgn janji utk menjd Ratu Ular..syaratnya Kaira tidak boleh jatuh cinta dgn manusia...maka bermulalah perancangan Kaira utk membalas dendam terhadap org yg menyeksa dirinya sblum ini...
*menyampah dgn watak Muaz suami kpd Sofea dgn perangai kasanova nya..bertuah sungguh sbb dpt isteri penyayang yg sanggup menerima dirinya kembali demi anak tersyg, Qaseh....huhuhu

March 6, 2014
As salam... DENDAM RATU ULAR pertama kali tgk novel ni kat popular bookstore xbyk stoknya. Tgk tajuk menarik mata nak baca sinopsis, belek2 n baca sipnosis yes! jumpa pun novel seram yg menarik hati. sehari je khatam membaca! apa nak kata mmg sgt best jalan ceritanya. Puas hati dpt membeli dan membaca novel yg berbaloi dgn harga ni. Maaf saya xpandai review2 jln cerita ye.
Apa yg menarik dr kisah seorang kanak2 yg cacat dan hodoh fizikalnya, kejadian rumah dibakar Kalsum, dihalau dr kampung benar2 menyentuh perasaan sebak. Kemudian bertemu dgn jin berfizikal ular Kaira membuat perjanjian kerana mahu membalas dendam kpd semua yg pernah menghinanya. Bermulalah pembalasan dendam Kaira bila raja Ganerin menukar wajah Kaira menjadi cantik....
Tahniah buat Annur Shanana atas penghasilan novel yg baik dan mantap.
p/s:kalau xsuka apa yg saya review jgn menghentam ye sbb ini pandangan peribadi saya....peaceeee....

March 10, 2014
Menaikkan golongan anak yatim untuk menjadikan satu karya cerita memang dinanti-nantikan oleh saya.
Saya yakin penulis ini telah membuat kajian terperinci dalam setiap penceritaan beliau di dalam Dendam Ratu Ular. Penceritaannya yang dari satu bab ke satu bab menjadikan momentum jalan cerita tersusun.
Karya beliau di dalam Dendam Ratu Ular banyak menceritakan akibatnya menjadi pengabadian dengan jin, nafsu syaitan dan sifat dendam kesumat yang akhirnya makan diri sendiri.
Kaira, kerana dendam dia terpaksa, kerana dendam juga dia terikat, kerana dendam juga dia bertemu semula ibu yang meninggalkan dirinya menderita keseorangan.
Thumb-up diberikan kepada penulis Annur Shanana serta barisan editor yang terlibat dalam karya Dendam Ratu Ular menjadikan karya ini lebih mantap. Cover yang menarik!
Jika di antara mereka yang suka karya seram, jadikanlah karya ini menjadi sebahagian dari koleksi anda.
Nota Kaki | Ini adalah pandangan serius saya tentang karya ini.

January 11, 2014
Saya bukanlah penggemar novel seram, tetapi apabila menatap bait ayat novel ini perasaan seram itu bertukar menjadi perasaan yang teruja.Teruja untuk menghabiskan novel ini secepat mungkin. Susunan ayat yang sangat menarik, penggunaan bahasa yang mudah difahami dan seruan rasa seram sentiasa terisi di setiap bab. 3 bulan berada dalam simpanan, saya tak mampu untuk cuba baca kerana bukan kegemaran saya(genre ini). Tetapi hanya 1minggu tempoh yang diambil untuk habiskan. Tahniah Kak Ann!
July 10, 2026
Awal2 aku rasa cerita ni mcm menarik untuk diexplore. Tapi lepas baca part Kaira jadi Hanum, jangkaan aku terus merosot jatuh. Aku tercari-cari jugak di mana dendam yg Kaira 'rancangkan'? Tapi makin lama baca, tak nampak apa cara atau strategi dia nak balas dendam tu even musuh mmg dah betul2 ada depan mata.
Cerita ni sebenarnya lebih pada kisah Kaira yg nak membalas budi pada Sofea. Sbb Sofea saja yg ikhlas menjaganya masa susah dulu. Walhal fokus utamanya sepatutnya tentang mcm mana Kaira nak balas dendam pada orang yg pernah menzaliminya 😅 Dan itu yg membuatkan cerita ni semakin mendatar dan membosankan.
*Ye, endingnya watak jahat tetap mati tapi entahlah. Aku mcm rasa tak puas hati. Like mmg ada yg lompong.*
Dari segi pengolahan ayat, bagi aku tak ada masalah. Aku faham apa nak disampaikan. Cuma selain jalan cerita yg bosan dan motif dendam yg tak kesampaian, aku ada benda lain nak komen. Salah satunya ialah tentang kejadian waktu Kaira menyamar jadi Hanum.
Kalau fikir logik kita, kalau jumpa orang asing yg amnesia, masakan kita boleh selamba pelawa dia masuk rumah dan jadi anak angkat pulak kan? Sepatutnya bahagian ni, mungkin boleh tambah dalam naratif yg diorang dah pergi balai polis dan cuba sebarkan maklumat tentang 'Hanum' yg dikatakan hilang ingatan. Sesiapa yg mengenali, boleh hubungi sekian2.
Kemudian logiklah kalau Hanum duduk dengan Kalsum sementara menunggu kalau2 ada yg mencari Hanum. Walaupun Kaira tipu yg dia amnesia, tapi setidaknya buatlah alasan yg logik sikit. Sbb kalau kita sendiri, takkanlah senang2 nak tumpangkan org yg tak tahu asal-usul mcm tu saja.
Ada juga penggunaan ayat naratif yg berulang. Di mana mengatakan part Kalsum serba salah lepas apa yg dia perbuat pada Nek Lijah dan Kaira. Bagi aku, cukup sekali dua ia ditulis. Sbb kita dah sedia maklum tentang perasaan bersalah Kalsum. Jadi usahlah diulang-ulang lagi 😅
Babak Hanum jatuh cinta dgn Rafli pun terlalu cepat. Kalau babak sebelum ni Kaira dijumpai Kalsum dan dioffer utk tinggal serumah, babak seterusnya tahu2 dah jatuh cinta. Mungkin kalau ditambah 2 ke 3 babak yg menunjukkan kisah awal mereka jatuh cinta mungkin lebih baik.
Pergolakan rumahtangga Muaz dan Sofea pun ada yg aku tak berapa berkenan. Tbh, aku geram sbb rasa senang betul si Sofea maafkan kesalahan Muaz. Termasuk perangai Muaz yg mcm errr. Jaga solat tapi kaki zina. Mulut ckp cintakan Sofea. Tapi disebabkan susah nak tinggalkan habit berzina jadi lepas berkeluarga pun rasa tak apalah kalau nk berzina. Aku mcm, apa yg bodoh sgt Muaz ni? 🙄 Tahu2 nanti tiber terdetik nak berubah. Bukanlah nk mempertikaikan hidayah Allah. Cuma mcm tak make sense secepat itu kau berubah ibarat dosa kau tu benda yg kecik aje 🤌🏻
Overall, aku suka kalau cerita ni fokus pada cara Kaira aka Hanum utk membalas dendam. Sbb aku dah expect benda ni masa tengok tajuk tu. Cuma agak hampa jugaklah dgn jalan cerita. Jauh daripada jangkaan. Syg beribu kali syg. Mungkin penulis patut fokus pada halatuju cerita yg nak disampaikan.
Sebelum terlupa, bahagian yg hujung pun nampak rushing sgt. Tahu2 semudah tu aje Kaira selamat daripada sumpahan Raja Ganerin. Bacaan2 ayat Al-Quran ni mmg bagus jadi pendinding. Tapi aku rasa macam terlalu mudah pulak makhluk sebegitu ditewaskan. Tapi twist tentang Rozita tu aku mmg tak jangka. Kira okeylah. Nice lah juga.
Apapun, cerita ni tetap ada pengajaran yg kita boleh ambil walaupun penceritaannya nampak goyah di mata aku. Semoga terus maju jaya dan maaf kalau review aku agak kasar. Harap2 penulis dpt buat comeback utk menulis next karya pulak lepas ni. Sbb aku tahu penulis mmg ada bakat cuma perlu diasah lagi.

This entire review has been hidden because of spoilers.
December 16, 2013
Dengan bahasa yang cukup santai serta dialog yang straight forward, novel yang dibaca sangat menarik kisahnya. Tajuk buku sahaja sudah memberitahu kita bahawa cerita di dalamnya berunsur mistik. Namun saya boleh katakan mistiknya tidak keterlaluan. Malah kisah yang diceritakan sememangnya berlegar di dalam masyarakat kita. Sebagai manusia kita memang tidak terlepas dari mempunyai penyakit hati. Itu menunjukkan yang kita sebenarnya manusia yang lemah di mana sepatutnya kebergantungan kita hanyalah kepada Allah yang Maha Esa. Bergantung kepada sesuatu selain Allah maka syiriklah kita. Syaitan sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan umat manusia. Maka jalan terbaik adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Tahniah kepada penulis yang menjadikan Dendam Ratu Ular ini bukan sekadar kisah mistik yang 'kosong'.
March 29, 2016
Mengisahkan perjanjian di antara manusia dan syaitan yg direjam..
Bila nafsu lebih menguasai iman.. Agama ditinggalkan..
Manusia selalu lupa yang kurang itu bukanlah perlu dihina dan di benci tapi dibantu..
Olahan ynag menarik.. Sesuai dibaca di malam hari untuk mood yang suram..
Buku yg menarik untuk di baca..
Banyak pengajaran yg boleh di pelajari..
Penghinaan kepada manusia yg berbeza..
Kita sering terlupa bahawa kejdian Allah itu cantik dan indah..siapalah kita utk menghukum manusia itu pembawa sial..
Jangan terlalu taksub dgn nafsu sehingga merobohkan masjid yg dibina..
Garapan novel yg menarik..
Penuh teka teki..
Penggunaan dendam dan sakit hati sebagai tunjang cerita, memang mantap..
Cerita disampaikan mudah difahami..
Terdapat keseraman yg minimal dan suspen..
Pengajaran yg diselitkan juga bagus..

January 19, 2014
Sedap citer ni…mmg tak rugi beli… tak kisahlah ianya fantasi pun…watak yg saya suka Rafli… lelaki budiman yg terpaut pd Hanum si ratu ular... tp tak mudah utk Rafli memiliki krn Hanum dihalang dgn janji …janji yg mengikat diri dr menyintai dan perlunya Hanum lunasi dendam yg terisi di hati! Hanum dikuasai Raja Ganerin, Raja ular yg membuatkan Hanum punya kuasa! tertakluk dgn syarat, Hanum perlu akur atau dia bakal berdepan dgn masalah! Namun rasa hati Hanum semakin menyerlah dan dia mau berubah! Berjayakah kuasa cinta mengikat kedua hati! atau dendam itu terus menjadi misteri! Ikut bintang 5/5…terbaik!
December 31, 2013
novel yang sangat menarik untuk dibaca..penggunaan bahasa yang santai dan mudah untuk difahami..penulis mempunyai imaginasi yang tinggi dalam menghuraikan setiap adegan dan babak dengan terperinci..enjoy..
May 22, 2015
I related to the stor as there are myths in Indian culture about snakes and human incarnations. good storyline. lots of messages to be learnt here... can't wait for the next novel!
May 29, 2020
"Sebuah novel genre magis realism yang diilhamkan dari imaginasi sendiri. Kisah ini cuba mengetengahkan betapa pentingnya sikap prihatin dan bertimbang rasa dalam sesebuah masyarakat. Segelintir manusia juga sanggup bersekongkol dengan syaitan untuk memuaskan nafsu sendiri. Saya cuba menggarapkan sebuah cerita yang bermesej dan memberi pengajaran dalam corak yang berbeza - antara realiti dan fantasi, dan berharap ia sampai kepada pembaca. Insya-ALLAH." -ANNUR SHANANA- cetakan 1| 2013
.
Bagi aii, novel ni memang best😱...menarik dan unsur suspen seram dia mmg menjadi...banyak pengajaran yang diselitkan, dan pastinya kita akan dibentuk secara tidak langsung menerusi novel ini utk menjadi lebih prihatin dan bertimbang rasa dalam hidup bermasyarakat...tahniah kepada penulis...anda memang berbakat...saya kasi 5👍
ps: Jangan lupa dapatkan senaskah di kedai2 buku berhampiran anda...💃
.
#bukubuku
#bacalah

January 25, 2018
Kehidupan di dunia hanya sementara jadi buatlah yang baik-baik dan utuskan niat serta doa untuk tidak tersesat disampuk dendam, amarah atau sifat-sifat negatif yang banyak lagi. Mungkir janji juga sangat tidak asing di kalangan kita, sama ada terhadap sesama kita dan yang lebih menggusarkan terhadap janji kita kepada Allah swt. Muhasabah diri saya sendiri, terlalu banyak yang mesti diubah.
Dendam Ratu Ular ini kisah yang ringkas tetapi ceritanya menarik, bertemakan mistik melibatkan manusia, syaitan jelmaan jin, manusia bernafsu syaitan dan manusia berjiwa bersih. Kisah yang bukan baru, rasanya dah pernah tengok kat tv dulu-dulu, tapi masih patut dipuji kerana lain dari tema cinta beribu-ribu novel dalam pasaran sekarang.

July 9, 2019
Konsep cerita yang menarik
April 19, 2020
buku ni best. ada scene dalam buku ni lebih kurang sama dengan imaginasi saya.
February 15, 2014
Melihat pada tajuk Dendam Ratu Ular, teringat saya akan drama Hindi, Naaginn. Ini buat saya teruja dan tidak sabar untuk meneruskan pembacaan.
Raja Ganerin, lelaki tampan dan kacak. Siapa sangka dia adalah jelmaan raja ular yang menakutkan, yang sentiasa mengambil peluang mendekati manusia yang berdendam.
Kaira, seorang gadis kampung yang buta huruf dan selalu dihina kerana rupanya yang hodoh. Ibu Kaira menghilangkan diri dan tinggalkannya bersama Nek Lijah. Hanya Kak Sofea, jiran mereka tempat Kaira mendapat belas ihsan.
Akibat perbuatan khianat, Nek Lijah meninggal dunia apabila rumah mereka terbakar. Kaira membawa diri. Di dalam hutan belukar, Kaira bertemu dengan Raja Ganerin yang menolongnya tetapi bersyarat. Bermulalah kehidupan baru Kaira yang kini ratu ular, teman hidup Raja Ganerin.
Pulangnya Kaira ke kampung dengan satu tekad iaitu membalas dendam terhadap orang-orang yang menganiayai dirinya dan Nek Lijah. Kaira bertemu dengan Kalsum, emak Sofea tetapi Mak Sum tidak mengenalinya. Kaira pura-pura hilang ingatan dan Mak Sum memanggilnya Hanum.
Kehadiran Hanum dengan kecantikannya tersebar di kampung. Rafli tidak bertepuk sebelah tangan bila dia tahu Hanum juga sukakannya. Timbul perasaan cemburu pada Fatimah yang juga sukakan Rafli. Daud pula telah menceraikan isterinya, Ayuni. Daud mahu berkahwin dengan Hanum dan mula mengugut Mak Sum.
Kaira seperti pembunuh bersiri tetapi berakhirkah dendam di hati Kaira? Banyak pengajaran yang mahu dipaparkan oleh penulis. Bahasa yang digunakan mudah difahami. Jalan ceritanya bagus. Tetapi sayang sekali, saya tidak dapat menjiwai emosi dan perasaan watak-watak dalam cerita ini. Tiada rasa sebak atau terharu, semuanya mendatar dan gersang. Bagaimanapun tahniah buat Annur Shanana kerana telah berjaya membuka minda pembaca dengan genre magis realisme. Saya pasti Annur Shanana boleh buat yang lebih baik lagi di masa akan datang.