Jump to ratings and reviews
Rate this book

My Badass Husband

Rate this book
What is mine, is mine. End of the story.

Dazrin Danial atau dikenali dengan Danz merupakan seorang peguam. Dia menegakkan keadilan tetapi keadilan seperti semut hitam yang sedang berada di dalam gelap. Dunia semakin kejam dengan pelbagai rupa dan sifat manusia. Duit dan kuasa adalah keutamaan sehingga keadilan sukar untuk ditentukan.

Disebabkan itu, Danz punya cara sendiri mencari keadilan. Bukan hanya sekadar berpandukan fakta yang bersusun di dalam sehelai kertas nipis.

Namun, jiwa dingin seorang Danz mula melentur bila Ilyana muncul di dalam hidupnya. Gadis itu berani tetapi tidak berhati-hati. Terlalu ikutkan hati sehingga Danz terpaksa tampil melindungi.

Kebersamaan mereka berdua menerbitkan rasa cinta. Tetapi dengan kejam takdir menoreh luka di hati pasangan itu. Tak sangka cinta yang seharusnya luhur dicemari dengan titik noda membuatkan mereka hanya punya dua pilihan.

Take it or leave it?

Apakah sebenarnya yang terjadi? Adakah Danz dan Ily ditakdirkan bersama?

518 pages, Paperback

First published June 1, 2023

Loading...
Loading...

About the author

Cik Bawang

36 books176 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
57 (47%)
4 stars
43 (36%)
3 stars
18 (15%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 29 of 29 reviews
Profile Image for matchataro.
183 reviews28 followers
July 29, 2023
personal rating : 4.8/5🌟

trope(s) — enemy to lover, marriage of convenience, age gap, grumpy x sunshine, he fell first and harder, chambering intern x Master Law, "don't you dare to touch my wife"

SEE THE TROPES CHEFKISS KANNN!! DAH PERGI BELI DAN BACA SEKARANGGG

---

📝 okay cerita ni pasal 3 beradik Ilyana-Irfan-Hani yang dibesarkan oleh Nek Jarah di kampung. Mereka buat plan gila nak siasat semula kes kematian mak ayah diorang lepas Ily jumpa briefcase berkenaan kes 19 tahun yang lalu secara tak sengaja. Takdir temukan Irfan dengan Danz dan bila Irfan dapat tahu siapa Danz ni apa lagi, dia rasa Danz orang paling tepat untuk bantu diorang bertiga. Sekali lagi plan gila Irfan dia suruh kakak sulung dia Ily perangkap Danz supaya Danz tiada pilihan melainkan tolong diorang. OH LA LA diorang tak tahu Danz ni jauh lagi bijak😎

Long short story kahwin la Danz dengan Ily. Semua sebab plan Irfan! Secara terpaksa dan rela setelah diugut Danz nak saman diorang HAHA awalnya Ily larikan diri ke kampung semula tapi tu la orang kata kalau dah jodoh ni tak ke mana. Tak sangka pulak tempat Ily nak buat chambering, adalah firm yang sama Danz kerja dan paling tak masuk akal bila Master chambering dia adalah suami express dia sendiri, Danz! Memang jadi mangsa bulilah jawabnya!

Hidup dengan Ily perlahan-lahan buat Danz jatuh cinta. He can't resist her for sure. Tapi bila Danz meluah cinta, Ily pula menolak hanya sebab dia tak pasti akan arah tuju perkahwinan mereka. Akhirnya, Danz tolong Ily tak? Kalau Danz dah tolong, diorang akan bercerai ke? Patut ke dia berhenti berjuang dapatkan keadilan untuk mak ayah mereka?

---

Dazrin Danial — pak cik gothic paling badass abad yinii, baca laporan 300 pages sementara tunggu Ily bersiap dayumm when he's a criminal lawyer, a famous hacker, martial art sensei, speaks japanese, perfectionist, catlover, pembersih, black and white are his colour, motorbiker, wearing spectacles, has fashion sense, smart and comitted in his work, his action speaks louder than words and wore Dior Sauvage??? HES SO HOT FOR WHAT?? Danz ni neither red flag nor green flag. I think thats how realistic his character was made sbb dalam realiti pon lelaki tak perlu bermulut manis hanya untuk tunjuk kasih sayang tapi tu la bak kata @norareadsly mungkin dia ni bercinta lambat sangat so perangai ulat bulu dia tu memang tak dapat dibendung😭😭😭 not to forget he cried during akad nikah >>>>

Noor Ilyana — i always cepat annoyed dengan character FL yang degil, suka cari masalah nak ikut kepala otak dia je tapi dengan Ily tak tahu kenapa I love her for that😂 hyper and berlagak berani dia lain macam HAHA and Ily serius lantang bersuara almaklumlah bakal lawyer kan💅🏻 Danz pon boleh dia berani lawan mulut. paling suka scene yang dia defend Hani dari roommate Hani tu, nampak diri dia matang as kakak sulung. soft side Ily pon comel bayangkan Danz yang suka segala mak nenek hitam putih pon boleh cair bila Ily mintak nak cadar tilam pink bunga bunga😂 Ily is independent woman and i dapat rasa slay side Ily jugak so yeah ILY Ily🥹💪🏻💗

---

𝐩𝐥𝐨𝐭 — SUKA SUKA SUKAAAA CERITA NIIIII habiskan tak sampai sehari fuhhh storyline dia serius menarik and kelakar! suka gila buku ni sebab ada vibe english book and kdrama plot tuuu😍🫶🏻 The lawyer job scope dari chambering sampai perbicaraan masuk mahkamah and the hacking scene part aaaaa nokkk kita lurveee

very stress free read! plot dari awal sampai akhir cantikkk i want to give full stars because it deserves! but if only author masukkan lagi banyak detail pasal kes mak ayah diorang because it has so much potential mesti lagi gempak! since ada unsur political tu menarikk🤧👍🏻 Agak tak puas rasa macam lah macam tu je ke i need moreee

𝐜𝐡𝐚𝐫𝐚𝐜𝐭𝐞𝐫 𝐛𝐮𝐢𝐥𝐝𝐢𝐧𝐠 — i love Danz's character development. Bila baca his past, boleh faham kenapa dia punya personality macam tu so when he treats his family after the incident, as reader i wanna hug himm🥹 Danz and Ily relationship development tak rasa forced, I can say smooth because thats how their relay works from physical attraction to real love💪🏻 Dari tak boleh terima each other they slowly learn to live together and make the marriage works💗

𝐬𝐢𝐝𝐞 𝐜𝐡𝐚𝐫𝐚𝐜𝐭𝐞𝐫𝐬 — Irfan, Hani, Nek Jarah, Rio, Farel, Didi, Faris, Hanim and Hime! kucing shorthair British terpaling introvert HAHA semua side characters saya sukaaa and sibling banter antara 3 beradik tu la menceriakan cerita. Takleh brain ya kalau ada adik macam Irfan, protective yet crazy at the same time😭☝🏻Mujur Hani tu air antara diorang bertiga. Kalau tidak, disaster weh Malaysia ni HAHA cuma ada satu character hacker tu macam filler je i expect dia akan do something tapi tak jadi apa apa pon lepas tu so boleh dikatakan buku ni tak ada villain yang buat anda stress sangat

OKAY CUKUP panjang sangat risau tak habis dekat sini jadi silalah baca worth it so muchyyy dan join saya TerDanz-Danz😔🫶🏻🤍
Profile Image for Pink.
239 reviews23 followers
May 31, 2024
Cerita jadi dah kelaut sikit bila agenda sebenar Ily untuk cari pembunuh parents dia macam terkubur lepas diorang kahwin. Fokus kat hubungan suami isteri diorang je 😌
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
February 25, 2024
Rate: 3⭐️


Hmm rasa mcm byk benda nak ckp. 🤔 Ada scene awal2 tu aku tak berapa setuju. Mcm mudahnya benda tu berakhir begitu aje, tp yelah aku cam move on jelah, dah nama pun fiksyen kang aku serius sgt pun takleh gak. 🤣

Firstly, ini buku pertama aku baca from this author. Penulisannya ok, cuma ada part yang from satu scene ke satu scene tu agak jumpy (is that the correct word 😅), tak tau nak describe tp mcm ada yg tak berapa nak smooth.

Aku suka bab hacking, bab lawyer yg dimasukkan dalam cerita ni. Cumanya dkt pertengahan cerita ni aku jadi mcm lost sekejap, sbb the main plot tu mcm tetiba terstuck maybe sbb author nak focus on the romance part. 😌 Dan this is purely because of my preferences, aku rasa not so invested dgn romance diorang sbb i don’t like the ML punya cara, cara dia layan the FL. Kdg rasa cam kasarnya bahasa. 🥹 Gituuuu. Hahahah. Sorry la sis mmg hati tisu, takleh la kalau kasar2 camtu. 😂 Tu sbb aku ckp part ni might be different for org lain. FL tu pulak geram jgk aku menengok perangai dia. Kdg certain action dia tu buatkan aku rasa ehhh kau ni bakal lawyer, tak logik kdg tindakan yg dia buat. Pastu dah buat, boleh pulak tak expect consequences yg akan dia hadap 😤😤 Haish geram. Hahahah.

And buku ni not so minor-friendly punya novel 🛑✋ So, for me, i tak recommend for 18 and below. 🙃 Overall, it was an ok read la for me. #emptycanvashida
Profile Image for Bay.
285 reviews5 followers
July 13, 2023
aku mmg tertunggu nak baca buku ni. all is good but one thing… transition from scene to scene tu tak smooth.
Profile Image for Bell.
118 reviews3 followers
February 22, 2024
3.8 ⭐

Banyak nak cakap sebenarnya tapi nantilah tengah tak ada mood nak menaip.
Tengah reading slump tapi habis jugak satu buku 😭
Profile Image for Cik.
220 reviews5 followers
July 16, 2023
Danz ni tak red flag,tak juga green flag.Dia tengah2.
Suka sangat2 dengan watak Danz.Rasanya dalam banyak2 hero Cik Bawang,Danz ni la yg paling best.Watak Ily pulak sedikit mengada lah bagi Cik N,nasib baik Danz ni tak cepat naik angin 😂
Cuma ending dia tu kan,macam tak cukup lah 😆
Profile Image for Mslvoe.
2,229 reviews225 followers
May 9, 2024
Watak hero Danz dah la BEST!!! Tapi why watak Ily F rasa annoying sangat. Ada sifat Ily yang F kurang minat. Dah lah korang adik beradik perangkap Danz lepas tu lari. Tahu lak takut...

And F suka relationship Farel Faris dan Rio. Farel dengan sikap suka buat lawak sengal dia tu.. terhiburlah.

Now tak sabar nak baca Rio. Tolonglah cepat!
Profile Image for Eyd1410.
840 reviews22 followers
January 13, 2024
Ok. Sekarang dah boleh move on dengan watak Faris. Sorry Faris, anda bukan lagi fovourite hero sebab bila wujudnya Danz ni gila babi dia punya karektor. Watak Danz ni sesuatu sangat dan latar belakang dia agak misteri. Bila baca kisah Farrel-Dahlia dan Faris-Hanim memang dah boleh tahu Danz ni bukan happy go lucky macam Faris dan Farrel.

Bila mendalami latar belakang Danz barulah boleh adopt kenapa Danz itu begitu dan begini. Nampak seperti manusia yang normal dengan position sebagai lawyer tetapi disebalik jawatan itu, ada lagi kebolehan yang orang lain tak tahu kecuali orang yang paling rapat dengan dia.

Ily ni sebenarnya lebih kurang seperti Hanim dan Dahlia. Karektornya kuat kerana adanya suami yang mendokong mereka dengan kasih sayang dan setia tanpa berbelah bahagi. Cuma yang menariknya Ily punya siblings yang sangat menjaga each other. Irfan dengan akal luar alamnya dan Hani pula dengan perangai yang lebih serius berbanding Ily dan Irfan.

Cerita mereka bermula bila Ily and siblings tekad untuk mencari pembunuh ibu bapa mereka. Dari situ mereka berjumpa Danz yang misteri dan idea gila Irfan itulah yang memerangkap Ily dan Danz dalam sebuah perkahwinan. Namun mereka silap jika mereka ingat mereka dapat pergunakan Danz kerana Danz lebih bijak dan selangkah ke hadapan dari mereka 3 beradik.

Walaupun Danz itu yang lebih beku dari kutub utara, namun akhirnya dia tetap cair dengan kehadiran Ily. Cuma itulah. Bahasa yang digunakan Danz bukan jenis lembut. Jadi bertabahlah siapa yang jadi isteri Danz. Dan kerana Ily lah dia terbabit sama dalam usaha untuk menyelesaikan segala tentang pembunuhan parents Ily walau idea mereka awal lagi sudah ditentang oleh Nek Jarah dan bapa Danz sendiri. Degil kan masing². Bila dah timbul tragedi barulah Ily rasa insaf.

Jika ditanya tentang buku ini, pasti saya akan kata ianya berbaloi dibeli dan dibaca. Walau ada juga part yg longgar sana sini tapi bagi saya ianya sudah cukup untuk memahami jalan cerita keseluruhannya.

# ohh please Cik Bawang. Takkan terhenti sampai cerita Danz sahaja. Cammon. Kita ada kisah pakcik Rio yang hot tapi sengal itu. Tidak lupa juga cerita tentang Irfan yang kepala masuk air kadang². Ermm🤔
Profile Image for Akmal Zahrudin.
228 reviews27 followers
March 25, 2024
My thoughts?


1. Yang ni kisah pasal Danz pulak. Kalau Hana tu dalam list no 1, My Badass Husband ni jatuh no 2 la yang aku suka.


2. Aku suka jalan cerita dia. Penulisan penulis yang latest ni lain dari kebiasaan. She did her research. So aku macam woww. Dapat tahu banyak pasal dunia peguam dan hacker. Tak ada la kau dihidangkan 100% romance macam yang semua orang suka 😆


3. Macam biasa aku tak suka watak female lead. Ily tu perangai dia subhanallah. Aku dah cakap aku boleh terima Hana je kalau female lead penulis 😆 macam mana la Danz boleh nak? Tak logik betei. Penulis memang suka eh female lead yang mengada-ada mintak disepak macam ni 😂


4. Aku suka je watak Danz awal-awal tu. Male lead yang ada kaitan dengan Jepun ni memang taste aku lah. Tapi bila dia dah start jadi suami Ily pastu asyik gersang je stress pulak aku. Hilang cool dia dah 😂


5. Side characters Irfan dan Hani tu aku suka. Buat plan ntah pape 3 beradik tu. Memang adik beradik yang masuk air la sekali dengan Ily 😂


6. Overall aku enjoy baca buku ni. Jalan cerita rilek-rilek je tak heavy. Lebih kepada kau sakit kepala baca Ily dan Danz perang mulut, bercinta lepas kahwin pastu siasat kes pembunuhan parents Ily.


Personal rating:

3.9/5
Profile Image for azie.librocubicularist.
46 reviews4 followers
July 9, 2023
✨My Badass Husband by Cik Bawang✨
He is really one of a kind.
.
4.5/5🌟
.
My first book from Cik Bawang and it doesn't disappoint me at all. Berbaloi la berbulan terpengaruh baca teaser and snippet buku kat IG story penulis.
.
🐈‍⬛boss x intern(lawyer)
🐈‍⬛marriage of convenience
🐈‍⬛grumpy x sunshine
🐈‍⬛age gap(10 years)
.
Plot utama cerita ni tentang watak Ily yang mahu menggunakan bantuan Danz, peguam dan juga hacker untuk membantu menyiasat kes pembunuhan ibu bapanya yang sudah bertahun terkubur tanpa pengadilan. Sebaik saja dia memerangkap Danz untuk mengahwininya, Ily rasa menyesal dan terus melarikan diri. Siapa sangka jodoh mereka panjang bila Ily diterima bekerja di firma yang sama dengan Danz.
.
The story is fast pacing and I had high expectation after reading the opening story about Ily and Danz's family past and the connection that they shared. To be very honest, the plot is actually good but it didn't come out as strong as I hoped. I think the story focused more on the budding relationship between Danz and Ily. And fortunately it did save the story.
.
Badass husband...
Tajuk dia mungkin la nampak cringe tapi bila fikir balik, tak ada tajuk lain yang lebih baik untuk buku ni! Because it's all about Danz- his badass skills and moves shown throughout the story. Segala-galanya yang penulis tulis tentang Danz nampak hot dan charming. Danz yang serius di makhamah, yang tegas di pejabat, yang sinis masa jadi hacker dan suami yang paling comel bila layan kerenah Ily dan Hime🫠 Hmm lagi cair bila Danz berbahasa Jepun.

Karakter Danz bukan macam hero lain yang green flag atau red flag. Danz ni di tengah-tengah. Lebih kurang macam Robin Hood la dia ni. Danz tahu yang undang-undang kadang tak dapat nak melindungi semua orang yang teraniaya. Jadi bila dia jadi Shin, grey hat hacker, dia akan cuba membantu orang lain walau dengan cara yang tak sah.

Danz yang 10 tahun lebih tua daripada Ily banyak menunjukkan kematangan dia bila nak handle Ily yang trouble maker. Danz bukan saja seorang suami tapi juga master Ily semasa chambering di firma. Danz dingin dan grumpy tapi hanya Ily je yang boleh buat dia cair

Troublemaker wife..
Mula-mula memang tak suka betul dengan karakter Ily ni. Selalu bertindak tanpa berfikir jauh. Hmm tak tau la nak brain macam mana dia boleh terima cadangan Irfan, adik dia untuk perangkap Danz jadi suami. Yang dia fikir bila Danz kahwin dengan dia, Danz mesti boleh bantu dia pasal kes pembunuhan tu. Kat mana la dia dapat keyakinan yang Danz atau mana-mana lelaki lain akan senang-senang nak tolong dia. Dah la kenal 2-3 kali je jumpa😂
.
Lepas tu Ily rasa menyesal sebab rupanya suami dia dengan rela hati masuk perangkap dan terus dia larikan diri balik kampung tinggalkan Danz. Pening kepala dengan Ily ni. Nampak pentingkan diri pun ada. Mujurlah lelaki macam Danz ni wujud.. jatuh cinta dan sanggup bantu Ily.
.
Tapi bukan la nak kata karakter Ily ni teruk sangat. Well at least, she changed Danz's life to be more colourful. Celoteh dan bebelan Ily menceriakan hari-hari Danz yang sentiasa sibuk dengan kerja. Ily pun sejenis manusia yang berani. Memang sepadan la dia dengan Danz, boleh jadi badass couple.
.
Dan paling best side characters dalam lingkungan Danz dan Ily kebanyakkan banyak menghiburkan mereka berdua; Rio- pak cik Danz dari Jepun, Farel dan Faris-best friend Danz, Irfan, Hani-adik kembar Ily. Oh tak lupa jugak kucing kesayangan Danz, Hime. Rasanya Hime ni banyak tunjukkan sisi Danz yang penyayang.
Profile Image for araasyafii_.
45 reviews1 follower
December 12, 2025
𝐌𝐲 𝐁𝐚𝐝𝐚𝐬𝐬 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 | 𝐂𝐢𝐤 𝐁𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠

Pengalaman lalu membuatkan Danz sukar utk membuka hatinya pada sesiapa. Baginya, seseorang itu akan jadi bodoh kerana cinta. Namun, kedatangan Ily telah mengubah hidup lelaki itu. Bagi Ily, dia harus mencari tahu kebenaran kisah lalu. AT ALL COST! Dan hanya Danz yg mampu menolongnya. Lalu, dia bertindak melakukan satu kerja gila demi menyingkap kebenaran itu. Kerja yg akhirnya memakan dirinya sendiri.

"𝒀𝒐𝒖 𝒎𝒆𝒔𝒔𝒆𝒅 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒕𝒉𝒆 𝒘𝒓𝒐𝒏𝒈 𝒑𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏, 𝒍𝒂𝒅𝒚. 𝑺𝒐 𝒌𝒂𝒖 𝒏𝒂𝒌 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒌𝒂𝒉𝒘𝒊𝒏 𝒍𝒂 𝒏𝒊, 𝒌𝒂𝒏? 𝑶𝒌𝒆𝒚!"

Ara memang tertarik dgn cover dia 🤣 Nasiblah part kepala tu dikerat, biar sis imagine sendiri muka si Danz tu mcm mana 🤣

Baca MBH ni buatkan kita nampak overview dunia lawyer tu macam mana. Mula dari chambering period sampailah dapat qualification utk jadi lawyer. Almaklumlah sis bukan bidang ni. Jadi sedikit sebanyak kita dapat ilmu baru 🤜🏻🤛🏻

"𝑾𝒂𝒍𝒂𝒖𝒑𝒖𝒏 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒅𝒂𝒉 𝒌𝒂𝒉𝒘𝒊𝒏, 𝒕𝒂𝒑𝒊 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒌𝒂𝒉𝒘𝒊𝒏 𝒕𝒆𝒓𝒑𝒂𝒌𝒔𝒂 𝒕𝒂𝒖. 𝑱𝒂𝒅𝒊, 𝒋𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒅𝒆𝒌𝒂𝒕-𝒅𝒆𝒌𝒂𝒕."

Strangers/enemies to lovers memang my fav trope of all time. So, buku ni ada that kind of trope. Jadi mak lurvee ye melayan banter diorang. Gaduh sana gaduh sini. Tapi somehow, kadang2 still rasa apa yg Danz cakap tu macam kasar sikit 😬 Hati tu dah suka si Ily, tapi mulut tu ishh la geram aku! Nasib hang la dapat partner mcm Ily yg jenis degil & keras kepala. Haa bergaduh la hampa dua 😂 Tapi ada part sweet jugak, don't worry 🤭

Kalau bab hacker ni memang sis suka! Dan aside from Danz being a lawyer, dia pun seorang hacker. Shinigami tu. BONUS POINT! 💯

Di pertengahan tu jadi agak lost sikit. Kenapa macam tersasar ja agenda utama si Ily ni lepas kahwin 😅 Nak tahu la jugak progress kes. Mungkin penulis nak lebihkan romance kot. Tapi nasib la hujung2 tu penulis back on track. Sis pulak yg cuak. Takkan la Danz ... (haa yg ni taknak spoil) 🤫

Cumanya, buku ni ada jugak la 'spicy part' tu. Nak kata melebih sangat tu tak la tapi still ada la part tu haa gitu. Not so minor-friendly sangat kot. Ada age gap jugak tau. Apa pun sis dah warning ye adik2 😅🫵🏻

Side characters pun best dalam cerita ni. Adik beradik Ily memang penghibur suasana. Ada la jugak cameo Farel dalam ni. Bukunya dah ada cuma tak baca lagi 😅 Rio pun main peranan jugak dlm cerita ni. Nanti sis beli buku Rio pulak. 😂

Paling tak boleh tahan tu, Ily pergi jual cincin kahwin dia. AND THE COST OF THE RING??!! Masha-Allah 😩🤦🏻‍♀

Sis suka scene waktu beli cadar pink tu. Comel. Dan bila Ily boleh take over rumah Danz tu hahaha aku tergelak ja. Encik Danz kita dah tangkap cintan uii 😂 Taknak explain in detail. Uolls baca sendiri.

P/s: Scene "ILY" tu aduhh mak lurvvee 🫶🏻 Smooth ehh engko, Danz 🙊🫵🏻

Overall, buku ni memang kita akan enjoy je baca sebab fast paced. Storyline yg menarik. Tak heavy & sesuai dibuat bacaan santai. Cumanya my personal opinion, kalau penulis masukkan lebih banyak details pasal kes mak ayah Ily tu maybe akan jadi much more interesting. Tapi takpe, kita layan ja la Danz & Ily berperang mulut. Bergabung dua tu jadilah badass couple 😂

"𝑰 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒃𝒆𝒊𝒏𝒈 𝒚𝒐𝒖𝒓𝒔, 𝑰𝒍𝒚 𝒂𝒏𝒅 𝒚𝒐𝒖 𝒄𝒂𝒏 𝒑𝒓𝒐𝒖𝒅𝒍𝒚 𝒔𝒂𝒚 𝒕𝒉𝒂𝒕 𝑰'𝒎 𝒚𝒐𝒖𝒓𝒔 𝒂𝒏𝒅 𝒚𝒐𝒖'𝒓𝒆 𝒎𝒊𝒏𝒆."
Profile Image for fiy.
111 reviews2 followers
February 14, 2026
Personal rating: 3.8/5

Bestlah jugak tapi rasa macam takde ke idea lain nak bagi dua orang tu kahwin rasa macam tak logik pulak tapi kadang rasa logik 🙂 Okay ceritanya bermula dgn Ana yg tanpa sengaja menggeledah rumah neneknya yg asalnya niatnya hanya utk mengemas. Alih alih lain yg dijumpainya. Disebabkan benda yg dijumpai Ana lah yg mengheret Ana utk hidup dengan Danz. Panjanglah cerita yg terjadi sebelum kahwin tu tapi sebabkan Ana nak kebenaran, jadi dia sanggup buat apa saje termasuk berkahwin dgn Danz orang yg dia sendiri tak kenal walaupun Danz ni ada aura yg boleh memikat sesiapa sahaja yg melihatnya.

Ily seorang gadis yg sangat sangat berani. Sebab dia sanggup buat apa sahaja demi mencapai apa yg diingininya termasuklah berkahwin dgn Danz seorang peguam yg jauh lebih tua dari dia. Cuma terfikirlah jugak yg si Ily ni takde ke sebelum jalankan rancangan tu terfikir yg diorang ni tak sekufu ataupun ily ni masih muda remaja tak fikir panjang 🙂 maap cakap cara diorang kahwin tu adoi patutnya penulis fikir lah cara lain. Tapi logik jugak bila memikirkan perangai dua orang tu.

Danz macam yg dah ramai review yg dia ni memang hot, sexy, smart, tall argh senang cerita cukup serba serbi sempurna takde yg kurang. Kurang dia mulut dia tak bertapis. Pakai lepas je apa yg dia nak cakap, takde jaga hati dah walaupun bini sendiri. Tapi dgn ily yg macam tu sesuai je dua orang ni bersama sbb danz tu mulut je meminta tapi perbuatan dia 🔛🔝. Agaknya orang jentik bini dia pun mahu penumbuk kena dkt muka HAAHAHAH ohh lupa satu lagi kekurangan dia ni gatal. Adoi saya ni mmg cukuplah tak suka cerita ada unsur sp ni. Bukan nak kata tak sesuai nak dibaca tapi perkataan yg digunakan tu rasa macam tak sesuai betul, rasa tak senonoh maap shakap 🙂 harapnya ni jelah buku penulis yg macam ni, tak sanggup betul nak baca. Sebab benda benda macam ni lah tak boleh nak bagi full rate.

Apapun buku ni memang best, plot, jalan cerita, character development semua man🔝. Best dapat baca pasal law walaupun tak banyak tapi satu lagi bab it/hack tu pun best jugak baca, rasa macam cool betullah danz tu. Cuma tolonglah tak suka nak baca bila duk sebut gersang tu. Memanglah danz tu dah tua tapi boleh kut simpan sikit penggunaan perkataan tu nope bukan simpan sikit tapi simpan byk. Pastu yg si ily pun suka lah duk ulang perkataan tu jugak 🙂 apapun okay lah dari satu buku tu setiap bab bernafsu lakinya pun 😃

Sekarang rasa teringin pulak nak baca kisah anak diorang dua ni sbb mesti si danz tu gedik tak nak lepaskan anak dia kahwin macam dia buat dkt si hime tu 🤣
Profile Image for Lyana Mikail.
24 reviews3 followers
October 8, 2023
MY BADASS HUSBAND
- He is really one of a kind

Konnichiwa!

Ily terjumpa sesuatu tentang kematian ayah dan ibunya. Tersimpan rapi. Kata Irfan, hanya ada satu jalan. Perangkap Shinigami! Adiknya bagi idea gila tapi bernas. Harapan dorang cuma Shinigami.

Berlagak jadi pemangsa, sudahnya kecundang sebelum bertarung. Rancangan mereka beradik kantoi. Tak sempat nak berundur, sudah diajak ke pejabat agama. Erkkk...

Dah kawin, chemistry dua ketul ni mmg zero. NIL! Kalah Tom & Jerry! Danz dengan sikap autoriti dia, Ily dengan kepala sengal..dan annoying dia😪

Danz sudi tolong Ily untuk bawa pembunuh ayah ibu dia ke muka pengadilan, tapi ada syaratnya. Jeng3...kena baca😃

Everything's quite good. Plot dan story line dia cantik. Konflik dgn sedikit elemen aksi kira lari dr kebiasaan Cik🧅. Cukup rencah. Ada scene undang2 & godam2 semua tu. Sebab kenapa Danz terpisah dr keluarganya buat kakyana rasa sedikit geram, tapi bila dah tahu, terpujuklah juga. Ini punca kenapa karakter Danz jadi mcm tu. Aura dia takyah cakaplah. He is really one of a kind!

Tolak tepi semua, yg paling buat kak teruja ialah ada beberapa terms dr anime yg begitu familiar dgn kakyana. 'Death Note', 'Shinigami' dan Ruruoni Kenshin! Kaki anime confirm tahu pasal DN, kan? One of the femes anime. Oh..ada bbrpa ayat dlm bahasa Jepun juga.

Cumanya....cuma satu je yg buat kak rasa macam sedikit terganggu. Kakyana & Ilyana bukan 'kawan baik'. Sabar jap peminat Ily, jgn kecam. Watak dia agak 'menjengkelkan'. Faham dgn niat dia, yg bersemangat nak cari tahu, cuma dia selalu bertindak ikut kepala angin sendiri dan membuta tuli...lepas tu baru menyesal. Tapi, perangai yg annoying tulah yg buat mamat badass ni fallen love from head to toe! Adalah satu part yg Ily ni berubah jd matang kejap bila berlaku insiden malang. Tapi kejap je, selak page seterusnya, datang balik sikap budak2 dia😌

Lupa lak, walaupun Danz ni nmpk je badass...tapi kan dia sehijau hutan simpan yg belum diteroka🌝. And he's broken inside😭. Hanya Ily yg mampu mengubatnya💋

"You are my serendipity. I wasn't looking for you, I wasn't expecting you. I fell for you unexpectedly. Now, l plan to be with you forever"

4.5 ⭐
Profile Image for Diniy Qistina.
199 reviews6 followers
July 15, 2023
Best! Best! Best! 😍🤩

Suka sangat Danz! I never know I'm gonna love someone who is badass! 🤤
Tak tahu macam mana nak cakap dia punya hot tu. 🥵 Dahlah Danz pun pakai spek. Kita tak leh ah dengan orang pakai spek ni. 😌🤌🏻

Okay, done puji Danz. Meh cakap pasal jalan cerita pulak. Agak tolol cara Ily perangkap Danz untuk kahwin dengannya. Akhirnya, plan makan tuan 😂. Danz pun setuju aje alang² dia memang sedang single. Tak payah susah²cari bakal isteri dah. Ily ni sebenarnya nak tuntut keadilan ke atas kematian orang tuanya. Dengan bantuan Danz sebagai seorang peguam pasti dapat memudahkan rancangannya. Villainnya mestilah seseorang yang berpangkat dan berkuasa 💁🏻‍♀️. Tak mudah nak ditumpaskan. Diorang sampai letak tanda noktah demi keselamatan masing².

Endingnya pun saya suka dan puas hati. Tiada yang tergantung. Walaupun review (kononnyalah 😂) ini nampak macam tak menarik, tapi ketahuilah cerita ini sangat menarik dan best ya semua! 🫶
Yang mana belum beli, silalah beli ya. Kat Shopee tu rasanya ada lagi seller lain yang masih ada stok.
👨🏻‍🍳💋 tau citer ni.

Btw, citer ni ada banyak jugak dialog bahasa Jepun. But don't worry ada translation kat bawah page. 😘
Profile Image for Izzah.
20 reviews
April 8, 2026
Fuh. Kena tarik nafas dulu ya. Maklumlah ambil buku ni dari rak buku, mak sendiri sbb nampak menarik tajuk buku dia. Aku agak terkejut baca cerita romance macam ni🤣 Rasa macam dah lama tak baca buku romance asal aku yang blushing sorang-sorang ni?🥹

Cerita ini santai tau, tapi at the same time banyak ilmu pasal bidang law yang sangat best. Serious dah la tengah layan drama phatom lawyer, dah rasa mcm FL drama drama phatom lawyer ni mcm Danz pula🤣 jenis serious je memanjang tapi bila ngan Ily. Omg aku yg berbunga. Hahahaha.

Dari segi penulisan, serious senang masuk dan okay je kalau orang mcm kita yg x suka ayat berbunga dan hiperbola. Walaupun ada je word yang macam, tak berapa faham. Maklumlah saya yang tak faham sebenarnya. Hahahahaha.

So conclusion, for me this one my first karya dari cik bawang, so my personal 4.3✨! Nak lebih lagi pasal law tu tapi kalau bnyk sngt confirm aku tak faham. Hahaha. But aku agak terkejut yang age gap diorang🤣 aku time intern x ada pon nk melekat, adeii

Sekian🍓
Profile Image for Emily.
142 reviews7 followers
March 19, 2024
4.5!!!

I love Danz punya personality. Secara general nya nampak badass, actually he is just calmly and experienced with people behaviour. Straight-forward takde konar-konar. Senang nak communicate cumanya susah sikit la nak gula-gulakan. Cumanya i taktahu la kenapa but 7/8 years gap macam jauh sangat for me but nasib baik tak mention kerap sangat so i can avoid that, or else takut hilang mood. Lurvee how Danz always play along je dengan perangai manusia, nak kata beku pun bukan beku sangat. professional je hahahhaa. Ily pun actually okay je for me, i know why she act and behave like that, and i agree. cumanya time hujung-hujung tu degil tak bertempat. Strong woman i love it. Anyway Irfan kelakar ye. Yang lagi 0.5 tu sebenarnya tak puas nak sengih-sengih je.
Profile Image for Az3an.
172 reviews4 followers
June 23, 2025
Aku rasa 3 beradik tu lawak. Berdekah juga baca perbualan dorang. Relationship Danz + Farel + Rio pun aku suka.

Since watak hero ni peguam + kes pembunuhan parents Ily aku menjangkakan akan banyak scene dalam mahkamah. Excited nak baca tapi tu lah tak seperti yang diharapkan. Lebih kepada scene romantik Danz + Ily je. Dia macam drama melayu kat tv yang cerita pasal doktor, scene banyak kat hospital tapi takde bedah2 ke rawat pesakit ke..dia lebih kepada berbincang tentang kehidupan dan cinta si doktor sambil pakai kot putih tu.

Selain dari watak Ily yang mengada-ada, aku enjoy je baca sampai habis. Part Danz mati tu pun dah boleh agak Danz tak mati. Aku dah boleh baca plot dia macam Adam Nakhaie. Ingat dah mati tapi tak.. Mana boleh main hero mati, ye dak?
Profile Image for Wady.
36 reviews
October 10, 2023
WHERE TO FIND DANZ

Bruh he is ' SOMETHING ' like soooo something mana nk rembat jantan mcm ni we dh la kacuk jepun haduii FICTIONAL man never dissapointed thooo

A Lawyer at the same time a hacker arghh so COOL T - T

The ending im not sure sb aq baca terburu atau mmg ending dia x kena ngan vibe aq sb ending dia x cukup gempak like i hope there will more extreme sikit ( actually dh gempak dh tapi nk lagi sb x puas hahahahaaha )

I like both character sb funny tapi Ily sumpah represent women attitude degil keras kepala stress ^v^

Dear Cik Bawang uncle Rio single lagi ke kita nk x kisah dia tua i like old man ( tiberrr )
Profile Image for Ctriko.
292 reviews6 followers
October 27, 2023
Watak Danz pada aku memang lain dari watak hero yang pernah aku baca sebelum ni. Kiranya semua dalam cerita ni adalah tentang Danz yang EXTRAORDINARY. Nak tahu kenapa ??? Danz ni kan ada kacukan Jepun dan orang Jepun memang terkenal dengan karakter sebegini, berdisiplin dan amat menjaga kebersihan. Sebab itulah si Danz ni ada 'DNA' pembersih. Memang payahlah nak dapat kat Malaysia ni he he he. He is really one of a kind !
14 reviews
April 28, 2026
4.5⭐

Suka dengan watak Danz. Walaupun dia a bit kasar, tapi sangat sweet. Boleh faham why dia jadi macam tu. peguam+hacker. siapa je tak jatuh cinta. 🥰

Ily pula, tak suka sangat apa dia dengan adik-adik dia buat awal-awal tu. Too much for me 🫣

Btw, I really like CB punya penulisan. Tak formal sangat, dan tak santai sangat.

Storyline pun menarik. Tak terlalu bermain dengan emosi. That's why aku suka.

Please teruskan menulis CB. I'm your new fan❤️🫶
Profile Image for Nad.
406 reviews
November 16, 2023
3.7
Buku ni bertuah sebab aku tengah ada mood nak membaca, kalau takk.
Permulaan buku ni rasa nak hempuk je si Irfan dengan Ily ni. Nak buat jahat tapi plan tak betul. Macam annoying juga Ily ni lepas tu sebaik kau kelakar tau. Around 70% buku ni best la jugak tapi sampai ending macam mehh. Serious meh
Profile Image for Cutie_pie28.
504 reviews10 followers
February 10, 2025
Best laa watak Danz nie.. da laa hesmes.. adoiii.. melting btul baca.. watak Ily nie ade sket kurang nyee.. yee laa mungkin sbb die tkde perasaan kt Danz.. tp da kene lyn mcm princess tu tk kn tk cair kan..

Suka dgn friendship Danz,Farel, Faris and Rio…
Kesian Rio masih lgi mencari pasangan.. kene tunggu buku Rio pulakk nie..
Profile Image for Izzati Malik.
6 reviews1 follower
September 9, 2023
Takda satu part pun yg tak best. Every part is so fun to read and make you want to read every single words without miss.
Profile Image for fiena.
12 reviews
September 11, 2024
Bestttt !! cerita dia x draggy and and for me conflict x berat sangat . apapun besttt 🫶🏻
Profile Image for NAyla.
35 reviews1 follower
September 22, 2024
I LOVE MORALLY GRAY MAN ! DANZ SET MY STANDARD RINGGI TINGGI
Profile Image for Chicken.
40 reviews2 followers
August 14, 2025
Story? Plot? ⭐⭐⭐⭐
Writing? ⭐⭐⭐⭐

Danz yg suka black n white mcm gothic, Ily yg suka pinky2 mcm princess
Mula2 dingin semacam, tp lma kelamaan makin menggatal dgn bini sendiri! 🤣
Protective, cool, cold, HANDSOME, can be quite obsessive, perfectionist, org yg amat tegakkan keadilan, hacker HANDSOME known as Shinigami@Shin dgn Rio

Klau Ily, hmm... i got mix feeling about her? Kadang ade part sy suka, kdang x. Part dia buat plan gila dgn si Irfan smpai tertangkap basah dgn Danz, pastu kawin, degil nk keluar pergi kedai malam2 seorang diri, part dia gadai cincin nikah dia sbb nk pkai duit tp terlampau naif (xtau harga sebenar cincin smpai gadai dgn harga terlampau rendah, xsmpai beberapa hari dia dh spend habis gitu je), terlampau ego smpai xnk mengaku perasaan dia sendiri sbb dia nk balas dendam ats kematian ibu bapanya, dia xbagitau hal yg dia dh kawin dkt nenek dia, terlampau excited bila dpt tahu Danz masih hidup dan hebohkn dekat keluarga pdahal patut dirahsiakn utk sementara waktu sbb nk perangkap LIMA tu... ape lg ek... mcm byk sgt sy x puas hati dgn dia ni, it's kinda love and hate tho hahahah. bit i still like her.

So ape jd dkt sahabat lma Danz, yg skrg jd musuh dia, ape nma tah, lupa, Yusri kot? Ape jd kt dia slepas tu sbb dia bersekongkol jgk dgn villain tu.

Part sy xpuas hati, skejap sgt tgk kesengsaraan slepas LIMA kne tangkap. Aihh... rsa nk seksa2 diorg dlu smpai puas baru kasi kt polis.

Psal peguam, hakim, polis yg kne rasuah/kne ugut bunuh sbb disuruh tutup mulut/lepaskn diri dr kes mmg based on reality for what happened in our country. Mostly keadilan susah nk ditegakkan sbb rasuah berleluasa.

Money and power are everything, even th so called 'justice' can be bought.

Ade yg terpaksa menurut sbb xnk diugut bunuh dan pentingkan keselamatan keluarga yg tersayang. Without money and power, kita sbg rakyat biasa pon terasa terancam, lemah n hanya diamkn diri, klau tidak bakal mengancam nyawa org terdekat.

Kudos to kak Cik Bawang sbb byk buat research psal pekerjaan peguam. Kinda love this story tho even tho there's a few I'm not quite satisfied with the ending for the villain.
This entire review has been hidden because of spoilers.
286 reviews52 followers
July 4, 2025
terbaik... awesome... very recommended...
Displaying 1 - 29 of 29 reviews