Jump to ratings and reviews
Rate this book

Paranoid

Rate this book
Mengisahkan Izham yang mempunyai penyakit paranoid yang melampau. Izham menyukai Nur Zulaiha, namun dia tidak mempunyai kekuatan untuk meluahkannya walaupun hubungan mereka semakin rapat. Sehinggalah pada satu hari Zulaiha berhasrat ingin melarikan diri dari keluarganya. Kerana cinta terhadap Zulaiha yang dipendamnya, Izham akhirnya mengikuti Zulaiha melarikan diri dari keluarganya. Pelarian mereka menjadikan Izham lebih paranoid apabila kemudiannya Izham mendapat tahu bahawa Zulaiha adalah seorang Yahudi dan sedang diburu oleh ejen Yahudi yang lain. Tetapi, kerana cinta, semua itu tidak diendahkan…

Paperback

First published September 1, 2013

1 person is currently reading
20 people want to read

About the author

Fandy Taher

6 books6 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (3%)
4 stars
7 (23%)
3 stars
16 (53%)
2 stars
3 (10%)
1 star
3 (10%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
August 27, 2014
(3 bintang)
Pardesi (paranoia-delusi-ilusi) – itulah jenama kenderaan yang akan membawa anda melalui jalan bersimpang siur menuju ke destinasi yang tidak tahu di mana. Sebuah perjalanan sunyi tanpa sebarang bunyi dari stereo. Sebuah perjalanan panjang yang tidak cukup meresahkan dengan selekoh tajam apatah lagi had laju 80/kmj dipatuhi dengan cukup akur.

Begitulah perasaan hamba sesungguhnya pada Paranoid tulisan Fandy Taher. Buku ini tidak cukup thrill seperti yang diharap membuatkan pembacaan hamba adakalanya bertemu titik bosan. Meskipun begitu, ada suatu dorongan aneh yang membuat buku ini tidak boleh hamba lepaskan sehingga ke noktah penghabisan. Benarlah seperti juga si paranoia kronik yang memang mudah membosankan (menjengkelkan) orang lain tetapi diakui kehidupan orang seperti itu memang menarik dan unik.

Di awal cerita timbul juga rasa kurang enak apabila membaca tentang dua remaja, Izham dan Zulaiha yang lari dari rumah lalu tinggal bersama di sebuah bilik hotel. Namun, beberapa lompong ketidak-logikan yang sempat hamba kutip di sepanjang pelarian mereka itu membuat hamba yakin ada twist yang melegakan sudah siap direka oleh si penulis buku. Tetapi masih, ada beberapa perkara yang masih tidak logik di fikiran hamba meski penulis telah membentangkan kesimpulannya.

Kesimpulan hamba pula, buku ini walau tidaklah terlalu mengujakan jalan ceritanya tetapi informasi, pandangan dan falsafah-falsafah kehidupan yang ada di dalamnya membuat hamba tidak tega memberikan cuma dua bintang. Buku ini sangat sesuai dibaca pada waktu sekarang di mana seluruh dunia sedang hangat dengan isu Palestine-Israel. Bacalah jika anda ingin mengenali secara dasarnya tentang bangsa Yahudi. Seperti yang dikatakan oleh penulis, “Membenci itu biarlah dengan ilmu”.



p.s Buku ini ‘jernih’ seperti air laut di Pulau Mabul yang tentunya hamba cuma mampu lihat lewat gambar. Huhu.
Profile Image for Anna Lee.
Author 30 books548 followers
January 9, 2016
Sekali pandang mengharapkan novel ini novel thriller. Selepas beberapa bab aku mula sedar, novel ini sarat dengan kisah konspirasi yahudi yg pernah aku baca dan dengar (dlm proses nak baca 300 commitee) dan penuh dengan falsafah yg mengajak kita sama2 melihat dan mencerna.

Diakui teruja nak tahu ending pelarian mereka. Semakin baca hati aku mula berbelah bahagi, mungkin Zu adalah watak ilusi ciptaan Iz? Akibat dari paranoid dengan kisah konspirasi yahudi?

Ada part sedikit slow dan buat mata terkebil2 mengantuk. Tapi perasaan ingin tahu kesudahan membuatkan aku terus belek dan belek.

Yup, ada juga perkara yg dibincangan menarik perhatian. Ada juga buat aku skip... Hihi. Tetapi, ending, twist yg menarik dan aku boleh tertinggal fakta itu. So salah teka lagi.
Profile Image for Bayuu Haikalson.
159 reviews2 followers
January 30, 2021
Entah lah. Rasa biasa sahaja karya kedua dari Fandy Taher ini. Sudah dua kali aku baca karya dari penulis ini, memang suka buat tema “lari dari rumah” ke? Hahahaha.

Aku suka term Yahudi yang ada di dalam karya ini. Dulu aku taksud dengan membaca hal berkaitan dgn Yahudi. Hahaha baca karya ini membuat kan aku mengenang hal itu sebenarnya.

Karya ini sebenar ada plot twist dekat belakang tetapi tak sure lah plot twist ke macam mana? Apa yang di sampaikan oleh penulis seakan-akan tidak sampai atau separuh sampai. Karya ini tak sebagus karya “Tiga Titik”. Atau mungkin aku juga seorang yang paranoid. Hahahah

Sekian.
Profile Image for Sarah Z..
40 reviews
July 11, 2014
Quite a cliche story but I gained quite a knowledge about the Jews people are hating right now. To actually be able to understand their views from people who actually learn them.

Macam pepatah melayu, yang baik jadikan sempadan yang buruk jadikan tauladan.

Jalan cerita was okay.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
May 11, 2017
banyak info dalam buku ni sebenarnya.

kisah seorang pelajar yang terlalu paranoid, sehingga takut untuk melangkah melihat dunia.

banyak fakta2 diselitkan, bersama sindiran halus yang sering berlegar2 disekeliling kita, terutama berkaitan yahudi dan fahaman antara agama dan bangsa lain amnya.

saya kagum dengan pengadunan penulis, begitu santai memasukkan fakta2 tersebut disamping sindiran2 yang bersesuaian dan begitu terkesan. malah, secara keseluruhan novel ini mengingatkan betapa kita, paranoid dalam banyak perkara sehingga menghalang kemajuan diri sendiri sebenarnya.

ending yang memang tak dijangka, tapi bersesuaian dan dapat diterima, sedikit kelaka sebenarnya.

cubalah baca, dan lapangkan minda anda.

jangan terlalu paranoid!
Profile Image for Afa.
129 reviews
Read
July 22, 2019
Memang benar, banyak perihal Yahudi diceritakan di dalamnya. Saya rasa ia sejenis pembuka topik perbincangan, sekiranya hal-hal dinyatakan seperti konspirasi atau agenda Yahudi itu sendiri ternyata tidak benar / benar. Penamatnya sedikit terbuka walaupun disimpulkan berpunca seperti tajuk yang telah diberikan. Membaca naskah ini tanpa tamat, akan membuatkan pembaca berfikir.
Profile Image for Rohaya Sopian.
5 reviews
April 17, 2020
Pada pertengahan bab, aku mengharapkan apa yg terjadi pada Iz adalah sebuah mimpi. Kadang kadang aku harapkan ia adalah sebuah 'prank' oleh Zu. Bab demi bab, aku terus berteka teki. Tak sabar gila nak tahu penamat cerita pasal Iz dan Zu.

Apa apa pun pengakhiran yang kelakar bagi aku. Serius. Hahahahahhahaah

Well done Fandy Taher.
Profile Image for أنيس.
13 reviews
May 25, 2021
[4.5] Buku ni agak slow-paced, berminggu-minggu masa diambil untuk saya habiskan sebab saya kurang seronok baca buku ni. Apa-apapun, saya tak expect ending dia begitu. Baru saya tahu penyakit paranoid ni boleh jadi seteruk itu! Tahniah penulis kerana berani mengetengahkan soal Yahudi dan agenda-agenda mereka walaupun sesetengahnya buat saya sedikit keliru.
Profile Image for Areim.
6 reviews
September 15, 2021
Cerita yang agak mendatar tetapi diserikan dengan plot yang menimbulkan persoalan, dan wujudnya watak2 sampingan dikembangkan dengan bagus. Ending yang memang twisted tapi mungkin boleh perbaiki dari perjalanan cerita dan juga permainan watak.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for atep.
11 reviews
April 29, 2022
paranoid
.
.
best best . izham ada paranoid and then a lot of things happen . not gonna lie kinda kecewa bila tahu yg semua tu just izham punya khayalan but okee bcs tajuk pun paranoid kan hehe . ayat ii dlm buku ni sumpah cantik . love love .
Profile Image for Kufaz.
Author 2 books2 followers
October 30, 2017
Not bad. But kinda cliche and predictable. Anyway, banyak info boleh dapat dalam karya ini dan deserve a 3 star.
Profile Image for Muhammad Aizad.
8 reviews
May 3, 2016
Klise? Aku tak rasa macam tu. Mana ada penulis yang berani cerita lebih lebih pasal yahudi dan penyakit paranoid melayu Islam tipikal dalam masyarakat kita ni. Good read!
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.