Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kau Kekasih Gelapku

Rate this book
Kata Addi, Rihanna gadis pelik. Kata hati Rihana, pelik itu memang sudah sinonim dengan dirinya kerana dia bukan gadis biasa. Dia gadis luar biasa yang berkawan dengan ‘hantu cantik’.

Di dunia manusia, Rihanna memilih Addi. Di dunia gelap, dia harus memilih antara Darius ataupun Ryuu, dua ‘hantu kacak’ yang sentiasa berperang merebut dirinya.

Saat hati Rihanna mula menyayangi Addi, cintanya dikhianati. Addi menduakan dia tanpa sepatah kata sehingga dia jadi lemah tak bermaya.

“Abang bukan sengaja nak kecewakan Hanna.”- Addi

“Jangan hampiri aku, Addi! Kau akan mati kalau kau terus dekat pada aku!”- Rihanna

Darius datang menjadi penyelamat. Ingatan Rihanna dihilangkan demi keselamatan. Rihanna lupa siapa Addi, lupa kehidupannya di dunia manusia dan dia dilarikan ke dunia yang gelap.

"Kau milik aku, Rihanna. Selama-lamanya. Tak mungkin kau bersama dia!" ~ Darius

Hilangnya Rihanna, muncul Ayuna yang mirip wajahnya. Terperangkap dengan rindu Addi pada Rihana dan buruan Darius, Ayuna memikat Shaqir sebagai pelindungnya. Tapi mampukan Shaqir melindungi Ayuna dari kuasa magis?

“Yuna.. jadi isteri aku. Kita mulakan hidup baru jauh daripada semua kegilaan ni!.”~ Shaqir

Ke manakah Rihanna menghilang sehingga Addi jadi sasau mencarinya? Siapakah Ayuna sebenarnya? Adakah dia Rihanna yang hilang? Berjayakah Addi mendapatkan semula cintanya? Semuanya akan terjawab dalam kisah cinta bersegi-segi antara dua dunia berbeza ini. Karya bergenre dark fantasy romance ini akan mengupas segalanya.

576 pages, Unknown Binding

First published September 1, 2013

6 people are currently reading
75 people want to read

About the author

Que Sera Sera

9 books51 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
36 (34%)
4 stars
37 (35%)
3 stars
25 (24%)
2 stars
4 (3%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 26 of 26 reviews
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
March 25, 2021
Masa mula-mula baca tu...
Masya-Allah... Tak tahulah aku nak bereaksi macam mana.

Jalan cerita buku ni terlalu fantasi tahap 7 petala langit (tapi best, haha). Dan boleh pula akhirnya aku tersangkut dengan citer ni, hahaha.

Ya, ya. Aku faham KKG under genre dark fantasy-romance, tapi...

Entahlah. Payah betul nak explain perasaan masa baca buku ni. Ia semacam... banyak benda aku rasa macam tak puas hati. Rasa macam ada yg tak kena. Rasa ragu-ragu. Rasa nak pertikai pun ya. Rasa mengarut tu tak payah cakaplah, memang sah-sah dah yg tu.

Perasaan baca buku ni memang berbaur. Ikutkan separuh hati rasa tak suka, tapi separuh lagi rasa teruja sangat. Sedar-sedar, berkilauan lima bintang jugak aku bagi.

Apa yg aku rasa tak puas hati ialah ;

Mula-mula lagi, bab 7, m/s33, aku dah rasa nak menghamun dah. Mana taknya, baru jer baca sampai sini alih-alih aku dah dihidangkan dengan karakter watak yg jijik. Watak Addi tu boleh pula dia perkosa Rihanna tu, lepas tu selamba rileks saja terus dia ajak Rihanna nikah esoknya, dan teruskan hidup macam biasa lagak suami budiman yg romantik. Come on... don't romanticize rape laa. Disgusting. Tapi memandangkan dalam buku ni Rihanna tu bukan sepenuhnya manusia, jadi Rihanna pun macam tak berperasaan jer. Tak kisah apatah lagi meroyan dengan apa yg Addi dah buat pada dia. Tapi tetaplah aku tak suka scene ni. Aku tak suka Addi tu. Lagilah tak suka bila dia kahwin dengan Rihanna. Meluat.

Apa yg aku rasa tak kena dan nak pertikai ialah ;

Tentang kehidupan watak-watak dalam buku ni. Payah betul aku nak luahkan secara direct. Macam mana nak cakap yer...

Ia macam... Watak-watak dalam buku ni walaupun tak pernah menyebut nama Tuhan (Allah SWT) apatah lagi sebut tentang hal-hal macam solat, mengaji, berdoa apa semua tu, tapi... watak-wataknya digambarkan memang Islamlah kot. Sebab ada part akad nikah, Ayuna berselendang masa majlis tunang dia, Rihanna pun pakai baju kurung masa tu... Jelas-jelaslah Islam, kan?

So bagi aku, ia macam tak kena tau.

Jalan ceritanya tak kena dengan agama watak-watak dalam buku ni. Senang cakap, writer buat watak mereka beragama Islam, tapi kehidupan mereka terpesong terus dari makna agama tu. Aku faham ini genre dark fantasy, tapi rasanya lebih baik watak-watak dalam buku ni jadi tak beragama terus dari digambarkan sebaliknya. Ia jadi macam tak betul tau...

Janganlah pula kata aku ni berfikiran sempit sebab sensitif tentang hal ni. Actually aku jenis 'open' jer dan boleh layan jer kisah fantasi macam ni. Cuma perasaan tak kena tu tetap terdetik dalam hati. Sebabnya mereka digambarkan Islam, kalau mereka digambarkan beragama lain ke atau atheist ke, aku peduli apa laa, kan?

Sebelum ni aku ada jer baca buku The Untold Story (Farah Husain) yg genre-nya dark fantasy jugak, tapi kisah buku tu taklah terlalu mengarut dan watak-watak dalam buku tu pun takdelah kot menggambarkan mereka tu beragama apa, kan. So, better macam tu kot kalau genre dark fantasy ni.

(Apa-apa pun itu cuma pandangan aku jerlah. Kalau tak setuju, boleh abaikan saja apa yg aku bebelkan kat atas tadi tu.)

Satu hal lagi yg aku tak puas hati. Aku tak puas hati tau watak Ayuna tu overshadow Rihanna. Hmm, memanglah buku ni bukan macam kebanyakan buku lain yg cuma ada seorang hero, seorang heroin. Buku ni watak utama tu ramai. Takdelah kot title siapa hero siapa heroin tu. Rihanna, Darius, Ayuna, Syaqir, Ryuu, Damien, Addi n blablabla semua tu, semua ada peranan masing-masing. Cumanya, disebabkan kisah buku ni dimulakan dengan kisah Rihanna-Addi-Darius-Ryuu, aku harapkan banyak scene merekalah especially Rihanna-Darius tu (Addi tak wujud pun takpe). Tapi sudahnya, watak Rihanna tu pula macam sekejap tenggelam timbul semenjak watak Ayuna ambil alih cerita bermula dari m/s152. Tak semena-mena Ayuna jadi tunjang watak.

🦇🦇🦇

Jadi apa yg buat aku puas hati dengan kisah ni akhirnya?

Mula-mula sekali, aku PALING puas hati bila akhirnya Rihanna dengan Darius. Yes! Yes! Yes! 🎉🎊🎈🎆🎇

"Kenapa? Kenapa kau ada kat sini? Kenapa nak tenangkan aku?" — Rihanna

"Coz you're my soulmate?" — Darius

Dari awal lagi aku harap Rihanna pilih Darius. Kalaulah Rihanna dengan Addi, memang tak wujud 5* kat atas tu, kahkahkah.

Aku rasa tu jerlah kot yg buatkan aku puas hati sangat.😂 Pasal kisah cinta Ayuna-Syaqir tu langsung aku tak peduli. Even masa semua orang anggap Ayuna dah mati tu pun aku langsung tak kecewa dan sedih. Sorry, aku cuma pertahankan pasangan 'death couple' tu jer. Ayuna dengan Syaqir dia boleh gi main jauh-jauh.

Walaupun ini kisah percintaan manusia-puntianak(Demon)-bunian(Nian)-ahli sihir(Shaman) tak patuh syariah, tapi takpelah... Masa awal-awal tu jer aku tak boleh terima dengan jalan cerita buku ni sampai aku rasa nak gelak-gelak dalam masa yg sama campak buku ni ke dinding (eh eh ni over). Tapi lama-lama baca jadi seronok pulak.

Sekian, review jujur daripada aku.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
October 7, 2013
Ideanya fresh. Quite entertaining. Tapi... aku rasa kosong. Maaf!

**review panjang? Nanti-nanti haha

Full review: 07/10/2013

Memikirkan genre dark fantasy romance, hati sudah melompat-lompat gembira. Ya, kita jarang ada genre sebegini. Balik-balik kisah kahwin paksa, kahwin paksa... dan kahwin paksa *wink*

Rihanna dan Ayuna. Dua beradik kembar yang supernatural. Kedua-duanya lahir daripada penyatuan kaum Nian dan Demon. Seorang tercampak ke dunia manusia, yang seorang lagi dijaga rapi oleh kaum Shaman. Bila Rihanna hilang dan berubah menjadi Demon keseluruhannya, watak Ayuna mengambil tempat. Bunyinya menarik kan?

Ya, aku tak nafikan. Namun seiring pembacaan, graf kegembiraan aku jatuh sikit demi sikit. Mungkin faktornya adalah aku sendiri. Ya, aku kolot. Tapi itulah aku. Ada beberapa perkara yang aku rasa ianya diceritakan terlalu bebas dan kelihatan “tak ada apa-apa pun, ianya perkara biasa.”

Apa pun ya, aku masih enjoy membaca. Mungkin kerana karyanya yang unik walaupun ada pelbagai watak yang dilontarkan. Pembaca tak akan mudah keliru, sebaliknya akan rasa mahu lebih dan lebih lagi. Hingga mungkin tak sedar sudah hampir ke penamatnya.

Aku suka Ryuu dan Darius. Ryuu sang Nian yang gayanya seperti guardian angel. I’m melting! Darius si panglima Demon bermata tajam menikam. Setara aura kedua-duanya. Wah! Terasa aku mahu kedua-duanya sebagai kekasih gelap hikhikhik

Dan aku suka pace ceritanya. Laju. Tidak terlalu meleret dengan perkara yang tidak-tidak. Agak padat dengan kisah permainan Nian-Demon-Shaman-dunia bawah tanah. Menarik. Cuma aku kira ia masih boleh diperkemaskan. Pertarungan antara mereka misalnya, aku mahu aksi yang lebih hebat dan mendebarkan. Yang bisa buat jantung kau berlari kencang tanpa henti.

Akhirnya aku suka keserasian antara Rihanna-Ayuna. Begitu juga dengan pasangan Rihanna-Darius dan Ayuna-Shaqir. Titik keserasian yang tidak dibuat-buat. Aku jadi selesa. Tidak seperti Rihanna yang dipasangkan sebentar dengan Addi, ia nampak agak kekok. Tak begitu masuk dengan jiwa aku. Apa lagi dengan sebab mengapa mereka perlu dikahwinkan. Betul kata Dyh, perasaan teruja aku sebenarnya malap ketika adegan ini.

Ia genre yang agak serius sebenarnya tapi penulis menjadikan ianya ringan dengan menyelitkan unsur-unsur komedi dalam perbualan dan gaya bahasanya. Mungkin kerana sasarannya adalah golongan muda-mudi. Jadi rentaknya perlu kelihatan begitu dan aku tiada masalah nak menghadamnya.

Walau apa pun, tahniah atas kelahiran novel sulung ini. Mungkin untuk karya akan datang, boleh dipertimbangkan untuk menyelitkan info dan ilmu. Berhibur tak salah. Tapi lebih indah kan kalau karya kita punya isi untuk dimanfaatkan? Selamat menulis!

Oh, ya! Rasa dan tahap penerimaan kita semua berbeza-beza. Baca dulu. Kemudian buatlah penilaian anda sendiri. Jangan terpengaruh dengan rating yang diberi. Sebab tak semua suka makan belacan, ya tak? Eh! Hahaha :D
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
October 4, 2013
Review? Nanti2 ya. :-D

3/10/2013

Kau kekasih gelapku. Ceritanya tentang Rihanna yang bukan gadis sebarangan. Pada elok tubuhnya yang molek itu, di dalamnya ada kuasa yang tiada pada manusia biasa. Tersepit di antara cinta Addi dan Darius. Satu manusia dari dunia yang penuh dengan warna-warni. Satu pula datang menerjah dari dunia kegelapan. Memikirkan dia seorang gadis yang menjalani kehidupan biasa, Rihanna memilih Addi sebagai pasangan hidup. Namun segalanya musnah, tatkala dirinya diduakan.Kepercayaannya ranap. Lalu tanpa rela dia dibawa Darius jauh dari dunia manusia. Beberapa tahun kemudian, Ayuna yang persis wajah Rihanna muncul. Kemunculan gadis pasukan elit tentera itu menjadi buruan 5 jejaka. Masing-masing dari dunia yang berbeza. Rahsia apakah yang ada pada Ayuna akan terjawab di dalam Kau Kekasih gelapku.

Kata saya:

Ini sebuah kisah cinta yang biasa tetapi berjaya diluarbiasakan oleh penulis. Pertembungan banyak dunia, menjadikan cerita ini jadi menarik. Bagi peminat genre cinta yang ingin lari dari kebiasaan, Kau Kekasih Gelapku ini sangat disyorkan.

Plot-plot yang dibina penulis, berjaya membuatkan perasaan ingin tahu akan kesudahannya dengan cepat. Kehadiran watak-watak yang tersendiri. Walaupun wujud banyak watak, tetapi pembaca tidak mudah jadi keliru. Saya suka pada watak-watak yang klasik yang penulis wujudkan. Ibarat seperti menggunakan spaghetti tetapi cara masakan yang digunakan ialah cara Melayu. Unik dan ada rasa tersendiri. Tahniah buat penulis.

Cerita seronok tapi kenapa diberi 2* saja?

Saya akui ceritanya memang mengujakan. Namun, keterujaan saya seperti dicaras perlahan-lahan oleh beberapa situasi. Bukan salah penulisnya, tetapi sayalah sebagai pembaca yang mungkin tidak dapat membuka hati untuk menerima. Dengan itu maafkan saya.

Antara yang mengganggu pembacaan saya, adalah penyebab Rihanna dan Addi terpaksa berkahwin. Ampunkan saya andai saya kolot untuk menerima. Tetapi emosi saya jadi merundum bermula dari sini. Mungkin saya mengharapkan kau Kekasih Gelapku ini adalah cerita yang bukan ke arah komedi, jadi… sangkaan saya sedikit meleset. Kehadiran nama seperti Tan Sri Aizat Ho itu membuatkan elemen serius seperti dihambat pergi, sekalipun mukasuratnya telah beralih. Dan saya masih terasa kekomediannya.

Apapun ini cuma sekadar pandangan dari sisi seorang pembaca saja. Mana yang baik bolehlah diambil, mana yang buruk, biarkan saja ia di situ.

Apapun ini naskah yang masih baik untuk dibaca. Percayalah :)
Profile Image for Hajar.
284 reviews
December 1, 2013
2.5*

Idea yg fresh tapi ada kelompongan dalam penceritaan. Ulasan penuh? Tungguuuuu. :p

01-12-2013

Rihanna dan Ayuna, keduanya adik beradik kembar yang lahir hasil penyatuan Demon dan Nian. Keduanya dipisahkan semenjak lahir. Rihanna dibesarkan di dunia manusia manakala Ayuna pula dipelihara oleh puak Shaman. Kedua-duanya tidak mengenali antara satu sama lain sehinggalah kemunculan watak Ayuna setelah Rihanna menghilangkan diri.

Walaupun dibesarkan di dunia manusia, Rihanna sebenarnya punya kuasa luar biasa yang tidak dimiliki oleh manusia. Perkenalannya dengan Addi mula membuatnya tersepit antara perasaannya pada Addi dan Darius. Namun, sesuatu berlaku antara Rihanna dan Addi yang kemudiannya menyatukan mereka sebagai suami isteri. Saat hati mula menyayangi, Rihanna dikecewakan Addi. Waktu ini Darius datang membawa Rihanna kembali ke dunia gelap dan berhasil menghilangkan jejak Rihanna di dunia manusia dengan bantuan Ryuu.

Addi yang terasa bersalah kerana terpaksa mengecewakan Rihanna berusaha menjejaki Rihanna. Kemunculan Ayuna yang seiras Rihanna memang sentiasa diburu Addi untuk mendapatkan penjelasan. Malangnya Ayuna tidak mengenali Addi. Siapa sebenarnya Ayuna dan ke mana menghilangnya Rihanna?

Komen saya: Cerita yang bagus. Idea yang fresh. Gaya bahasa yang santai. Cuma saya agak terganggu dengan beberapa babak yang diceritakan agak 'bebas' dan tak molek dari sudut pandang kita sebagai orang timur (baca: Melayu). Saya akui saya masih konservatif. Tak boleh terima jika adegan sebegitu dipaparkan dengan bersahaja. Tapi, lain orang lain rasanya kan? Ehem. Sebenarnya cerita ini bukan bertumpu kisah cinta Rihanna-Addi-Darius dan kisah cinta Ayuna-Shaqir saja, ramai watak sampingan lain yang menjadi penyeri dan pelengkap kisah ini. Satu demi satu persoalan bakal terjawab selepas kemunculan Ayuna. Segala persoalan berkaitan apa yang terjadi kepada Rihanna dan Ayuna juga terjawab di penghujung cerita. Memang pantas dan tak meleret walaupun sebenarnya banyak yang boleh diperbaiki untuk mengisi 'kelompongan' dalam penceritaannya. Tahniah buat penulis atas keberaniannya meneroka genre sebegini. Semoga dikurniakan lebih banyak ilham untuk melakarkan kisah-kisah yang lain pula. :)
2 reviews
October 4, 2013
saya antara peminat novel misteri & fantasi. Sangat excited menunggu novel ni diterbitkan. saya habiskan membaca novel ni dalam satu hari dan banyak skip. bila baca dekat blog, saya mengharapkan sesuatu yang lebih.. actually cerita dia ok.. tapi saya lebih mengharapkan lebih banyak kisah pasal Rihana & Darius.. bukan kembar dia tu.. hurmm.. banyak elemen lawak yang rasanya mencacatkan keterujaan membaca. ada beberapa part yg rasanya hurmmm.. tak sesuai.

Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
August 18, 2014
Ternampak novel ni lama dulu. Masa aku beli novel Potret Dua Wajah. Balik, terus cari review. Tapi tak banyak. Cuma ada rating yang pada aku agak baik.

Jadi, Sabtu lepas aku teringat nak cari novel ni. Dapat, terus baca. Dan malam tadi selesai.

4 bintang untuk naskah yang memang kena dengan jiwa raga aku.Aku suka dialognya. Bersahaja. Naskah serius tak perlu dialog yang serius. Akan jadi bosan. Pada akulah. Lepas tu, bahasa yang Sera guna pun simple dan sangat mudah dihadam.

Jujurnya, aku tertarik dengan Darius lebih dari Ryuu, Shaqir dan Addi. Darius ada aura yang lain macam sangat. Hahaha! Dingin dalam sayang dia, buat cair jerlah! Vampire Malaysia gitu!

Ryuu, macam abang. Menjaga tiap saat. :)
Shaqir, kekasih setia. Aku suka.
Dan Addi, mangsa keadaan. Kesian dia.

Rihanna dan Ayuna, aku puji sang penulis. Mampu cipta sesuatu yang jarang-jarang aku jumpa dalam novel melayu. Lari dari tema cinta yang kebiasaan kita baca.

Nak request boleh? Buatlah sambungan! Cerita pasal Kea dan hidup Rihanna-Darius dan Ayuna-Shaqir lepas kahwin. Dapat anak ke apa ke.

Tahniah!






Profile Image for Yuezzie Anna.
12 reviews
October 19, 2013
My very first time baca novel melayu dlm genre ni & saya SUKA! Percintaan luar alam sungguh. Saya kagum bagaimana penulis mampu mencantumkan watak & jalan cerita ni sehingga akhirnya semua watak berhubung-kait antara satu sama lain. Saya suka perasaan 'wondering' @ tertanya2 yg dtg semasa dlm pembacaan. Bertambah suka bila yg kita teka tu benar! Hehehe.. Thumbs up for the characters, thumbs up for the scene/location/background & thumbs up for the love between families, friends & foes/love-hate relationship. Not forgetting the conflicts that made the story more alive. I've always think of this book as a movie. To me it's way more relevant that way. Kudos to the writer!
Profile Image for Siti Mahirah.
1 review
December 23, 2013
salam,
nilah novel malay genre dark romance fantasy pertama yang sya baca,
Memang excited la tengok genre tuu sbb memang makanan sya, haha
Citer ni best and tahniah kak que sera sera ~
Terima kasih kerana telah membuat this wonderful book, haha
Sya sangat suka couple hanna n darius ~
Citer juga mengisah dunia ghaib yang kita tahu tp kenyataannya berbeza dengan yang kita tahu, huhu,
Nian,demon,shaman, underworld hahaa
saya memang rekomen novel kau kekasih gelapku dengan semua peminat dark fantasy romance n semua pembaca novel, :-)


Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
March 29, 2016
Best..
Macam baca novel omputih..
Seronoklah sebab baca sesuatu yang lain dari biasa..
Walaupun ceritanya cam laju menderu tapi senang faham..
Kalau kuat semangat, bacalah ye..
Sebab ade Cik Ponti sebagai watak utama..
Pemilihan nama watak pun sangat cantik pada saya..
Jalan cerita di olah dengan sangat berkesan dan misteri..
Paling best bila menggunakan perempuan sebagai watak utama..
Cuma nasihat saya bacalah sekadar bacaan dan tauladan..
Jangan terpengaruh dan bercita-cita pelik pula lepas baca..
Tajuk pun dah suspen..
Cuma kulit buku dia feminin giler... hehehe..
Macam x kena lak dengan novel dia..
26 reviews1 follower
October 27, 2014
Tahniah Que Sera Sera...

Buku nie cukup merasukkan kami (saya & the geng)
bole siap mimpi masuk dlm nian jumpa Darius dan Hana lagi
bukan saya seorg yg bermimpi kwn2 saya kata mereke pun mimpi
Darius sama... kahkahkah.... cukup la saya katakan buku ni
memang merasuk kami..


Enjoy reading this book and good job keep it up
next nak terjah Hatiku Dicuri Lanun pulak...
Profile Image for Saidahtul Nadiah.
3 reviews1 follower
December 28, 2013
membaca buku ini seperti berada di dalam pertarungan yang sebenar. Buku ini sangat2 sesuai bagi sesiapa yang bosan dengan kisah cinta biasa. ini kisah dunia 'gelap'. love it .!
Profile Image for Jessica.
171 reviews
April 11, 2014
First time baca fantasi Novel.
First baca memang dah set dalam kepala tak masuk akal. Dah nama pun fantasi kan.
And I like it, babe! serius!
Rasa susah nak berhenti baca. Baca& terus baca,.. yeah!!
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
February 20, 2015
sekali sekala layan genre dark fantasy romance ni best gak ..ringan je kepala hehehe
Profile Image for Aylahusna Aily.
72 reviews16 followers
December 24, 2014
Kau Kekasih Gelapku kisah dark fantasy romance yang menonjolkan kisah cinta bersegi-segi antara dua dunia berbeza. Addi+ Rihanna + Darius & Ayuna + Shaqir. Rihanna dan Ayuna. Dua beradik kembar yang supernatural. Kedua-duanya lahir daripada penyatuan kaum Nian dan Demon. Seorang tercampak ke dunia manusia, yang seorang lagi dijaga rapi oleh kaum Shaman.

Rihanna berkahwin dengan Addi kerana mereka terlanjur. Tanpa mereka ketahui semua yang berlaku sebenarnya telah dirancang. Darius membawa Rihanna ke duani gelap selepas Rihanna dikhianati oleh Addi. Ryuu hilangkan ingatan Rihanna. Kemudian Kea, ank Rihanna dan Addi diberi kepada Addi utk dibesarkan tanpa mengetahui dunia gelap. Kehilangan Rihanna, muncul pula watak Ayuna.

Ayuna pula berkawan rapat dengan Shaqir. Shaqir tu dah lama ada hati kat Ayuna. Ayuna diamanahkan untuk melaksanakan tanggjungjawab Rihanna. Hmm... mesti semua tertanya2 mana Rihanna kan? Hah, baca sendiri.

Overall, cerita ni seronok. Enjoy. Adventures. Dan suspens! Bahasa yg Que Sera Sera guna sangat santai. Saya suka gaya bahasa dia. Olahan plot yg suspens buat saya asyik nak baca je. Nak tahu apa jadi dkt Rihanna. So far, tak rugi beli dan tak rugi baca. Ini adalah novel fantasi ke-2 yg pernah saya baca.
23 reviews3 followers
December 20, 2013
Baru saja tamatkan novel ni semalam. Ini pertama kali hamba baca novel yang lari dari novel-novel yang ada dipasaran sekarang. 1 markah untuk penulis kerana berani hasilkan karya begini. Idea yang digarapkan memang terbaik.

Tapi, ya, ada tapinya. Ada satu yang hamba rasa kurang dengan karya ni, iaitu dialog yang digunakan. Bagi hamba cerita ni cerita yang serius, jadi setiap dialog yang dituturkan mestilah serius dan kalau penulis ingin selitkan humor mesti kena pada tempatnya. Mungkin penulis kena mengkaji lagi penggunaan dialog supaya sesuai dengan latar cerita dan perwatakan. Itu saja. Yang lain saya suka!

Kepada penulis, teruskan menulis. Saya nantikan karya seterusnya!
Profile Image for Mazz.
74 reviews1 follower
September 20, 2014
Genre kesukaan saya dan antara penerbit kegemaran saya :)

Saya salute usaha penulis dalam genre paranormal romance. It's a great read and one that I have read a few times over just to see if I have missed anything.
Profile Image for Massuri Rani.
15 reviews48 followers
May 15, 2015
Dah berbulan baca br nk review heheee...
First time baca buku genre dark romance fantasy x sangka yg sye akn jatuh cinta nga genre ni..best sesuatu yg lain dari biasa pd mulanya lgsg x ska buku ni genre mcm ni.. mula cr buku nir setelah baca bab 2 awal kt blog que sera lps tu trs cari n x sabar nk baca..

Baca buku nie buat saya mengembara ke dunia lain ke alam ghaib makhluk halus dan bunian...saya memang tabik kat penulis yang mampu menghasilkan buku fantasi sebegini..plot twist yg dihasilkan mmg menarik lgsg sye x jka smp sye pun trtipu nga permainan penulis... that's why I give 5star 4 u que sera lps nie sye akn trs follow citer u kat blog...
Profile Image for Dkhadyza.
22 reviews
August 14, 2016
Hmm dark fantasy romance..mula2 mcm tak suke je sebab asyik baca review org atas sebab tertentu or maybe bosan dgn genre novel nowdays yg bnyk bertemakan cinta org kaya n org bawahan mcm bosan kan..so try baca ni best giler hehe mcm berada dlm dunia dorg la pla..nak tahu kisahmya ko bacala bah senang..for me citer dia mmg terbaikla suke genre mcm ni but sayang penulis mcm ni tak bnyk di pasaran malaysia..so for the writer nanti jgn lupa buat lagi citer mcm ni k..mcm best la pla
Profile Image for Dewisinta Mokhtar.
8 reviews
February 8, 2022
Its my first time, baca buku bergenre begini. Dark - fantasy - romance. Suku pertama cerita, quite excited dan juga pelik dengan jalan cerita yang sangat baru bagi saya. Watak Demon, Nian (read as bunian), later part muncul pula watak Shaman (ahli sihir / pawang), kahwin campur sesama mereka lepas tu dapat anak hibrid between those, totally illogical to me. Rasa lebih tak logik bila watak bunian (dalam kepala dah terbayang Orlando Bloom si Elf) bercakap bahasa rojak BM dan BI. Jadi untuk saya yang sebelum ini menghadam novel-novel RAM, Ahmad Patria, Zehan Ur Rakhie (those yang menitik beratkan naratif yang sangat tersusun dan dialog antara watak yang sedap menjadi halwa telinga), pengalaman membaca buku Que Sera Sera sangat baru. A bit refreshing, but not all the way.
Fun reading, but I took 3 weeks to finish reading.
Profile Image for Al.
82 reviews1 follower
January 7, 2021
Masa tengok ada yg bagi rating 2 stars, aku dah cuak, buku dah beli tak kan cite tak best kot.

Cite ni cite dark fantasy. Nama pun fantasy so jangan la guna akal logik sangat bila baca buku ni. Dah lama tak baca genre macam ni. Dan aku suka sangatttt. Awesome gais

Bila baca darius ni boleh terbang lesap begitu sahaja dan hitam terus aku teringat kat dementors harry potter haha comel je darius menyorok dlm tanah

Harap sangat penulis buat lagi buku genre dark fantasy ni lagi.

Di ingatkan sekali lagi, bila baca buku ni jangan guna akal logik. Bila guna akal logik memang kau tak akan enjoy baca buku ni.

Ni buku kedua aku baca selepas assistant tuan menteri. Lepas ni nak baca buku yang lain pula.
39 reviews4 followers
November 3, 2020
BEST....First time aku baca cerita yang tak terjangkau fikiran...dark romance
Pertama kali tengok tajuk....aku ingat kisah main kayu tiga kat belakang...kekasih simpanan....tersasar pikiran bila baca sinopsis...buatkan aku mula membaca....well aku sukakan cerita fantasi macam nie....sesekali keluar dari genre biasa....aku x tahu macam mane penulis boleh dapat idea....aku salute...dah mcm tengok cerita fantasi filem2 Inggeris...love it
7 reviews
October 22, 2025
Aku baca buku ni time zaman remaja. Buku ni memang fantasi dia wow sikit ya. Terkejut, ter apa entah mmg macam2 boleh jadi dalam buku ni. Kalau suka berimaginasi dengan dunia fantasi dan khayalan ini boleh lah untuk baca release stresa. Jadi, aku suka juga buku ni.
2 reviews
June 6, 2017
Love ❤️ this book. Memang lain Dari yg lain "DARK & MYSTERIOUS" gitu... Darius yg cool & stonic character memang memukau & sepadan dgn Rihanna yg ala2x lady crof. Hopefully ada continuation ya sis 🙏🙏🙏🙏

So for those yg suka vampire dairies, twilight & seangkatan dgn nya you should try reading this book.
1 review
April 28, 2016
First time baca buku mcm ni..n best sgt citer dia... Tajuk mula2 mcm tak best ingat citer cinta biasa...tapi bila dah baca ... WOW.... Dah lebih 5 kali baca novel ni... Tahniah que sera sera...
Displaying 1 - 26 of 26 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.