Tujuh penulis bergabung melakarkan 15 cerita di dalam naskhah yang sama. Kisah yang tercoret tak akan pernah ada penyudahnya di tangan seorang penulis. Naskhah indah ini sebagai bukti kebenarannya.
HANI FAZUHA – Cerita cinta penuh syahdu hero dan heroin yang pernah dilakarkan sebelum ini disambung kembali.
FARAH HUSAIN - Dunia penuh bahagia Amzar si Random Guy dilanjutkan kisahnya sebagai hadiah terindah untuk dihayati.
SYAH SHAH – Kisah Daus, si penggoda Awek pisang goreng akan membuatkan kita terasa bahagia ada di mana-mana.
SARNIA YAHYA - Cinta dan cemburu si duda hot, Iskandar dan Tengku Ritzlan mampu mencipta senyuman di bibir tanpa perlu mendengar cerita jenaka.
ANNA LEE - Cerita seorang Nuha, si Gadis Caspian yang mencuba nasib menawarkan diri untuk menjadi calon isteri kepada jejakakesepian dilakarkan penuh dramatik.
QUE SERA SERA – Romeo dan Juliet dalam versi yang berbeza, si gemuk dengan gelaran Mr Panda bertukar menjadi si kacak yang memikat.
EMY ROBERTO – Shazan Shahira yang degil, yang menolak Raimie sebagai suami akhirnya akur yang dia sebenarnya tersilap langkah.
Dia Random Guy 2 - sambungan cerita Alina-Amzar melayari rumahtangga yang manisnya terlebih dos. perkahwinan mereka telah bertahan selama 10 tahun dan bahagia dikurniakan 5 orang cahayamata
Awek Pisang Goreng 2 - cerita Husna-Daus yang cuba menyesuaikan diri dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri dan bertolak ansur dalam kesebukan kerja mencari rezeki halal. Cerita mereka belum diteroka, InShaAllah Cik Pah akan cuba intai kisah mereka
Bukan Kerana Kebetulan Cerita sedih dari Hani Fazuha berkenaan perkahwinan yang diatur keluarga dan kemelut rumahtangga berlaku apabila pengantin lelaki mengetahui kekurangan pengantin perempuan yang bukan lagi perawan.
Pergi Tanpa Alasan 2 Ohh Rihanna-Hakim tak pergi kemana-mana. Jangan risau, mereka bahagia bersama baby Arissa walaupun Nelly cuba mencucuk jarum ibu Hakim. Isu balik kampung siapa untuk beraya diketengahkan.
Maaf Tak Indah 2 kali baca di blog dan ini kali ke-3 tetap mengharu birukan perasaan Cik Pah. Kejam. Sedih. Insaf. Kisah yang penuh pengajaran untuk kita hargai anugerah Allah, anak, suami, isteri. 5* untuk kisah ini.
Dekat Padamu 2 Iskandar masih dengan watak sengal dan merenyam dengan isteri bongsu terchenta dia, Syafika. Mereka bahagia setelah 5 tahun melayari rumahtangga apatah lagi dikurniakan 3 cahayamata. Isu meluangkan masa suami isteri diketengahkan setelah anak-anak membesar. Ada kematian dalam cerita pendek ini. Siapa? Ada-ada saja Sarnia Yahya mematikan watak yang tak pernah wujud :)
Harga Sebuah Cinta 2 Fea-Zhafir bahagia apatah lagi Fea disahkan mengandung. Kisah mereka mengingatkan kita supaya menghargai pasangan selagi mereka masih ada. Jangan ikut sangat kata hati yang mengada merajuk kelak membawa padah.
Rahsia Kita Shuuu, jangan bagitau. biar terus jadi rahsia kita. Siapa yang baca je tahu ;)
Dia Selamanya Bayangkan jika anda menghadiri majlis kenduri kahwin kenalan dan didapati pengantin lelakinya adalah kekasih hati yang pernah melamar anda. Eyma, penulis novel terpaku. Saat mata memandang Ammar disebelah pasangannya yang cantik berkebaya, terimbas kembali kisah percintaan dia dengan pengantin lelaki yang segak berpakaian putih. Eyma berputih mata selepas menolak lamaran lelaki dambaan dia 3 tahun lalu disebabkan satu insiden. Disangkanya Ammar sabar menunggu dia tapiii ada kejutan untuk Eyma dan pembaca. Bijak2x
Pujuk Hati Dia 2 Sayang berlebihan ? cemburu berlebihan ? Ambil kesempatan berlebihan? Berlembut berlebihan? Nampak macam kena buli je Ain dengan suami dia Tengku Ritzlan.
Romeo vs Juliet Tajuknya pun dah boleh diagak bagaimana ceritanya. Persahabatan Fina dan Izz Si Gemuk terhalang kerana perangai gengster abang masing-masing yang bermusuhan kerana berebut Jelita. Mereka dipisahkan apabila rahsia mereka berkawan baik dihidu. Tetapi takdir telah menemukan kembali mereka di Surrey dan ditakdirkan juga menjadi housemate. Wow Si Gemuk dah bertukar jadi si kacak sampai Fina tak dapat mengecam semasa diawal perkenalan. Satu berita buruk dikampung telah menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Sampai masa untuk pulang ke tanahair, adakah nasib baik menyebelahi mereka? . Soalan ini ditujukan kepada penulis. Ala QSS, apa pengakhiran Fina & Mr Panda ni. Aduyai. Seperti nasib Romeo & Juliet ker?
Semerah Warna Senja Kisah nikah senyap-senyap di usia muda dan perkahwinan itu adalah untuk mencabar ibu Arif, Puan Sri yang sombong. Cabaran yang Riana terpaksa tanggung, 4 tahun Arif menyepi tanpa khabar angkara fitnah sebelum mereka menemui titik bahagia.
Tetap Sempurna Serius sedih , cerpen dari Emy Roberto. Mak ayah meninggal, menjadi janda di usia muda ketika bayi baru 5 bulan dan paling besar dugaan pabila Akma tidak lagi sempurna menjadi wanita, endometrial cancer stage 1.
Tanpa Dirimu Erk macam tak faham sikit jalinan ceritanya. 6 bulan yang lalu Zhariz minta Yatie lupakan dia. Ada fitnah yang menular dikampung tentang diri Yatie sehingga membuat ayah murung dan meninggal dunia. Pastu Zhariz pujuk nak kembali juga dengan cerita yang bukan-bukan tentang dia. Tak faham. Sapa yang buat fitnah 6 bulan yang lepas? Senangnya hidup orang yang buat fitnah dilepaskan begitu saja. Ada sesiapa yang boleh buat pencerahan tentang cerita ini?
Isteri Soleh Suami Solehah Dua tiga kali juga belek tajuk. Ooo bila dah sampai part kena mengena tajuk, gelak tergolek rasanya ngeh3x. Kelakar pada 1/3 cerita dan dah sampai pertengahan sehingga akhir macam hilang konsentrasi disebabkan beberapa kali disuakan dengan adegan fitrah suami isteri.
Buku ini penutup kepada cabaran 100 buku untuk tahun 2013. Alhamdulillah. Tercapai juga target. Secara jujurnya ada beberapa cerpen yang Cik Pah suka kerana nilai pengajarannya dan ada yang ok-ok sahaja. Secara jujur juga Cik Pah kurang berkenan bila hampir separuh cerpen diselit fitrah suami isteri. Kalau ada pembaca tak setuju dengan Cik Pah sila turunkan tangan :)
Macam makan aiskrim Pralines 'n Cream. Manis menyengat! Lepas makan kena ambil air kosong dengan kadar segera *wink*
Full review: 24/02/2014
Cerita-cerita pendek yang ekslusif terbitan IKP. Edisi terhad katanya. Terima kasih Mai yang sudi belikan sebuah untukku *wink*
Tapi ambil masa juga untuk aku habiskan. Aduh! Kurangnya fokus bila aku tau kisahnya pendek-pendek.
Yang aku suka:-
Maaf Tak Indah – Emy Roberto Kalau ada part ibu-anak gini, hati memang cepat saja tersentuh. Terharu. Kebetulan baru lepas tonton filem Tamil; Priyasakhi. Kagumnya aku pada kesabaran sang suami menghadapi si isteri yang tak cukup dewasa ini. Tapi, hati ibu. Walaupun seteruk mana, kasih ibu masih tiada gantinya. Dan benarlah kata pujangga, kemaafan itu adalah dendam yang terindah.
Rahsia Kita – Anna Lee Interesting. Teringat satu drama Melayu dulu, lupa dah tajuknya. Hati-hati ya kaum Hawa sekalian. Cinta sehebat mana pun, jagalah dirimu sebaik-baiknya. Hidup kita tak macam novel yang selalunya punya ending manis. Tapi langit juga tak akan sentiasa mendung, tiap kali terjatuh jangan lupa untuk bangkit kembali.
Tetap Sempurna – Emy Roberto Ending tergantung [?]. Tapi aku suka pula hahaha Mungkin kerana ketabahan heroinnya. Walau ada perasaan tak puas hati pada si lelakinya. Eee... mudahnya jadi lelaki ya? Ok, terlebih emo di sini :P
Isteri Soleh Suami Solehah – Syah Shah Cerpen terakhir dalam novel tapi cerpen pertama yang aku baca & aku suka. Mula-mula baca tu aku gagal nak meneka siapa perempuan dan siapa lelaki tapi tajuknya sudah bagi hint *wink* Cuma kisah Fawwaz tu memang begitu sajakah? Wataknya sangat ‘hidup’, teringat si Syafiq dalam JIMK. Kot ada sambungan, aku nak kisah si Fawwaz tu [Amboiii! hahaha :P]
Keseluruhannya, memang manis. Tak percaya? Sila baca dan rasa kemanisannya itu sendiri. Dan sedikit ingatan, kisah manis sebegini bukan untuk bacaan umum.
Ps: Orang bercuti, ha memang ginilah. Baca novel sambil layan TV. Hikmah dalam keuzuran, ada banyak waktu senggang. Alhamdulillah :D
1. Dia...Random Guy 2 - Farah Husain 2* I loved DRG the novel. But this one...hmm, sorry, felt nothing. Rasa macam minum air gula tanpa perisa. And the ending, understand the reason tapi macam tak sesuai jer dengan budaya kita. Depan budak-budak tu...not a very good example...maybe.
2. Awek Pisang Goreng 2 - Syah Shah 3* Novelnya masih tak terbaca walaupun dah lama kat atas rak tu. Konflik pengantin baru yang kena selalu berpisah kerana kerja si suami. Comel...even if a bit 'over the pagar'...hehe
3. Bukan Kerana Kebetulan - Hani Fazuha 2* Too rushed sampai saya tak rasa apa-apa. Seolah-olah plot novel yang sangat tebal, tapi masih di peringkat jalan cerita tanpa perkembangan.
4. Pergi Tanpa Alasan 2 - Hani Fazuha 2.5* Hmm...still very much a loving couple. Tapi tu la...bila orang cantik takut tak cantik lepas bersalin, takut suami lari. Kata cinta...takkan setakat luaran jer kot (haha...pandangan dari orang biasa2 yang jealous kot).
5. Maaf Tak Indah - Emy Roberto 2.5* Karya pertama Emy Roberto yang saya baca. Walaupun ramai yang puji novel2 dia sangat best, belum terbuka hati lagi nak baca. Mula-mula baca, memang terasa nak lempang jer si Syazan tu. Mengada dan gedik tu satu hal la kan. But...'relationship' tanpa sikit pun rasa sayang? Asalkan semua keinginannya dipenuhi? Oh my! In my mind, terus terbayang 'sesuatu'. Tapi lepas dia menyesal tu, ohh, okay, might be the mengada and gedik tu have to be stressed sebagai alasan tindakan melampau Syazan. Well, dah start rasa excited. Part husband dia marah pun okay lagi. Tapi kalau dah sampai lebih percayakan Tijah si orang gaji yang mengada dan tak nak langsung dengar aduan isteri, hmm...dah down balik. Kata sayang sangat, sampai dulu boleh jer tahan dengan perangai manja teramat dan mengada Syazan. Tapi lepas tu macam tak pernah ada rasa sayang langsung. Still...penggunaan bahasa dan olahan yang bagus. Might try the novels later on.
6. Dekat Padamu 2 - Sarnia Yahya 3* Tak pernah baca novel ni. Tapi karya Sarnia Yahya ni seakan-akan diberi minuman sejuk yang menenangkan selepas 'pelbagai rasa' yang sebelumnya. Macam comel jer. Nak cari la novel ni? Agak-agak ada tak dalam list yang di'offer' mph? Hehehe...
7. Harga Sebuah Cinta 2 - Hani Fazuha 1* Gila mengada si Fea tu. Kot ye pun pregnant....
8. Rahsia Kita - Anna Lee 1* I'm conservative. Kolot. Whatever. But I can't accept romanticized sins.
9. Dia...Selamanya - Farah Husain 1* Sorry. Saya rasa Eyma terlalu tak matang. Macam tak serik-serik dan took Ammar's love for granted. Dah kita yang sanggup lari dan tinggal orang tu sampai tiga tahun atas alasan tak bersedia, kenapa nak sedih-sedih pulak kalau dia kahwin dengan orang lain yang sedia terima dia dan jadi isterinya?
10. Pujuk Hati Dia 2 - Sarnia Yahya 3.5* Comel. Bila perasaan cemburu Tengku Ritzlan melebihi pertimbangannya. Dan watak Tengku Ellyna dan Tengku Rafie sentiasa mencuri perhatian.
11. Romeo vs Juliet - Que Sera Sera 3* Ada novel penuh ke?
12. Semerah Warna Senja - Hani Fazuha 2.5* Mungkin sebab ini cuma kisah pendek, jadi rasa tu tak sampai sepenuhnya. Kalau full novel, macam menarik juga.
13. Tetap Sempurna - Emy Roberto 2.75* Menarik juga. Bukan kisah klise. Tapi saya dok terfikir, dah si Khaleel tu sanggup ceraikan isteri yang baru jer lima bulan lahirkan anak dia sebab gila bercinta dengan Intan, kenapa lepas 4 tahun baru nak bertunang? Kenapa tak kahwin terus???
14. Tanpa Dirimu - Hani Fazuha 2* Same feel as no. 12 above.
15. Isteri Soleh Suami Solehah - Syah Shah 4* Dalam banyak-banyak cerita, ini yang paling menarik perhatian saya. Haha. Mula-mula tu sekadar belek-belek jer (dah tabiat tu suka baca belakang, memang tak boleh control!), eh..eh..macam best. Terus baca dari mula. Walaupun saya dah tahu mana Fai mana Din, tajuk pun terang2 bagitau kan...tapi, memang tetap juga dapat feel 'yang sebaliknya' tu. Hebat. Dan cerita ni berjaya buat saya sanggup berjaga untuk bacanya sampai habis (sebab belek2 tu dah nak tidur sebenarnya...hehe).
15 cerita pendek dari 7 penulis di bawah bumbung IKP. Pelbagai rasa, pelbagai cerita, dengan gaya masing-masing. All in all, for me, quite interesting but not there.
Mai, terima kasih banyak-banyak sebab sudi pinjamkan ye (betul la kata Mai). Dah la siap kena pos lagi. Nanti-nanti, boleh pinjam buku lain pulak ye..hehe ;)
Akhirnya berjaya juga menamatkan kisah ini,lama juga rasanya baca macam tak baca je boleh pula diselang-selikan dengan buku lain atas alasan inikan cerpen jadi satu persatu pada satu-satu masa. Ada kisah yang sangaaaat menarik dan terkesan dihati ada pula yang biasa-biasa, ada kisah yang mampu merubah persepsi tentang penulis.Secara keseluruhan ia boleh dikatakan okey dan menghiburkan.
Kisah Dari Hati merupakan gabungan cerita pendek daripada penulis dan bakal penulis Idea Kreatif Publisher. Terdapat 7 penulis yang ‘meluahkan’ rasa mereka dengan gaya masing-masing.
Farah Husain. 1.Dia Random Guy 2. Ini merupakan sequel dari novel penulis yang terdahulu. Masih berkisar tentang Alina dan Amzar. Tiada konflik lebih-lebih. Cuma, diceritakan kehidupan pasangan ini setelah memiliki cahaya mata. P/s: perbualan Amz dan Mimi berjaya buat saya tersenyum panjang. Sweetness overdose. Memang patut Hajar nak tongak air. Hahahaha.
2.Dia… Selamanya. Cerita ini pernah saya baca di dalam antologi cerpen Tentang Cinta. Bertajuk P/s: Suka Awak Juga. Untuk edisi di dalam kompilasi Kisah Dari Hati, penulis telah panjangkan lagi cerita tentang Eyma-Ammar Izwan ini. Walau cerita ini tak sweetness overdose, tapi saya suka. Agaknya sebab ‘dah kenal’ dengan Eyma dan Ammar kut. Rasa seperti berjumpa kawan lama semula. Dan kami bercerita tentang kehidupan. Hahaha P/s: Syukur endingnya manis :p
Syah Syah. 1.Awek Pisang Goreng. Ini cerita tentang kehidupan rumahtangga Husna dan Daus. Konflik hanya pada rasa hati masing-masing. Saya tak berapa nak faham sangat jalan cerita ni. Mungkin kena baca novelnya yang bakal keluar nanti, barulah faham.
2.Isteri Soleh, Suami Solehah. Kisah tentang Fai dan Din yang diperangkap oleh adik fai, iaitu Fawwaz. Akhirnya kedua mereka terpaksa bernikah. Fai jejaka yang santun. Din, gadis tomboy. Banyak adegan lucu. Dan banyakkk adegan manis bergulanya. Hahahaha. Khabarnya, cerita ini juga bakal menjadi sebuah novel. Ramai kut yang menunggu. Apapun tahniah kepada penulisnya. Plotnya memang menarik walaupun klise.
Hani Fazuha. 1.Bukan Kerana Kebetulan. Azrul-Aisya. Kisah di mana Azrul dan Aisya…err… di-paksa-kahwin? Rasanyalah. Konflik berlaku setelah, Aisya memberitahu dia bukan lagi gadis suci kepada suaminya, Azrul.
2.Pergi Tanpa Alasan. Hakim-Rihanna. Ini merupaka sequel kepada novel Pergi Tanpa Alasan sebelum ini. Masih lagi bercerita tentang kemanisan hubungan pasangan suami isteri ini. Konflik tidaklah berat. Hanya… iyalah. Cerita orang-orang selepas kahwin. Adalah rasa kekurangannya. Itu perasaan Rihanna selepaskan melahirkan bayi.
3.Harga Sebuah Cinta 2. Fea-Zhafir. Masih berkisar tentang alam rumahtangga. Konflik cerita bermula sejak Zhafir ditimpa kemalangan sewaktu membeli sesuatu untuk isteri yang tengah mengidam. Ini juga merupakan sekuel untuk novel Hani Fazuha yang sebelum ini. Rasanya dengan Alaf 21. Saya belum pernah membacanya juga . Sejujurnya, novel Hani Fazuha hanya Pergi Tanpa Alasan saja yang pernah dibaca.
4.Semerah Warna Senja. Arif Zafuan dan Ayuriana. Mereka pernah bersama suatu waktu dulu. Tetapi terpisah angkara ibu sendiri. Menabur fitnah pada si menantu. Riana bawa diri. Lalu mereka bertemu lagi.
5.Tanpa Dirimu. Kisah tentang Yatie dan Zharif. Lucu juga bila ada nama-nama yang saya pernah ternampak di dinding Facebook Idea Kreatif. Hihihi. Apapun cerita ini ada gaya yang tersendiri.
1.Emy Roberto. Maaf Tak Indah. Kisah mengenai Syazan yang hendak diahwinkan dengan Raimie, kenalan anak keluarganya. Ini juga kisah… saya kira kahwin paksa juga. Konflik bermula selepas keduanya mendirikan rumahtangga. Syazan yang masih belum bersedia untuk bergelar ibu. Ada sesuatu yang Syazan lakukan, sehingga mencabar sifat suami Raimie. Sejak itu Syazan dan Raimie bukan lagi pasangan romantis.
2.Tetap Sempurna. Kisah mengenai Akma ibu beranak satu yang pernah ditinggalkan suaminya, Khaleel. Kembali semula ke Malaysia. Takdir Akma masih untuk Khaleel walau lama tidak bertemu. Nelly jadi pengikat kasih.
Sarnia Yahya. 1.Dekat Padamu. Rasanya ini pun sekuel juga, dari novel sebelum ini. Saya masih belum membacanya. Ceritanya tentang kehidupan rumahtangga di antara Shafiqa dan Iskandar setelah beranak-pinak. Benarlah, rumahtangga itu perlu dijaga sepanjang waktu. Tidak akan pernah ada istilah, berehat di dalam memperjuangkan rumah tangga.
2.Pujuk Hati Dia 2. Ini juga sekuel. Dan, saya belum lagi membaca novel asalnya. Kisah tentang Tengku Riztlan dan Ain. Masih lagi tentang perkahwinan. Tentang pelayaran suami isteri ini di dalam mengemudikan bahtera mereka.
Anna Lee. Rahsia Kita. Ceritanya tentang Nuha yang terbaca iklan mencari jodoh oleh Jejaka Kesunyian a.k.a Amri. Dari situ Nuha menawarkan diri untuk menjadi isteri kepada Amri. Cerita ini pada mulanya kedengaran seperti lucu… tetapi pada saya, inilah cerita yang paling sedih di dalam Kisah Dari Hati. Sesuatu yang Nuha sembunyikan. Kasihan pada Amri. Mujur juga Amri itu baik orangnya.
Que Sera Sera. Romeo vs Juliet. Kisah zaman kecil Fina dan Izz a.k.a Mr. Panda. Keduanya berkawan baik, walaupun abang masing-masing saling bermusuhan. Terpisah seketika dan bertemu semula setelah masing-masing dewasa. Bertemu di negara yang asing buat Fina menerima izz sebagai suami. Berkahwin taanpa pengetahuan abang masing-masing. Di hujung cerita, ternyata bakal ada sambungan untuk cerita ini. Makanya, kita nantikanlah Fina dan Izz di dalam versi novel. Dapatkah kedua mereka memulihkan kembali hubungan dingin di antara abang masing-masing?
Kesimpulannya… ini adalah cerita tentang perkahwinan. Dan, saya ni memang jenis-yang-kurang-gemar-dengan-cerita-hero dan heroin yang terikat dengan perkahwinan. Dan selalunya cerita rumahtangga ini manis-manis belaka. Saya ada glucose allergic :p Apapun Kisah Dari Hati ini berbaloi juga untuk dimiliki. Silalah dapatkan naskah ini sebelum kehabisan stok. Khabarnya edisi terhad.Hanya melalui online saja.
Kisah Dari Hati terdiri daripada 15 cerita-cerita pendek hasil gabungan 7 orang penulis. Kebanyakan kisah dalam ini adalah lanjutan daripada kisah-kisah yang pernah dilakarkan penulis dalam novel-novel mereka yang pernah dan bakal diterbitkan. Antaranya Dia Random Guy(Farah Husain), Pergi Tanpa Alasan dan Harga Sebuah Cinta (Hani Fazuha), Dekat Padamu dan Pujuk Hati Dia (Sarnia Yahya), Romeo Vs Juliet (Que Sera Sera) serta Awek Pisang Goreng (Syah Shah). Oh, satu lagi buku ini adalah edisi terhad. Belian hanya secara online kerana cetakannya terhad. Maka, cepat-cepatlah dapatkannya sementara stok masih ada. Ceh, dah macam tukang promosi pula. :P
Okay, macam biasa saya cuma pilih cerpen-cerpen yang saya suka untuk diulas. Hihi.
1. Maaf Tak Indah - Emy Roberto.
Walaupun dah pernah baca di blog penulis dulu, saya tetap baca kisah ni tanpa skip. :) Kisah Syazan Shahira (Syazan) yang dipaksa berkahwin dengan pilihan keluarga. Kebaikan yang ditabur Raimi dijadikan tiket untuk mengambil kesempatan sehingga tergamak untuk membunuh zuriat sendiri. Kesilapan Syazan menyebabkan dirinya dimusuhi Raimie sehingga anak mereka dilahirkan. Adakah kemaafan buat Syazan setelah dia benar-benar menyesali perbuatannya dahulu?
2. Rahsia Kita - Anna Lee
Nuha yang sedang buntu dengan masalah hidupnya tiba-tiba rasa dilimpahi cahaya bila terbaca iklan mencari jodoh di ruangan iklan dalam suratkhabar. Tanpa berlengah, Nuha menghantar resume permohonan dan diterima untuk proses saringan. Tak lama selepas perkenalan dengan Nuha, Amri bersetuju untuk bernikah walaupun agak hairan bila gadis secantik Nuha rela untuk bernikah dengannya. Rupanya ada rahsia yang disembunyikan Nuha. Apakah tindakan Amri selepas mengetahui rahsia yang disembunyikan Nuha? Sungguh, cerpen ini memang jadi pengubat kekecewaan saya pada novel Terukir Cinta. Terima kasihlah wahai penulis. :)
3. Romeo Vs Juliet - Que Sera Sera
Permusuhan antara abang-abang mereka (Rashdan dan Adnan) merapatkan hubungan antara Serafina dan Izz Rizqi yang dipanggil Mr. Panda oleh Serafina. Izz Rizqi umpama penyelamat untuk Serafina. Cuma bila Adnan dan Rashdan bergaduh besar disebabkan mereka, Rashdan dan Serafina terpaksa bertukar sekolah. Terputus sudah hubungan antara Serafina dan Izz Rizqi. Siapa sangka Mr. Panda yang gemuk suatu waktu dulu sudah bertukar rupa? Pertemuan kembali bila Serafina menyambung pengajiannya di Surrey merapatkan kembali hubungan mereka. Siap bernikah lagi tanpa pengetahuan keluarga mereka. Haish. Entah berjaya entah tidak mereka ni damaikan Rashdan dengan Adnan tu. Kena bersabar tunggu sambungan dalam novel la agaknya. :)
4. Isteri Soleh Suami Solehah - Syah Shah
Irdina Hanani (Din) dan Faizul Shah (Fai) bersatu selepas dianiaya oleh Fawwaz, adik Fai. Fawwaz ni sebenarnya kecewa sebab Din menolak hasrat hatinya. Jadi, termetrailah ikatan antara Fai dan Din angkara Fawwaz. Din yang kekok dengan status barunya memang susah nak terima Fai. Fai pun tabah aja melayan kerenah Din yang kasar ni. Lembut-lembut Fai ni pun, dia sangat protective. Lebih-lebih lagi bila Fawwaz mula membuat onar dalam perkahwinan mereka. Kuatkah mereka berdepan dengan cabaran ini? Tercapai tak agak-agaknya misi mereka nak jadi isteri soleh dan suami solehah tu? Ahaha. Saya suka tajuk cerita ni yang catchy. Kata salah seorang teman saya, lepas baca kisah ni kena terjun telaga. Manis sangat! :P
Komen saya: Memang diakui, himpunan cerpen dalam ni manis-manis belaka. Kena sediakan bekalan air masak secukupnya sesudah baca Kisah Dari Hati ni. :P Tahniah dan terima kasih buat penerbit atas usaha menerbitkan himpunan kisah-kisah yang manis ini. Selamat maju jaya juga untuk kesemua penulis yang terlibat dalam Kisah Dari Hati ni. Saya suka baca kisah-kisah pendek ni sebab kebanyakan kisahnya senang dan mudah hadam. Tak perlu nak stress dengan macam-macam konflik seperti dalam novel. :)
lama peram novel ni. kisah-kisah yang ada dalam novel ini banyaknya kesinambungan dari novel-novel terdahulu para penulis.
semua menarik. semua best. walaupun pada zahirnya semuanya kisah cinta tapi sebanyak-banyaknya pengajaran tentang kehidupan boleh diperoleh dari novel ini. ayat-ayat dialog yang akak tepek dengan nama watak tu semua sedikit je dari apa yang disampaikan oleh setiap penulis.
hidup ini pun memang paksinya cinta. cinta bukan hanya pada pasangan hidup. sangat luas pengertiannya. cinta itu pun lahir dari hati yang kita sendiri tidak dapat pegang segala apa terzahir darinya.
walaupun cedera, walaupun luka namun hati tetap lembut untuk menerima apa jua. sebaiknya, belai dan jagalah sebaiknya.
- Kesinambungan DRG1 - I likeee... Similar to the 1st book... Diabetic sweetness. Love how the author proceed with the story with happily ever after Cinderella style. My kind of ending....
Awek Pisang Goreng 2 - Syah Shah 2.5 *
- Kesinambungan APG1 - Comelness Overloaded and that's it.
Bukan Kerana Kebetulan - Hani Fazuha 3 *
- It starts with a mistake of not coming clean from the wifey. Followed by the non acceptance of the hubby. Filled with the hubby's retaliation probably as a way of revenge towards the wife and ended with a sweet touch. I especially like the honeymoon in Jeju Island....
Pergi tanpa Alasan 2 - Hani Fazuha 3.5 *
- Hmmmm... what can I say.... I just love both Hakim n Rihanna's sweet romance...
Maaf Tak Indah - Emi Roberto 3.5 *
- A good story but if it is a novel, I would not read it. It would be too sad and too sesak nafas to handle. Life as it is is complicated. Hence, me stay away from complicated books.
Dekat Padamu - Sarnia Yahya 2 *
- Haven't read the novel. Doesn't feel much with this story. Might rate differently after reading the novel.
Harga sebuah cinta 2 - Hani Fazuha 2 *
- Not liking this story coz I think that Fea is too selfish n mengada2. Orang lain pun mengandung jugak tapi takde la emo smpi level tu....
Rahsia Kita - Anna Lee 3.5 *
- Morally, I don't like this kind of book. But the way its written captured my attention. Olahan cantik tersusun sehingga menutup negative social behaviour dalam cerita ni. Love the ending but do not agree or support this kind of story in any way.
Dia... Selamanya - Farah Husain 3.5 *
- 3 * untuk Ammar seorang. 1/2 * aje untuk Eyma.I think Eyma yang mengada2 n tak matang tu doesn't deserve sweet, tolerable and wonderful Ammar. Heeeeemphhhh...- P/S: I like Dino.... :)
Pujuk Hati Dia 2 - Sarnia Yahya 3*
- If I were Ain, I would have told Tengku Ritzlan to take his jealous attitude and shove it up his tuuutttt.... - Tengku Ritzlan... The way you're treating Ain, SO NOT COOL!!!!
Romeo vs Juliet - Que Sera Sera 3.5*
- Love this story. Such sweet sweet story from beginning to end. Would have given 4* for this if the author took the time to give me happy ending. Ending tergantung, really gets on my nerve!!!
Semerah Warna Senja - Hani Fazuha 3.5 *
- I like the story because it is short. If it's a novel, I would have read it and rate it 4* but I won't read it again. To me, marriage for the sake of trying to proof a point is pointless and unfair to your other half. And to leave the wifey without confronting her first is stupid and irresponsible.
Tetap Sempurna - Emy Roberto 4.5*
- Love this story. Hujan petus all the way from senawang to alor gajah. Ending tergantung doesn't bother me at all because I have my own ending which I will never change despite Mai's provocation.... :)
Tanpa Dirimu - Hani Fazuha 2*
- Letih baca citer si Yatie n Zhariz ni. Sesedap rasa nak main prasaan orang. Tak suka!
Isteri Soleh Suami Solehah - Syah Shah 3 *
- Bab 1 - Cheh!!!! Tipah Tertipu hokayyyy... And then the graph menaik menaik and menaik. I like but definitely not for underage reading ye coz 18SX ok. Very the!
Paling ML suka, Dia... selamanya (Farah Husain), Isteri soleh suami solehah ( syah shah), semerieh warna senja ( hani fazuha),, maaf tak indah ( emy roberto), dan rahsia kita ( anna lee)
baru mggu lepas baca buku ni. bukan novel, tp koleksi cerpen dr penulis2 best. and yeah, mmg best pun. gempak. =D
sy tak agak2 nak beli sbb antara cerpen tu ada yg sambungan novel2 yg best. Contoh Hani Fazuha - sambungan kisah Rin dgn Hakim Penggoda Taraf pertama. Hekk. Sarnia Yahya - sambungan kisah Is dan Ika yg serius gila2 sy suka kisahnya. Farah Hussain - sambungan Dia... Random Guy. wajib ada sbb DRG ada dalam rak, tp blum bace. so mcm2 mana pun smbungan dia wajib kena ada. heh.
lain2, cerpen dari Emy Roberto, Anna Lee, dan Syah Shah yg mmg x rugi baca.
Paling sy suka, Isteri Soleh Suami Solehah by Syah Shah, Romeo vs Juliet by Que Sera Sera. Rahsia Kita by Anna Lee, Dia... selamanya by Farah Hussain,
Kisah-kisah pendek untuk mereka yang inginkan bahan bacaan segera. Saya akui, saya bukan pengikut kebanyakkan penulis yang terlibat dalam kompilasi ini. Kisah-kisah yang dimuatkan di dalam naskah ini boleh dikategorikan sebagai best dan boleh layan. Paling terkesan adalah kisah pendek dari penulis muda Emy Roberto. Cerpen penulis ini nyata ada impak pada saya sebab hingga ke saat buku ditutup dan diletakkan di rak, saya masih lagi teringatkan kisah pendek itu. Kudos to the writer.
Ini adalah novel ke-3 Idea Kreatif Publication yang saya dah baca. Not bad. Typo sedikit kurang dari 2 novel yang pernah saya baca sebelum ini. Diharapkan ia berterusan untuk novel-novel akan datang.
Kompilasi himpunan 15 cerita pendek dari penulis-penulis yang bernaung di bawah IKP. Sejujurnya hampir keseluruhan kisah mempunyai latar kehidupan orang dewasa yang agak banyak paparan tentang hubungan suami isteri.
Jadi di situ telah menyebabkan kadar bintang agak merosot dari KakChik. Dan banyak juga kisah-kisah dari kompilasi ini akan mempunyai kaitan dengan kisah yang dilakar penulis-penulis tersebut dalam buku solo mereka.
Limited Edition from IKP. Gabungan cerpen 7 penulis. Cerpen sedih, sweet & happy... Sabungan daripada kisah-kisah novel terdahulu turut ada. Well so best! Semua ada & idea yg kretif dari idea kreatif :)