Jump to ratings and reviews
Rate this book

Koskenkorva

Rate this book
Berada di dalam bilik gelap. Termenung memerhatikan pusingan arah lawan jam kipas Panasonic yang tergantung kemas pada siling. Ditemani bunyi-bunyi unggas dan enjin kenderaan yang lalu lalang. Dan di dalam momen itu aku menyaksikan dosa-dosa silam. In HD.

163 pages, Paperback

First published January 1, 2013

1 person is currently reading
26 people want to read

About the author

Amal Hamsan

10 books26 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (18%)
4 stars
17 (34%)
3 stars
18 (36%)
2 stars
6 (12%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Khairul.
1 review
November 11, 2013
simple book. tak perlu risau kalau tak ada masa nak habiskan sekali gus. boleh baca bila-bila suka. aku tidaklah berapa menyukai kebanyakan isi di dalam buku ini, tapi yang menarik minat aku adalah kerana temanya pelbagai. seperti aku yang tak berapa gemarkan cerita cinta, atau cerita sedih yang penuh kata-kata cinta, ada disediakan cerita humor di dalam ini (contohnya cerita hang tuah dan hang jebat bermain facebook - hillarious!). ada juga cerita cinta yang ditulis dalam bentuk humor, juga menarik aku rasa. ada juga puisi, both in english & malay. buku ini memang lain daripada buku-buku tempatan lain yang aku pernah baca/lihat kerana pengisiannya yang cincai dan disusun secara misteri tanpa diberitahu nama penulis, tapi sebenarnya (hampir) cukup sempurna dengan pelbagai jenis variasi karya pendek, easy-read yang kalau tak suka, boleh terus alih muka surat lain tanpa rasa bersalah. dan sememangnya buku itu fungsinya adalah untuk dibaca, aku bagi 4 bintang untuk buku ini - kerana ia membuat kita rasa mahu membaca muka seterusnya, walaupun kita tak suka muka sebelumnya.
Profile Image for Ashraf Sahdan.
2 reviews1 follower
October 17, 2013
first sekali, ini bukanlah review, ini penjelasan! kahkahkah

tajuk koskenkorva tu sebenarnya tak ada kaitan langsung jenama arak daripada finland itu. hanya sebuah perkataan random yang satu hari aku dengar dalam lagu Stratovarius (band rock dari Finland) bertajuk The Land Of Ice And Snow. Sebab perkataan tu macam sedap je nak sebut, maka aku pun pakai perkataan ni buat tajuk, tanpa mempedulikan penulis lain setuju ataupun tidak. kahkahkah.

kedua, buku ni bukanlah bergenre punk sangat (seperti yang dihebahkan oleh karim the publisher). buku ini lebih kepada multi-genre, mixed literature art gitu laa. untuk buku yang lebih punk, tunggu sambungan dia nanti (kalau ada rezeki). kahkahkah

Profile Image for cutesyreader ツ.
123 reviews57 followers
August 15, 2019
Mungkin kerana faktor usia yg semakin menjangkau maka aku rasai genre seperti ini sudah tidak masuk dengan jiwa.. juga merasai naskhah ini mungkin sesuai untuk BBNU. Pendapatku saja...

Actual Rating:
2.5 bintang
Profile Image for M. Azhaari Shah Sulaiman.
357 reviews20 followers
February 24, 2015
kumpulan antologi yang dikumpulkan di dalam buku ini kira okay la. Ceritanya ringkas tapi lurus kepada mesej yang ingin dibawa. Mixed literature yang membawa tema pelbagai, humor pun ada.

Pendekatan terus menunjukkan penulis sekarang kurang berbahasa? Mungkin tidak. Kerana orang sekarang pun, memang ramai dengan sengaja buat buat tak faham bahasa.
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
September 1, 2014
(2.5 bintang)
Ada tiga jenis pe-mabuk yang dihidangkan dalam buku ini dan mungkin kerana ketiga-tiganya hamba tidak pernah tahu (iyalah, selama ini paling sadis pun hamba cuma pernah merasai mabuk udara dan mabuk laut) atau mungkin juga hakikatnya Kahlua Coffee, Vesper Martini dan Koskenkorva itu nama umumnya tetap adalah arak, maka hamba tidak dapat membezakan dengan nyata tiga hidangan tersebut. Cara penulisan yang tidak banyak berbeza antara satu sama lain.

1) The Kahlua Coffee
Apa yang dapat hamba katakan kisah-kisah pendek di bahagian ini punya elemen sindiran, kelucuan dan kejutan yang disampaikan melalui plot yang pelbagai. Hamba suka kepelbagaian itu. Juga betapa sederhana dan minima ia 'digayakan'. :)

2) The Vesper Martini
Cerita pendeknya tidak terlalu menarik pada hamba tetapi hamba menyukai puisi-puisinya.

Koyak satu kelopak
Dari sekuntum membugar
Dan
Suap pada hati
Yang dah hampir mati.

(petikan puisi Bongkak; Koskenkorva; muka surat 86)

2) The Koskenkorva
Mungkin antara sejenis pe-mabuk yang paling strong kerana kebanyakan tulisan dari bahagian ini memang sukar difahami. Mungkin juga hamba bukan hipster untuk mengerti.

Keseluruhannya buku ini memberi rasa sebiasanya, sekadarnya dan hamba anggap itu bagus untuk sesuatu yang dimulakan tanpa ekspektasi.



p.s Sepotong ayat ini menarik hati hamba; "Kehilangan rasa, suku, separuh atau semuanya adalah hal yang tak penting untuk dikaji apa puncanya." Satu penyataan yang hamba ingin persetujui di waktu ini.
Profile Image for Barukisu (Balqis).
131 reviews10 followers
October 11, 2013
Sampai habis baca buku ini pun aku masib belum pas menyebut Koskenkorva. Too many Ks with too many vowels. Ecewah!

Anyway, mungkin kerana kulit buku ini semua hijau, sebab itu aku tertarik nak beli.

Kedua, baca sinopsis pendek belakang dan intro depan - nampak menarik.

Ketiga, apahal arak jadi tema? Walaupun tak pernah menyentuh air haram itu (InshaAllah, never!), buat aku nak tahu apa kes dengan buku ini.

Pasal tulisan dari blog tapi bukan cerita pasal diri sdr sgt. Okaylah.

Ada tulisan yang beri makna dan aku faham.

Ada sekadar berkongsi rasa.

Ada yang sumpah, aku tak faham langsung!

Tapi habis baca lepas dua jam.

Buku ringan-ringan untuk lari dari serabut hal duniawi.
Profile Image for Zetty Khairunisa.
125 reviews2 followers
July 3, 2015
Memang terasa macam minum koskenkorva dgn koktel alkoholik di sebuah bar dengan barista yang kacak. Ini koskenkorva halal. Kau baru teguk sekali,kau dah rasa bahagia. Habis satu gelas,mahu lagi. Memang mabuk,khayal dan ketagih. Kau nak pilih Vesper Martini atau Kahlua Coffee pun boleh. Dalam mabuk aku pun,cinta tak pernah jauh. Aku kuat kata aku. Ego tinggi tapi tiap kali aku rindu,separuh diri mati. Utk long distance relationship, aku bosan flashback kenangan, bosan ulang2 tanya khabar, satu je request aku, kita tak pernah gaduh kan,sayang? Jom gaduh!
Profile Image for Syazrul Aqram.
26 reviews4 followers
May 26, 2015
Buku untuk orang punk. Dan buku untuk orang yang tak boleh minum arak tapi nak feeling-feeling mcm minum arak dengan hanya membaca.

Tak, tak. Sebenarnya buku ni fun.
Profile Image for Hajarhaibara.
4 reviews
December 28, 2019
Mungkin saya sedikit "mabuk" bila baca koskenkorva ni hahahhaha 😂😅 untuk part 1 dan part 2 kebanyakan story saya nak baca sambil menangis. Bukan menangis sebab sedih tapi menahan ketawa (harap bilik sebelah tak cakap saya gila sebab gelak sorang2) tapi masuk part 3 rasa heavy sikit, nak kene ulang bila baca sebab kebanyakan story, level artisticnya tinggi pula.
.
Saya rasa ini bukan review. Lebih kepada nak komen perasaan saya bila baca😂😅
Profile Image for Taro.
3 reviews1 follower
April 10, 2021
content semua okay but doesn't suit my taste for some reasons. ada parts yang aku struggle untuk faham. mungkin buku ni sesuai dengan budak budak yang suka mendalami sesuatu cerita dengan details. Contoh, mereka yang suka mendengar lagu sambil memahami kisah di sebalik lirik.
Profile Image for Nazrul Mohd.
191 reviews6 followers
November 14, 2013
Macam-macam genre boleh kau dapat dalam buku ni. Umpama kau makan ikan masak tiga rasa, beserta nasi putih dan sayur kailan ikan masin. enak bukan?
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
June 18, 2015
Buku yg santai & best..tidak terlalu berat & mudah dihadam..semuanya menarik..seperti Koskenkorva juga..
Profile Image for Cik Nadiah.
74 reviews1 follower
February 20, 2014
Part satu dgn part dua, ok. Masuk part tiga, guwa dah tak berapa paham sgt kebanyakkan puisi (?) dalam tu. Ape pun, buku ni menarik utk dibaca. Kalau tak menarik dibaca, buat ape beli. Ye dak?
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.