Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mr London Ms Langkawi

Rate this book
Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela.

Nurul Liyana - Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal. Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya… Nauzubillah.

"Macamlah bagus sangat Kota London dia tu," ejek Liyana penuh jengkel.
"Memang bagus pun," jawab Aidid dengan nada yang menyakitkan hati.
"Apa yang bagus sangat? Apa yang London ada, Malaysia tak ada? Cer cite… cer cite." Liyana melawan kata-kata Aidid.
"Yang bagusnya, kat London tu tak ada mulut mak nenek macam kau!"

Hmm... asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?

512 pages, Paperback

First published September 12, 2013

37 people are currently reading
551 people want to read

About the author

Herna Diana

6 books56 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
101 (37%)
4 stars
84 (31%)
3 stars
60 (22%)
2 stars
17 (6%)
1 star
6 (2%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
October 7, 2013
Liyana (Nana) seorang gadis yang kaki gaduh, gelap bagai dilitar pintas, ganas dan kuat bergurau tetapi kuat jiwa Malaysianya. Dia sangat disayangi oleh Tok wan dan toknya tetapi dia dibenci oleh Pak Sunya sekeluarga. Dia dianggap sebagai pembawa 'sial' kerana ibu-bapanya serta bakal suaminya telah meninggal dunia. Aidid Mukhlis telah dibesarkan di London dan tidak suka berada di Malaysia. Dia dipaksa oleh bapanya untuk pulang ke Malaysia. Bila mereka bertemu, mereka sentiasa bergaduh dan berlawan kata. Lalu bermulalah misi Nana untuk menyekolahkan Aidid tentang kelebihan Malaysia. Aidid sentiasa memerhatikan Nana. Dia mula menyedari akan kelebihan Nana. Tetapi mereka tetap suka berlawan kata. Mereka ada keserasian. Lalu Tok wan, Tok dan ibu-bapa Aidid merancang untuk menyatukan mereka. Mula-mula mereka diam tapi lama-lama mereka dapat menyesuaikan diri. Tapi malang menimpa. Aidid kemalangan dan patah kaki. Pak su dan Mak su mula menghasut ibu Aidid. Dia terpengaruh. Lalu ibu Aidid memaksa Nana untuk meninggalkan Aidid. Nana dan Aidid mula rapat sejak Aidid ditimpa kemalangan tetapi Nana resah kerana dia perlu meninggalkan Aidid bilamasa Aidid sembuh. Waktu itu tiba. Nana pergi membawa diri kerana janji. Aidid mengamuk dengan ibunya dan merayu agar ibunya merestui rumahtangga mereka. Dia mencari Nana di Langkawi. Nana dijumpai di atas Gunung Mat Chincang. Sepulangan mereka, Usin memberitahu tentang Adira yang telah diserang oleh sekumpulan lelaki. Aidid dan Nana dapat menyelamatkan Adira dengan pertolongan Ijam dan Usin. Pak su dan Mak su bersyukur Adira sempat diselamatkan. Mereka sekeluarga menyesal akan tindak-tanduk mereka selama ini yang menfitnah Nana serta cuba memisahkan Aidid dan Nana lalu meminta maaf pada Nana. Akhirnya, Aidid dan Nana dapat hidup bahagia bersama.
Best!
Profile Image for Emiko Salim.
100 reviews7 followers
September 1, 2016
Keseluruhannya, boleh lah.
Kisah sebelum Nana dan Aidid tangkap jiwang memang agak menghiburkan.
Ada juga bahagian yang buat saya rasa tersentuh.

TAPI, bila sampai tang penghujung cerita, pembacaan saya sangat terganggu dengan watak-watak ala kartun seperti Puan Mariam dan Salbiah sekeluarga.
Tak logik pula begitu mudah mereka menginsafi perbuatan mereka walhal selama ini berkeras hati menghamburkan kata-kata hina tanpa henti.
Sangat sukar dipercayai.

Saya juga rasa agak kurang selesa dengan beberapa kesalahan ejaan yang begitu ketara. Ada juga ayat tak bernoktah. Sampaikan nama watak pun boleh tersilap. Tak ada yang edit dan polish kah?

Itu belum sentuh bab Aidid yang katanya tak tahu pasal Langkawi tapi tahu pula tentang Hospital Bahagia ya? My point - he didn't read like someone who was raised elsewhere and dislike his home country. Cubaan penulis untuk gambarkan ke'mat saleh'an Aidid sangatlah tak konsisten.

Niat saya membaca novel dalam bahasa kebangsaan selain sebagai hiburan, saya juga berharap saya dapat memperbaiki mutu Bahasa Melayu saya. Sayang sungguh bila jadi begini.

Harap penulis dan pasukan Alaf21 dapat lebih peka dan teliti pada masa hadapan.
Profile Image for Novel Best.
74 reviews5 followers
December 4, 2013
Okla. bg sy cubaan menulis lorat utara byk yg perlu diperbaiki. X ble nak hayati citer sbb lorat utara yg bercampur aduk. X real. Anyway hln cerita biasa2 aje.
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
November 13, 2013
baca dlm masa 3 jam.. berjaya finish and saya suke... tangisan yg berakhir dgn gumbira.. best jadi org2 positif nie.. weee
Profile Image for Qamarina.
41 reviews5 followers
May 18, 2017
overall cerita ok lah.. watak heroin tu terlalu selamber sgt... asyik bergaduh je.. :)
Profile Image for Miz_Yanie.
105 reviews2 followers
November 7, 2018
Mr London Vs Ms Langkawi...

Title yg Lucu..Comel kan....mmg pun tapi me lagi bnyk menangis wei...Sedih nasib Nurul Liyana(Nana) yg dianggap Pembawa sial oleh Pak Su & Mak Su nya...ayah meninggal 1mth sebelum she dilahirkan....ibu Nana lak meninggal e moment Nana dilahirkan....Bakal suami Nana meninggal masa on e way nk pergi akad nikah....tapi Nana ni terlalu baik hati...dengan sesiapa pun she akan berkawan.Even tho belajar tk tinggi mana..tapi semgt nak keje dia tu yg buat semua org sayang towards her.Tok Wan & Tok Nana yg jaga Nana dari bayi terlalu sayangkan Nana.Muncul Abg Sepupu Nana,Aidid Mukhlis(anak Pak Long Nana,Abg kepada ayah Nana) dari London yg dipaksa Mama & Abahnya untuk balik Malaysia.Aidid,bukan benci Malaysia...cuma da biasa ngan kehidupan London aje...So,he gvs himself 1mth..lepas tu he akan pastikan yg he akan kembali ke London.Nana pulak,akan pastikan dlm sebulan ini,Aidi akan jatuh cinta dengan Malaysia.Nana,gadis yg gila2..comel..ckp main lepas aje tapi ttp menjaga adabnye...and Nana seorang saja yg berani ckp Aidid ego..seorang yg suka buat andaian tanpa selidik dulu.Nana bwk Aidid ronda2 Langkawi n kenal2 kan him Pulau bersejarah itu.Asal sape2 tanya sape Aidid...selamba aje Nana jwb "Bakal Suami Nana..." Kejap2 she kacau Aidid... "Abg kan bakal suami Nana...Abg tk suka Nana ke??" Naik seram Aidid ni..tapi bila da biasa ngan Nana...he da faham sgt perangai Nana...Ada sekali tu Nana betul2 sedih ngan sikap Pak Su & Mak Su nya..Nana merajok bwk diri sampai ke Perlis,rumah Ibunya.Bila diselidik..akhirnya Tok Wan ceritakan kisah Silam Nana pada Aidid...Sanggup Aidid ke Perlis nak pujuk Nana...Dlm diam..Mama ngan Abah Aidid berkenan ngan Nana...mereka kalau boleh tkmu Aidid pulang ke Malaysia...Nana pulak da panas punggung,tu lah asyik main2 ckp "Bakal Suami" kan da kena kawin betul2...Masing2 protes tkmu Kawin...Tapi kena Kawin jgk....Baru aje 100 hari kawin,Nana teruja nk sambut...hahaha...juz for fun katanya...sebab e moment Aidi sah jadi suami dia,she sayangkan Aidid.Aidid lak dlm diam pun excited nk sambut anniversary yg ke 100 days...Kita mampu merancang..Tuhan yg menentukan.On e way balik,Aidid accident....lucky tk teruk...cuma Patah Kaki...tapi Mama Aidi risau and at e same tym,Pak Su ngan Mak Su Nana da start "cucuk" yg Nana ni mmg pembawa Sial...Termakan jgk Mama Aidid ngan Pak Su n Mak su tu...So,Mama jumpa Nana n suruh Nana tinggalkan Aidid...she tkmu Aidid melekat ngan Sialnya.....Nana merayu pada Mama...she sayangkan Aidid..she berjanji,she akan tinggalkan Aidid bila Aidid da sembuh sepenuhnya..Cuma kasi Nana peluang jaga Aidid buat kali terakhir...
A Must Have Novel....10***
Herna Diana is one of my Fav Author... Herna Diana
Profile Image for Hanisah.
52 reviews1 follower
February 13, 2025
Cerita menghiburkan bila dua-dua watak utama ni macam crack sikit. Dua-dua suka loyar buruk. Cerita yang boleh dibaca mengisi masa lapang. Penghujung cerita je macam off sikit sebab penulis nak simpulkan semua cerita.
Mungkin sebab cerita ni pun keluar 10 tahun lepas, jadi unsur kahwin paksa tu masih ada. Pernah baca buku lain penulis juga, ada tema yang sama.
Masih tak faham kenapa awalnya Aidid dan ayahnya tak sebulu, sedangkan katanya ikut semua kehendak, dan tidak la buruk dan barat sangat Aidid ni.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nee (っ´▽`)っ.
68 reviews
July 3, 2021
Jln cerita best. Kelakar. Ada part sedih. Hero dan heroin dlm cerita tak terlalu romantik mcm novel lain. Banyak gaduh manja tapi tiada romanti sgt pun. Tapi oklah. Santai santai je. Konflik pun macam drama lain. Biasa.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
February 18, 2017
Cerita yang ohsem..
Perbezaan watak yang membawa kepada pelbagai peristiwa dan akhirnya berakhir dengan kebahagiaan..
Profile Image for Bluebell.
44 reviews
June 28, 2020
Sukaaaaaaa!! Cara penulisan kak herna sangatla buat saya cepat terhibur 😝
1 review
September 26, 2020
The Best Novel Ever ! Banyak cerita lwk dalam buku ni . Buku Herna Diana memang tak pernah membosankan
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
August 19, 2016
Wahh... Dah lama gak beli novel ni, sebab tersorok langsungla tak ingat. Novel pun dah adaptasi, kan? sejujurnya, novel pertama puan penulis herna diana yang dibaca. best, menarik, tak mengarut, cukup gaul rasa.. Topik utama mengenai kepercayaan tentang anak sial tapi diolah dalam bentuk yang amat santai dan sedap dibaca.. Dalam pada lawak bila sedih menerpa sebak gak jadinya. Ibarat kek naik cantik gebulah kiranya novel nih..

Suka dengan dialog yang disusun kemas, lawak menjadi.. Menyengih sengsorang dibuatnya. Liyana yang kasar, mulut becok adalah cucu yang dibela oleh haji salleh dan hajah kamariah setelah kematian ibu bapa. Dicop anak sial sebab semua insan yang berkaitan mesti temui kecelakaan bila berkait dengan liyana. Tunangnya turut arwah di hari mereka hendak dinikahkan. Lepas tu ada pulak yang percaya antaranya paksu dan maksunya sendiri..

Aidid pula, anak pada paklong liyana dipaksa pulang ke malaysia. Berlaga angin jer mereka berdua. Sebabkan liyana ni jiwa patriotik maka cabaran untuk menundukkan aidid supaya cintakan negara berlaku. Puan penulis bawak pembaca round langkawi tau.. Best gak tau kisah langkawi ni..

Lepas tu.. Haa.... Mereka dijodohkan. Mau tak terjungkit liyana dan aidid. Dahla asyik bertekak tak pasal-pasal kena kahwin pulak dah.... Bagaimana ya kehidupan mereka selepas berkahwin? Apa pula kisah yang jadi bila aidid patah kaki dalam kemalangan? Betulkah sial liyana melekat pada aidid? Best weiihh... Cuma sikit jer part hujung tu, alaa.. Yang sepupu liyana si adira yang jahat tu. Kalau lagi jahat dan ganas sikit balasan yang dia kena pun bagus.. Jahat sangat, sama jer perangai ngan maknya si maksu tu.. Lupa lak.. Hehe... Usin jingga pun penyeri kisah ini.. Siapa usin jingga tu ya? Hahaha!!!!
Profile Image for Xin Ya Jian.
402 reviews36 followers
June 18, 2016
I love this story! I love the way the author leads me in the story, the characters, especially the main girl, very naughty and love to disturb the main guy, while the guy give 100% trust to the girl. It's a lovely story even though have lots of challenge with the typical minded people, which are the girl's aunty, uncle, and the cousin. Lol, if they're in a real life, I do feels like punching them! But anyway, thumbs up to the author.
Profile Image for Aisyah Roslan.
79 reviews78 followers
January 26, 2016
ok la... not so bad. at least takde la rasa nak baling buku kat dinding walaupun jalan cerita agak typical and predictable. cuma tak berapa suka dengan ending yg konon2 nak tunjuk how family maksu and paksu nana boleh maafkan dia lepas satu kejadian tu. tak nampak real for me.
3 reviews
January 5, 2016
This would be my second novel after Akhirnya Aku Kahwin. Didn't expect anything but this one was really funny! It got me laugh really loud. Word choices was 10/10. I read this novel for more than 5 times in a month. Call me crazy, but I love Herna Diana's books!
Profile Image for Jaja.
14 reviews2 followers
January 3, 2014
saya suka cerita ni kerana ia dapat menghiburkan saya..
Profile Image for Norhani Zaini.
91 reviews4 followers
April 21, 2014
well...kisah kahwin paksa....biasa2 saja...santai...ok jer

**macam pernah baca je...
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.