Jump to ratings and reviews
Rate this book

Gocoh

Rate this book
Jali mula terbuka mata setelah berkenalan dengan seorang penulis berbangsa Cina-Kristian bernama Adrianne. Perkenalan itu tentu sekali dipandang sinis oleh orang-orang kampung kerana Adrianne bukan seorang Islam. Di situ, ibadah solat dititikberatkan tetapi sikap penduduk masih bermasam muka, bertaruh laga ayam, juga ada yang mengambil sihir bomoh pengasih. Mereka mengasingkan penggunaan surau mengikut pandangan politik dan semuanya kelihatan genting apabila Haji Bahar yang mula beralih surau dan tidak lagi berjemaah di surau Wan Ghani kerana salah faham. Pengasingan surau dan peraturan songkok-kopiah mula menimbulkan dua puak berbeza mengikut kefahama politik, dan akhirnya membawa kepada kewujudan dua agama Islam yang berbeza.

226 pages, Paperback

First published September 1, 2013

3 people are currently reading
15 people want to read

About the author

Wan Shafiq

5 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (15%)
4 stars
14 (31%)
3 stars
20 (45%)
2 stars
1 (2%)
1 star
2 (4%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
4 reviews
February 1, 2016
Cerita tentang ketegangan pegangan agama kerana berbeza fahaman politik dan kegiatan harian penduduk pedalaman yang agak sinis. Bercerita dengan baik tentang murahnya akhlak kerana mempertahankan fahaman politik. Benar ceritanya menggambarkan realiti yang buruk tentang masyarakat Melayu pedalaman yang sentiasa berperasangka negatif. Sarat dengan mesej.

Cuma, sedikit saya akan terkilan kerana watak Jali, Zura dan Adrianne tidak cukup berani untuk menjadi 'Hero'. Indahnya jika gabungan ini berjaya menyelamatkan masyarakat yang murah nilainya.
Profile Image for Firdaus Abu Bakar.
103 reviews5 followers
November 10, 2013
kisah masyarakat yang beragama tapi sesat dalam pemahaman.

kisah masyarakat yang prejudis bukan sahaja dengan agama lain, tetapi juga dengan saudara seagama sendiri.

ini buku Lejen Press dan ini buku power.
Profile Image for Syukri.
161 reviews9 followers
June 1, 2022
Quite good, setting kampung yang dikelilingi dengan pemikiran jahil. Everything bad memang ada dalam novel ni. Racism, drug, saka, rogol. First half macam quite draggy even it is quite a short novel.

Tapi kenapa nama Stopa Bokbong? Pelik nama.

Apa jadi dengan Jali? mati ke tak?
Cik Din? Kuyi? Daud?
Kena tambah epilogue sikit.
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
December 30, 2017
" Menghukum itu kerja Tuhan, bukan kerja manusia. "

Sinis !
Tentang perangai orang Melayu yang ibadahnya cuma solat. Selesai solat, dia dengan syaitan lebih kurang sama perangainya. Bagus buku ni.
Profile Image for Shaznie Mardhiah.
88 reviews
September 22, 2016
Best.
Mengisahkan ttg realiti sikap & perangai masyarakat melayu yg sebenar.
Ahli agama yg berpecah belah menuding jari sesama saudara seagama sbb kan pegangan politik yg berlainan.
Melayu yg sikapnya cuma nak mencari salah org lain, Hingga lupa salah yg ada pada sendiri.
Melayu yg racist & prejudis dgn penganut agama y lain.
Melayu yg solat nya langsung tak tinggal tapi dgn jiran tak bertegur malah bermasam muka. Dan mcm2 lagi.

Pendek kata nak kenal melayu, baca buku ni. Mungkin sikap sikap ini kita perlu ubah, untuk Melayu yang lebih baik pada masa depan.
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
April 21, 2014
sebuah kisah yang ketengahkan tipikal org Melayu yg ada prejudis dan berpuak2 walaupun seagama. byk ketengahkan permasalahan politik,sosial dan perpaduan. karya ni tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan,sesuai dibaca bila2 shj. yg menarik,dialek Kelantan digunakan dlm novel ni.

Quote menarik : Menghukum Itu Kerja Tuhan, Bukan Kerja Manusia
Profile Image for Farhana Aziz.
39 reviews1 follower
January 15, 2014
Heh, karya yang penuh sindiran secara halus. Saya suka.

Tetapi penceritaan yang agak meleret-leret. Boleh menimbulkan bibit-bibit kebosanan tika karya dibaca.
Profile Image for Riesna Zasly.
152 reviews1 follower
September 12, 2015
karya yg memaparkan tema kemasyarakatan dalam bentuk yang amat jujur dan berani
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
July 22, 2017
Antara buku Lejen yang sedap dan penting. Penulis berjaya memaparkan dengan baik perkara yang berlaku di negri pantai timur itu dan saya percaya ianya masih berlaku.

suka denga bahasanya, perkembangab wataknya dan pengakhirannya dan naskah ini yang saya kecewanya, kaver dia kureng sikit.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.