Jump to ratings and reviews
Rate this book

Titian Cinta

Rate this book
Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi.

“Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” – Harris

“Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” – ‘Aisy

“Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris

Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

“Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dengan awak, that's the last thing I will do.” – Aisy

Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yang sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?

841 pages, Paperback

First published September 30, 2013

772 people are currently reading
8402 people want to read

About the author

Ridhya Iman

4 books327 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
596 (41%)
4 stars
337 (23%)
3 stars
236 (16%)
2 stars
131 (9%)
1 star
129 (9%)
Displaying 1 - 30 of 52 reviews
53 reviews44 followers
October 2, 2013
“Titian Cinta”. Titian yang menghubungkan cinta antara Rahadatul ‘Aisy dengan Umayr Harris. Untuk menghubungkan titian ini pelbagai onak dan duri terpaksa ditempuh oleh mereka. Plot yang digarap kemas oleh penulis membuatkan pembaca tidak boleh melepaskan “Titian Cinta” daripada tatapan mata. Bahagian permulaan “Titian Cinta” dimulakan dengan kepulangan ‘Aisy ke tanah air setelah 4 tahun merantau di bumi London untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat PHD. Pemergian ‘Aisy juga adalah kerana dia ingin menjauhkan diri daripada Harris yang telah menghalaunya bagai kucing kurap ekoran fitnah yang dilakukan oleh Sofea. Sofea yang asalnya tunang Harris dan kawan baik ‘Aisy rupa-rupanya musuh dalam selimut. Ekoran iri hati, Sofea telah bertindak menggoda Rayyan tunang ‘Aisy sehingga menyebabkan Harris tidak jadi berkahwin dengan Sofea sebaliknya berkahwin dengan ‘Aisy atas cadangan nenek Haris, Hajah Mariah.

Setelah 4 tahun membawa diri ke Kota London, ‘Aisy pulang ke tanah air untuk memutuskan ‘titian cinta’ mereka. Kepulangan ‘Aisy yang cuba dirahsiakan daripada pengetahuan Harris, suaminya gagal, apabila kelicikan Harris mengesan jejak ‘Aisy menyebabkan ‘Aisy tidak dapat lari daripada genggaman Harris.

Harris yang amat menyesal dengan tindakan bodohnya 4 tahun yang lalu kerana terlalu mempercayai fitnah bahawa ‘Aisy ada hubungan cinta dengan Rayyan telah cuba memujuk semula hati ‘Aisy yang sudah beku seperti ais. Kata – kata pedas ‘Aisy kepada Harris “Hebat awak ya, agak-agak dah boleh ganti Aaron Aziz ke?” ...“Awak dah janji nak ceraikan saya. Buat apa awak simpan perempuan kotor macam saya ni”... “Let me go Harris, kita berpisah”.... “Bahagia saya bukan dengan awak Harris”.....

Pelbagai cara dilakukan oleh Harris untuk memikat semula hati ‘Aisy sehinggalah Harris terpaksa menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang suami. Kata Harris kepada ‘Aisy, “Jangan sampai abang dukung sayang ke kereta”.... “Don’t you dare, ‘Aisy”! “This is my final decision. T.I.T.I.K,”....,:

“Titian Cinta” yang terpisah akhirnya bertaut kembali dengan ayat-ayat cinta Harris untuk ‘Aisy yang boleh mencairkan hati pembaca.... “Sayang, thanks for allowing me to be a part of your life. I love you so so much, for days, years, and eternity to come.” Disangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Dugaan menimpa mereka apabila ‘Aisy tidak dapat mengandung disebabkan kemalangan yang menimpa dirinya 4 tahun yang lalu ketika dihalau keluar oleh Harris. Kemalangan yang turut meragut nyawa anak pertama mereka rupa-rupanya telah memberi impak besar kepada ‘Aisy. Dalam kemalangan tersebut ‘Aisy telah kehilangan sebelah ovarinya sehingga dia sukar lagi untuk mengandung. Pelbagai cara telah dilakukan termasuklah kaedah IUI tetapi gagal.

Campur tangan ibu mertua ‘Aisy, Puan Sri Nora yang menyuruh Harris berkahwin dengan Sofea telah memburukkan keadaan. Sikap Sofea yang masih menempel cinta Harris, muncul kembali Rayyan yang ingin menggamit cinta ‘Aisy, sifat cemburu Harris terhadap ‘Aisy dengan Rayyan telah menyebabkan keadaan menjadi semakin meruncing sehingga aib ‘Aisy 4 tahun yang lalu terbuka kembali dan telah menyebabkan kematian ayah ‘Aisy. Pembaca seolah-olah dapat merasai kesedihan yang dialami oleh ‘Aisy sehingga boleh menitiskan air mata. Pada peringkat ini juga jantung pembaca seolah-olah terhenti seketika dengan kejutan demi kejutan yang dihidangkan oleh penulis. Sungguh! Plot yang tidak disangka-sangka muncul di akhir cerita! Nantikan kejutannya!. Pasti anda terkesima! Bagaimanakah peleraian kisah cinta ‘Aisy dengan Harris? Adakah tautan kasih mereka akan menemui pelangi di penghujung hari? Adakah ‘Aisy akan mengandung? Siapa sebenarnya ‘dalang’ di sebalik kejadian fitnah ‘Aisy? Adakah Sofea? Ataupun Danial yang berdendam dengan ‘Aisy. Apakah hubungan antara Sofea, Rayyan dan Danial?Apa pula nasib yang menimpa Puan Seri Nora? Semuanya terjawab dengan membaca ‘Titian Cinta’ garapan hebat penulis RIDYA IMAN , Terbitan Idea Idea Kreatif Publication Dapatkan di pasaran. MEMANG AWESOME!
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
November 12, 2013
3.5*

Buku tebal. Cerita cliche.. tapi plot bagus. Oh! Ini bukan review hahaha :P

Full review: 12/11/2013

Seperti aku bilang di atas, cerita ini cliche. Benar. Tapi, ada beberapa yang aku suka tentangnya;

1. Plot cerita bagus. Tidak terlalu bersahaja dan tidak terlalu rumit. Adatlah, kena ada watak annoying dalam cerita. Dan penulis tidak menamatkan watak annoying dengan penamat yang sadis seperti mati kemalangan dan sebagainya.
2. Gaya bahasa yang cukup mendayu-dayu. Terasa seperti duduk di tepi pantai, menghayati desiran ombak dan bayu laut yang lembut dan menenangkan. Wah!
3. Adegan flashback yang digarap hampir sempurna. Dibina seiring dengan graf pembacaan sekaligus membuatkan rasa ingin tahu dan tahu apa kesudahan ceritanya.
4. Tarikan kimia [baca: chemistry] antara hero dan heroin memang mengujakan hohoho :P Memang pasangan serasi mereka berdua ni. Tak tipu. Korang boleh rasa sendiri.. love is in the air bak kata omputeh.

Ringkasnya. Ini kisah ‘Aisy sekembalinya dari luar negara. Bertemu kembali dengan lelaki yang tak ingin lagi ditemui. Tapi takdir tetap jua menemukan dia dengan lelaki itu. Harris. Dia adalah sejarah hitam yang perlu dipadam terus dari kotak ingatan.

Namun, siapa tahu yang sebenarnya ikatan mereka berdua masih kukuh. ‘Aisy masih isteri sah Harris walaupun sudah empat tahun berlalu. Sungguh ‘Aisy mahu lari, tapi bayangan Harris tetap setia mengekori langkahnya. Harris nampaknya tidak mahu mengalah, ‘Aisy mesti ditakluki kembali. ‘Aisy adalah cinta matinya.

‘Aisy keliru dengan perubahan Harris. Lelaki yang pernah mengecewakannya bertahun sudah kembali dengan rasa cinta mekar buat sang isteri. Tapi penerimaan ibu Harris masih seperti dulu. Dengan onar Sofia dan Daniel yang tidak sudah-sudah menghimpit. Ditambah dengan kemunculan semula Rayyan; bekas tunangan ‘Aisy. Mampukah ‘Aisy menerima Harris dengan tangan yang terbuka? Jangan risau, happy ending sudah pastinya. Yay!

Sedikit kekeliruan di mana Harris mengatakan ‘she’ kepada anak dalam kandungan ‘Aisy, tetapi perbualan mereka selepas itu merujuk kepada ‘his’. Maaf, tak ingat di halaman berapa adegan ini. Mungkin boleh diperbetulkan di cetakan yang akan datang.

Oh, ya! Ini juga termasuk dalam buku yang dibaca tanpa expectation apa-apa. Mungkin kerana ianya datang daripada penulis baru, jadi lebih mudah agaknya untuk aku menghayatinya.

“‘Aisy sayang, dalam hidup ini memang kita tak pernah putus diuji. Itu tanda Allah sentiasa ingatkan dan sayangkan kita. Sebab setiap ujian daripada-Nya mengajar kita untuk banyak bersabar dan memberi peluang untuk kita lebih dekat dengan-Nya. Berdoa dan jangan berputus asa untuk berusaha...” – [pg 424]
Profile Image for Ririn Aziz.
789 reviews106 followers
December 10, 2015
Permulaan yang agak mengujakan, ditambah dengan bahasa yang agak membuai, menjadikan saya tertarik untuk mengikuti kisah ini sehingga ke penghujungnya. Tapi sayang, rasa teruja tu semakin menipis walaupun baru 1/3 yang dibaca. Plot yang ke depan ke belakang buat saya hilang tumpuan, lagi-lagi bila fungsi imbas kembali tu tidak menjelaskan sepenuhnya persoalan dan bayangan yang penulis berikan. Umpamanya kehidupan awal perkahwinan Aisy dan Harris. Kan katanya Harris tak suka Aisy pada mulanya, sebab tu la Aisy takut nak berharap kan? (ke saya yang tak perasan pasal ni ye?).
Separuh kedua sampai habis saya baca laju-laju, sebab dok pusing-pusing benda sama jer.

Entahlah, tak tahu nak kategorikan Aisy tu macam mana, terlalu baik atau terlalu penakut. Tiada langsung perasaan nak membela nasib dirinya. Terima saja segala tohmahan, fitnah dan caci maki terhadap dirinya. Redha atau pasrah? Ada bezanya. Sehingga menyebabkan kematian bapanya sendiri pun, Aisy tetap tak menunjukkan perasaan marah, hanya menangis tersedu sedan. Bila mak sendiri tidak mempercayainya, Aisy hanya menangis. Hmmm...

Harris pula, kebanyakan dialognya adalah pujukan ke arah hubungan intim suami isteri. Lepas tu cemburu. Baran. Merajuk. Kemudian kembali menggoda. Hmmm....

Premis yang menarik, cuma mungkin pelaksanaan tu agak kurang kemas ditambah dengan jalan cerita yang panjang. Semoga penulis akan terus mengeluarkan karya yang menarik di masa akan datang. :-)
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,023 reviews377 followers
October 27, 2013
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Eeee, kejam betol Harris! Kerana cemburu buta, dia menghalau 'Aisy dari rumah mereka. Zuriat yang dikandungkan 'Aisy turut dihina. Kerana terluka, 'Aisy membawa diri ke kota London.

Empat tahun berlalu. 'Aisy kembali ke tanah air. Pertemuan semula dengan Harris tak diduga. Tak sangka begitu cepat sekali mereka dipertemukan semula! 'Aisy mahu menuntut cerai. Harris pula mahu mohon kemaafan dan inginkan permulaan yang baru.

Bukan mudah nak pujuk 'Aisy. Yelah, hati mana yang tak sedih apabila dituduh perempuan murahan. Tapi perubahan Harris membuat hati wanitanya tersentuh.

Pernikahan Harris dan 'Aisy memang tak dapat diterima oleh Puan Sri Nora. Dia nak sangat bermenantukan Sofea, seorang wanita yang dia rasakan setaraf dengan keluarganya. 'Aisy hanyalah budak kampung.

Soal zuriat menjadi bahan pergolakan. Akibat kemalangan yang menimpa, peluang 'Aisy untuk mengandung sangat tipis. Ia dijadikan modal oleh Puan Sri Nora untuk memaksa Harris berkahwin lain. Dengan siapa lagi kalau bukan Sofea, menantunya yang tak menjadi.

Cerita ni taklah se-simple and straight-forward seperti N sangkakan. Rupanya ada konspirasi tiga serangkai yang N tak expect. Ingatkan baik, rupanya jahat! Cis, tertipu sudah!
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
August 31, 2016
Diawal cerita, Cik Pah rasa seperti tidak dapat hadam jalan ceritanya. Kata benci, tapi masih sayang rindu. Seolahnya watak heroinnya lembik dan tak berpendirian teguh.

Sampai pertengahan sehingga penamat, barulah Cik Pah dapat terima, memang lain daripada yang lain kisah Harris-Aisy. Banyak watak jahat dan yang baikpun ada udang disebalik batu.

Tak suka, tak suka, tak suka sebenarnya dengan Harris, cemburu, baran dan cepat salah sangka. Kesian dan menyampah kat 'Aisy ( Cik Pah sebut ais) pun ada, kena dera tapi mudah termakan pujuk rayu dengan Harris. Kena sepak terajang, siap tuduh anak dalam kandungan Aisy bukan anak dia, Aisy yang kemalangan langgar lari terlantar di hospital pun tak dilawatinya. Mmg bukan suami mithali. Cik pah bayangkan Harris ni lelaki dada berkarpet. Baik sesaat je, lepas dapat tunaikan hajat dia, dia mula buat perangai cemburu buta. Haish emo pulak.

Rialitinya memang ada manusia tak sempurna sebegini. Sikap cemburu buta dan baran bawa sampai ke mati, susah nak buang. Cik Pah bercakap berdasarkan pengalaman keluarga terdekat Cik Pah. Moga kita dirahmati Allah.

Profile Image for Hajar.
284 reviews
October 27, 2013
Kepulangan Rahadatul 'Aisy ('Aisy) setelah empat tahun berkelana di bumi asing bukan setakat membawa segulung ijazah kejayaannya tapi turut pulang dengan nekad untuk menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh Umayr Harris (Harris), suami yang banyak melukakan hati 'Aisy.

Angkara fitnah yang ditabur oleh Sofia (bekas tunangan Harris dan juga kawan baik 'Aisy), Harris menghalau 'Aisy umpama kucing kurap. Kesian 'Aisy. Anak dalam kandungannya tak berjaya diselamatkan bila dia terlibat dalam kemalangan. Bertambah malang lagi bila kemalangan itu turut meragut sebahagian kesempurnaannya sebagai seorang wanita. Kekecewaannya membawa 'Aisy merantau jauh ke bumi London.

Sebenarnya kebenaran telah lama terbongkar. Cuma Harris tak berani untuk memunculkan diri di depan 'Aisy bila dinasihatkan oleh Sakeena, sahabat baik 'Aisy. Katanya 'Aisy perlu diberikan ruang setelah lama menderita dan terluka dengan perbuatan Harris.

Kepulangan 'Aisy ke tanah air rupanya telah diketahui Harris. Walau segigih mana pun 'Aisy menolak, Harris sentiasa ada jalan untuk mendekati isterinya. Berkat kesungguhan Harris akhirnya hati 'Aisy yang keras berjaya dilembutkan.  Saya suka bila penulis tak memanjangkan scene tarik tali 'Aisy dan Harris. Tak payah nak cerita panjang bila 'Aisy sendiri sedar di mana kedudukan dia sebagai isteri.

Namun, kebahagiaan mereka masih banyak liku dan ranjau yang perlu ditempuhi. Kekurangan 'Aisy dijadikan alasan oleh Puan Sri Nora (ibu mertua 'Aisy) untuk menjodohkan Sofia dan Harris. Haish. Nasiblah Harris tu bukannya bodoh nak mengikut telunjuk ibu kesayangannya walaupun Sofia nampaknya belum berputus asa untuk menggoda Harris. Tak cukup dengan itu, Puan Sri Nora mula membuka aib yang disembunyikan 'Aisy daripada pengetahuan keluarganya sehingga menyebabkan kematian ayah 'Aisy. Haila, banyak sungguh halangan untuk mereka mengecap bahagia.

Siapakah sebenarnya dalang di sebalik fitnah yang menimpa 'Aisy? Berjayakah mereka memutuskan titian cinta Harris dan 'Aisy?

Komen saya: Satu yang saya suka tentang naskhah ini adalah gaya bahasanya yang tersusun walaupun konfliknya bertimpa-timpa. Susun atur jalan cerita juga digarap dengan baik terutamanya untuk babak flashback. Saya rasa pengikut kisah Harris dan 'Aisy di blog dulu pasti bakal terkejut dengan pengakhir kisah mereka. Ya, tiada yang mustahil dengan keizinanNYA selagi kita tak lupa berdoa dan berusaha. :) Tahniah buat Ridhya Iman atas kelahiran naskhah bercetak sulung ini dan juga atas kejayaan menamatkan pengajian peringkat PHDnya. Phew. Moga dikurniakan lebih banyak ilham untuk kisah-kisah seterusnya. :)
75 reviews6 followers
Read
September 4, 2015
Aisy’ (Rahadatul Aisy’ Hilmi)
Kala itu, hatiku sudah tegar untuk memilih jalan ini. Hanya ini yang terbaik. Hati ini sudah berkecai bak serpihan yang tidak biasa dicantum kembali. Tidak! Aku nekad untuk terus hidup sendirian tanpamu disisiku. Cukuplah derita yang menyakit itu. Aku sedar siapa aku padamu. Percayalah, hingga detik ini, aku masih tidak mampu untuk berdepan denganmu apatah lagi untuk merawat luka yang masih lagi berdarah. Aku kutip sisa yang tinggal untukku jadikan alasan meneruskan desah nafas ini.

Empat tahun yang aku rasa masih tidak mampu untuk mengubat rasa sakit derita itu. Aku ingin sekali melupakanmu namun mengapa bayangmu kerap menyinggah? Dan, mengapa kini engkau hadir didepanku. Melihat dirimu menerusi pandanganku seakan membongkar kembali derita semalam. Tidakkah engkau masih ada rasa simpati. Tolonglah, untuk kali ini.

Aku cuba menolak tika engkau hadir dengan kemanisan tuturmu, keramahan tingkahmu, kelembutan belaianmu. Mengapa perlu ada lagi kepalsuan? Mengapa engkau mahu terus berdusta. Tidakkah engkau sedar bahawa semua ini adalah kesakitan padaku?

Aku sedar, aku bukan sesiapa padamu. Pada keluargamu. Pada insan-insan sekelilingmu. Aku tidak mampu untuk mempersembahkan berlian dan intan. Aku hanyalah gadis kerdil yang baru belajar mengenal erti permainan dunia. Lalu, aku terhukum atas dosa yang tidak pernah aku lakukan. Hanya kerana dengki dan iri hati. Hanya kerana cemburu yang berlebihan. Mengapa aku yang harus terhukum?
Sedarkah aku masih punya hati dan jiwa. Yang inginkan ketenangan. Lalu, apakah aku masih punya ruang untuk diriku dikamar sepi ini? Katakanlah........

Harris (Umayr Harris)

Aku mengaku aku salah percaturan. Aku salah menilai. Aku mengaku, aku terburu-buru. Lalu, engkau terhukum atas kesalahan yang tak pernah engkau lakukan. Mengapa aku terlalu buta untuk melihat sedangkan didepanku ini sudah terbentang kebenarannya? Mengapa aku terlalu mengikut kata hati dan fitnah yang sedang bertebaran.

Sayang,
Percayalah. Saat ini aku sedang mengutip serpihan itu untuk aku cantumkan kembali hatimu yang sudah aku hempas berkecai itu. Aku tahu, luka itu pasti berparut. Cuma aku berharap darah dan nanah itu sudah berhenti. Dan rasa sakit itu hanya tinggal sisa. Ketahuilah, andai aku mampu memadam setiap duka dan titisan semalam, aku bersumpah akan menjadikan engkau bidadariku hingga kesyurga. Menemani aku menghuni taman firdausi. Hanya kita berdua.

Sayang,
Berikanlah aku kesempatan untuk membetulkan kembali kesilapan semalam. Menilai kembali kekhilafanku. Aku hanya seorang insan yang punya hati dan rasa. Aku tidak pernah sempurna kerana selamanya engkaulah pelengkap hidupku. Saat engkau pergi menjauh, aku bagaikan hilang arah. Jasadku bagaikan tidak bernyawa lagi. Bagaimana untuk aku terus bernafas sedangkan nadiku ini hanya bisa menyebut namamu?

Percayalah, lafaz itu tidak pernah aku lafazkan. Ikatan ini tidak pernah terputus. Andai lafaz itu aku ucapkan seakan aku sedang menarik nyawaku sendiri. Aku tidak mampu untuk berpisah denganmu. Baru aku sedar, engkaulah permata yang paling berharga. Aku berharap aku tidak terlambat menilai erti kasih. Titian cinta yang sedang aku bina ini adalah jambatan kasih akan kita lalui bersama buat selamanya.

Biar mereka membenci, biar mereka mengeji, biar ada yang dengki, hanya engkau yang aku nanti. Aku berjanji untuk terus meniti titian ini biarpun dugaan itu keras menguji.


Olahan cerita yang baik, lembut dan mudah dihadam. Bagi saya, saya suka naskah ini. (^_^)
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
January 16, 2014
Jalan cerita best..tp macam ada sesuatu yg kurang..mungkin flashback kot..mcm x cukup..rasa nk tau kisah masa Harris dan Aisy kahwin..kisah sebelum Aisy dihalau..macam mana Harris boleh jatuh cinta kat isteri dia, sebelum kejadian Aisy dihalau bagai kucing kurap..tp still boleh habiskan sampai habis..sebab nk tahu siapa yg fitnah Aisy..

Tak sangka orang yg sy sangka baik sebenarnya kejammmm...mula2 rasa sgt kesian kat org tu sbb ingt dia diperangkap..tp rupanya dialah dalangnya..ku tertipu..

Nasib baik lepas Harris dan Aisy bersama balik..takde nk konflik gaduh2 yg teruk..cuma merajuk2 manja je..sebab Harris yg cemburu..tp sekejap je dah terpujuk.
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
November 1, 2014
Akhiryaaaaa...setelah hampir setahun simpan buku ni..

Terkejut juga bila sampai ke hujung2 cerita,sesuatu yg tidak dijangka kira mcm tertipu juga lah rasanya.Walau apa pun...
Semua orang berhak diberi peluang kedua.
Profile Image for Tie Tinie.
77 reviews11 followers
October 4, 2013
tamat pukul 2:30am td.. now.. so sleepy... hahahaha... bahana baca novel sampai ke pagi...

sesungguhnya bila baca buku ni... ada ke org yg sesabar 'Aisy..
oh.. kalau aku.. awal2 lagi dah cabut... hahahaha... sungguh aku bukan seorang manusia yg sesabar itu... hehhehe...

kerana dendam Rayyan segala retetan cerita suka duka 'Aisy terlakar...

Harris dengan perangai panas baran.. cemburu membuta tuli.. oh nooo.... hope aku x jumpa lelaki cam nie dlm hidup aku... kalau jumpa pasti aku lari laju2... kahkahkahkah...

sofia sahabat 'Aisy... tapi anak org kaya yg tamak... dalam sifat baik ada sedikit rasa cemburu pada 'Aisy... x boleh 'Aisy lebih sedikit... sentiasa mendapat sokongan padu dari mak Harris...

'Aisy... mangsa keadaan... kerana dendam rayyan, cemburu & panas baran Harris dan kerana cemburu sofia juga 'Aisy terpaksa membawa diri ke bumi asing selama bertahun2... meninggalkan keluarga... (sedih ok)...

tapi bila dah kata JODOH tu rahsia allah... pasti ada manis nya... kerana satu persatu masalah dapat diselesaikan...
dan mmg jodoh mereka kuat... dan TITIAN CINTA Harris & 'Aisy sangat kukuh.. sehingga mereka berjaya menyeberangi segala duka untuk menikamati kemanisan jodoh dan cinta mereka di penghujung titian cinta mereka...

u guys... sila dapatkan buku nie..
happy reading....
"Membaca dengan Hati.. Menilai dengan Akal.."
Profile Image for nurazirahvu.
108 reviews
November 15, 2014
finally habis jgak bca novel nii dua hari gitu ..

kemain lgi review2 dia ni kan .. cik pon join sma gak.

but first nk ckp sikit . jln penceritaan yg menarik dan senang difahami.. ada jua bhasa sastera yg indah ni xD dia ada guna teknik imbas kembali dlm sesetengah part ..

haila 'aisy .. blh tahan baik ko ni kan ..
encik harris .. im falling for u but ur sikap baran n cemburu tu annoy sikit yea tpi cik fhm .. dah cinta sgt dgn bini tu kann

first time i nak review panjang2 xD

permulaan dia c 'aisy ni bru blk dri london bru habis bljar.. then jumpa c suami, harris tpi msa nie dia dendam sgt sbb 4 years ago c harris halau dia dri rumah n kena tendang sume sbb fitnah [video lucah tpi pompuan dlm tu bkn dia]

apalgi .. mmg a big NO lah dkt harris kan .. c harris plak dah menyesal dn insaf so mintalah maaf kt isteri tpi c isteri ni buat der je .. mlm tu c harris ni sakit sgt hti dgn c isteri sbb kasar dg n dia, dah lah rindu tahap gaban .. terjdilah agenda nk puas kan nafsu dia .. fhm2lah .. dah lma puasa .. tpi x jdi sbb apa ? sbb punya "Pang !" fhmlah yea. lgilah c isteri marah

rupa2nya c isteri ni ssh nk mengandung .. agak tipis harapan n c harris ni waris tunggal .. mom c harris nk sgt cucu .. 4 years ago, msa kena halau dri rumah 'aisy kena langgar lori [msa ni dia pregnant tpi gugur] .. tu slh stu sbb dia x nk blk dgn harris n nk minta cerai .. dia rsa bersalah wlaupun dia mmg ska c harris ni

c harris ni mmg pndai membeli jiwa .. hailah sya pun cair .. dia x kisah if x de ank sbb dia sgt cintakan 'aisy .. pujuk punya pujuk punya pujuk , kwn c 'aisy pun ade nasihat.. c isteri ni pun cairlah ..

byk juga halangan drg nk bahagia nii .. antaranya ? mom c harris, nora ni nk sgt menantukan sofia .. sofia mulanya tunang harris tpi putus sbb sofia curang dgn tunang c 'aisy duluuu ..
c sofia plak mmg nk kan harris blk .. mom harris gnakn alasan sbb c isteri ssh nk mengandungkn .. so suruh c harris kahwin lgi .. nsib baiklah c harris ni cinta mati dkt c isteri

c suami ni tahap cemburu dia mmg excellent .. hailah berhri2 merajuk dgn c isteri
drg ada buat rawatan utk kesuburan jgak .. beberapa kli mmg fail dan akhirnya berjaya ! kuasa allah kan .. harraz .. duh! cute nma ank drg ni .. pndai c harris pilih ..

ape lgi eh .. ouh .. sblum tu,, ayah c 'aisy meninggal sbb c nora ni, mama c harris buat kecoh kt kampung [rumah parent 'aisy] dia bgi tgk gmbar bogel video lucah .. dia tuduh c 'aisy pdahal bkn dia .. msa ni harris x de sbb kluar .. merajuk dgn isteri ..

mlslah nk review lgi xD tpi mmg byk misteri terungkai dlm novel ni .. sya x de review psal rayyan ..
rayyan beka tunang 'aisy n slalu gak kacau c 'aisy .. tu yg harris jealous..rayyan ni berdendam dgn harris .. psal apa ? baca buku ni !

nk bgi 5 bintang tpi mcm x puas .. pengajaran pun ada yg blh dicontohi ..
Profile Image for Zurianita Manab.
76 reviews16 followers
December 20, 2013
Agak terlewat membaca buku disebabkan senarai pending yang bertingkek2.

Mula2 membaca, saya agak cuak juga kerana saya cukup tak suka cerita yang banyak flash back. Tetapi bila dah mula membaca, ternyata jangkaan saya salah. Walau ada flash back tapi tak banyak sebenarnya. Dan penulis pandai memancing kita, keinginan untuk tahu siapa Rayyan membuatkan saya tak sedar yang saya sedang membaca sesuatu yang lepas.

Sesungguhnya novel ini lain dari yang lain dan antara karya terbaik tahun 2013 yang saya baca.

Bravo utk Ridhya. FYI, Akak mmg bayangkan awak je masa baca buku ni. Dan terima kasih kerana mewarnai dunia pembacaan akak. :) Muahhhss~
2 reviews
November 8, 2013

Saya dh habis baca TC.. cerita dia mmg awesome... kisah suami yg gigih mendapatkan cinta isterinya... isteri yg sentiasa ingin menjaga hati suaminya... it's just not a typical love story.. walauapun kisah mak mentua xsuka menantu yg agak cliche ckit... sy suka dgn cerita ni.. semua rasa ada masa baca novel ni... sedih, geram, suka, senyum and rasa rama2 terbang dlm perut pun ada hehehehe.... tp sy sedih dgn kisah rayyan, anak yg terbiar and membesar dgn sifat dendam... but at the end hubungan ayah and ank kembali pulih...
Profile Image for Rynna.
132 reviews
September 13, 2014
done reading this novel... terhibur jugak sy membacanye.. basicly sy rase cite ni biase je.. tp garapan dari penulis menjadikan novel menarik untuk dibace.. tp sy masih tak jelas macam mana 'Aisy dan Harris boleh kahwin.. sebab mulanya Harris ni tunang Sofia, kwn Aisy... ntah la mungkin sy tak perasan kot...
Profile Image for Shafira.
63 reviews17 followers
August 13, 2022
Terlalu banyak duka yang disimpan oleh seorang wanita bergelar isteri. Kecewa biar dia saja yang tahu demi menjaga aib suami. Segala amukan dan cacian dilemparkan oleh si suami, apakah si suami tidak tahu dia juga punya perasaan? Biarlah rajuknya dibawa jauh di negara orang. Biar suaminya tahu, bukan senang hendak melupakan apa yang terjadi.

Penulisan yang baik, walaupun terlalu panjang. Kalau terlalu menghayati jalan cerita, boleh menangis tau.
Profile Image for Yuni.
257 reviews81 followers
June 20, 2014
oklah. plot dia cliché tapi penulis still boleh tarik perhatian pembaca untuk meneruskan pembacaan. cuma tak puas hati flashback nya tu macam ada yang kurang. ingatkan adalah cerita macam mana kehidupan perkahwinan mereka untuk setahun terawal tapi nothing. just macam mana diaorg boleh kahwin then bila Harris tuduh Aisy curang. Lagi satu yang tak puas hatinya adalah Aisy senang sangat kembali pada Harris. Kata ambil masa 4 tahun. sampai sanggup tinggalkan keluarga di Malaysia. tup tup kembali semula. hmm...
Profile Image for mrsbudu.
94 reviews12 followers
November 26, 2013
boleh buat koleksi..

citer ni berat ye.. berat tang emosi..
kesian dgn perjalanan hidup aisy...
tapi masih x puas hati sebab si Harris tu senang2 je nak cerai Aisy tanpa usul periksa.
x suka laki mcm ni walaupun byk watak dlm
novel lelaki mesti mcm tu..

ending kesian jgk dkt ex fiance Aisy yg sebenarnya abg Harris... so kekdahnya punca konflik dlm novel ni salah bapak harris...pi tinggal kan anaknye watpe...

sib baik ending nye ok! aisy leh pregnant...

Profile Image for Ms. Firda.
100 reviews17 followers
June 5, 2015
dah lama buy..br habis bc..mcmana tu? hehe

permulaan kisah harris dan aisy yg agak mencabar. disebabkan fitnah hancur musnah sebuah kepercayaan dan kasih syg antara dua hati.

bg me cerita yg ditulis oleh ridya iman ni agak lain dr lain..gud job buat penulis..
semoga menghasilkan karya yg lebih baik lepas ni...tdc tu bagi cepat sikit kuar ya...hehe
Profile Image for Jessica.
171 reviews
April 11, 2014
Kisah konflik perkahwinan antara 'Aisy & Harris.
Seronok baca. Walaupun Harris cemburu buta tapi sweet juga. Cara dia layan 'Aisy tu. I like. Hehehe...
Kesian kat 'Aisy juga. Cabaran hidup dia banyak sungguh.

Menunggu next novel Kak Ridhya Iman. Ouh Yeah!
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
October 28, 2014
ok MB done this book

ermm jalan cerita ok
story pun best jugak
just ada a few part tu mcm xpaham dorg ni kawin atas dasar apa
nk ulang balik mmg malas hehehe...
konflik agak heavy 4 me la..


Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
October 5, 2013
best sangat... seyesly x percaya umayr itu ialah begitu... ingatkan begini.. huhuhu.. nak tau begitu begini tue, kena beli dan baca yer.. sgt dicadangkan.. hehehe
Profile Image for Suzyanna yap.
118 reviews9 followers
October 16, 2017
Dendam yang akhirnya membuatkan ada yang terluka terseksa dan teranayai ...Kesilapan seorang ayah ..keegoan dan ketamakan seorang isteri menyebabkan orang lain yang menanggung derita...Cinta tak kenal siapa...

macam mana seorang isteri tetap menjaga aib suaminya walaupun dia diberi layanan teruk..berhadapan dengan suami yang panas baran dan kuat cemburu....watak aisy sangat sabar melayan watak Harris...

Sofea ...kawan yang sanggup mengkhianti kawan baik sendiri dengan alasan tidak mau aisy lebih dari dia..sanggup memporak perandakan rumah tangga kawan baik sendiri untuk kepentingan ..Rayyan...dendam yang akhirnya membuatkan dia kehilangan Aisy....

Kalau tgk drama memang sakit hati sebab konflik yang ada dan watak Puan sri Nora..tapi kalau baca novel rasa sakit hati tue hilang..sebab kalau novel konfliknya nda lah menyakitkan hati sangat
Profile Image for Jessy.
152 reviews37 followers
October 19, 2017
Cerita yang agak berat. Mengisahkan tentang Aisy yang mempunyai kawan makan kawan. Tunang jenis talam dua muka. Suami yang mudah bersalah sangka. Ibu mertua yang suka campur tangan. Sungguh banyak kejahatan yang berlaku dalam cerita ni. Tapi betul lah orang cakap, you get what you give. You get served what you deserve. Memang puas hati dengan ending.

Aisy. Seorang perempuan yang baik hati tetapi juga terlalu lembut hati sehingga mudah diperkotak-katikkan. Kuat berahsia dan terlalu bersabar sehingga kadang-kadang rasa geram sangat. Perlukah memendan dan berdiam diri andai ada perkara yang meragukan dan boleh mengancam keselamatan diri?

Kalau Ain kembali kepada Adam setelah 8 tahun, Aisy pula hanya mengambil masa selama 4 tahun untuk kembali kepada Harris. Tempoh masa itu sudah pastilah tidak cukup untuk menyembuhkan luka di hati. Pun begitu Aisy menerima semula kerana dia sedar masih ada cinta yang tinggal untuk suaminya.

Tapi dugaan timbul bertimpa-timpa apabila bekas kawan dan bekas tunangnya muncul semula. Kalaulah Aisy ni bertegas sedikit dan belajar mengatakan NO pada sesetengah perkara, mungkin ada perkara yang dapat dielakkan. Sebab mengapa perlu mengatakan YES kalau perkara itu bakal mengundang masalah atau menjerut diri kan.

Harris. Ya ampun cemburu dia bukan main. Dia sebenarnya seorang lelaki penyayang tapi kuat cemburu. Panas baran. Mudah berprasangka. Jadi sepanjang membaca, saya rasa Harris ni macam bom jangka, hanya menunggu masa untuk meletup.

Dari segi flashback, kenapa tak banyak cerita tentang Aisy dan Harris? Lebih-lebih lagi kisah di awal perkahwinan mereka. Nak juga tahu bagaimana Aisy mula jatuh cinta dengan Harris dan bagaimana pula Harris boleh menerima Aisy.

Last but not least, syabas dan thumbs up kepada penulis kerana menggunakan gaya bahasa yang cukup cantik dan tersusun. Terasa macam membaca novel pada zaman awal 20an. Agaknya siapa lagi penulis yang menggunakan gaya bahasa begini ya?
Profile Image for Nur Haziqah.
53 reviews2 followers
September 28, 2017
Baca novel ni sebab curious siapa Rayyan sebenarnya 😆😆😆 Nasib baik dapat pinjam daripada Perpustakaan Negara. Thanks PNM, for the e-library service 😊
Profile Image for Rina.
100 reviews17 followers
November 20, 2013
Best cite ni.. sbb plot dia lain.. smooth x pening2 tak sinetron yg berbelit2
Sungguh x sangka si rayyan tu abg harris.. ingatkan penjahat biasa2 . Conclusion yg sy suka!
Profile Image for Scha.
85 reviews2 followers
July 1, 2015
mula2 kesian gak ngan aisy..sampai hati harris buat dia cenggitu..tp lepas harris berubah..perhh...gentle..romatica de amour,,
Profile Image for シティ.
264 reviews
Read
June 20, 2020
UBacaan santai di PNM e-Reader.
Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library

Dialog/nukilan yang menarik...

"Mati itu kan pasti. Kita semua datang daripada Pencipta kita. Dan apabila sampai masanya, kita akan kembali kepada Dia juga. Apa yang kita ada, nikmat yang kita rasa semuanya adalah pinjaman daripada-Nya. Hidup kita ini adalah sebuah perjalanan yang pasti akan ada tarikh perhentiannya,”

Takdir kita untuk bahagia bersama. Derita dan sakit yang kita berdua rasa adalah dugaan, sayang. Allah hadirkan ujian kerana Dia tahu kita mampu. Dia ingin lihat setinggi mana keimanan dan kesabaran kita dalam menghadapi setiap dugaan-Nya. Abang pernah baca petikan dalam kitab Imam Ghazali, sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”

Memaafkan lebih mudah daripada melupakan. Ibarat seperti menyapu ubat pada tempat yang terluka. Luka yang sembuh pasti meninggalkan parut walaupun sakitnya sudah hilang.

Ketabahan menjadi tongkat untuknya terus mengorak langkah.

"Kita semua adalah manusia yang jahil tanpa ilmu. ‘Aisy masih ingat lagi kata-kata daripada Imam Syafie. ‘Aku mampu berhujah dengan sepuluh orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu’. Pentingnya ilmu yang berguna untuk kita belajar dan amalkan,” ungkap ‘Aisy berkongsi sedikit ilmu yang dia tahu. Itu semua juga adalah ilmu yang dikutipnya semasa menyertai kumpulan usrah ketika di luar negara.

“Harapan dan ketakutan adalah dua hal yang mewarnai kehidupan kita. Hidup tanpa harapan ibarat lauk tanpa garam. Lecah dan tawar tak ada rasa. Dan bila kita berharap, pasti akan ada perasaan takut terselit di penghujung harapan kita. Tapi kalau kita tangani rasa takut ini dari sudut yang positif, ia akan membimbing kita untuk hampir dengan-Nya..” bicara ‘Aisy penuh makna.

“Rasulullah S.A.W pernah bersabda, ‘Orang mukmin itu bukanlah pendendam’. Dendam ini adalah satu perasaan yang terjadi akibat daripada rasa marah yang meluap-luap dan bergelora dalam hati kerana bencikan sesuatu. Dendam yang tidak dikawal akan membuahkan pelbagai perkara mungkar dan sia-sia.” Tenang ustaz Haji Aziz, pegawai agama menyampaikan ceramahnya.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
October 16, 2017
Satu bintang sebab penulis ni kelihatannya seorang yang begitu tinggi kemahiran bahasa; BM dan BI. Perfect bagi saya. Satu bintang lagi sebab walaupyn speed reading dapat juga saya habiskan, meaning not entirely bad. In fact, mid book onwards, dan selwpas satu demi satu kisah sebenar terungkap, saya dapat terima bahawa punyalah banyak konflik yang disulam dalam cerita ini bukan cliche, agak complicated tapi berkualiti- konflik yang berkualiti. Perkembangan watak pun not bad. Jadi yang saya tak suka apanya?

Sungguh saya tak larat menahan gelora jiwa yang menggunung api benci terhadap Haris. Berkepok kepok dalam hati marahkan dia. Dah buat dajjal boleh pulak lagi ber-sayangx2, boleh pulak lagi demand hak sebagai suami, terbayang di mata dengan egonya mengucapkan "bla bla bla T.I.T.I.K". Haii geramnya rasa nak rodok perut dia dengan pisau Rambo. Tambah pula lagi dengan watak Aisy yang ... oh heeeshh pandai otak tapi lemah. Rupanya Aisy ni memang penyabar tahap gaban, patutlah dia boleh maafkan Harris yang dah buang dia, Sofea ex kawan rapat dia punya kekejaman pun dia maafkan, dan macamx2 orang lain buat kat dia pun dia terima dengan redha, nak buat macam mana. Tak dapat nak salahkan orang macam ni.

Apapun, nasib baik juga saya batukan hati dan teruskan baca, kalau tak, tak jumpa lah watak perempuan seperti Aisy.
Displaying 1 - 30 of 52 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.