Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bahasa Melayu: Kelebihan dan Kekurangannya

Rate this book
Karangan Za‘ba, Bahasa Melayu: Kelebihan dan Kekurangannya, dilihat sedemikan penting kerana ia membaḥathkanperi ḥāl kequwwatan yang terdapat dalam bahasa Melayu, sepertimana yang terjelma dalam perkembangan sejārah dan pengalaman ketamaddunannya.

63 pages, Paperback

First published January 1, 1954

4 people are currently reading
100 people want to read

About the author

Za'ba

17 books66 followers
Zainal Abidin Ahmad, juga dikenali sebagai Za'ba merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu keturunan Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia.

Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris.

Dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan, Za'ba menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan merupakan orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915.

Za'ba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada tahun 1916, dan kemudiannya bertukar ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (1918), Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur (1923), Kolej Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1924), Jabatan Maklumat, Singapura, (1939 sehingga 1942), Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika, Universiti London (1942 sehingga 1951), dan Universiti Malaya, Singapura sehingga (1951 sehingga 1959).

Za'ba adalah seorang yang gemar membaca dan memiliki bakat dalam bidang penulisan. Kebanyakan hasil penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalah-majalah seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh, dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa Melayu, termasuk Bahasa Pelita, dan Ilmu Mengarang. Hasil penulisannya yang lain termasuk Cerita-cerita Shakespeare yang diterbitkan oleh Percetakan Gudang Chap, Singapura.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
23 (46%)
4 stars
19 (38%)
3 stars
5 (10%)
2 stars
1 (2%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Faiz • فائز.
359 reviews3 followers
August 19, 2025
Pendeta Za‘bā menulis berkenaan bahasa Melayu—tersiar ia secara bersiri dalam Majalah Qalam sebanyak lapan tulisan. Membaca tulisan yang diterbitkan pada tahun 1954 pada tahun 2025 menimbulkan keinsafan kepada diri. Betapa masa telah menyusutkan sifat bahasa Melayu yang unggul menjadi bahasa yang kini dipandang sebelah mata oleh penutur jatinya sendiri. Bahasa Melayu, dengan segala kelebihannya, masih jua akan dibayangi dengan kekurangan apabila penuturnya tiada mempercayai kemampuan bahasa ini untuk duduk sama tinggi dengan bahasa-bahasa dunia yang lain.

Memadailah saya sekadar memetik semula peringatan Za‘bā (h. 75):

Kepada orang Melayu Tanah Melayu, biarlah kita katakan di sini bahawa bahasa kita ini sebagaimana lain-lain bahasa yang segar dan hidup juga, boleh jadi bahasa rasmī dalam pemerintahan dan jadi wāsiṭah mengajarkan pelajaran-pelajaran universiti pada ākhirnya, dengan sharaṭ diberi akan dia peluang membuat kerja itu dan dibela pelihara kesuburannya seberapa cermat dengan jalan digalakkan tumbuhnya, dipupuk, dibaja, ditambah apa-apa yang kekurangan, dan ditempakan perkataan-perkataan baharu yang munāsabah. Maka, walau apa pun dikatakan orang berlawanan dengan fikiran ini, tetapi tetaplah juga dengan tiada shakk sekali-kali bahawa jika tidak diberi akan dia peluang melayakkan dirinya bagi kerja itu nescaya tidaklah ia akan tumbuh menjadi penuh besar dan layak mengerjakannya sampai bila pun.

Za‘bā—pemukul rebana kalbu masyarakat kita dalam Dewan Persuratan dan nyaring debarannya masih terdengar ke hari ini!, seperti yang diungkapkan oleh YM Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas حَفِظَهُ الله تعالى
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books348 followers
March 8, 2015
Indah tersusun pandangan dan kritikan Za'ba terhadap bahasa kecintaannya. Sangat lunak dan manis dibaca dalam bahasa Melayu asli yang belum banyak dicemari dengan lenggok asing.

Sifat bahasa menurut Za'ba, boleh berkembang atau merosot, bergantung kepada betapa besarnya usaha kita dan keyakinan kita terhadapnya. Selain daripada sifat asli bahasa itu, dan pengaruh-pengaruh setempat, pemilik bahasalah yang perlu menyayangi dan memiliki rasa percaya diri yang tinggi terhadap bahasa sendiri.

Tersentak di akhir sekali dengan pesan Za'ba, mengenai nasib bangsa ini yang akan banyak tergantung kepada bahasanya. Andai bahasa ini tidak dipertahankan, kita mungkin kehilangan kebudayaan akhirnya, dan rentetannya pasti buruk sekali.
Profile Image for Faiz Mohd Noor.
22 reviews3 followers
February 25, 2017
3.5 bintang sebab realitinya tak sampai jangkaan. Namun, mungkin juga sebab jangkaan saya di tempat yang salah, maka ia bukan buku yang dapat menjawab persoalan saya seluruhnya.

Jangkaan:
Antara persoalan saya ialah pada sifat perkataan yang wujud dalam BM. Kita ambil contoh ahli keluarga. Untuk adik beradik lelaki, kita ada abang dan adik lelaki. Perhatian bahawa tiada satu kata yang khusus untuk "adik lelaki". Manakala bahasa jepun menggunakan "onii-san" dan untuk abang dan "otouto" untuk adik lelaki. Perhati di sini bahawa terdapat kata yang khusus untuk adik lelaki. "Brother" pula digunakan untuk abang dan adik lelaki. Tiada perkataan khusus untuk abang atau adik lelaki.

Di tempat lain pula, kebanyakan perkataan perlu dijamakkan dengan perkataan yang lain untuk memberi maksud yang tertentu. Kita ada "sarapan" untuk makan pagi, namun tak ada "lunch" untuk makan tengahhari (sehingga baru-baru ini kita boleh "merarau" dan "mencicip" di waktu petang). Kita tak ada perkataan tunggal untuk "seat" iaitu "tempat duduk". "Pedestrian" kita adalah "pejalan kaki". "Politician" kita adalah "ahli politik". Mungkin di sinilah BM dilihat tidak dapat menjadi menuturkan fikiran dalam ilmu pengetahuan, kerana kurangnya perkataan tunggal untuk merujuk kepada sesuatu perkara.

Maka di situlah jangkaan saya tak dijumpai dalam buku ini.

Tentang buku:
Kulit buku ni cantik, ada texture and rasa mahal (dan sememangnya agak mahal untuk buku 66 muka surat) kerana ada nilai eksklusifnya. Sayang nak garis2 atau conteng.

Asalnya himpunan tulisan ini berasal dari akhbar mengikut keluaran masing2. Semuanya diterbitkan 3 tahun sebelum merdeka. Ketika ini masih ramai yang menggunakan jawi sebagai tulisan mereka. Tulisan rumi yang ada pun ditukar dari jawi dalam bentuk yang tak ada piawaian disebabkan pertukaran sistem tulisan pada masa ini masih sangat baru. Maka dalam buku ini ada beberapa cadangan dari Zaba untuk menyatukan dan piawaikan ejaan dari jawi ke rumi (supaya tulisan Rumi dalam Malaya dan Indonesia menggunakan cara ejaan yang sama).

Kelebihan BM ialah pada kebolehannya menyerap bahasa-bahasa dagang sebagai miliknya sendiri. Namun Zaba sendiri juga tahu bahawa BI juga mempunyai sifat kelebihan yang sama, dan disebabkan itulah sekarang BI berkembang sepertimana hari ini. Selain itu, kita mempunyai pelbagai bidalan, syair, gurindam, seloka, pantun dan simpulan bahasa yang membuatkan BM agak unik.

Kekurangannya yang ditulis dalam buku ini ialah kurangnya karangan (pada ketika itu) yang ditulis dalam BM jati. Kebanyakan hikayat2 lama diterjemah dari parsi, arab dan india yang menyebabkan jalan2 bahasa itu bukanlah jalan bahasa melayu jati. Maka dalam buku ini juga Zaba menyarankan agak penuntut2 pengajian tinggi untuk menulis sebolehnya dalam bahasa melayu untuk menggambarkan pemikiran dari perspektif orang melayu itu sendiri.
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews173 followers
January 28, 2015
Orang Melayu akan berasa Bahasa Melayu itu mudah apabila baru sedikit belajar, tetapi apabila sudah bertahun-tahun mempelajarinya, barulah dia sedar bahawa Bahasa Melayu ini tidak berpenghujung.

Koleksi transliterasi tulisan Jawi Za'ba ini membawa pembaca untuk menilai kembali laras bahasa yang dimiliki selain mempersoalkan kepentingan Bahasa Melayu itu sendiri.

Misalnya, penulis mempersoalkan apagunanya pembacaan sekiranya orang Melayu hanya berpuas hati dengan Bahasa Perbualan sahaja?

Penulis kemudiaannya menyebut beberapa istilah bahasa yang sering dipinggirkan oleh masyarakat kini lantaran Bahasa Pasar dan menyarankan kepada penuntut-penuntut lepasan luar negara untuk turut membaca karya-karya lama Bahasa Melayu yang kaya kosa kata.

Kata penulis, tidak mustahil untuk mereka yang melakukan pembacaan bermula karya Bahasa Melayu dari dahulu hingga kini mampu menguasai bahasa dan menulis lebih baik daripada penulis-penulis hebat hari ini kerana bahasa itu adalah bahasa kita.
Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
July 22, 2014
Siapa berani membicarakan kelebihan dan - terutamanya - kekurangan bahasa Melayu kalau bukan Za'ba!
Profile Image for Iza B. Aziz.
224 reviews29 followers
December 11, 2022
Saya cukup bertuah bertemu buku 𝘽𝙖𝙝𝙖𝙨𝙖 𝙈𝙚𝙡𝙖𝙮𝙪 𝙆𝙚𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙠𝙪𝙧𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖 di perpustakaan. Tak fikir lama terus sahaja buat pinjaman di kaunter.

Buku ini merupakan usaha pihak Akademi Jawi memulihara ilmu dan nasihat yang dicurahkan oleh pemikir hebat tuan Pendeta Za'ba. Ia adalah gabungan nukilan Za'ba ketika menjadi penulis ruangan khas di Majalah Qalam, April hingga November 1954.
_____________________
Sepanjang bacaan, baru saya sedar banyak perkara yang saya tidak tahu tentang Bahasa Melayu dan tulisan Jawi. Bila membaca akan jasa dan peranan besar Bahasa Melayu dalam mengeratkan hubungan sosial, jambatan ilmu dan jaringan ekonomi. Rupanya kita banyak berhutang dengan bahasa sendiri.

Ya, memang wujud kelemahan Bahasa Melayu tapi patutkah ia ditinggalkan kerana sifatnya yang kecil? Za'ba acap kali memohon anak bangsa bijak pandai untuk menelaah lebih sedikit supaya dapat meluaskan lagi rangkaian Bahasa Melayu.

Ia juga antara cara untuk kita berbakti pada nusa bangsa.
_____________________
Jika awak juga seperti saya yang sering mempersoalkan perbezaan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia. Ada pencerahan yang baik dalam buku ini.

Saya juga suka bila Za'ba membayangkan Bahasa Melayu seperti suatu entiti. Jadi ia wajib dijaga, disayangi, diberi kerja dan disuburkan.

Dari segi bukunya pula, pihak penerbitan langsung tak lokek dengan nota kaki. Terasa tamak bila membaca tambahan nota kaki yang menerangkan segalanya cukup lebar. Dibahagian belakang buku turut diletakkan penulisan asal Za'ba yakni dalam tulisan Jawi.
_____________________
Usai bacaan, saya terfikir apa agaknya pendapat Za'ba tentang penggunaan Bahasa Melayu kita di zaman ini. Risaukah beliau? Sukakah beliau?

Buku wajib baca untuk penutur Bahasa Melayu.
_____________________
Profile Image for Luqman Tarmizi.
41 reviews3 followers
December 14, 2024
"Bahasa Melayu itu suatu bahasa yang senang...setelah kita pelajari kaan dia selama sepuluh minggu, kita akan rasa kita telah tahulah segala yang ada hendak diketahui di dalamnya. Tetapi setelah kita pelajari akan dia selama sepuluh tahun, kita rasa yang kita tidak akan dapat mengetahui semua yang ada di dalamnya sampai bila pun..." - Ajar Diri Awak Bahasa Melayu

Bahasa Melayu punyai kelebihan dari sudut tatabahasa yang tidak terlalu rumit dan kaedah sebutan yang relatifnya mudah, ditambah pula sifat anjal dan adaptif terhadap keperluan semasa yang membolehkannya menyerap unsur-unsur asing, lalu "dijadikannya miliknya dengan tiada merosakkan kepada dirinya."

Berkat kelebihan inilah ia muncul sebagai pemenang di rantau Nusantara ini, lalu ditabal sebagai lingua franca, di tengah-tengah pertarungan sesama bahasa serantau yang lain.

Namun secara objektif juga Za'ba mengakui kelemahan ketara Bahasa Melayu, iaitu kekurangan karya asli dalam bahasa sendiri. Hikayat-hikayat penting semisal Hikayat Muhammad Hanafiyyah, Hikayat Pendawa dan Hikayat Abu Nawas, semuanya disadur dan diterjemah dari bahasa-bahasa Parsi, India dan Arab.

Maka disinilah vakum yang perlu diisi penulis-penulis tempatan yang digesa oleh Za'ba supaya mempelajari ilmu persuratan Melayu, demi memelihara keaslian dan kemurnian bahasa, serta menjaga pusaka kebudayaan yang diwarisi sejak turun temurun lamanya.
Profile Image for Zaharahanum Kamarudin.
38 reviews4 followers
July 9, 2020
Buku ini mengandungi 11 bab. Setiap bab merupakan makalah yang disiarkan dalam majalah Qalam, pada April hingga November 1954, sebuah majalah bertulisan Jawi.

Penulis membincangkan luasnya penggunaan bahasa Melayu yang meliputi hampir seluruh rantau Asia Tenggara terutamanya dalam pelbagai bentuk urus niaga rakyat tempat hingga wujud bahasa Melayu moden, selain terkenal juga dengan gelar bahasa surat, bahasa pasar dan bahasa kitab. Gelar tersebut muncul berdasarkan tempat bahasa Melayu itu digunakan dan cara penggunaannya. Hal yang demikian ini berikutan mudahnya bahasa Melayu itu disesuaikan dengan keadaan menyebabkan penggunaannya begitu meluas pula.

Walau bagaimanapun, sebagaimana terbukanya bahasa Melayu itu menerima beribu-ribu perkataan untuk disesuaikan dengannya, pengguna bahasa Melayu itu sama ada yang menuliskannya mahupun yang menuturkannya juga perlu berfikiran terbuka dan “mengurus” penggunaan bahasa Melayu itu dengan sebaik-baiknya. Bahasa Melayu juga boleh membicarakan hal yang dikatakan “berfikiran tinggi” kecualilah orang Melayu itu sendiri yang tidak mahu menggunakannya.

Buku ini sangat baik dibaca oleh pencinta bahasa Melayu bagi mengukuhkan kecintaan terhadap bahasa ini. Apatah lagi sejarah penggunaan bahasa Melayu juga terkandung dalam buku ini.
Profile Image for Eimad.
174 reviews24 followers
June 2, 2015
Ini adalah tulisan Pendeta Za'ba dalam majalah Qalam yang bertulisan jawi dan dihimpunkan serta ditransliterasi oleh Klasika Media-Akademi Jawi Malaysia. Walaupun tulisan telah mencecah setengah abad (ditulis pada tahun 1955) namun ia masih relevan pada hari ini malah tidak keterlaluan jika dikatakan sesetengah tulisan yang bersifat meramal telahpun menjadi kenyataan.

Tuan Za'ba(seperti yang dibahasakan oleh editor majalah Qalam) memulakan tulisan dengan sejarah ringkas dan pengenalan kepada status bahasa Melayu di sekitar Nusantara serta imbasan kegemilangan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di Nusantara yang dibandingkan dengan bahasa Perancis sekitar abad ke-16. Tuan Za'ba mengutarakan kelebihan bahasa Melayu yang menurutnya lebih mudah dipelajari serta bersikap terbuka dengan mudah menyerap perkataan yang baharu serta tatabahasa yang tidak mengelirukan. Saya teringat satu pembacaan sebelum ini bahawa ini merupakan sebab kenapa bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa rasmi Indonesia walaupun populasi Jawa lebih ramai(perlukan pengesahan fakta). Saya juga tertarik dengan petikan yang dimasukkan Tuan Za'ba ke dalam bab iaitu berbunyi lebih kurang bahaya bahasa Melayu itu tersangatlah mudah dipelajari namun mustahil untuk dikuasai.

Dalam bab-bab yang seterusnya tuan Za'ba banyak memperkatakan perbezaan Melayu moden dan Melayu lama yang kemudian dipecahkan lagi kepada bahasa surat dan bahasa kitab. Tuan Za'ba juga mengkritik penulis dan penterjemah yang mempunyai ijazah luar negara yang menterjemah secara semborono tanpa mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bahasa Melayu yang digelar tuan Za'ba sebagai bahasa dagang dalam kitab Melayu dagang. Saya tertarik dengan hujah ini kerana ini semakin ketara pada hari ini yang lebih diburukkan apabila mereka yang sedemikian memegang jawatan penting di peringkat atasan (higher echelons) lantas wujudlah "hipertensi" satu pemerkosaan bahasa apabila "darah tinggi" sudah wujud, serta kota yang diberi nama "presint", "parcel" dan lain lagi yang melambangkan "inferiority complex" yang juga disentuh oleh Tuan Za'ba yang menegur mereka yang menganggap bahasa Melayu lebih rendah berbanding bahasa dagang yang mereka kuasai. Akan tetapi Tuan Za'ba tidaklah menghalang malah beliau menggalakkan lagi usaha menterjemah dan mengarang asalkan mempunyai niat yang ikhlas ingin belajar kerana Tuan Za'ba beranggapan jika mereka tidak merasakan bahasa Melayu itu lekeh nescaya lama kelamaan mereka akan menghargai dan memahami bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Saya menyokong sepenuhnya saranan tuan Za'ba untuk terus memperbaiki bahasa Melayu dan seterusnya meninggikan darjatnya sebagai bahasa persuratan dan sains. Jika sebelum ini kita dihebohkan dengan usaha pemindahan teknologi maka adalah baik jika kita turut berusaha untuk pemindahan istilah dan konsep dengan mengikut kaedah yang tepat. Saya kira setiap yang pakar dalam bidang masing-masing seperti perubatan, fizik, falsafah, dan lain-lain perlulah mendalami bahasa Melayu dengan kaedah yang tepat dan tertib supaya pemindahan ilmu itu akan berlaku. Usaha penterjemahan haruslah digiatkan dan bukanlah tertumpu kepada kesusteraan semata-mata namun sains jua. Semoga satu hari ini bahasa Melayu akan menajdi seperti apa yang diimpikan oleh Pendeta Za'ba.
Profile Image for Izzah Ridzuan.
17 reviews
September 5, 2022
Karangan-karangan ini ditulis oleh Za'ba beberapa tahun sebelum Malaya mencapai kemerdekaan (Tahun 1954) dan disiarkan di Majalah Qalam selama 8 keluaran. Tuan Za'ba menulis tentang kelebihan Bahasa Melayu yang telah menjadi Lingua Franca yang digunakan di seluruh Kepulauan Melayu walau apa pun etnik dan dialek mereka. Adapun bahasa ini, jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa tertua di dunia masih banyak kelemahan dan kekurangannya.

Tuan Za'ba juga menasihati penuntut-penuntut Melayu yang belajar di Eropah atau Tanah Arab agar mengambil berat dan memperkajikan bahasa yang diturunkan oleh nenek moyang mereka ini. Jika ada yang kurang, maka perbaikilah dan gunakan ilmu yang ada itu untuk menaikkan martabat bangsa, budaya, dan agama. Beliau juga memesan agar kita sentiasa mengingati jasa tokoh-tokoh Bahasa Melayu dari kalangan orang Barat yang telah mengenalkan bahasa dan budaya kita kepada bangsa-bangsa mereka.

Mungkin itu adalah salah satu daripada hikmah Tuhan apabila orang-orang Barat itu datang ke Kepulauan Melayu ini, bukanlah semata-mata untuk menyusahkan. Di setiap yang buruk, pasti ada juga baiknya. Namun, untuk memperkayakan Bahasa Melayu ini, seharusnya bangsa Melayu sendirilah yang perlu 'menaikkan darjatnya'. Dan tidaklah naik sesuatu bahasa, melainkan bahasa itu menjadi sumber kepada ilmu pengetahuan yang ada di dunia ini.

Berhentilah memandangkan rendah terhadap bahasa dan budaya peninggalan nenek moyang kita, dan bekerjalah untuk memajukannya, agar generasi seterusnya akan merasa bangga pula. Wallahu'alam.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.