Betul, ini buku gembira. Anda tidak akan stress kerana kisah cinta bersegi-segi atau terkucil dek kisah hantu berterbangan, membaca Burgermpak akan membuat anda tergelak atau paling comel pun tersenyum :). Buku ini memuatkan cerita-cerita pendek dari tiga penulis yang setiap seorang punya deria komedia yang bagus.
Hamba suka buku ini pertamanya kerana ia cantik. Warna biru pada kulit buku bertambah elok parasnya apabila setiap helaian dari buku ini juga berwarna sama. Dan meski ada beberapa cerpen gagal untuk hamba fahami komedinya, buku ini masih membuat hamba gembira dengan beberapa cerpen lain. Misalnya;
* Sistem Pesanan Ringkas oleh Bias - Sumpah, cerpen ini sangat comel!
* Canggung Katarsis oleh Aloy Paradoks - Cerpen ini mendapat ucapan “Ceh!” paling panjang dari hamba. Hehe.
* Kisah Terakhir Aku di Car Wash oleh Rayza Mukmin - Hamba gelak paling kuat untuk cerpen ini.
Tetapi secara keseluruhan, cuma tiga bintang dari hamba. Mungkin lain kali, lain buku, boleh bagi lebih - kalau hamba segembira ini lagi untuk mencuba. ;P
Jenaka yang telus tak dibuat-buat. Aku pun ketawa tak dipaksa-paksa. Macam bayi mengekek apabila digeletek. Tiada yang berat-berat, semuanya ringan macam kapas. Ketiga-tiga penulisnya barangkali sayang benar sama Amri, Jon dan Sarip kerana memahat abadi nama-nama itu di sini.
Cover buku dalam ni dengan yang saya tengah pegang ni lain betul. Adakah ada dua cover buku?. Yang saya pegang ni, ada gambar Rayza Mukmin sebagai model kulit buku dengan matanya mengeluarkan cahaya kuning.Haha. Mulanya, tak perasan gambar Rayza Mukmin ni. Tapi lepas baca baru belek, baru dapat recall mamat ni. Pernah masuk MLM 2016. Pernah la tengok dia buat standup comedy.
Ianya merangkumi cerita yang ditulis oleh 3 orang iaitu Aloy Paradoks, Rayza Mukmin & Bias. Adakalanya, saya rasa cerita Aloy & Bias lebih mudah difahami dan yang penting kelakar la jugak.Tapi untuk cerita Rayza tak semua boleh gelak. Kadang mcm krik krik dalam kepala otak. Ke saya seorang manusia yang susah nak faham joke kiasan? Haha. Tapi ok la, dari kau yang kelakar tapi tak menulis satu buku apa pun haha. Lagi la sedih.
2021 baru baca Burgermpak ni membuatkan saya automatik rasa ketinggalan zaman dan keretapi. Tapi, better late than never kan. So, saya rasa mungkin buku ini boleh dijadikan bahan bacaan santai. Secara peribadi, saya suka beberapa kisah dalam ni antaranya ialah:-
Hilang Fokus, Muniady Mengamuk, Vroom! Vroom!, Amri nak solat?, Amri dan adiknya, Milah dan beberapa lagi.
Aku suka lawak-lawak dalam buku ni, lebih-lebih lagi melibatkan watak Amri. Ada gak bila aku teringat balik lawak-lawak yang aku suka dalam Burgermpak ni, aku tergelak balik, sorang-sorang.
Sememang Burgermpak adalah sebuah buku gembira untuk semua orang baca time tengah bosan. Bagi happy, ceria balik mood tu :)
tak plan langsung nak beli buku ni. ter beli masa aloy datang melaka jual buku dari kereta haritu. buku santai. tapi, kalau depa ni macam bertanding, aku akan bagi bias menang. because i'm bias like that. you got what i mean? whatever.
Nak burger McD ke burger KFC ke Burger King hatta Burger Bakar Abang Burn sekalipun,ini lah resepinya. Jangan baca setiap tajuk cerita dalam buku 'satu hari boleh habis baca' ini. Paling senang,buka plastik burger dan makan. Baru gempak. Baru boleh sendawa. Bang,satu lagi burgempak!! Mayonis lebih!
koleksi cerpen yang comel. perbualan sahabat yang menarik yang kadangkala tak pernah terfikir nak buat. tak semestinya dekat kedai buku tak boleh mengorat aweks kan? realiti hidup pun ada dalam ni. fun reading orang kata. terkekek-kekek gelak dalam library.malu jugak.