Novel ini berkenaan seorang ustazah yang menjadikan kitab Bidayatul Hidayah sebagai bahan pengajarannya. Bidayatul Hidayah bermaksud Permulaan Taqwa. Ia diambil bersempena nama sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali. Menerusi novel ini, kisah mujahadah menepis cinta ini bermula gara-gara penglibatan kedua-dua watak utama dalam penganjuran satu seminar yang dipanggil SEMINAR BIDAYATUL HIDAYAH.
Kitab Bidayatul Hidayah umpama satu manual harian seorang Mukmin yang menyentuh aspek-aspek utama kehidupan mereka. Begitu juga dengan kaedah penulisan novel ini yang cuba menyentuh beberapa permasalahan utama yang sering timbul dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu dan kekuatan mujahadah, manusia mampu merentas bidayatul hidayah atau permulaan taqwa.
Bidayatul Hidayah mungkin bukan satu nama asing bagi ahli-ahli agama namun ia satu nama yang agak baharu bagi masyarakat seluruhnya. Justeru diharapkan menerusi pemahsyuran semula nama ini akan menarik perhatian mereka untuk membaca kitab Al-Ghazali ini dan memanfaatkan isinya.
Naskhah yg begitu indah.... Review to come later. Banyak yg perlu dihadam...
My Review...
Sejujurnya naskah ini saya beli kerana ia ditulis oleh junior saya dan niat saya adalah untuk memberi sokongan kepada beliau. Setelah dibeli, terlalu banyak alasan yang saya cipta untuk tidak membacanya. Buku tak berbalut. Ada buku lain dalam listing pembacaan. Kekangan kerja dan 1001 alasan lain. Tetapi sebenarnya saya malu untuk mengaku bahawa jauh di sudut hati saya merasakan yang sebenarnya hati ini sahaja yang tidak cukup hidup untuk membaca buku tarbiah seperti ini. Astaghfirullahalazim.
My first impression was naskah ini pastinya akan sukar dihadam dan sukar untuk menghabiskannya tetapi alangkah salah sekali tanggapan saya. Buku ini sungguh indah. Terlalu penuh dengan pengajaran dan terlalu banyak ilmu di dalamnya sehingga saya merasa marah dengan diri ini kerana mengambil masa terlalu lama untuk memulakan pembacaan. Sesungguhnya rasa rugi kerana tidak membacanya sebaik saja naskah ini sampai ke tangan saya.
Setiap helaian yang diselak menambah rasa kagum dengan kurniaan dan suntikan ilmu dari Allah kepada penulis. Terlalu banyak ilmu yang terkandung di dalam naskah ini yang boleh dimanfaatkan oleh setiap lapisan golongan. Dari sekecil-kecil dosa sehinggalah sebesar-besar pahala. Apa yang saya rasakan, adalah penulis cuba meyampaikan pelbagai perkara tetapi sekiranya detail elaboration dibuat, pastinya novel akan menjadi tebal dan bagi saya, novel tarbiah yang tebal pasti akan saya miliki tetapi bilakah pembacaan itu berlaku, itulah persoalannya. Tetapi walaupun pelbagai perkara diwujudkan di dalam naskah ini, ia tidak sedikit pun mengganggu pembacaan saya kerana susunan ceritera dan olahan yang cukup kemas. Penulis mencuit serba sedikit setiap perkara dan kerana itu, ia memberi ruang kepada saya untuk bersantai dan berdiskusi dengan my significant other. Berbincang tentang apakah yang cuba disampaikan oleh Bonda Nor. Secara tidak langsung, mengingatkan dan menyedarkan kami dimanakah pengakhiran kehidupan kami sebenarnya. Biasalah, masing-masing sibuk mengejar keindahan duniawi sehingga kenikmatan akhirat dipandang sepi. Fitrah manusia. Bila susah, impikan kesenangan. Bila dah senang impikan kemewahan. Bila dah mewah, terus mengejar kekayaan kerana tidak mahu kembali susah. Astaghfirullahalazim.
Bagi saya, naskah ini naskah yang biasa-biasa saja. Cliché, in fact. Cerita tentang kehidupan masyarakat sekarang. Tiada cerita yg baru. TETAPI diolah dengan cara yang cukup luar biasa sehingga ia menjadi begitu istimewa dan dekat di hati saya. Kenapa? Kerana setiap bab ada pengajaran disebaliknya. Ada ilmu untuk dipelajari dan kesedaran untuk dilakukan. Dan, yang paling penting naskah ini tegak berpaksikan Syariat Islam.
Unexpected ending but definitely a beautiful ending. Memang saya betul-betul tak expect ending sebegini tetapi saya tetap puas hati dengan endingnya. It's like a fairy tale that came true but not quite….. Tapi yang pastinya, bagi saya, apa yang penulis cuba sampaikan adalah… Bila kita yakin dengan Allah, hasilnya… Subhanaallah manis sekali.
Mungkin kerana naskah ini adalah hasil tulisan junior saya, maka saya bias? Itu terpulanglah pada pandangan masing-masing tetapi review saya selama ini memang berdasarkan apa yang saya rasa. Sekiranya bagus naskah itu, ianya datang dari Allah kerana Allah yang mengurniakan bakat yang begitu besar kepada penulis tersebut dan sekiranya kurang indah naskah itu, adalah kerana kelemahan penulis itu sebagai Hamba Allah. Oleh yang demikian, saya memilih untuk memuji naskah yang baik kerana saya memuji Allah dan siapa saya untuk mencemuh naskah yang kurang indah kerana saya juga Hamba Allah yang menumpang hidup sementara di bumi Allah ini. What I can say is that I’m giving a full recommendation to read this book kerana bagi saya naskah ini boleh merawat penyakit hati.
Kudos to the author, Bonda Nor.
Nota kaki: SAYA TUNGGU BUKU AWAK YANG LAIN, Bonda Nor….
Pertama, tahniah diucapkan kpd penulis kpd berjaya menulis novel tarbiah yg menarik. Dialog dan penceritaan yg sangat mencuit hati. Ini pertama kali sy membaca novel tentang kisah yg menekankan tentang aspek kecurangan dan lebih2 lg kecurangan dalam perkahwinan. Mungkin penulis memfokuskan pembaca yg dalam golongan dewasa yang sudah berkahwin, namun bg saya yg belum pun tetap mendapat ilmu yg berguna.
Ia mengisahkan bagaimana Hanna Mardhiah, seorang pensyarah dan juga isteri kepada Farhan cuba untuk menangani godaan dari Rafiq, pelajar eksekutifnya. Masalah turut timbul dalam rumahtangganya apabila Farhan mula merasa rendah diri dgn kelemahannya yg tidak mampu dalam memberi nafkah. Pengakhiran yg bkn sad ending tapi juga bkn happy ending...tetapi bukan juga open ending. Kalau nk tau, sila baca sendiri.
Banyak ilmu dan pengajaran yang dapat saya kutip dari novel ini, seperti yg menjadi tagline novel ini, iaitu 'Tiada istilah kebetulan dalam kehidupan ini. Setiap perkara yang berlaku akan menjadi asbab kepada perkara yg lain.' Inilah yg membolehkan kita sentiasa berbaik sangka dengan Allah, even terjadi perkara-perkara yang memudaratkan. Tentang konsep ikhlas dalam beribadah, tentang betapa halusnya godaan syaitan dalam kehidupan seharian kita dan banyak kata-kata hikmah/hadis yg menarik diakhir setiap bab.
Tertarik dgn kata-kata ini; 'Aku tidak pernah menguruskan sesuatu yg lebih sukar sepertimana aku terpaksa menguruskan hati dan jiwaku sendiri. Adakalanya ia menyokongku dan adakalanya ia menentangku.' (Imam al-Ghazali)
Hubungan antara pensyarah-pelajar yang berlainan jantina mampu mengundang terbitnya perasaan dalam jiwa.
Cemas dan berdebar ketika membaca rentetan peristiwa di dalam Saya Tunggu Awak.
Bukan mudah bermujahadah mempertahankan cinta dan setia kepada suami, mempertahankan maruah diri dan keluarga, memperkukuh benteng diri dari terjebak melakukan maksiat...semuanya mampu dielak apabila iman dan taqwa bertapak kukuh dalam diri.
Subhanallah. Sudah lama saya tidak membaca novel. Sebenarnya melihat kepada tajuk, saya berfikir banyak kali sebelum membelinya. Ya, saya bias. Beli kerana promosinya begitu hebat ketika itu. Apatah lagi apabila melihat nama-nama besar memperkatakan buku ini ;)
Terima kasih penulis, kisah realiti yang digarap begini menyedarkan dan memberi peringatan. Khususnya buat saya yang bekerja. Status sebagai isteri dan muslimah yang taat perintah Allah perlu dipelihara baik-baik.
Moga Allah jauhkan fitnah dunia dan dijauhkan musibah. Allahu akbar.
Bila saya bagitahu rakan-rakan yang saya sedang membaca novel ini, the first question yang keuar dari mulut masing-masing is WHAT ?
Hehe
Tak salah mencari kelainan, dan jika anda mahukan kelainan yang lengkap dari segala bentuk penyampaian, maka bacalah kisah ini.
Tarbiahnya tidak berat, jalan penceritaannya baik, wataknya baik, endingnya...tang tu ajelah..I'm a sucker for happy endings untuk semua watak but I understand why the writer did it that way. Bravo ! Tak ramai yang memilih untuk meng-endingkan watak utama sebegitu tapi ia dibuat in such a way that you don't drown in your sorrows but revel later in the glory of qada' and qadar. Bahawa setiap pertemuan dan kejadian di dalam hidup kita tidak perlu kita sesalkan, berlapang hatilah untuk menerima percaturan Allah sebaik yang kita mampu.
Sebuah novel tarbiah yang ringan tak terlalu berat isi ceritanya… setiap bab ada diselitkan riwayat…
“Kita hidup di dunia ini seperti berlakon juga. Allah sebagai penulis skrip. Nabi sebagai pengarah yang akan sampaikan isi skrip itu. Malaikat sebagai jurukamera yang akan rakam semua yang kita buat. Nanti di padang Mahsyar, ada acara tayangan semula. Manusia akan tengok balik semua yang dia lakonkan di dunia ini. Siapa berlakon ikut skrip dan dengar cakap pengarah, dia akan dapat trofi…dimana trofinya adalah syurga dan skripnya ialah Al-quran”.
Cerita yang banyak fakta penggalak berfikir. Selain yang langsung seperti isi dan syarahan kitab Bidayatul Taqwa, ada maklumat tentang hadith, fiqh, munakahat dan faraid. Ada fakta yang menjadi ilmu baru untuk saya. Seronoknya membaca cerita menambah ilmu.
Cuma ada beberapa kesilapan pengeditan. Contoh paling ketara, dialog oleh orang lain tapi ditulis yang bercakapnya orang lain. Agak tercucuk mata dan terganggu pembacaan 'Cikgu BM' ini. Hehehe.
Apa pun, untuk jalan cerita dan ilmu di dalamnya, saya tetap beri lima bintang!
Tajuk nampak je Cliche tp isi dlm terisi sgt. Terisi dgn saratnya ilmu. Cuci mata sikit dgn deraian air mata dgn kisah takdir Hanna Mardhiah,Rafiq Aqlan dan Farhan.
Kisah mereka serba lengkap baik ilmu tips berkeluarga,didikan anak,formula jodoh, sirah perjuangan zaman Nabi,pendidikan kanak2, dunia kaunseling,undang-undang mahkamah,pemilikan rumah dan perniagaan,fiqh,faraid,kenal dgn ulamak Imam Al-Ghazali,kenali kitab, Cinta hakiki,tarbiah diri, ilmu dakwah dll.. dalam 1 buku tapi 1001 ilmu boleh dpt.
Dunia ustazah Hanna dengan pelajar Pengajian Islam Rafiq. Gelaran yg di pandang tinggi oleh masyarakat ini juga diuji dengan ujian hati kerna dia insan biasa.Namun mujahadahlah yang menentukan gagal atau lulus ujian urusan hati mereka. Watak Rafiq lebih mendominasi jd buat diri nak ending dgn Raf waktu inilah diuji antara akal, nafsu dan hukum untuk aku sendiri lawan rasa. Selama aku baca jenuh fikir siapa tunggu siapa? Boleh ke dia tunggu sedangkan terang bersuluh takkan dpt? Dia nk tunggu macam mana lagi? Tak sangka ending dia twist macam tu😅
Saya Tunggu Awak sebuah kisah yang sarat dengan ilmu dan perkongsian pengalaman, namun dijalin dengan kisah dramatik dan romantik yang menarik serta tidak membosankan. Mengisahkan Hanna seorang pensyarah kaunseling menghadapi konflik dengan Rafiq salah seorang pelajarnya yang mengambil subjeknya di Universiti Al-Quran Malaysia. Rafiq seorang CEO hotel meminati Hanna walaupun dia tahu Hanna sudah mempunyai suami; Farhan. Hanna juga berhadapan dengan masalah rumah tangga dengan Farhan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Bagaimana Hanna menghadapi situasi ini? Apakah Rafiq berjaya memikat Hanna? Apakah Farhan berjaya membina keluarga bahagia bersama Hanna dan anak-anak? Semuanya dikisahkan di dalam novel Saya Tunggu Awak.
Pertama kali membaca karya bonda nor. Sesungguhnya buku ini sangat sarat dengan nilai dan input berguna yg disulam melalui kisah rumah tangga seorang ustazah.
Penulis bijak menyampaikan nasihat, hadis dan ayat Al Quran melalui penceritaan
Buku novel yang memberi kesan mendalam kepada saya
Untuk menjadi hamba Allah yang patuh, isteri yang solehah, ibu yang bijak dalam mentarbiah anak-anak dan anak yang berbakti buat orang tua
Watak Hanna, menjadi inspirasi untuk menjadi wanita solehah yang berbakti buat ummah.
Jadilah kamu orang yang memberi manfaat kepada ramai orang, tinggalkan bekalan yang baik untuk hari akhirat mu. Moga kamu hidup dalam redha dan kasih sayang Allah
A story of a marriage life full of bittersweet and how to handle it based on the basis of my own religion Islam. you can learn a lot from the story and the characters. really. And the plot is arranged amazingly! Loaded with various emotions. A very good read to everybody.