Dannial Mirzan (Nial): Sungguh! Dia tidak pernah suka main kahwin-kahwin! Tetapi, dia tetap menurut permintaan kawannya itu. Dan siapa sangka beberapa tahun selepas itu mereka betul-betul diijabkabulkan dalam usia yang belum menjangkau dua puluh tahun! Sama ada menyerah atau merampas cinta isterinya itu, dia terpaksa mengikut kata hatinya. Atau... dia patut berpaling kepada Chill?
Dahlia Zahirah (Ira, Lia): Memang dia pernah berangan-angan untuk memakai baju kurung putih dan berselendang sambil duduk bersimpuh menanti bakal suami menyempurnakan ijab dan kabul. Tetapi, tidak pernah dia terfikir untuk bernikah dalam waktu sesingkat ini. Bukan Dannial Mirzan, orang yang dia tidak begitu kenali. Dia tahu yang dia terpaksa merahsiakan pernikahannya daripada pengetahuan Paied!
Fadhiel Hazri (Paied): Dia sayang gadis itu. Dia prihatin dengan gadis itu. Dia suka perhatian yang diberikan oleh gadis itu kepada dirinya. Sentiasa menyokongnya di tepi padang. Tetapi, semenjak cuti semester gadis itu menjadi seorang yang memendam perasaan. Lebih banyak berdiam daripada bercakap. Lebih banyak tersenyum daripada tertawa. Kenapa dengan gadis itu? Apa yang mengusutkan fikirannya?
Shieyna Maria (Chill): Dia benci dengan Dahlia. Dia merasakan yang hidupnya menjadi seperti itu kerana Dahlia. Dulu Paied dan sekarang Dannial. Dia yang bersusah payah menjerat Dannial tidak akan membiarkan Dahlia mendapat jejaka itu. Memang dia kecewa apabila gagal menggoda Paied yang sempurna segalanya. Dan dia sanggup membuat APA SAJA agar tiada seorang pun dapat menghancurkan kebahagiaannya.
Pernah baca novel ni kat blog. Tapi rasa lain sikit lah. Mungkin penulis buat sedikit perubahan. Tapi apa yg ML boleh kenal pasti.... Hahahhah... Well, u Known me. Bukan ML lah kalo x carik kekurangan kan... Kecuali penulis favorite ... Hehehehe
Okey... ML rasa, byk kekurangan novel ni. Tp, sbg "anak sulung" okey lah ... Kalo anak no. 2 dan seterusnya, mmg tak lah....
1. Nama pena tu... Heemmm.... Susah jugak eh nak reka nama pena ni. Mcm ada yg dah guna jer..
2. Cerita ni, dr awal mmg membuat pembaca tertanya-tanya,. Bkn sebab rahsia yg tersembunyi, tp sbb ada beberapa part yg mcm x releven. Cth, masa Nail pergi sana nak sambut anniversary. Kata si Lia, lg dua bulan. Nail kata 25 Oktober. Lia Pulak kata 30 Oktober ... Dua bulan ke jarak tu... Ke mata ML berpinau.. Maklumlah dah tgh mlm
3. Kejadian Lia balik jumpa Nail. Katanya dah smp pukul 11mlm. Boleh Pulak duk main play doh. Haih.... Dan part mak budak tu dtg jemput... Bg salam jer... Anak dia lari... Then terus ghaib mcm tu saja. Takutnya ML ...
4. Tp kan... ML sukalah idea dekat bab2 akhir tu bila penulis bg flashback ... Eh eh... ML suka ^_^
5. Lagi satu, diorg tu mmg satu sekolah ke.. Dr sekolah menengah... Cerita mcm hubungan akrab dah lama.... Tapi serius ....ML mmg x leh cerna umur mereka dlm karya ni...
Dahlia dan Dannial diijabkabulkan ketika mereka berusia 19 tahun. Jodoh mereka dipilih oleh kedua-dua ibu bapa mereka. Dahlia dan Dannial seorang pelajar di sebuah institusi. Dahlia di Sabah dan Dannial di Semenanjung Malaysia.
Dannial menerima Dahlia dengan hati yang redha. Dahlia pula keliru kerana dia menyayangi Paied, teman lelakinya. Setelah kembali semula ke Sabah, Dahlia mula berasa tawar hati kat Paied. Kesimpulannya, dia jatuh cinta kat Dannial.
Hanya rakan2 tertentu sahaja yang mengetahui perkahwinan mereka.
Dahlia dan Dannial suka chat di eternity room. Mereka menggunakan nama Chill n Sly. Dahlia memilih nama Chill kerana Chill merupakan musuhnya yang suka menyusahkannya.
Chill telah berpindah ke kolej di Semenanjung Malaysia kerana dia diugut oleh Dahlia. Apakah ugutannya ;). Gara2 sekeping gambar, Dahlia berjaya menghalau Chill. Tetapi, Chill rupanya sekolej dengan Dannial. Pelbagai peristiwa yang berlaku sehingga menyingkap bagaimana Chill dan Dahlia dulunya berkawan boleh menjadi musuh.
Chill cuba memerangkap Dannial dan dia berjaya. Program yang diadakan oleh kolej mereka telah berjaya menyingkap pelbagai peristiwa yang selama ini menjadi rahsia antara Dahlia, Chill, Claudia dan Rina. Kehilangan DK menyebabkan mereka tertarik akan kehilangan Razi.
Siapakah Razi, Tengku Alisya, Nazim? :)
Novel nie...kalau tak baca sampai habis...anda takkan paham...jalan cerita pun ok...kepada yang dah ada novel nie...baca jangan tak baca...