Jump to ratings and reviews
Rate this book

Fobia Kumpulan Cerpen

Rate this book
Sejauh manakah anda mampu berhadapan dengan mimpi paling ngeri? Apakah yang sanggup anda lakukan untuk menghapuskan perkara yang paling ditakuti?

Selami 16 kisah pendek yang membongkar antara sisi tergelap dalam perasaan manusia, FOBIA. Zaman kanak-kanak yang gelap, pengalaman ngeri di hospital, menjadi saksi tragedi pembunuhan, dan pelbagai lagi cerita gentar dan debar dimuatkan dalam kumpulan cerpen ini.

Kita semua punya FOBIA. Apa ketakutan anda?

282 pages, Paperback

First published September 1, 2013

1 person is currently reading
44 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (8%)
4 stars
9 (14%)
3 stars
28 (45%)
2 stars
13 (20%)
1 star
7 (11%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews31 followers
November 16, 2013
Aku suka covernya..sedikit kelainan & UNIK!!! Inilah DOODLES...
Semuanya ada 16 cerpen yang terkandung dalam novel FOBIA ini...ada nama2 besar seperti Attokz Dikulgai, Muhammad Fatrim, Dayang Noor & Faizal Sulaiman & kebanyakkan yg lain adalah nama2 baru...

Malangnya permulaan cerpen,Permainan... aku tertanya2 apa perkaitan dengan FOBIA..tetiba si ayah mengamuk membunuh isteri & anak perempuannya...gara2 permainan zombie...bukan itu sahaja, penamat cerpen untuk novel ini Keris Si Iblis dalam kategori seram pun tidak mencapai kepuasan semaksima yg mungkin pada aku...Fobianya...entah!!!

Antara yang menarik & d best bagi aku cerpen Makna Hidup...kisah thanatophobia di olah dengan berkesan buat aku...Cerpen Panggil Aku Algojo, banyak penggunaan perkataan2 baru bagi aku...Cerpen Komplot, Bilik F-0131-4, Nama Aku Nami & Keras masih boleh di terima & di hadam...

Manakala cerpen yang mengundang sedikit tawa pada aku adalah cerpen Telefon Berbunyi...Cerpen Takdir, ceritanya biasa2 sahaja tapi di sbbkan nama2 watak tersebut ku kenali...agak sedikit kelakar...

Boleh di katakan ada 2 buah cerpen yang berkaitan dengan HOSPITAL..kebetulan barangkali...Keras & Aku Bersamamu...

Aku mengharapkan ada cerpen drpd Khairul Nizam Bakeri juga...hampanya tiada!!!!
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
January 25, 2014
Berdasarkan takrifan Kamus Dewan, fobia membawa maksud ketakutan yang amat sangat akan sesuatu. Pada tafsiran aku hanya beberapa cerpen sahaja yang menjurus kepada fobia. Manakala selebihnya buat aku tertanya-tanya apakah ini trauma atau sebenarnya paranoid?
Profile Image for Hajar.
284 reviews
July 27, 2014
27-07-2014:

Fobia; sejenis penyakit yang dipengaruhi oleh pemikiran manusia berdasarkan pengalaman buruk yang dialami dan kemudian bawa pengaruh yang sangat kuat dalam kehidupan seharian. - m/s96; Telefon Berbunyi - Hidayatus

Ya, memang betul. Macam dalam kisah Telefon Berbunyi ni pun watak pelakunya ada rasa fobia terhadap ayam. Ye, AYAM. Bunyi macam kelakar tapi itulah hakikatnya. :)

Memang banyak variasi fobia yang digambarkan dalam kumpulan cerpen ni. Ada kisah fobia saksi pembunuhan, fobia bersalin, fobia patung, fobia kegelapan (suka cerita ni sebab penulis pandai twist di akhir cerita), fobia hospital, fobia terhadap mak mertua pun ada dan macam-macam lagilah. Nak tahu lebih lanjut kenalah baca. ;)

Bila baca buku ni buat saya terfikir apa relevannya kefobiaan kita terhadap sesuatu tu. Kekadang, bila dah terpeta rasa fobia tu dalam minda kita seolah tak mahu melawan rasa fobia yang ada tu. Kan? Hmm..

Terima kasih buat si pemberi buku. Mudah-mudahan bertambah murah rezeki dan maju jaya dalam dunia penulisan. :D
Profile Image for Syaihan Syafiq.
Author 14 books137 followers
January 30, 2014
Hanya cerpen dari Dayang Noor yang benar-benar terasa dekat dengan komposisi dan tema fobia yang ditunjangkan. Selebihnya bagi aku biasa-biasa sahaja, bagaikan terlalu mencuba.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
April 11, 2014
Sebenarnya aku tak sukakan cover. Ya, aku suka doodles tapi aku tak suka doodles sebegini. Bukankah doodles [pada hematku] sepatutnya comel-comel belaka?

Abaikan, ini bukan review..cuma my personal preference hahaha :P

Full review: 11/04/2014

Setelah baca beberapa ulasan di GR, aku memang tak letak apa-apa expectation untuk buku ni. Padaku, ada beberapa cerpen yang berjaya menaikkan rasa fobia dalam diri, dan selebihnya biasa-biasa saja.

Aku suka dengan variasi yang ingin ditonjolkan – ada yang fobia dengan hospital, saksi kes pembunuhan, waktu kecil yang menakutkan, fobia mengandung/bersalin pun ada. Ha, ada lagi fobia yang tak aku sebutkan. Nak tahu? Baca, baca dan baca sendiri *wink* Aku memang tak akan mengulas panjang, dah nama pun cerita kontot-kontot, ya tak? hahaha :P

Aku tinggalkan dengan petikan tulisan Attokz Dikulgai ini, yang berjaya buatkan aku tersedak juga lah:-

“Manusia adalah haiwan yang pandai berkata-kata tetapi sering takut dengan sesuatu yang mereka sendiri tidak ketahui. Kau harus akui itu.” – pg52


Perghh... sensitif juga ni hahaha

Ps: Tahniah awak! Moga langkahmu makin ke depan & terus bersinar seperti bintang :D
Profile Image for Syukri.
157 reviews9 followers
November 3, 2013
Cerpen Fobia dari Roman. Memuatkan 16 cerpen tentang fobia yang dialami oleh manusia. Dalam 16 cerpen terdapat beberapa cerpen yang aku rasakan terbaik dan seronok bila aku baca.

Komplot karya Dayang Noor
Bilik F-0131-4 karya Faizal Sulaiman
Aku Bersamamu karya Muhammad Fatrim
Mencari Akhir karya Orkid
Makna Hidup karya Maimun Abdullah Hadi
Keras karya Nurhayati Ishak

Dalam banyak cerpen yang terbaik, aku paling suka Mencari Akhir dan Makna Hidup. Kedua-dua cerpen ini mengisahkan tentang kehidupan pasangan yang telah berkahwin tapi mempunyai pengakhiran yang berbeza. Munngkin aku lebih tertarik baca buku love story sebab tu aku pilih 2 cerpen ni sebagai cerpen yang paling menarik.

Kalau ikut cerpen yang paling unik aku bagi kepada Bilik F-013-4. Tajuk cerpen itu sendiri dah unik. Tak nak spoil, kalau nak tahu sila bila :)
Profile Image for Web Sutera.
Author 30 books64 followers
February 2, 2014
Ada cerita yang bagus dan mencapai matlamat. Ada yang kurang, malah saya tidak memahaminya dan tidak mencapai matlamat kisah fobia.

Namun, tahniah untuk semua penulis yang terlibat. Banyak yang perlu diperbaiki.
Profile Image for hans.
1,158 reviews152 followers
January 30, 2014
Potion 'fobia' tidak cukup. Atau mungkin juga saya terlalu mengharap. Ada dua yang saya suka -- Senja Oh Senja (saya selalu gemar dengan idea penulis ini) dan Makna Hidup (jalan cerita yang sungguh biasa tapi saya suka gaya penulis bercerita).

Entah kenapa tiba-tiba ada watak Azhar dalam Bilik F-0131-4.

(dan ia sepatutnya 'turquoise' dan bukan 'torquiose')

Profile Image for Hikaoru.
944 reviews25 followers
October 13, 2014
Fear, according to the Longman Dictionary of Contemporary English is a strong unreasonable fear of something. It seems that most fears are only reasonable to the one experiencing them.

The review is going to be just super short comments on each story. Thanks so much Sabil (le lovely roomie) who lent me this book.

1. Permainan- Scary and cool.

2. Patung- The scientific explanation for the night terror just kills it. :/

3. Senja Oh Senja- My head hurts. Its like Freddy Krueger played with a time turner.

4. Komplot- It was disgusting yet interesting. Sad to say that I've watched all those icky images.

5. Telefon berbunyi- Funny.

6. Musuh Yang Nyata- Creepy as heck. Here I thought Khai was a night in shining armour and the mum was dead.

7. Bilik F-0131-4- I dislike endings like that. When the stories are just dreams or simply illusions.

8. Aku Bersamamu- This has starts from being a book about phobias to something out of a horror movie. I expected Kalisha to be a ghost. Not both. Eek. But appropriate title.

9. Mencari Akhir- It was good of him to help her but I'm conflicted because he did promise not to change her. At the same time her realisation comes easily someone with a phobia though. Let's chalk it up to love shall we?

10. Makna Hidup- We live like we're never gonna die, that's why death seems so unexpected to us. But love the quote "Life is not simply breathing." Some people die at 25 and buried at 75. *sigh* probably me in 5 years though.

11. Nama Aku Nami- This is what I'm afraid of. People convincing you that your fears are illogical and in the end they can kill you.

12. Mati- The only thing you should fear is fearitself.

13. Keras- So-so

14. Takdir- Instead of fear of marriage, it’s more towards fear of commitment

15. Keris Si Iblis- In the end, the ghost didn't really get her revenge. I was so hoping she would but alas it was not meant to be.
Profile Image for Arshad Adam.
31 reviews1 follower
December 27, 2013
Bought the book because of the cover, so yes I judged this book by its cover. Some stories are nicely written and narrated, while some are not. Fobia, as the title suggests is a collection of short stories that takes FOBIA as its theme. While some writers achieved that in their stories, some did not. Nonetheless, it is actually worth judging it by its cover.
Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
April 8, 2015
Rasa macam nak komen each cerpen. Tapi rasa macam malas.

Overall, idea each story tu menarik. Tapi macam tak cukup power lagi. Ada certain tu rasa macam tengah baca essay budak sekolah.

Ada satu dua cerita bagi aku goosebumps. (Aku rasa aku memang jenis tak boleh baca cerita seram yang ada entiti pelik-pelik ni)

Fav aku: Komplot by Dayang Noor.
Profile Image for Dan Qirin.
34 reviews
November 7, 2013
kalau cerpen pilihan. gua pilih. Senja Oh Senja by Azrin Fauzi
Profile Image for Faizal.
14 reviews
November 17, 2013
Paling gemar dengan Senja oh Senja. Azrin Fauzi tak pernah mengecewakan. Komplot, Musuh yang Nyata, Mencari Akhir dan Makna Hidup.
Profile Image for Wan.
11 reviews
March 19, 2014
Teruja pertama kali membeli buku dari Roman. Buku cerpen yang mengangkat tema FOBIA. Sangkaan sedikit tersasar ketika membaca cerpen pertama dalam senarai kandungan. Sama sekali lari dari landasan yang sepatutnya. Bukan itu sahaja, ada beberapa cerpen yang tidak menepati tema. Yang lain bagus. Yang paling menarik adalah cerpen tulisan brader Faizal Sulaiman iaitu Bilik F-0131-4 yang menceritakan tentang 'Claustrophobia'. Apa pun, satu percubaan yang bagus. Boleh diperbaiki lagi. Dari segi pemilihan cerpen yang betul - betul menepati tema yang ingin disampaikan..
Profile Image for Zetty Khairunisa.
125 reviews2 followers
July 3, 2015
Ini je ke??? Hampir tiada identiti pembacaan alternatif dalam karya ini. Watak remaja yang bersepah dalam setiap cerpen tak mengundang fobia dewasa. Romanbuku? Yelah,takkan nak sama dengan Fixi dan Lejen.
Profile Image for Nur Ainn.
68 reviews1 follower
January 29, 2014
x smua cerpen dlm ni menepati isihati aku,ada yg kurng phm jln critenya,ada yg blh dihadam dgn baik,ada yg x capai tahap fobia buatku,ada yg mndtgkn fobia lps mmbacanya...karya siapakah yg menepati dan tidk menepati rasa hati ini??biarlh aku saja yg tau..
Profile Image for Farrah.
62 reviews2 followers
April 8, 2014
Kumpulan cerpen ni best tapi ada sesetengah cerita tak faham sangat mungkin imaginasi aku ni yang tak boleh nak bayangkan apa penulis nak sampaikan... apa pun tak spoil... best... jangan FOBIA nak baca sudah hoho
Profile Image for Sha Mohamed.
2,521 reviews1 follower
February 3, 2017
Akhirnya.. Berjaya juga habiskan..
Ada sesetengah cerita agak sukar dihadam..
Selebihnya memberi mesej dan juga menusuk di hati..Semua orang ada fobia..
Author 2 books29 followers
May 22, 2014
mcm banyak yg x kena tema kot
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.