Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pemegang Watak Cinta

Rate this book
“Hah!!! Ya Allah, aku dah langgar orang! Ibu! Tolong Wafa, bu! Wafa dah jadi pembunuh.”

Dan dari situ segalanya bermula...

WAFA AMANI. Gara-gara rasa cuaknya, dia mula mencipta pembohongan. Identiti Tengku Aakif Nawfal ditukarnya menjadi Ali, seorang lelaki biasa.

TENKU AAKIF NAWFAL. Seorang pewaris syarikat hartanah yang hilang identiti diri angkara musuh dalam selimut. Dunia barunya hanya bersama keluarga kecil Wafa Amani. Tanpa disangka, berlaku suatu peristiwa yang memaksa dia dan Wafa Amani bersatu.

Apabila seorang cikgu Matematik yang garang, kedekut dan digelar harimau jadian tapi comel persis Heliza terpaksa menjadi pemegang cinta buat Tengku Aakif Nawfal, seorang lelaki hilang ingatan, apa yang akan jadi?

“Awak, keluarlah cepat. Bilik air ni bukan untuk awak mandi seorang aje tau.” – WAFA AMANI

“Kalau bilik air kat dalam rumah ni tak boleh mandi seorang, maksudnya kena mandi berdua ke?” – TENKU AAKIF NAWFAL

“Eee, geram betul aku dengan mamat ni! Yang famili dia pun tak reti-reti nak datang kutip ahli keluarga dia yang sesat di dalam rumah ni ke?” – WAFA AMANI

568 pages, Paperback

First published January 1, 2013

15 people are currently reading
110 people want to read

About the author

Nurrul Shuada

5 books14 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
41 (32%)
4 stars
47 (37%)
3 stars
30 (24%)
2 stars
4 (3%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
January 9, 2019
3.6*
Saya realised one thing, buku zaman entah bila ni, sering downplay the role of a woman, especially a wife. Tapi role of a mother or granny, harta dan darjat, dia naikkan. Dan ia juga lebih memihak pada hak kaum lelaki. Hampir kesemuanya takut jatuh miskin atau kononnya tak mahu menderhaka. Alahai, adakah ia menunjukkan bahawasanya perempuan melayu ni sebenarnya penyabar dan terlalu taat atau nak sampaikan bahawasanya mereka ni golongan yg kurang memahami hukum fiqah ke? Bukankah lelaki dan wanita ada hak masing2 yg telah di gariskan dengan jelas.

Kenapa? Sebab saya baca novel ni di tahun pertama mula berjinak dgn novel melayu. Kiranya, pemikiran belum lagi kena psycho teruk dgn novel2 curang atau sebagainya.

Mcm ada trend gitu. Tahun tu jenis yg melodrama, dan novel yg keluar kebanyakannya berunsur cari jodoh dgn istikharah dan berendam airmata..then kahwin paksa or rela, walaupun mmg dari dahulu begitu tapi mcm berpusu2 novel genre begini dikeluarkan..lepas tu novel curang berderet2 pula keluar..belum masuk lagi gabungan thriller, mistik dan seram..

Kisah ni pula taklah seberat mana plotnya. Saya suka watak Wafa yg garang walau ada part tu mcm geram je..bila di depan mata mcm acuh tak acuh dah berjauhan merindu..padan muka. Aakif before and after memory dia recovered, his love for Wafa never changed. Sweet, loving, selamba and humble.

Tak lupa juga bab di mana nenek Aakif cuba menguasai his marriage kerana tidak setaraf dan takut harta jatuh pada tangan orang lain. As usual, ingin menjadi isteri yg taat tapi suami di tinggal. Ini bukan taat ini menderhaka. Sebab apa dia tinggalkan suami sebab tak nak Aakif kehilangan harta dan keluarganya. Kira ibarat syurga suami pada ibunya gitu. Alahai..lemau betul. Belum lagi part langau seperti Mia dan Qistina. Taklah begitu kronik tapi hampir sahaja.

Author ada masuk sikit babak thriller yg membuatkan Aakif hilang ingatan sebelum bertemu dgn Wafa. Overall percubaan yg baik untuk her first novel..nak review lebih dah tak berapa nak ingat. hehehe.
Profile Image for Madam Lola.
213 reviews37 followers
September 21, 2014
Hemmm...mcm mana nak ckp eh... Keseluruhan karya ni, santai. Jalan ceritanya sedikit mendatar... Sedikit jer... Penulis kurang bermain emosi. Tapi, bijak hidupkan watak sengal si Wafa dan Mar. X tahan betul nak gelak part cadangan merapu si Mar kpd Wafa, bagaimana nak tolak permintaan mak longnya. ML agak tidak suka dengan klimiknyer.. Bila Wafa diminta utk tinggalkan AAkif... Kurang mengancam olahan dr penulis membuatkan karya ini x ada yg special.

ML dah lama tinggalkan dunia Korea-Taiwan-Jepun. So, bila org ckp karya ni sama mcm mana2 cerita seangkatan dgn mereka... ML mmg blur x tahu nak ckp... Cuba korang ckp citer ni sama mcm citer hindustan, confirm ML tahu... Minat yg satu tu masih sebati... ML dan hindustan, bagai irama dan lagu... Berpisah tiada... Hahahhah....

Rate:3/5
Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
October 27, 2013
Buku ni boleh dihadam dengan baik. Lagi pun penulis ni adalah buku pertama dia. TAHNIAH buat penulis. Cerita buku ni mengingatkan saya pada drama Korea ( Save Last Dance For Me lakonan Ji Sung ) dan drama Taiwan ( Prince Turns To Frog lakonan Ming Dao ). Mesti penulis peminat drama taiwan dan korea. Keselurahan cerita dalam ni menarik.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
October 14, 2013
best jugak cerita ni..walaupun penulis baru..ada kelainan ceritanya..

suka ending dia..sgt comel Aakif dan Wafa...
Profile Image for Hikaoru.
953 reviews25 followers
October 7, 2018
We know how formulaic romance novels are. This basically ticks all the cliche
-motor vehicular accident
-amnesia
-backstabbing close family members
-arrange marriage
-rich guy, poor guy tropes
-miscommunication
-sexy, terrible ex

Did I miss anything? Yeah, basically I'm reading this knowing all that could happen but I like the fact that the writing is funny....the cheesy stuff can be forgiven.
Profile Image for rina.
25 reviews1 follower
November 26, 2025
is that im to late to read this novel ?
HAHAHHAH
apa apa pun best , dari sepupu fake to be real husband and wife.
Dari accident terus hilang ingatan forever will be destiny yeap. But dont worry jalan cerita dia santai takde plot twist pun just santai santai je
heheh bye
Profile Image for SHdnome.
10 reviews1 follower
March 18, 2021
Keselutuhan aku bg rate 3.5⭐️

Bg aku cerita ni biasa2 je..ok lah..nk kata best sgt x juga..aku boleh msuk lah dgn penceritaannya..
Profile Image for Ija Ladyinpurple.
4 reviews1 follower
December 11, 2013
hemm mcm mana ya nak bagi tau,mula2 agak boring tapi maybe ni buku pertama penulis so xpe la kan..maybe next book akn lebik bagus, but...the story bagus la jgk..walau x habis baca lg dan masih separuh perjalanan tapi cukup tuk saya cakapkan yg best story ni santai ja..seperti buku2 yg lepas2 yg saya cakapkan..saya suku buku2 yg romantik kerna jiwa saya sangat romantik hehehe...tapi koleksi buku saya yg ni x menghampakan saya seperti buku2 yg lain...
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
December 18, 2014
Book #1 - 2014

Surprisingly good. Jalan cerita familiar but maybe because cik writer managed to make it menarik to me, I got hooked terus! The story is not boring because it's not just focusing onone issue -- mencari siapa yg cuba hendak membunuh tengku nawwfal aakif. Then agian, i might think it's good, others might not. ☺️
5 reviews3 followers
September 14, 2015
Saya bca novel nie dlm masa sebulan..kadang2 berjaga mta.. teruk kan perangai tegar pembaca novel nie...hihihi...tapi,apa pun novel nie mmg terbaik...i like this novel..nice job adik...tapi ada lah skit2 tu kena perbaiki...sikit lagi jer...akhir2 tu mmg best endinglah kan...
Profile Image for Miss Ja.
39 reviews1 follower
June 16, 2016
Bestt.. Tapi rasanya buku nie boleh buat sambungan lagi - watak adik tengku, watak adik heroin, dll
Profile Image for Isma Zahara.
21 reviews6 followers
November 10, 2016
Bacaan yang ringan...relax je baca buku ni..xde stress walaupon nampak cam misteri nusantara sket haha..
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.