Menegur kesilapan orang itu mesti kena dengan caranya. Jika tersilap gaya, orang yang ditegur itu bukan sahaja akan menolak saranan kita, malah kita mungkin akan kehilangan seorang saudara.
‘Maaf Cakap’ merupakan kritikan penulis terhadap kesilapan cara berfikir. Setiap kali merenung kesilapan dan mencatatnya, nota-nota itu dikongsi kerana kesilapan-kesilapan itu jugalah adalah kesilapan yang sama dilakukan oleh orang ramai.
Isu-isunya termasuklah bisnes, motivasi, politik, sosial dan sumber manusia. Disampaikan secara berlapik namun ada juga yang intinya menusuk ke dalam jiwa.
Buku motivasi ini sangatlah bermanfaat bagi pembaca untuk merehatkan otak & muhasabah diri...Banyak manfaat yang di perolehi & membuatkan aku cuba berfikiran positif...
Mengandungi 5 topik yang di utarakan penulis...Motivasi, Sosial, Sumber Manusia, Bisnes & Politik...semuanya merupakan catatan penulis di dalam segmen akhbar Sinar Harian & di kumpulkan menjadi buku sebegini...mudah di fahami & menggunakan bahasa baku...terselit pelbagai sindiran & kritikan kepada masyarakat, orang2 politik & pembaca...
Tamat pembacaan buku ini. Ada ketika terasa kena lempang, kena cubit, kena sergah. Ada yang terus terang, banyak yang amat berlapik kata, dan ada juga yang sipi-sipi serta samar-samar.
Di beberapa bab, saya bermonolog, "Orang tua ini membebel." Umumnya bacaan baik untuk ditaakul dari sisi pandang penulis.
isu dan kritikan yang ditampilkan penulis sgt hampir dgn manusia zaman ini. kebanyakkannya mmg mengena tepat ke dahi sendiri. Bahan yg sgt baik untuk muhasabah diri. mana-mana yang lupa diri, bnyk rungut, mengeluh amat disarankan baca buku ni. Maaf cakap bnyk yang pnulis bagi untuk motivasi tapi nk berubah tu ttp pilihan sendiri.
cerita-cerita pendek berdasarkan pengalaman hidup penulis. boleh dijadikan ikhtibar dalam kehidupan. tebal sikit buku ni tapi harga tak mahal sgt. rasa berbaloi sangat lah :)