Jump to ratings and reviews
Rate this book

CINTA PENCURI MIMPI

Rate this book
ali pertama mereka bersua, Airis jatuh dari pokok. Yang lebam punggungnya, tetapi yang jatuh hati pula Zahier. Jatuh tahap gaban kononnya. Kali kedua terserempak, Zahier tertolak Airis ke dalam lopak air. Airis yang basah lencun tapi Zahier pula yang kelemasan dan mahu Airis menyelamatkannya. Mengada-ngada.

Keliru. Itu yang Airis rasakan. Lelaki ini peguam atau pencuci pinggan? Puas dia mengelak tetapi Zahier pula seperti magnet yang merosakkan koordinat hatinya. Siang teringat, malam terbayang dan di antaranya ada bisa rindu yang berdenyut-denyut.

“Zahier, awak kaki buli yang baik hati.”

“Airis... awak gadis yang terlalu naif.”

Bagi Airis : Saya bukan naif. Saya cuma gadis biasa yang boleh jatuh, jatuh dan jatuh kalau awak terus senyum dan mengusik ritma jantung saya yang sudah tidak normal.
Sedangkan Zahier : Saya bukan lelaki yang baik untuk awak Airis. Kalaulah awak tahu, usahkan ke hujung dunia, selangkah pun pasti awak tak mahu mendekati saya.

Lalu di kategori manakah cerita cinta mereka? Kisah manis kategori terlebih dos dan bahagia hingga ke akhir hayat. Atau kisah masam payau kategori sakit jantung dan hidup berantakan kerana janji ALLAH, ujian itu sentiasa ada untuk hamba-NYA yang terpilih.

400 pages, Unknown Binding

First published October 1, 2013

3 people are currently reading
81 people want to read

About the author

Lynn Dayana

52 books65 followers
Lynn Dayana atau nama sebenar beliau Roslinda Mohammad dilahirkan pada 21 November 1973 dan dibesarkan di Batu Pahat, Johor. Berkelulusan dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Management (Major in Marketing, Minor in Advertising). Kini bekerja sebagai District Training Officer di Pizza Hut Rest Sdn Bhd.

Beliau sangat meminati penulis-penulis seperti Jodi Picoult, Nora Roberts, Dan Brown, John Grisham, Samsiah Mohd Nor. Jika Benar Cinta ditulis atas dorongan sahabat baik yang kini sudah kembali ke rahmatullah. Dia menjadi editor tidak bergaji. Bermula dengan 7 helai yang dihantar kepada Alaf 21 dan kemudiannya peluang mengikuti kursus, membuatkan saya lebih bersemangat mahu menulis dan berkongsi pengalaman hidup serta rakaman imaginasi yang diharapkan boleh menjadi tauladan kepada peminat dunia novel.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
21 (24%)
4 stars
46 (52%)
3 stars
15 (17%)
2 stars
4 (4%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
December 3, 2013
Idham. Si nakhoda kapal yang gagal mengendalikan pelayaran hidup sekaligus membuatkan anak kapalnya terumbang ambing di hempas gelora. Itulah gambaran sifat Idham. Dia seorang ketua keluarga yang gagal di dalam membentuk keluarga bahagia. Dia seorang ayah serta suami yang gagal di dalam mendidik anak dan isteri.

Selepas kemalangan yang meragut nyawa isteri dan anak perempuannya, Idham mula sedar. Satu-satunya anak yang masih dia punyai, iaitu Zahier perlu diselamatkan daripada terus merosakkan hidup.

Zahier. Dia punya pakej lengkap. Anak daripada keluarga berada. Punya kerjaya yang bagus, serta syarikat guaman sendiri. Semuanya cukup sempurna. Ya. Sebagai lelaki, di mata masyarakat dia adalah seorang yang perlu dikagumi. Tetapi, sebagai hamba Allah, dia manusia yang gagal. Langkahnya sudah jauh tersasar. Berpeleseran di kelab-kelab. Perempuan kiri kanan dalam rangkulan.

Kerana sikap Zahier sebegitu, bapanya nekad membiarkan Zahier berdikari. Segala bantuan kewangan disekat. Aset harta dibekukan. Berlaku juga peristiwa hitam terhadap diri Zahier. Diperangkap oleh salah satu teman wanitanya, buat dirinya terasa kotor.
Lalu, Zahier mencampakkan dirinya ke dalam dunia yang baharu. Dunia yang serba kekurangan. Dari situ dia mula belajar erti hidup. Hidup silamnya dilupakan. Termasuklah Airis.

Airis. Dia wanita yang terhimpit oleh 3 lelaki. Zahier. Si pendekar bujang lapuk yang pandai bermain senjata. Senjata yang bernama asmara. Airis pernah dipanah rasa. Yang akhirnya membuatkan hatinya tertusuk luka. Berdarah.

Khalid. Teman yang disenangi. Namun, keletah Khalid yang sudah beristeri buat jiwa Airis sesak. Sukar untuk bernafas.

Fuad. Sepupu yang suka membuat onar. Demi harta, dia sanggup mempergunakan Airis.

Zahier hilang punca. Airis pula hilang rasa percaya.

Dalam mengharungi badai pergolakan, Zahier dan Airis ditakdirkan bertemu semula. Masihkah ada ruang buat Zahier untuk menebus segala silap dahulu? Airis. Mampukah hatinya membuka ruang untuk sebuah cinta setelah dikecewakan?
Usah merajuk dan usah cemburu. Curilah hatiku dan terus bawa lari.

Kata saya:
Sebelum membaca, saya telah dipesan oleh penulisnya, bahawa naskah kali ini tidak seperti naskah-naskah yang sebelum ini. Tiada unsur thriller mahupun misteri. Makanya, saya tak meletakkan sebarang jangkaan.

Kali ini ceritanya agak ringan berbanding Cinta Untuk Disewa. Maksud ringan, ialah dari segi emosi pelaku utamanya. Zahier. Sekalipun dia jenis tipikal hero cerita melayu, kacak-anak orang berada-peguam-stok playboy bagai, tapi dia berjaya buat kita rasa tak menyampah dan mahu menyumpah dia. Pendek kata, dia bukan kategori hero poyo (maksud poyo di sini, yakni; emo tak tentu hala, macam lalang, lembik, ego tahap gunung Everest, romantik tahap semut boleh mati kena diabetis) LOL.

Zahier, dia adalah lelaki yang mampu mengendalikan emosinya. Kekurangan Zahier mungkin kerana dia pernah terbabas ke lembah hina. Di sini, saya nampak perubahan sikap Zahier. Dari dunia kelam ke cerah.

Airis. Rasanya, dialah yang paling kasihan. Sesak jadi diri seorang Airis. Seksa menanggung rasa. Mujur Airis jenis heroin yang tak mudah mengalah. Nekad membuat keputusan, walau kadang-kadang memakan diri.
Tahniah buat penulisnya , Lynn Dayana untuk naskah yang terbaharu ni. Adegan manisnya pun tidak terlalu bergula. Manisnya, sesedap rasa. Seperti jus buah-buahan. Masih boleh hilangkan dahaga.

P/s: tercari-cari juga watak Tuan Inspketor tu, walau sudah dipesan ini bukan seperti genre yang selalu :p *ketegaq punya budak*
Profile Image for Ririn Aziz.
797 reviews107 followers
March 12, 2015
3.5 bintang

Setelah kehilangan isteri dan anak perempuannya dalam kemalangan yang tidak diduga, Idham merasakan dia perlu membuat sesuatu untuk membawa kembali satu-satunya anak yang masih ada ke jalan yang benar. Dia berasa kesal, kerana terlalu leka mengejar harta dunia, kebajikan isteri dan anak-anak ke arah akhirat diabaikan. Zahier perlu diselamatkan dari terus hanyut dalam dunia keseronokan yang tidak membawa apa-apa. Lalu dia tekad untuk menyekat segala kemewahan yang selama ini dicurahkan buat Zahier.

Zahier Arshad, peguam muda yang sedang berada di puncak kejayaan. Dengan rupa yang tampan dan keluarga yang berada, Zahier menjadi kegilaan para gadis di kelab-kelab malam yang selalu dikunjunginya. Padanya, itulah cara untuk dia melepaskan tekanan selepas penat seharian bekerja keras. Lagipun, dia bukannya jahat mana pun, dia tidak minum dan tidak meniduri perempuan. Prinsip ini masih dijaga, walaupun saban waktu dia digoda.

Pertama kali terpandang Airis, hatinya terasa sesuatu. Walaupun tidak tahu siapakah gadis itu, namun masih jelas terbayang wajahnya yang manis berlesung pipit. Pertemuan demi pertemuan yang tidak pernah dirancang membuatkan dia semakin ingin mengetahui siapa dia. Entah kenapa, hatinya seolah-olah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih dekat, padahal dia adalah gadis bertudung yang tidak berpakaian seksi, jauh sekali bandingannya dengan gadis-gadis yang didampinginya di kelab-kelab malam selama ini.

Walaupun kewangannya dan kerjayanya telah disekat oleh ayahnya, Zahier tetap tidak insaf. Masih ada nenek yang menyokongnya. Neneknya yang memang sejak dulu membenci ayahnya. Namun, selepas kejadian hitam itu, Zahier mula sedar. Terasa amat kotor dirinya ketika itu. Lalu dia mengambil keputusan untuk mengembara mencari semula erti hidupnya yang hanyut selama ini.

Perjalanannya membawa Zahier ke JB. Di sini, Zahier ingin memulakan hidup baru. Bekerja sebagai pencuci pinggan di gerai Pak Halim membahagiakannya. Malah layanan mesra Pak Halim sekeluarga membuatnya bersyukur kerana ditemukan dengan mereka yang baik hati menerimanya tanpa syak wasangka. Di sini juga dia mula kembali mencari Tuhan. Solat yang selama ini ditinggalkan, ditemui kembali. Malahan dia juga suka mengikut Pak Halim ke surau mendengar ceramah-ceramah agama.

Airis yang terjumpa Zahier di sini terkejut. Ehh...Zahier ni peguam atau pencuci pinggan? Walaupun cuba ditanam rasa benci setelah mengetahui lelaki itu pengunjung setia kelab malam dan berpeluk sakan dengan perempuan seksi, perasaan ingin tahu tetap ada di hatinya. Ingin diketahui apa yang membuatkan Zahier jadi begitu. Dan mungkin juga ada rasa lain yang tidak mahu diakui Airis.

Zahier pada mulanya cuba mengelak dari Airis kerana merasakan dirinya tidak layak bergandingan dengan gadis itu. Dirinya telah kotor, tidak layak untuk gadis sebaik Airis. Namun, mulut kata lain, hati kata lain. Kata tak nak, tapi tetap cemburu.

Ternyata jodoh mereka begitu kuat. Biarpun jauh melarikan diri, akhirnya bersatu juga. Biarpun masing-masing tidak mahu mengakui rasa yang mula wujud di hati.

Tidak sampai sebulan mereka bahagia, dugaan datang bertimpa-timpa. Mak Uda dan anaknya Fuad yang tidak putus-putus untuk merampas perniagaan restoren Airis, Khalid yang telah beranak isteri masih mahu mengganggu Airis dan juga Stacy yang mahu membalas dendam. Ketika inilah kekuatan ikatan mereka diuji.

Pengakhirannya...happy ending.

Hmmm....susah juga nak bagi rating untuk novel ni. Keseluruhannya ia adalah naskhah yang baik dengan penggunaan bahasa yang baik. Sekali baca, memang terasa buku ni terbitan Alaf 21...hehe. Entahlah, dah lama juga tak baca buku Alaf 21, tapi rasanya tetap sama. Seolah-olah kembali ke waktu itu.

Graf pembacaan turun naik. Mula-mula agak mendatar, mungkin turun sedikit sebab saya tak berapa setuju dengan cara Idham untuk membawa Zahier kembali dari dunianya yang hanyut. Dia dibiarkan sendiri; tanpa keluarga, tanpa sahabat dan semestinya tanpa kemewahan. Idham berasa bersalah kerana mengabaikan kebajikan akhirat keluarganya, tapi caranya seolah-olah dia menghukum Zahier di atas kesalahan yang dia sendiri lakukan. Dia mahu Zahier mengasihani dirinya yang akan menanggung kesalahan sebagai bapa yang tidak mencorakkan kehidupan anaknya dengan baik, tetapi caranya? Zahier dibiarkan terumbang-ambing mencari jalan pulang sendiri. Ya...mungkin Zahier perlu dibiarkan susah supaya dia lebih menghargai kehidupan, tapi sepatutnya dia perlu dibimbing. Orang yang buta, tuli, pekak, jalan pun tempang, kalau dibiarkan mungkin akan lebih sesat jadinya. Zahier insaf pun kalau nak dikira bukannya disebabkan tindakan Idham, tapi setelah diperangkap Lili.

Tapi lepas Zahier mula sedar dan ingin mencari semula dirinya, masa ni graf naik sikit. Masa ni rasa sweet jer. Tapi manis yang tak keterlaluan. Dua-dua pun (Zahier dan Airis) masih cuba jual mahal walaupun masing-masing saling merindu.

Tapi...selepas diorang ni kahwin, aduhhh...menjunam rasanya. Konflik bertimpa-timpa. Dengan perasaan hasad dengki Mak Uda dan Fuad, Khalid yang tak reti bahasa dan Stacy yang mahu membalas dendam yang tak logik...Hmm...sesak saya yang membacanya. Airis yang tak kuat hatinya, malah timbul rasa menyesal menerima Zahier sebagai suaminya...adoiii...Malah ingin berpisah sementara pula...Lepas tu rasa tak layak, tak sempurna...Tak konsisten betul. Mungkin akan ada rasa bercelaru bila ditimpa hal bertubi-tubi macam tu, lagi-lagi mereka masih lagi dalam tempoh mengenal pasangan. Masa ni la perlunya komunikasi tu...kalau dipendam dan dibuat andaian sendiri, hal kecil pun boleh jadi tak terkawal!

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Ayat yang banyak kali jugak la diguna dalam cerita ni. Tapi saya rasa penilaian yang digunakan untuk untuk menafsirkannya terlalu 'shallow, just on the surface'. Terlalu literal. Kenapa mesti diungkit masa lalu yang telah ditinggalkan sedangkan masa hadapan masih ada ruang untuk memperbaiki diri.

Dan semua ini menyebabkan saya menarik balik 1/2 bintang. Tapi ia tetap sebuah karya yang bagus. Ini novel pertama Lynn Dayana yang saya baca (memang kebanyakan pun yang pertama), dan saya akan terus membaca karyanya yang lain selepas ini.
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
November 12, 2014
kronologi cerita yang kemas dan disimpul ending yang perfect.
banyak emosi dan persoalan diselitkan dalam kisah ini namun tak ada rasa serabut bila membacanya. A good mixture of emotions. Ada suka, duka, gembira, komedi, geram, manis dan yang pasti, suntikan thriller tu membuatkan cerita ini mampu memenuhi selera pembaca dari pelbagai genre. Tahniah buat penulis :)

Airis dan Zahier dari latar yang berbeza namun kedua-dua mereka dikejar kisah silam. Tunggu dan hadapinya? atau lari?
nama Datin Maimun buat aku terbayang watak afdlin shauki sbg Datin Maimun siap dengan watergun yang berisi air zamzam. hahaha.

sure fine whatever
rinn
Profile Image for Zurianita Manab.
76 reviews16 followers
November 28, 2013
Sejak bila saya menjadi salah seorang peminat Lynn Dayana saya pun dah lupa. Tapi Novel pertama yg saya baca karya Lynn adalah Cinta Edisi Terhad.

Novel kali ni mmg tidak mengecewakan walau saya ternanti2 juga misteri2 yang biasa saya baca dlm karya2 Lynn sebelum ni. Tetapi rupanya kali ni tiada misteri, lebih pada romantik komedi. Walau apa genre yang Lynn ketengahkan... saya tetap akan suka hasilnya. Lynn pandai membawa kita menikmati kisah hidup insan lain... hmmm, tiba2 rasa nak bukak restoren lak :D hahaha
Profile Image for Isabellarose Y..
8 reviews
March 4, 2015

Repentance. deep sorrow, compunction, or contrition for a past sin, wrongdoing, or the like; regret for any past action.

description

Zahier, a man who loves the world, career and women. He loves his family but career is the most important for him ever. One day, his mother and sister died in a car accident at Australia. His dad was shocked because he didn't get to teach them in the right path, for Jannah. Zahier's family loves the world more than hereafter. That makes his dad to take some big measures to Zahier's life. So, this is the story of Zahier's life, his remorse and his Airis, the girl who make a great impression in his journey for the better. "Forgiveness is not ours until we seek it with repentance."

Another Lynn Dayana's books I've read after Cinta Untuk Disewa. I didn't feel some fun after reading that so I pick this book. I like this book more than CUD even the book still emotional. Maybe its because I already know who is the hero. :) Why I rated this book 4 stars its because at the third part of the book, I dislike how they got married. I feel it was been forced even thought they loved each other without confessing. Proceed to the next paragraph.. ^_^

Zahier and Airis's love story was the best because as the quote state, "Sometimes the road of life takes an unexpected turn and you have no choice but to follow it to end up in a place you are supposed to be." This quotes sums up their story. The first and second time they met was funny because Airis would be in an awkward situation. Third time's a charm, they met again and this time, both hearts start to feel something. They message each other even Airis seldomly reply his text message because she knows he's a flirt. Sometimes, they dream each other as the title named. Attraction become something big for both of them, however, Airis hurts and left hopeless when she accidentally saw Zahier with another woman in a nightclub. As the story goes on, when Zahier change for a better person and work as dishwasher, he met Airis once again. Can she accept him again as he pushed her, far away from his feelings? Don't you worry, it is a happy ending. *grins*

Before, Cinta Untuk Disewa is a book about a girl with her three heroes and this time, it's a story how one person remorse and change, left behind his old life and another person who was insulted by her aunt's family and society for her life. We can see these two characters development, especially Zahier in the book and Kak Lynn Dayana always add mystery vibe and family theme into the story, which I like. I can't wait for her another story which will released this March. *patiently waiting*


End note: Change yourself for the better. Get ready and take the plunge into the unknown. "Every new day is another chance to change your life." ⋆⋆⋆⋆

This review posted here : The Secret Life of Daydreams~
Profile Image for Ayman Hyeqal.
68 reviews58 followers
October 25, 2013
Cinta Pencuri Mimpi karya terbaru Lynn Dayana terbitan Alaf21, kisah percintaan antara Zahier Arshad dan Zara Airis. Zahier dilahirkan dlm golongan yg berada, hidup penuh dgn kesenangan tp tersasar dari landasan hidup, hidupnya yg penuh dgn kesenangan berubah selepas kematian ibu dan adiknya yg juga telah tersasar dr landasan hidup, bapa kpd Zahier iaitu Idham berasa sgt kesal krn tdk dpt menjadi.nakhoda yg terbaik kpd keluargannya, slps kejadian tersebut bapanya iaitu Idham mengambil langkah drastik dgn membekukan segala aset yg dimilikki oleh anaknya Zahier, walau bagaimana pun, Zahier dpt sokongan dar neneknya yg sememangnya tdk menyukai menantunya Idham, tp Zahier menolak bantuan neneknya, hidup Zahier selepas itu seperti terumbang ambing mencari erti kehidupan dgn merantau keserata tempat sehingga bertemu dgn Airis, bermula dgn pertemuan itulah hidup Zahier menjadi lebih terurus, dari seorang peguam sblmnya menjadi pencuci pinggan, dlm masa yg sama, bapanya Idham dlm diam mengikuti perkembangan anaknya Zahier, pelbagai musibah yg menimpa Zahier sehingga kan dia diperdaya oleh Lili, nk tau apa yg terjadi Zahier dgn Lili kenalah baca, berbagai rintangan yg Zahier terpaksa lalui, sehingga Stacy berdendam kepada Zahier, siapa Stacy dan mengapa Stacy berdendam dgn Zahier, kenalah baca ok, tdk hanya Zahier, Airis juga hidup dlm cabaran, hidup Airis sentiasa didendami oleh Mak Uda dan sekutunya Muiz, perebutan perusahaan kedai makanan menyebabkan pelbagai cerita yg mereka harungi, dlm masa yg sama Airis tdk tahu dia adalah hanya seorang anak angkat dan mempunyai kembar, adakah Airis bertemu dgn kembarnya?kenalah baca ok, dlm masa yg sama Airis turut diminati oleh Khalid yg sudah pun mempunyai keluarga sehingga isteri Khalid sanggup meminang Airis utk menjadi isteti kedua, adakah Airis menerima lamaran isteri Khalid utk menjadi isteti kedua, harus lah dibaca ok, pelbagai rasa bila membaca naskah ini, ada rasa lucu, geram dan gembira, nk tau apa yg terjadi kpd Zahier dan Airis, adakah mereka akan bersama atau sebaliknya, kena dapatkan naskah ini dipasaran sblm kehabisan,cuma disini sbb ada beberapa typo, selain itu, bnyk watak mungkin kerana pengembaraan Zahier dari satu tempat ke satu tempat, walau bagaimana pun naskah ini boleh dihadam dgn baik, jalan cerita yg menarik, mmg penulis berjaya membuat sy teruja membaca sehingga kehujungnya, bg pengemar Lynn Dayana anda harus dptkanya bg melengkapkan koleksi anda, tahniah buat penulis, dptkan Cinta Pencuri Mimpi yg akan menerjah pasaran dgn harga RM22(sm) & RM25(ss) terbitan Alaf21
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
May 29, 2017
Tidak mengecewakan. First time baca karya beliau yg sweet² gitu tp tetap ada tanda tanya sepjg pembacaan. & pasti apa yg saya fikirkan tak sama apa yg terjawap di hujung penulisan penulis.
Profile Image for Intan.
85 reviews2 followers
December 30, 2013
3.5*

Pada permulaan cerita,agak bosan.Bila dah masuk pages 50 and above pembacaan makin seronok dan tak sabar nak tahu ending nya.
banyak nilai murni dan pengajaran dapat kita ambil dari novel ini.

Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
December 30, 2020
Best citer ni ni. Tak boleh nak letak. Tidak ada persoalan dan kemusykilan. Semua ada jawapannya. Taklah susah payah nak buat andaian sendiri pun.
Watak utama ialah Zahier, seorang peguam muda yang always take things for granted. Selepas kematian isteri dan anak perempuannya, Idham terpaksa menarik balik segala kemewahan dari Zahier.
Dari seorang kaki kelab malam, namun tanpa duit dan kerjaya, Zahier terpaksa bekerja sebagai pencuci pinggan di gerai makan.
Bertemu dengan Airis mencuit hati Zahier namun Zahier tahu dirinya tak cukup baik untuk Airis.
Watak sampingan Taufiq, kawan baik Zahier, kakak serta abang ipar Airis, Ros dan Muaz banyak memberi sokongan dan menguatkan lagi jalan cerita.
Garapan penulis berpengalaman terserlah dengan olahan yang mantap. Cukup perisa dan perencah. Cuma satu saja. Saya tak puas dengan Nurul Imani, kembar Airis. Bagaimana perhubungan mereka berdua selepas 25 tahun baru dapat tahu cerita sebenar? Macam mana pula perkenalan dan perkahwinan Nurul dan Taufiq?
Walau bagaimanapun, syabas Lynn Dayana untuk naskhah yang cukup menarik ini. Saya nak start cari novel lainlah pula dari penulis yang sama.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
November 9, 2013
Zahier Arshad baru sahaja kematian ibu dan adiknya semasa mereka berlibur di New Zealand. Kini bapanya pula telah lama tidak ditemuinya sejak bapanya pergi umrah. Dia menerima kejutan dari peguam bapanya. Dia diberhentikan kerja sebagai peguam dan kad creditnya dibekukan. Rumah juga telah dirampas. Dia kehilangan segalanya. Bapanya sengaja berbuat demikian untuk menyedarkan Zahier dari hidupnya yang penuh dengan berpoya-poya. Dia mahu Zahier insaf dan bertaubat sebelum terlambat. Padamasa yang sama, hati Zahier telah terpikat dengan Zara Airis. Airis adalah satu-satunya gadis yang tidak terpengaruh dengan harta dan jawatannya. Sementara itu Zahier telah diperangkap oleh Lili sehingga mereka terlanjur. Kerana ingin melarikan diri dari kemelut yang bertimpa-timpa, dia pergi ke Johor Baru. Dia berkerja sebagai pencuci pinggan. Di situ, Zahier ketemu dengan Airis lagi. Airis meminta pertolongannya kerana Mak Udanya mahu merebut restoran-restorannya untuk melangsaikan hutang anaknya, Fuad. Sementara itu, Airis kerap dikejar oleh Khalid. Masalah yang bertimpa-timpa Airis membuat hubungannya dengan Zahier makin akrab. Sehingga akhirnya mereka mendirikan rumahtangga. Baru sahaja mereka menempuh alam rumahtangga, berbagai cubaan melanda. Airis diugut, diberi Surat layang, dilempar dengan botol kaca di depan rumah dan Khalid serta Hana sentiasa mengganggu ketenteraman hatinya. Akhirnya, Airis pulang ke kampung. Mulanya Zahier menyusul Airis ke kampung, tapi dia akur dengan permintaan Airis yang ingin menenangkan fikiran. Lalu, Zahier pulang ke KL sendirian. Zahier mencari bukti dan kebenaran. Akhirnya, dia cedera semasa cuba menolong Jeff dan Stacy. Bila Airis dapat tahu, Zahier cedera, dia pulang dengan segera. Dia ingin bersama suaminya. Rupanya, mereka berdua rasa rendah diri atau tidak layak untuk diri masing-masing. Airis kerana status 'anak angkatnya' dan Zahier kerana masa lalunya. Masing-masing mahu yang terbaik untuk diri masing-masing. Airis akhir dapat bertemu dan berbaik-baik dengan kakak kembarnya dan Mak dan bapa saudaranya yang sebenar. Mak Uda dan Fuad akhirnya berubah dan mereka jadi lebih akrab dengan dirinya. Kakak kembar Airis akhirnya dapat jodoh dengan Taufiq, kawan baik Zahier.
Nice! Suka sangat dengan cerita ini.
Profile Image for Linamarlyn.
37 reviews29 followers
December 30, 2013
Selesai membaca.. Terus dalam hati 'kalau novel ni diadaptasi jadi movie atau drama mungkin best'

There's too much drama happening towards the end but it's all good.. I love the plot written.. Very carefully written so no characters were left in the scene.. I wouldn't say WOW in this book but NICEEEE... :)

Idham mempunyai sepasang anak dan isteri yang very social.. In a way tinggal tanggungjawab kepada Tuhan.. Wife and daughter suddenly died in an accident.. Leaving him and anak lelaki nya zahier.. zahier a prestige lawyer living a high social life with ladies around that he never sleeps with.. Nor get drunk... Just play around to have fun.. Idham kesal atas sikap anak nya and kirakan melarikan diri leaving his son jobless,homeless and limited money! Main reason; to change zahier be a better man!

Zahier then met this girl airis.. Wanita solehah... Way beyond his lead but fell in love with her! Zahier then berubah.. Bertaubat after one of his wild girlfriends.. Lili trap him and sleep wit him.. So he felt dirty and hina so ia bertaubat.. I love to read the part where zahier starts his journey as a change man... :) then i love the character airis.. Funny! Cara nya menjawab in conversation between the sister, friends and zahier is somewhat cute and funny!

Well its obvious that zahier and airis got married.. But there's so many drama in between.. Macam si airis ani kana rabuti oleh khalid.. Kirakan cinta lama nya p yg udah bekeluarga.. Then pasal keluarga nya itself between kazen nya Fuad... Then pasal airis twin sister!while zahier drama is about lili whom killed herself, Stacy yang kan balas dendam.. But the story line ia more towards airis feelings coz ia dihempap with bermacam2 dugaan silih beganti..

Then again its a happy ending :) something unexpected but nice...
Profile Image for Faiz Md.
24 reviews
August 3, 2015
Menyukai karya-karya Lynn Dayana sebelum2 ni, tapi yang ini entah kenapa Lynn Dayana seperti hilang magis. Saya tak tahu kenapa, tapi setiap helaian macam Lynn Dayana tulis dalam keadaan tengah bersedih rasanya atau tiada mood. Itu menjadikan CPM seperti karya yang sangat payah untuk dihabiskan. Apa-apa pun, Lynn Dayana masih lagi tidak spoilkan saya pada some part dalam novel ni. Terutama bila dia tulis pasal makanan. Dah jadi trademark dia agaknya. Haha.
Profile Image for Bidadari Hujan.
69 reviews7 followers
February 10, 2014
terlepas kapal terbang pulak. ingatkan novel baru, rupa - rupanya da lama keluar novel ni.
baca sinopsis terus sambar. sebab macam best kn.. bila baca memang best. sweet2 je hero n heroin ni..
Airis n Zahier..lovely couple la..
Profile Image for Syikin.
39 reviews7 followers
May 14, 2014
buku daripada lynn dayana..mmg tak.mengecewakan..dan buku nie mmg best..ada debaran juga masa baca..sebabnya..kena baca...mmg terbaik..
Profile Image for Kella79.
50 reviews2 followers
October 22, 2014
Menarik dan thumbs up utk penulis..abiskan jg wpn dah 2.30 pg..
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
May 2, 2018
fuh finally habis jugak buku ni... dah lame beli... hasil preloved.. baru ade kesempatan nak bace... bukan ape banyak sgt pending list nye...oke berbalik pada novel ni... ni novel ke 5 aku bace hasil karya lynn dayana... sejujurnya novel ni mantap... tapi pd awalnye agak slow.. sebab banyak berkisarkan kehidupan hero yg terlalu bebas... bile dah masok part perjumpaan dgn heroin barulah oke... teros laju je bace...cume ambik mase yg lame sebab kekangan mase.. sibuk dgn aktiviti keluarga.. jd mase utk buku ade limitnye...
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.