Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dia… Isteri Luar Biasa

Rate this book
SINGLE is simple, double is trouble...

Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!

Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…

Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.

“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA

Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara­’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang.

“Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR

Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?

Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?

Temui jawapannya dalam DIA... Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.

616 pages, Paperback

First published November 15, 2013

68 people are currently reading
1155 people want to read

About the author

Umie Nadzimah

16 books172 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
645 (54%)
4 stars
337 (28%)
3 stars
142 (12%)
2 stars
37 (3%)
1 star
18 (1%)
Displaying 1 - 30 of 85 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
January 3, 2014
Memulakan cabaran dengan yang luar biasa..hoho *wink*

Full review: 03/01/2014

Ehem... ini baru dikira review pertama untuk tahun 2014 :D
Kebetulan, buku pertama penulis [malunya! Sedangkan tak silap sudah 4 buah buku yang ditulis, kan?] juga yang aku beli dan baca. Terpengaruh dengan komen manis dari teman-teman GR.

Aku suka.
Suka isi ceritanya. Fresh. Entertaining. Tetapi tidak kosong semata. Ada pesan halus yang diselit dalam gelak tawanya. Terserah untuk kita ambil peduli atau tidak. Namun pada hemat aku, buku ini tak elok diusung oleh si anak remaja. Ya, aku kolot. Apa salahnya menapis? Walaupun bukunya bukanlah kategori 18SX, tapi bila bicara hal ehwal rumah tangga, yang manis-manis itu rasanya bukan untuk si manis 17 kot.

Baiklah, kisahnya mudah saja. Masih agak klise – kahwin-paksa-tangkap-basah. Tapi ya, sentuhannya agak berbeza. Dengan gaya bahasa yang mudah dan santai. Tapi dalam santainya, sesekali terkena juga batang hidung sendiri. Perghhh… *wink*

Watak Dewi Yusra [Dewi] cukup sifatnya. Mula-mula aku rasa si Dewi tu gila, kemudian rasa ‘ha, padan muka!’, tapi akhirnya rasa kasihan pula dengan Dewi ni. Aku suka bila penulis berjaya menghadirkan pelbagai rasa dalam jiwaku. Turun-naik, dan sama nak gila macam Dewi juga.

Dipadan pula dengan si cool Raden Amzar [Amzar]. Mengingatkan aku kepada Dr Aqmar pula [semedang si tuan doktor ni aku sebut dalam review hahaha]. Tapi tuan Prof. Madya ni boleh tahan nakal juga! Dan aku suka gaya Amzar yang walaupun sayangkan isteri, tetapi umi dan kakaknya tidak diketepikan. Walau kakak si batu api kelas pertama, Amzar masih ada rasa hormat. Sama dengan Dewi yang gila-gila tu, tak menutup aurat, ya dosa! Tapi tutup aurat, makan daging sendiri? Dosa juga. Hmm… ingat tu Rina!

Dan aku suka setiap isu yang cuba diketengahkan. Satu per satu. Buat para pembaca mudah hadam. Tidak terlalu caca-marba dengan benda yang tidak-tidak. Apatah lagi aku sangat terkesan dengan epilognya. Tak perlu panjang-panjang, tapi menusuk ke dalam hati. Nasib tak mengalir air mata. Eh, cengeng! Tetiba hahaha

Cuma rasanya, masalah pengeditan harus diberi perhatian sewajarnya. Masalah typo misalnya, boleh dikurangkan sekiranya semua pihak berkerjasama menanganinya. Eh! Dah rasa macam skop kerja aku pula hee :P

Ps: Sebenarnya lepas baca review che puan Norazah, barulah hati tergedik-gedik nak beli buku ini. Credit to you sis! *wink*
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
June 29, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM15.00. PM je....


(for me) ini contoh kedua naskah dimana penulis 'menggenggam' erat ceritanya selepas Pergi Tanpa Alasan. Biarpun ini klise novel biasa. Masih berpaksikan nikah-paksa-kahwin-rela, tapi cara penulis mengolah pentasnya.... sesuatu yg agak luar biasa.

Plot penceritaan, perkembangan watak, penumpuan rasa pelaku2nya disusun serapi mungkin. Walaupun, gaya bahasa santai dijadikan medium perantara, ayat2 'melalut' yg sering diguna-pakai oleh naskah bergenre romantik komedi begini tidak kelihatan di mana-mana. Komedinya sinis dan tajam menikam bagi yg mahu memikir. Naskah yg sarat dan berat, tapi berjaya di-ringan-kan penulis dengan ayat-ayatnya yg bersahaja....

Suka bila dalang di sebalik adegan tangkap khalwat hanya dibongkar di akhir cerita.

Tersentuh bila Pak Yus si penjaga bunga anggerik adalah lelaki sama yg 'mencorakkan' seorang Dewi Yusra.

Setuju bila kepincangan sejarah hidup Eda dan rahsia asal kewujudan Nina disimpan dengan sebaris ayat sahaja.

CUMA.....

i) Agak terganggu dengan beberapa perkataan yg agak 'melampau'.
Contoh:
"...mengikut lelaki walau ke neraka"
"...panas macam api neraka"
"...perangai macam syaitan"

(for me) penggunaan gaya bahasa santai, selamba, atau apa2 saja istilahnya - bukanlah alasan untuk memilih perbandingan yg 'out-of-this-world' sebegini....

ii) 'Hukum dan Fahaman' antara bertudung dan moral yang dicampur-adukkan.

(for me) ada sesuatu yang keliru di situ. Mungkin lebih afdal sekiranya dirujuk kepada yang pakar tanpa perlu menzahirkan pemikiran sendiri.
Profile Image for Novel Best.
74 reviews5 followers
November 11, 2013
Ada beberapa kriteria yg membuatkan sy suka baca novel ni

1) blom penah lg aq baca jln citer gini
2) aq suka pendirian dia yg kata lelaki itu x bleh dipercayai
3)aq suka nasi ayam hehehe....
4)gaya ayat selamberland
5)dia bukan stok alim sbb sembahyang 2x seminggu tp ada hati nak stok suami yg alim2 ala2 ustaz gitu.
5)aq suka bila dia kutuk calon suami yg diberikan oleh kamarul sbg beruang hitam tp kamarul bidas dia " Mamat tu power apa, sebulan saja sure target kau tercapai...."
Tgk tu bertapa desperadonya si Dewi sampe kamarul sanggup bersekongkol dgn Dewi.
6) sikamarul yg patah tu pun ada hati nak masuk jd calon Suami Dewi. Hahaha ada hati....
7) aq stuju pendpt Raden, free hair& rambut perang x semestinya x sempurna dlman& katanya lg sesetgh perempuan skrg pakai tudung kerana nak berfesyen. Well it's a fact kan. X semua tp segelintirla. Apapon tutup aurat ttp wajib kan!
8)Dewi berkenan kat Raden sbb Raden adalah stok sembahyang dlm kapal terbang
9) nak jadi anggerik@rafflesia? Very symbolic!!! Sila baca ms 130 tersgt2 sentap motto hidup Dewi.
10) usaha gigih drpd Dewi utk dptkan Raden sehingga sampai memerangkap Raden ditangkap khalwat bersama sehingga terpaksa kawin paksa rela.


"Senjata makan tuan"


Citer ni memang best. Xyahle nak ulas pepanjang bagai. Yg blom baca blela gi bli cepat..

Tumbs up!!!!
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
February 4, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Sekali lagi N berada dalam kelompok minoriti kerana merasakan novel ni biasa2 saja, sedangkan ramai yang memberi rating yang tinggi...

Bukannya tak best, cuma watak Dewi agak mencabar kesabaran N. Pada N, dia seorang wanita yang selfish and ungrateful. N cuma suka watak dia whenever dia bersama umi Amzar and after dia bersalin. Any other time, N rasa serius macam nak cepuk kepala dia. Award untuk suami penyabar memang layak dianugerahkan kepada Raden Amzar.

Dan satu lagi, N sangat bersetuju dengan pendapat salah seorang reviewer. Gunakanlah bahasa Inggeris jika kita yakin ayat itu tepat dan betul grammar-nya. Kengkadang N tak faham kenapa penulis nak selitkan bahasa Inggeris kalau penguasaan bahasa itu kurang excellent, and editor pulak tak buat keje. Kalau tak guna bahasa Inggeris, tak semestinya watak itu tak cool, yer...

Profile Image for Hajar.
284 reviews
January 18, 2014
3.5*. Review? Tunggu angin rajin datang. :P

17-01-2014

Haih, lama betul saya peram review buku ni. Haha. Bukan apa, semangat membaca sedang berkobar-kobar, jadi mood  nak menaip jadi ke laut. :P Waktu sebelum saya baca buku ni memanglah dok tertanya, apalah yang luar biasanya si Dewi Yusra (Dewi) ni? Dan bila saya dah baca, rasanya antara ke'luar biasa'an si Dewi ni adalah:

1. Independent. Dialah satu-satunya pewaris tunggal Cik NAB (Nasi Ayam Bonda) hasil usaha dan penat lelah arwah ibunya. Kerana itulah dia perlu jadi seberdikari mungkin.

2. Berani. Dengan selambanya Dewi pernah belasah Idham, suami kepada Eda, teman baiknya di tengah kesesakan jalanraya bila dia nampak Idham bercengkerama dengan perempuan lain di dalam kereta. Err, agak mengerikan di situ. :P

3. Unpredictable. Sebab teringin mahukan zuriat sendiri, sanggup jumpa doktor untuk buat IVF. Betul sengal! Belum kahwin abis nak dapat benih dari mana? Aduhai...

4. Penyayang. Sanggup berhabis untuk Nina (anak Eda) walaupun terpaksa melayan mulut Nina yang ala bertih jagung tu.

5. Pemurah. Nampak je Dewi ni sombong dan kerek. Tapi ramai yang tak tahu sebenarnya Dewi amat pemurah dan tak lokek membantu bila diperlukan. :)

6. Determined dan juga degil. Kerana mahukan calon suami berkualiti macam Raden Amzar, Dewi sanggup bersekongkol dengan Kamarul (juga teman baiknya) buat perancangan untuk memerangkap dirinya dengan Raden Amzar.

7. Kalau perempuan lain, dah dapat suami dengan pakej yang hampir sempurna macam Raden Amzar tu mesti dah pegang kuat-kuat tak mahu lepas, tapi Dewi selamba je boleh 'lelong' suami sendiri pada perempuan lain sebab dia berkahwin hanya sebab mahukan zuriat. Ish, kot ye pun pemurah...*tepuk dahi*

8. Tabah. Walau teruk dikutuk oleh Kak Long Zahra sebab berkahwin dalam keadaan tergesa-gesa dengan adik kesayangannya, Dewi cool aja dengar caci maki Kak Long Zahra yang hampa tak dapat beradik-iparkan Nurul Fatiha yang kononnya sempurna dari segala segi. Heh!

9. Pemaaf. Dewi jugalah yang banyak menyokong dan membantu Kak Long Zahra bila abang ipar Raden Amzar tu buat perangai. Huh, ingat baik sangat. Rupanya..... Memang tak sangka sungguh!

10. Yang lain-lain tu kenalah baca sendiri. Haha. (Ni gara-gara otak dah blank, tak dapat nak recall selebihnya. :P)

Komen saya:  Bila baca kisah ni serta merta teringat kisah penyanyi Madonna yang juga berkehendakkan zuriat sendiri suatu ketika dulu. Haha. Memang betullah, kadang-kadang manusia boleh jadi obses dengan kehendak sendiri. Sanggup je buat perkara di luar norma semata-mata untuk mencapai apa yang diingini. Phew. Seronok baca kisah ni. Cuma sedikit teguran untuk penggunaan perkataan berbahasa Inggeris. Bagi saya, kalau kita sendiri tak yakin, lebih baik gunakan bahasa Melayu. Lebih molek. :) Apa pun, terima kasih dan tahniah Kak Umie Nadzimah atas kelahiran buku yang menghiburkan ini. Moga lebih banyak lagi kisah yang bakal dilakarkan selepas ini. :)

P/s: Tahun ni saya dah mula nak cuba review gaya bebas. So please bear with me. :P
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
June 11, 2015
Sorry tak dapat bagi bintang banyak (sebab malam tadi hujan jadi bintang sembunyi balik awan) hahaha

Saya alergik pada buku tebal, tapi bila terjebak dengan dramanya dan nasib baik pula buku ini ada dalam almari adik, jadi saya ambil dan baca. Baca pula start dah separuh jalan (sebab dah tengok adaptasi separuh awal-awal) jadi ulasan saya mungkin tak boleh pakai. Maaf!

Apa yang boleh saya komen:

1- saya agak 'terkejut' dengan 'keterbukaan' penulis dalam menceritakan perihal 'dalam kain' secara terbuka begini. (harap anak gadis saya tak ambil dan baca buku ini!)

2- saya tak berapa nak setuju bila kisah ini seolah-olahnya nak 'hightlight'kan bahawa orang tak pakai tudung tak semestinya tak baik, dan orang pakai tudung tak semestinya baik! Saya tahu dan sedar sangat zaman ini sudah jelas lagi nyata ada sesetengah kita pakai tudung tapi 'telanjang' (ingatan pada diri sendiri) , tapi bagi saya cukuplah yang ada, jangan ditambah lagi beri pengajaran yang tak elok... ada banyak lagi cara untuk kita didik pembaca (remaja - sebab saya tahu remaja sekarang rasa ingin tahu itu sangat tinggi - lagi kita kata jangan, lagi itulah dia tambah nak tahu)

3- saya suka Raden Amzar!

Memandangkan saya mula baca novel ini daripada bab 64 mungkin banyak input yang saya terlepas pandang (tapi saya dah tengok drama adaptasinya daripada episode 1 - episode 11, kira ok lah kan?) Jadi maafkan saya andai ada yang tak setuju dengan komen saya...

Tapi boleh saja anda baca dan nilai sendiri.
^____^
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
December 7, 2013
antara novel terhebat...antara cerita yg x boleh lepas kat tangan sampai lupa nak makan n minum satu hari..hahaha..

kisah yg fresh..buat kita suka pada watak Dewi Yusra yg dikatakan seorg yg seksi, pemarah, rambut karat tp sebenarnya dia seorg yang sgt baik hatinya...

memang patut dia dpt lelaki yang terbaik mcm Raden Amzar..

cerita ni boleh buat kita bergelak ketawa n then buat kita jatuh cinta dgn Dr Raden tu yang mmg perfect untuk Dewi..memang suami idaman setiap wanita la..haha..

thanks to writer for this story..akan jadi koleksi kesayangan la...;))
53 reviews44 followers
October 29, 2013
Dia....isteri luar biasa – karya penulis hebat Umie Nadzimah ternyata tidak mengecewakan. Kisah santai, ringan , penuh kecindan mengasyikkan pembaca sehingga ke ayat yang terakhir. Percayalah!.

Dia....isteri luar biasa mengisahkan Dewi Yusra yang menginginkan seorang anak sebagai pewaris kepada Restoran nasi ayamnya, Restoran Nasi Ayam Bonda. Target Dewi cukuplah dia kawin dengan seorang lelaki hanya untuk mendapatkan anak sahaja dan setelah mengandung dia akan meninggalkan lelaki tersebut kerana Dewi tidak mempercayai lelaki setelah berpengalaman melihat ibunya yang kecewa kerana seorang lelaki. Masalah yang timbul sekarang ialah siapakah jejaka yang menjadi buruan Dewi. Dewi inginkan benih yang baik untuk anaknya, lelaki yang stok stok sembahyang atas kapal terbang.

Maka berjumpalah Cik Dewi dengan Profesor Madya Dr Raden Amzar, Dr tumbuhan, stok lelaki edisi terhad yang diimpikan oleh Dewi. Dr Raden yang kacak, wajah tenang putih bersih, hidup mancung, bulu kening hitam tersusun, bibir tipis kemerahan dengan rambut hitam lebat kemas amat sempurna sekali pada pandangan Dewi. Lantas Dewi mula merancangkan sesuatu yang di luar alam, kerja gila Dewi Yusra demi mendapatkan seorang anak!.

Rupanya Dewi tidak bertepuk sebelah tangan. Dr Raden juga mula meminati tokey nasi ayam ini, Cik Dewi Bravo digelarnya. Dewi si seksi, putih gebu, bergaya dengan rambut perang mengurai lepas bahu, berkasut tinggi dan sangat garang orangnya telah memikat hati Dr Raden. Semua yang ada pada cik Dewi sedap, manis tidak ada cacat celanya, ialah hati dah suka kan.

Ikan di laut asam di darat, akhirnya dalam kuali bertemu jua. Begitu juga jodoh antara Dr Raden dengan Dewi Yusra. Akibat satu insiden yang dirancang oleh seseorang, maka akhirnya mereka berkahwin. Tersenyum lebar si Dewi kerana hasrat inginkan anak daripada gen yang baik baik tercapai dan tersenyum riang si Dr Raden kerana gadis idaman sudah berada dalam genggaman.

Melayari lah mereka berdua bahtera perkahwinan yang penuh dengan adegan asam dan garamnya. Semuanya sudah terbalik daripada perancangan awal si Dewi. Bagi Dewi perkahwinannya hanyalah satu persinggahan. Apabila perkahwinannya sudah jauh menyimpang daripada perancangan sebenar maka kucar kacirlah hidup si Dewi!. Apa jua yang dibuat oleh si Dewi, ditangani dengan penuh kesabaran oleh Dr Raden a.k.a stok stok bomoh digelar si Dewi.

“Jangan pergi, jangan tinggalkan Yusra” – Dewi
“Tak pernah ada niat untuk I buat macam tu. You isteri I, anugerah dari Allah yang sudah tentu I jaga baik-baik” – Dr Raden
“Dulu you suruh I tentukan ke mana hala hubungan kita, kan? Sekarang I dah buat keputusan, I nak hidup sendiri” – Dewi
“Tidak Yusra! I tak pernah terfikir untuk berpisah!” – Dr Raden
“ Kita kahwin pun sebab terpaksa, bukan dirancang...jadi I tak mahu terus terikat!” – Dewi
“Leave me alone, forever,” “I nak hidup sendiri. Seorang! Tak nak kongsi kongsi dengan you. I rimas, I lemas, tak suka dikacau, faham?”– Dewi
“Okay...lepas ni I dah tak curi body syampoo you lagi. Ubat gigi pun I beli yang lain, tak guna tiub yang sama. Almari pakaian, you ambik yang banyak pintu, baju I sikit aje...muat dalam almari kecil. Almari solek you boleh conquer sorang, I tak kesah pun. Tuala you I janji tak curi-curi pakai dah. –Dr Raden.

Tak terkata si Dewi!. Bilalah si Dr Raden nak bengang dengannya. Lagi dibuli, lagi dia senyum, lagi dia mesra, lagi dia layan Dewi dengan baik.

Bagaimanakah perleraian kisah Si Dewi dengan suami sementaranya ini? Apakah yang akan berlaku apabila rahsia Si Dewi yang berkahwin dengan Dr Raden hanya untuk seorang anak diketahui oleh Sang Suami? Apakah yang akan berlaku apabila kawan baik Dewi, si Eda rupa rupanya gunting dalam lipatan berjaya menghasut Dr Raden, Ibu mertua Dewi, dan Kak long dalam memastikan Dewi tidak akan mengecap bahagia dalam hidupnya? Berjayakah Kak Long menjodohkan Dr Raden dengan Fatiha? Adakah Dewi masih lagi bertahan dengan rancangan awalnya yang hanya mengharapkan Dr Raden sebagai suami sementara? Semuanya terjawab dalam naskhah Dia....isteri luar biasa ini yang akan membawa anda semua ke satu alam yang luar biasa, satu alam yang menghiburkan, lain daripada yang lain. Tahniah Umie Nadzimah kerana sebuah karya yang AWESOME ini. Dapatkan di pasaran.
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
May 18, 2015
Jalan cerita santai saja...mengisahkan tentang Dewi Yusra yang anti lelaki kerana trauma dengan kisah silamnya..baginya, lelaki semuanya tak guna..tapi, Dewi perlukan seorang pewaris untuk mewarisi perniagaan nasi ayam Bonda aka cik NAB...Maka bermulanya misi Dewi untuk mencari suami sementara... apabila disahkan mengandung nanti, Dewi akan angkat kaki... Suaminya mesti stok edisi terhad...bijak, alim, bertangungjawab, kacak.. tak teragak2 pilihan Dewi nak dibanding dengan dirinya, berambut perang dan berpenampilan moden..sembahyang pun boleh dikira dengan jari.

Dewi pun meminta bantuan satu2 kawan lelakinya, Cik Kem (yang 2 alam) untuk mencari calon2 suami sementaranya...tapi, sepuluh orang yang Cik Kem calon semuanya tak boleh pakai...Dan atas pujukan Cik Kem, Dewi bersetuju berjumpa dengan calon yang kesebelas, Kamarul...iaitu Cik Kem yang bertukar menjadi lelaki sejati...hahaha, apa lagi mengamuk la si Dewi sampai hampir2 putus sahabat...

Dalam diam, Dewi diintai lelaki yang cukup pakej..Prof Madya Dr Raden Amzar, si doktor pokok..dan jodoh seolah2 sudah tertulis buat mereka apabila dipertemukan didalam kapal terbang..pada mulanya Dewi buat derk saja dengan Dr Raden ni...tapi, lepas terpandang Dr Raden bertayamum dan bersolat dalam kapal terbang..terus Dewi sedar inilah lelaki yang sesuai untuk melahirkan pewaris cik NAB... semua bagai dirancang, apabila Dr Raden dan Dewi tertukar beg..lantas mempertemukan mereka semula.. Dewi tetap dengan rancangannya untuk memikat Dr Raden..sengaja menyembunyikan organizer Dr Raden untuk pertemuan seterusnya.

Dr Raden pula semakin tertekan dengan kak longnya yang tak habis2 memaksanya menerima Fatihah sebagai isteri...Dr Raden meminta Dewi datang ke rumahnya untuk memulangkan organizernya..dan peluang ini digunakan Dewi dengan meminta Kamarul menghubungi Jabatan Agama Islam untuk memerangkap mereka..dan Dewi berjaya..Demi menjaga maruah mereka bernikah senyap2 jauh di Kota London...

Rancangan pertama berjaya..kini rancangan kedua pula, Dewi perlu menggoda Dr Raden untuk dapatkan baby...walaupun sukar, kerana Dewi kan geli geleman dengan lelaki..haha Dan..sebaik saja mengandung Dewi cuba angkat kaki, tapi..baby pula mengada2 nakkan abah dia..terpaksalah Dewi tangguhkan rancangan...

Sepanjang menjadi isteri Dr Raden, rumah tangganya tak pernah sunyi dari gangguan gadis2 yang tergila2 kan suami sementaranya..juga Kak long yang tak habis2 dengan rancangan ingin beradik iparkan Fatihah...Tanpa Dewi sangka juga ada yang cuba menikamnya dari belakang, sehingga terbongkar kisah tangkap basahnya pada keluarga Dr Raden...dan yang paling tak tersangka2 dalang sebenar disebalik kes tangkap basah bukan Kamarul... siapa? jeng..jeng...jeng...hehe
Profile Image for Pips.
220 reviews30 followers
November 13, 2013
Menghabiskan bacaan ini sewaktu 5 jam dalam perjalanan ke Bandung dari Jakarta, menaiki bas. Tatkala orang lain tidur, gigih membaca walau keadaan tak selesa, bertemankan lampu bas.
Sebab, sayang nak lepaskan bila dah mula baca.

Best sangat.

Saya suka sebab idea yang diketengahkan unik sangat.
Lain dari novel- novel yang ada.
Kalau saya jadi novelis, mungkin, tak pernah terjangkau dek akal, nak keluarkan idea macam ni.

Tahniah dan terima kasih penulis, kerana saya sangat terhibur dan berpuas hati :)
Perfect!
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
October 24, 2013
weee... penantian yang bermakna.. akhirnya dpt peluk DILB dan baca dari kulit ke kulit... seperti yang dijangka, it's super ohsem wif a lot of unexpected twist... love the ending.. love the conflict. seyesly benci sepenuh hati towards certaib people but definitely Dewi Yusra Yusminan is an idol!!! Raden Amzar, as his name sound delicious, he is yummy!!! weee.. congrats UN for a wonderful pieces of ur thoughts!!!
Profile Image for Puteri Novella.
56 reviews7 followers
March 28, 2014
Dia...Isteri Luar Biasa karya Umie Nadzimah terbitan Penulisan2u

Dewi Yusra selalu menyatakan bahawa dia boleh hidup tanpa lelaki. Katanya lagi, perempuan boleh dapat anak tanpa perkahwinan.

Pelbagai cara yang dilakukan oleh Dewi Yusra untuk dapatkan anak tanpa berkahwin. Antaranya tabung uji. Walau apa pun, ianya satu dosa besar dalam Islam. Anak tabung Uji tanpa perkahwinan.

Oleh itu, Dewi Yusra buat keputusan untuk berkahwin. Dia meminta pertolongan rakannya Cik Kem untuk buat blind date. 10 calon semuanya tidak menepati citarasa Dewi Yusra. Calon ke sebelas muncul. Siapa dia? Ahaks.

Dia ingin 'suami sementara' sahaja. Bila disahkan mengandung, Dewi Yusra akan meninggalkan SS nya. Ketika dalam penerbangan dari London ke Malaysia, Dewi Yusra terjumpa dengan seorang mamat stok ustaz, sembahyang dalam kapal terbang. Siapa mamat tersebut?

Peristiwa lucu berlaku hingga menyebabkan Dewi Yusra bertemu semula dengan Raden Amzar. Apakah peristiwanya? Hahaha...

Dewi Yusra tidak akan melepaskan peluang untuk mengorat Raden Amzar untuk dijadikan SS nya. OMG!!! Rancangan yang tidak terduga. Akhirnya, mereka berkahwin.
Pelbagai cara Dewi untuk menggoda Raden Amzar demi mencapai matlamatnya. Hahaha...tersangatlah lucu...

Perempuan pasangannya lelaki. Dewi Yusra memang tidak boleh mempertikaikan hakikat itu. Ada pelbagai peristiwa yang mengejutkan, saspen hingga menyebabkan pembaca sukar untuk menghentikan bacaan.

Karya terbaik daripada penulis...
Profile Image for Wan  Farahana.
91 reviews22 followers
November 6, 2013
Review pendek:
Dewi buat saya lebih berhati-hati dengan suami yang pendiam ni. Hehe..Nanti rajin saya tulis review panjang. :)
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
August 1, 2017
1. Yes, buku ini dah lama berada di pasaran. Siap dah buat drama lagi. Tapi baru sekarang Yuni tergerak nak baca. Itu pun sebab dapat free. XD

2. Sebab utama kenapa Yuni tangguhkan bacaan adalah niat asal si Dewi ni nak kahwin. Nak anak tapi taknak suami. Yuni cukup tak berkenan niat asalnya itu. So tangguhlah beberapa tahun.

3. Bagus yuni. Main bantai baca je. Tak tengok penulisnya. Dah sampai tengah tu, boleh pula "Eh, gaya dia sama macam yang tulis buku baju kurung tu". Memanglah sama dah orang yang sama.

4. Oh my...Raden...olalalala....

5. Yang free hair tu tak semestinya sejahat2 manusia. Yang bertudung litup itu tak semestinya sebaik2 ciptaan Allah.

6. Suka perumpamaan antara Anggerik dan Raflesia. Terima kasih, penulis.

7. Tidak kusangka mastermind tangkap basah itu adalah...si Dia. Ini memang diluar jangkaan.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
March 7, 2018
[BOOK 7]

Done reading Dia ... Isteri Luar Biasa by Umie Nadzimah.

Best! Ku suka.

Ni novel lama dah kot dan dah diadaptasi (ku je baru baca). Cerita pasal Dewi Yusra yang ingin mendapatkan anak untuk meneruskan legasi Restoran Nasi Ayam Bonda aka Cik Nab. So, masuk la watak Raden Amzar.

Gigih ku kumpul semangat nak baca novel ni. First sebab tengok rating kat Godreads, 4+ kot. Rata-rata semua suka, tapi majoritinya ialah pembaca 4/5 tahun lepas. So, ku takut tak menepati expectation. (Ya.. Walaupun orang cakap buku takde tarikh luput, tapi still, whether the content is still relevant or not?).

Satu lagi, ku takut nak baca sebab takut terbayang Syukri Yahya dan Fatiya 😅

Tapi....

Bila baca, tak nampak sangat pon bayangan dorang tu. Kadang-kadang je. Ku je yang overthinking.

Ni sebab 'air tangan' UN kot. Haihh.. Penulis otai. Best! Ku suka (selesa) dengan cara penulisannya.
Profile Image for Limaukasturi.
54 reviews1 follower
May 27, 2018
H.U.S.B.A.N.D he understand situation better and never disappears
Profile Image for Ayman Hyeqal.
68 reviews58 followers
January 9, 2014
#2 Dia... Isteri Luar Biasa
Karya Umie Nadzimah
Terbitan Penulisan2U

Karya ke-4 penulis dan pertama terbitan Penulisan2U.. Spt karya yg sblm ini penulis UN mmg tdk pernah mengecewakan pembaca.. Mengisahkan Dewi Yusra seorg usahawan nasi ayam Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda yg diwarisi dr ibunya.. Dewi seorg yg blh dikatakan anti dgn lelaki bkn bermakna tdk minat lelaki disbbkan kisah silamnya yg lalu.. Dia beranggapan lelaki tdk blh dipercayai, menyusahkan, suka ambil kesempatan.. Demi perniagaan nasi ayam Cik NAB Dewi harus mempunyai zuriat bg menyambung legasi perniagaannya.. Dewi perlu mempunyai anak tp Dewi tdk mahu berkahwin tp jika tdk berkahwin Dewi tdk akan mempunyai zuriat sendiri.. Pada awalnya Dewi inginkan anak sndiri tnpa berkahwin, pelbagai cara dilakukan termasuklah bertemu pakar utk melakukan bayi tbung uji tp tdk berhasil krn tiada seorg pakar pun ingin membantu krn Dewi tiada suami sehinggalah Dewi mendapat idea gila utk mencari suami sementara dgn bantuan Kamarul pelbagai calon yg telah dikenalkan oleh Kamarul direject Dewi sehinggalah Dewi bertemu dgn Raden Amzar.. Dlm masa yg sama Kamarul sbnrnya meminati Dewi tnpa Dewi sedar.. Raden Amzar seorg dr keluarga yg baik-baik yg sering dijodohkan oleh kakaknya dgn Fatiha yg dianggap oleh kakaknya sbg seorg calon yg sempurna tp malangnya Raden tdk bersetuju.. Konflik bermula apabila Dewi berkahwin dgn Raden secara mengejut dan perkahwinan dilakukan diluar negara.. Pada permulaan perkahwinan mereka keluarga Raden tdk menerima Dewi.. Perlahan-lahan Dewi diterima bermula dgn ibu Raden ttp kakak Raden ttp tdk blh menerimanya kerana faktor luaran Dewi yg agak sosial.. Pada awalnya Dewi hanya ingin mempergunakan Raden bg mencapai tujuannya tp sblknya pula yg berlaku.. Dewi mempunyai seorg sahabat baik yg disangkanya baik tp rupanya kawan makan kawan.. Eda tlh membuat plgai cerita yg akhirnya berjaya mempengaruhi ibu Raden yg telah mula menerimnya menjadi bnci kpdnya dan menambahkan kebencian kakak Raden kpdnya.. Apakah yg terjadi kpd Dewi dan Radin, adakah mereka bahagia ke akhirnya atau sblknya anda harus baca naskah ini.. Ada bnyk mesej yg penulis cuba sampaikan dlm naskah ini yg pasti jgn sesekali nilai seseorg dr luarannya.. Tahniah buat penulis UN krn berjaya menghasilkan karya yg bg pendapat sy secara peribadi sebuah karya yg baik.. Berkenaan cover novel pula mmg menarik dan sesuai dgn jlan cerita.. Jika ingin tahu simbolik gambar bayi pada cover anda harus dptkan segera..Jgn lupa dptkan naskah ini dipasaran dgn harga RM24(sm) & RM27(ss)
Profile Image for Anis Azura.
58 reviews
February 14, 2014
Indah khabar dari rupa..mulanya excited nak baca,,blurb kat belakang memang menarik hati,,tapi akhirnya kena gagahkan diri di pertengahan jalan nak habiskan novel ni..panjang sangat jalan cerita..mengantuk jadinya..

kisah pasal Dewi yang beria nak cari pewaris restoran NAB beliau,tapi harus dari stok lelaki terbaik abad ini,jadi ditakdirkan jumpala Dewi dengan mamat Raden Amzar ni..then,Dewi plan baik punya untuk kahwin ekspres dengan Amzar,at last menjadi jugak plan Dewi. Next plan, nak dapatkan baby pulak..bab tu kena goda2 sikit,,so ada aksi2 18sx la,halangan dihadapi mostly dari pihak Amzar pada awalnya.Tapi ending untuk Kak Long Zahra tu aku dah boleh agak..sebab dia sibuk dengan hal orang lain,padahnya suami terabai..akhirnya terkena batang idung sendiri pulak. Kan padan muka!

Dalam novel ni ada banyak iktibar yang kita boleh jadikan teladan dan peringatan.Cth,dont judge a book by its cover,tak semestinya yang busuk luaran,dalaman pun busuk..orang boleh berubah anytime.Raden Amzar memang contoh suami mithali limited edition abad ini!Haha!Tapi terlalu menurut pun parah jugak.

Itu jela kot.Nak tau lebih,kena baca sendiri lah!
Profile Image for Linamarlyn.
37 reviews29 followers
February 21, 2014
Dewi Yusra! Strong character… successful independent sophisticated and bergaya! Dewi yusra ani kira anti lelaki because of her past yang menghantui nya sentiasa. Just because her mother kana seksa oleh bapa nya bikin ia label lelaki ani semua sama. A successful business lady whom own a chain chicken rice shop thought it would be nice to have keturunan that will take over her business one day. So her mission is to get pregnant. Kira kawin contract lah just to get pregnant and chow papai~ as usual, being very selective she wants a guy whom has all her dream qualities. Terjumpa dengan this Dr Amzar. Got married accidentally~! ada secret behind all that though but sebaik nya baca lah buku atu.. nda jua rugi membali hehe =) Kan dewi yusra ani mau suami sementara… so she tried so many ways tuk macam run away but macam payah… ada ada saja rintangan bercampur dengan perasaan apa… Siuk lah this book! i like the fact that the girl ani ada strong character!
Profile Image for creme brulee.
100 reviews18 followers
May 17, 2015
Best nak matiiii! Haha.


Suka gila baca cerita ni. Sangat sukakan pairing Raden Amzar and Dewi Yusra ni. I really have no idea kenapa boleh pandang sipi buku ni sebelum ni. Menyesal.

Keletah Dewi Yusra sangat menggelikan hati. Dalam mahu tak mahu dia ~ hati suda terpaut kepada sang suami. Penangan cinta Raden Amzar kuat sangat kot sampaikan si sombong Dewi boleh tergolek perasaan sama. Huhu.
Watak Kak Long Zahra betul2 menyakitkan hati. Tak habis2 nak sorong Nurul Fatiha tu jadi ipar dia. Hahhh tengok la apa jadi dekat dia. Nak menyesal pun payah nak kesiankan dia. Huhu.

And suka cara UN 'close'kan watak Razita yg betul2 crush dekat Raden Amzar. She wrote Razita's part so well. Selalu saja nak benci tapi tak jadi dekat Razita tu. Last2 Azam yg sambar. Haha. Hebat.

Aku doakan Syarif will be as great as Raden Amzar. Amin amin. Hahahaa rupanya nakkan Syarif ni layan aku macam Raden Amzar layan Dewi. Alolo so sweetttt.
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
June 29, 2015
Boleh la.... boleh......
itu yang aku boleh katakan...
cam ada kekurangan jln cerita....
tak kembang Sgt....
lebih terarah kpd kisah Dewi & Raden...
klo di kembangkan ke semua watak "mungkin" akan "ump"...
Tapi.... apa2 pon... saya suka pendirian Dewi
"Hidup Jgn Terlampau Bergantung Kpd Lelaki"
tapi.... perlu ingat....
Tak semua lelaki jahat... cuma kita sbg hambanya belum jumpa yg terbaik/baik utk Kita... :) ✌
Untung kepada sesiapa yg memiliki pasangan hidup spt Raden Amzar... Bersyukurlaaaaa hendakNYA.
Yang tiada.... jgn kecewa terimalah seadaNYA... ;)
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
April 17, 2014
Okey, done! TERBAIK! SUPERB! Kisah Dewi dan Raden Amzar betul2 best! Lain dari yg lain! Plot penceritaan yang tersusun di samping bahasa yang santai betul-betul jadikan kisah yg nampak simple ni jadi sebuah kisah cinta yang hebat. Tambah lagi dengan watak sampingan yg benar-benar berjaya dipertonjolkan perwatakan mereka. Suka dengan Nina, Azam. Benci dengan Kak Long dan Eda. Apa2 pun kisah ini ada moral tersendiri. Selamilah... Menanti karya seterusnya dari UN!
Profile Image for Aisya_ fl.
4 reviews
March 8, 2014
I have high expectation on this novel. Tapi bila EZ baca buku ni there's a bit like yang buat EZ tak puas hati. EZ kena ikut mood bila baca buku ni. Kejap baca, lepas tu tutup.

Overall, story line okey. Cuma ada sesuatu yang tertinggal. EZ tak tahu, yang pasti authornya tahu. Look forward for your next novel :)

Ini cuma pendapat EZ. Lain orang, lain pendapat kan? :)
Profile Image for Plainqoma.
701 reviews17 followers
June 2, 2015
Baca sebab tengah tayang dekat kaca televisyen. Buku memang lebih ada umphh. Penggunaan ayat yang sempoi dan kelakar. Bolehlah layan. Best sangat dapat husband yang macam ni.
Profile Image for Siti Izati.
3 reviews2 followers
June 12, 2015
beli dah lama. Baru habis baca.... apa yg penting buku yg ohsem! tahniah kak Un
154 reviews2 followers
December 12, 2017
Baca kali ke-2 (& tercari dan tertengok jugak drama adaptasi kat intenet...)

Kelemahan? banyaaak... seperti cerita panjang berjela, bahasa pasar kekadang macam ajuk cakap kanak-kanak ribena, heroin sasau lagi kuat meroyan - termasuk jugak watak-watak pompuan sampingan dalam novel ni yang berperangai tak semenggah, tapi...

* kalau cerita best yang panjang pun jadi tak panjang, dan kalau panjang pun bukan merapu -ada tazkirah, ada lawak, ada ilmu yang disampai secara halus lagi santai
* bahasa pasar? tapi senang nak baca kut, ni bukan tesis akademik atau rencana pengarang atau laporan berita tambah lagi cara penulis bercerita cepat masuk dalam kepala dan mudah mengetuk perasaan
* watak-watak kaum hawa yang ditonjolkan semua bermasalah - dan semua memang berlaku dalam kehidupan seharian - tapi tu laa pengajaran besar kut, i.e semuanya ada penyelesaian dan bila datang satu kesusahan pasti ada banyak kemudahan yang kita (lelaki dan wanita) dapat - rujuk Surah Al-Insyirah (94 terutama ayat 5-6)
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
December 1, 2018
Awal-awal baca macam slow sikit cerita ni. Tapi makin lama makin menarik. Watak heroin plak tak terlalu perfect, memang rasa macam heroin ni cetek sangat ilmu agama dia, ada ka patut nak buat kerja gila semata2 nak anak je. Tapi lepas tu makin suka dah watak heroin ni. Hero plak, cool, tapi penulis describe hero macam too perfect. Sampaikan jaga wife dia tu mcam minyak yang penuh. Seriously? Ada lagi ka husband macam tu? The character is too good to be true..tapi dah nama pon novel.. apa pun watak hero tu watak jejaka idaman semua perempuan lah! Conclusion is, the novel is good, bacaan yang santai, konflik tak sakit hati sangat, klaw time stress baca novel ni rasa macam bahagia & lupa sekejap stress.
Displaying 1 - 30 of 85 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.