Dalam hidup ini, manusia yang berjiwa besar akan mengatur satu per satu impian yang mereka inginkan. Bukan mudah untuk mengejar setiap impian. Terlalu banyak rintangan dan dugaan yang menunggu di luar sana. Salah satunya adalah 'pencuri impian'. Kata mereka, "Aku dah selalu sangat tengok orang ada impian yang diorang kata luar kotak macam kau ni ha. Apa yang kau nak capai ni bukan fikir luar kotak, tapi langsung tak pakai otak!"
Pencuri-pencuri impian ini akan sentiasa memandang sebelah mata akan kebolehan anda. Sering menyindir dan memandang sinis setiap usaha baik anda. Tujuannya supaya anda terus jatuh dan tidak bangkit-bangkit lagi.
Jadi, kenapa cepat mengalah? Positifkan diri, dan pandang terus ke hadapan. "Untuk menjadi insan luar biasa, kita kena fikir cara luar biasa. Kita kena buat perkara luar biasa, perkara yang orang biasa tak buat." - Nazali Noor.
Buku ULU YAM DI LIVERPOOL - membuktikan bahawa impian mampu menjadi kenyataan, bukan sekadar angan-angan Mat Jenin. Dulu anak Melayu ini di Ulu Yam, sekarang mencipta nama di Liverpool. Bacalah dari hati kerana ini cerita kita. Cerita saya, cerita anda, anda dan anda. Cerita untuk dikongsi bersama.
Bestselling book details Malaysian academic’s journey
Image of Nazali Noor with his book at book launchLJMU Senior Lecturer in Facilities Management Nazali Mohd Noor’s autobiographical book about his journey from a small village in Malaysia to academic life in Liverpool has been published by Karangkraf, one of the largest publishers in Malaysia.
The book, Ulu Yam di Liverpool (UYDL), sets forward positive vibes on how you should pursue a dream despite all the challenges that you might encounter.
Nazali joined LJMU in 2008 as a PhD student in Facilities Management. He is a Certified BIFM member (CBIFM) and a subject matter experts' group member of the Chartered Management Institute (MCMI). His key areas are Property, Facilities Management, Property Marketing, Real Estate Agency and Property Development. He gained his Bachelor degree (Hons) in Property Management and MSc in Facilities Management from Malaysia in 1996 and 2002 respectively.
He is currently pursuing PhD research on developing an optimum collaborative innovation framework for facilities management with focus on BS 11000. He has been invited as speakers to share his knowledge and experience in facilities management at many international platforms.
Nazali’s book was recently released nationwide in Malaysia and is currently third in the best sellers non-fiction category in MPH Bookstores throughout the country, and will soon be available in English and in an e-book format.
Niat nak membaca travelog ini akhirnya terlaksana bila dipertemukan dengan buku ni masa pesta buku Alaf baru-baru ni. Alhamdulillah.
Travelog ini membawa kita mengikuti pengalaman dan perjalanan penulis yang sebenarnya sudah lama berhajat untuk ke England setelah mendengar cerita ayahnya yang pernah ke England tak lama dulu. Tapi malangnya hasrat dan impiannya itu seringkali diperlekehkan oleh mereka yang mengenalinya. Kata mereka, mana bisa anak kampung yang dibesarkan di Ulu Yam ini mungkin mampu mencapai impian yang setinggi angkasa itu. Kata penulis, mereka ini adalah pencuri impian kerana sentiasa memandang sinis impian orang lain.
Sebenarnya janji Allah tu pasti. Datangnya cuma cepat atau lambat saja. Cuma sebagai hambaNYA kita janganlah berputus asa. Ada sebab kadangkala kenapa apa yang kita mahu tu lambat dikabulkan.
"Kadangkala perjalanan kita mencapai impian tidak seperti denai yang kita harapkan. Tapi bersangka baiklah dengan Allah. Ada ketikanya Allah lewatkan sedikit kurniaanNYA kerana Dia mahu berikan kita sesuatu yang berlipat kali ganda kejayaannya. Bersabarlah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah dan Mengasihani." - m/s 422
Banyak juga paparan kisah-kisah yang buatkan saya terkenang kisah hidup saya sendiri. Yang buat saya merenung kembali ke asal-usul. :) Terima kasih En Naz. Moga diberikan ilham dan kesempatan untuk meneruskan penulisan travelog ketiga. :)
Don't get me wrong.... biarpun rata-rata review memberikan rating 4-5* untuk UYDL ini, aku tak mampu membenarkan naskah ini menerobos terus ke pintu hati. Setakat sipi2 sahaja....
Sukar benar nak menghabiskan naskah ini. Mungkin kerana intipatinya adalah himpunan daripada status fb dan coretan blog si pencoret. Bila dihimpunkan dan diterbitkan sebagai naskah bercetak.... kesinambungan cerita sedikit caca marba.
Atau mungkin itu kekurangan untuk pembaca yang tidak mampu mengikuti mana-mana hasil karya mana-mana penulis/pencoret di alam maya seperti aku.
Warna merah kulit buku, semerah harapan yang mahu dikongsi oleh penulis. Kisah perjalanan hidup anak kampung di Ulu Yam. Yang menyimpan impian untuk menjejak tanah ratu. Yang sering menjadi ejekan dan sindiran dari orang-orang sekeliling sehingga digelar Mat Jenin yang mahu menjadi Mat Saleh Celup.
Suka duka dan juga ranjau yang ditempuhi untuk capai impian yang tersimpan sekian lama. Pelbagai peluang yang terpaksa dibiarkan berlalu disebabkan tuntutan tanggungjawab dan juga kasih sayang kepada orang tua. Juga onak duri dalam mencari kasih sayang antara kekasih hati. Sukarnya kadang kala mampu buat anak ulu ini hampir berputus asa.
Namun kadang kala diri sendiri tidak pernah tahu kelebihan diri sendiri. Kata orang bakat yang terpendam kadang kala dicungkil dengan menumpang kekuatan insan lain. Insan-insan yang memberi segala harapan dan panduan walaupun mereka bukanlah darah daging sendiri.
Hidup, bukan kehidupanlah kalau tiada gelombang yang melanda. Keyakinan untuk keluar dari kepompong keselesaan itu memang perit untuk ditelan tapi manisnya mungkin tak terucap.
Teruskan langkah walaupun pelbagai kata yang menimpa kerana yang pasti niat kita melakukan yang terbaik untuk keluarga apatah lagi Yang Maha Esa.
Komentar:
Yang paling melekat di kepada otak KakChik adalah:
1.Permulaan Bab 1: Aku Budak Minang. Bukan KakChik budak Minang tapi bagaimana olahan tentang balik kampung. Sesiapa yang rapat dengan KakChik pasti tahu KakChik memang rindu dengan kampung. Sehingga setelah tiada kedua orang tua pun masih rindu itu menebal. Yalah, kampung tu tempat kita membesar dan mula mengenal erti hidup. Di sana juga kita kenal kasih sayang dan juga erti memberi dalam keluarga. Tapi pada akhir bab pertama ini, KakChik terkesima. Tidak terfikir itu akhirnya yang mahu disampaikan oleh budak ulu ini. Memang kena setepek kat muka nih.
2.Jujurnya, memang respect dengan En Nazali yang sanggup meninggalkan segala kemewahan ketika di kemuncak karier demi untuk menyambung impian seorang pensyarahnya dan juga demi untuk berkongsi ilmu dan kelebihan diri dengan insan-insan lain. Juga yang terpenting adalah demi untuk mengejar masa berkualiti dengan keluarga dan anak-anak.
3. Memang membuka minda dengan pelbagai gerak gempur yang dilakukan penulis. Malah penulis juga seorang yang kuat dalam berkongsi segala anugerah rezeki yang diberikan Allah. Impian dan juga moto 'nikmat hidup dalam memberi - We Share, We Care' memang patut menjadi ikutan semua. Tidak semestinya kita berkongsi dengan orang jauh tapi yang lebih afdal adalah dengan orang-orang yang rapat dan di sekeliling kita.
Namun begitu mungkin kerana coretan kisah penulis ini adalah coretan yang pernah dilakarkan di blog, kadangkala terdapat beberapa perkara yang berulang-ulang. Mungkin untuk hasil karya yang seterusnya perkara ini boleh diperbaiki.
Jommmmmm, kita transformi diri untuk sesuatu yang lebih baik. Sila abaikan 'PENCURI IMPIAN' yang dengki dengan kita. :P
Orang lain yang membesar dan hidup dengan aku mungkin tahu aku bukan peminat Liverpool. Tapi buku ini aku beli atas semangat dan impian yang aku belum capai untuk menjejakkan kaki di bumi ratu itu juga suatu hari nanti walaupun destinasinya berbeza.
Aku rasa terpanggil untuk membeli buku ini dan berusaha untuk memiliki kulit keras disebabkan oleh kata-kata yang sering dikongsi oleh penulis di FB beliau. Aku yang kadangkala jatuh sendirian dengan kehidupan sendiri --- suka untuk membaca bagaimana orang lain boleh berjaya. Impian yang kita ada, barangkali kalau masih belum digapai, kalau orang lain sudah gapai, maka --- kita boleh pinjam cara dan semangat untuk mendapatkannya. Itu pendapat aku.
Dalam kelas kelmarin, aku bawakan buku ini dalam kelas. Reaksi anak murid aku yang pertama adalah : 1. Cikgu peminat Liverpool ke?
Aku ketawa. Aku nyatakan tidak. Tapi, aku kongsikan dengan mereka tentang buku ini. Tentang bagaimana kita semua ada impian, kecewa dan boleh bangkit untuk lunaskan impian tidak kira waktu.
Jadi, buku UYDL ini buatkan aku berusaha untuk membacanya dalam kekangan tugas baru di Putrajaya. Aku boleh katakan buku ini sangat menyentuh emosi. Ada ketikanya aku ketawa, tersenyum sendirian. Ada kalanya aku akan terharu, sedih dengan kisah yang dikongsi. Bila tiba bahagian yang menyentuh mak dan abah --- aku jengah WhatsApp dan tengok apa yang Abah selalu kongsikan dengan aku.
Semalam tatkala aku sedang membaca salah satu bab dalam buku ini yang berkaitan dengan Allahyarham Bonda penulis, aku pergi telefon Mak. Dengar suara Mak. Berbual dengan Mak sambil mengenangkan dulu aku kadangkala konflik dengan Mak, tapi bila dah besar, aku addict dengan Mak. Duduk jauh dengan Mak (dan setelah bersuami ini), aku jadi lebih cengeng dan mahukan Mak sentiasa.
Banyak dikongsikan pengorbanan, nilai kasih sayang, kekeluargaan dalam buku ini. Aku sukakan cara motivasi begini. Dengan bercerita. Setiap emosi yang dikongsi dapat dirasakan. Terima kasih yang teramat sangat atas perkongsian buku ini, Abang Nazali Noor. Mungkin Encik/Abang tidak tahu, tapi buku ini pastinya buka hati dan minda ramai orang di luar sana. Bagaimana impian bukan hanya mimpi semata.
Ulu Yam di Liverpool. Kisah budak Minang yang tinggal di ulu. Suka duka kehidupan dirakam dalam naskah ini. Kehidupannya penuh warna-warni. Aturan Allah itu sangat cantik. Beruntung orang yang bersabar dan dapat mengambil hikmah atas apa yang berlaku.
Diejek, dicemuh dan dipulau ketika kecil kerana membuat sesuatu di luar kebiasaan rakan-rakan dapat ditangani dengan sokongan padu mak dan ayahnya serta guru di sekolah. Ya, persekitaran positif menjadikan kita positif. Jadi, pilih kawan pun yang positif juga ya.
Sayangi dan hormati mak ayah kita. Doa restu mereka adalah lesen besar kejayaan kita dalam hidup di dunia dan akhirat. Kebergantungan kepada Allah jangan dilupa.
Turun naik dalam kehidupan menjadi asam garam dan medan tarbiah untuk kita.
Sokongan padu isteri sangat membantu kejayaan seorang suami. Sungguh Kak Ain isteri yang solehah:)
Jika kita bersabar dapatlah hasil yang manis di akhirnya. Siapa sangka budak kampung yang fobia dengan matematik ini melalui pelbagai fasa kejayaan dalam kerjaya dan akademik sehingga kini menjadi pensyarah kanan di sebuah universiti di tanah ratu. Subhanallah.
Semoga terus sukses. Menjadi inspirasi buat pembaca. Barakallahufik.
Aku beli buku ni sebab tajuk dia menarik. Tak sangka dah beberapa kali ulang cetak and aku dapat beli waktu cetakan ke-5. *slowpoke*. Aku jarang beli buku non-fiction sebab selalu ngantuk bila baca non-fiction. Agak cepat juga aku habiskan baca buku Ulu Yam di Liverpool. Cerita sangat menarik, berdasarkan pengalaman-pengalaman Nazali dari dia kecik sampai la dia berhijrah ke Liverpool and so inspiring.
Looking forward to read Ulu Yam di Liverpool 2. Buku pertama = RM19, Buku ke-2 = RM30. Sob. =(
Tapi masih lagi teringat-ingat setiap kisah yang dicoret indah oleh penulis. Dan aku, masih lagi teringat perasaan tika membaca buku ini, dahulu. Perasaan bercampur baur. Ada tangis dalam tawa. Ada tawa dalam gembira.
Kejap sedih, kejap suka, kejap ketawa keseorangan tanpa kusedari. Yang paling terkesan di hati, perihal subjek Matematik. Sebab aku, sejak sekolah rendah sampai dewasa, bab kira-kira memang tak cekap mana. Menangis-nangis bila bertemu dengan subjek kira-kira.
Aku tumpang bangga dengan En. Naz. Anak Melayu yang berjaya di Negara asing.
Buku yang tebal namun seronok dibaca. Penulisnya menulis dari hati. Banyak pelajaran hidup yang saya kutip daripada pembacaan buku ini. Saya menunggu kelahiran bukunya yang kedua dan mahu mengetahui lebih lanjut episod hidupnya ketika beliau berhadapan dengan situasi biasiswanya ditarik balik oleh penaja pengajiannya.
Membaca kisah perjalanan hidup "Onn" sangat menginspirasi. Apatah lagi ada sedikit persamaan peribadi dengan budak ulu ini. Saya juga orang Minangkabau, saya juga berkahwin dengan orang Kedah! Dan cita-cita untuk menjadi pensyarah, masih segar di dalam hati. Membaca perjalanan hidup Onn, saya terinspirasi.
Inspirasi dengan hubungan kekeluargaannya, insipirasi dengan kecekalan untuk mencabar keupayaan diri untuk keluar dari kepompong keselesaan. Semuanya menginspirasi!
Terima kasih tuan. Mana yang bersesuaian, akan saya contohi. Terutamanya dalam hal berkaitan keluarga, khususnya ibu bapa.
Sebagai permulaan, esok saya ajak mak dan abah untuk bersarapan bersama! :)
Ulu Yam Di Liverpool (UYDL) was a lifelog of the writer, Nazali Noor from he was a small kid until he made his way to foreign country. This is an inspiring story from zero to hero. During reading UYDL, I enjoy every series of his stories especially the love he put on his families over everything. UYDL also gave me so much insights about live and love which I overlooked.
To the writer, your story may not only inspire our people in Malaysia but also potentially to go global. I would suggest to for translation of this title. I am waiting for second title of your life chapter, sir.
Satu buku yang mengandungi catatan peribadi tuan penulisnya yang santai dan bersahaja, dengan maksud yang mendalam. Apa yang ditulis oleh tuan Nazali, kita juga mungkin pernah mengalami, bukan kisah yang sama, tetapi konteks yang sama. Yang menjayakan buku ini adalah catatan - catatan beliau yang jujur dan datang dari jiwa. Ia memberi kesan dan inspirasi kepada pembacanya. Saya berikan lima bintang kerana banyak pengajaran beliau dalam buku ini adalah praktikal dan relevan untuk masa ini. Juga, saya peminat tegar Liverpool :) YNWA!
Kita semua asalnya dari kampung tapi apa beza orang kampung dengan orang berperangai kampung? Biar kita kampung tapi perangai jangan kampung.
Kenyataan ini tak wujud langsung dalam buku ini tapi melihat tajuknya saja kita pasti akan terus bersetuju bahawa merasa susah untuk berjaya itu lebih bermakna berbanding senang2 dan tahu2 dah berjaya.
Genangan kecil yang muncul sesekali di birai mata itu jangan dinafi. Hakikat yang tak mungkin disangkal ialah macam mana kita boleh berjaya sejauh itu, sejauh ini. Jawapannya ialah KELUARGA. FAMILY. Absolutely..You'll never walk alone.
average dalam pengolahan dan jalan cerita, mungkin itulah yang dilalui oleh penulis tapi ada beberapa bahagian tidak memberi kesan mendalam kerana setiap manusia punya cerita hidup sendiri dan kalau mahu disamakan dengan UYDL mungkin ada lagi cerita manusia penuh hebat yang menusuk untuk dijadikan iktibar, apapun tahniah kerana berjaya menulis sebuah buku motivasi tentang angan-angan dan harapan.
Semoga terus menguak angan-angan dan harapan untuk mencapai cita-cita.
I was looking for inspiration and I get it when I meet this book. It has wonderful words that suits the situation. It makes you cry without you are noticing it. Bravo! Nice work.
Kenapa saya kata buku ini sangat menginspirasikan?
Pertama – Sesungguhnya dengan sejujurnya saya bersyukur kerana ‘dipertemukan’ dengan buku ini dan dibukakan hati untuk membelek isinya. Antara genre buku yang saya gemari ialah buku motivasi tetapi buku seperti ini tidak banyak dalam koleksi perpustakaan saya. Sebab saya takut ‘ditipu’. Yalah, niat membaca mahu memotivasikan namun selalunya saya kecewa dengan kandungan buku yang langsung tidak membangunkan spiritual saya. Saya tahu, apa-apa perubahan yang kita mahu lakukan bergantung kepada diri sendiri tetapi bak kata Nazali kadang-kadang kita perlukan orang lain untuk membantu kita merealisasikan impian sekurang-kurangnya dengan sokongan dan dorongan mereka.
Kedua – Buku ini adalah buku motivasi pertama yang saya baca dan habiskan dalam masa 3 hari sahaja (disebabkan kekangan rasa mengantuk yang cepat pada waktu malam sejak preggy ni). Selalunya rasanya tak khatam buku genre macam ni saya baca. Tetapi, buku ini buatkan saya jadi tak sabar untuk mengetahui kisah seterusnya dalam hidup Nazali. Sehinggakan saya bawa buku ni ke pejabat dan menghadiri temujanji Tuah di HUKM. Serius saya teruja!
Ketiga – Saya sangat terkesan dengan kehidupan Nazali yang sangat menghargai orang-orang di sekelilingnya. Bukan sahaja ibu bapa, isteri, anak-anak, adik-beradik tetapi juga pelajar-pelajarnya dan sesiapa sahaja. Bagaimana dia terlalu menghargai emaknya? Menyanjung ayahnya? Dan sangat menghargai Puan Ainon…isteri kesayangan yang digambarkan sebagai pendamping paling setia buat dirinya. Mungkin masih ramai orang seperti Nazali. Mungkin juga tak ramai. Tetapi Nazali telah mengangkat watak-watak penting dalam hidupnya dengan ayat yang ringkas namun menyentuh perasaan. Rasanya saya cemburu dengan Puan Ainon yang dilihat sebagai orang paling penting dalan hidup Nazali.Ya, dia telah mengungkapkannya dari hati yang paling dalam dan sebab itulah dia telah berjaya menyentuh hati saya.
Keempat – Beliau berjaya membawa kisah hidupnya daripada seorang kanak-kanak biasa di Ulu Yam hingga menjadi orang luar biasa di Liverpool. Sememangnya dia bertuah dipertemukan dengan 5 watak yang telah memberi impak mendalam dalam dia mengenali potensi diri sendiri.
MasyaAllah! Tak terkata rasanya nak mengulas buku ini. Satu semangat yang paling saya suka dalam buku ini adalah tentang bagaimana penulis terapkan nilai pentingnya ikatan kekeluargaan. Nilai kasih dah sayang penulis bersama isteri dan anak-anak. Nilai penghargaan terhadap ibu bapa dan adik-beradik yang banyak membantu. Kerana saya juga seperti penulis percaya nilai kekeluargaan adalah nilai terpenting bagi pembentukan sifat berkasih sayang sesama manusia. Kerana saya juga di antara orang yang dipilih Allah untuk mendapat nikmat kekeluargaan yang hebat. Alhamdulillah! Selain itu, penulis juga memberikan gambaran dalam cara mendidik anak. Walaupun penulis hanya menceritakan tentang kehidupan peribadinya, tetapi saya sampaikan berangan sekiranya diberi rezeki oleh Allah untuk mempunyai cahaya mata sendiri, saya akan buat apa yang penulis buat. Watak yang paling saya kagumi di dalam kesemua penceritaan penulis ini sudah semestinya isterinya, Ain. Sebab mungkin saya terkenangkan mak saya. A working mom. With four kids to raise. We had once had maid when we were kids. Tapi semua tak menjadi. End up kami duduk empat beradik di rumah. Masa tu masih sekolah rendah. We did survived Alhamdulillah. Our parents were superb! MasyaAllah! Kemudian, bahagian penulis menceritakan perit dan getir mencapai impiannya. Dan penulis tidak pernah tinggal untuk memotivasikan pembaca. Nikmat hidup dengan memberi. I always believe in that too. And Alhamdulillah Allah bagi nikmat pekerjaan bantu orang lain. But i guess, belum cukup lagi merasa nikmat memberi itu. Kena kerja keras lagi untuk berupaya memberi lebih lagi. InsyaAllah! Terima kasih Ulu Yam Di Liverpool. I did cry along the way reading this. Sebab betul apa yang penulis sampaikan semuanya masuk dalam jiwa. Betul lah katanya ini cerita yang hampir dengan jiwa. Kita semua perlukan cerita sebegini agar diri tidak terasa sunyi dan sendiri. Such a good book i would recommend to my friends (yang sama sama peminat tegar membaca) insyaAllah!
membaca buku ini membuatkan kita mengimbau masa kecil kita tanpa disedari.
pengalaman, kesusahan, kebahagiaan waktu kecil menjadikan siapa kita waktu dewasa.
Onn orang yang sangat mendengar kata. Sungguh. Saya antara orang yang agak rebel masa remaja saya namun masih takut dengan Allah dan bila kita tahu kita takut dengan Allah kita akan menghindari apa yang Allah marah. seperti menderhaka kepada ibu bapa.Betul kadang kita nakal, namun kita masih tahu di mana kedudukan ibu bapa kita.
buku ini dibaca asalnya kerana saya juga dalam proses menyiapkan diri untuk berhijrah. Namun isi buku ini bukan menghala ke arah itu sahaja.
pengalaman sewaktu awal perkahwinan saya juga tidak banyak bezanya dengan abang naz dan kak ain. sungguh pengalaman itu mendewasakan kami, merapatkan kami. Saya menghargai setiap pengalaman yang saya dan suami lalui. Walaupun kami pernah hidup susah dan kdg kala masih juga susah. Turun naik dalam kehidupan mendewasakan dan mematangkan kami. Mereka yang mengambil kesempatan, mereka yang membantu dan mereka yang buat tak tahu. Sekurang-kurangnya kepayahan kami mengenalkan kami kepada mereka semua.
Isi buku ini terasa dekat dengan pengalaman sendiri.
One of Mr. Nazali's entries went viral on Facebook: Boss UK Vs Boss Malaysia. I read it and got interested with it. So I shared it on my Facebook wall. Guess what? My friend owned the book and he lent it to me.
Ulu Yam di Liverpool (UYDL) was a life journey about Nazali Noor. What he experienced from childhood until he made it to Liverpool. His writing was motivating and inspiring.
I loved the way he portrayed his love towards his family. I failed to remember how many times I cried while reading about his late father and mother. After reading this book, I missed my parents even more. I promised to myself that my family is going to be everything to me. If you lost thousands of money, you can still dig and find it somewhere, sometime. But if you lost a family member, you cannot replace his/her. You cannot buy pure love.
Mr. Nazali Noor, you inspired me. I may not know you personally but I would like to thank you a thousand times for motivating me. I am looking forward to reading your second book.
Kisah hidup Naz yang lahir sebagai budak kampung dan bercita-cita ingin ke UK. Ditertawakan rakan-rakannya yang menggelarkannya 'mat saleh celup' kerana usahanya yang ingin menguasai bahasa inggeris ketika di sekolah. Amat tidak menggemari subjek matematik lantas pointernya tidak tinggi kerana tidak score dalam subjek itu. Namun pointer bukan segala-galanya. Yang penting adalah semangat untuk belajar. Kisah cinta dan putus tunang tidak mematahkan semangatnya sehingga bertemu jodoh dengan Ain. Mmebina keluarga di Liverpool kerana minatnya terhadap pasukan bolasepak Liverpool. Buku ini nyata memberi inspirasi kepada anak-anak muda di luar.
"orang yang bijaksana adalah mereka yang menggunakan kelebihan diri sebaik mungkin dan bukannya meratap hiba kekurangan diri sendiri dan sentiasa berharap diri mereka memiliki kualiti yang dipunyai oleh orang lain."
inspirational and sometimes sad when i read his stories about his lovely family. Worth to read for someone who wants to find the strength back. He (Brother Nazali) made me miss my family .