Jump to ratings and reviews
Rate this book

Awek Pisang Goreng

Rate this book
Subhanallah… indahnya ciptaanMU! Itu kata hati Daus saat si awek yang duduk di gerai pisang goreng berpaling ke arahnya.

‘Mak….rasanya Achik dah jumpa calon menantu mak.’

Pertemuan seterusnya selepas itu meyakinkan Daus tentang rasa hatinya. Sebuah Diari yang tertulis ‘Senah punya’ menjadi cagaran untuk Daus mengugut si awek membayar ‘hutang’.

“Awak tau tak awak tu gila? Tak hingin saya kahwin dengan orang gila macam awak.” – Senah aka Husna.

Kalau hati dah jatuh suka, apa lagi nak dikata. Dia sanggup buat apa saja walau tuan empunya diri kata dia gila. Sebab, seberapa banyak dia istikharah sekalipun, jawapannya tetap orang yang sama, hanya Senah si awek pisang goreng.

“Husna sayang...”- Daus aka Firdaus

“Awak ni laa kan...” - Husna

“Nak kena panggil sayang baru ada respond rupanya. Ok, noted. Saya skru dalam kepala supaya tak lupa.” - Firdaus

Saat hati Husna sudah lembut, ada pula yang datang ‘mencelah’. Antara percaya dan curiga, hati Daus memilih curiga. Walau tanpa sengketa, jiwanya merusuh tiba-tiba.

“Firdaus...Don’t walk away now. - Husna

Apa akan jadi jika Daus memilih untuk menyepikan diri saat ijab dan kabul sudah semakin hampir? Apa sebenarnya yang terjadi sehingga Daus terfikir untuk menarik diri? Cinta itu anugerah dari DIA. Memilih untuk menghargai bermakna kita menghargai ‘pemberian’ DIA

504 pages, Paperback

First published January 1, 2013

12 people are currently reading
235 people want to read

About the author

Syah Shah

7 books57 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
114 (36%)
4 stars
116 (36%)
3 stars
61 (19%)
2 stars
21 (6%)
1 star
4 (1%)
Displaying 1 - 30 of 59 reviews
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
January 6, 2014
comel sungguhhhhh

My review...

Actually 2* sebenarnya tapi 1* extra tu bcoz this book is written by a guy and I appreciate dia punya guts sebab willing to venture in this kind of genre. Kalau written by a female, I would have given 2* unconditionally coz its cheesy okay. Sangat cheesy in fact. Dgn ayat tak boley blah. Dgn bedroom talk tak bersempadan. Dgn 18sx jokes yang berlebihan. Those things really make me turn the pages very very fast.

Ceritanya biasa2 je but not at all cliché. Saya suka Firdaus and in a way kalau kata sifat2 Firdaus ini ada pada author ni then saya suka author ni. Upper comment set aside, I see a guy yang respect women. A family man. A loving husband. All those criterias are enuf to make me close one eye on the cheesy part of the story.

Cerita yang santai, straightforward but the ending doesn’t have an impact on me. I read this book and upon finishing, I did not feel a thing. During the reading is another story. Dengan tersengih sorang2, tergelak2 sorang pastu tersipu2 malu. Alahai…. Tapi betul la seperti komen ramai, buku ni Comelness Overloaded but kalau ada lagi satu buku macam ni, I would not have the inclination to read it.

And Dr Maryam tu, I don’t see the significant of kewujudan dia in this story. Mungkin impromptu punya addition ke, I don’t know. Tapi watak dia to me, kalau takde tak rasa aper, bila ade, takde impact.

Bila difikir2 balik, I was actually disappointed. I should have read this book dulu before I read My Slurpee Slurps. I really like Damien n Vina. If I read Firdaus n Husna dulu, maybe I would have loved this book tapi sebab I read Damien dulu so I have high expectation. Anyway, good to know that karya penulis gets better from time to time and therefore, will wait for his next book.
Profile Image for Hajar.
284 reviews
November 17, 2013
3.5*

Bila dah masuk umur 30-an dan masih bujang memang 'masak'lah nak menjawab soalan-soalan cepumas. Lebih-lebih lagi daripada ibu sendiri. Itulah yang terpaksa dihadapi oleh si Firdaus Hamizan a.k.a Daus. Hidupnya memang berteman kerja yang tak pernah habis. Sampai kadangkala nak balik kampung pun tak sempat. Haish. Manalah mak dia kat kampung tu tak risau?

Tapi, pertemuan pertamanya dengan Husna, si gadis penjual pisang goreng merubah segalanya. Siapa sangka 'awek pisang goreng' yang berpenampilan biasa-biasa tu mampu membuat Daus jatuh cinta pandang pertama? Phew. Pertemuan demi pertemuan selepas itu membuatkan Daus mengambil tindakan drastik. Ibu bapa Husna ditemui untuk meminta izin berkawan. Memang gentleman tapi Husna yang terkejut haruslah menolak mentah-mentah hasrat Daus ni. Hish, memang kerja gila!

Bila dah suka Daus peduli apa. Diatur rancangan untuk ibunya datang merisik Husna. Husna yang panik dan mula tertekan dengan kata-kata orang sekeliling mendesak Daus untuk melamar salah seorang kakaknya. Malulah, macam tak sabar nak bersuami sedang kakak-kakaknya masih belum berumahtangga. Husna lupa agaknya hakikat jodoh dan rezeki tu. Hmm.. Berkat pujukan kakak-kakak Husna, akhirnya lamaran Daus diterima.

Saat Husna dah mula lembut hati untuk menerima Daus dalam hidupnya, datang pula si pembawa onar yang membawa kisah lampau yang agak kurang enak didengar. Hish. Walaupun sudah diasuh hatinya untuk percaya dengan 'petunjuk' yang diberikan, Daus tetap curiga dengan apa yang disampaikan ke telinganya. Jadi, jalan manakah yang harus dipilih Daus?

Haish, bunyi macam sadis. Tapi percayalah, tak sadis mana pun. :P

Komen saya: Comel. Tapi sweet overdose. Dah lama saya tak baca buku yang boleh buat saya tersengih-sengih sendiri. Hihi. Rasanya kali terakhir buat kerja macam ni masa baca Baju Melayu Hijau Serindit. Kisah biasa yang santai tapi bisa buat kita tersenyum sendiri. Hihi.  Suka dengan ayat-ayat hiperbola dalam buku ni. Antaranya:

"Aku bg senyuman paling manis yang aku boleh bagi. Bukan setakat gula berlori-lori aje, siap madu lebah, gula kabung, gula merah, gula melaka,sirap mapel semua sekali aku taruh. Sangat-sangat manis." - m/s 39

"Ah, belasah! Janji sweet. Sweetla sangat... Kalau aku dengar orang lain cakap macam ni, mesti aku dah muntah warna-warni tujuh baldi." - m/s 208

LOL. Tahniahlah Encik Penulis atas kelahiran buku bercetak pertama ini. Lepas ni kami menanti si bad boy Fawwaz pulak. :)
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
June 29, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM14.00. Pm je...

COMELNESS.OVERLOADED.

Dah lama x berjodoh ngan novel yg boleh buat aku tersengih sampai telinga from 1st till last page!

Ni confirm tersengih lagi sampai ke petang!

Ni kalu boss bagi keja overloaded pun aku boleh tersengih lagi!

Ni harus kalu anak buah mintak apa2 walau di luar langkauan pun aku x berhenti tersengih lagi!

Ni hari pasti digelar 'Hari Menyengih Sedunia'!

THE MIANG-EST CHARACTER EVER..... (anugerah tu untuk penulis sebenarnya tapi takan nak tulis 'The Mengela-est Author Ever'... kan?)

Dan, harap2 anak aku yg ber-3 tu x semengela & sepoyo si Firdaus bila jadi anak teruna nanti.....

;)




Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
November 1, 2013
Asal nak bg 3 * tp tertambah 1 * lg sbb penulis sama negeri ngan saya kot. Muahaha...
p/s: minta alamat rumah penulis boleh nak g sana :P

AWEK PISANG GORENG.( versi org kedah tulis ) :P

Kisah seorang anak teruna yang dah masuk 3 series ni belum kawin lagi. Asyik kerja ja tak henti-henti sampai nak cari calon isteri pun tak dan no.

Firdaus Hamizan bin Sufian aka Daus aka Bang Chor aka Acik. Gila kerja. Asyik kerja saja. Macam tak dak
' life ' lansung. Sampai mak kat kampung pun dah bising nak menantu. Makan pun tak tentu hala. Sampai tak tau jam pukul berapa. Sampai satu petang, Daus ni p la nak cari nasik. Sampai ja kat satu kedai tu tak dan nak turun tuan kedai bagi tau 'yillek'. Terpaksa la p cari kuih. Kesian kesian kesian. Carila kat tempat biasa dia cari tu. Bila sampai kat sana,tetiba nampak kedai baru buka jual pisang goreng. Apa lagi angkat kaki p sana.

Tiba ja kat kedai tu dia nampak seseorang yang membelakangkan gerai jualan. Siap Daus ni kata tengok dressing gaya makcik ja. Cehh Daus, belum tengok rupa dah kata makcik. Siap panggil kak lagi tapi tak dengar pula orang yang jual pisang goreng tu. Bila Daus bagi Salam baru la tuan empunya diri terperanjat sampai terbangun dari kerusi dan tercampak buku Harry Potter yang dibaca. Saat dua biji mata Daus ni terpandang empunya yang jual pisang goreng ni. Terus skru lutut dah longgar. Terkesima jap. Sebab awek pisang goreng ni comel la sangat. Dalam hati cakap pipi tembam gebu macam pau terlebih yis. Rasa macam nak cubit-cubit.

Itu pertemuan pertama mereka. Kali ke dua masa kat kedai mamak tu terlanggamr si awek pisang goreng sampai berterabuq ketas kat lantai. Kali ke tiga pula masa nak tengok wayang. Awek pisang goreng dan kawan-kawan dia masa tu pun nak tengok wayang. Tapi, disebabkan si awek ni tak sama minat ngan kawan dia jadi Daus ni terlebih perihatin pula siap beli tiket untuk si awek tu. Dah selesai tengok wayang Daus ni pula paksa si awek tu naik ngan dia nak tolong hantar kan. Mula si awek ni tak setuju, tapi Daus ni punya ayat sampai si awek ni terpaksa setuju. Siap paksa nak hantar sampai rumah. Nekad betoi Daus ni. Sampai ja kat rumah si awek ni, apa lagi terus Daus g jumpa bapa dan mama si awek menyatakan hasrat dia nak merisik. Kat sini la juga baru tahu nama si awek tu Husna. GENTLEMAN sungguh Daus ni. TERBAIK. Siap nak bawa mak dia jumapa keluarga Husna bila Husna setuju.

Mula tu Husana tak setuju sebab dia takkan nak langkah tiga bendul kot. Sebenarnya dua ja sebab satu lagi abang. Tapi atas pujukkan kakak Husna, jadi Husna setuju saja. Kat sini la baru Daus tahu Husna tu baru 18 tahun. Amboi Daus dapat pujuk muda kata Haziq hehehe. Tapi apa Daus nak kisah bila hati dah suka+berkenan habis. Dari nak bertunang bulan dua raya cina tahun depan dah jadi kenduri kawin pula bila pihak perempuan nak terus nikah. Seronok la Daus ya.

Tapi sebelum lagi seminggu ijab kabul ada satu kejadian dimana Daus rasa curiga sebab kata-kata Khai masa jumpa mereka kat tempat parking masa beli barang kawin tu. Khai ni pula sebenarnya pernah nak berkawan dengan Husna. Tapi Husna tolak atas sebab tertentu. Aiseh..masa ni Daus dah berbelah bagi. Tapi Daus ni pikiaq panjang, ingat fa,ily akhirnya dia teruskan juga.

Bila dah kawin tu, akhirnya Daus temui kebenarannya. Adoi kat sini la gigi saya dah mula sakit sebab makan banyak gula-gula sampai nak rongak gigi ni. Hehehe

* Cerita yang menarik. First time saya baca cerita jiwang dari penulis lelaki. Suka watak Daus dan Husna.
TAHNIAH buat penulis untuk buku pertama dia.
Next nak tunggu Isteri soleh, suami solehah pula. :))
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
August 8, 2014
Rasanya saya tak ada masalah dengan kisah ini,cuma saya tak minat cerita begini.Samalah macam saya tak pernah kisah dengan cerita Adnan Sempit padahal pecah panggung.(less)
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
August 10, 2016
2* untuk isi cerita
1* untuk penulisnya :D

Suka bila ada penulis lelaki yang boleh cerita santai & buat aku tersengih sendiri semasa membacanya.

Ps: Credit to KZ

Full review: 26/03/2014

Bila dah baca karya lain penulis, aku pada mulanya memang susah nak masuk. Mungkin kerana aku lebih menyukai cerpennya. Atau, mungkin sebab aku terganggu dengan monolog dalaman si heronya. Tapi dek kerana ianya menggunakan POV pertama, maka ia banyak menyelamatkan keadaan.

Tidak dapat tidak, aku teringat pada kisah KSC karya Rehan Makhtar. Masih di pentas yang sama, iaitu kisah sang lelaki yang jatuh cinta pandang pertama pada si gadis belasan tahun. Gaya terlebih sweet itu seakan-akan sama cuma kerana gaya pengolahan penulis menjadikannya comel-santai-sengih-kambing. Lagipun, ini hasil tangan penulis lelaki, tanpa madah pujangga menjadikan ianya lebih mudah hadam. Dan aku suka lah hiperbola yang digunakannya, kena dengan tempat dan gaya.

Konflik yang ada pun tak sampai aku rasa nak luku si pelaku itu laju-laju. Baik kehadiran Dr Maryam dan Khai, bagiku cukup takat celah gigi *wink* Cuma, kasihan juga dengan che Senah bila enche Daus tetiba high pitch hikhikhik

Walaupun disampaikan dalam nada santai dan kelihatan biasa-biasa saja, tapi masih ada yang boleh dikutip. Dan ada juga beberapa part yang makan dalam.. perghh.. Tapi itu kalau kita mahu ambillah, ingatannya diselit dalam nampak-tak-nampak je.

Memang seronok layan novel ni masa tengah serabut kerana takde konflik yang membunuh jiwa. Dan, kalau ikutkan aku boleh beri rating yang lebih banyak tapi ada juga beberapa scene yang aku rasa boleh dikurangkan, itu my personal preference. Apa pun aku tunggu kisah Fawwaz, tak tahu kenapa suka benar aku dengan wataknya :D
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,036 reviews378 followers
December 16, 2013
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

On the surface, cerita ni ada a few similarities dengan Kerana Sekali Cinta oleh Rehan Makhtar.

1. Kisah ini is from first person POV seorang lelaki berusia 30 tahun. N rasa Zafran from KSC pun around that same age.
2. Seperti Zafran, Firdaus terus terpikat pandang pertama dengan heroinnya.
3. Seperti Anaresa, Husna jauh lebih muda dari Firdaus.
4. Husna juga masih lagi menuntut di universiti dan masih belum mahu berumah tangga (sama macam Anaresa).
5. Zafran and Firdaus dua-dua datang jumpa keluarga bakal mertua secara mengejut (except Zafran bawak parents terus. Firdaus datang seorang diri dulu).

So, if you like KSC, I think you'll enjoy this one too. I sure did! Best and sangat comel and amat sesuai untuk menghilangkan stress! :D

Warning: Ada a few lawak-lawak nakal yang mungkin kurang sesuai untuk budak di bawah umur.

Profile Image for Tie Tinie.
77 reviews11 followers
November 1, 2013
yeyyy... tamat sudah buku nie...
hehhehehe..
buku terakhir yg dibaca untuk bulan oktober... AWEK PISANG GORENG.... incik writer SYAH SHAH...

1st - tahniah untuk incik writer sbb karya hasil perit jerit pertama sudah didepan mata... mesti peluk x lepas kan... hahahahah...

2nd - tahniah untuk penerbitan IDEA KREATIF PUBLICATION... untuk terbitnya novel bulan oktober.. semoga next2 novel yg dikeluarkan akan lebih baik...

3rd - incik writer.... nak dengar pujian ke kutukan? hahahaha... hurmmm...

kita review sikit la ek..

kisah daus + senah... cinta pandang pertama...
love at first sight... ohh myyy... itu yg berlaku pada daus.. first time jumpa senah semasa beli pisang goreng...
(x de ke mamat ensem yg jual pisang goreng ek... nak pi usha jugak... hahahah)...

setiap dari kita mesti mengharapkan sesuatu yg baik... tapi kalau dari segi penerimaan senah terhadap daus... rasa macam daus bakal kuciwa... senah garang giler... kikikiki...
dalam hati masa baca... masak la daus nak edjust senah yg kerek tu... tapi nasib baik daus bijak... g jumpa mama & abah senah... dan itu la yg sebaik2 nya...

bak kata org tua.. masa bertunang la banyak dugaan dan godaan... begitu juga dgn senah & daus... doc. maryam yg gilakan daus... serta khai yg gilakan senah...
respect kat daus sbb walaupun bengang + marah dgn cerita khai... tapi daus tetap ngan senah dia... hahahha...

biasa la... kalau ending mesti happly ever after la... kalau tak... mau buku, novelis & publisher kena bako,,. hahhaha...
so u guys... sila baca APG... korang akan enjoy bila baca...

selamat membaca...
"Membaca dgn hati... Menilai dgn akal"...

p/s: incik writer... tahniah lagi untuk hang,.. aku tunggu buku no 2.... hehehehe...
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
February 1, 2014
Awek Pisang Goreng

Entah kenapa, apabila baca novel ni boleh teringat Lazuardi dan Sweet sour dari penulis Nasz. Mungkin gaya penulisan kot yang sama. selamba, ayat2 kontot yang mudah hadam, watak yang sengal, awek bertudung yang tak control cun , anak yang baik, pekerja yang dedikasi dan mereka sedar mereka hamba Allah yang wajib menunaikan rukun Islam menyebabkan Cik Pah rasa macam ada sedikit persamaan dan cerita sebegini mmg Cik Pah suka. Yang tak suka tak yah cakap, diam itu lebih baik.

Terima kasih Mai, kasi pinjam ;)
Profile Image for Mak Long.
35 reviews8 followers
April 27, 2014
Cerita ni macam comel je... Happy je melayan sengal si Daus tu. Dengan garang si Una... Eh macam best la... Dalam pada sengal si Daus tu, he is a one fine gentleman! I salute you Daus!

Bila baca citer ni, terus terbayang Ema Maembong sebagai Una...

dan fe'el laku dia pun cam Una dalam Projek Memikat Suami. Setuju?

Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
November 30, 2013
Firdaus Hamizan, seorang engineer yang berumur 30 tahun, dan tidak mempunyai seorang teman wanita. Dia sangat sayang ibu dan keluarganya. Kebetulan pada hari ibunya memberi dia kata putus bahawa dia akan datang untuk meminang untuk Firdaus, Firdaus bertemu dengan Husna, gadis penjual goreng pisang. Hatinya terpaut dengan penampilan Husna yang amat sederhana, pandai menjaga maruah dan tingkah-laku serta sangat manja dengan kedua orangtuanya. Lalu Firdaus terus mengenalkan dirinya kepada ibu-bapa Husna dan meminang Husna. Kedatangannya disambut baik dan pinangannya diterima. Husna pada mulanya selalu menunjukkan reaksi yang sombong dan kasar dihadapannya. Tetapi lama-kelamaan Husna mula berlembut. Hubungan mereka diganggu oleh Doctor Maryam dan Khai. Tetapi kalau dah jodoh tak kemana. Cerita selanjutnya adalah mengenai hari-hari mereka selepas pernikahan mereka.
First time I like the way the characters spoke English. Ada standard. Suka sangat dengan penyampaian cerita; santai. Tapi cerita ini boleh dihentikan bila Khai datang kerumah minta maaf.
Profile Image for Anis Azura.
58 reviews
February 7, 2014
Comelness overloaded!!hahahaha..sengal sungguh!

Disebabkan aku asal utara,jadi agak biased bg review sebab aku rasa masuk sangat dengan kepala otak aku nih..i think that's the different between penulis lelaki dan penulis perempuan,,jiwang tapi kelakar..tak meleret-leret dengan ayat cinta yang buat orang ngantuk.

Jalan cerita simple, kenal sekejap,pastu nak kahwin tetiba then konflik sikit-sikit..ye lah,novel tak tebal mana pun.Highly recommended untuk yang nak ilangkan stress,memang kelakar.sampaikan orang keliling pelik dok tgk aku tergelak sorang-sorang dalam tren.

Paling takleh blah, ade ke patut sampai katil patah. Mau malu 4 tahun kalau jadi kat aku.Haha!
Profile Image for creme brulee.
100 reviews18 followers
January 15, 2015
Comel lahaiiiii cerita ni. Firdaus dan Husna. Dua sejoli yg disatukan dek kerna sang teruna nekad utk memperisterikan ~ *hahhh tu diaaaa* si anak dara selepas pertemuan pertama kalinya di gerai pisang goreng.

Husna pada awalnya bersungguh menolak si jejaka Firdaus. Namun berbekalkan semangat kental Firdaus, dia akhirnya dgn rasa redha dan rendah hati menerima lamaran si jejaka.

Overall cerita is quite simple. Tidak meleret. Easy to munch. Easy to digest. Hehehhhh. Comelness dalam buku ni memang overloaded. Si penulis memang berjaya menjinakkan aku untuk baca habis buku ni. Dia semenangnya FAHAM how to go with reader's feeling. Done!
75 reviews6 followers
Read
March 30, 2015
3.5 star!

Saya enjoy ketika membacanya. Gelihati dan bibir asyik tersenyum. Jalan cerita yang tak berat dan kadangkada keletah Daus & Husna mencuit hati.

Cerita yang sangat mudah dihadam. sangat suka dengan Daus yang sempoi. Saya mcm dpt merasakan yg sebahagian dari cerita ini seakan ada kena mengena dengan penulis kerana ianya digarap dengan baik. :)
Profile Image for Intan.
85 reviews2 followers
December 5, 2013
tip jimat gula :
-sila nikmati teh/kopi kegemaran anda sambil membaca buku ini...konfirm manis bergula batu

novel ini amat comelness overload n ke"poyo"an si hero amat terserlah..

baca konfirm sengih sampai minggu depan (ok! hiperbola sgt)
Profile Image for Aisha.
15 reviews
January 12, 2014
cuba nk cari ape keistemewaan novel ni yg d katakn ramai peminat
ade kh sebab penulis lelaki yg buat pembace 'suke'
entahlah.
mengkin selera tk samakan
so for me this novel tk ade yg nk d ketengahkn
may b nk highlight 'parts' yg terlalu bergula.
terus terang malu nk bace setiap patah perkataan
akhirnya novel di letgo dgn separuh harga termasuk postage.
agak berbeza ye bila penulis lelaki mbuat scene bergula di bandingkn penulis pompuan!
patut le penulis tk nak merevealkn diri pd 'peminat' dia.
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
February 3, 2015
Kalau ada yang kata 5 bintang ni merepek, sorry, aku tak boleh nak bagi kurang dari ni. Haih la Mr.Penulis. Tulisan awak buat saya sengih sorang-sorang tetengah malam buta tau tak. Sengal sungguh lah Daus ni. Senanh yang sangat-sangat pemalu tapi garang. Mungkin loghat utara buat aku rasa novel ini jadi sangat dekat dengan jiwa.

Cerita yang santai. Konflik yang realistik. Dan ending yang rasa macam kena sakit gigi sebab suwit sangat. Saya harap novel baru nanti memuaskan macam 2 novel awak yang saya baca ni.

TAHNIAH!!!!!
Profile Image for mrsbudu.
94 reviews12 followers
November 26, 2013
novel ni citer seorang daus.. daus adalah lelaki... susah nak jumpa watak lelaki..

memula mcm boring laa tapi ble masuk tang daus selamba badak pi jumpa parents senah.. dah mula suke.. then bile tang si khal cube nak rosakkan hubungan daus & senah... jatuh suka lagi dkt daus yg pandai nak control
marah dia.. x mudah terima jer kata2 org..
sebabnya kebiasaannya mesti lepas kne
fitnah ke.. kantoi benda2 x senonoh ker.. sure akan ade yg break up laa.. divorce la..boring sungguh

klo rational ckit mcm daus.. bru laaa best ...sampai patah laa katil... heheeh
Profile Image for Ayu1166.
38 reviews3 followers
November 3, 2013
Akhirnya khatam....best mls mk ulas byk2 sbb nnt en writernya kembang bertaman2 n lupa lak nk update n3 baru dia...en syah shah, aku mls nk ckp ni tp tpaksa jugak! Well done, good job n kaw yg sewaktu dgnya...hmmm kn dh kata...kembang dah...hahaha
Profile Image for Wee.
66 reviews1 follower
January 11, 2014
aku tahu ramai gila peminat writer ni. Haha. cerita tak berat mana. jujurnya saya suka olahan bahasa yg writer. even dlm cerpen pun. trus tertarik 1st time baca. cuma ada part2 tertentu mungkin tak masuk dgn jiwa. but, I love yr lenggok bahasa incik penulis.
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
October 31, 2013
best2.. especially dia byk guna dialek.. & extra besh sbb writer die lelaki.. so difference perspective gitu.. and of course sempoi.. heheh
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
December 11, 2013
siapa yang nak lari dari konflik berat..boleh la baca kisah antara Daus dan Husna..

memang sgt simple & comelness OVERLOAD..haha..

Profile Image for Azizah.
389 reviews6 followers
December 12, 2013
Gaya bahasa yang sempoi buat hilang stress walaupun tahap meghela hero tu dah boleh blah...:)
Profile Image for nell.
39 reviews2 followers
June 12, 2014
nak bagi 5, tapi storyline sama mcm buku rehan. Like seriously.
Displaying 1 - 30 of 59 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.