What do you think?

Sejuk-sejuk Tokyo
Novel ini berpusat kepada watak Asan yang sedang belajar ilmu sains kemasyarakatan di sebuah maktab di Tokyo, dan hubungannya dengan watak-watak dari dunia antarabangsa. Asan yang mengalami kekusutan jiwa akibat runtuhnya rumah tanganya bersama Manis kerana cemburu, dan kegagalan percintaannya dengan Yoko, akhirnya bertemu dengan Yoshika. Percintaan mereka menimbulkan beberapa keanehan, permusuhan dan penyelesaian. Namun percintaan itu berhasil membawa titik kemanisan dalam jiwa Asan walaupun akhirnya mereka terpaksa berpisah kerana masing-masing sedar akan kewujudan mereka sebagai manusia Malaysia dan manusia Jepun yang mempunyai tanah air, adat dan cara hidup yang tersendiri.
231 pages, Paperback
First published January 1, 1973
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 1 of 1 review
November 1, 2013
Novel ini menceritakan sekumpulan pelajar yang berkursus di Univ. Waseda dalam masa pendek. Salah seorang pelajar itu ialah Azad daripada Malasia.
Azad jatuh cinta dengan seorang wanita Jepun dan ini menjadi pergolakan dalam novel.
Penulis masukkan adegan cinta sambil menyelitkan sedikit kehidupan, kegiatan dan perilaku masyarakat Jepun cara keseluruhannya. Ini saya rasa tidak menepati gambaran masyarakat di Jepun sebab penulis mengambil kehidupan keseluruhan orang Jepun tanpa menyelidik dengan lebih teliti.