Jump to ratings and reviews
Rate this book

Isteri Untuk Disewa

Rate this book
Anda mempunyai masalah dalam perhubungan?
Anda perlu seseorang untuk menyelesaikan masalah anda?
Anda perlu seseorang memutuskan hubungan anda dengan si dia?
Atau... Anda perlu seseorang untuk menyamar menyelamatkan hubungan anda dengan si dia?
Saya ada penyelesaiannya...
Orang untuk disewa!
Sila telefon saya, Nur Adreiana, 012-3459876.
Anytime, Anywhere... I’ll be there.

Dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya tapi dia ialah Nur Adreiana, minah merah jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan lelaki yang boleh berkahwin empat.

“Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan.

“Ini cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan, CEO.

“Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik.

“Ini cincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal, Remy Ishak celup.

Antara pelanggan, CEO, kawan baik dan Remy Ishak celup, mana satu yang dapat menyewa hati Nur dengan ringgit cinta? Dalam hidup, hanya ada dua pilihan, tanpa dia, kita boleh hidup atau, tanpa dia, kita tak boleh hidup. Yang mana satu... pilihan Nur?

813 pages, Paperback

First published November 1, 2013

157 people are currently reading
1794 people want to read

About the author

Syamnuriezmil

84 books537 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
422 (44%)
4 stars
270 (28%)
3 stars
158 (16%)
2 stars
52 (5%)
1 star
48 (5%)
Displaying 1 - 30 of 74 reviews
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
April 20, 2014
Selesai juga akhirnya....

Isteri Untuk Disewa,mulanya macam tak tertarik sangat nak baca kisah ini tapi bila buku dah berada didepan mata,kenapa tidak.
Pada saya tajuk tu agak kontroversi,tapi bila mula baca tak peduli dah pasal tajuk tu,sebenarnya Nur bukan menyediakan perkhidmatan isteri sewaan tapi pelangan pertama Nur iaitu Noah Ryzal yg meminta Nur menyamar sebagai isteri dengan bayaran lumayan utk sehari Nur pun bersetuju,sewaan sehari menjadi dua minggu.Dalam tempoh masa tersebut Noah mula jatuh hati pada Nur.

Putera Raiyan,CEO tempat Nur Bekerja pun jatuh hati pada Nur,ada lagi Imtiyaz jiran merangkap sahabat baik Nur dari kecil lagi pun menaruh hati pada Nur.Nur pula gilakan Remy Ishak dan kemunculan Suffi yg menyerupai Remy Ishak membuatkan Nur tak peduli dah lelaki2 lain yg pasti tak dapat Remy Ishak sebenar Remy Ishak celup pun jadi lah.Bila keempat-empat lelaki ini melamar Nur siapakah yg jadi pilihan Nur Kenalah baca sendiri.

Secara keseluruhan kisah ini menghiburkan,banyak kali juga lah tergelak mcm orang giler nasib baik baca sorang2 dalam bilik kalo x dah sah2 dicop sebagai mereng.Cuma di hujung2 cerita ini dia jadi agak hambar mungkin sbb dah drag terlalu lama utk kisah Noah-Nur sblm mereka berpisah.Ending pun dah agak Predictable.Penggunaan bahasa yg kadang-kala terasa agak kasar sedikit menganggu.Yang pasti kekuatan cerita ini watak disekeliling Nur,tak ada yg gedik2 jahat semua sangat supportive sangat terasa keakraban hubungan kekeluargaan itu.

Sebenarnya buku ini hadir tepat pada ketika otak saya tidak mahu membaca kisah kahwin paksa-terpaksa berkahwin dengan kontrak merepek-repek dan mungkin juga sebab itu saya jatuh suka dengan kisah ini walau terasa unsur Fairy tales nya agak tinggi :)



Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
January 24, 2014
Tarikh tamat baca buku pink ni :23 Januari 2014. Cuma diakibatkan tak dapat online, sebab sibuk mengalahkan artis, maka lambat update hahaha...

3.0* untuk keseluruhan dalam buku ni,
1.0* extra sebab mampu buat aku kekadang senyum-senyum sendiri. Wink!

Tajuk buku ini agak kontroversi, 'isteri untuk disewa'. Macam lain je bunyi. Tapi don't judge a book by it's cover kan... haha
Cover pun simple je.
Kalau bukan saya pinjam dengan akak, rasanya saya tak beli buku ni. Pink kut! mual tengok hakaka... Tapi warna pink itu ada kaitan dengan watak utama. Sebab watak utama memang gila dengan pink!

Cerita buku ni mengenai seorang gadis yang bernama Nur yang masih belum dapat pekerjaan selepas tamat belajar dan enggan berkerja di syarikat ayahnya menemui buah fikiran dengan menawarkan perkhidmatan kepada sesiapa sahaja yang ingin memutuskan hubungan atau sewaktu dengannya. Blog pink miliknya menjadi medium untuk menyebarkan iklan khidmat pemutus hubungan. Disebabkan itu, seorang lelaki yang bernama Noah Ryzal atas persetujuan kekasih hatinya, Rhiannah (macam nama artis hollywood pulak haha) menyuruh Nur menjadi isteri sewaan Noah untuk menjalankan rancangan jahatnya. Dari situ jalan cerita semakin berkembang. Imtiyaz yang merupakan sahabat baiknya, merangkap jirannya terkeliru adakah mencintai Nur atau Isabella. Tapi di hatinya sering memujuk untuk memilih Nur. Begitu juga Raiyan dan Remy Ishak celup (Suffi) yang datang ke dalam hidup Nur dan menyesakkan jiwa Nur. Kalau nak tahu lebih-lebih bacalah. Hahah.

Tapi dalam buku ni, watak perempuan gedik yang melebih-lebih, lelaki playboy dan sewaktu dengannya takkan dijumpai. Kecuali watak Rhiannah. itupun tak difokuskan sangat. Hanya watak untuk menceriakan buku hakaka. Fokus kepada Nur dan empat lelaki yang melamarnya.

Tapi bagi saya, saya lebih suka Nur dengan Noah dari awal lagi. Watak Noah memang sweet. Tambahan lagi muka dia konon macam prince caspian dalam cerita Narnia. Saya gelak je baca penulis mentioned macam tu hahaha... Pintu Narnia pun wujud di dalam cerita ni! :)

Seperti yang penulis katakan, watak memang banyak di dalam ni. Nama watak banyak guna huruf R dan hampir-hampir sama sebutannya. Nasiblah fokus lebih kepada watak utama, kalau tak ada yang terpaksa belek ke depan muka surat lagi hehe...

Jangan risau buku ni tidak menggetengahkan isu yang berat. Sempoi je cerita dia.
Paling suka ayat ni---> "Kalau tak bercinta, takde sparks lah!"
So, bacalah buku pink ini hahaha..
:)
Profile Image for Pips.
219 reviews30 followers
December 10, 2013
Novel ini memang terbaik. Serius. Kalau ada 10*, lebih pada tu pn sanggup bagi.
Sungguh.
Tabik spring untuk penulis.
Watak ramai sangat, tapi setiap watak tetap diolah dengan jayanya.

Minggu lepas lagi baca sebenarnya, tapi kejap stop, kejap sambung.
Sebab apa?
Tak sampai hati nak teruskan bila hero ramai sangat.
Tak sampai hati bila hati Noah pecah berderai.
Noah + Nur = Sweet sangat. Serius!

Novel ini tak akan buat kita serabut kepala dengan konflik berat.
Novel ini akan membuka hati kita tentang betapa, rapatnya hubungan kekeluargaan masing- masing.
Seronoknya kalau di dunia realiti pn ada keluarga rapat macam ini.
Dari nenek, mak ayah hingga lah abang adik.
Ya Allah, seronok sangat.

Novel ini akan buat kita ketawa keseorangan.
Novel ini tak akan buat kita kecewa.

Sungguh!

Baca lah :)
Profile Image for Fazira Beckly.
23 reviews
November 4, 2013
The end! Yayyy! Tp ending xpuas, patut sambung lg sampai muka surat 88888888. Uwakkkkk!!! Tp mmg best!!! Si ank raja raiyan xminat wlupn kaya raya, si remy ishak celup lg lah x sbb sy mmg xminat remy. Kahkahkah. Imtiyaz, sahabat dunia akhirat katanya so-so. Hahaha. Makanyaaaaa! Noah kesukaankuuuu. Pendapat s'org fazira. Sekian. Chow!
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
November 29, 2013
Syamnuriezmiel memang penulis yang hebat..dengan karya dia yang boleh buat kite ketawa dengan gelagat-gelagat setiap watak..boleh buat kita tersengih2 sampai muka surat terakhir..Lepas baca Isteri untuk Disewa ni…sy tetibe teringat kat karya dia sebelum ni Bukan Kahwin Paksa..penceritaan yang mengetengahkan unsur kekeluargaan dan percintaan memang buatkan terlekat dihati pembaca.

Isteri Untuk Disewa ni memang agak tebal novelnya kalah Bukan Kahwin Paksa..tapi tebal2 pun memang sayang nak habiskan sampai ke mukasurat terakhir.

Kisah yang bermula bila Nur Adreiana yang selalu selesaikan masalah percintaan abang dia..dari situ dia dapat idea untuk buat bisnes sewakan perkhidmatan tersebut kat orang luar dah alang2 dia ni seorang penganggur. Bila dah iklankan service dia tu, muncul la seorang pelanggan. Noah Ryzal pelanggan pertama Nur. Noah nak sewa Nur menjadi isteri dia selama sehari. Sanggup nak bayar 10k untuk sewaan tersebut. Noah ni kononnya nak sewa Nur biar family Noah x sukakan Nur then boleh la dia diceraikan. Itu rancangan si Rhihana (girlfriend Noah tp family Noah x suka). Jadi konon bila dah bercerai dgn Nur, dia boleh kembali dengan Rhin.

Tapi rancangan tu x menjadi bila tiba2 sewaan tersebut dari sehari akan menjadi 2 minggu. Apa lagi mengamuk la Nur. Sebab x ikut perjanjian. Tapi ini semua berlaku sebab family Noah tiba2 suka kat menantu dia ni.

Lepas tu muncul watak2 yang lain seperti Imtiyaz, Putera Raiyan dan Suffi..antara keempat-empat ni..rasa2 mana yang dapat sewa Nur untuk selama-lamanya...saya vote Noah Ryzal!! :)
Profile Image for Emoon.
219 reviews79 followers
December 4, 2013
Syamnuriezmil is owez a favorite.... & I must say 2 thumbs way up 2 d fabulous writing. I just finished reading this novel last night & it was AWESOME!!!!!

Congrats ya Syamnuriezmil,, spt novel2 sblm nih semua d'best. 5* rasa mcm x ckup je nk rate novel nih (aci x nk + 4* lg??? Hehehe)
Profile Image for YONG EKIN.
90 reviews8 followers
November 14, 2018
Jenuh juga nak habiskan buku ini... Beli buku ini sebab dramanya dah tayang.. Dekat seminggu juga nak habiskan baca.. Jalan ceritanya menarik... Tapi Sebab banyak sangat watak hero2 dalam cerita ini.. So, bacalah pelan2 supaya faham dan menghayati.... Apapun buku ini tak menghampakan.. Pengakhirannya pun bagus.. Tahniah syamnuriezmil.. Best buku ini sebab penulis nya selalu letak lokasi cerita kat negeri Perak.. Kita kan orang perak..
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
February 4, 2020
Prolog mengingatkan saya kepada filem Musang Berjanggut. Bukan kerana jalan ceritanya tetapi kerana banyak watak muncul serentak macam bawang cili garam gula yang diletak selonggok dan minta diasingkan. Adham, Adnan, Tok Nek, Tok Nak. Siapa tu? Celaru. Bab-bab seterusnya lebih jelas.

Saya harap watak Nur lebih berpendirian. Mungkin ceritanya akan menjadi lebih ringkas. Banyak isu yang boleh dipersoal tetapi saya cuba abaikan. Fiskyen kan cerita yang diada-adakan. Di sini saya puji keberanian penulisnya menghasilkan kelainan.

Antara empat lelaki pilihan Nur, hanya watak Noah dan Suffi yang likeable. Namun hanya kesudahan cerita Nur dan Noah yang membuatkan saya setia membaca sehingga ke mukasurat akhir.

Karya ini mungkin boleh jadi lebih baik kalau:

- Dialog diperkemas. Kadang-kadang dua, tiga watak bercakap dengan gaya bahasa yang serupa. Kadang-kadang ada dialog berulang.
- Kurangkan babak filler. Baca lompat (babak Iyaz) pun masih tak rasa terganggu
- Karakter Nur lebih tegas, konsisten dan tak banyak berbohong. Nampak 'tipu sunat' banyak dinormalkan di sini. Okey, mungkin sebab kerja. Harap di luar sewaan, watak Nur tak sebegitu.
- Watak sejenis Rhin wujud untuk dibenci pembaca tetapi perlu hati-hati kerana ia membuat watak lelaki (di sini Noah) nampak dumb kerana setia tanpa sebab munasabah? Bagi saya alasan sebab 'sudah berkawan lama' tak cukup untuk membuatkan mereka jadi pasangan kekasih.

2.5*
Profile Image for Zurianita Manab.
76 reviews16 followers
November 15, 2013
Mula2 saya tengok tajuk, saya teringat novel Cinta untuk isewa karya Lynn Dayana. Tapi saya tetap ingin memiliki sebab Syamnuriezmil tetap penulis yg saya minati dengan karya2 yg kelakar santai.

Bila mula membaca... tersangatlah addicted dengan watak Noah... tak tahu kenapa, mcm mana saya suka PR , Iyaz dan Suffi... saya tetap suka dgn Noah jugak.. Ideal sungguh watak Noah itu dengan saya... :)

Ok. Lepas habis baca, apa yg saya boleh kata... walau tajuk dan idea asal mungkin mcm sama tapi sebenarnya langsung tak sama. Dua2 buku pun saya suka~ ;)
Profile Image for mrsbudu.
94 reviews12 followers
November 26, 2013
terbaik! novel ni byk watak.. tapi penulis pandai buat cerita nampak smooth jer.. kagum dgn bakat penulis...

saya bile dah bce half book ... sy x puas hati sape pilihan nur ni... x bley nak agak noah or imtiyaz.. PR tu sy x kenan jgk... tp bile muncul remy ishak celup dh confuse... jauh disudut hati nak sgt si noah.. sweet.. caring..loving...

finally noah.. ohh best nye ending.. tersenyum2 bile dah abis ending tu...

Profile Image for Tie Tinie.
77 reviews11 followers
November 16, 2013
Alhamdulillah..
selesai sudah membaca buku nie...
tahniah untuk novelis.. awsome...
cerita yg lain dari yg lain...
kisah seornag penyelesai masalah tapi sudahnya terperangkap dgn cinta...
u guys... sila baca buku nie..
sangat best.. rugi kalau korang tak baca...


Selamat membaca..

"Membaca dgn Hati... Menilai dgn Akal...."
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
October 11, 2017
Novel yang super cute sebab watak Nur Adrieana yang sengal dan Noah yang mereng.. Hanya kerana bosan dan ingin berdikari Nur Adrieana mengiklankan perkhidmatan diri untuk disewa.. Maka berlakulah macam-macam peristiwa hingga Nur Adrieana dikejar 3 jejaka.. Noah pula ingin melarikan diri dari gf, menyewa Nur Adrieana untuk dijadikan isteri.. Kacau bilau jadinya.. Siapa agaknya pilihan Nur Adrieana??
#isteriuntukdisewa #syamnuriezmil #karyaseni #cinta #unik #bookstagram #booklover #bookworm #bookreview #hobisaya #bacaanoktober2017 #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for Inn Auni.
1,086 reviews25 followers
May 28, 2017
Novel ni mengisahkan Nur yang mempunyai kelulusan dalam bidang Architecture tapi sudah puas mencari kerja, tak dapat lagi. Dan Nur tekad tak nak kerja di syarikat milik ayahnya sebab nak berdikari. Akhirnya Nur buka perniagaan menawarkan servis bagi sesiapa yang nak putus cinta atau pulihkan cinta.

Noah ialah lelaki pertama yang menyewa Nur untuk berlakon sebagai isteri sebab tak nak kahwin dengan gadis pilihan keluarga.

Raiyan pula ialah bos tempat kerja Nur (ya, Nur dapat kerja di syarikat tu) yang turut menyewa Nur untuk dijadikan teman wanita sebab tak nak kahwin dengan pilihan keluarga juga.

Imtiyaz adalah sahabat baik Nur dari kecil yang menyimpan perasaan pada Nur tapi Nur buat tak nampak.

Suffi pula ialah pengurus di syarikat ayah Nur. Suffi juga merancang untuk menyewa Nur sebagai tunangnya.

Tapi winner bagi novel ni bukan nama-nama yang disebut di atas tapi Bob, rakan sekerja Nur. Bob ni kiranya voice of reason untuk Nur. Hubungan Nur dan Bob tak memeningkan sebab Bob dah bernikah dan bila hubungan antara lelaki dan perempuan ni tak disertakan dengan feeling berlebihan, maka sempoi sesangat. Bob juga yang nasihatkan Nur supaya berserah pada Allah bila berada di dua persimpangan. Good job pada penulis sebab wujudkan Bob yang memang patut ada bila dapat heroin yang serabut macam Nur.

Terus-terang Nur memang serabut. Sikap ambil mudah Nur buat pembaca yang hidup dengan peraturan macam saya, tak boleh feel. Nur susun kasut sebab ayah dia latih dari kecil. Tapi saya susun kasut sebab itu naluri saya dari kecil. Makanya Nur buat sebab disuruh tapi saya buat sebab it's in my blood. Hidup Nur sedikit kacau-bilau tapi nasib baik sebab Nur panjang akal.

Kalaulah Bob ni solo lagi, memang saya tolak Nur supaya pilih Bob. Hahaha. Sometime what you need is a friend and not a partner.

----

Novel ni best sebab novel berunsur humor, tapi there's a niggling feeling yang bila dah selesai baca, akan ada something missing. Dan bila direnung kembali baru sedar feeling tu muncul sebab kisah cinta dalam novel ni macam a bit of a rush. Seolah-olah macam - eh, kau ada sebelah aku ke. aku pilih kau la macam tu.-

Kulit buku warna pink, terang pula tu, jadi dari jauh dah nampak, cuma kenapa letak kereta? Adakah sebab Nur pandu kereta pink?

Tajuk macam tak sesuai sebab Nur bukan sediakan servis isteri untuk disewa. Jadi bila tajuk macam tu dan dari semua hero yang muncul dalam hidup Nur, kita dah tahu siapa yang sewa dia sebagai isteri, you fikirlah sendiri apa ending dia.

English ada yang tunggang-terbalik. Cikgu bahasa saya pernah kata, ayat bahasa apa pun kena baca dengan kuat. Kalau lidah pun rasa kaku nak sebut, maka ubahlah ayat tu.

Bila lelaki too friendly, macam abang Nur, kita panggil playboy. Tapi bila perempuan too friendly macam Nur, adakah playgirl? And yes, Nur cepat mesra alam dengan semua orang. Alasan penulis yang Nur lebih selesa berkawan dengan lelaki tu boleh pakai tetapi Nur tetap perempuan beragama Islam yang patut ada sisi sopan santun walaupun sedikit dan bukannya selamba je biarkan diri disentuh sana-sini hanya kerana orang tu sewa dia.

By the end of the day, idea penulis memang bagus tapi execution tu boleh digilap lagi.
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
May 22, 2014
~IUDS…jalan cerita ni pun, santai..Cuma ketebalan novel buat Nisa lelah sikit nak tahu siapa jodoh Nur Adreiana…bermula dengan membantu memutuskan hubungan abangnya, Adnan dengan girlfriend2nya…Nur memulakan business perkhimatan untuk menyewa dirinya sendirinya di blog peribadinya. Klien pertamanya, Noah Ryzal Rahman yang menyewa Nur sebagai isterinya selama 2 minggu dengan harga 10ribu untuk membolehkan Noah mengahwini kekasihnya, Rhin…Noah akhirnya mengakui dia mula jatuh cinta pada Nur dan merancang memutuskan hubungan dengan Rhin. Nur kemudiannya mendapat kerja dan CEO tempat kerjanya, Putera Raiyan pula memaksa Nur untuk menjadi kekasih satu malamnya…dan memaksa Nur menerima cintanya. Selain Noah dan Putera Raiyan..jiran dan kawan karib Nur..Imtiyaz juga menaruh perasaan padanya…dan Nur pula sukakan Suffi, Remy Ishak celup…tanpa Nur sedar Suffi memilihnya kerana wajahnya persis arwah tunangnya..Aryana bukan diri Nur sendiri…Nur akhirnya menyedari bukan Suffi pilihan hatinya..Tapi dia sudah terlewat…
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
November 13, 2013
weeee.... antara buku yang amat dinanti2kan.. hehehe.. mmg besh bangat la.. hahaha... comey dan all tyme peberet!!! suke garapan watak Nur ngan org sekelilingnya.. dalam nie semua Bahagia la kesimpulannyer.. xde sapa2 yg merana.. hehehe.. dan sememangnya org cakap.. kalu dah jodoh mmg x kemana la yer.. hehe
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
July 18, 2014
fuh! lastly finished! awesome!!! puas hati! nasib Nur dgn Noah! congrats to Syamnuriezmil! Your novel very the best of best! I 'tabik spring' to you!
Profile Image for Miz_Yanie.
105 reviews2 followers
November 7, 2018
"Dalam hidup, hanya ada dua pilihan,
tanpa dia, kita Boleh Hidup atau
tanpa dia, kita Tak Boleh Hidup."

Isteri Untuk Disewa.....once start baca aje...terus sangkut...tahap tak boleh nak lepas...Banyak watak utama dalam novel ni...bukan setakat 1 hero, 1 heroin...Novel ni ada 4 Hero...1 Heroin...amik ko, sampai 4 hero. pilih... pilih... Noah Ryzal,Putera Raiyan,Imtiyaz Irdad & Suffi Naufal....Heroin nya Nur Adreiana.

Bila first baca..kita takkan tahu sape yang Nur (heroin) akan pilih....Walaupun page depan tu... kat prolog ada scene Nur bertunang...Seriously,cant actually Guess Who Is THE GUY!! So,baca and baca...watak2 akan muncul...Maybe bagi readers lain, hero yang lain jadi pilihan....But me bila start baca... start watak Noah Ryzal muncul... start Nur amik job untuk di Sewa dengan Noah...Noah is Nur's 1st client....I am in Love w with him...Sweet sgt kalau dipadankan dengan Noah bila end of this novel.....Noah ini sangat gentle....Always there for Nur bila Nur perlukan Some1....even tho Nur ni Isteri yg he Sewa....bila Nur gariskan rules and regulations, segala syarat sebelum dia disewa sebagai isteri... Noah seakan faham dan Noah fight untuk patuh pada segala syarat tu...Walaupun ada jugak terlepas.... tapi Noah cuba untuk patuh. mana tak terlepas kalau dah 24 jam duk hadap muka. Nur pulak adalah sejenis selamba aje....mmg tertawan ar ngan characther Nur...Sempoi gila!!

Putera Raiyan... pun penyewa yang akhirnya nak bertukar pulak menjadi pemilik sebenar...Mmg Nur tak mahu....sebab bagi Nur,kalau nak kawin kena ada cinta... kalau tak, takde spark! That'sNur. bila dia dengan Raiyan, Nur takde feeling....sikit Spark pun takde... macam2 cara lah Nur buat untuk tolak.

Suffi Naufal... ini pun asal2 nya nak sewa. tapi tetiba Nur pun bagi respon positif... sebab Muka Suffi ini ala2 Remy Ishak,pelakon yg she suka sgt2.....jadi Suffi tak jadi sewa. kenapa Nur bagi respon positif pulak? Is it betul ada Spark of sebab muka dia persis Remy Ishak??? Tapi end of the day... Nur sedar sesuatu berkaitan Suffi dan dirinya....Y Suffi beria-ia sgt suka ngan Nur even tho kenal kejap aje tapi da siap lamar ngan Cincin

Imtiyaz Irdad.... ini besfriend Nur dari kecik...Jiran sebelah rumah...senang ckp,they know each other way too well..Bila Imtiyaz sambung belajar oversea...He rasa kehilangan....So he rasa..rasa k yg He ni Cintakan Nur...tapi Nur?? Imtiyaz siap suruh Isabella menyamar jadi GF Nur...tapi Nur selamba aje....Kekdg tu,Nur pun rasa kehilangan bila Imtiyaz sibuk sebut nama Bella aje...so is it Love too towards Imtiyaz???
Yang ini bukan mamat Sewa.... Ni mamat perasan smart mmg terang2 nak kahwin dengan Nur...siap suruh Mak risik Nur...Sebab kalau Mak dia risik Nur..confirm Nur tak akan Tolak....Tapi,bila Bella nk Blah....he lak Sentap...mcm mana??? Cincin risik da kasi pada Nur...tapi Bella nk blah he rasa Kehilangan.....

Now,Nur ada 4 cincin...Yg mana she pilih????

Mula2 baca....me thot Nur dgn Iyaz...Tapi at e same tym I want Nur to pilih Noah...Noah tu mcm best jek....mcm bagus jek....mcm romantik je....mcm sweet aje

Mcm2 yang jadi selama 2 minggu ketika Nur disewa sebagai isteri...tak mcm berlakon..sslerious...real gila...Siap ada "almari ajaib" k...ala2 Narnia...hahahahaa Nur ni Selamba...Sempoi....best watak si Nur ni....Nur seorang biasa tapi we bila baca..rasa yg she ni seorang yang luar biasa...

So,who will Nur Adreiana pilih???
Kalau tolak Imtiyaz....3 hero2 lain pun not bad k....Ada nama...pangkat...kedudukan...so yg mana ada Spark???
Profile Image for Lexicon Aficionado.
98 reviews4 followers
February 22, 2019
Hai Cik Adik Writer, kamu ni memang terbaik lah! Belum lagi saya kecewa baca buku kamu! Buku ni saya rate sama kelas dengan Mr Grey cuma Nur ada banyak family support. But standard characters nya memang sama! Saya ingat surely takde hero yang boleh tandingi Grey but Noah Ryzal surely can! Suka benar saya dua characters ni. Memang sangat padan with each other. Nur pun boleh tandingi Nisa Ardina but Nur lagi clever and better lah but that’s also coz of her strong family presence.

Only frustrated with PR yang terlalu mendesak hingga menyesakkan. Also cross dengan obsession Nur with Remy Ishak celupnya hingga tak nampak apa yang sangat obvious! Remy was so much mentioned in this book, tersedak tak kawan tu asyik disebut-sebut!

But all’s well that ends well. Cantik yang all got their happy ending, even yang menyesakkan, except the R & R, memang padan muka! Rasanya cerita ni yang paling banyak watak, Masha Allah! Semuanya well-developed pulak tu! Syabas Cik Writer! Kamu memang terbaik! Thanks for such an enjoyable read. Suka saya baca buku awak yang takde villain ni. Tulis lah lagi macam ni, only tak perlu lah banyak sangat watak.
Profile Image for Adrieana.
37 reviews1 follower
January 14, 2020
Wow!!!!!!! Sangat menakjubkan! Tak tahu nak cakap macam mana. Kalau ada berpuluh bintang. Nak kutip bagi semua dekat penulis.

For the first time saya membaca hasil penulis terhebat ini terus melekat dalam hati, dalam jiwa, dalam raga! Cerita ini memang sangat lama bagi saya. Diterbitkan pada 2013 dan pada tahun 2020 saya baru sempat baca.

Tapi tidak mengecewakan langsung. Gelagat Nur dan Noah berjaya mencuri hati saya. Cerita yang kelakar dan santai. Boleh hilang masalah membaca naskah ini. Cuma saya nak cakap satu saja. Penulis Syamnuriezmil berjaya menjadi penulis yang saya akan sokong dan ikuti selepas ini! Tahniah 😘

#ReallyRecommendations!
#EveryOneMustHave!
Profile Image for Siti Hajar.
19 reviews
September 11, 2022
So far, buku ni memang enjoyable. How the characters interacting with each other, is funny tho. Buku ni jugak ada ajar aku something.

First, bukan semua orang sama perspektif pasal bab cinta. Macam2 karakter kat dalam buku ni, macam2 sifat boleh nampak. Tapi, point penting dalam buku ni yg cuba nk sampaikan kat kita, cinta adalah apabila kita perlukan orang tu, bukan untuk mahukan orang tu.

Buku ni jugak ajar aku erti menghargai. Hargai org yg lebih kisah pasal kita, berbanding org yg mmg dari awal tak mahukan kita, dan tak pernah kisah pasal kita pun.

Berbaloi atau tidak? Terpulang kepada yang membaca tu untuk menilai. Tapi, why not untuk mencuba?
Profile Image for NHafizah.
29 reviews
February 10, 2022
Jalan cerita yang ringkas sahaja dan susunan plot juga mudah untuk difahami. Kisah yang banyak memberikan pengajaran kepada kita tentang pentingnya untuk berterus terang. Suka dengan hubungan kekeluargaan Nur, keluarga Noah dan bagaimana ahli keluarga saling menyokong antara satu sama lain. Apapun, setakat ini belum jemu lagi baca karya Syamnuriezmil hehehe. Tahniah Puan Penulis.
Profile Image for Claire S.E.
51 reviews5 followers
June 8, 2019
Best..mula2 baca macam tak tertarik sangat tapi bila dah masuk best pulak..sampai tak nak berhenti baca..Nur dilema 4 org lelaki tp akhirnya seorang jadi pilihan..nak baca lagi novel dari novslis ni..
Displaying 1 - 30 of 74 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.