Ain Safiah sepatutnya menemani anak lelaki dan emak Datin Izzah selama sehari dua semasa pemergian Datin Izzah ke Melbourne sementara menunggu pembantu rumah baru tiba. Tetapi semua orang menyangka Ain Safiah ‘Neng’,pembantu rumah baru. Walaupun tidak biasa dengan kerja-kerja mengemas, memasak, menjaga orang sakit dan orang tua, kerana kasih sayangnya, Ain Safiah tetap tinggal dirumah Datin Izzah.Di situ Ain Safiah mengenali keempat-empat anaklelaki Datin Izzah. Amar Haziq, Aiman Sabri, Aqeem Amiruddin dan Aqram Faiz. Ada yang dapat terima dan menyayanginya dan ada yang kerek, suka menyusahkan hidupnya. Dalam pada itu Ain Safiah jatuh hati dengan salah seorang anak lelaki Datin Izzah. Tetapi, tidak berbalas, hingga Akhirnya dia pergi membawa diri.Datin Izzah begitu terharu dengan keikhlasan Ain Safiah menjaga Aiman Sabri dan nenek hinggakan dia nekad untuk jadikan Ain Safiah sebagai menantunya. Tetapi,bagaimana mahu mencari Ain Safiah?
“Adakah sudah terlambat untuk kau tahu yang aku sebenarnya mencintaimu?”
Sangat best dan sungguh tak mengecewakan. Mula2 nak baca, tgk tajuk mcm dah banyak cerita2 mcm ni. Tapi sebagai peminat karya Alina Haizar.... harus beli dan baca jugak. Alhamdulillah berjaya mendapatkan yg ada ttangan dgn nama dari KN.
Bila dah baca, seyes tak boleh stop. Demam tak demam... telan panadol 2biji sambung gak baca. sampai jatuh2 buku pasal asyik tertidur waktu baca. Siap anak2 Datin Izzah masuk dalam mimpi lagi... hehehe
Cerita mmg unik, tentang perkenalan Ain dengan Aiman... langsung membawa kepada perkenalan dengan keluarga Datin Izzah. Ain yang bersimpati dengan Aiman dan Nenek, terus saja menghulurkan bantuan bila Datin Izzah dalam keadaan terdesak. Ain yang disalah ertikan sebagai Neng oleh anak2 datin Izzah, lama kelamaan mendapat perhatian semua anak Datin Izzah kecuali Amar Haziq... (nama anak ai... hehehe, so i pic muka Amar tu mcm muka anak ai je lah... :P opcoz encem )
Saya mmg tak jemu membaca sampai ke muka terakhir pasal cerita ni intesting bangat. Tak de melalut2 dan sampai hujung ending mmg cun. Congrats dear~ 5* ai bagi... Perfecto~
Saya pernah baca satu karya Alina Haizar yang sebelum ini (Aku Yang Kau Tinggalkan) dan saya suka karya itu.
Menantu Datin Izzah tidak dapat menandingi tahap suka saya pada Aku Yang Kau Tinggalkan itu. Ada satu rasa 'kurang' yang saya tak tahu apa dia dan di bahagian mana.
Apa jadi bila seorang gadis gila-gila menjaga seorang lelaki dewasa yang dikatakan gila (on medication) dan seorang nenek yang nyanyuk? Ain sufiyah bukanlah gadis yang matang utk hadapi semua ini, tapi sikap keanak anakannya got her through all this.
Bagi yg ada masalah dgn cerita yg banyak character mungkin akan ulang2 baca nama sapa tadi nama sapa tadi 😅.
Overall cerita ni ada rencah sedih, gembiranya. Malah watak aiman time bulan mengambang tu memberi sentuhan thriller pada kisah ini.
Tbc Sure fine whateverr Runn
Plot twist di hujung menarik walaupun sangat predictible siapa sebenar ain.
Haziq idamkan a woman sbg isteri yg merupakan anak org kaya, eleagent dan boleh berbaur dlm dunia korporatnya tapi dia end up falling for a clumsy girl who happens to be a maid yg keja di rumah ibunya Datin Izzah. Bikin rosak haziq punya programlah si ain ni.
Rasa mcm mulanya cinta mereka lebih kepada tarikan fizikal. Hmmm
novel ke 3 Alina haizar yg sy bace... 2 novel sebelum tak mengecewakan...tp novel ni tak berapa kena dengan sy... sy rase boring time bace... banyak skip untuk sampai ke penghujung cerita... ini cume pendapat sy je..
Menantu Datin Izzah by Alina Haizar terbitan Kaki Novel
Ain Safiah, tinggal bersama Mak Su dan Opahnya di Putrajaya.
Kisah bermula apabila Ain dibuang kerja. Kerja apa dan kenapa? ;) Pertemuan Ain Safiah dengan Aiman Sabri yang sesat untuk pulang ke rumah telah menemukan Ain dengan Datin Izzah.
Datin Izzah terpaksa ke Melbourne kerana anak perempuannya bakal mehairkan cucu sulungnya dan keadaan Amirah sangat membimbangkan. Datin Izzah meminta pertolongan Ain untuk menjaga nenek dan Aiman Sabri. Pada masa itu, Mak Mah yang pulang ke kampung mengalami patah tangan. Maka, dia tidak dapat kembali ke rumah Datin Izzah untuk bekerja seperti biasa.
Walaupun Ain, disuruh menjaga nenek dan Aiman, tetapi dia turut melakukan kerja rumah sehingga menyebabkan anak-anak Datin Izzah menganggap Ain orang gaji baru yang diupah mama mereka. Lagipun panggilan nenek kepada Ain menyebabkan mereka yakin Ain pembantu rumah yang ditunggu.
Pelbagai peristiwa yang mencuit hati, menghiburkan, dan buat pembaca ketawa dengan telatah Aqram, Aiman, Aqeem dan Amar. Perasaan geram terbit kepada Mak Cik Zainab dan Nabila.
Apabila Datin Izzah kembali, ada satu peristiwa yang menyebabkan Ain rasa sudah tiba masanya untuk dia pergi. Jeng...jeng...jeng...
Perginya Ain telah menyebabkan siapa Ain terbongkar. Time ni...padan muka suami Datin Izzah. Apa dia?;)
Alamak, Ain kena pilih, kahwin atau further study? Apa yang Ain pilih? Adakah melepas salah seorang hero Datin izzah untuk dapatkan Ain sebagai isteri. Jeng...jeng...jeng..
Adakah Ain Safiah menjadi Menantu Datin Izzah? Siapakah antara empat hero Datin Izzah yang menjadi pilihan Ain...jeng jeng jeng..
MDI sebuah cerita yg menarik...ia berkisar tentang Ain Safiah yg amat disenangi oleh 3 anak2 lelaki Datin Izzah termasuk adik iparnya. cuma anak sulung datin izzah, Amar Haziq kurang menyenanginya. Ain Safiah telah membantu Datin Izzah menjaga anak lelaki yang tidak sihat dan emak Datin Izzah sepanjang pemergian Datin Izzah ke Melbourne untuk menjaga anak perempuannya yang hendak bersalin. Sepatutnya Ain hanya perlu menjaga untuk 2 hari sahaja sementara menunggu pembantu rumah baru tiba.Namun begitu, pembantu rumah yg dicari utk menggantikan mak Mah yg patah tangan tidak datang dan semua orang menyangka Ain Safiah adalah pembantu rumah yg dimaksudkan oleh datin Izzah kecuali anak kedua Aiman sabri. Ain terpaksa melakukan semua kerja rumah walaupun sebenarnya agak malas untk dilakukan. di situ lah ain terpaut dengan salah seorang anak datin Izzah. siapakah pilihan ain...amar haziq yg sombong perangai mcm gorilla, Aiman sabri yg terlalu menyayangi ain, aqeem amirudding yang prihatin & salalu panggil sayang & baby girl atau Aqram Faiz yang manja 'baby in the family'
Pengolahan dialog yang menarik, syabas! Ain Safiah sedang sangat marah. Dia baru diberhentikan kerja tetapi di perjalanan pulang pula, dia terjumpa dengan Aiman Sabri yang mempunyai penyakit. Rasa marahnya hilang dan dia terus menolong bawa Aiman pulang. Pada esok hari, Ain di minta untuk menjaga Aiman serta neneknya. Ain sudah mula menyayangi Aiman dan neneknya dan dia rasa sangat bertangungjawab terhadap diri mereka. Dia berani mempertahankan Aiman serta nenek walau dengan sesiapa saja. Kerana keikhlasan dirinya dan sifatnya yang polos, dia amat disayangi oleh Datin Izzah dan anak-anaknya. Melainkan Amar Haziq. Namun hatinya telah memilih Haziq. Hubungan mereka banyak menempuh rintangan kerana sifat ego Haziq dan salah sangka. Haziq terlalu banyak melukakan serta merendahkan dirinya. Tetapi dengan pertolongan Aiman sekeluarga, mereka akhirnya dapat disatukan.
weee... jarang dapat jumpa buku Alina Haizar.. tp once jumpa, please do not ignore it. super ohsem citer nie sbb happy go lucky compare ngan 2 cerita alina sebelum nie.. mmg genre yg berbeza tapi mood membaca sentiasa sama.. sentiasa feeling nak selak next page x nak henti2.. weee... ending yg mmg unexpected.. hehehe.. unless kome2 baca ending dulu la kan.. hehehe.. seyesly recommended.. baca la yer..
ain yang terpaksa menjaga aiman dan nenek secara tiba-tiba membuatkan hidup ain lintang pukang. ain diminati oleh 4 orang anak datin izzah. siapakah yang menjadi pilihan ain. cerita ni best.plot cerita buat saya nak tahu apa yang akan jadi seterusnya. cerita alina haizar tak pernah mengecewakan .
aku ambik masa dua hari je nak habiskan buku ini sebab buku ini buat aku rasa nak hempuk keseluruhan watak dalam ini. btw ini buku pertama aku baca from author ini so aku baru kenal dia 😇.
btw ini semua opinion aku mengenai BUKU bukannya author :-
☆ watak2 yang aku suka dalam buku ini adalah datin izzah, aiman sabri dan paksu zul saja. Bagi aku, diorang je nampak je rasional and lebih matang dari watak2 selain diorang ini.
♡ miscommunication antara ain syafiah and amar haziq is too much sampai aku hampir nak dnf, nasib baik buku pinjam jadi aku habiskan jelah baca mana tahu bestlah kan? masa bab awal sebelum dia kenal amar haziq aku suka si ain ini tapi lepas dia kenal pergh memang menyampah.
- kau bayangkan adalah salah seorang adik beradik si haziq ini dah bertunang and then dia sibuk mengatal dengan si adik haziq ini sampai berpeluk tangan bagai kononnya nak sakitkan hati kawan tunang aka kaki report? weh kalau aku jadi nora itupun aku report sebab kawan tunang aku mengatal! lepastu merajuk bila orang tegur, macam huruf b akhir dia ang.
- aiman sabri je adik beradik aku suka. Sejujurnya aku ingat dia dengan ain but nevermind, the character development is so lurve. SEBAB DIA JUGALAH ISU UTAMA BUKU INI SELESAI KO TAU sedangkan dia ini ada masalah sakit tau.
- ahli keluarga si ain ini pun boleh tahan juga. patutlah anak dia gitu rupanya mak bapak pun jenis suka push anak alasan anak lain dari yang lain? 😀 apa yang lain? aku rasa sama je dengan perempuan lain dekat luar sana?
- buku ini membazir waktu sebab tarik tali. tapi aku suka jugalah buku ini sikit especially kisah paksu zul. sedih mat, nitik juga air mata.
- teguran sikit kepada penulis, ada juga sesetengah time saya macam pelik, kejap pakai tudung kejap tak, pelik itu jelah.
kesimpulannya, aku tak point out penulisan author sebab aku suka cara penulisan but not characters. kitonya senang attach. tapi aku suka dekat aiman sabri always di hati. nabila is so stupidssss.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Aku suka bebenor penulis ni…. boleh kate semua novel die aku suka. Love hate story… heheehe sesekali jiwang. layan novel ni buat hilang stress. Aku xpandai sngt nk review novel cerita satu2… aku boleh cakap novel ni syok je
novel ini adalah novel kedua penulis yang saya baca selepas aku yang kau tinggalkan(AYKT). jujurnya AYKT masih mempunyai tempat istimewa dlm hati saya. novel MDI ini tak kurang hebatnya berbanding AYKT. saya suka watak2 dalam MDI ini ianya tak klise sangat. xde watak perampas atau ex-gf/bf yg nk jd langau... tp sebenarnya compare to watak utama saya lbih suka watak sampingan. Aiman yang polos, Aqeem yg suka mengusik dan paksu serta mak su. saya suka gabungan paksu dan mak su. pak su yang matang dan lemah lmbut blh jd perangai mcm budak2 bila berdepan dengan mak su ain yang garang. terasa mereka serasi. harap2 ada smbungan MDI krn saya hrap ada pengakhiran yg baik utk watak sampingan. they deserve someone as their partner khususnya Aiman, Pak su dan Mak su. i heard there gonna be sambungan tuk MDI ini....x sabar nk tggu sambungannya keluar.
novelis alina haizar adalah salah seorang penulis yg saya nantikan hasil tulisannya. sangat excited bila tahu karya kak alina akan dikeluarkan bln ni oleh kaki novel. saya tak pernah baca lg cerita ni dlm blog kak alina (& tak pernah tahu kalau2 mdi ada didlm blog sblm2 ni). mdi hasil tulisan kak alina kali ini mmg berlainan sbb lebih santai & konflik yg simple tak terlalu berat. olahan yg menarik yg membuatkan rasa tak boleh berhenti dr membaca. good job & thumbs up utk kak alina haizar.
Cerita best, ulang baca 2 kali jugak la. Tapi sangat terganggu dgn nama watak yg panjang2. Lebih elok kalau tak tulis nama penuh watak utk setiap ayat. Aiman Sabri itu, Aiman Sabri ini.. Amar Haziq itu.. Amar Haziq ini.. Di setiap ayat yg ada nama watak mesti tulis nama penuh, agak spoil mood nak baca.
saya suka dengan jalan cerita novel ni sebenarnya.. cuma...
1. ada bebarapa bahagian terlalu details diceritakan, sehingga 2 pages penceritaan tanpa dialog! contoh, ketika Amar Haziq menyangka Ain adalah pencuri, begitu lama diterangkan dari Ain mengangkat kain tips n sebagainya.. baru saya tau tujuan penceritaan tu adalah untuk adengan pertemuan pertama dengan Haziq!
2. Saya lebih mengharapakan Ain lebih kental dalam melawan gejolak rasa, bila start suka dengan Amar Haziq mood membaca sedikit lari, memandangkan sudah terlalu biasa hero-heroin gaduh2 n last2 cinta ni.. pada saya lebih menarik andai Ain lebih bijak mengawal laku, membuatkan pembaca tertanya2 sehingga akhir siapakah pilihan datin izzah untuk Ain.
3. Sedikit sebanyak teringat novel siapa orang gajiku? karya azimah lily (karyaseni), -yang ni personal, sebab saya tak sure mane keluar dlu.. its just me...
selain daripada 3 atas tu, novel ni memang menarik di baca! untuk saya yang moodnye mudah swing ni, kejap rajin kejap malas nk baca memang mengujakan. Hasilnya, novel setebal 800++ pages ni habis dalam masa 2 hari!
best. tak sangka ain safiah anak tan sri. perangai dia tak mcm org kaya pun.
kalau mak su syidah ada jodoh dgn pak su zul kan best. hehe.. suka la diorang berdua.. kisah kekeluargaan pun best.
semua anak datin izzah lain-lain peel.. aqeem pun rasa mcm so sweet. baik je. kalau ada sambungan kisah aqeem dgn tunang kekwat dia pun best. kisah aiman sabri ada gf baru ke.
muka surat tebal lebih 500ms mmg sy anti. apa saya buat? skip muka surat. as usual, bila buku lebih 500ms, byk meleret. ada bab x perlu. terlalu diceritskan. pengulangan scene, penceritaan berlaku.
kisah bukan berkaitan dgn datin. datin dgn saliha awal bab dan akhir bab shj. tapi ada jgak ye 4 beradik lelaki suka satu perempuan. nk kene check dgn adik sdiri nt. heheh.
gaya bahasa biasa. tapi terlalu byk dialog entah apa-apa.
overall, tajuk da best. tapi gaya bahasa biasa. persembahan cerita lame. jadi, kerana meleret, membazir kertas.
i think author perlu berfikir kalau nk menulis dgn meleret pertimbangkan terlrbih dahulu tentang pembaziran muka surat dan masa yg pembaca.
Ini merupakan novel ke2 Alina Haizar yg kubaca...Ku lebih sukakan MDI 4.1* berbanding AYKT 4* namun masih berada di par yang sama. Citer kekeluargaan yg sgt ohsem dan mencuit..tetapi storyline MDI membuat ku tertanya-tanya siapakah hero di sebalik citer ini...teguh sungguh cinta si heroin.sukar sungguh bila melibatkan hati .Watak sampingan sangat hidup. Namun kisah MDI bukanlah kisah cinta sweet muit yang bergula. Mungkin ego membuatkn mereka terpisah?fuhhh...ending yang sangat melegakan..Tahniah!!!
I lovin it. selepas karya ' aku yg ditinggalkan' ini karya yg mendapat perhatian jugak. karya sebelum ' Menantu Datin Izzah' tak betapa menyengat sangat. Tapi novel ' menantu Datin Izzah' sering membuatku tersenyum sambil membaca bait2 penulisan nya. klise tapi ada klisenya yg tersembunyi. btw I'm lovin it
Bagiku macam yo-yo lah buku ani. Sekejap boring, sekejap siuk then boring again. This book is not as serious as her other book ( book ah, i only read one) but if i am not mistaken her other book was quite lawa. This one? Not so. This book lacks the "umph" factor. But something towards the end yang membuatkan cerita ni menarik balik. Ok la tu
Dipertengahan cerita sgt seronok dgn gelagat anak2 Datin Izzah kecuali Haziq, tp bila dipenghujung jd bosan pulak.. Lebih tertarik dgn watak Aiman, Aqeem, Aqram & Pak su Zul berbanding dgn watak hero & heroin.
Komen, sy terganggu dgn perwatakan Ain yg bertudung tetapi bebas bersentuhan dgn lelaki bukan muhrim.
Suka cerita ni santai tak byk konflik yg melampau.. inche hubby pun kata best.. siap suruh masak telur itik belimbing buluh.. mana nak ku cari belimbing buluh.. perghhh .. kpd sesiapa yg nak cite yg tak pening2 or tak heavy bc ler cite nie..saya suka!
Mmg x mengecewakan. Cerita yg sgt menarik. Ada kelainan dr novel² AH sebelum ni. Tapi, masih x dpt menandingi Aku Yg Kau Tinggalkan. Kenapa ending ciput sgt??? X puas baca lg ni... huhu.