Jump to ratings and reviews
Rate this book

Khaulah Al-Azwar: Bidadari Besi

Rate this book
Ibarat semangat juang ibarat terlakar lahir saat kelahiran, Khaulah binti Malik al-Azwar, dipayungi keturunan pembesar Quraisy, dilahirkan bukan Islam, akhirnya ditarik bersama keluarga kembali dalam pelukan hidayah Allah Yang Satu. Tiada beza dari yang lain, dididik dan diasuh seperti seorang puteri bangsawan. Disayangi dan dipelihara, ibarat menatang minyak yang penuh.

Namun, jiwanya dibaja, berkembang mekar bak mawar berduri, keinginan berjuang tidak disembunyikan. Diperturunkan segala ilmu perjuangan daripada ayah dan abangnya, Dhiraar al-Azwar, beliau akhirnya ditakuti musuh. Hebatnya Khaulah al-Azwar, Rasulullah sendiri mengizinkan ikut di medan perang walau pada asalnya, tidak dilihat dan dikenali. Tangkas dan licik, beliau menaikkan nama seorang wanita. Bukanlah lemah. Bukanlah tidak terdaya.

Wanita hebat boleh berjuang di medan perang, bersama pejuang Khulafa al-Rasyidin yang lain, gelaran 'Bidadari Besi' menjadi sanjungan, dihormati dan tidak terlawan. Tiada tandingan, tidak gentar dan gerun, beliau terus melangkah sehingga namanya sebaris 'Pedang Allah', Khalid al-Walid.

Sesungguhnya, Khaulah al-Azwar buktinya, wanita bukanlah lemah. Saat manusia ketika itu masih memandang enteng wanita, Khaulah al-Azwar bukti sebaliknya. Fizikalnya mungkin tidak sekuat lelaki, kekuatan tersembunyi di sebalik kelembutan, namun tetap sabar walau ingin mengeluh, melangkah jauh walau hampir jatuh. Bidadari besi, Khalulah al-Azwar, bukti lelaki dan wanita dicipta sempurna. Punya kehebatan tersendiri.

184 pages, Paperback

Published January 1, 2023

5 people want to read

About the author

Abdul Latip Talib

124 books287 followers
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.

Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.

Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (85%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
1 (14%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Yumi Teavee.
92 reviews1 follower
December 27, 2023
citer dia banyak pengajaran bahawa wanita juga srikandi Islam untuk menegakkan jihad Islam.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.