Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jangan Benci Cintaku

Rate this book
Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Lantas, Sunderland dan sambung belajar menjadi alasan.

“Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar.” – Shahrizal
‘A NO is always a NO Shah.’ Itu jawapan hati Rafeeqa.

Awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan.

Kembali dan mahu berubah. Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal. Tetapi…..

“Your instinct was right. There is someone else besides you.” - Shahrizal

Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. Dia sudah terlewat rupanya. Shahrizal sudah ada orang ketiga. Tapi, dia tidak mahu mengalah.

‘Make him fall for you!’- Damia

Ya! Dia akan berusaha agar Shahrizal kembali menyintainya. Cuma, Husna itu bukan sembarangan wanita. Usaha Husna untuk merampas suaminya kadangkala buat Rafeeqa mahu menyerah kalah.

“Fika, you’ve lose weight.” – Shahrizal
“Berat saya masih okey lagi, Shah.” - Rafeeqa
“Mari, saya peluk.” - Shahrizal

Jika dah tak cinta, kenapa masih mengambil berat? Kalau dah tak sayang, kenapa masih ingin membelai dan dibelai?

Siapa sebenarnya yang Shahrizal pilih? Rafeeqa yang berusaha untuk berubah dan menjadi isteri yang baik? Atau Husna yang berusaha untuk merampas dan menguasai semuanya?

500 pages, Paperback

First published November 30, 2013

889 people are currently reading
9345 people want to read

About the author

Emy Roberto

27 books194 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1,117 (44%)
4 stars
582 (23%)
3 stars
329 (13%)
2 stars
225 (9%)
1 star
243 (9%)
Displaying 1 - 30 of 94 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
January 20, 2014
"Ada ayat yang lebih umph lagi daripada tu tak? 'Saya cintakan awak' is too mainstream."

"Hmm... jangan benci cintaku. Hate me not." [page 499]


Nak habis pun ada mainstream hohoho

Full review: 20/01/2014

Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. [potongan ayat di belakang novel]


Jauh ke dalam dasar hati, ayat di atas adalah apa yang aku dapat simpulkan setelah menutup novel ini. Bagaimana ya nak gambarkan apa yang aku rasa? Sebagai anak muda yang rasa hal couple itu patut ada, tapi masih ada penulis yang mampu sedarkan aku tentang hal-hal sebegini. Cinta itu boleh datang bila-bila masa. Couple bukan persoalannya, yang penting hati kita. Cara kita handle perhubungan kita sesama manusia.

Ehem. Betulkan tune! Dah macam luahan hati pula hahaha

Baiklah, sebenarnya aku cukup terhibur dengan novel ini. Walaupun masih mengangkat kisah cinta-aturan keluarga, klise novel Melayu. Tetapi cara ia dipersembahkan, sangat tidak sama dengan lambakan kisah cinta yang sedia ada. *lompatbintang*

Apa yang aku suka, pastinya:-
1. Plot yang mudah dan tersusun. Setiap satu isi yang mahu diceritakan tidak caca-marba. Ada adegan flashback yang sangat membantu. Memang tak pusing kepala nak faham kerana jalan ceritanya yang smooth.
2. Watak-watak yang berkesan. Setiap wataknya diberi ruang yang cukup untuk berkembang. Solid. Walaupun ada masa memang rasa tak hingin nak baca kisah si Husna tu *wink* Malah kehadiran watak si cilik Mia, yang aku tak ‘kenal’ [Yalah, ini novel pertama penulis yang aku baca], cukup mengesankan. Tidak melebih-lebih.
3. Kisah pasangan suami isteri yang biasa-biasa. Kahwin-tanpa-cinta-jatuh-cinta-konflik-happy-ending. Yay! Apa yang aku paling suka adalah bagaimana penulis menekankan isu – bahagia itu pilihan kita.
4. Cara pengolahan/graf penceritaan – hampir sempurna. Ada pelbagai rasa yang hadir masa baca, menunjukkan betapa penulis pandai ‘bermain’ dengan ceritanya. Sedikit demi sedikit membina rasa teruja, sakit hati, gembira, menangis hinggalah ke titik penamatnya.

Dan lain-lain? Rasanya boleh baca review teman di GR. Mereka sudah mengupas isi cerita novel ini dengan baik sekali, lebih baik daripada aku. Alhamdulillah, lepas ni boleh pelan-pelan duduk diam *wink*

Kurang satu rating tu sebab aku kurang gemar akan bahasa pasar. Bukan kerana skema, tidak. Cuma ada beberapa perkataan yang kalau kita google pun akan bawa maksud yang berbeza, makanya ayat tersebut juga sudah lari maknanya.

Apa pun aku sangat berpuas hati. Dan untuk penulis Non-Malay, pujian yang tersangatlah tinggi buat penulisnya. Aku pula yang rasa, “Perghh... Kau boleh ke tulis cam ni Rina oi?” Memang taklah jawabnya hahaha

Ps: Credit to N & Mai. Nanti-nanti kita jumpa lagi ;))
Profile Image for Hajar.
284 reviews
January 17, 2014
Yay, berjaya tutup buku dengan rasa puas hati. :D

18-01-2014

Rafeeqa Huda (Rafeeqa) terpaksa berkahwin dengan Shahrizal Hayrat (Shahrizal), calon pilihan keluarganya ketika usianya masih muda dan mentah. Dan oleh sebab itu, bila dapat peluang melanjutkan pelajarannya ke luar negara (Sunderland), Rafeeqa tak berfikir panjang untuk menerima tawaran tersebut. Muda lagi, haruslah masih nak enjoy kan? Walaupun Shahrizal berat hati, namun terpaksa juga dilepaskan isterinya pergi setelah Rafeeqa berkeras dengan keputusannya.

Pada awalnya, layanan Shahrizal memang first class. Apa sahaja kehendak Rafeeqa diturutkan. Iyalah, orang sayang isteri. Namun, tahun terakhir Rafeeqa di Sunderland mengubah segalanya. Rupanya Shahrizal sudah temui pengganti yang ‘konon’nya lebih baik daripada Rafeeqa. Aduhai. Kepulangan Rafeeqa membongkar segala kecurangan Shahrizal. Masa ni memang dah start emosi pada Shahrizal. Bukan apa, isteri bukan main gigih menghabiskan pengajian, dia sibuk bermain cinta dengan perempuan lain. Grrr!

Memang tak mudah menjadi seorang Rafeeqa. Dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan (sepupu Rafeeqa) yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran. Kalau bukan Rafeeqa rasanya orang tu dah selamat bertarik rambut dengan Husna. Iyalah, suami kot. Takkanlah nak biarkan orang rampas suami sendiri? Huish.

Cuma bagi Rafeeqa, dia sedar kedudukan dirinya di sisi Shahrizal. Mereka berkahwin atas pilihan keluarga. Mungkin Shahrizal tak pernah cintakan dirinya seperti mana dia mencintai Shahrizal. Huhu. Sedih. Jadi, mungkinkah perkahwinan mereka berjaya diselamatkan atau Rafeeqa terpaksa mengalah dengan kehendak Shahrizal?

Komen saya: Saya suka watak wanita survivor dan diva macam Rafeeqa ni. Tak mudah rapuh dan goyah dengan dugaan yang mendatang. Ya, bukan mudah. Tapi sekurang-kurangnya dia berusaha untuk jadi positif daripada menangisi nasib sendiri. Masalah utama mereka berdua ni sebenarnya komunikasi je. Kalau dari awal keduanya berterus terang memang Shahrizal tak sempat mengayat orang lain dan Husna takkan muncul antara mereka. Dan semestinya tak jadi cerita dah kot? Haha. Oh, lupa pulak. Mia Shaza yang comel tu ada juga terselit dalam kisah ini. Yippie! Tapi kesian Uncle Sawi. Asyik tersalah jatuh cinta je. Bilalah dia nak jumpa jodoh dia pulak ni? Hihi. Apa pun tahniah Emy untuk JBC. Hope this is not the final book from you. Moga lebih banyak ilham untuk berkarya. Also thanks for the book. Lama peram sebab dah pernah khatam versi blog. Rupanya banyak penambahbaikan dalam versi buku. Rugi peram! :)
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
December 8, 2013
Jangan Benci Cintaku


Aha ada bungkusan sampai di meja, tengok info pengirim membuat Cik Pah tersenyum lebar. Cerita yang telah diintai diblog penulis ini akhirnya berada dalam versi cetak.

Ayuh selak sambungan cerita di bab Rafeeqa keluar dari rumah parent Shahrizal tanpa pamitan sesiapa pun. Fika terluka dengan layanan Nek Pah yang tak berkenan cucunya mengahwini Fika, gadis moden yang tidak sopan dari segi pakaian dan tidak cekap didapur. Shah pula meninggalkan dia terkontang kanting dirumah mertua yang sememangnya tidak mendapat perhatian sesiapa kecuali mummy. Pada luaran, Fika nampak kuat, tapi dia memendam rasa. Suami sendiri ada skandal dan rumahtangga menanti belah. Memang dia akui silapnya meninggalkan Shah 5 tahun ke Sunderland menyambung pelajaran walaupun dihalang. Silap Shah pula, menduakan Fika setahun sebelum Fika pulang ke Malaysia dan ketika Fika pulang, Shah telah merancang mengahwini Husna. Yang pasti Shah tak akan memadukan sesiapa kerana dia pasti tidak akan berlaku adil dan Fika pasti dirinya akan disingkirkan. Apatah lagi semua perkara Husna didahulukan sehingga saat dia amat2 perlukan suami kerana kemalangan, suami masih menipu dan berpoya dengan Husna. Ralat, saat hatinya mula menyintai suami sendiri, dia bakal menjadi janda seawal usia.

Bagi diri Shah, Fika adalah isteri yang pernah dicintainya suatu ketika dahulu walaupun mereka berkahwin atas kehendak keluarga. Malangnya, Fika tidak pernah menyintainya, degil dan tidak mendengar kata. Masing2 sebenarnya mereka ini ego dan degil. Taknak luahkan perasaan sendiri sehingga timbul konflik yang akhirnya membuat Fika melancong ke Bandung sendirian setelah kecewa Husna sampai menyerang dia dirumah dan cerita fitnah Husna berjaya meracun fikiran Fika. Maruah dia rasa diinjak apabila cerita dalam kelambu dijaja suami. Iye ke begitu Fika oiii? Cepat sangat percaya dengan perempuan yang nak merampas suami dia. Apabila Shah cuba rungkai konflik yang terjadi, bukannya Fika nak cerita. Disimpannya rahsia ketat-ketat termasuk tohmahan Nek Pah. Memang baik sungguh Fika ni, tak nak buruk-burukkan orang lain. Rasa sakit membaca naskah ini sama sakitnya seperti Ku Seru Rindu Itu. Aish! Untuk Shah mai Cik Pah jentik dahi kasi sedar macam ni.



Haha masa edisi siasat versi Shahrizal, Damia, sahabat Fika terkena, rasa macam di'ayam'kan saja. Mudah Shah dapat jejak Fika. Konon bukan budak2 yang mudah terpujuk dengan umpan ais krim, sekali nah! Oh lala

Yang Shah tak tahu, Fika terjumpa seseorang di sana. Siapa ingat Uncle Sawi dalam Mama Mia Shaza? Bujang terlajak yang terjebak dengan isteri orang. Kali ni terjebak lagi sekali ker?

Suka dengan cara penulis melakarkan watak Fika. Dari gadis yang keanakan, degil dan bukan kategori wanita melayu terakhir serta muslimah sejati, dia belajar menjadi dewasa dan berubah mencari cahaya ilahi. Dari segi peribadi mmg dia adalah seorang yang baik , hormat orang tua , happy go lucky, bubbly. Tapi sayangnya sehingga ke titik terakhir Nek Pah tetap tak suka pada Fika walaupun dah 'berubah'.

Banyak juga bahasa pasar dalam naskah ni. Ayam, itik, walawei dan tang bersepah-sepah dikebanyakkan mukasurat. Ok Cik Pah masih boleh terima tapi agak kurang senang dengan 'tang' yang diletakkan dibeberapa ayat. Setahu Cik Pah tang tu bermaksud di mana, dekat mana, yang mana. Kalau di ubah mengikut maksud tu, ayat2 tu tak berapa nak kena. Ada yg boleh perjelaskan?

Ok apa2 pun Cik Pah suka cerita sedih ala perempuan cekal ni dengan diselit nilai agama, moral dan sosial.

I love you = Jangan Benci Cintaku.
Happy ending. Next!
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
January 12, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Another fantastic one by Emy Roberto! N rasa Emy Roberto ialah seorang penulis muda berbakat yang dapat make things feel so effortless.

N suka sangat dengan watak Rafeeqa. Dia seorang yang sangatlah diva (tapi tak sediva Iris Firman Nur) tapi berhati baik dan polos. Biarlah dia dikecewakan, tapi jangan kekecewaan itu ditunjukkan! Apa-apa pun maintain cool...Tahu suami main kayu tiga, masih lagi cuba maintain happy and bubbly. Nak serang2 perempuan, sangatlah tak berkelas!

Shahrizal cuba macam mana sekali pun, dia tak dapat membenci Rafeeqa. Jarak umur yang berbeza membuat Rafeeqa nampak childish berbanding dengan dirinya yang lebih matang. Tapi Rafeeqa yang bubbly dan happy itulah yang sebenarnya menceriakan hari-harinya.

N tak rasa ada satu part pun yang membosankan. Memang fantastic from start to finish. Walaupun Shahrizal ni jenis lelaki yang sendiri carik pasal, N suka sangat dia dengan Rafeeqa. Dorang sangat seksi-smeksi bersama!

Pada sesiapa yang sudah baca Mama Mia Shaza , you'll be glad to know ada watak-watak from that novel made an appearance dalam JBC. Mula-mula N tak recognize namanya, until nama Mia disebut. Suka sangat!
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
January 2, 2014
Bestlah juga cerita ni,walaupun awal2 tu rasa geram ya amat,kejutan dihujung itu bukan Sharizal je yg tertipu diriku pun sama. Sedih je rasanya kesian dekat Rafeeqa, mana lah nak cari orang innocent mcm Rafeeqa zaman skang ni tp itu yg menjadi kekuatan cerita. Suka dan sgt suka.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
September 7, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM14.00. Pm je....

Sukarnya untuk merensasi naskah ini tanpa membandingkan dengan yg pertama. Mungkin sesukar penulis yg memilih 2 penerbit untuk menerbitkan naskahnya dalam tempoh yg dekat ruangnya.

(for me)....

YANG LEBIH....

i) 'Kekuatan' rasa pelaku2 naskah ini lebih menyerlah jika dibandingkan dengan naskah pertama. Jiwa Fika dan Shah ditumpukan sepenuhnya. Mainan jiwa mereka2 itu diselam hingga ke dasar paling dalam. Penulis mewajarkan tindakan Shah yg curang dengan isterinya juga keputusan Fika untuk lari dari suaminya. Penyesalah Fika atas kelemahannya sebagai isteri dirungkai dengan begitu menyerlah sekali. Juga lakaran plot Shah yg mula 'sedar diri' atas statusnya sebagai seorang suami juga wajar dipuji.

ii) Penggunaan ayat2 dan scene2 18SX naskah ini lebih 'sederhana' jika dibandingkan dengan naskah pertama. Masih tergaris sopannya.

YANG KURANG...

i) Penggunaan bahasa pasar agak terlebih untuk naskah ini. Untuk naskah pertama, aku gredkan sebagai A-, rasanya naskah ini setakat B- sahaja.

ii) Subjek Pengajian Islam.... C- :(
Profile Image for Zurianita Manab.
76 reviews16 followers
December 5, 2013
Buku pertama karya Emy Roberto yg saya baca walau sebenarnya Mama Mia Syaza saya beli dah lama tetapi masih pending lagi

Cerita mengisahkan Fiqa yg meninggalkan Syah untuk sambung belajar dan saat dia kembali, hati Shah sudah dimiliki insan lain. Enggan mengalah, Fika minta diberi peluang selagi talak belum terlafaz dari Shah. Pelbagai halangan wujud antara mereka disebabkan keegoan masing2.

Namun mampukah ikatan mereka bertahan andai ada pihak yg bertekad menghancurkan?

Saya bagi 4 bintang dan sangat terhibur dengan watak Fika. Tak sangka doktor juga berbakat menulis ... nak cari time utk baca Mama Mia Syaza pula~
Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
January 21, 2014
Best cerita ni

Rafeeqa yg kuat semangat apabila suami ada yang lain
Dia berusaha gigih untuk tawan balik suami dia

* Malas nak review lagi dah sebab boleh baca kat review Hajar hehe
Sebab apa yang Hajar review tu sama apa yang saya rasa bila baca buku ni

TAHNIAH Emy Roberto untuk buku terbaru ni
Harap lepas ni Emy buat cerita Uncle Sawi la pula
Kesian Uncle Sawi, dua cerita dah dia tetap single
Nak juga UncLE Sawi ada teman :)
Profile Image for Novel Best.
74 reviews5 followers
March 6, 2014
Setelah berkepit selama 2 minggu akhirnya dpt juga dihabiskan buku ni. Citer ni berkisar ttg husband & wife yg disatukan diatas kehendak parents memasing. Si Rafeeqa ni masih x brp ble timer hubby dia so dia sbg belajar kat obersi. Lama gak le dlm 5 tahun kot. So si hubby ni adale dok pi melawat dia. Tp bila si Rafeeqa ditahun akhir si Shah dah x mari visit.
Rupa2nya si hubby dah ada org lain yg lebih memahami si dia kononnya le. Si Shah ni cakap dia nak kahwin dgn Husna tp dia x decide nak buat apa dgn Rafeeqa. Kejam gak laki dia ni. Kiri kanan ngap. Bila si wife balik Masia diaorg masih tinggal serumah and act as normal couple but on the same time si Shah ni masih kuar dgn Husna. Si wife cam redha jer. Saya pon x paham. Ni cam life story of Hanez Suraya aka Husna ye. Hahaha... Melencong sikit.
Di Husna muka x malu & si Rafeeqa yg sabar. Tunggu je apa decision hubby dia. Hubby dia pon ngok juga, tamak pon ada. Rafeeqa try to be a good wife but si Shah seem not to appreciated it. Dumb husband hya disbbkan wife x ckp cinta terus cari affair..
But in the end opkosla diorang meant to be together husband& wife. But where is Husna?????? Missing in action.
Secara jujurnya di sini ingin sy katakan sy bg 3*/5* ok!!!!
*A star utk garapan yg menarik.
*A star utk penulis menonjolkan a good wife treat a husband wpon husband dia ngok.
*And the last star for the story yg a little bit different from others eventhough x lari dr tema arranged marriage.
I don't know how others rate this novel but this three reasons dah cukup kot sbb sy bg 3*.

Apapon lain orang lain taste kan? Maybe org lain rate lebih sampai 4/5*. But for me 3* tu cukup dah kot.

Ok selamat membaca ye.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
April 20, 2015
selepas bertahun dijadikan pekasam..harini baru start baca novel ni..haha..
komen...mmg menyesal x baca awal2..mmg x boleh berhenti baca..mcm2 rasa..geram..sedih..kecewa..gembira..geram sgt2 kat shah..

nasib baik Fika cool je..xde nk jd tipikal woman..nk serang2 perempuan yg nk rampas suami dia..

then rasa nk tepok2 tgn bila Shah sedar yg si Husna tu mmg x guna..

nasib la Shah ni sweet n cpt sedar yg dia lebih cinta kat isterinya dari si Husna tu..

cuma satu yg x puas...apa yg jadi kat Husna ye? nak tau jugak keadaan dia..tp writer x cerita pulak sampai last...hihi
Profile Image for CrystalGrey.
144 reviews15 followers
January 24, 2014
so lovely.. i like rafeeqa..hidup lebih simple..mudah dan tidak menyesak kepala nak..yang pasti hidup glamore dan vouge tapi hati tak busuk cam husna hehehe "emo tetiba"
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
March 18, 2021
Dari tahun 2014 baca sampai sekarang, ulang2 baca still rasa best. Benci sangat dgn Husna smpi rasa ku nk bunuh je dia. Rafeeqa mmg ada salah di permulaan cerita kerana pentingkan diri. Tapiiiiii.....

Haha mmg emo sangat baca buku ni. Tapi ku suka sgt2 dgn watak Rafeeqa. Ada kelas yg tersendiri. Tak mudah melatah. Dan rasanya sgt sukar nak jumpa wanita besi sebegini. Kuat semangat dan tidak mudah mengalah💪
75 reviews6 followers
Read
July 12, 2017
Rafeeqa – Salahkah aku andai ini jalan yang aku pilih? Hidup ini hanya sekali lalu aku ingin menjadikan diriku yang terbaik. Aku tahu engkau terlalu berat dengan perpisahan ini kerana kehidupan berdua antara kita baru saja bermula. Tapi padaku, peluang yang ada tidak akan aku persiakan dan padaku, kejauhan ini seakan menguji adakah kesetiaan itu terus ada diantara kita.
Dan kini, aku kembali. Untuk terus setia disisimu seperti yang kita idamkan. Dan, aku sedang belajar untuk kembali hidup berdua. Tapi, mengapa tergamak kau datang padaku dengan khabar yang membuatkan aku terluka? Tidakkah kau tahu, aku tidak mampu untuk membenarkan adanya dia diantara kita?

Apakah aku perlu hidup dalam kepuraan? Meneka dalam kesamaran sedangkan lafaz kalimat itu tidak pernah engkau lafazkan. Apakah aku yang seharusnya memulakan? Aku takut, andai sudah kugayutkan harapan, impian itu akan terbang bagaikan layang-layang yang terputus talinya. Aku tidak mahu terus menebak hanya bayang-bayangmu, sayang. Aku mahu terus berada dalam pelukan kasihmu. Untuk menghela nafaspun aku tidak mampu andai dirimu tiada disisi, apakah aku bisa untuk melihat dirimu memimpin jemari insan lain? Tidak! Itu bukan aku!...

Sayang, demi kasih ini dan hingga tiba detik itu, aku ingin bahagia denganmu. Gembira bila berada dekat denganmu. Dan kerana itulah aku masih disini. Mencuba untuk merebut kembali kasih yang sudah aku tinggalkan kosong tak berpenghuni. Aku tidak akan lelah mengejar dirimu walaupun kadangkala aku kalah juga pada keadaan. Aku mengerti dirimu juga keliru dengan semua yang berlaku.
Aku mahu untuk terus setia disisimu. Cuma, bila dia datang dengan kata-kata itu, harapan yang aku genggam seakan melurut jatuh. Aku kecewa. Aku terluka. Lalu aku tersedar. Benar seperti katamu, antara kita harus ada ruang untuk menilik perasaan sendiri sebelum keputusan yang terlafaz bisa melukakan. Lalu, biarlah aku sendiri.

Shahrizal – Walaupun aku lelaki, aku juga punya jiwa. Aku juga tahu apa itu erti sepi. Jarak yang terlalu jauh antara kita kadangkala membuatkan aku kalah dengan perasaanku sendiri. Salahkah aku menyambut kasih darinya untuk mengubat kesepian yang engkau tinggalkan?
Bukan aku tidak mahu setia, tapi kasih yang terhulur membuatkan aku bahagia. Dia seakan melengkapi diriku saat ketiaadanmu. Maafkan aku sayang kerana menduakanmu sedangkan engkau masih setia.
Dan, saat engkau pergi dariku, baru aku sedar betapa aku cinta padamu. Lafaz keramat yang terlalu berat untuk aku lafazkan padamu. Egokah aku, sayang? Maafkan kerana aku tidak pandai menilai. Aku seakan buta dengan cinta yang penuh dusta. Dan, saat engkau pergi entah kemana, baru aku sedar yang mana intan dan yang mana kaca.

Sayang, aku aku jejak langkahmu walau hingga kehujung dunia. Walau hingga terpisah nyawa. Aku akan lakukan kerana aku tidak mampu untuk menghela satu nafaspun tanpa dirimu disisiku.
Ketahuilah sayang, akan ku persembahkan segalanya buatmu. Melafazkan kata keramat itu agar kau tahu apa yang ada dalam hatiku. Aku tidak mahu terus berada dalam sinar yang makin kelam. Seperti dirimu, aku mahu terus bahagia.

Buat dia yang pernah singgah dalam hidupku. Yang pernah mengajar aku erti rindu, dirimu tetap akan aku ingati. Cuma, untuk memilihmu untuk berdampingan denganku, aku tidak mampu. Bukan aku mahu berdusta atau bercanda. Tidak! Cuma untuk melepaskan dia dari hidupku aku tidak mampu. Untuk melukakan dia yang terus setia, seakan aku sedang membakar diriku dalam api yang menjulang.
Maafkan aku kerana membuatkan dirimu terluka.
Profile Image for Tie Tinie.
77 reviews11 followers
December 18, 2013
selesai sudah buku emy roberto JBC...

cerita yg seronok dibaca... dan ada kalanya akan membuat kita sayu dan ada kalanya akan buat kita sakit hati...

kisah shah & refeeqa... berkahwin kerana pilihan keluarga... tapi tak cliche cam cerita2 lain ye... kalau kawen paksa tdo bilik lain2... diaorng ni ok je... hahahaa... tapi mengambil masa untuk mencari keserasian... mencari masa untuk merasa cinta, dan rindu...

5 tahun rafeeqa melanjutkan pelajaran.. meninggalkan shah di bumi malaysia... cukup menyedarkan siapa shah di hati rafeeqa... bukan la kata shah tak pernah jenguk isteri dia masa kat oversea... ada... tapi kira setahun sekali... sehinggalah dia tahun akhir rafeeqa... shah tidak lagi memunculkan diri...

kerana org ketiga... cinta mereka diuji... kesilapan shah memakan diri...

apa yg terjadi selanjutnya... sila beli dan baca... hahahaha...
tapi siyes kata citer nie mmg best untuk dibaca...

"membaca dgn hati... menilai dgn akal"....
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
May 7, 2015
Curang - memang pantang!
Sendiri cari penyakit. Bila muncul masalah, baru nak menyesal. Masa tu dah tak guna, wahai encik suami curang.

Sedikit terkilan sebab Nek Pah still tak boleh terima Rafeeqa.

Sedikit tak puas hati bila cerita Husna habis begitu je. Setakat hilangkan diri. Like WHAT? Kalaulah Husna ni memang wujud, yuni dah nampak besar kecil je dari awal. Ayat pertama yuni akan cakap adalah bodoh. Why? Dia punya plan untuk musnahkan masjid orang memang dah baik. Tak dapat cara kasar, dia guna cara belakang, dia jumpa Rafeeqa dan Nek Pah. Tapi lepas tu hilangkan diri. Hahaha...Even takdelah suka dia tapi serius, membazir masa je buat kerja tak siap ni.

The rest is okaylah. So what's next?
Profile Image for Madam Lola.
213 reviews37 followers
May 17, 2018
ehemm.ehem... betulkan suara dahulu..
hemmm... sedih.. sebak..itulah yg ML rasa.. cerita ni sgt..sgt..sgt menyayat hati.
bagaimana si isteri cuba meraih kembali cinta sang suami. ya.. sebab dia sedar, punca utama adalah dia. dia yang memulakan. tetapi, itu tidak bermakna sang suami boleh senang-senang menduakan dia.
ah, lelaki... masa sayang, janji tu menggunung. cuba kalau dah jumpa yang lain.

dan Husna. ke mana dia menghilang?puaskah hati dia setakat menggoyahkan rumahtangga orang.. hahahha.. ML tak puas hati tu. kalau tgk dari mula, mcm dia nak dapatkan Shah balik. tapi.. x pula.. apa-apapun.. 5 star sebab buat emosi n feeling ML jadi kacau bilau. sedih duh...
Profile Image for Linamarlyn.
37 reviews29 followers
May 19, 2014
Masa membaca buku ani i can feel the heartache so much! ;'''( Mengkisahkan tenting arranged marriage between Rafeeqa and Shahrizal. Rafeeqa being the young ambitious and stubborn lady object berabis lah and decide to go away from the marriage by studying abroad leaving Shah. Well its nice that even arranged marriage shah ani try to love rafeeqa but rafeeqa ani buat der saja UNTIL, shah stop visiting, texting and contacting rafeeqa d luar negeri that made rafeeqa realize what she's missing. She actually LOVE her husband! she did suspect that with shah stop contacting her yang confirm shah ada affair and its true, shah ada relationship with husna. *heart breaks*

Rafeeqa character nya ani is she likes to keep it to herself, all the heartaches and sadness ia pendam saja. Being a "diva" and "strong" she overcome everything. Came back to Malaysia to claim the time lost between her and husband, sadly; husband is already head over heals with husna sampan kan mau cerai. It was a battle for rafeeqa to win shah's heart back. Its hurts to read that rafeeqa is strong to even ask shah siapa nama the girl AND also tanya kabar. Tahan nyawa nya to know the husband skips their dinner dates for the girl. Basically being there for husna ALWAYS and not being there for rafeeqa the time when she needs him the MOST! It really hurts reading u know…

Anyhow, this novel is well written. Story line is smooth and real too. Its almost that you can imagine the dialog live in the movies! English pun lawa so this book deserve 4/5! Bravo to the author.
Profile Image for Puteri Novella.
56 reviews7 followers
December 30, 2013
Jangan Benci Cintaku by Emy Roberto

Shahrizal dan Rafeeqa berkahwin kerana dipaksa. Mereka dijodohkan oleh keluarga ketika Fika masih berumur 18 tahun.

Fika memilih untuk sambung Bachelor Degree di Sunderland. Salah satu cara untuk mengelak daripada Shah.

Setelah lima tahun berlalu, Fika kembali. Apa yang berlaku, Shah telah berubah dan ada orang ketiga antara mereka. Perubahan Shah telah disedari oleh Fika tetapi Fika kan diva, dia buat derk jelah. Dalam hati, merana.

Tinggal sebumbung dngan isteri sendiri, layanan Fika n so on, menyebabkan Shah sedar bahawa dia mula jatuh cinta kepada isterinya. Perasaan yang terkubur kembali memekar.

Shah telah memilih Fika dan meninggalkan Husna. Kesalahan Shah dan Fika, mereka tidak meluahkan perasaan terpendam menyebabkan Fika mudah termakan hasutan Husna tentang Shah yang memburukkan isterinya.

Fika pergi membawa diri. Ke mana? ;)
Fika terjumpa Syazwi.
Damia terlepas kata, menyebabkan Shah dapat mengenal pasti keberadaan isterinya.

Di situ semuanya terungkap. Bahagia yang kunjung hanya sekejap, apabila Shah terpaksa pulang ke Malaysia. Sebab apa? Rasa nak tumbuk je Azwan tu huh...buat prank...hish....saspen je...

Bagaimana hubungan Shah dan Fika? Apa jadi dengan Husna? Siapakah Latisha, Erna, Cinta, Kiko? Semuanya terjawab dalam Jangan Benci Cintaku terbitan Idea Kreatif...
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
July 15, 2018
#35

Jangan Benci Cintaku (Emy Roberto)

Berkisar mengenai pergolakan rumah tangga Shahrizal dan Rafeeqa disebabkan kesilapan masing-masing. Namun, perlahan-lahan mereka kembali membina kepercayaan walaupun satu demi satu halangan datang menimpa.

Bagi saya novel ini tidaklah terlalu berat. Dengan bahasa yang santai, menjadikan novel ini lebih dekat dengan selera pembaca terutama remaja. Secara keseluruhan, novel ini punya plot penceritaan yang boleh diterima dan tidaklah meleret-leret.
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 13, 2016
Though I may like the story...
it seems lack of the x-factor.

Saya tak suka penggunaan bahasa pasar urban pada ayat tak kena gaya yang banyak sehinggakan ia mencantas mood membaca. Katakan, untuk kebelakangan ini, saya bertukar menjadi selektif terhadap ciri yang saya mahu pada pembacaan. Anda perlu melihat ulasan orang lain untuk menguatkan alasan membacanya.

Saya belum putus harap pada Emy Roberto lagi. Next time baca mama mia shaza :)
Keep up!
Profile Image for Intan.
85 reviews2 followers
January 9, 2014
leave a reviews on JBC is too mainstream
Profile Image for Fazira Beckly.
23 reviews
March 28, 2014
Best best best!!!! Tp xpuas baca!!! Huhu. I want moreee.
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
July 23, 2018
Annoying dengan husna.
Suka dengan fika yang diva, cool and tak mudah meroyan dengan kecurangan shah.
Fika, u r my idol now!
Serius pertama kali membaca JBC terus fall in love dgn gaya penulisan @emy_roberto yg santai. For sure her next novel will be in my wishlist.
.
.
.
When i love you is too mainstream. Jangan benci cintaku. Hate me not.
.
.
.
Nak lengkapkan koleksi karya emy roberto. Siapa ada jual? Tag me. #rakbukudedizul #janganbencicintaku
Profile Image for Fiza.
80 reviews7 followers
January 28, 2014
Cerita ni sgt² best sebenarnya. Sy mmg dah suka waktu baca versi mininovel kat blog lg. Kisah Shah & Fika yg kawen ikut aturan keluarga. Pd mulanya Fika x suka & layan Shah acuh x acuh saja. Shah pulak bila dah jemu layanan si Fika, boleh pulak tertarik dgn Husna. Wpun Fika mcm tu, tp dia ttp jalankan tanggungjawab zahir batin. Kemudian masing² dah sedar kesilapan & nk perbetulkan keadaan.

Tp spoil betul bila sampai part Shah yg sanggup tinggalkan Fika sorang² utk 2nd honeymoon dorang sebab nk setelkan problem si husna. Wpun kes husna x sengaja diada²kan, x mustahil kalau husna tu betul² muncul nanti, shah masih akan buat benda yg sama. Mmgla fika tu kental tp jgnla ambik kesempatan.... X suka sgt kat Shah lepas hal tu...
Profile Image for nell.
39 reviews2 followers
June 9, 2016

Hancur rasanya hati tiap kali shah lebihkan husna and tipu fika... everytime shah tipu fika, i also hurt you know... kalau at the first place, fika tak tau the true situation, maybe tak sakit sangat.. Tapi kalau dah depan mata, then tiap kali tanya mengelak dengan guna nama azwan or busy kerja, adoi la... part fika accident and fika mengamuk dalam kereta, scattered terus hati iols... but too bad, iols takde nangis lagi untuk buku... hihihi.. ok.. to be continue... *wink*
Profile Image for Emoon.
219 reviews79 followers
December 4, 2013
Best3x...... Congrats buat penulis novel ini Emy Roberto.... Ur 2nd novel pun awesome sama spt novel pertama.... x sabar pulak nk tahu karya seterusnya.... hehe
Profile Image for Pips.
220 reviews30 followers
January 19, 2014
Kenapa best sangat ni? Ahha.
Profile Image for Inn Auni.
1,092 reviews23 followers
May 28, 2017
Shah dan Fiqa disatukan atas pilihan keluarga sebaik Fiqa habis SPM dan Shah pula sedang mula membina kerjaya sebagai peguam. Fiqa nekad melanjutkan pelajaran ke luar negara walaupun dipujuk rayu sang suami.

[Sejujurnya, saya sendiri pernah melalui usia 18 tahun. Usia memberontak kata mak saya. Hitam kata mak dan abah, putih kata saya. Bukan bermaksud tak matang tapi lebih kepada nak cari diri sendiri.]

Shah setia melayan si isteri. Sanggup terbang jauh ke luar negara setiap tahun untuk menemani si isteri. Masuk tahun terakhir pengajian Fiqa, Shah sudah kurang berhubung. Majlis graduasi pun tak datang. Fiqa dah rasa lain. Lalu terus pulang ke tanahair walaupun niat asal nak sambung Sarjana. Tapi kepulangan tak disambut sang suami yang dah bercuti ke Bali. Bila suami balik dari bercuti saja, terus bagi tau yang dia dah ada Husna dan dia pilih Husna kalau disuruh buat pilihan.

[Tak tau nak rasa apa time ni. Nak marah Shah pun, Fiqa pun buat salah juga. Dan memang salute dengan Fiqa sebab dia tak meroyan bila dapat tahu. Okey, mungkin Fiqa pengsan dan menangis semalaman but, that's it.]

Damia, kawan Fiqa, bersungguh-sungguh suruh Fiqa pikat balik si suami. Fiqa ada hak sebab dia isteri. Azwan, kawan baik Shah pun dari awal lagi tak setuju dengan keputusan Shah menduakan Fiqa.

[Alhamdulillah Fiqa masih ada orang yang setia jadi pom-pom girl untuk dia. Bayangkan masih ramai di luar sana yang bersendirian menempuh dugaan hidup.]

Tapi Fiqa was-was. Bukankah lebih baik melepaskan kalau itu yang membuatkan Shah bahagia. Tapi pada masa yang sama dia cintakan suaminya. Tapi Fiqa tak nak menyerah kalah sebelum berjuang. Cuma, setiap langkah Fiqa, ada saja si Husna halang.

Berjayakah Fiqa dalam misinya nak memikat semula si suami?

* * *

1. Ada plot tambahan dalam novel ni di penghujung novel yang saya tak pasti kenapa penulis tambah. Nak panjangkan halaman mukasurat novel ke? Nak wujudkan spin-off ke? Watak Maya dan Syazwi dah ada novel sendiri tapi yang lain seperti Cinta dan Kiko?

2. Tak ada closure dengan Husna. Tak tau kenapa penulis biarkan macam tu aje. Husna ni ibarat periuk api. Kalau tak dimatikan, memang sah akan meletup kalau tersilap langkah.

3. Tak ada closure juga untuk Damia, Azwan dan Syazwi. At times, kisah mereka bertiga ni lagi menarik dari kisah watak utama.

4. Watak Nek Pah memang mencabar kesabaran. Lagi jahat sebenarnya dari watak Nyonya Mansor dalam Ibu Mertuaku. At least Nyonya Mansor tu insaf juga. Nek Pah dari awal kemunculan sampai akhir memang konsisten sungguh, negatif aje sikapnya.

5. Suka amat dengan watak Fiqa yang penulis gambarkan walaupun menentang keras perkahwinan aturan keluarga tapi tetap menunaikan keperluan zahir batin suami. Macam nilah baru namanya isteri. Ini majoriti novel suka-suki letak syarat tak nak sekatil la, tak nak sebilik la.

6. Tak dapat bayangkan Dude Harlino dengan tubuh Hulk Hogan. Rasa macam kartun saja. Heh.
Displaying 1 - 30 of 94 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.