Jump to ratings and reviews
Rate this book

Suamiku Mr. Blind

Rate this book
“Kalau kau buta lagi bagus. Tak adalah nak menyemak buat masalah di sekolah lagi.” Ain Syuhada, pengawas yang sebesar anak gajah itu ingin balas dendam kerana ditolak jatuh ke dalam lumpur sawah.

Racun serangga jenama Redinsect segera disembur ke muka Aidil Zafran.

“Aku tak nampak apa-apalah!”

Ah, sudah! Sungguh Ain Syuhada tidak menyangka racun serangga itu mampu meragut penglihatan Aidil Zafran. Kalau dia sanggup jadi hamba tebusan seumur hidup untuk membayar apa yang telah dilakukan kepada Aidil Zafran pun, dia masih tak akan mampu melunaskan hutangnya itu.

“Jangan muncul di hadapan aku lagi. Aku tak mahu dengar nama kau lagi. Apa saja yang berkaitan dengan kau, aku tak mahu tahu.” – AIDIL ZAFRAN.

Cuma kalau dah namanya jodoh, larilah ke penghujung dunia sekalipun, pasti akan bertemu juga. Sebelas tahun kemudian… Aidil Zafran menerima seorang pekerja baru di syarikatnya.

“Errr… Saya Ain… Ain Syuhada Ismail. PA bos.”

AIN SYUHADA muncul kembali dalam hidup Aidil Zafran tanpa dirancang sedangkan Aidil Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain Syuhada. Dah namanya pun mr. blind!

Hati Aidil Zafran diketuk perasaan yang luar biasa sewaktu bersama PAnya yang menjaganya penuh kasih. Cinta mula datang walaupun tidak terlihat, maklumlah cinta itu buta!

Pada saat pernikahan Ain Syuhada dengan Rayyan Aziz dibatalkan, Aidil Zafran datang dengan rela menjadi galang ganti. Namun, saat lafaz akad dilafazkan, masih relakah dia apabila identiti Ain Syuhada terbongkar?

“Kau sengaja nak perangkap aku, kan? Kau jangan ingat bila aku dah kahwin dengan kau, aku dapat maafkan kau. Aku akan pastikan kau hidup merana, Ain.”

Benarkah cinta itu hilang saat dendam merajainya? 

442 pages, Paperback

First published November 1, 2013

194 people are currently reading
1969 people want to read

About the author

Danisyarahmat

9 books50 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
242 (42%)
4 stars
149 (26%)
3 stars
98 (17%)
2 stars
33 (5%)
1 star
50 (8%)
Displaying 1 - 30 of 50 reviews
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
January 8, 2023
1/5 ⭐

‼️ tw: Marital r*pe, Abortion

gosh, i dont know where to start 😓 how can someone write this type of book. how can it even be published? ya, i know this book wayyy back on 2013 but haih.

this book is just so inappropriate, 18+ scenes and talks are too much, and tak tipu, plot nampak menarik, tapi tak bergerak pun. more than half of the book penuh dengan lucah je. idc if anyone nak marah i cakap pasal ni, tapi i need to address this.

sepanjang pembacaan saya, 'apa aku baca ni' 'apa benda ni' sahaja yang ada dalam otak saya. starting book was good, then bila dorang jumpa balik tu, pening kepala mat baca buku ni.

both Ain Syuhada and Aidil Zafran otak kotor. both tak boleh fikir benda lain selain benda tu. Ain masa tolong basuhkan baju Aidil, dia nampak boxer dan bayangkan size. Aidil pula asyik terpegang benda 'kenyal dan padan' dan cakap 'aset mantop' seriously, what the hell?

not to mention, there 2 (or more) scenes where Aidil 'paksa' diri dengan Ain and cabar Ain buktikan dia suci. 🤮

bukan dorang je, lalang sorang ni pun. its too detailed, too explicit. i dont recommend anyone read this book. letaklah buku ni jauh jauh ya.
Profile Image for Intan.
85 reviews2 followers
December 9, 2013
Naskah ini masih boleh dihadam.jalan cerita yang "hampir-hampir" klise.konflik yang tidak terlalu berat.

Novel ini mengisah kan Ain syuhada yang pada usia 14 tahun tanpa sengaja menyembur racun serangga redensect ke mata aidil zafran (yang suka membulinya)menyebabkan mata aidil zafran buta..
10 tahun kemudian,ain berkerja sebagai PA aidil zafran di syarikat milik keluarga aidil zafran. Ain merahsiakan identitinya sebagai penyebab mata bos nya buta.

Semasa berkerja sebagai PA, Ain berjumpa semula dengan rayyan aziz (senior pujaan hatinya semasa di universiti). Rayyan merisik dan melamar ain, tanpa pengetahuan ain rayyan ini ada muslihat tersendiri (nak jadikan ain kambing hitam). 2 hari sebelum majlis perkahwinan, ibu rayyan batalkan perkahwinan rayyan dan ain kerana dapat tahu anaknya si rayyan "gayah".

Aidil zafran datang dengan rela hati jadi suami ain. Selepas majlis perkahwinan, barulah si aidil dapat tahu ain isterinya adalah orang yang sama merosakkan matanya. Selapas majlis perkahwinan aidil mengambil keputusan meninggalkan ain seorang diri untuk ke UK..semasa di UK aidil menerima kornea mata dari kawannya.setelah 6 bulan, aidil kembali ke malaysia sebagai seorang yang baru.Tekadnya nak membalas dendam kepada isterinya si ain.
Berjayakah aidil membalas dendam?siapakan zahlia yang muncul dalam hidup mereka?
sila la baca buku ini.


pandangan peribadi saya:
1. novel ini tidak sesuai dibaca oleh budak-budak remaja. ada sesetengah part yang boleh diklasifikasikan 18sx (pada pandangan saya yang kolot ini).

2. ada sesetengah perkataan sesuka hati diletak imbuhan "ber" "men" yang tidak sedap mata membaca(oh ! jadi guru bahasa melayu disini).

3. ada sesetengah bab penulis agak rushing menulisnya dan menyebabkan banyak kelompongan di sana sini.

semoga penulis dapat membaiki dan mempertingkatkan lagi mutu untuk novel seterusnya.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,039 reviews378 followers
December 30, 2013
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM10. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Maybe my expectation for this book was a tad too high because I didn't enjoy this as much as I did I'm Mrs. Kertu . N rasa ceritanya biasa-biasa saja. Towards the end, N dah lost interest especially when tiba-tiba watak Zahlia datang menyibuk. Tapi N kesian sangat dekat Aidil Zafran! There's a reason why N tak suka kalau ubat penyembur nyamuk bersepah dalam rumah. That sucker is dangerous!
Profile Image for Zurianita Manab.
76 reviews16 followers
December 10, 2013
Dalam banyak2 buku yang sempat saya baca sementara tak boleh bergerak bebas ialah Suamiku Mr Blind. Mula2 tak berminat sangat nak beli tapi bila tahu novel ini hasil penulis I'm Mrs Kertu yang saya suka sangat tu... maka saya pun beli sat utk koleksi sendiri.

Cerita mmg menarik, Aidil yang terkenal nakal walau cucu penghulu kampung. Akibat sakit hati dengan Ain yg menyebabkan dia dikenakan tindakan, Aidil menolak Ain ke dalam sawah. Sakit hati dengan perbuatan Aidil, Ain yang tak sengaja telah menyebabkan Aidil hilang penglihatan. Kali terakhir berjumpa, Aidil berjanji tiadak akan sesekali memaafkan Ain.

Masa berlalu dan sepuluh tahun kemudian mereka bertemu semula. Ain merahsiakan identiti kerana takut dgn dendam Aidil aka Mr Blind. Manakala Aidil pula jatuh hati dengan Ain lalu menjadi penyelamat bila Ain putus tunang dengan Rayyan saat perkahwinan mereka terlalu hampir.

Saat ijab kabul hampir terlafaz, segala tentang Ain diketahui Aidil dan dia bertekad untuk membalas dendam. Mampukah Cinta mengatasi dendam yang membara.

5* kerana tak membosankan. Suka karya Danisyarahmat~
Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
December 13, 2013
Dah selesai baca...
Kisah yang menarik cuma bila mereka dah berkahwin tu macam ada kurang menyengat sikit. Mungkin saya seorang ja yang rasa macam ni mungkin. Hehehe
Saya lebih suka jalan cerita buku pertama penulis.

Saya suka karya penulis ni kerana ada kelainan dari segi watak Hero dia. Kalau yang pertama dulu watak seorang yang berumur dan kali ni watak seorang yang buta penglihatan. Banyak juga dapat pengajaran dengan watak kali ni. Tentang pendidikan khas. Baru faham tentang mereka yang belajar pendidikan khas OKU penglihatan ni. Jangan rasa kekurangan pada diri sendiri.

Aidil Zafran
-masa remaja seorang budak yang nakal selalu membuli rakan-rakan lain terutamanya Ain Syuhada sebab dendam sewaktu Ain tangkap dia hisap rokok.
-tinggal dengan atok kerana ibi bapa dia tak dapat mengawal tingkah laku dia yang tak ikut cakap
-menjadi buta di usia muda kerana suatu kejadian
-selepas tu dia dihantar ke UK bersama atoknya utuk belajar disana kerana kemudahan untuk orang OKU yang banyak.
-balik ke Malaysia menjadi seoarag yang berjaya walaupun buta selepas beberapa tahun

Ain Syuhada
-masa sekolah di gelar anak gajah kerana badanya yang gempal
-seoarang pengawas yang tegas dan menyebabkan Aidil Zafran ditangkap semasa meghisap rokok
-bila dan dewasa dah jadi kurus kerana berdiet...dah jadi cantik lagi huhu
-menjadi PA kepada Aidil Zafran

Mereka bertemu kembali kerana Melisa kakak ipar Ain menawarkan peluang pekerjaan di syarikat milik keluarga Aidil Zafran untuk menjadi PA orang OKU buta penglihatan. Rupanya masa Ain bertemu, dia tak menyangka dia menjadi PA pada Aidil Zafran. Pada mulanya dia ragu-ragu tapi memandangkan dua nak tebus balik apa yang dilakukannya masa dahulu dia bersetuju sahaja sekurangnya dapat mengurangkan perasaan bersalah tu.

Dalam masa yang sama Aidil Zafran pula mula suka pada PA dia sebab cara layanan dan perhatian yang baik diberikan padanya. Tapi terpaksa pendamkan kerana Ain dah memilih orang lain dan dah menerima pinangan dari Rayyan Aziz seorang senior masa belajar dahulu.

Tapi dah namanya jodoh mereka kahwin juga bila Aidil dapat tahu pertunagan Ain putus sebab ibu pihak lelaki putuskan pertunagan mereka.

Saat dah lepas akad nikah baru Aidil tahu Ain ni rupanya orang yang sama dengan Ain kisah remajanya. Disina bermula dendam seoarang Aidil Zaafran terhadap Ain Syuhada.

Nak tahu kisah lanjut dapatkan buku Suamiku Mr.Blind ni..

TAHNIAH buat penulis untuk buku ke 2 ni. Saya banyak juga dapat maklumat pasal pendidikan khas dan OKU ni.
TAHNIAH lagi senbab penulis mungkin dah dapaat baby yaang ke 3 sebab baca kat penghabisan buku tu dia tengah menunggu hari bersalin.



Profile Image for Azilah.
47 reviews4 followers
January 5, 2015
Permulaan cerita ok tp bile smpi bab kawin tu sy xleh nk hadam sgt la especially bile kekasaran hero pada heroin tu sgt2 xleh diterima...emotional sket bab tu...sebenarnya idea cite pd permulaan tu da cntik tp dicacatkan oleh sesetgh bab tu yg sy xbrp leh terima...xtau la frust sket sbb high expectation for this novel...ape2 pun lain org lain citarasa...

Profile Image for Ayman Hyeqal.
68 reviews58 followers
January 14, 2014
Suamiku Mr. Blind karya ke-2 penulis Danisyarahmat Ismail terbitan Penerbitan Penulisan2u, tahniah buat penulis, karya kedua ini tidak mengecewakan, boleh dihadam dgn baik dlm tempoh tdk sampai setengahari, bermula dari Aidil yg berpindah ke kg akibat sikapnya yg nakal menyebabkan ibu bapanya memindahkan Aidil menetap di kg bersama datuknya, Aidil bersekolah di kg dimana tmpt yg sama Ain bersekolah, Aidil dilahirkan sempurna sehingga terjadi satu peristiwa yg menyebabkan Aidil menjadi buta, bagaimakah aidil menjadi buta anda kena baca, selepas buta Aidil telah dihantar ke luar negara oleh keluarganya sehingga Aidil menjadi seorg yg berjaya, apa bila pulang ke tanah air Aidil bekerja di syrkt keluarganya, Aidil dan Ain bertemu semula selepas berpisah sewaktu Aidil mecari seorg PA dan dlm masa yg sama Ain seorg penganggur telah menjawat jawatan itu dgn bantuan kakak iparnya yg bekerja di syarkt keluarga Aidil, pada dasarnya Aidil tidak mengetahui yg Ain menjadi PAnya, dlm diam Aidil jatuh cinta pada Ain yg selama ini dibenci olehnya, kenapa Aidil membenci Ain? kenalah baca, sblm Aidil mengetaui yg Ain itu musuhnya Aidil amat kecewa bila Ain ingin berkahwin dgn org lain, tp kekecewaannya cuma sementara kerana perkahwinan Ain dibatalkan, knpa dibatakan anda kena baca, selepas itu Aidil mengambil peluang utk meminang Ain, semuanya berjalan lancar sehingga Aidil mendapat tahu yg Ain itulah musuhnya, tp perkahwinan itu ttp diteruskan dan Aidil merancang utk membalas dendam, apakah yg aidil lakukan pada Ain, anda harus dapatkan naskah ini
9 reviews
February 4, 2014
Kepada sesiapa yang belum beli novel ni, bolehlah pergi ke penulisan2 atau blog penulis untuk baca dan jika anda suka boleh beli. Tapi yang pasti.... saya recommend dan tidak rugi beli.

Ini bukanlah novel pertama penulis yang berkecimpung di dalam bidang pendidikan. Kelainan novel kali ini mengisahkan seorang OKU yang buta bukan dari lahir tetapi bila sudah menginjak remaja belasan tahun yang buta akibat kenakalan beliau.

Bertahun-tahun dia berusaha mengharungi hidup tanpa penglihatan sehingga menyandang jawatan besar di syarikat arwah bapanya.

Penceritaan yang diselitkan kisah OKU, braille, cara permainan, komunikasi dan pelbagai lagi membuatkan kita berada di dunia mereka.

Pabila Aidil mendapat balik penglihatannya selepas bertahun, dia menjadi seorang yang romantik walaupun kadang-kadang ego ;)

Bacalah dan tidak rugi jika anda melaburkan duit untuk memiliki novel ini.
129 reviews3 followers
January 15, 2019
I setuju dengan review yang lain bila mereka cakap buku ni starting dia mcm lambat sikit dan hampir cliche dengan novel. but jalan cerita Aidil yang nakal buat I tertunggu2 apa la next agenda dia. Anyway, kalau u guys tak jumpa buku ni versi printed, boleh dapatkan eBook version dari sini-- https://www.e-sentral.com/book/info/9...

Senang la baca eBook sbb blh baca on the go je. Dah selamat baca dalam flight haritu. hahha. Tahniah penulis.
Profile Image for Ayu1166.
38 reviews3 followers
January 6, 2014
hmmm...bg sy citer ni blh hadam, rs ada byk juga 18sx tp bg sy still ok...tp toward the end citer ni cam rushing nk.abis jer...entahlah but this is my opinion la org lain mungkin lain...
Profile Image for Suraya Hani.
33 reviews
August 7, 2025
Cerita ni permulaan agak kelakar bagi aku. Tapi masa nak habis eh kenapa begini jadinya?? Sanggup suami dia r****l bini dia sendiri? Sebab bini dia pegang tangan lelaki lain? Aku jadi what the heck? Dah dua kali kau tampar bini kau. Memang awal2 lagi watak si Aidil red flag tapi aku buat pejam mata je tapi part dia r** dia tu aku tak boleh terima la.
Nasib la ni novel lama. Buat penulis baru jangan la normalisasikan benda mcm ni. Geli baca.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Liya71.
111 reviews14 followers
May 13, 2020
Sweet.. Jalan cerita yang sangat sweet, banyak yang geram dan rasa macam nak tumbuk2 je mr blind yang ego dan sarkastik ni tau... sampai keh 3/4 buku watak dia sarkastik!... dah hujung2 baru la nak lovey dovey, tapi dera perasaan isteri jugak. Siapa tahan kalau cam gitu perangai suami, ingat hati tu kering je sentiasa ke...
1 review1 follower
August 23, 2019
Suami ku mr blind
This entire review has been hidden because of spoilers.
1 review
August 29, 2019
Saya baru kat sini.. Mcm mana nak baca semua novel ni kat sini.. Maaf sy tk reti..ada sesiapa boleh bantu
1 review
April 10, 2021
Suka
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,526 reviews1 follower
March 29, 2016
Menarik novel nie tp saya x setuju kalau diadaptasikan ke drama..
X sesuai.. Lebih sesuai dalam bentuk bacaan sahaja.. (Hanyalah pandangan saya)
Ada pengajaran yg boleh diambil dan dijadikan iktibar..
Masa muda bukanlah masa utk kita berseronok sahaja..
Setiap perbuatan yg kita lakukan pasti ada kesannya..
Perhubungan sonsang yg tidak ke mana..
Hubungan suami isteri kalau tanpa komunikash pasti xkan berhasil..cemburu buta dan panas baran pasti mengundan malapetaka..
Sekiranya telah tersedar akan kesalahan yg dilakukan, bertaubatlah..Allah sentiasa mendengar doa hambanya..
Dalam serius ada juga moment2 lawak diselitkan..
Owh ya!!pada suami isteri yg baru kawin bolehlah cuba baca novel nie..Ada diselitkan tips bagaimana memikat suami supaya tidak memandang yg lain..
Part nie lawak..seriously..try la baca..
13 reviews
October 26, 2014
Ok selepas syiok baca I'm Mrs Kertu, saya cari karya #2 novelis ini. Dan Sekarang, saya pasti Danisyarahmat ada di dalam senarai favourite novelist saya.
Karya beliau amat daring sekali, tak takut nak elaborate part part yg agak 'terlarang' buat sesetengah penulis. Dan of course, tak begitu sesuai utk tatapan pembaca yg bawah umur. Walauapapun, jalan crita yg di bentangkan Danisyarahmat senang di fahamkan & crisis crisis yg melanda pun tak la begitu extreme Sampai Buat pembaca menangis!
Cara penulisan yg baik, kene dgn citarasa saya!
1 review
January 18, 2014
Saya rasa okay cuma sedikit melampau sebab heroin sembur Redinsect kt mata hero.. but I guess that's the charm of the story. TETAPI, saya tak dapat hayati cerita tu sepenuhnya sebab banyaaaak sangat pages yang kosong. Masalah si pencetak kan? Overall, sebab tulah saya tak puas hati. Rasa tak berbaloi beli. Sorry
Displaying 1 - 30 of 50 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.