"Bila tak nampak, rasa gelisah. Bila kat depan mata, diri sendiri pula yang resah."
Atas desakan Dato’ Mahmood, Jebat Zulqarnain perlu menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Tuah Inderawan. Bagi Jebat Zulqarnain, duit itu umpama air. Kalau tak ada air, macam mana ikan boleh bernafas dan berenang, kan? Oleh itu, diikutkan sahaja kehendak ayahnya. Tak perlu fikir banyak. Apa yang penting, dia tidak perlu bersusah payah.
Saat hati Jebat Zulqarnain masih mencari si pencuri hati, muncul Harum Wardah, si Miss Bodyguard, secara tidak langsung menambat hatinya. Senyum simpul sampai ke telinga bibir Zulqarnain tatkala bertentang mata dengan Harum Wardah. Orangnya manis, seharum namanya. Tapi jangan senyum-senyum, nanti Harum Wardah buka langkah, awak yang menggelabah.
“Kenapa tak pakai sut hitam macam kat TV tu? Bukan bodyguard selalu pakai kot hitam, seluar hitam, cermin mata hitam ke?”
Tuah Inderawan, lelaki yang berpegang pada pendirian sendiri, akhirnya mengalah demi mengembalikan keadaan ke biasa. Dia sudah tidak mahu lari lagi walau hakikatnya hatinya masih sukar menerima segala perkara yang terjadi. Dengan rela hati, dia menerima Zara Alisha sebagai isteri.
“Muka macam belacan hapak, ada hati nak panggil nama tu Alice? Ingat kau tu Alice in Wonderland ke? Aku peduli apa, aku tetap nak panggil kau Zara. Biar macam Melayu sikit. Tak sedar diri ke yang diri tu Melayu? Jangan tahu letak bangsa Melayu aje kat kad pengenalan tapi berangan nak ikut budaya barat. Aku ni bukannya kahwin dengan orang mat salih.”
Dua beradik, dua cara berbeza. Mampukah Jebat Zulqarnain terus berpegang dengan kata-kata duit umpama air? Akan berjayakah dia membuat Harum Wardah menerima dirinya? Tuah Inderawan pula lari daripada apa? Akan bahagiakah hubungannya bersama Zara Alisha? En. Pendekar dan Mr. Cheese, siapakah gerangan orangnya?
Buku ni, buku ke 3 saya habiskan hasil dari PB1M hari tu.
Cerita 2 hero 2 heroin. Jarang jumpa pada sesebuah buku.
Tuan Inderawan -memilih hidup sederhana dengan Bonda tersayang selepas penceraian ayahanda dan bondanya -seorang yang kurang berkawan dan sosial -suka melukis sebab hanya lukisan saja tempat dialuahkan perasaan
Jebat Zulkarnain -sentiasa mengikut kata ayahanda sebab dia pegang kata-kata 'mana mungkin ikan boleh bernyawa tanpa air. Kalau tidak ada nyawa-nyawa ikan lajawabnya' hehe -suka berhibur dan ramai kawan -terlebih sosial la pula -ikut suka hati dan kepala dia ja nak datang kerja atau nak ponteng p main boling -ada PA yang sekepala dan paling penting BODYGUARD nya cantik pula tu hehe.
Dua beradik berlainan perangai, Tuah yang tinggalkan jawatan di Syarikat Taming Sari Berhad dan bersama bonda dia memilih hidup sederhana dan tiada siapa yang kenal termasuk kawan baik yang tempat dia selalu melukis. Jebat pula terpaksa dan dipaksa oleh ayahanda untukgantikan tempat Tuah. Siap diugut untuk tarik balik apa yang dimilikinya. Mana la Jebat ni boleh tahan kalau tak d duit. Dia kan suka berhibur siap bawa PA dan bodyguard lagi hehe.
Disebabkan sesuatu terjadi Tuah terpaksa balik untuk memegang jawatan asal dia yang sebelum ni di gantikan oleh Jebat. Dan Tuah terpaksa mengikut pilihan ayahandanya untuk dijodohkan dengan pilihan ayahanda nya. Kat sini mula baca tu sambil fikir boleh ka Tuah ni dan isteri pilihan ayahanda dia ni serasi tapi bila dah baca baru tahu,mereka memang sesuai bersama mengisi kekurangan yang ada dan yang penting isteri Tuah ni rupanya peminat lukisan dia.
Jebat pula melarikan diri disaat-saat genting dan menyebabkan ayahanda dia marah sangat sampai nak putuskan hubungan macam dia buat pada Tuah tu. Rupanya ada hikmah Jebat lari kerana di sana dia bertemu dengan jodohnya walaupun ekspres hehe. Mula tu macam terpikir lagi sesuai ka, bila dah selesai baca, ya mereka memanag sesuai bersama menutup kekurangan yang ada.
Rupanya ada kisah tersembunyi di sebalik keluarnya Tuah dari rumah ayahandanya dahulu. Memang 'tragis' grrrrrrrr.
Nak tahu apa yang terjadi sebernya kena dapatkan buku ni. Seronok baca kisah Tuah lima bersaudara. Macam zaman kesultanan melayu melaka pula rasanya tapi di buat vesri alaf melinium. Ada kelakar bila bab melibatkan 3 pakatan ( atok, kakak,dan 2 adik kembar ) gempak rumah tu meriah. Ada sedih, nak marah dan pelbagai perasaan la bila kita baca. :))
* Buku ni sekejap ja habis sbb nak tahu dan nak tahu apa yang terjadi seterusnya. Suka bila penulis gabungkan dengan sejarah masa kita sekolah dulu tentang kesultanan melayu. Rupanya dulu kita bangga dengan bahasa melayu kita sampai orang luar terpaaksa belajar bahasa kita. Sekarang sedih sebab ada orang kita tak tahu nak cakap bahasa kita pun ada.
* Baca buku ni juga kita boleh bayangkan perbuatan mereka sebab penulis menceritakan secara jelas. Macam tengok drama pula.:)
Paling suka bila penulis bayangkan bab lukidsan tu. Sampai saya rasakan lukisan tu ada depan mata saya.
TAHNIAH buat penulis untuk buku terbarunya. Harapakan datang dapat lagi baca tulisan dari penulis yang comel ni hehe
Kagum sebenarnya dengan penulis yang mampu melahirkan latar belakang cerita yang segar biarpun intipatinya masih berkisarkan tema yang boleh dijumpa di mana-mana novel nikah-paksa-kahwin-rela. Aku juga mengangguk kepala tanpa sedar dengan kata-kata pedas yang didialogkan oleh pelaku2.
Bayangan Kesultanan Melayu Melaka yang dibiaskan dalam keluarga Dato' Mahmood Syah memang mengena. Sultan/bapa yang suka menggunakan kuasa veto dilayarkan melalui watak Dato' Mansoor yang gila berbini dan tentunya kaya. Tuah Inderawan, si sulung yang patuh tapi x sewenang-wenangnya, Jebat Dzulkarnain yang suka ikut kepala sendiri, Kasturi Raudhah (oh.. aku sukakan nama ini!) si adik pendamai keluarga juga si kembar Lekir dan Lekiu.
2 cerita dalam 1. En. Pendekar; Tuah Inderawan/Indera yang lebih lembut sisinya dan Mr. Cheese; Jebat Dzulkarnain/Nine yang keras tentunya. Tapi bila si Mr. Cheese yang mula cair dengan si Harum Wardah (new version of Dang Wangi) dan segala masalah keluarga, Jebatlah heronya.
SO, kenapa 2* sahaja?
i) Pengindividuan Watak; Ini naskah pertama, mungkin kelemahan ini telahpun di-overcome-kan melalui naskah seterusnya... tapi itulah yang mengganggu aku sepanjang pengembaraan keluarga Mahmood Syah ini. Tiada beza antara watak Indera, Nine, Mahmood, Mansoor, Haq. Jika digelapkan nama2 watak tersebut di setiap dialognya, memang aku teraba-raba mencari siapa penuturnya. Begitu juga dengan Tria, Wardah, Zara, juga Hannum. Si tua dan si muda menggunakan nada dan bahasa yang sama. Tiada sempadan usia, tiada perbezaan jantina.
ii) Tumpuan plot Tuah dan Jebat yang tidak setara. Ketika plot Tuah dinaratifkan berkahwin dengan Zara, aku dah tertanya-tanya apa jadi dengan Jebat dah Wardah. Dan ketika Jebat dikembalikan kepada Taming Sari Corp. aku dah menyoal apa kisahnya si Tuah yang koma. Terukkah keadaannya, dah discharga ke belum? Persoalan itu dijawab hanya dihujung bab bila Jebat ke hospital melawat Tuah.
iii) Dan dialognya sedikit meleret dan banyak yang formal dan kaku.
Aku menutup helaian terakhir kisah si keluarga bangsawan ini dengan harapan si penulisnya dapat mengesan titik2 lemah dalam dalam naskah pertama ini dan mengambil tindakan baikpulih segera dalam naskah2 berikutnya.
Jalan cerita yang terselit unsur sejarah. Berbeza dgn novel NQ sebelum ni. kelainannya selain dr unsur sejarah adalah sebab ada kata-kata klasik & puitis untuk setiap bab. Bila baca macam terasa kat zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Contoh: BAB 11 - Masakan singa gah di hutan, mencari sang semut di pinggiran? BAB 13 - Tepis dihunus tombak, tabah menempuhi badai. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. BAB 25 - Penghuni hati belum bertemu. Terjumpa sudah si pahlawan Melayu.
Ada beberapa baris ayat dalam buku ni dalam bahasa Itali.. (hehehe..tp lidah ni tak pandai nak menyebutnya)
Plus... Nama2 watak klasik & unik. Sebagai contoh, Tuah Inderawan, Jebat Zulqarnain, Kasturi Raudhah, Lekiu Naqiuddin, Lekir Nor Shaqir... Lengkap pahlawan 5 bersaudara :)
As salam... sekalung tahniah buat cik penulis En.Pendekar Mr. Cheese (Nia Qurratun 'Aini) yg tlh berjaya menghasil sebuah lg novel yg baik penggunaan tatabahasa dan penghayatan watak yg sgt hebat. saya sgt teruja membaca novel ini hgga hbs dan rasa agak sedih bila nk hbs mbaca mcm xnak ceritanya berakhir. Dengan nama2 watak yg mantap tp klasik dan jln cerita yg mmg baik n mudah dihadam! saya mmg sarankan novel ini dibaca. Tahniah sekali lg!! novel yg akan mjadi koleksi terbaik saya...
Bila mula baca, terus rasa susah nak berhenti..kisah tentang Tuah Inderawan dan Jebat Zulkarnain..banyak terselit nilai2 murni...kekeluargaan..percintaan..
Terasa seperti belajar Bahasa Melayu (because of so many peribahasa used) & sejarah (because of their names - Tuah & Jebat and others). Sorry, not really familiar with sejarah Malaysia. Anyhow, a good attempt do.because the writer is trying to be unique. Something very new to me.okay lah cerita ni
Best gila citer nie.. Kenapa best???nak tau??? Bacalah sendiri..hehehe..jgn marah.. Keseronokan membaca novel nie terletak pada nama2 watak yg di gunakan.. Da macam baca kisah pahlawan Melaka.. Memang sangat menarik.. Penulis novel ini ada blog.. Ain Sasuke Olahan yang sangat menarik dan mantap.. Penggunaan Sejarah Melaka sebagai selingan adalah sangat berinformasi..
Nak tau x nama2 yang digunakan?? Mesti nak kan.. Nie dia:-
Menarikkan.. Rugi tau kalau x baca.. best dan menyentuh jiwa.. Cerita berkisarkan pasal sebuah keluarga dan juga empayer syarikat.. Hubungan adik beradik yang x mungkin terputus.. Hubungan suami isteri yang sepatutnya dicontohi.. Berterus terang dan menerima kekurangan yang ada..
Firstly saya suka dengan nama yg diberikan oleh penulis kepada anak2 Dato Mahmood. Macam zaman friendship Hang Tuah. Dan sifat2 mereka pun mirip nama yg diberi.
Cerita yg biasa2 sahaja. Tak meleret dan very enjoyable..dah baca takleh stop. Jodoh yg cuba dielakkan gagal. Kalau awal2 nikah taklah bising si bapa.
Tak sangka si Alice ni pandai sungguh menjawab dengan mak tiri Tuah and for a person who was considered to be young was actually quite mature in thinking. She's actually working on making her marriage to Tuah's work after all initial protest. And for that she finally grew on Tuah..
Jebat ni personality dia ceria dan disenangi ramai. Quite sociable. Finally fall in love with his own bodyguard, Wardah. There's more to this on how he finally won her over..So sweet.