Jump to ratings and reviews
Rate this book

Berdialog dengan Gereja

Rate this book
“Saya berpendirian dialog antara agama bukanlah bererti bertolak ansur dalam isu-isu melibatkan akidah. Hakikatnya ia lebih kepada membina keharmonian di antara penganut-penganut agama yang pelbagai agar tidak mudah terjebak dengan api permusuhan di dalam menangani isu-isu panas. Bukan menjadi rahsia bahawa ada pihak yang untung jika berlaku ketegangan di antara agama. Pihak sebenginilah yang tidak habis-habis meniup api membakar agar ia sentiasa marak di Negara ini. Justeru, kehadiran buku ini sebenarnya tepat pada masanya. Ia merupakan catatan ringkas Dr Mujahid semasa pengalaman beliau menangani isu-isu panas yang menggugat kedamaian antara agama di negara ini. Pengalaman beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar dikumpulkan dalam buku ini bagi pembaca pelbagai kaum mengikut inisiatif dialog di atas nama Parti Islam Se-Malaysia (PAS).”
- Tuan Guru Nik Abudul Aziz Nik Mat, Al-Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS)


“Blessing on the publication of yet another book that all Malaysians of peace and good will enjoy together with our friends from abroad who appreciate what is the best in Malaysia, together with its challenges. Indeed dialogue and beyond dialogue engagement in human relationships and spirituality will lead the vision ahead. The diversity among us is a reflection of God’s creation to be accepted and celebrated by all who seek the truth. This diversity among us is a reflection of God’s creation to be accepted and celebrated by all who seek the truth. This diversity is not the excuse for diversion but the motivation for unity. May this personal and universal mission be enhanced by all who read this book.”
- Bishop Sebastian Francis, Bishop of Penang

153 pages, Paperback

First published January 1, 2013

3 people are currently reading
33 people want to read

About the author

Mujahid Yusof Rawa

13 books21 followers
Dr. Mujahid Yusof Rawa, anak kelahiran Pulau Pinang merupakan Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Parit Buntar, Perak. Beliau merupakan anak kepada Mursyidul Am PAS yang pertama, iaitu Allahyarham Tuan Guru Yusuf Rawa yang pernah menjadi Presiden PAS dari 1982 hingga 1989. Beliau mewarisi kepimpinan bapanya dengan menyertai politik demi cita-cita mahu menyumbang kepada tanah air yang dicintai bertunjangkan Islam sebagai asas dan dasar perjuangannya.

Berkelulusan Ijazah Sastera Bahasa Arab daripada Universiti al-Azhar, Mesir, kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM). Akhirnya beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Siasah Syariah daripada Universiti Malaya (UM) melalui tesisnya yang bertajuk Pengurusan Konflik Dalam Parti dan Kesannya Kepada Perubahan Organisasi: Kajian Kes PAS di Melaka.

Buat julung kali terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada 2005, jawatan tersebut disandang sehingga kini. Beliau merupakan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat dan posisi itu telah memberi ruang kepadanya menerokai platform pembentukan Kelab Penyokong PAS pada 2004 yang berakhir dengan kelahiran Dewan Himpunan Penyokong PAS pada Mei 2010. Usaha bersungguh beliau yang tidak kenal erti jemu ini telah berjaya menarik minat masyarakat bukan Islam kepada PAS yang selama ini dianggap sebagai parti masyarakat Melayu-Islam semata-mata.

Selain keterlibatan politik, beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan keilmuan seperti memegang pelbagai jawatan dalam NGO termasuk mewakili negara dalam banyak misi kemanusiaan di peringkat antarabangsa serta menyampaikan kuliah-kuliah agama di seluruh negara terutama dalam bidang sirah. Beliau juga telah menulis hampir 10 buah buku.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (14%)
4 stars
20 (40%)
3 stars
17 (34%)
2 stars
6 (12%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Author 1 book21 followers
April 23, 2014
saya bernafas dengan gembira usai menghabiskan buku ini. mujahid yusof rawa memberi saya harapan baru pada kemampuan intelektual dan toleransi muslim di malaysia.

saya tak dapat berhenti dari mengingat surah al maidah ayat 85 yang menyebut hubungan kasih sayang yang akrab antara kristian dan islam sebenarnya adalah jaring persahabtan yang telah diiktiraf tenunannya oleh tuhan. sebenarnya tangan-tangan politik yang jahat (sedihnya dipelopor pemimpin muslim) dan penuh bigotry lah yang memecah belahkan muafakat antara agama dgn isu remeh spt kalimah Allah.

agama didasari konsep kesejagatan dan keamanan yang mesti dipelihara. kita mesti berani bertoleransi dan mencedok semaksimum mungkin ilmu pengetahuan agar keputusan kita dinaung ajaran islam sebenar yang bertoleransi, bukan dari campuran tanggapan dan bangsa yang ketar dan tertutup.
Profile Image for Abrar Shafie.
Author 1 book13 followers
December 24, 2015
mungkin sewaktu membeli buku ini, saya punya ekspektasi yang terlalu tinggi, melihat pujian-pujian dari rakan-rakan yang sudah membaca buku ini.

ternyata buku ini agak mengecewakan saya.

walaupun usaha-usaha yang dilakukan oleh penulis dalam mencapai keharmonian dengan mengadakan dialog-dialog agama harus dipuji, tetapi sayangnya buku ini hanya menyentuh perjalanannya sahaja. isi yang sedikit, disajikan kadang-kadang dengan fakta yang tidak perlu seperti "..kereta Mercedes Zulkifli Lazim." atau potongan perbualan beliau dengan tokoh-tokoh dalam keadaan berseloroh tetapi memuji beliau. seolah-olah di dalam buku ini, penulis cuba mengangkat diri sendiri pulak. haha. seolah-olah sajalah. harapnya niat penulis bukanlah begitu. itu belum lagi saya sentuh kesalahan bahasa yang digunakan di dalam buku ini. haih. sabar sajalah.

saat membaca buku ini, saya mencari isi-isi yang bermanfaat untuk dijadikan pedoman buat diri sendiri. isi yang saya maksudkan di sini adalah bagaimana pertemuan dilakukan (secara terperinci), juga apakah yang dibincangkan di dalam pertemuan-pertemuan yang kononnya bersejarah sungguh itu. sayangnya, tidak banyak isi sebegini ditulis. mungkin sebab ini adalah travelog, maka hanya perjalanan beliau yang dirakamkan.

apapun, usaha beliau tetap saya kagumi. saya menyokong usaha-usaha perpaduan sebegini, apatah lagi agama kita juga mementingkan perdamaian. sepatutnya kita mencari titik persamaan, bukan perselisihan yang dicari.

semoga usaha-usaha begini diperbanyakkan lagi di waktu-waktu mendatang, insyaAllah.
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books350 followers
July 24, 2016
Kalimah Allah, boleh atau tidak digunakan oleh gereja Kristian dalam penerbitan mereka? Itu yang memulakan polemik pada awal tahun 2009, seterusnya merentetkan usaha pengarang buku ini mengadakan dialog dengan gereja. Sesuai dengan kedudukannya sebagai ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS, beliau sebelum ini turut menubuhkan Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada ahli-ahli berlainan agama.

Sebagai warganegara yang peduli, memang sepatutnya para pembaca mencari buku ini. Malah saya boleh dikira agak lewat membacanya - lagi-lagi untuk menggali semula setiap titik penting dalam sejarah perhubungan antara agama di negara ini.

Sedikit sebanyak pertanyaan saya mengenai hujah kedua-dua pihak mengenai isu kalimah Allah terjawab melalui buku ini. Tetapi lebih lengkap lagi jika isi-isi perbincangan dengan pihak gereja dapat turut diselitkan di dalam buku ini dengan lebih rinci.

Namun ada sesuatu yang dikatakan oleh pengarang seawal bab pertama, membuat saya sedikit sangsi. Bagi saya kata-kata itu seolah-olah menafikan wujudnya masalah kekeliruan ilmu di kalangan orang awam di Malaysia, termasuk juga diri saya sendiri.

Bagaimana dengan kumpulan rakyat yang masih terjarak dari nilai agama, yang tidak peduli pun hal masyarakat dan politik malah menyampah dengannya, yang terperosok atau tercetak oleh sistem pendidikan yang masih porak-peranda, yang tak tahu pun di mana hujung dan pangkal, malah termasuk saya sendiri yang masih meraba-raba.

Tetapi kata Dr. Mujahid:

"Ada pula yang mengatakan penggunaan kalimah 'Allah'...mubaligh Kristian akan berjaya dalam misi mereka untuk mengkristiankan umat Islam."

Pendapat kerdil saya, dalam suasana hari ini, masih ramai orang Islam terutama golongan muda yang boleh terpengaruh dengan apa yang dibawa Kristian, ateis, orientalis dan seumpamanya. Apatah lagi untuk berdialog dengan matang menyatakan kepercayaan mereka dengan penuh keyakinan. Walaupun yakin sepenuhnya dengan Islam, tetapi ilmu untuk berdialog belum sampai ke tahap sewajarnya.

Mungkin saya berburuk sangka untuk mengatakan bahawa akhirnya penggunaan kalimah Allah akan merebak lebih daripada penggunaan internal yang asalnya dimohon oleh pihak gereja. Tetapi adakah jaminan bahawa misionaris yang sentiasa membara semangat mereka untuk menyampaikan Kristian tidak akan menggunakannya secara eksternal? Bukankah ia sudah menjadi semacam open secret bahawa sebenarnya sentiasa ada usaha untuk menarik umat Islam Malaysia kepada Kristian, walaupun Artikel 11 Perlembagaan ada menyatakan misionari tidak berhak melakukannya terhadap Muslim di negara ini?

Tidak wajar juga menyalahkan keinginan pihak gereja untuk menggunakan kalimah Allah andai itu memang apa yang diizinkan oleh Al-Qur'an (ini pegangan Dr. Mujahid - bahawa Al-Qur'an mengizinkan). Tetapi mengingatkan betapa masih ramai orang awam terutama golongan muda Muslim Malaysia yang sedang mencari arah, sedang mengalami kekeliruan ilmu, maka keputusan Majlis Syura PAS buat masa ini pada saya adalah yang terbaik.

Buat masa ini, golongan terpelajar Islamlah yang menanggung beban paling berat, bukan semata-mata untuk mengorak langkah dialog antara agama, tetapi yang lebih penting mendidik anak-anak muda Islam supaya mantap akidah sebelum mereka lebih jauh melangkah ke dalam masyarakat, dan akhirnya mampu menjadi barisan baru untuk berdialog dengan pihak berbeza agama.
Profile Image for farahxreads.
717 reviews261 followers
July 11, 2015
'Oh mankind, we have created you from men and women, tribes and people from different kind so that you get acquainted with one another and the best among you in eyes of Allah is the most pious,'

Tersenyum senyum sendiri membaca kompilasi artikel artikel keamanan ini :)
20 reviews
August 29, 2017
Good read.
It's like a travelogue of mujahid rawa on engaging with christianity.
It started from the Allah issue back in 2010 which push him to engage.
His story enlightened me regarding the issue of using Allah in Bible in which actually there's more to it than i have initially knew.
His engagement also inspired me to engage more with those in different religion in the aim of creating a more peaceful country in which different faith believers can live peacefully.
This could be achieved as long as we try to understand the others.
Some may raise the issue of evangelist of which is in ly concern as well and this has been slighly mentioned by mujahid reflecting his concern as well but he manage to tackled them with hikmah.
Overall,i made a correct decision to finish this book before I go back to Ireland.
Yet to finish one of the book also read by Mujahid to understand interfaith issue which is written by ustaz nizar or nazir?i dont remember. Its a book about fiqh interacting with non muslims.
Profile Image for Nursyafiqah Wai.
112 reviews3 followers
October 21, 2014
"Kamu akan menjadi musuh terhadap apa yang tidak kamu ketahui"

Kita cenderung untuk membenci atau memusuhi sesuatu yang tidak kita ketahui. Begitulah juga apabila bercakap tentang isu kalimah Allah dan kristianiti. Saya rasa ramai antara kita pun tidak mengetahui secara mendalam malah mungkin tidak memahami konsep ketuhanan dan mazhab yang berlainan dalam agama kristian. Disebakan sikap tidak tahu dan ignorance menyebabkan kita mudah menjatuh hukum, reaktif dan defensif.

Saya percaya dialog ialah cara yang terbaik untuk saling memahami bagi membina hubungan harmoni apatah lagi dalam keadaan negara kita yang terdiri daripada pelbagai ras dan agama ini. Sekian lama kita bersikap kononnya menghormati pegangan masing-masing tetapi hakikatnya kita tidak mengambil tahu pun.

Tahniah untuk dr mujahid kerana berjaya menterjemahkannya ke dalam siri dialog yang dilakukan. Saya percaya ini ialah satu lonjakan baru dalam hubungan antara agama di malaysia malah memecahkan tembok skeptik non muslin terhadap Pas sebagai jemaah dan parti politik islam.

Duduk semeja dan berbincang bukanlah bermakna kita menggadaikan kebenaran agama kita tetapi untuk memberi ruang kepada kita untuk saling memahami seterusnya menghormati pegangan masing-masing.

Kerana akhirnya, bagiku agamaku, bagimu agamamu.

Tahniah Dr!
Profile Image for Sarip Dol.
47 reviews56 followers
July 10, 2016
Walaupun buku ini keluar beberapa tahun lepas, saya hanya tergerak untuk membeleknya kini berikutan akan mengadakan sedikit lawatan ke gereja di Madaba dalam masa yang terdekat; itu pun sekadar meminjam daripada kawan di Jordan.

Sewaktu membaca prakata, saya sudah sedikit kecewa kerana buku ini sememangnya ditulis tidak berpaksikan intelektualisme (dinyatakan sendiri oleh penulis) sebaliknya, sekadar sebuah travelog yang membangkitkan perasaan dan berhujah dengan cinta dan kecenderungan-kecenderungan.

Bagaimanapun, menghabiskan bacaan, saya kira, banyak juga sisi positif buku ini yang dapat saya ambil sebagai pengajaran dan sedikit garis panduan kasar. Bagaimanapun, saya terkilan kerana, berikutan tabiatnya yang merupakan catatan pengalaman penulis, lawatan-lawatan ke gereja itu hanya berkisar persoalan politik tentang penggunaan nama Allah. Justeru, kita tidak dibawa meneroka dengan lebih dalam tentang sisi-sisi dialog antara agama yang lebih luas, yang tidak bersifat reaktif tetapi juga proaktif.

Apa-apa pun, saya kira buku ini memang menarik dan sesuai dibaca semua peringkat umur.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
July 4, 2016
Buku ini sekadar catatan sebuah perjalanan dan usaha-usaha ke arah kedamaian pasca isu kalimah Allah beberapa tahun sebelum ini. Saya membacanya pada tahun ini, 2016 dan ternyata isu ini mempunyai gelombang.

Walaubagaimanapun, buku ini tidaklah menghimpunkan ucapan dialog penulis di setiap pertemuan dialog, sekadar menekankan beberapa asas dalam berdialog, membetulkan salah faham terhadap jalan dialog yang sering dianggap jarum liberal.

Bagi saya buku ini ringkas. 3 persoalan penting dalam buku ini ialah
1. Asas hubungan antara agama
2. Bagaimana perlaksaan dialog yg sepatutnya, disertakan sekali dengan pengalaman penulis.
3. Isu Kalimah Allah yg mesti diambil kira dari sudut hukum, perundangan dan politik.

Dan sebenarnya, tercetusnya isu kalimah Allah adalah taktik kotor politikus yang mengancam keharmonian antara agama.
Profile Image for Hud Azzaki zainal.
5 reviews4 followers
August 31, 2016
ketika Malaysia sedang 'bising' dengan kalimah Allah, PAS melalui lajnah perpaduan nasional memecahkan persepsi bukan Islam kepada PAS dengan mengadakan dialog harmoni antara agama untuk mengekalkan keharmonian dan mencegah perbalahan antara kaum dan agama.

ada pihak bising ingin mempertahankan kedaulatan tapi di belakangnya penuh dengan hatred.

*Dr Mujahid Yusof Rawa, tokoh progresif di dalam PAS yang tidak melepaskan diri dari jemaah walaupun banyak berbeza dengan konservatif di dalam PAS yang mana dulu pernah dihentam teruk dengan bukunya 'Rejuvenasi PAS'. Menarik untuk memahami pemikiran beliau.
Profile Image for Nabil Fikri.
2 reviews2 followers
Read
December 24, 2013
Buku ini tidak lebih dari cerita seorang hamba Allah yang memenuhi amanah beliau dalam Lajnah Perpaduan Nasional dan amanah seorang Muslim.
Bermula di Parit Buntar hinggalah ke rantau ASEAN.
Siapa sangka dalam masa terdekat kita tidak lagi makan setalam, tidur sebantal dengan Melayu sahaja, malah lebih dari itu kita bersama bangsa Cina, India, Siam, Kadazan dll.
Kerana Islam itu 'Rahmatan lilla'lamin'.
Profile Image for Al Rashid Zulkefli.
3 reviews2 followers
January 14, 2014
"Bagi ku, agama ku; bagi mu, agama mu."

Kekalutan persepsi agama meletakkan kewarasan ke tahap paling tinggi. Kemelut bukan baru, politik bikin semua jadi ribut. Yang bodoh jadi angkuh, yang ilmuwan tunduk pada pemerintah. Entah apa yang dikejar, takut benar menegur pada yang salah.

#BerdialogDenganGereja "Sebuah Travelog Kedamaian" aku baca atas nama Allah Ar Rahman Ar Rahim.
Profile Image for Shaharuddin.
462 reviews9 followers
September 23, 2014
Mulanya sukar menemui apa yang menarik dalam buku ini. Hanya catatan dan pandangan peribadi penulis. Agak kosong. Namun pada Bab 12 terjumpa sesuatu yang menarik iaitu tentang usaha terjemahan bible ke Bahasa Melayu dibuat sejak kurun k-17 oleh Munsyi Abdullah. Klimaks buku ini pastunya pada Bab 12 iaitu terdapat tujuan asal pihak gereja ingin menggunakan kalimah Allah di dalam bible.
Profile Image for Fatihah.
182 reviews15 followers
August 14, 2014
Buku kosong tanpa intipati yang menonjol. Mungkin memang kerana menggunakan konsep 'travelog', kebanyakan isi hanyalah pendapat peribadi dan tafsiran peribadi penulis mengenai isu dan ayat Quran yang dipetik berkali-kali.

Tidak tertarik dan mengecewakan memandangkan saya menggemari penulisan penulis sebelum ini.
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews57 followers
November 21, 2013
Kisah perjalanan seorang pemimpin PAS dalam memulakan dan mempromosi dialog antara agama di Malaysia. Usaha yang berdasarkan prinsip rahmatan lil alamin dan lakum dinukum waliyadin.
Profile Image for Izzuddin amin.
9 reviews1 follower
November 25, 2013
Dialog antara agama bukanlah bermaksud meleburkan prinsip agama masing2 tetapi lebih kpd mencari persefahaman supaya kita boleh hidup scra harmoni dalam sebuah masyarakat. Buku yg wajib dibaca
Profile Image for Nik Abdul Razak.
5 reviews78 followers
January 6, 2014
Author's personal journey and commitment to realize his dream for a harmonious and peaceful life in multi-racial and multi-religious Malaysia.
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.