2. Nama manja:Wafa. (Zaid kata nama ini sesuai dengan tuan punya badan).
3. Adik-beradik: Bongsu daripada enam orang adik-beradik.
4. Hobi: Ambil gambar muka sendiri, kongsi video dan kata-kata motivasi di Facebook.
5. Karakter: Manja, suka berfesyen tapi masih sopan, bertudung, putih kemerah-merahan, tidak pernah ada teman lelaki sebelum ini, setia.
6. Kenangan dengan Zaid: Semua kenangan dengan lelaki itu indah-indah dirasakannya. Kenangan paling bermakna ialah Zaid tidak pernah buat dia menangis sedih.
8. Moto hidup: Cinta yang ditunggu lama akan tersimpan lama.
Apabila Farhan menerima beberapa keping nota misteri yang diletakkan di dalam peti surat rumahnya, dia tidak menyangka nota-nota tersebut membawanya kepada satu rahsia. Rahsia tersebut hanya diketahui oleh Selamat, jirannya yang aneh dan mengalami sejenis penyakit misteri. Pada masa yang sama, Syakila yang bekerja di Kafe Cinta Mumbai menjadi pemuja Farhan dalam diam-diam. Perasaannya pada Farhan itu telah mendorongnya melakukan sesuatu yang luar biasa tanpa dia sendiri pun menyedarinya! Bagi Ana pula, mencintai bermakna kita paling mudah untuk dibohongi.
Aku membaca sejak kecil kerana dengan membaca, aku bagai hilang dari dunia sebenar, dipeluk selamat dengan cerita-cerita yang pelbagai. Menginjak dewasa, buku sekadar eskapisme, bukan sekadar penyelamat jiwa tetapi buku memberitahu, menasihati dan paling penting memberi amaran yang dunia tidak berkisar tentang diri kau semata-mata.
Aku menulis sejak kecil, sejak kutahu mengeja namaku sendiri pada usia tujuh tahun. Bermula dengan menulis pengalaman sendiri, kemudian tulisanku bercambah menjadi cerita-cerita rekaan yang meronta-ronta mahu keluar daripada kepala.
Akhirnya aku menulis untuk dibaca oleh orang ramai. Ramai yang memuji dan ramai yang mengeji.
Setiap pembaca datang dengan pendapat berbeza. Ada yang suka dan ada yang kecewa. Aku sedar, memuaskan semua orang sesuatu yang mustahil. Kemudian aku teringat sebab awal aku mula menulis dulu. Pertama sekali, aku menulis untuk diri sendiri.
Watak-watak yang aku cipta ialah bayangan daripada segala yang berlaku dalam hidupku. Mereka yang aku ingin jadi, yang aku kagumi, yang aku takuti, yang aku pernah temui dan yang aku sayang.
Kadang-kadang sebagai seorang penulis, agak sukar untuk mengekalkan momentum 'kesuperban' buku pertama, dan itu amat aku akui. Buku ini tidaklah serancak buku pertama hasil nukilan penulisnya iaitu novel Gerabak Merah Jambu yang penuh warna-warni dengan surealisme, ayat bombastik dan idea 'tidak terkalah' yang dilontarkan penulis.
Dia Bukan Shah Rukh Khan bermula dengan sedikit pening, dalam proses untuk mencari siapa watak utamanya. Namun, novel ini diibaratkan seperti (kalau versi filem) Cinta arahan Kabir Bhatia. Novel ini ada 3 watak utama, saling berkait antara satu sama lain. Pada akhir cerita, barulah wujud satu watak baru yang memberi kesan terakhir untuk salah satu watak utama.
Apapun, penulis masih lagi menyemai perjalanan ceritanya dengan beberapa ayat bombastik dan idea 'tidak terkalahnya'.
"Jadi, kalau cinta bawa kau pada derita, bergembiralah. Raikanlah. Sebab untuk gembira mesti jatuh cinta dan bercinta. Untuk bergembira, bersedialah untuk jatuh derita."
Dia Bukan Shah Rukh Khan, sebuah cerita cinta sambil melayan lagu guling-guling Bollywood dan lagu 'Masih' dendangan Flop Poppy.
aku tak boleh bagi ulasan sebab rasa kelakar pula ulas novel sendiri. ini antara tulisan aku yang paling mencabar. setahun nak siapkan tapi aku rasa berbaloi. ini bukan cerita cinta semata, dan maaf memang tak ada kisah kahwin paksa atau kisah anak orang kaya. sebabnya, jujur aku tak pandai tulis cerita macam tu. ada yang pandai, aku tak :(
selain daripada cerita cinta, cerita ni agak psiko juga walau aku rasa psikonya comel. :D
Buku pertama dari penulis yang saya baca. Overall, it is a light reading.Mengisahkan Farhan, Syakilla, Selamat dan Ana yang mencari cinta. Farhan meluahkan perasaannya pada Ana tapi Ana pula mempunyai perasaan pada Zaid. Manakala Syakilla yang mempunyai masalah mengigau tahap kronik pula berusaha untuk meraih cinta Farhan. Selamat pula menghadapi satu penyakit yang mana dia tidak boleh berhadapan dengan perempuan cantik. Dan semua berkisar di Kafe Cinta Mumbai, kafe cinta Abang Zulkarnain buat isterinya, Kak Norlaila.
Agak melewah pada permulaan cerita bagi saya. Tapi cerita is smooth after 60% of the story.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Tak silap aku, rasanya dah tiga bulan naskhah ini dikhatam. Alkisahnya tergodek hp terjumpa draf reviewnya. Aku sendiri tak pasti kenapa aku tak post review ni sejak awal. Mungkin masa tu kalut dgn urusan posting. Okey, abaikan tentang "kelupaan" aku tu.
Cerita ini membuat aku ketawa dr mula smpi akhirnya. Tak pasti kenapa. Adakah disebabkan watak2nya, adegannya, sindiran penulisnya atau dialognya? Rasanya semualah.
Masih berkisarkan cinta tp tetap santai. Dan yg penting bkn klise. Cinta dilakar dlm konteks dan perspektif yg berbeza. Sebab itu brgkali penulis meletakkan caption cinta adalah..... pd setiap prmulaan bab.
Aku suka watak2 nya. Farhan, syakila, selamat, siti, ana, mak cik Sarah, semua ada cerita masing2. Termasuklah Al si kucing tu. Cerita mereka unik yg pastinya. Tak lupa juga abang romie dn nona nora. Terima kasih, kehadiran kalian menambah ceria.
Cerita ini ada ringan dlm beratnya. Memerlukan sedikit kesabaran dn jgn brputus asa. Seperti mana watak farhan yg tetap x brputus asa walaupun byk kali cintanya ditolak.
Tahniah penulis krn brjaya mnghasilkn naskhah ini. Menepati citarasa aku (mungkin jga sb aku minat faizal tahir dn hindustan). Menulis sesuatu yg menongkah arus perdana bukan sesuatu mudah. Ya, asasnya tetap cinta tp tak ramai penulis mampu memberi `rasa` apa itu cinta trhadap penulisan mereka. Kbyknnya hanya melakar cinta hanya pada adegan mesra. Lepas kau tutup buku tu tiada apa yg kau faham tntng cinta melainkan ingat scene2 yg kau suka saja.
Bg yg jemu dgn novel2 klise suamiku bla bla bla bolehlah mncuba. Sesekali menukar selera apa salahnya. (Tiba2 teringat novel bakal suamiku perempuan.. Hahaha)
Cinta itu adalah mencintai cinta. P/s: antara srk dn aamir khan, aku minat aamir khan lg. Betullah, sb dia nmpk naif. Ehemmm. Dn lg satu antara farhan dn selamat, aku suka selamat lg kut. :)