Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dari Introspektif Mandiri

Rate this book
Menghimpunkan karya-karya yang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2012, iaitu: sembilan buah cerpen, sembilan buah puisi, dan masing-masing sebuah kajian dan rencana sastera. Karya-karya tersebut merupakan hasil karya pengarang mapan dan generasi baharu.

Karya-karya yang termuat dalam antologi ini mengangkat isu yang mengangkut hal ehwal politik yang bersifat lokal, rantau dan antarabangsa, selain subjek yang berteraskan renungan ke dalam diri, menggarapkan falsafah fitrah kemanusiaan dan hubungannya dengan ketauhidan terhadap yang esa. Karya-karya tersebut dipersembahkan dengan seni susastera yang mampu merangsang dan menguja daya taakulan.

Cerpen “Dari Introspektif Mandiri” yang diangkat sebagai judul antalogi ini menghujahkan tuntutan supaya menguasai ilmu bagi mendapatkan pandangan sarwa yang betul dalam membentuk sikap kritis dan adil dalam sebarang tidakan dan keputusan yang diambil.


Pemenang Kategori Cerpen
Hadiah Utama
1. Menujum Bintang Tujuh, Syed Mohd Zakir Syed Othman (S.M Zakir) - Mingguan Malaysia
2. Protes Kari, Kepoh Ferrari, Mohd Fudzail Mohd Nor (Fudzail) - Mingguan Malaysia
3. Rostrum Alfalfa, Norshah Aizat Shuaib (Shahkang) - Mingguan Malaysia

Hadiah Penghargaan
1. Antara Tikungan yang Aneh, Mawar Safei - Mingguan Malaysia
2. Dari Introspektif Mandiri, Mohd Fadzil Yusof - Mingguan Malaysia
3. Itanimulli, Mohd Fudzail Mohd Nor - Mingguan Malaysia
4. Kanibal Hutan Seberang, Ahmad Muzaffar Baharudin (Muzaf Ahmad) - Mingguan Malaysia
5. Nenek Facebook, Ummi Hani Abu Hassan - Mingguan Malaysia
6. O, di mana Radenku, Mohamed Ghozali Hj Abdul Rashid (Malim Ghozali P.K) - Mingguan Malaysia

Pemenang Kategori Puisi
Hadiah Utama
1. Banjaran Alps, Ramlan Abdul Wahab - Mingguan Malaysia
2. Benarkah Matahari Tersangat Pijar, Mohd Rosli Nik Mat (Rosli K.Matari) - Mingguan Malaysia
3. Cereka Penumpang Sejarah, Nik Azri Nik Mohamed Arriff (Tuah Sujana) - Mingguan Malaysia

Hadiah Penghargaan
1. Akar dan Pucuk, Nazri Hussein (Husna Nazri) - Mingguan Malaysia
2. Debu, Norhisham Mustaffa - Mingguan Malaysia
3. Diari Berdarah, Ahmad Shukri Abdullah - Mingguan Malaysia
4. Kantata Malam Mahrajan, Shapiai Mohd Ramly - Mingguan Malaysia
5. Ke Negeri Senyap, Rami Selamat (Marsli N.O) - Mingguan Malaysia
6. Suara yang Kutanam, Shukri Mohd Ali - Mingguan Malaysia

Pemenang Kategori Kajian Sastera
Falsafah Estetik-Logikal dalam Puisi SM Zakir, Arbak Othman - Pemikir

Pemenang Kategori Rencana Sastera
Estetik dalam Karya Sastera, Aminudin Mansor - Mingguan Malaysia


Penyelenggara :
Badrol Awang & Wan Faizahtul Hilir Yasak

187 pages, Paperback

First published November 15, 2013

4 people want to read

About the author

Mohd Fadzil Yusof

11 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (40%)
4 stars
2 (40%)
3 stars
1 (20%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
No one has reviewed this book yet.

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.