Ilustrasi-ilustrasi dalam buku ini merupakan ilustrasi mengenai kesihatan gigi dan iklan pergigian. Mula-mula sewaktu baca pengenalannya, memang rasa tergelak sekejap kerana tidak terfikir ilustrasi sebegini pun boleh dibukukan, tetapi setelah mengamati satu persatu ilustrasi, saya jadi terpegun.
Tanpa sedar, sedari tahun 80 hingga ke 1900 itu, terdapat banyak ilustrasi, ukiran dinding dan lukisan catan yang "menceritakan" kisah gigi. Ada yang mengenai cabut gigi, ada juga yang mengenai cara menjaga gigi dengan baik. Apa yang mengejutkan, lukisan aliran Renaissance juga ada dilukiskan mengenai gigi.
Pastinya sakit gigi itu merupakan tahap kesakitan paling kuat di era masing-masing. Jika tidak, mustahil terdapat banyak ilustrasi mengenai perihal gigi sahaja.