Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ikan dalam Jiwa

Rate this book
Kumpulan puisi 'Ikan Dalam Jiwa' menghimpunkan 51 buah puisi-puisi terpilih Fahd Razy dari tahu 2005-2012. Sebahagian puisi-puisi tersebut pernah memenangi pelbagai Sayembara dan Hadiah Sastera termasuk Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, Hadiah Sastera Berunsur Islam dan sebagainya.

98 pages, Paperback

First published January 1, 2013

16 people want to read

About the author

Fahd Razy

58 books120 followers
Mantan Minggu Penulis Remaja 2000 dan Pengasas/Ketua Penasihat Grup Karyawan Luar Negara. Pernah menulis dan mengarahkan teater 'Mencari Jalan Pulang' di Dublin pada tahun 2005.

Menulis dalam genre puisi, cerpen, dan artikel yang tersiar dalam pelbagai media cetak dalam dan luar negara serta termuat dalam lebih 30 antologi bersama.

Puisinya 'Al Andalus Menangis' terpilih salah satu teks sastera elektif SPM 2010. Memenangi beberapa anugerah sastera seperti Hadiah Sastera Siswa, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (34%)
4 stars
8 (30%)
3 stars
8 (30%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Muhamad Fahmi.
129 reviews21 followers
February 5, 2016
"Membaca puisi seperti membaca gerak seekor ikan. Ternyata kebijaksanaan penulis terpancar antara sedar dan tidak, seperti mengamati muka tasik yang tenang. Di dalamnya kelibat ikan meliuk - antara nampak dan tidak menanti untuk menerjah ke permukaan." Sahaja saya menggunakan kembali antara petikan ayatnya di dalam buku ini untuk mencerminkan keupayaan beliau.

Selepas baca Pascasejarah, mula tercari-cari dan mengambil tahu tentang penulis bernama Fahd Razy ini. Ternyata beliau bukanlah calang-calang dan serba boleh dalam menukang karya. Puisi-puisinya dikarang dengan menggunakan elemen sejarah dan agama - menyeru pembaca menjadi seorang yang bertaqwa; bakal membuatkan karya-karyanya tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Pembaca bukan sahaja disajikan dengan kelazatan kosa kata yang meluas malah dihidangkan dengan wacana ilmu yang bermanfaat.

Saya tidak tahu mana hendak pilih puisi yang mana jadi kegemaran sebab jumlahnya terlalu banyak. Berbaloi untuk dibeli dan dihayati.
Profile Image for Maisarah 莎拉 ساره 사라.
73 reviews
August 15, 2022
I don't really enjoy puisi but because the author is Fahd Razy and i enjoy his 'pascasejarah' so i decided to pick this book

As usual, Fahd Razy pandai bermain kata dengan limpahan fakta yang diadun menjadi satu kata. Cuma alangkah baiknya kalau ada perbincangan/bedah buku puisi ni, sebab ada sesetengah bahagian saya rasa sarat dengan makna tersirat yang mungkin boleh dibelah dan ditelaah bersama, menjadi iktibar dan boleh meningkatkan pemahaman pembaca :)
Profile Image for Nusrah.
25 reviews26 followers
November 30, 2014
Bukunya nipis, tapi entah kenapa aku ambil masa yang cukup lama untuk menuju ke laman terakhir. Bahasa yang tinggi mungkin, menyebabkan aku sedikit lama untuk hadam. Kagum sungguh bila seorang doktor pandai menyusun huruf menjadi puisi.

Ada beberapa bahagian yang aku warnakan kerana terlalu suka hingga diulang-ulang.

"Telah halkumku berdarah menelan fana
dan kini kutulis asma-Mu pada lidah
moga seluruh aksaraku
tumpahnya memburu kesegalaanMu"
-- Menggeledah Nurani

"Dia seorang anak Al-Quds
dengan batu di tangan
dan pasir di mulut
melihat ada darah meleleh di pipi pelangi
lalu mengesat dia
dengan jarinya sendiri."
-- Hujan Mengguyur di Al-Quds
Profile Image for Rasydan Fitri.
Author 16 books29 followers
December 7, 2013
Bagi yang sudah membaca Menggeledah Nurani, naskhah ini bagus sebagai ulang baca. Dibahagikan kepada dua, sajak-sajak Fahd memberi kesan mood yang tepat dengan penggunaan diksi yang tepat, malah kaya dengan metafora yang segar yang dapat memberi gambaran suasana baru, baik dalam bahagian pertama (sajak bersifat kehambaan) atau bahagian dua (tentang perang). Sesetengah rangkap dari sajak-sajaknya masih mengetuk-ngetuk cepu jiwa. Membaca sajak dalam bahagian pertama, yakni Ikan dalan Jiwa benar-benar menghantar rasa kekerdilan dalam diri kepada Tuhan. Sesetengah rangkap juga mengingatkan saya pada penyajak Shamsuddin Othman (walaupun tidak banyak dari dia yang saya baca lagi setakat ini).

Saranan peribadi saya sebagai pembaca, sajak-sajak Fahd perlu dinikmati sedikit-sedikit (bukan dibaca terus-menerus) kerana setiap satu sangat kaya dengan metafora dan perlambangan, dan untuk menghadamnya dengan baik perlukan masa, jika tidak pembaca mungkin sedikit rimas. Saya sendiri membaca dalam 20 mukasurat paling banyak dalam sekali duduk.
Profile Image for Ramzah Dambul.
Author 9 books59 followers
April 30, 2015
Sudah membaca buku ini entah berapa bulan yang dulu. Tapi hari ini barulah sampai seru untuk membuat review dan rating. Sebelum membaca buku ini, saya hanya terdedah kepada puisi-puisi Fahd Razy yang berbentuk wacana isu semasa, khususnya konflik dunia yang melibatkan dunia sekitar Islam (e.g. Nota-nota Renyuk; dan puisi-puisi beliau yang menang HSKU). Saya terpanah dengan kepintaran penyair muda ini mengadun kisah sejarah dengan pemikiran kontemporari (selalunya melibatkan kritikan kepada status quo dan orde dunia). Ciri pendekatan yang sangat 'modernist' - dan jarang digunakan oleh penyair muda arus perdana (kalau kalangan penyair indie - ya, banyak diaplikasi).

Tetapi ada bahagian tertentu dalam buku ini yang turut menyajikan puisi-puisi dengan idealisme 'tradisional', misalnya 'Ikan Dalam Jiwa' - yang menggunakan emosi (dan bukan wacana) sebagai penghubung komunikasi antara penyair dan pembaca. Ini menjadikan Fahd seorang penyair muda yang versatile; dan ciri itulah yang menimbulkan apresiasi tinggi saya pada karya ini.
Profile Image for Wardah Puteh.
Author 4 books5 followers
January 22, 2020
IDJ kumpuisi kedua penulis selepas MN. Membaca naskhah ini dan membandingbeza dengan puisi² penulis yang mutakhir, akan terlihat jurang beza yang sangat besar. Pun begitu, sisi perubahannya dapat dikesani, bererti puisi²nya telah menginjak matang.

Dalam naskhah IDJ, rencam citra bercampur gaul, namun masih mampu dikunyah. Jika hendak dibanding dengan puisi² yang muncul pada zamannya, naskhah ini adalah naskhah yang sedap dibaca. Puisi² FR adalah puisi bertenaga, membacanya kita akan membaca dengan merasakan semangat yang berkobaran. Keras. Tajam.

Nota, percik, -kan, Uh!, epal, dll. antara perkataan yang disukai dan sering muncul di sana sini dalam puisi islamisnya.

Adakah nota² puisinya akan berkembang menjadi catatan? Kita berharap agar kumpulan puisi seterusnya akan diterbitkan pula.
Profile Image for Amar Jue.
24 reviews
September 8, 2025
Resensi Buku #16
Tajuk: Ikan Dalam Jiwa
Penulis: Fahd Razy
Ilustrasi kulit: Rasydan Fitri
Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
Ketebalan: 98 muka surat
Harga : RM25.00

Alhamdulillah.Telah selesai membaca buku ke enam belas untuk tahun ini. Jadi masih ada lagi empat belas buah buku untuk capai target pembacaan tahun ini. Ganbatte!!

Kuselak-selak tulisan resensi lalu, rupa-rupanya agak lama juga aku tidak menulis resensi buku kumpulan puisi. Resensi kumpui terakhir yang aku tulis adalah "Lelaki Berambut Rumput" yang telah menggondol rating 5/5 dengan penulisan yang bersahaja, minimalis dan paling penting, menggugah jiwa. Betapa penulisan almarhum Rahimidin selalu mengingatkan kita tentang kepulangan ke daerah abadi.

Kalau tak silap aku, resensi kumpui yang aku tulis sebelum ini semuanya adalah kelahiran favourite publishing house aku iaitu Penerbitan Katapilar. Kali ini adalah kali pertama aku akan tulis resensi kumpui di luar penerbitan Kata-Pilar Books. Buku ini diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia, sebuah syarikat berkaitan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1993, Misi dan Visi ITBM ialah, eh kalau kau tahu carilah sendiri di wikipedia, janganlah malas.

Pertama sekali yang aku perasan tentang buku ini ialah tentang saiznya. Saiz buku ini agak kecil jika dibandingkan dengan saiz buku cetakan Katapilar. Kulit depannya bewarna putih dan kulit belakang bewarna biru muda macam jersi Manchester City (penulisnya peminat tegar ManCity, adakah ini kebetulan). Di muka depannya ada lukisan warna air silhoette dua ekor ikan dan titis-titis air. Bagi aku design ini adalah lebih simple berbanding design muka depan buku Sajak Kepada Tuhan oleh pereka yang sama.

Buku Kumpulan Puisi ini memuatkan empat puluh satu buah sajak yang dipecahkan kepada dua bab, bab pertama dengan enam belas sajak: Ikan Dalam Jiwa dan bab kedua: Catatan Luka Daerah Perang dengan dua puluh lima sajak. Sajak-sajak ini ditulis antara tahun 2004 hingga 2010 di mana dalam tempoh tersebut penulis sedang melanjutkan pengajian di bumi Republik Ireland dan kemudian pulang ke tanahair sebagai Doktor perubatan.

Jujur kukatakan, untuk menghabiskan empat puluh satu puisi ini tidak mudah. Tidak seperti kumpui yang lain yang aku mampu habiskan dalam tempoh sejam atau dua jam, aku terpaksa mengambil masa lebih sebulan untuk menghabiskan 98 muka surat ini. Kenapa boleh jadi begitu? Ada dua faktor utama yang membuatkan kumpui ini sukar dibaca.

Faktor pertama adalah laras bahasanya. Penulis menggunakan bahasa yang bukan mudah dijumpai dalam ruang perbualan atau pembacaan seperti (nanti aku cari contohnya tak jumpa pula). Walhasil, aku terpaksa google di kamus atas talian untuk mendapatkan makna yang dibawa oleh bait-bait dalam puisi. Ini sedikit sebanyak mengganggu mood pembacaanku seolah-olah penulis telah membuli pembaca. Jadi selepas dua tiga kali google aku pun lelah dan menanam azam untuk sambung baca lain kali.

Faktor kedua dan merupakan faktor yang lebih berat iaitu betapa beratnya tema-tema yang dibawa anak muda ini (semasa menulis Fadh berumur 20 hingga 26 tahun). Kalaulah keberatan buku ini berkadar langsung dengan tema yang dibawa oleh buku ini, mungkin ia akan seberat Bukit Uhud (aku agak-agak saja). Tema tentang keimanan, dosa, taubat, Palestin, kemanusiaan, hadir bergilir-gilir seolah-olah tinju Mike Tyson dari muka buku ke mukaku. Selepas ditumbuk, aku pun mengutip sisa-sisa iman yang bertaburan di lantai (jika masih ada) dan berazam menambahkan amal, sebelum meneruskan pembacaan ke muka surat seterusnya, pada bulan hadapan.

Dan kepada peminat puisi minimalis, puisi-puisi dalam kumpui ini mungkin bukanlah secawan teh untuk anda. Mungkin kerana trend penikmat puisi pada zaman itu menganggap puisi lewah masih sedap dinikmati asalkan bergizi. Tapi lidah zaman berubah, dan aku yang membaca kumpui ini 15 tahun lewat, merasakan nikmatnya tidaklah seenak ketika ia masih lagi panas-panas sewaktu keluar dari dapur penulis.

Rating: 3/5
Profile Image for Fitri Khairuddin.
57 reviews2 followers
December 30, 2021
The kumpulan puisi is actually being divided into 2 component, which i don't see how do they come together cohesively into a book. The first one explores the theme of "oneself", his interaction with the nature and self reflection, which i find very interesting. The writer is very articulate, and it shows - admirable. The second part, touched on historically significant places in islamic map - feels out of place, to me at least. But it may help if you have the background knowledge on all these places. Overall i'd give 3.5 stars! Very good considering that they are written in the early years for the writer.
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
October 11, 2022
Saya sudah baca buku puisi ini pada tahun 2016. Ketika membacanya, saya kurang faham akan kesemua puisi nukilan Dr. Fahd Razy kerana saya masih belum mencampakkan jiwa ke dalam dunia puisi bombastik sebegini. Oleh itu, saya sekadar memberi 3 bintang ketika itu.

Tahun 2022, saya membacanya semula. Mungkin kerana peredaran masa yang terlalu panjang, akhirnya saya memahami hampir kesemua puisi dalam buku ini. Satu perkembangan yang bagus apabila saya dapat mesej satu persatu puisi nukilan beliau.

Jika dahulu saya baca sambil berkerut dahi, sekarang saya membacanya dengan penuh muhasabah diri. Sangat banyak puisi dalam buku ini yang terkesan di jiwa saya.

Terima kasih buat penulis.
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
June 11, 2021
Membaca puisi tulisan Fahd Razy seolah-olah kita tenggelam dalam penulisan beliau. Menelusuri setiap bait-bait kata yang beliau nukilkan.

Bermain dengan ritma yang menggegarkan jiwa. Sebuah kumpulan puisi yang banyak bermain dengan kewujudan kita sebagai makhluk Ilahi.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.