What do you think?

Kumpulan Cerpen Jalan Yang Lurus
Jika diberi pilihan jalan manakah yang anda pilih? Jalan yang lurus? Atau..jalan yang berliku? Apa jua jalan pilihan anda, di hujungnya nanti pasti akan dihisab segala perlakuan, percakapan, dan pertimbangan yang dibuat sepanjang jalan yang dilalui itu.
113 pages
Published January 1, 2013
About the author
Shapiai Muhammad Ramly
13 books4 followersPendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gunung Semanggol dan Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping, sebelum mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim (1969-1970), Kursus Perguruan Khas dalam bidang Pendidikan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras (1976) dan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1988.
Beliau pernah menjadi guru di Sekolah Kebangsaan FELDA Sungai Sayong, Kulai dan Sekolah Menengah Sultan Ibrahim, Kulai, sebelum meneruskan perkhidmatan sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru (1984-1998) dan Maktab Perguruan Batu Pahat (1999-2006).

Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 1 of 1 review
December 16, 2015
Bismillahirahmanirrahim
Kumpulan Cerpen Jalan Yang Lurus sesungguhnya himpunan kisah masyarakat yang berlaku di sekitar kita. Kisah kemalasan bangsa yang dipersembahkan melalui watak kucing dalam cerpen Kepulangan, manusia yang tidak mahu berusaha hanya mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku dalam Mimpi Wali, manusia yang lupa diri dan amanah yang diberi dalam Keris dan Kesetiaan, Manusia yang bertemu jodohnya walaupun dia seorang perempuan yang berpewatakan seperti lelaki dengan pekerjaan sebagai pemandu bas dalam Jodoh, Kisah rumahtangga dan persahabatan yang dinyatakan dengan simbolik Kunci, manusia yang bernama Merdeka namun tidak pernah merdeka dalam masalah hidupnya dalam Namaku Merdeka, manusia yang kurang faham istilah `khalwat` hingga membawa kepada fitnah dan buruk sangka dalam Mamat Dakwah Berkhalwat, kisah kepentingan panduan dalam hidup melalui simbolik lampu suluh serta persaudaraan dan cinta yang tidak terzahir dalam Menyuluh Kehidupan, Manusia yang bersifat jahat, suka mengganggu orang lain dalam Pelesit serta kembali ke pangkal jalan setelah melakukan pelbagai kesalahan dalam Jalan Yang Lurus.
Membaca 10 cerpen ini mengingatkan dan memberi pengajaran bahawa segala macam sifat, sikap dan tingkah laku manusia yang tidak baik di atas muka bumi ini pasti ada akibat buruk. Maka jadikanlah ianya sebagai pengajaran agar kita tidak melakukan perkara yang sama.
Jom baca!