Kerana Dia, Ratu Sehari - ceritanya seindah judulnya. Cinta itu bagai kupu-kupu, kan? Kalau dikejar ia terbang lari menjauh. Namun kalau tidak dihiraukan, ia senang-senang saja bertenggek di atas bahu. Begitulah cinta! Kadang-kadang kalau sudah terpahat dalam hati, sukar pula untuk diusir pergi. Cinta sejati, adalah cinta yang kukuh tersemat sepanjang zaman. Kisah cinta tak pernah serupa tapi bermulanya tetap sema - dari mata turun ke hati.
Kait-berkait akar beringin, Di situlah banyak ular melata; Nak kupesan pada angin, Sayangnya angin tak tahu berkata.
Ada yang berkata untuk rindu ini, jika sayapnya tidak dapat terbang jauh. Jadi marilah terbang jauh dengan 'mendengar' 40 cerpen yang manis, oleh penulisnya yang manis-manis, tentunya.
'Saksilah' bagaimana 37 penulis Antologi Cerpen Adiwarna mengungkap fasal cinta dan kasih sayang; mengenal bahagia dan duka lara; tentang indahnya menyimpan rasa! Banyak yang lucu-lucu, banyak yang indah-indah - sehingga yang membacanya jadi iri dan cemburu pada kisah cinta mereka. Dan... ramai pula yang bertanya, "Begitukah jadinya kalau hati sudah dicuri?" Jawapan saya; "Tanya pada penulisnya!"
Kerana Dia, Ratu Sehari hanyalah kisah orang-orang kecil tetap di dalamnya terakam 'petua hati' sebagai teladan. - Noor Suraya
Lulusan Diploma Pendidikan (KPLI) daripada Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) ini, pernah menjadi pendidik selama 13 tahun. Noor Suraya juga seorang Munsyi Dewan yang aktif dalam dunia penerbitan. Kini Noor Suraya mengetuai JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Eksekutif di samping bertindak sebagai Pengarah Urusan untuk Jemari Seni Sdn. Bhd. Justeru, Noor Suraya juga bertanggungjawab memantau hal-hal yang berkaitan dengan editorial, pemasaran dan komunikasi di kedua-dua syarikat penerbitan ini.
Noor Suraya memiliki ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya, dan Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Massa/Pengurusan) daripada Universiti Sains Malaysia. Noor Suraya pilih membaca apa saja – daripada teks klasik, cerita-cerita panji dan warkah-warkah lama sehinggalah tulisan-tulisan kontemporari serta teks-teks ilmiah. Cerita kanak-kanak dan komik selalu menjadi ‘pembuka selera’ membacanya. Bidang yang menjadi perhatian khususnya Noor Suraya tentulah hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik, sastera dan budaya, sejarah (dan sirah), biologi, juga fasal sosiologi serta antropologi.
~ Noor Suraya telah menambah perbendaharaan kata baharu pada pembaca muda melalui penulisannya yang cermat ~
Terlebih dahulu, TAHNIAH kerana berjaya menyelenggara 40 cerpen daripada 37 penulis di bawah naungan ADIWARNA. Sesuatu yang saya rasa menuntut masa, tenaga dan kesabaran tentunya.
2. Bertepatan dengan misi penerbitan tuan iaitu melahirkan naskah yang betul dan indah bahasanya, itulah yang saya temui dalam KDRS. Dalam longgokan novel-novel yang 'merojakkan' dan 'mempasarkan' bahasa, naskah-naskah terbitan tuan dapat memelihara lenggok dan nahunya. Sekurang-kurangnya pembaca dapat membezakan penggunaan 'selenggara' dan 'senggara', juga 'longgokan' dan 'melonggokkan'.
3. Berbalik kepada tujuan asal saya untuk merensasi KDRS, izinkan saya berkongsi pendapat dan pandangan yang tidak semegah mana. Beberapa perkara yang saya fikir sesuai dicadangkan adalah seperti berikut:
i) Saya sebagai pembaca amat berbesar hati sekiranya cerpen 1, 2, 4, 5, 6, 8, 10, 18, 19, 25, 27, 29, 34, 37, dan 39 (nombor ini disusun mengikut cetakan dalam naskah terbitan tuan) dapat dipertimbangkan untuk dijadikan naskah tunggal. Saya berpendapat cerita pendek yang dilakarkan mampu dikembangkan plotnya. Biarpun cerita-cerita ini hanya beberapa helaian sahaja, tetapi kekuatan pelaku-pelakunya amat terasa. Garapan plot dan olahan bahasanya memberi kesan yang bukan sedikit kepada pembaca.
ii) Cerpen selebihnya juga tidak kurang hebatnya di deria pembacaan saya. Setiap satu punya kelebihan tersendiri. Mungkin ada yang agak kaku dan lurus bahasanya, tetapi masih boleh diterima. Ada juga yang agak 'ke laut' antara permulaan, pertengahan dan penamatnya, tapi manisnya masih ada. Cuma cerpen 13, 16, 30, dan 36 agak menggangu pembacaan saya. Garapannya agak longgar dengan nada penceritaanya yang tidak sekata. Bak kata mantan majikan saya, mesti wujud 'pisang kecil' dalam tandannya.
iii) Pujian setinggi langit kerana cetakan KDRS atas kertas kitar semula dengan susun atur bermotifkan kad jemputan walimah amat bersesuaian sekali dengan tajuk dan tema naskah ini. Walau bagaimanapun, adalah dicadangkan agar setiap muka surat dicetak tajuk dan penulisnya. Saya kerap kali terpaksa menyelak helaian pemula untuk memastikan tajuk cerpen yang dibaca juga siapa penulisnya.
Bagi saya, menghadam antologi cerpen tidak seperti menjamah senaskah novel yang berpaksikan plot dan pelaku yang sama. Saya sendiri memperuntukkan 5 sesi pembacaan untuk menghabiskan KDRS jika dibandingkan hanya 2 sesi pembacaan untuk novel dengan jumlah helaian yang sama. Ibarat menaiki bas lompat-lompat; terpaksa mengharungi karenah pemandu dan penumpang yang berbeza-beza. Untuk pembaca yang agak lemah daya ketahanan mentalnya seperti saya, menukar satu cerita ke satu cerita sesungguhnya sesuatu yang meletihkan. Mungkin kerana itu, penerbit perlu memastikan pelanggannya tidak mudah hilang arah.
iv) Saya juga ingin menyentuh mengenai klise penyakit barah otak sebagai penamat cerita antara cerpen yang ada. Teringat dialog sindiran yang sering dituturkan di tempat saya.
A: "Ada pelaku yang ditamatkan wataknya." B: "Mati?" A: "Ya" B: "Sakit" A: "Ya" B: "Ini tentu kes barah otak!"
Agak lucu tapi cerita Melayu dan barah otak seperti pasangan duet yang tidak boleh dipisahkan.
4. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk membuat aduan mengenai kelewatan naskah ini tiba di negeri 2 jambatan saya. Selepas sebulan naskah ini diterbitkan, barulah ia tiba di rak-rak gudang buku yang ada. Mungkinkah mahal tol yang perlu dibayar di jambatan pertama melewatkan ketibaannya? Tentu lebih teruk senarionya bila kenderaan tuan terpaksa menggunakan jambatan kedua nanti. (saya tidak berapa gemar meleretkan kepingan plastik saya melalui pembelian alam maya - takut 'terbabas')
5. Akhir kata semoga usaha seperti ini ada kesinambungannya agar keunggulan bahasa kita terus terpelihara.
Amaran! Ini ulasan paling panjang sejak hamba berkecimpung dalam arena membebel secara berhemah di Goodreads. Hehe.
(2.9475 bintang - kalau tidak salah congaklah :P)
1) Antara Abraham dan Laila - oleh Nurul Omar (3/5) Bahasa yang elok dan manis. Sayang, kalaulah hati hamba mampu membasahi rasa seperti bumi Labuan yang ditimpa hujan pada ketika itu.
2) Assalamualaikum Cinta! - oleh Noor Hidayah Johari (2/5) Kisah yang sebiasanya saja pada hamba tetapi mungkin tidak untuk orang lain. Cuma pesan hamba, jangan lagi membuang apa-apa barang ke dalam laut ya, Doktor Fareez. Kalau dimakan penyu, kan kasihan. ;)
3) Awak Mahal Sangatlah! - oleh Isha Idiaz (2.5/5) Menambah koleksi perbincangan tentang isu ‘terpenting’ negara iaitu hantaran perkahwinan. Mungkin pengalaman hamba sebanyak tiga kali berada di pihak pengantin lelaki membuat hamba faham perasaan Tasrif sekeluarga tetapi secara peribadi hamba tidak setuju apabila kebanyakan orang asyik membidik kesalahan kepada pihak perempuan.
4) Beribu Sesalan - oleh Isha Idiaz (2.5/5) Kali ini hamba suka isu yang diutarakan oleh penulis iaitu tentang hubungan jarak jauh dan kecurangan. Hanya pengakhirannya itu terasa seperti penyelesaian yang dimudahkan. Serta watak antagonis perempuan gedik yang sangat klise.
5) Biarkan Hati Menjauh - oleh Ina Rahim (2/5) Kisah sepasang kembar yang dibezakan kasih oleh si ibu gara-gara satu kemalangan dan satu ketidaksengajaan. Seorang lelaki penting diri pula menyelit dalam hubungan yang sedia kacau. Entahlah, hamba merasa pengakhiran yang dimudahkan lagi.
6) Demi Masa, Kerana Dia - oleh Wan Malini (4/5) Baiklah, ini cerpen pertama dari buku ini yang mampu meng-agar-agarkan hati hamba. Mungkin kerana temanya adalah ‘salin tikar’ dan kebetulan tanpa sebab apa-apa pun hamba memikirkan soal itu semenjak dua menjak ini.
7) Derita Cinta - oleh Reeani Annur (1.9/5) Bukanlah hamba ingin menidakkan jalan cerita cerpen ini tetapi hamba percaya penulis boleh melakukan lebih baik dengan plot yang lebih teliti dan pelakuan watak yang lebih rasional. Jumpa lagi lain kali. :)
8) Diari Pengapit - oleh Pingu Toha (4.5/5) “Kalau ini akhirku.... Ini bukan akhir cintaku.” Hamba pengemar kisah sedih apatah lagi dengan penceritaan yang melankolik semacam ini. Sedihnya Agus, beratnya perasaan Reza dan hampanya Julia, hamba dapat merasakan. Lagi pula, nama Gus (cuma disebut berbeza) mengingatkan hamba pada orang dari masa dulu.
9) Gaun Kahwin Aku! - oleh Safirah Salim (4/5) Humor yang tepat dan menjadi. Hamba menyukai bahasanya yang santai dan watak utama yang lucu. Ulah Amni dan ke-cool-an Hadi telah membalut gula-gula enak ini dengan cantik sekali.
10) Gaun Pengantin Untuk Hannah – oleh Nirrosette (2.5/5) Seperti cerpen nombor empat, si perempuan gedik sang antagonis muncul lagi, cuma berbeza nama dan identiti.
11) Hingga Akhir Jua – oleh Almar Nalea (2.5/5) Pengakhirannya tidaklah terlalu mengejutkan tetapi tidak juga hamba menyangkanya begitu, Lenggok kesedihannya patah-patah.
12) HIV (+) - oleh Ijazati Habib (3/5) Kisah seorang gadis yang dijangkiti HIV setelah satu kejadian malang dan bagaimana semua orang yang disayanginya berprasangka lalu menjauh. Seorang lelaki yang mengertikan HIV itu sebagai ‘Haiqal Inginkan Vee’ telah memberi kemanisan pada realiti pahit ini.
13) ‘Honeymoon’ = Bulan Madu - oleh John Norafizan (4.5/5) Ada ura-ura dan petanda yang Kiah Mulut Murai hendak dimadukan lantas dengan bantuan Jawatankuasa Umpat-Mengumpat Taman Cendana, Kiah perlu menghalang suaminya, Encik Berahim. Mesej-mesej baik tentang kelangsungan berumahtangga yang dipersembahkan dalam komedi. Sumpah, Kiah sungguh comel.
14) Ilham, Teruslah Memujukku - oleh Banat Dah (2.5/5) Hanis mungkin tidak berjaya memekarkan sayang di hati hamba tetapi di penghujung cerpen hamba merasa ikut terluka bersamanya.
15) Jodoh Pasti Bertemu (Doktor Cinta vs Doktor Bius) – oleh Scha (2/5) Mungkin kerana cara penceritaan atau mungkin bahan cerita, hamba merasa cerpen ini mendatar sahaja. Maaf.
16) Kahwin Anak Sarjan! – oleh Fiefa Inarah (3/5) Kisah cinta antara pemilik butik pengantin dan anak gadis sarjan pencen ini lucu. Hamba terhibur dan hamba suka pada perwatakan si hero yang digambarkan lembut itu.
17) Kahwin Kucar-Kacir – oleh Bihurrun Ain (2.5/5) Baiklah, cik penulis, hamba tersenyum membaca cerpen anda. Tolak Mini Cooper dan ‘penipuan’, hamba suka Paris namun sebagai seorang perempuan hamba tidak merasa sikap redah-saja Aqilah adalah sesuatu yang selamat untuk dipraktikkan.
18) Kak Long Adura – oleh Fatihah Pauzihal (4.5/5) Membayangkan Adura seperti melihat diri sendiri walaupun setakat ini belum ada lagi sanak-saudara yang peduli secara melampau tentang jumlah kilogram hamba dan hamba seharusnya bersyukur tentang itu. Haha. Apapun, kisah Adura dan Dzul sungguhlah semanis kek.
19) Kasih di Balik Warna – oleh Naufal Tarmizi (4/5) Menarik sekali kisah tentang konflik cinta berbeza ‘warna’ ini. Meski jauh di sudut hati hamba tidak ingin percaya ada orang yang sebegitu taksub dengan ‘warna’ sampai memutuskan perhubungan tetapi perkara ini tidak boleh dinafikan wujud. Malangnya.
20) ‘Kelab Single’ – oleh Rnysa (4/5) Amboi, semacam teaser pula cerpen ini. Tapi, strategi yang menjadi ni sebab hamba jadi ingin tahu betul siapa yang mengurat Jiba dengan main piano tu. Cerpen ini membuat hamba jadi rindu hendak baca novel Jemari Seni yang dulu-dulu.
21) Konserto dalam Hujan – oleh Ijazati Habib (3/5) Putri sangat comel dan lucu meski obsesinya kepada Encik Khayalan, si artis Youtube, sangatlah berlebihan. Syukurlah, hamba belum lagi tahap fanatik dengan Sota Fukushi (kecuali laugh line di kedua-dua pipinya itu *wink*) sampai menghantar komen-komen pujian apatah lagi mesej peribadi minta dilamar. Haha.
22) Kospirasi – oleh Kamalia (2.5/5) “… kalau kita mahukan sesuatu, alam semesta akan berkonspirasi untuk membantu kita mendapatkannya.” Hamba suka kata-kata itu tetapi pesan hamba, jangan mudah percaya pada stranger ya.
23) Main Kahwin-Kahwin – oleh Norisah A. Bakar (2.5/5) Tidak disangka pula fasal hantaran perkahwinan pun menjadi isu juga di negara seberang. Cuma bahagian sanding dahulu, nikah kemudian itu saja yang baru dan menarik pada pandangan hamba.
24) Mak Andam! Oh, Mak Andam! – oleh Dhuha Steffa (4/5) Oh, hamba suka sekali cerita si suami yang sanggup belajar menyolek demi menjadi juruandam isteri sendiri. Manis pun iya. Lucu pun juga. Nasib baik penulis katakan ini kisah benar. Jika tidak pastilah hamba yang punya abang yang tidak mengenal eyeshadow ini tidak akan percaya. Haha.
25) Mencintaimu – oleh Nawwir Barakbah (2/5) Entahlah, terasa ada yang kurang. Seperti macaroni tidak siap rebus. Maaf.
26) Mimpi, Takdir, Realiti – oleh Chua Pei Yong (4.5/5) Tidak perlu diulas banyak. Kisah cinta di penghujung kurun ke-19 antara gadis Baba Nyanyo dan jejaka Inggeris ini disulam cantik bersama pengenalan adat-adat Baba dan Nyonya. Syabas, wahai penulis!
27) Penanda Hati untuk Nasuha – oleh Wan Afifah (2/5) Entahlah, mungkin hamba tiada hati hendak memaniskan tindakan melamar ketika masih belajar. Tidak salah tentunya. Hamba saja yang memasalahkannya.
28) Pengapit Kelapan – oleh Adra Zainal (2/5) Mengingatkan hamba pada filem 27 Dresses walaupun perjalanan kisah yang sama sekali tidak sama. Tetapi, hamba tidak boleh menyukai Zaid dari Pengapit Kelapan seperti hamba menyukai Kevin dari 27 Dresses.
29) Perempuan seperti Aku – oleh Rinzuas (3/5) Walaupun cuma membaca tetapi kisah poligami memang perlu kekuatan hati. Haha. Penamatnya okey.
30) Relung Masa – oleh Bidayatul H. (3/5) Hamba suka cerpen ini dan hamba suka drama Jepun jadi baiklah, hamba mahu tonton Proposal Daisakusen itu nanti. *wink*
31) Saat Dia Bernikah – oleh Aimi Shabana (3/5) Hamba suka variasi dalam perwatakan teman-teman Dahlia. Imah yang tenang. Sarah yang kecoh tetapi baik. Ya, termasuk Seri yang kejam itu juga.
32) Si Pohon yang Berduri – oleh Bam Bam (2/5) Penulisan yang baik tetapi mungkin hamba yang tiada hati hendak menghayati kisah semacam ini ketika ini.
33) Strike! Aku Sudah Jatuh Cinta – oleh Xenia Zidane (2/5) Kisah dua pencinta kucing. Kebetulan yang banyak.
34) Taufiq buat Hidayah – oleh Kamisah Majid (3/5) Meskipun hamba agak terganggu dengan kata-kata menghina dan aksi buli dalam buku ini tetapi oleh kerana ini cerpen pertama yang buat hamba bergelak sakan, hamba sudi baca sebelah mata. Gelagat Sakinah dan Hidayah yang selamba rock itu menghiburkan.
35) Tiga Kali – oleh Lupine (3/5) Ada masa-masa hamba merasa hamba pernah merasakan atau melakukan perkara yang Nani lakukan. Nasib baiklah, hamba sudah pencen dari arena minat orang diam-diam ini. Haha.
36) Tsunami Cinta – Lutea Adilla (2/5) Ada tarikannya tersendiri tetapi mungkin hamba tidak pandai menghayati.
37) Tunang Aku Setan – oleh Rinzuas (4/5) Alamak, hamba masih suka lelaki rambut panjang. Ini bahaya! Haha.
38) Untuk Dia, Si Kuntum Bunga – oleh RodieR (2.5/5) Entahlah, mungkin ada yang hamba tidak setuju tetapi masih, kisah ini manis.
39) Untukmu Juan – oleh Seriadriani (4/5) Hamba suka cerpen ini. Juga bagaimana ia dinoktahkan. Serta nama Juan itu.
40) Yahoo… Aku Dah Kahwin! – oleh Aulia Iman (2.5/5) Sebenarnya, hamba kurang percaya begini reaksi lelaki apabila dipaksa berkahwin. Tetapi ya, Ijat kelakar.
Baiklah, secara umum ada tiga perkara yang hamba boleh ringkaskan tentang Kerana Dia, Ratu Sehari; i) Dari muka sampai setiap helai di dalamnya, buku ini cantik sekali. ii) Bacaan yang ringan meski bukunya tebal. iii) Tidak semua empat puluh cerpen bertema langsung tentang upacara pernikahan atau perkahwinan yang sinonim dengan istilah Ratu Sehari.
Phew. Habis juga baca selepas seminggu. Hihi. Penuh rasa, penuh cerita. Tahniah untuk kesemua penulis.
25-12-2013
Masa nak beli buku ni berkira-kira juga nak pilih warna yang mana satu. Oleh kerana warna pink yang lebih menyerlah maka warna inilah yang jadi pilihan. Hihi. Memang menarik dan saya rasa kalau ada yang berkenan nak letak atas dulang hantaran pun boleh. Kena sangat dengan tema ratu sehari ni. :)
Kerana Dia, Ratu Sehari menghimpunkan 40 buah cerpen hasil garapan 37 penulis dalam sebuah buku. Nampak tebal tapi sebab buku ini menggunakan kertas kuning, maka tak terasalah 'berat'nya buku ni. Pada mulanya saya beranggapan buku ni hanya bercerita tentang urusan nikah-kahwin yang pastinya manis-manis belaka. Tapi saya silap. Bukan setakat cerita tentang urusan nikah-kahwin saja, tapi banyak juga kisah-kisah yang berlaku 'selepas dan di antaranya'. Pelbagai cerita dan pelbagai rasa yang buat kita turut larut dalam kisah-kisah yang dilakarkan.
Antara kisah yang mampu saya recall daripada 40 buah cerpen itu:
Biarkan Hati Menjauh - Ina Rahim
Hidayah dan Hanani, saudara kembar yang sangat rapat. Musibah yang melanda Hanani kerana mahu menyelamatkan Hidayah mengakibatkan perhatian seorang ibu tersisih daripada Hidayah. Hidayah kerap dipersalahkan manakala Hanani pula ditatang dengan alasan Hanani kurang upaya. Sehinggakan kawan baik Hidayah juga mempergunakan Hidayah untuk mendekati Hanani. Sadis! Sedar dengan kedudukan dirinya Hidayah meminta izin untuk menyusul neneknya pulang ke kampung. Siapa yang menyangka, kepulangan Hidayah ke kampung itu rupanya adalah kepulangan untuk selamanya. Sobs.
Diari Pengapit - Pingu Toha
Yang paling menyakitkan adalah apabila orang yang paling kita cintai jadi milik orang yang paling kita sayangi. - Agus.
Memang pedih menyimpan rasa sendiri. Lebih pedih bila kita tak mampu untuk ungkapkannya kerana kita tak mampu untuk membahagiakannya. Sobs. Sedar yang ajalnya sudah menghampiri, Agus rela melepaskan Julia pada Reza. Agus lebih rela berdiam dan memendam rasa. Segala rahsia hatinya cuma tercoret dalam diari miliknya. Walaupun didesak oleh Julia mahupun Reza untuk meluah rasa, Agus tetap teguh menyimpan rasa hatinya hingga ke nafas terakhir. Sobs.
Gaun Kahwin Aku -Safirah Salim
Kisah ni sebenarnya lebih pada menyindir masyarakat hari ni yang suka bermegah-megah dan membazir sewaktu mengadakan majlis perkahwinan. Kalau ikutkan Hadi bakal suami Amni ni, majlis yang sederhana mengikut kemampuan mereka sudah mencukupi. Namun, Amni lebih suka berhabis wang ringgit semata-mata tak mahu kalah jika dibandingkan dengan majlis perkahwinan rakan-rakannya. Penyudahnya bila dapat tazkirah percuma dari Hadi selepas bergelar suami isteri, barulah Amni menyedari kekhilafan diri. Betullah kan bak kata Hadi, takkanlah nak memulakan sesuatu yang disukai Allah dengan dosa? Renung-renungkan dan selamat beramal!
HIV (+) - Ijazati Habib
Seperti kata penulis, cerpen ini ibarat cerminan lumrah kehidupan hari ini. Kita cenderung menghukum tanpa mengkaji dan menggali kebenaran. Aneh. Itulah ujian untuk kita sebagai manusia sebenarnya. :)
Niat untuk membersihkan sampah yang bersepah dalam tandas awam rupanya bawa petaka untuk Vee. Jarum suntikan tercemar menjadi penyebab virus HIV dalam tubuhnya. Disebabkan itu, Vee tersisih dari keluarga, tunangan dan teman rapatnya. Haish, tipikal masyarakat kita. Perkenalan Vee dan Haiqal membawa banyak perubahan positif dalam hidup Vee. Haiqal memang tak pernah prejudis dengan penyakit Vee malah dialah orangnya yang banyak membantu Vee berdepan dengan penyakitnya. Cuma bila Haiqal mula melamar, Vee jadi bimbang. Boleh ke penghidap HIV berkahwin? Bagi saya, sebenarnya kita kena cuba sentiasa jadi positif dalam apa jua keadaan, insya-Allah setiap masalah tentu ada jalan penyelesaiannya kan? :)
ya. Manusia takkan mampu melawan takdir. Segalanya sudah ditentukan. sehebat manapun ciptaan manusia itu, tidak akan mungkin dapat mengatasi segala yang telah diatur Maha Pencipta - Relung Masa - Bidayatul H.
"kadang-kadang Allah sembunyikan mentari. Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar? Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi....." - Saat Dia bernikah - Cik Seri Aimi Shabana
'Diriku bagaikan sebuah pohon kering yang berduri. Tiada daun merimbun yang kehijauan untuk menambahkan seri. Tidak juga berbuah seperti delima yang manis. Namun, kau masih sudi menaburkan baja-baja cinta untuk yang hina ini. Tiada lagi yang aku mahukan dalam hidup selain menjadi pohon yang tumbuh subur dengan buah yang paling ranum dalam hidupmu.... - sipohon yang berduri - Bam Bam-
"Nama?" "Kuca."........... "Kuca?"............. "Ya, kuca. Ada masalah ke dengan nama tu?"........ "yalah, pertama kali saya dengar Kuca tu nama orang.".......... - Strike! aku sudah jatuh cinta - Xenia Zidane
I've fallen in love, don't know where it come from... itu terjemahan frasa yang pernah ditanya, dan juga itu jawapan pada soalan yang pernah salah dijawab......... -untuk dia, Si kuntum bunga - RodieR
"Mak yakin Aizat boleh! UPSR, PMR, SPM, sarjana muda dan sarjana, semua Ijat sapu bersih. Takkan nak bernikah, berdebar pula?"...
........ itu peperiksaan, bukannya perlu jabat tangan Tok Kadi. Jauh bezanya! - Yahoo... Aku dah Kahwin! - Aulia Iman
"Mungkin aku disuratkan utk menjadi sebenar-benar Rabiatul Adawiyah. Tidak bernikah dan hanya bercinta dan memadu kasih hanya untuk penciptanya. Sehingga hujung nyawa." - Rabiatul Adawiyah - perempuan seperti aku - rinzuas
"Penanda buku renyuk tak apa Nasuha, asalkan bukan hati saya renyuk kerana awak menolak saya" - Naufal Habib - penanda hati untuk Nasuha - Wan Afifah
Katanya "asalkan ada hati yg reda dgn ketentuan ilahi, semuanya akan baik-baik saja" -ilham, teruslah memujukku - banat dah
Antara petikan didalam naskah ini. boleh saya katakan, bukan setakat 5 bintang, malah berbintang2 pun saya sanggup beri kerana naskah ini memang naskah TERBAIK!!
baitnya, olahannya, garapannya, susunannya sangat teratur. Dimulai dengan karya yang meruntun hati dan diakhiri dengan tawa yang berpanjangan. belum pernah lagi saya membaca karya pendek yang bisa membuat hati saya bagaikan roller coster!
mencinta pada yang berhak, merindu pada yang sudi, berkasih pada yang sayang... apa lagi yang tinggal? lafaz ijab dan kabul.. kerana dialah RATU SEHARI... :)
1. Sudah lama tidak membeli antologi cerpen 2. Warna kulit buku yang comel *_* sampai aku sendiri berbelah bahagi untuk memilih warna biru atau merah jambu. Siap ada dua versi sampai aku kena tanya kak Noor Suraya, yang mana satu versi betul ini 3. Diselenggara oleh Noor Suraya, seorang penulis kegemaranku 4. Dapat diskaun, banyak pula tu di PBAKL. Siap dapat sain kak Noor Suraya, aku paksa dia sain buku ini T_T
Buku ini, dengan kata mudah, tidak mengecewakan. Biasanya aku beli antologi cerpen kerana kita dapat merasa rentak penulisan yang berbeza. Ada 40 cerpen yang perlu dihadam, dan bagi aku, ini adalah sesuatu yang sangat bagus, selaku pengenalan kepada penulis-penulis. Aku dapat membuat pilihan untuk membeli novel dari penulis-penulis yang aku suka penulisan mereka.
Kebanyakan cerpen berkisar tentang kahwin, kahwin dan kahwin. Ada beberapa cerpen, yang bagi aku lari dari kebiasaan. Aku tersentuh dengan naskhah Biarkan Hati Menjauh karya Ina Ramli, sebab kisahnya pengorbanan yang sangat-sangat memakan hati dan perasaan.
Ada juga naskhah yang aku rasa kelakar, seperti cerpen Taufiq buat Hidayah karya Kamisah Majid, atau kisah cinta kali kedua, "Honeymoon" = Bulan Madu karya John Norafizan. Banyak sebenarnya kisah lucu yang mencuit hati, pilih saja mana yang mahu.
Bagi aku, karya pertama sajian antologi ini, Antara Abraham dan Laila, nukilan Nurul Omar, berat, tapi tulisannya halus. Bahasanya indah dan buatkan aku terfikir, alahai macam kisah Laila Majnun jadinya. Mimpi. Takdir. Realiti karya Chua Pei Yong mempunyai latar yang menarik di zaman baba dan nyonya tahun 1890. Ada juga kisah futuristik oleh Bidayatul H. bertajuk Relung Masa.
Aah, sukar hendak kukatakan yang mana satu pilihan hati.
Usai cerpen terakhir, Yahoo.. Aku Dah Kahwin! karya Aulia Amir membuatkan aku tutup buku ini dengan sebuah senyuman.
P/S: Terima kasih kak Su sebab ingat aku yang datang mengganggumu di PBAKL 5 tahun yang lalu.
Kalau pembeli lain pening kepala nak pilih buku kulit warna hijau atau merah jambu, KakChik tak perlu buat pilihan sebab kat depan mata masa tu cuma ada warna hijau aje. Jadi, terus sambar je lah. Isinya tetap sama, kan?
Tahniah buat pengelola Kak Su kerana berjaya mengumpulkan kumpulan 40 cerpen yang berkualiti daripada 37 penulis lama dan baru. Dengan buku setebal ini memang tidak membeban untuk dikelek sebab guna kertas kuning yang ringan. Jadi, acara membaca juga berjalan lancar.
Hampir semua cerpen di dalam naskhah ini mampu mengubah emosi. Dari tersengih, tersenyum, ketawa, gembira hinggalah berambu air mata. Ia penuh dengan kisah masyarakat yang berkisar tentang perkahwinan. Kisah yang terkumpul bagaikan gambaran segala rasa dan suka duka perjalanan hidup seorang yang bernama manusia.
Antara karya yang mendapat tempat teratas di hati sudah pasti, Biarkan Hati Menjauh karya Ina Rahim. Karya ini memang KakChik baca dengan emosi yang meleleh air mata. Dan cerpen ini juga menggambarkan penulis sudah semakin matang berbanding karya beliau sebelum ini, 'Straight' / Senget.
Sungguh buku tebal ini memberi banyak peringatan dalam karya yang ringan dan mudah dihadam. Tahniah buat warga kerja JS Adiwarna untuk koleksi kumpulan 40 cerpen ini.
Untuk penulis-penulis baru (tidak termasuk penulis yang sudah ada novel sendiri) cerpen-cerpen yang ditulis oleh mereka ini adalah sangat baik! Dan saya suka semuanya! hikhikhik
40 buah cerpen tentang 'Ratu Sehari', cerpen yang termuat dalam naskhah ini pastinya lah kisah tentang urusan nikah-kahwin. Pelbagai rasa ada dalam cerpen-cerpen ini. Ada sedih, ada gembira jadi ketika membacanya perasaanpun ikut sama rasa sedih dan rasa bahagia dengan pengakiran kisah mereka.
Saya sangat rekomen untuk anda memiliki dan membaca cerpen-cerpen yang ada dalam naskhah ini. Pasti tidak akan mengecewakan anda. Anda boleh pilih nak baca cerita mana dulu, dan boleh berhenti baca dan sambung semula pada bila-bila masa yang anda suka. Tidak ada masalah untuk itu, tapi pastikan anda habiskan dulu satu-satu cerpen ya. Bahkan anda boleh baca dari belakang dulupun tak ada hal punya...
akhirnya dapat juga buku yg ditunggu... tebalnya .. tapi nasib baiklah buku ini menggunakan kertas kuning jadi tidaklah berat sgt. Dgn 844 ms dan 40 buah cerpen mmg mengambil masa nak baca.
Tidak seperti buku2 yg lain, buku ini saya baca dari belakang ke depan.. ialah cerpen kan, bolehlah baca ikut mana kita suka.
Untuk penulis-penulis baru (tidak termasuk penulis yang sudah ada novel sendiri- yang sudah terbukti bagus) cerpen-cerpen yang dihasilkan oleh mereka ini adalah sangat baik! Dan saya suka semuanya! hikhikhik
Kerana Dia, Ratu Sehari ini memuatkan 40 buah cerpen tentang 'Ratu Sehari'. Dan cerpen-cerpen yang termuat dalam naskhah ini pastinya lah kisah tentang urusan nikah-kahwin. Kisah bagaimana pasangan 'uda dan dara' ini bertemu, berkenalan bahkan bermusuhan dan bagaimana pengakhiran pada hubungan mereka. Pelbagai cerita yang mengandungi pelbagai rasa ada dalam cerpen-cerpen ini. Ada kisah sedih, ada kisah gembira jadi tidak hairanlah ketika membacanya perasaan sayapun ikut sama rasa sedih dan rasa bahagia dengan pengakiran kisah-kisah mereka.
Saya sangat rekomen untuk anda memiliki dan membaca cerpen-cerpen yang ada dalam naskhah ini. Pasti tidak akan mengecewakan anda. Anda boleh pilih nak baca cerita yang mana dulu, dan boleh berhenti baca dan sambung semula pada bila-bila masa yang anda suka. Tidak ada masalah untuk itu, tapi pastikan anda habiskan dulu satu-satu cerpen ya supaya anda dapat selami 'rasa' yang ada dalam setiap cerpen. Bahkan anda boleh baca dari belakang dulupun tak ada hal punya.
Sudah baca. dan aku salah seorang penulisnya. memang ada beberapa cerpen yang terkesan di hati aku sekali gus boleh jadi panduan pada aku pada masa akan datang juga :)
Speechless. That was the first word that came to mind when i started reading the book, all through the process of reading it until i finally finished it. Yes, it took me a while. 40 short stories with their own unique qualities. Amazingly most of those that touched me came from first-time writers, proving that the effort to compile these stories comes with one very obvious benefit. It introduces us to new, very potential writers, whom we very much look forward to for their next works. I won't choose which i like best. Each has its strength, and i was even more than humbled by the other stories, since mine was pretty much ordinary. :) So yes, this review is definitely to promote the book. Because u'll not only gain various changing emotions from it, but also valuable lesson, either plainly written or hidden in beautiful messages, which u need to ponder on and think... With those two main things u can find in a book, it surely becomes HIGHLY RECOMMENDED! :)
Sayu rasa hati ketika menoktahkan pembacaan buku comel ini(sayang nak baca punya pasal). Seriously suka sangat dengan semua cerpen yang ada dalam “kerana dia ratu sehari”. Walaupun ada beberapa cerpen yang tidak Berjaya dihadam dan difahami motifnya, ia tidak memcacatkan rasa “suka” saya. Antara cerpen yang mendapat tempat teratas dihati saya ialah:
1) Gaun Kahwin Aku- Safirah Salim 2) Gaun Pengantin Untuk Hannah- Nirrosette 3) Biarkan Hati Menjauh-Ina Rahim 4) H.I.V [+]-Ijazati Habib 5) Pengapit Kelapan-Adra Zainal 6) Saat Dia Bernikah –Aimi Shabana 7) Taufiq Buat Hidayah-Kamisah Majid 8) Tunang Aku Setan-Rinzuas
Tahniah buat JS adiwarna dan semua penulis kerana berjaya menerbitkan buku ini. Moga akan datang dapat terus menghasilkan antologi cerpen sebegini dengan tema lain pula. Selamat maju jaya
even though my elder sister commented that she doesn't like the story written by Rnysa, i still like it. :) the unknown ending. hehe.
the story i like the most is about Mak Andam kacak. again contras to my sister. hahaha! this is because it's a true story!!! (i love reality rather than fantasy.)
after i read the story by RodieR, it'd encouraged me to read her latest piece of writing One Fine Day. :) well. i wonder, who's around this pharmacist is or was in teaching training and also English Studies. :) the background of the female main character is quite near to me. LoL. but i don't like the character though. ^_^"
:urm. few stories in the final ten stories in this anthology failed to make me read words by words erm. ain't gonna comment more. ^_^ ahh.. another thing.
i really want to get to know CYP. i just remember the initial. the author of the only story written not about Malay traditional culture. :)
Menyelenggara naskhah yang begitu ramai penulis, dan begitu banyak karya bukan kerja mudah. Tahniah untuk Noor Suraya dan kumpulan editorial ADIWARNA. Dan yang terutama tentulah, saya ingin ucap SYABAS pada pengarang yang menulis dengan tulus lagi mulus. Banyak karya yang menarik, tidak kurang pula yang sedih-sedih. Kalau membaca ikut indeks, mood sentiasa naik turun sahaja.
Benarlah janji ADIWARNA pada blurb itu...
Sebenarnya, sudah lama tidak membaca antologi yang buat saya puas, dan terbayang-bayang manisnya sehingga kala ini. Jangan suruh saya memilih yang mana terbaik, kerana setiap penulis ada kekuatannya yang tersendiri dan ada cerita rahsia mereka.
Biasalah, kalau dah namanya antologi cerpen, ada cerpen yang disukai dan ada yang memang tak sedap. Bagaimanapun nampak aku sendiri tak boleh nak hadam cerita pasal kahwin ni dalam satu buku tebal. Bosannya! Aku suka baca cerpen, tapi kalau duk cerita pasal kahwin, kahwin, kahwin.. macam cannot go lah. hehe...
Cerpen-cerpen di dalam buku ini sangat comel kisahnya. Saya begitu tertarik tatkala membacanya. Pelbagai pengajaran yang diperoleh dan antara yang menarik saya dapat kongsikan ialah sewaktu saya membaca cerpen Gaun Kahwin aku! Kisah di mana Amni sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkan apa yang di inginkannya sewaktu hari bahagianya untuk menjadi Ratu Sehari. Dosa selepas akad nikah itu akan ditanggung oleh suami dan pakaian si isteri sewaktu majlis akad sudah terang-terangan akan memberikan dosa kepada bakal suami. Kisah ini begitu dekat dengan masyarakat zaman sekarang. Mahu gempak pada hari pernikahan tetapi terang-terangan telah mencampakkan dosa ke atas bahu si suami. Bukan cerpen ini sahaja, hampir kesemua cerpen di dalam buku ini sangat menarik minat saya untuk di baca berulang kali. Terima kasih kerana menghasilkan buku ini.
Dihadiahkan oleh seorang teman kerana saya suka karya-karya Noor Suraya. Dalam banyak-banyak kisah di dalam ni, yang paling terkesan ialah puisi oleh Banat Dah.
"Sungguh aku mahu membuang gusar yang menghenyak Bimbang akan membengkak Menghimpit nafsuku yang semakin sesak
Aku ingin benar Menyelak hati yang nanar Membisikkan nasihat agar mengakar Agar membenih pepohonan sabar Menyantuni qada' dan qadar Kerana iradatnya telah terlakar
Aku selalu mahu Bersama setiap waktu Bicara sendirian dengan Mu Bersimpuh tafakur mengadu Bertanyakan satu persatu Biar hilang lelahku Mendepani ujian cinta Mu"
lelah jugak nak habiskan satu buku ni sbb mmg tebal. cuma agak terkilan sbb ada muka surat yg tercetak balik muka surat depan2 masa dah kat tengah2 tu. overall cerita cinta yg disajikan ada yg macam lebih kurang je tapi dalam bentuk penceritaan yg berbeza. apapun,bila baca ttg ratu sehari ni,x lain dan x bukan mmg rasa nak kahwin. hehehehehehhe.
Suka dan duka kisah percintaan dan perkahwinan. Ada kisah yang berjaya buat saya rasa sedih ya amat. Totally enjoy reading this book. Saya banyak belajar benda baru tentang penulisan ketika baca buku ini. Ada cerpen yang mempunyai pengolahan cerita yang sangat baik, serta beberapa patah kata yang saya jarang jumpa.
buku ni tebal. bila bagi orang nak baca. semua buat muka terkejut. terpaksa la cakap "bukan novel. cerpen. 40 cerita semuanya,"
walaupun 40 cerita pendek tapi penat. penat nak baca. penat nak pegang. sbb terlalu tebal. banding dgn saiznya. harap slpas ni pihak jsadiwarna consider ergonomic utk pegang buku tu- in other meaning besar sedikit saiz buku tu. nanti tidak la nampak terlalu tebal. dan tidaklah otot tgn saya sakit. (errr..bagaimanan ceritanya)
ok. kalau tgk nama penulis yang tidak kenal tidak teruja sngt nk baca. jadi sy review utk beberapa cerita yang saya igt sahaja.
cerpen dari john norafizan sy suka. mcm klasik sikit. lagi-lagi bila dah lama tidak baca novel beliau.
manakala cerita dari pingu toha. tak best. sbb cerita sedih.
begitu juga dari rnysa. pun tak best. tarik - tarik tali kemudian putus.
dan penulis yg lahir di mesir x silap. cerita perbezaan politik. pun, kurang umph. bila baca pasal penulis di muka akhir buku (see, saya baca dari kulit ke kulit), sy berharap beliau bercerita tentang tema lebih berbeza.
dalam byk cerita pendek ini, hanya cerpen yang pertama paling saya suka walaupun ceritanya cerita sedih. menarik persembahan cerita - pengolahan cerita. dan jalan ceritanya. tentang surat yang saling berbalas.
dan juga 3 kali. kerana suasana masa dan tempat itu bukan zaman sekarang. pakai telefon rumah bagai. menarik.
yang lain, saya tak review sbb tak berapa ingt kerana terlalu cliche. walaupun tema ratu sehari tapi suasana terlalu budaya malaysia. mak andam. gaun pengantin. atau putus cinta lalu bertemu jodoh di majlis kawin. dll. tiada pula ceritanya orang melayu kawen di luar malaysia. atau ratu sehari yg boleh dikaitkan isu palestin, syria - mcm adik ammar tu. *tiba terdengar lagu Menjemput bidadari - Epicentrum. mungkin semua tiada pengalaman begitu barangkali.
secara keseluruhannya, antologi ini okay: ada cerpen yang best (lagi-lagi karya old-timers JS seperti Nirrosette, Rnysa & Pingu Toha) & ada cerpen yang biasa-biasa aja (rata-ratanya yang tergolong dalam kategori ini ditulis oleh penulis baru, kalau dilihat dari segi gaya penulisannya pun ada yang tampak sedikit kekok lenggoknya?) mungkin saya meletakkan harapan yang terlalu tinggi (sebab saya minat sungguh-sungguh dengan penulisan Noor Suraya, jadi saya menyakini citarasa beliau sebagai penyunting) tapi saya tak rasa isinya benar-benar menjustifikasi 41 ringgit yang saya bayar. apa-apapun, tema 'raja sehari' ini tetap tema yang sangat menarik - cuma kalau boleh elakkan la membaca antologi ini ketika sedang rabak lepas dikecewakan, ye, sebab rata-ratanya punya penamat yang manis, kang terkenang-kenang si dia yang dah meninggalkan tengah-tengah membaca tu tak seronok la pulak.
Pada pendapat saya, setiap kisah dalam novel ni ada tarikan yang tersendiri. Namun, ada beberapa kisah yang menarik perhatian saya untuk meneruskan pembacaan.
•Kahwin Anak Sarjan! -Jarang sekali kita baca cerita tentang cinta antara lelaki berjiwa lembut dan perempuan ganas. Namun, dalam Kahwin Anak Sarjan!, heroinnya taklah brutal pun, cuma anak askar saja. Kisahnya disampaikan dengan santai dan unik sekali. Selain itu, perang mulut antara Encik Malik dengan Mimi membuatkan saya tergelak kadang-kala. Best!
•Kak Long Adura -Aduhai, cerita ni comel sangat. Mengisahkan tentang Adura yang berbadan besar dan stigma masyarakat kita tentang cinta bagi golongan ini. Kasihan Adura, terpaksa berdepan dengan orang sekelilingnya yang selalu memerli tentang badannya dan betapa dia tidak serasi dengan Dzul. Ada juga diselitkan tentang kek dan pastri, memang terliur sambil membaca.
•Mak Andam! Oh, Mak Andam! -Apa yang anda akan lakukan jika mak andam tidak dapat datang ketika hari istimewa anda berlangsung? Wah,kisah ni memang buat senyum meleret-leret, apabila mengenangkan usaha pengantin lelaki terhadap isterinya!
•Relung Masa -Konsep time-travelling. Apa yang anda akan lakukan jika anda diberi kesempatan untuk patah balik ke masa lampau? Ceritanya sangat unik, sayang sekali kisah ini pendek sahaja, saya nak juga tahu pengakhiran Cinta-Arjuna. Oh, apapun nama Arjuna itu sangat cool! My most favorite!
Antara Abraham dan Laila - Nurul Omar 1. Kisah Abraham dan Laila saudara sepupu yang berlainan agama. Cara penceritaan yang unik kerana menggunakan surat kepada orang ketiga. 2. Terkadang sebuah salah faham yang kecil akhirnya menyebabkan penanggungn seumur hidup. 3. Apabila aqidah menjadi taruhan, maka surah Al-Kafiruun menjadi rujukan kita. “Untukku agamaku, untukmu agamamu.”
Assalamualaikum Cinta! - Noor Hidayah Johari 1. Cinta pertama sukar dilupakan dan berkemungkinan memberi kesan kekal kepada kehidupan seseorang. 2. Apa yang perlu dilakukan apabila kekasih lama muncul semula pada saat majlis pernikahan dengan jodoh pilihan keluarga?
Awak Mahal Sangatlah! - Isha Idiaz 1. Isu duit hantaran akan sentiasa menjadi topik utama dalam merencanakan sebuah perkahwinan. 2. Duit hantaran yang terlalu mahal mungkin mengorbankan penyatuan dua pasangan yang sedang bercinta.
Beribu Sesalan - Isha Idiaz 1. Suami isteri yang tinggal berjauhan kerana tuntutan tugas berdepan dengan banyak cabaran dan godaan. 2. Bagaimana nak menepis godaan saat pasangan kita jauh di mata? Saya pernah mendengar Syeikh Zainal Abidin berpesan jika pasangan kita takut pada Allah, di mana-mana pun dia berada dia tetap ingat Allah. 3. Jadi, mari kita sama-sama ingat akan pesanan ini.
Ni antologi cerpen bertemakan ratu sehari yang mengumpulkan 40 cerpen daripada 37 penulis. .
Bagi aku, majoriti cerpen dalam ni, semuanya best. Ada yang ideanya buatku ku kagum. Ada yang plotnya biasa-biasa je, tapi penceritaannya menarik. Dan disebabkan hampir kesemua cerita dalam ni best, so, malas lah nak tulis satu persatu. 😅 .
Hahaha... Walaupun ku biasanya slow sikit bila baca cerpen, kali ni, cepat je ku habiskan. Mungkin sebab buku ni best. So, momentum tu berpanjangan. Dan sebab ku curious, lepas ni, cerpen apa, siapa penulisnya? Dan siapa 3 orang penulis yang berjaya menulis 2 cerpen dalam ni? Hahaha.. Aku memang akan terlebih teruja untuk benda-benda macam ni. .
Untuk yang sukakan bahan bacaan yang pendek, boleh baca buku ni. (Walaupun buku ni tebal)