“Exactly. To be specific… from your previous marriage.” – Nousha Khaliq
“Who are you to judge?” – Zayyan Rakhim
“I am your saviour.” – Nousha Khaliq
“No. You’re not fit to be one.” – Zayyan Rakhim
“We shall see.” – Nousha Khaliq
Kerana sebuah janji, terikat akad antara Nousha Khaliq dan Zayyan Rakhim. Tidak saling kenal. Jauh sekali bercinta. Takdir lohmahfuz menyatukan kedua-duanya. Kekal atau terlerai, takdir juga penentunya.
Nousha akur. Reda. Janji pasti dijunjung. Itu tekad. Namun tidak Zayyan. Janji sekadar lafaz di mulut. Janji tak punya makna. Jauh sekali lambang jiwa yang ikhlas. Tunduk pada takdir-NYA.
Zayyan Rakhim. Lelaki yang menyimpan badai di hati. Badai yang menanti masa untuk dihempas. Dan tika saat itu tiba, segala kebenaran tersingkap.
Cinta manusia adakala terkhilaf antara kaca dan permata. Hanya mata hati mampu melihat. Yang benar-benar mengerti hikmah-NYA akan akur. DIA sebaik-baik perancang. DIA sebijak-bijak pelaksana.
Mampukah ikrar janji patuh pada takdir-NYA? Percaya dan yakin itulah kuncinya. Yang hak akan tetap pulang ke pangkuan pemiliknya. Itu janji-NYA. Pasti!
Zayyan ni cam pak turut dok ikut je bontot ex wife dia. Nousha berusaha untuk berpegang pada janji tapi bila Zayyan aibkan Nousha pada ex wife dia yang giler talak tak mandi sebulan.. Nousha cakap apa nak jadi jadilah.
Bila dah lafazkan cerai.. Zayyan cari Nousha. Nousha dah tak ada hati.
I guess watak yang best heroin Nousha sebab dia relax je bila si pelakor @ ex wife datang serang. If uols baca perangai dan tabiat si pelakor ni geli ya ampun!
Hope ada next chapter.. heroin berhak new hero. Zayyan ermm tapi tak tahu la kalau dia dah berubah jadi macho.
This entire review has been hidden because of spoilers.
suka dengan semangan NK. berjanji - tepati. tanggungjawab -amanah. lembut, baik, cantik.
tapi
semua tu tak mampu tundukkan zayyan, si suami yang sangat keras hati. sebab apa? masih gilakan bekas isteri yang rata-rata tahu perangai keturunan singa mawas. terlintas dalam fikiran bila penulis gambarkan watak bekas isteri zayyan. ada part, rasa ... eeeiiuuu, jijik!
olahan penulis tak perlu nak disangkal. beliau tarik pembaca sama-sama lalui setiap perasaan yang ada dalam perjalanan cerita. suka dengan perangai nousha a.k.a. NK yang masuk air. tenang dan tak mudah gelabah. kawan-kawan NK terutama jijie yang sama sering fius longgar. sedap sepanjang pembacaan.
namun ...
haa ....
ini baru CHAPTER 1 - PELAKOR. tunggu kisah yang seterusnya. sebab hujung-hujung si zayyan tu asyik merayu nakkan NK semula. apa akan jadi seterusnya?