"Lisa? Siapa Lisa? Tolong jangan nak menggedik di sini ya..." Khalisa mengherdik kasar dan mengugut, "Saya tak kenal awak! Baik awak keluar sebelum ssaya menjerit!"
Adlan Zakuan terdiam, terlupa bahawa Lisa ini bukan Khalisa Khairani yang dia kenal dulu. Dialah yang menjadi punca kemalangan tempoh hari sehingga menyebabkan Lisa hilang ingatan dan berubah tingkah laku.
"Lisa, ni abang... ingat tak?" Adlan masih mahu mencuba. Mana tahu Lisa dapat mengingati kembali siapa dirinya.
"Abang? Hello... jangan nak perasan! Lelaki macam ni abang saya? Muka jahat... ada janggut lagi... macam ni mengaku abang saya? Perasan!" Khalisa mempersoalkan dalam sinis, "Dah... Sekarang keluar! Keluar! Saya tak kenal! Tak kenal!" Tinggi nada suara Lisa kedengaran hingga ke luar bilik.
KONFLIK ingatan - mungkin boleh dibuat-buat demi mempertahankan maruah diri. Tetapi bagi Khalisa Khairani, cinta mendahului perasaan yang dibuat-buat dan cinta mengatasi ingatan yang direka-reka. Oleh kerana itu, walaupun Khalisa Khairani menafikan perasaannya terhadap Adlan Zakuan, namun cintanya tidak dapat disembunyikan. Sehinggalah kekangan dan halangan dari tiga penjuru membuatkan Khalisa Khairani lemah untuk menghadapinya. Dalam keadaan begitu, seseorang hadir menjadi hero yang dapat menyelamatkan Khalisa Khairani - Siapakah dia? Adakah Encik Darwish? Atau Encik Fikri? Atau Encik Adlan sendiri?
"Merasai cinta biarlah dalam keadaan bersedia, bukan dalam keadaan kesepian."
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Kerana keengganan Lisa untuk menerima Adlan sebagai suami, mereka berpisah. Lima tahun berlalu dan Lisa diterima bekerja di sebuah syarikat. Di sana dia terserempak dengan Adlan. Yang peliknya Adlan tak kenal dia.
Persoalan demi persoalan timbul. Adakah Adlan menghidap amnesia? Atau sekadar berpura-pura tak mengenalinya? Lisa menjadi semakin sesak setelah mereka berdua 'terlanjur' semasa pergi bercuti bersama. Adlan pulak buat sikap selamba. Mentang-mentahlah dia dasar buaya darat, perempuan keliling pinggang, langsung tak ambil kisah maruah dan kesucian diri Lisa telah diragut!
Overall, I like it! Rupa-rupanya cerita ni taklah se-serius mana pun. In fact, N rasa most of the stuff agak comel and sweet. Cuma bila dah nak dekat habis jer, masalah dorang muncul sebab Lisa dan Adlan dua-dua ditabur fitnah. Cara pengolahan cerita oleh penulis juga cukup menepati citarasa N :)
sejujurnya cerita novel ni agk meleret..penat nk habiskan..sebab kejap baik kejap gaduh..lepas tu senang2 percaya fitnah org jahat..lepas pujuk baik balik..tp mungkin kisah mcm ni menunjukkan walaupun ditimpa mcm2 halangan antara adlan dgn lisa..kasih mereka tetap bersimpul mati..
nasib baik ada unsur2 lawak yg ditonjolkan yg kadang2 boleh buat pembaca tersengih tiba2..mana x nya..tgh part serius tiba2 adlan buat lawak bodoh..haha
Beli novel ni sebab pernah baca kat blog penulis..seriously masa baca kat blog macam excited je cerita dia lepas jadi novel agak mengecewakan.jalan cerita agak berterabur dan tidak berkembang.(pening lepas baca novel ni hahahah) boleh la kot nak layan masa lapang. teruskan berusaha ya penulis
karya yang pertama ke cik penulis?.. ataupun akak ada keciciran karya?.. rasanya macam satu jer yang takde, buku limited yang ada dua penulis dalam satu buku tu.. lupa keluaran penerbit mana.. idea buku ni ok, boleh diterima... perkahwinan yang dimahukan oleh watak utama adlan zakuan demi mahu menebus kesalahannya pada khalisa khairani yang koma dan hilang daya ingatan. perkahwinan pada umur muda menyebabkan khalisa memberontak dan sering melawan adlan sehingga adakalanya mencederakan diri adlan. akhirnya khalisa berjaya melarikan diri.
pertemuan setelah hampir putus 5 tahun di tempat kerja baru khalisa, menemukan khalisa dengan adlan yang ego. khalisa yang ingat ikatan perkahwinan mereka telah putus rupanya baru tahu yang dia masih belum diceraikan oleh adlan. hubungan mereka kejap on kejap off dek sebab perangai kasanova adlan.. hmm... dekat sini, perjalanan kisah dan penceritaan sedikit huru hara dan ada masa sedikit menjunam dalam parit.. maaf ya Aulia Iman sebab mungkin ini karya awal aulia jadinya akak rasa setakat tergelincir ni biasalah. sebab akak dah baca 2 buah karya yang terkemudian jadinya akak terima semua kelemahan dalam buku ni sebab anda adalah penulis yang belajar dari kelemahan dan kesilapan yang anda lakukan di awal penceburan diri dalam bidang penulisan..
hmm... apa lagi ya... yup, happy ever after punya ending, so korang sebagai pembaca kalau mana yang menyokong karya penulis berbakat Aulia Iman ini teruskan beri sokongan.. She's a talented writer... bagi akak seorang penulis yang bagus adalah penulis yang belajar, menerima teguran dan bangkit dari kelemahan. good luck untuk yang seterusnya...
#3 Kasih Bersimpul Mati Karya Aulia Iman Terbitan Karystos Creative
Karya pertama penulis baru Aulia Iman.. Sebuah karya cinta yg baik bg seorg penulis baru.. Bg sy penulis mampu pergi jauh.. Jalan cerita yg baik dgn gaya bahasa yg baik.. Ternyata penukis mampu memikat cita rasa sy.. Karya yg blh dihadam dgn baik.. Mengisahkan percintaan Adlan Zakuan a.k.a Alan dgn Khalisa Khairani a.k.a Kay a.k.a Lisa.. Percintaan yg terpaksa mereka tempuh dgn onak dan duri yg akhirnya mendapat sinar kebahagiaan.. Kay a.k.a Lisa berkahwin dgn Alan yg pada mulanya tidak dpt diterima oleh Kay.. Semasa majlis perkahwinan Kay melarikan diri dan bersembunyi.. Tp perkahwinan mereka ttp berjalan spt yg dirancangkan.. Kenapa Kay lari dan bersembunyi ada ssbnya.. Anda harus baca.. Selepas mereka berkahwin Kay dgn sikap dimginnya membuatkan perkahwinan mereka haru biru yg akhirnya membawa perpisahan.. Selepas 5 tahun berlalu mereka bertemu semula yg dimana Kay yg selama ini menganggap dirinya sbg janda berhias dan dgn sikap kasarnya telah berubah menjadi Lisa seorg gadis yg lebih sopan telah bekerja di syarikat Alan.. Pada mulanya Lisa tdk mengetahui krn pada dasarnya Lisa tlh memohan jwatan bhgian kewangan tp apabila telah diterima jwatan yg diberikan adalah sbg PA kpd Alan seseorg yg pernah Lisa kenal.. Pelbagai kisah terjadi bila Lisa menjadi PA kpd Alan.. Dlm masa yg sama Lisa berhadapan dgn Wanda kekasih yg tidak diakui oleh Alan.. Dan berdepan dgn Saffiya calon menantu pilihan ibu Alan iaitu Datin Maria selain dgn kekasih-kekasih Alan yg lain.. Mampukah Lisa berhadapan dgn mereka? Anda hrus baca.. Selama ini Lisa beranggapan yg dia adalah bekas isteri Alan ttp tanggapannya ternyata silap.. Datin Maria yg sememangnya amat membenci Lisa akibat dr kisah lampau.. Mampukah Lisa menyakinkan Ibu mertuanya Datin Maria? Anda harus baca.. Kebahagian mmg sukar ditemui bg org yg kurang sabar.. Ternyata kebahagian milik mereka walauoun pelbagai ranjau terutama terpaksa berhadapan dgn Wanda yg sememangnya berdendam dgn Alan krn Alan menolak cintanya.. Pelbagai cara dilakukannya bg mendapatkan Alan sehinggalah Wanda memfitnah Alan yg menyebabkan Alan dipenjara.. Dptkah Alan membuktikan dirinya tdk bersalah.. Paling menyayat hati pabila Datin Maria memaksa Alan memilih anta seorg ibu atau seorg isteri yg mana situaisi spt ini amat memeritkan apabila anda terpaksa memilih.. Ternyata kesabaran itu membuahkan hasil apabila Datin Maria mula menerima Lisa semenjak mengetahui Lisa berbadan dua dan kes Alan ditahan polis.. Apakah terjadi pada cinta mereka.. Apakah Alan dpt membuktikan dirinya tdk bersalah? Adakah Wanda dpt merebut cinta Alan? Anda harus dptkan.. Sebuah karya yg baik.. Tahniah buat penulis krana berjaya sy sbg pembaca menyukai karya anda.. Dptkan dipasaran dgn harga RM29(sm) RM32(ss)
# p/s ini hanya pandangan peribadi terhadap sesebuah karya dan citarasa setiap pembaca adalah berbeza
Done with Kasih Bersimpul Mati.. Oh..Alan n Lisa.. seriously i love the story very much. boleh nampak Alan n Lisa depan mata.. awal2 lagi dah buat den gelak sorang2.. best jgk baling org dgn Febreze. nk try blh x? haha. Alan ni lawak la..xpadan dgn buaya tapi penakut kt lipas bagai... hisk.. overall i love this novel. good job sis Aulia Iman.. novel yg bercampur pelbagai rasa.lucu, geram, kesian, sedih..yg pasti boleh buat saya gelak sorang2..
Permulaan novel ni bgs. Namun, selepas itu, olahan berterabur, seolah-olah novel ini dikarang oleh dua org yg berbeza, kronologi yang lemah & ketidaktepatan fakta. Sbg contoh, ketika Lisa & Adlan sdg makan di sebuah restoran, saya membayangkan mereka ini berada di sebuah restoran makanan barat sebab penulis menceritakan hidangan steak & lasagna yg sdg dimakan oleh kedua watak ini. Namun, rupanya mereka ini berada di restoran makanan jepun. Saya belum pernah jumpa restoran makanan jepun menghidangkan lasagna atau steak. Kemudian, ada babak di bab2 terakhir yang menyatakan Lisa sdg mengandung 6 bulan, kemudian, di bab yg selepas itu, dia sdg mengandung 4.5bulan. Byk lg kelemahan berkaitan kronologi cerita dlm novel ini yg saya rasa penulis sndri sudah sedia maklum (hasil dr review pembaca yg lain).
Ideanya bagus, tapi sayang, olahan yg sangat lemah. Ketika membacanya lembar demi lembar, saya sering mengeluarkan keluhan. Kadangkala saya berasa marah. Terlalu banyak kepincangan sehinggakan saya yang bukanlah orang yg kreatif dlm mengarang cerita atau memberi pendapat terpanggil untuk menulis review ini. Kalau boleh ingin saja saya menghentikan pembacaan, namun, utk meberi keadilan kpd penulis, saya habiskan jg pembacaan novel ini.
Walau apa pun, seperti yg saya katakan, ideanya bagus. Ada beberapa dialog yg mencuit hati namun, setakat itu saja. Lain-lain, masih byk ruang yg perlu diperbaiki.
Sejujurnya, karya pertama Aulia tidak mengecewakan. Kesilapan pada ejaan dan sebutan mungkin boleh dielakkan di masa akan datang. Teruskan menulis, menulis dan menulis.