Faizal Sulaiman was born in Batu Pahat and grew up in Kota Tinggi, Johor. He has published short stories in the 2012 anthologies KOPI and BOLA and SUMBAT (2012) is his first novel.
Koleksi cerpen yang banyak mengisahkan mengenai pelbagai ragam manusia di dunia ini yang sebenarnya memang ada dan mungkin berlaku di sekitar kita. Mungkin juga mampu untuk kita ambil sebagai pengajaran dalam meneruskan keberlangsungan hidup.
Tapi...
Kebanyakan cerpen di dalam ni buat aku rasa, 'kenapa begini?', 'Dah habis?', 'Aik? Itu je?'...
Seperti kebanyakan cerpen-cerpen di dalam ni hendak dihabiskan dengan segera. Baru aku nak feel-feel kejap, tapi terus dicantas dengan semerta bila abam penulis menoktahkan ceritanya. Sebagai contoh, cerpen 'belakang, niat, tutup' tu aku agak kecewa sedikit, abam penulis nak buat cerita tentang tiga cerita berbeza yang berlaku di sekitar tempat tu, tapi memang sangat tergantung terutama masa Jainab nampak Leha ada pelihara toyol kat rumah dia, lepas tu jadi apa? sedikit hampa kat situ... :)
Tapi bukan semua cerpen di dalam ni sebegitu, ada juga yang baik dan memuaskan hati aku sebagai pembaca. Ada juga yang membuatkan aku senyum dan terangkat kening tinggi bila baca.
Tahniah abam Faizal Sulaiman atas buku kedua dari fixi ini.
Tapi benda yang paling aku suka adalah sebab aku dapat buku ni dari tangan encik penulis sendiri dan ada tandatangan disertakan.
Sukar untuk memilih mana satu cerpen kegemaran kerana setiap satunya punya rencah dan kisah yang tersendiri. Apa-pun, aku kira himpunan cerpen yang termuat dalam antologi ini tiada satupun yang punyai faktor 'wow' kepadaku. Banyak cerpen yang termuat seolah-olah bagaikan ditulis secara tergesa-gesa sehinggakan aku rasakan banyak lompang kosong yang terbiar. Amat merugikan kerana pada hemat aku, banyak cerpen yang berpotensi untuk menjadi amat bagus, tetapi aku dikecewakan apabila kisahnya seperti yang aku beritahu tadi, bagaikan ditulis secara tergesa-gesa.
Beberapa cerpen yang muncul di awal aku kira cukup bagus dan berjaya memancingku untuk terus menghabiskan membaca keseluruhan antologi yang memuatkan 30 cerpen ini. Itu sahaja.
UPDATED (diambil terus dari blog aku)
Faizal Sulaiman kembali lagi dengan percaturan kedua beliau selepas debut novel beliau, SUMBAT, laku keras di pasaran. Kali ini, beliau tampil dengan sejumlah koleksi cerpen (30 kesemuanya) yang dimuatkan dalam antologi yang berjudul ‘Cerpen Faizal Sulaiman’. Kekal dengan trademark koleksi antologi cerpen yang terdahulu, FIXI kali ini mengekalkan konsep kulit berwarna kelabu. Faizal Sulaiman seharusnya berasa bangga kerana kini nama beliau sebaris dengan penyumbang-penyumbang siri antologi cerpen yang terdahulu seperti Khairul Nizam Bakeri, Nadia Khan dan Shaz Johar. Hai, entah bilalah koleksi cerpen aku hendak cukup banyak seperti mereka ini agar dapat menerbitkan antologi cerpen sendiri pula… #berangan #optimis
Antologi yang memuatkan 30 buah cerpen yang menurut Faizal Sulaiman merupakan koleksi beliau sejak lima tahun yang lalu mempersembahkan rencah kisah yang pelbagai. Sukar untuk meletakkan satu label khusus yang dapat merangkumkan tema cerpen-cerpen yang termuat di dalam antologi ini, tetapi pada hemat aku, kebanyakannya cerpen yang terkandung di dalam koleksi berkulit secangkir latte ini banyak bertunjangkan kemanusiaan. Tiga cerpen terakhir yang termuat di dalam antologi ini pernah disiarkan di dalam antologi cerpen lain (KOPI, BOLA dan KLCC) iaitu Kopi Julia, Sesaat Ke Gawang dan Izzaq; makanya dalam ulasan kali ini aku tidak akan mengulang-ulas ketiga-tiga cerpen tersebut.
Nah, berikut merupakan ulasan serba ringkas terhadap setiap cerpen yang terkandung di dalam antologi Cerpen Faizal Sulaiman ini. Semoga ulasan ini sedikit-sebanyak membantu penggemar buku-buku FIXI di luar sana untuk menilai dan seterusnya mengangkat senaskhah antologi cerpen ini untuk dibaca dan dijadikan koleksi peribadi. Maaf kalau ulasan ini agak bersifat teknikal dan banyak memperkatakan tentang naratif, konstruksi cerita dan hal-hal teknikal dan bukannya berkisar kepada plot setiap cerpen semata-mata.
=)
1. IRI Aku agak bersetuju antologi setebal 279 halaman ini dibuka dengan cerpen yang berjudul ‘IRI’ ini. Bagi aku, ini adalah antara cerpen (walaupun pendek, hanya sepanjang 3 setengah halaman) namun naratif yang digarap cemerlang sekali. Faizal Sulaiman bijak bermain dengan psikologi pembaca dan membuat seolah-olah apa yang dilakukan oleh Azraq itu bukanlah suatu dosa, malah suatu kemestian untuk kelangsungan hidupnya demi meneruskan hidupnya yang berlandaskan iri. Nah, bebas spoiler bukan ulasan cerpen ini? Hahahaha…
2. JANGAN JERUT Judul cerpen ini agak misleading bagi aku. Sampai ke sudah aku tidak nampak celah manalah yang menidakkan perbuatan ‘menjerut’ itu sebenarnya berlaku. Entahlah. Apa-apa pun, sekali lagi Faizal Sulaiman bijak dengan percaturan naratif dari sisi yang amat-amat tidak disangka-sangkakan. Satu cerpen yang bagus, cuma bagi aku mungkin boleh diperpanjangkan lagi untuk membuatkan lebih banyak elaborasi dan ruang untuk watak-watak yang ada berkembang. Aku suka cerpen ini.
3. KERANA DIA Ini cerpen sentimental. Bagi mereka yang sudah selalu singgah ke blog Faizal Sulaiman pastinya sudah sedia maklum bahawa Faizal Sulaiman nyatanya handal menulis kisah-kisah kemanusiaan. Bagi aku, Faizal merupakan pemerhati sosio-psikologi manusia yang bagus. Beliau mampu melihat apa yang di sebalik seseorang manusia, dan sekali gus menerapkan apa yang beliau lihat ke dalam tulisannya. Jalan cerita cerpen ini agak mudah; dua orang kenalan bertukar-tukar pendapat tentang cinta dan hala tuju hidup masing-masing. Namun pengakhirannya bagi aku cukup manis, seperti latte di kulit hadapan buku ini.
4. SULAI Aku bertanyakan kepada Faizal Sulaiman, apakah maksud ‘Sulai’, dan beliau hanya tertawa dan minta aku baca hingga selesai cerpen ini untuk mengetahui jawapannya. Usai membaca cerpen ini, aku tidak boleh tidak daripada tersenyum sendirian. Cerpen ini boleh dikatakan suatu tribut kepada insan yang paling Faizal sayang dan hargai di dunia ini, iaitu ayahandanya. Indah. Aku suka cerpen ini.
5. SOSOK DAN MAYAT Abaikan nama watak yang berbaur klise dalam cerpen ini, abaikan juga naratif tergesa-gesa yang wujud dalam cerpen ini. Plot cerpen ini sudah bagus, tetapi entah di mana silapnya, selesai aku membaca, aku tersebut: “Eh, macam tu je habis?”
Banyak hal yang disebut dalam plot cerpen ini yang tidak dirungkaikan sehingga selesai, dibiarkan melenyap dan itu yang membuat aku sedikit terganggu sebenarnya. Cerpen ini boleh menjadi bagus, sayangnya ia bagaikan nasi goreng kurang garam, tidak begitu menyelerakan.
6. JALAN AKHIR Cerpen ini membuatkan aku terpaksa ulangbaca sebanyak dua kali. Bacaan pertama, aku tidak faham susun-atur kronologi plot yang dipersembahkan. Bacaan kedua, aku tandakan sebagai salah satu cerpen yang biasa-biasa sahaja. Sukar untuk meletakkan genre yang sesuai kepada cerpen ini. Psychological thriller bukan, horror-thriller pun bukan. Sekejap kau akan fikir ini kisah hantu, tetapi penyudahnya tidak pula seperti mana kisah hantu sepatutnya ditamatkan. Entahlah, aku keliru dengan cerpen ini. Terlalu banyak elemen yang disumbatkan (no pun intended) ke dalam cerpen ini.
7. ISKANDAR, ISADORA Membaca tajuknya sahaja telah membuatkan aku terus meletakkan mindset bahawa ini paling tidak pastinya kisah cinta ala-Romeo dan Juliet. Nyatanya sangkaanku jauh meleset. Penceritaannya bagus, tetapi pada hemat aku bagaikan ditulis hendak cepat siap. Plotnya sudah bagus, menggigit. Kisah lelaki psikotik yang payah hendak melepaskan rasa cintanya terhadap seseorang. Tetapi, seperti yang aku cakapkan tadi, kenapa ringkas sangat?
8. RODA Ini cerpen tipikal Faizal Sulaiman. Bagi aku, beliau ini seorang yang gemar menulis kisah asam-garam laki-bini barangkali (jangan marah ya, bang Pejal…). Naratif yang digunakan baik dan susunan plotnya kemas sekali. Benarlah kata-kata lapuk klise; “Karma is a bitch, but history has a way repeating itself.”
9. ROMANTIKA BOULEVARD KE KOTA TIMUR Masya-Allah… letih hendak menghabiskan pembacaan cerpen ini. Cerpen yang mengangkat tema cinta antara dua dunia ini bagus, cumanya pada hemat aku ia ditulis agak longgar dan tidak kemas, menyebabkan pembaca (hanya aku, barangkali?) menghadapi kesukaran untuk mengikut kronologi plot yang dipersembahkan. Kisah cinta Khusairi dan Liyana yang terpisah antara dua tahun dan latar tempat yang berbeza ini mengingatkan aku akan filem ‘The Lake House’ dan ‘You Got Mail’, cumanya ini versi Melayu.
10. BELAKANG, NIAT, TUTUP Ini satu lagi pada hemat aku cerpen yang tajuknya agak misleading, tetapi dalam hal yang baik. Aku suka langgam bahasa yang digunakan dalam cerpen ini, lain dari yang lain dan terkadang terasa bagaikan suatu satira tempelakan kepada masyarakat desa sebenarnya kalau diteliti dan dikaji dengan lebih mendalam. Apa yang pasti, aku suka watak Deraman dalam cerpen ini. Dia kelakar!
11. BALAS Aku sudah pernah baca cerpen ini di blog peribadi Faizal Sulaiman sebelum ini, jadinya tiada sebarang kejutan atau pembaharuan dalam versi ini. Kisah lelaki kecewa yang hendak secara literalnya membalas dendam terhadap bekas kekasihnya yang datang beraya.
12. ADHA Cerpen ini juga pernah aku baca di blog Faizal Sulaiman (nampak tak yang sebenarnya aku ini seorang stalker yang comel?). Kisah kemanusiaan don’t judge a book by its cover yang pada hemat aku digarap cemerlang, cuma ceritanya biasa-biasa sahaja. Alah, biasalah typical mindset orang macam kita senang cerita.
13. HULUBALANG Nah, ini raja kepada segala raja tajuk cerpen misleading dalam antologi cerpen ini. Aku tahu Hulubalang ini merujuk kepada nama restoran yang dimiliki oleh Amir, Fir dan Zizul dalam cerpen ini, tetapi entahlah… aku masih rasa tajuknya macam tak kena dengan cerita. Oh, dan aku bagaikan dapat menghidu yang ini merupakan spin-off kepada novel SUMBAT, betul tak abam Pejal?
14. PINTAS Cerpen ini mengaplikasikan Hukum Senapang Chekov. Introduksi awal memperkenalkan pembaca kepada kotak permainan yang akhirnya akan digunakan untuk tujuan yang lebih gelap sebenarnya. Satu cerpen yang bagus.
15. BIARKAN AWAN ITU BERWARNA MERAH JAMBU Maaflah Faizal, ini merupakan cerpen yang paling aku tidak suka dalam antologi cerpen ini. Mungkin kerana nama-nama wataknya yang kelakar dan seperti tak kena tempat, mungkin kerana ia bergenre saifai (kan?), mungkin juga kerana ada elemen penipuan di penghujung cerita ini yang menyebabkan aku hendak tertawa dan mempunyai perasaan yang berbaur terhadap cerpen ini, sama ada aku hendak suka kerana Faizal Sulaiman berjaya ‘menipu’ aku yang comel ini, ataupun tidak menyukainya kerana berasa tertipu. Ahaks.
16. JEFF Aku tidak boleh tidak merasakan kemiripan cerpen ini dengan novel sulung aku, BISIK. Entahlah, mungkin sebab ada adegan yang melibatkan kucing, mungkin.
17. TUMPANG Ini antara cerpen yang paling pendek. Tidak puas baca. Banyak kisah tidak selesai. Kasut merah dalam cerpen ini mengingatkan aku akan lagu ‘Gypsy’ nyanyian Lady GaGa. Okay, aku melalut.
18. KASIH SUCI Cerpen ini kalau diperpanjangkan menjadi novella (atau novel) aku kira ada kebarangkalian aku akan beli (atau pinjam) dan baca. Plotnya bagus, cukup bagus sebenarnya untuk diangkat menjadi drama bersiri 20 episod di TV3. Eh, aku komplimen secara jujur, tahu? Oh, dan aku jujur kasihan terhadap Suci, betul-betul aku kasihan akan dia.
19. UMPAN Kisah anak ikan memerangkap rakan-rakannya yang lain yang mencuba untuk membuat onar. Menarik, tetapi terlalu ringkas. Oh, dan aku tertanya-tanya, apa benar kertas soalan peperiksaan universiti (atau kolej) disimpan di dalam bilik kebal yang sulit? One could only wonder…
20. PELANGUI Aku pernah ternampak tajuk cerpen ini di blog Faizal Sulaiman tetapi entah kenapa aku tidak terpanggil untuk membacanya ketika itu. Ketika aku terlihat yang cerpen ini termuat dalam antologi ini, terus sahaja aku meng-Google apalah yang dimaksudkan dengan ‘Pelangui’ namun aku menemui jalan buntu. Rupa-rupanya ia merupakan suatu mythical creature, suatu hantu yang mengganggu ibu yang sedang sarat mengandung. Pelangui ini lebih kurang macam Penanggal, betul tak Faizal Sulaiman?
21. TIGA LELAKI DAN CANGKIR KOPI Wah wah wah… tajuknya agak mirip dengan tajuk cerpen aku yang termuat dalam antologi KOPI. Nah, ini kisah cinta kontemporari yang aku suka. Plotnya simple tetapi penyudahnya sempurna sekali. Salah satu cerpen kegemaran aku. Cerpen ini sedikit-sebanyak mengingatkan aku akan drama ‘Kopi dan Dia’ yang pernah disiarkan di televisyen suatu ketika dahulu.
22. SEKUFU Sekufu kalau merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat merujuk kepada situasi sama taraf. Cerpen ini dibaca bagaikan separuh siap, macam minum teh tanpa seketul kiub gula. Kurang kick. Sayang sekali.
23. NOIR Noir menurut kamus Merriam-Webster bermaksud ‘crime fiction featuring hard-boiled cynical characters and bleak sleazy settings’ (fiksyen jenayah yang menampilkan watak sinikal dan latar yang tidak begitu jelas ß pandai-pandai je aku translate). Cerpen ini menggunakan teknik epistolary (yang tak tahu apakah teknik epistolary, sila Google sebab ini bukan kelas teknik naratif sastera, ya?).
Sebenarnya aku agar sangsi dengan judul cerpen ini. Apakah kerana nama watak cerpen ini Noir atau apakah Faizal Sulaiman ingin mempersembahkan sebuah kisah yang berlandaskan maksud ‘noir’ itu sendiri. Mungkin aku yang terlebih fikir sehingga membuat pelbagai andaian sebegini. Apa-apa pun, cerpen ini bagus, lain dari yang lain. Suatu percubaan berani yang berjaya buat Faizal Sulaiman.
24. ADAM Ini satu lagi cerpen tipikal Faizal Sulaiman. Nah, jelas seperti apa yang aku katakan, Faizal Sulaiman memang gemar menulis kisah kemanusiaan yang bertunjangkan elemen ukhwah kekeluargaan dan silaturahim antara anak-beranak dan ibu-bapa. Wah, Islamik pula komentar aku kali ini. =)
25. SICK BAY Cerpen ini mengingatkan aku akan cerpen Fatrim Syah yang termuat dalam antologi FOBIA terbitan BUKU ROMAN. Kemiripan jalan ceritanya wujud dalam satu ikatan benang yang samar-samar sahaja. Kisah hantu. Nah, itu sahaja ulasan aku tentang cerpen ini. Oh, bunyi cakar-cakar kaca itu seram ya? (Sebab aku ada pengalaman peribadi yang hampir serupa. #eh #asrama #uitmmerbok)
26. LAKON LAYAR TERAKHIR (Bahagian 1 & 2) Aku rangkumkan sekali dua cerpen ini kerana cerpen ini bersambung antara kedua-duanya sebenarnya, kiranya ala-ala sekuel gitu. Cerpen ini sebenarnya boleh jadi lebih bagus, tetapi entahlah… sebaik sahaja aku habis baca aku mengeluh kerana (walaupun ia sudah diceraikan kepada dua bahagian, aku masih lagi merasakan banyak hal yang dibiar tidak diceritakan dengan baik). Komposisi cerpen ini pada hemat aku sesuai kalau digarap dan dikembangkan untuk menjadi novella (atau novel?) agar watak-watak dalam cerpen ini dapat dikembangkan dengan lebih baik dan seterusnya disudahkan dengan lebih sempurna. Sayang sekali, ini antara cerpen yang berpotensi untuk menjadi cerpen kegemaran aku tetapi atas kekurangan ini menyebabkan aku rasa tidak puas hati. Faizal, do something! (Eh, tertinggi suara pulak. Maaf abam Pejal…)
Nah, ulasan pendek-pendek (pendek ke?) kesemua cerpen yang terkandung dalam antologi ini (kecuali tiga yang terakhir kerana pernah aku ulas dalam review sebelum ini). Apa yang pasti, apakah aku bakal menyogok kalian untuk pergi mendapatkan antologi ini?
Jawapannya semestinya ya, kalau anda penggemar dan pengikut tegar penulisan Faizal Sulaiman, dan kalau anda salah seorang pembaca tegar FIXI yang menyukai novel debut beliau, iaitu SUMBAT.
Maaf penulis... 3 bintang sahaja mampu ku beri...jika di letakkan keempat2 koleksi cerpen drpd penulis FIXI, koleksi cerpen beliau hanyalah berada ditangga ke-4...sekurang2nya cerpen Shaz Johar tu menghiburkan...tapi yang ini, sedikit sebanyak membantutkan mood membaca aku sahaja...
Walaupun permulaan cerpennya agak menarik tp bila menghampiri penamat buku, penulis seperti hilang taring dalam berkarya...(abaikan cerpen2 yg diwujudkan kembali drpd naskah edisi terhad KOPI, BOLA & KLCC di penghujung naskah)...tidak sepertimana naskah cerpen penulis lain yang mengandungi hanya 20 buah cerpen, untuk beliau, sebanyak 30 buah cerpen dimuatkan bagi buku yang tak sampai 300m/s ini...bayangkan?? Tak sempat nak klimaks, sudah pun tamat!!!
Antara yang menarik bagi aku, Iri, Romantika Boulevard ke Kota Timur, Adha, Hulubalang & Noir...manakala yang betul2 potong stim aku Pelangui & Sick Bay...alahaiiiii...mungkin genre seram tidak serasi bg beliau...Aku maafkan penulis kerana terpaksa menyelongkar hasil karya yang lama2 bagi melengkapkan keseluruhan koleksi cerpen beliau...(boleh rujuk INTRO penulis)
Hampir keseluruhan cerpen2 beliau banyak elemen kejam, dendam, bunuh & ada juga kisah kekeluargaan & rumah tangga serta sekelumit cinta...Kesilapan aku kerana dipertemukan dengan naskah ini terlebih dahulu berbanding dengan Sumbat, namun Sumbat tetap ku baca walaupun perkenalan pertama tidak seperti yang diharapkan...Aku mengharapkan novel seterusnya lebih mencabar & matang...
Membaca dan seterusnya mengulas penulisan Faizal Sulaiman yang sinonim dengan sajian makanan adalah umpama meletakkan diri sebagai juri pertandingan masakan. Setiap terbitan rasa yang diolah daripada pelbagai ramuan dihalusi sedalam-dalamnya mengikut citarasa masing-masing. Berdasarkan selera bacaan aku, cerpen ini sudah cukup kaya dengan rencah dan bahannya. Cuma kelemahan dari sudut persembahan yang tak mampu meledakkannya sebagai sebuah hidangan berpakej lengkap. Idea-idea yang ditonjolkan jelas berkualiti tapi sayangnya kurang menyengat terutama pada peringkat peleraian. Cerita-cerita kontot yang mendominasi mungkin boleh diregang lebarkan lagi agar tidak nampak seperti terburu-buru mengejar noktah akhir. Aku menyuap fikiran dengan bacaan dan cerpen ini tidak cukup mengenyangkan tembolok minda.
Tuhan, bawa aku pergi dari sini, jauh dari sini. Mana mungkin aku boleh hidup dalam cerita buku ini. Urbanisasinya terlalu kuat dan aku mengalami kejutan budaya gitu. Walhal aku membaca buku bahasa Melayu. Maklumlah buku Fixi.
*Penggunaan aku merupakan perkara biasa di tempat saya. Mohon tiada yang tersinggung*
30 cerpen dalam buku ini boleh dikatakan lebih separuh daripadanya tergantung. 2 cerpen pula saya langsung tidak faham dan 1 lagi saya tidak baca langsung. Secara relatif, aku lebih menyukai buku Cerpen oleh Nadia Khan. Mungkin atas faktor unsur-unsur Biologi yang mantap dan mendalam. Not to forget the using of powerful English.
Jadi, kritikan pertama ialah terlalu banyak unsur darah... dan darah...dan darah. Mungkin penulis suka darah? Tapi cara pembunuhan itu sama. Sama ada dihunus menggunakan pisau/pedang di jantung atau ditembak sahaja. Mula-mula baca memang seronok. Tapi lama kelamaan hilang rasa teruja tu.
Selain itu, saya rasa setiap cerpen ni terlalu pendek. Jadi pengakhirannya tergantung. Mana syok kalau begitu. Aduh, seakan-akan orang ingin menyuap kita makanan tetapi ditarik pula. Apa kata orang? Potong stim? Lebih kurang begitulah.
Let's take a look at the bright side now. Saya suka penggunaan bahasa penulis. Variasi perkataan dapat saya lihat dalam buku ni. Sebagai pelajar, saya dapat menggunakan perkataan yang menarik hasil pembacaan novel ini.
Rasa-rasanya, setakat ini sahajalah. Maaf kalau ada terkasar bahasa. Hanya meluahkan pandangan agar kualiti buku Malaysia dapat ditingkatkan lagi. Selamat maju jaya penulis.
Bila habis je baca buku Cerpen karya Faizal Sulaiman ni, #EvilHani dok terpikir, 'Waa~ banyaknya dendam dalam buku ni~' *gosok gosok tapak tangan*
Aku tak tau nak letakkan cerpen yang mana jadi feberet aku. Lepas belek-belek tajuk dan ingat balik jalan ceritanya macam mana, boleh aku katakan cerpen Romantika Boulevard ke Kota Timur, Biarkan Awan Itu Berwarna Merah Jambu, dan Noir yang aku paling suka.
Terus-terang aku katakan, banyak cerpen yang berpontensi dalam buku ni tapi seakan tak sampai dan seperti yang tak habis diceritakan, macam terburu-buru nak dihabiskan.
Walau macamana pun, gaya penceritaan penulis bersahaja dan mudah difahami (ini yang aku suka). Apa-apa hal, tahniah atas terbitnya buku ni dan keep it up yoh! :)
Agaknya dendam dalam Sumbat masih tersisa, kerana kebanyakan cerpen dalam ni tentang dendam. Ada cerpen yang buat aku berkata 'Eh, tu je?'. Personal favorite aku Sulai, Tiga Lelaki dan Cangkir Kopi, dan Noir.
Salah satu buku yang paling mudah untuk dihabiskan - mungkin kerana gaya bahasanya yang mudah dan dilengkapi baris ayat yang tidak kompleks. Penceritaan yang dekat dengan realiti, isu semasa dan juga bayangan atau plot yang mungkin terbit dalam benak setiap manusia namun bezanya...ianya ditulis, dan yang lainnya sekadar berlalu pergi.
Buku ini tarikannya mirip seperti Cerpen Nadia Khan, juga dari Buku Fixi. Menggamit pembaca untuk terus membaca, dari satu halaman ke satu halaman, dari satu baris ke baris ayat yang lain.
Cerpen yang menjadi kesukaan adalah "Biarkan Awan Itu Berwarna Merah Jambu". Kenapa? Biarkan diam terkubur tidak diketahui.
Ada 30 cerpen dalam buku ni. Yang paling best adalah Hulubalang. Ia mengambil inspirasi novel Sumbat. Yang lainnya Hulubalang adalah 3 orang lelaki yang meneraju restoran yang menggunakan daging manusia sebagai signature item.
Ada juga Pelangui. Dulu pernah try jadi proof reader, tapi x sempat nak habiskan. Rupanya Pelangui ni hasil tulisan Faizal Sulaiman.
3 cerpen terakhir, pernah penulis sumbangkan untuk antologi Kopi, Bola dan KLCC. Tapi baru baca full Kopi Julia dan Sesaat ke Gawang. Izzaq dah baca dalam KLCC.
Overall puas hati baca novel Cerpen ni. Macam - macam iktibar dan pengajaran kita dapat bagi setiap cerpen dalam ni.
setiap cerpen didalamnya tidak berpaksi pada satu tema bagi mengesan style penulisnya.. penulisan mempunyai sifat eksperimental dan fantasi melampau sehingga ada di antara slot dalam plot menjadi tidak terkawal.. slot tidak terkawal inilah yang membuat penulisan tidak begitu menghiburkan.. namun cerpen ADHA dalam koleksi ini ditata dengan baik
These 30 awesome short stories for me are too short! Tak sempat nak sampai ke puncak kepuasan membaca. Cewah. haha. Tapi aku suka sebab most of the stories ada plot twist, the unexpected moments yang buat aku kagum dengan penulis. Certain cerpen buat aku rolled my eyes je. haha. Jangan Jerut, contohnya. Overall, aku enjoyed baca your writing, Faizal.
Koleksi cerpen Faizal Sulaiman yg menghiburkan walaupun cerita kontot.. semua koleksi dlm cerpen ni bertemakan Keluarga...betapa pentingnya hubungan kekeluargaan tu..sayangilah keluarga anda sepenuhnya.. thanks Faizal Sulaiman..thanks Fixi..
Rasa nak belek laju-laju tanpa baca. Most of it memang kurang dari segi penceritaan dan most of it juga agak membosankan. Sepertinya jalan cerita pada setiap cerpen sengaja disekat dan dipotong sampai rasa kurang serba-serbi.