Gibbs, Ray, KJ are Troll are best friends at an elite secondary school. They have a code: none of them can have an exclusive relationship with a girl; she must be shared. But when one of the guys breaks this code, the consequences turn dire - and even deadly.
Cetakan Pertama : Disember 2013 Cetakan Kedua : Januari 2014 Cetakan Ketiga: Mac 2014 Cetakan Keempat: April 2014 Cetakan Kelima: Mei 2014 ~
Nadia Mohamad Hatta, or Nadia Khan, graduated with M.B.B.S. in 2009 and is now a part-time tutor,full-time writer and all-time procrastinator. Also on her plate is wannabe philosopher slash filmmaker, but not yet cooked to perfection. Discovered by Buku Fixi after winning a national script-writing competition, she had her first novel Kelabu published in 2011. This was followed by her short stories anthology aptly named Cerpen (2012) which also included her contribution to another short stories anthology entitled Kopi (2012). Her first script to be made into a telemovie was 'Aku, Dia dan Tong Sampah', produced by Playground Productions. Currently tutoring a medical faculty at a Malaysian university, she is also pursuing her Master's degree in Psychology.
Kata orang, yang ditinggalkan itu selalunya lebih sunyi daripada yang meninggalkan.
Feh! Ayat seniman. Nampak dak, aura Ray dah mula tempias. Tapi ni bukan tempias manja-manja, ni tempias habis kuyup dah.
Gantung! Nyata tidak mengecewakan malah rasanya tidak melampau jika dikatakan lebih hebat daripada Kelabu (Kemain puji Gantung. Sebabnya, dengan Kelabu dulu hidup-hidup kena tipu dek budak Amir tu). LOL
Patutnya nak beri 4*. Rating penuh tu diberi atas faktor kepuasan akibat tidak ditipu hidup-hidup lagi. Ramalanku benar belaka. Jadinya, tak adalah kalut sangat nak baca*lompat bintang*. Durasi untuk Gantung ialah selama 4 jam.
Saya tak suka pada kehidupan sosial pelaku-pelaku watak. Sangat sosial. Budak sekolah! Juling mata waktu mula-mula menelaah. Tapi saya suka pada emosi watak-wataknya. Sangat menjadi. Dan rasanya itu kekuatan seorang penulis apabila berjaya menghidupkan watak-wataknya kepada pembaca.
Cerita ni ada sikit-sikit rasa Hoi! Tulisan Ahadiat Akashah. Awek Cun. Kejora. Sikit-sikit tu bererti sangat sedikit. Bukan sebijik ya. Jadi, sesiapa yang pernah baca mesti boleh agak, Gantung ceritanya macam mana. *spoiler*
Ray, yang berjiwa sensitif. Namapun seniman, kan. Troll. Sekalipun watak dia ni tak besar mana, tapi dia tetap berjaya tinggalkan sesuatu. Dan, tanpa dia persahabatan budak-budak Musketeer Code ni takkan lengkap. KJ. Sedaya upaya dihapus muka KJ yang real.Hahaha. Deepa. Entah patut ke tak dikesiankan budak ni. Geram juga difikir-fikir apa yang dia dah buat. Pendek akal. Tapi, geram lagi dengan budak berdua tu yang pedajalkan Deepa. Okey. Apa yang Deepa alami tu satu trauma. Siapa-siapa pun kalau tak ada iman, bila dah jadi macam tu akan buat benda macam ni. Dan mungkin juga Deepa tak terfikir untuk pilih jalan berkahwin saja dengan KJ/Troll. Saya syak KJ & Troll ni tak ada sipi iras dengan wajah Keith Foo atau Aaron Aziz barangkali. Entah. Mungkin taste Deepa macam SRK atau John Abraham, mungkin.
Dan yang paling dikasihankan sekali dalam cerita ni si tunjang utama, Gibbs. Sampai sekarang rasa sedih tu masih ada. Rasa terkilan tu masih berselirat kat hati. Impian seorang Gibbs. Dia tak minta banyak pun. Hanya mahu melalui saat-saat yang bahagia saja. Tapi dek peristiwa hitam itu, semuanya musnah. Hancur. Berkecai (tetiba aura Ray datang menyapa …hahaha).
Okey. Lawak-lawak juga. Namun, rasa sedih tu tetap terasa. Rasa tu macam menyusup masuk di celah-celah tulang rusuk, kemudian terus menusuk ke jantung. Perit. Dan Fara, tindakan dia itu betul. Hidup perlu diteruskan Gibbs.
P/s: Masih terkesan dengan cinta Gibbs yang tak kesampaian tu *menangis di sudut sepi*
Gantung. Dari mata saya adalah sebuah cerita tentang hubungan. Persahabatan mahupun percintaan. Tak semua yang kita nak mampu kita miliki. Dan tak semua yang kita miliki itu mampu memberi rasa bahagia. Hidup ini sentiasa menuntut kita untuk berkorban. Samada kita bersedia ataupun tidak untuk menghadapinya.
::Okey. Rasa macam ter-emo pula waktu tulis ni. Entah-entah penulis dia nak sampaikan benda lain. Lain pula kefahamanku. Apapun Gantung memang Daebak! Hahaha (ingat KJ ja pandai speaking Korea. Cek pun pandai jugak :p)
G - Gut wrenching A - Astonishing N - Nerve wreaking T - Thrilling U - Unbelievable N - Nightmare invitation G - Gotta read it!!!!
All of the above n yet doesnt get 5* from me. Why? Because of 1 reason and 1 reason only... Too detailed elaboration of failing social behaviour among Muslims which sadly is very true but to me who is 'old school', it should have been tune down jussssst a little bit since membuka pekung di dada is so not cool.
But I chose to read Fixi n Fixi is not a regular read so I should face the consequences of my action.
Nadia khan, awesome writer! She has the ability to captivate me with her writing. She puts me at the edge at the end of each chapter that I cant seem to put down the book. Hence, book finished in 2 sittings.
All in all, I enjoyed reading this book because of the superb plot n writing but honestly I dont like the story because it shows thoroughly the depletion of the morals of my young generations nowadays.
Parents.... be careful and choose wisely what n what not ur children should read.
First time saya memiliki buku terbitan Fixi. Dan saya tak sure nak beli lagi ke tak lepas ni. Haha..not a good start to review kan.
First time tak reti nak review buku setelah karya-karya Hlovate. :)
okey, lets review.
4 sahabat Gibbs, Ray, KJ dan Troll(mati-mati saya ingat mat saleh sesat,nama kemain) yang berasrama di sekolah elit barangkali memandangkan peraturan-peraturan di sekolah itu amat longgar tak memungkinkan mereka bersekolah di sekolah biasa.
Sahabat yang sangat baik sehingga memperkenalkan musketeer code. Semua tak boleh ada steady girlfriend tapi scandal ok dan setiap daripada mereka dapat 'merasa' each of their scandal.
Kemunculan Fara dan Deepa telah mencetuskan peristiwa yang tak dapat dilupakan oleh keempat-empat sahabat ni sampai bila-bila.
Gibbs minat Fara, dan Deepa minat Gibbs, ala-ala cinta tiga segi gitu. Tapi masalahnya Deepa terlalu obses terhadap Gibbs telah menimbulkan idea jahat oleh sahabat-sahabat baik Gibbs sehingga membuatkan si gadis membunuh diri.
Ending- Sedih~~~ hehehe
Kata saya:
Saya baca dua kali dalam masa satu hari buku ni. First time baca, telah saya "kenapa banyak sangat watak ni?" "ada dua kisah dalam satu sekolah ke?" memandangkan tengah-tengah baca kisah Gibbs, KJ, Troll dan Ray. Tiba-tiba masuk kisah pasal Jeremy dan Lina (eh betul ke nama Lina? Confuse)
Setelah baca kali kedua baru faham. Rupanya kisah dekad yang berbeza tapi watak yang sama. Confuse? Saya pun confuse.
Watak Fara, saya bayangkan macam Melinda Gordon dalam Ghost Whisperer. Nampak benda-benda alam ghaib ni, tapi si Gibbs tu bukan macam husband Melinda sebab Gibbs nie nakal.
Baca buku ni, saya rasa macam sy dah termasuk dalam alam kisah gantung ni. Macam boleh nampak scene-scene dalam cerita ni. Bila selesai baca. Rasa sangat relief walaupun sedih at the end of the story.
Kesimpulannya: Patutnya boleh dapat banyak lagi bintang ni, sebab kisahnya best. Tapi ia tak kena dengan jiwa saya. Dari segi bahasanya agak kesat, dari segi kisahnya terlalu terbuka dan perlu diklasifikasikan sebagai bacaan dewasa sebab adegan-adegan yang tak boleh di contohi oleh remaja-remaja dan mereka yang belum berkahwin. Bagi saya, buku adalah medium menyampaikan ilmu. Sayang kalau ilmunya tak dapat dinikmati oleh pembaca.:)
Aku baca Gantung dan Asrama dalam masa sehari. Kesimpulannya, dua malam aku terjaga sebab bermimpi buruk! Berpeluh siap waktu tersedar tu. Mimpi campur habis dua cerita ni. Penakut macam ini lah.
Aku secara harfiahnya melonjak kegirangan apabila boss besar Buku Fixi memberitahu aku yang novel keduaku bakal dilancarkan bersama-sama dengan novel kedua Nadia Khan. Jujur aku bilang, aku tumpang bangga dan terharu apabila diberi peluang untuk berkongsi lime-light dengan satu-satunya novelis Fixi di mana novel debutnya, KELABU, sudah entah berapa kali diulangcetak dan masih lagi mengungguli carta bestseller toko-toko buku sekitar Malaysia. Jadi apabila aku mendapat tahu yang Nadia Khan bakal muncul dengan novel keduanya yang berjudul GANTUNG, senyum aku sampai ke telinga.
Sebenarnya aku punya ekspaktasi yang agak tinggi untuk GANTUNG kerana bagi aku, KELABU merupakan antara novel terbitan Buku Fixi yang terbaik sehingga ke hari ini (aku punya senarai 10 novel Fixi kegemaran sepanjang masa tetapi atas sebab-sebab tertentu aku enggan dedahkan di sini, maaf ya?). Jadi apabila aku mula membaca GANTUNG, aku berharapkan sesuatu yang luar biasa, aku mengharapkan yang aku merasai sensasi yang kalau tidak serupa, lebih kurang sama seperti mana selepas aku membaca KELABU dua tahun yang lalu (dua tahun, gosh…lamanya!).
GANTUNG aku klasifikasikan sebagai novel psikologi/seram, setebal 293 halaman dan punya 44 bab tidak termasuk epilog. Itu konstruksi asas novel ini. GANTUNG berkisar tentang empat remaja sekolah (aku kira mereka ini pelajar tingkatan empat), Gibbs, Ray, KJ dan Troll yang bersekolah di sekolah elit bernama Sekolah Menengah Cemerlang Gemilang Terbilang. Ya, nama sekolahnya kelakar. Abaikan nama sekolah tersebut, ia bukanlah penting mana sangat pun. Empat bersahabat ini menjalani kehidupan sebagai pelajar berlandaskan prinsip Musketeer Code, suatu peraturan di mana tiada sesiapa di kalangan mereka tidak dibenarkan mempunyai kekasih tetap dan perempuan yang didampingi oleh salah seorang daripada mereka harus secara literalnya dikongsi bersama. Oh, naskhah GANTUNG ini awal-awal lagi harus aku jauhkan letaknya daripada dicapai oleh mereka yang di bawah umur kerana di dalamnya banyak sungguh adegan-adegan yang pada hemat aku amatlah tidak age-appropriate.
Aku tidak nafikan pada penelitian aku kekuatan sebenar penulisan Nadia Khan terletak pada kebolehan beliau untuk mencerna dan menghasilkan watak-watak yang bersifat bersahaja, walaupun tidak begitu dinamik (ada beberapa watak yang tidak mengalami sebarang perkembangan baik dari segi emosi, fizikal dan sebagainya), tetapi dekat dan relatable di hati pembaca. Seperkara lagi, aku juga lihat bahawa kekuatan mana-mana karya hasilan Nadia Khan terletak pada dialog-dialog yang dituturkan oleh watak-watak yang dibinanya. Jika diteliti, hampir 70% daripada keseluruhan teks dalam novel GANTUNG ini merupakan dialog. Plot cerita banyak bergerak atas bantuan dialog yang dituturkan, itu teknik yang digunakan oleh Nadia Khan. Beliau tidak perlu menjadi seorang penulis yang overtly descriptive, menghuraikan latar tempat dan masa agar pengisiannya dapat membantu pemahaman pembaca; hanya dengan lontaran-lontaran dialog yang apt, bersahaja dan realistik, beliau mampu menggerakkan plot dengan berjaya sekali. Ini kelebihan penulis yang aku nampak.
Baiklah, kembali kepada ulasan GANTUNG. Jujur aku beritahu, apabila sampai separuh aku membaca novel ini aku tidak nampak lagi hala tuju plot cerita. Ya, aku sedar yang wujud dua susunan plot yang sedang bergerak secara selanjar, di mana:
a) Kisah Gibbs, Ray, KJ dan Troll di sekolah/asrama b) Kisah Khalil (seorang bekas pelajar yang tiba-tiba ‘dipanggil’ ke sekolah) dan watak “cikgu” yang sehingga ke bab terakhir barulah pembaca tahu nama sebenarnya.
Dua plot ini bergerak secara selanjar, di samping itu juga ada kisah-kisah sampingan si Jeremy dan Lina dan tak habis-habis diganggu oleh sejenis makhluk dan juga beberapa lagi kisah sampingan yang aku kira sengaja diada-adakan oleh penulis untuk throw off pembaca daripada menjebak apa yang bakal berlaku seterusnya. Di sini aku lihat kepintaran penyusunan plot yang dilakukan oleh penulis. Seperti kejutan yang berlaku di tengah-tengah novel KELABU, di mana pembaca ‘dipaksa’ untuk mengubah persepsi visualisasi terhadap Amir hampir 360 darjah, begitu juga yang berlaku dalam novel GANTUNG ini. Cuma bezanya twist itu diletakkan hampir ke dua-tiga bab paling penghabisan.
Masih ingat yang aku beritahu yang sampai separuh membaca aku masih tidak tahu hala tuju plot cerita novel ini? Nah, sepertiga pembacaan seterusnya, dua plot yang bergerak secara selanjar itu akhirnya bertemu di satu insiden yang tidak terduga dan pada ketika itulah semuanya mulai make some senses. Masuk bab 36, aku berjaya menjebak dengan hampir tepat apa sebenarnya yang berlaku dan siapa sebenarnya Khalil si bekas pelajar yang tiba-tiba muncul di sekolah itu. Aku enggan untuk dedahkan lebih lanjut kerana khuatir ia akan menjadi spoiler. Cuma bagi aku, bahagian selepas sub-bab kedua di epilog itu aku agak tidak boleh terima. Rasanya kalau Nadia sudahkan GANTUNG setakat sub-bab pertama epilog itu aku rasa sudah cukup bagus. Tetapi penyudahnya bagi aku yang menyebabkan naskhah ini hilang 1 bintang di Goodreads.
GANTUNG pada penelitian aku lebih terarah kepada aspek psikologi dalaman yang dialami oleh watak-watak itu, dan bukannya unsur mistik seram seperti novel ASRAMA (yang aku baca di Twitter dan Facebook, ramai yang membanding-bandingkan antara kedua-duanya). Elemen cetusan seram yang terhasil dalam beberapa babak-babak krusial dalam GANTUNG bagi aku lebih bersifat bersahaja dan terkesan. Ketepikan sentimen agama, ketepikan juga nuansa ketidaklogikan dan cuba nikmati dan hayati jalan cerita yang disampaikan di dalam GANTUNG.
Ini merupakan naskhah hasilan Nadia Khan yang bagus, namun pada hemat aku masih lagi tidak mampu menandingi kebagusan KELABU. Mungkin kerana genre-nya berbeza dan beliau sekadar ingin bereksperimentasi dengan tema remaja sekolah yang diangkat di dalam novel ini yang menyebabkan GANTUNG merupakan novel yang lain dari yang lain. Aku beri 3 setengah bintang untuk GANTUNG. Naskhah ini wajar dibeli dan dihadam oleh semua peminat penulisan Nadia Khan dan juga bagi mereka yang mahukan kisah remaja sekolah bukan kontemporari.
Ghost Whisperer. Sixth Sense. Rage Carrie. I Know What You Did Last Summer. Scary movie. Jangan Pandang Belakang. Blok 444. Cruel Intentions.
Dan banyak lagi filem yg boleh membuatkan imaginasi aku berputar sini sana sepanjang membaca gantung. Nama watak pun cukuplah. Gibbs buat aku terbayang NCIS, Troll (Merlin), KJ (the politician, of course) dan Ray (CSI Miami). Farra pulak...hmmm...adalah. Tapi bukan satu bayangan yang baik juga. Meletakkan watak Deepa seperti meletakkan hantu dari keturunan yang India dari Jangan Pandang Belakang.
Ini bukan salah penulis. Aku jenis "lock" imaginasi tentang watak. Kadang2 watak2 wayang dan buku lain boleh mempengaruhi aku entah macam mana.Nama, selalunya memainkan peranan.
Buku ini pada aku lebih baik dari Kelabu. Sekurang2nya taklah aku cepat sangat menangkap apa yang berlaku. Mungkin predictable ada masanya, tapi taklah sampai mengganggu rentak dan pemahaman serta rasa minat aku.
Tinggal lagi ada masanya aku tercicir sedikit. Part yg kebelakang ada yang pada aku kelihatan agak redundant. Ada juga yang mengecewakan sebab ia tak sedetail di bahagian depan dan tengah.Ada satu part ni aku agak confuse pasal Troll. Tapi aku skip rasa tanda tanya tu sbb rasanya semua ni hanyalah minor. Jalan cerita masih jelas dan boleh difahami.
Gaya penceritaan dan cover buku punya komen aku skip. Sbb cover Fixi sentiasa ok utk aku dan aku juga dah biasa dgn tulisan Nadia Khan.
Aku suka watak Deepa. Sebab watak Deepa ni yang buat aku rasa kewujudan cerita ni. Macam bila tengok Rage Carrie, kau suka Carrie, macam tulah kau akan suka Deepa, heroien cerita Tamil yang "ek eleh" sangat.
Cuma aku rasa lepas ni kenalah Nadia Khan cari formula lain pulak. Ray-Gibbs ni dah serupa Kelabu formulanya. Walaupun nampak macam trademark tapi element of surprise cerita NK akan kurang kalau masih guna formula yg sama.
Ada rasa sedih di penghujung cerita, biasalah...nama pun novel Nadia Khan. Mungkin ending part Farra tu buat aku rasa macam "aih...kan best kalau tak macam ni."
Tapi ini adalah cerita. Dan cerita kerjanya memainkan perasaan pembaca.
Gantung? BERJAYA! :p
Disclaimer: Harap jangan ada remaja yang salahkan Gantung kalau mengandung ya! :P
Buku kalau best satu hari je aku dah khatamkan. Hmm... Gantung ni novel fixi tempatan kedua aku baca seumur hidup aku sejak ZOMBIJAYA diterbitkan (ikutkan yg ke-4 sbb dah baca BRAZIL & JEPUN tapi tu travelog). Sepatutnya aku bagi 5 bintang sebab best giler storyline dia apa semua, dengan ending yang aku dah agak tapi tak konfiden dengan agakan aku sejak kemunculan watak Khalil. Memang Neddo Khan gila gila punya main dengan minda aku. Stress (seronok) aku baca.
Tapi, aku bagi 4 bintang sebab aku tak suka elemen seksual dalam buku ni (kantoi konservatif), buat aku ingat balik sebab aku stop follow FIXI dulu sejak Zombijaya dek kerna aku terpengaruh dengan Puan Ainon PTS yang hentam FIXI (xde la stop sgt pun, aku suka collect fixi verso/retro). Aku terfikir nak baca pun sebab banyak sangat orang review positif kan kat sini, lalu Zaghol pun terpengaruh...
p/s: tak matang dan percayakan roh tergantung selain asbab ptptn tak boleh layan ni kikiki
This review is going to be in two languages (English and Malay) in case you cannot make sense out of it :P Actual rating: 4.5 / 5 stars
Kisah empat sekawan, nakal, jahat mungkin, sebuah tragedi which leads to bigger ones, the unexpected, tortures the 4 of them, even as ghosts.
Buku melayu local pertama yang made me feel wow. Aku mula baca buku ni dengan zero expectation, even though my friends ada lah mention buku Nadia Khan ni best giler. But I was like, "mehh.. baca buku melayu ni macam baca karangan SPM." Then, aku start baca out of sudden, mula-mula confuse juga, watak banyak, jalan cerita lompat-lompat, banyak pula kisah dalam satu novel pendek ni. As I went along, baru perasan yang rupanya everything was related to one another. The storyline started to make sense to me and jadi semakin best jalan cerita dia.
The plot twists were just wow, amazing. The concept of the story was incredible. Perwatakan yang menarik diberikan kepada setiap watak dalam buku ni. Daya tarikan yang sememangnya gempak. Ending paling best, when everything terungkai was the best part of the book. Aku emotional nak mampus, memang terbaik.
Dalam nak sampaikan penceritaan beliau, Nadia Khan turut menyelitkan nilai-nilai persahabatan, semangat setia kawan, she also stressed on the bullying issue, and on how to face your problem in life. So, baca buku ni, tak rugi langsung! :)
The back of the book represents a high school drama with a twist of a psychotic chick (yes, I love protagonists/antagonists with mental illness), and given that I read Kelabu and Cerpen by Nadia too, I never expected it to be infused with paranormal, meanwhile the subject of sexuality never left.
Towards the middle of the book, I've already guessed that two timeline was told at once in alternating parts, because well, the cikgu name was never revealed while she shared the same paranormal gift as Fara, the characters from both timeline was never introduced to interact with each other, Jeremy and Ray were both presidents of the theater club (come on, they can't have two presidents) and yes, cikgu & Khalil mentioned Kedai Kopi Bintang was long closed, while the four musketeers often ponteng prep and lepak there.
The reveal of the real plot was quite confusing towards the end, you need to think deep and recall back what you have read to put everything together. Cos yeah, when you make your own theories, and it revealed to be something else, it messes up with the image you already had in your head and you're gonna be all just 'holy crap, bloody hell what just happened'?
I like it. I like it very much.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Teringat satu meme yang aku pernah baca kat medsos —sebuah filem masterpiece yang sempurna, dicacatkan dengan adegan seks. Hampa lelaki meme tu. Major buzzkill.
Aku tak rasa elemen seksual ini memberi apa-apa nilai pun kepada cerita. The story speaks for itself.
Dan aku rasa off dekat kebanyakan dialog dalam novel ini, I mean, aku suka gila kot Kumpulan Cerpen Nadia Khan tu, tetapi ini, rasa something wrong somewhere. Macam tersekat.
Dunia mereka memang riang. Penuh warna warni. Ceria. Gibbs, Ray, Troll dan KJ (sila jangan bayangkan the real KJ. Haha). Mereka berempat adalah pelajar paling popular di sebuah sekolah berasrama elit. Berpengaruh. Sosial. Kalau tak, masakan boleh muncul ‘Musketeer Code - not all for one but one for all’ tu. Peraturan yang pada awalnya dicipta oleh Gibbs tapi akhirnya dilanggar sendiri gara-gara jatuh cinta dengan ketua pelajar, Fara.
Deepa, si gadis psiko yang juga teman sebilik Fara meminati Gibbs. Tapi sebab Gibbs memang dah aim Fara, maka kemunculan Deepa memang Gibbs ignore aja. Tapi bila Deepa mula mengugut untuk bocorkan rahsia percintaannya dengan Fara, Gibbs terpaksa juga melayan Deepa.
Kata orang ikut rasa binasa, ikut hati mati. Dan inilah yang berlaku pada mereka. Oleh kerana mengikutkan rasa hati, hidup mereka berempat musnah akibat kenakalan mereka. Phew~
Komen saya: Tak tahu kenapa, towards the end of the story rasa sedih sangat walaupun mereka bertiga ni dok happy gelak-gelak bercerita perihal senior year diorang. Mungkin sebab terfikir, sedihnya bila kita kehilangan orang-orang yang kita sayang. Lebih-lebih lagi orang yang memang berhubungan rapat dengan diri kita. Lagi sedih bila impian yang direncana sejak sekian lama hancur berkubur tanpa sempat dibina. Sobs. Yalah, bukan semua impian tu bisa digapai kan? Kadangkala kita perlu berkorban walaupun pengorbanan tu perit untuk dilakukan. *Tetiba keluar aura seniman. LOL .* Tapi itulah rasanya perasaan Gibbs setelah tahu kebenaran yang terlindung selama ini. Sobs lagi.
Ceritanya mudah. Tentang persabahatan. Tentang percintaan. Cuma quite creepy. Haha. Err.. Mula-mula saya fikir cerita ni adalah kesinambungan dua dimensi yang berbeza. Tapi bila baca balik, eh.. ini bukannya macam flashback scene pun. Rupanya.... Huhu.
Jujurnya saya lebih sukakan naskhah ini berbanding Kelabu sebab tak rasa tertipu masa membacanya. Kehkeh. Cuma pembacaan memang kena fokus, tak boleh skip. Boleh jadi confuse nanti. Good job Nadia Khan! Cuma saya harap saya tak dihantui Gibbs malam ni. :P
Apa yang dapat diperkatakan…Menarik,Best,Brilliant . Tapi tak dapat nak bagi bintang penuh atas sebab2 Diriku yang tak cukup terbuka dalam erti kata lain konservertif (biarlah begitu).Suka kisah ini tapi kurang suka dengan keterbukaan yang ditonjolkan.
Penulis, bijak dalam mengelirukan pembaca,sampai diri sendiri pon keliru,tengah baca novel seram atau tengah baca majalah Apo? boleh pulak tengah-tengah layan babak seram yg ada berhenti sekejap untuk gelak nak takut pun boleh jadi tak takut pada siapa yg dah baca boleh faham agaknya, perasaan seram yang dirasai sama seperti menonton Filem “Jangan Pandang Belakang”.(versi tgk sorang2 diwaktu mlm nak lebih efektif sila tutup lampu)
Dah dekat hujung-hujung baru terasa ada sesuatu yang tak kena dengan cerita ini,dah mula dapat teka sesuatu tapi hati menidakkan, emosi sangat ada satu tahap rasa nak baling buku ni,rasa mcm tak mahu ulang baca dah,rasa sedih kecewa, marah geram keliru..
Damn I put high expectations for this one by Nadia Khan since her books is kinda nice and enjoyable. A bit disappointed with this one. But what's more surprised is they make it into a movie? Is this story really that good? Pasal bebudak sekolah lelaki yg hotstuff, bernafsu pastu mati kena bunuh tp tak sedar yg dorang kena bunuh. Sorry sis, maybe this one isn't for me apatah lagi mamat² dlm movie ni. But buku2 Nadia Khan before this memang best.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kisah mengenai persahabatan, kesetiaan, percintaan dan harapan. Empat sahabat, Gibbs, Ray, KJ dan Troll. Masing2 punya identiti tersendiri, namun masih lagi serasi bersama. Mereka pelajar Tingkatan 4 di sebuah sekolah berasrama yang elit, Sekolah Menengah Cemerlang Gemilang Terbilang (SMCGT). Dah nama pun sekolah elit, peraturan pun ala-ala elit jugak la.
Baca bab-bab awal, terkedu juga. Musketeer Code. Itu satu hal la kan. Tapi macam almost every student kat sekolah tu mengamalkan gaya hidup macam tu. Sesenang-senangnya, malah ditagih pula. Dari tahun 2011 - 2021, x der perubahan langsung! Lagi parah bila mereka semua tu masih bersekolah, masih minor, tapi kehidupan sosial mereka...
Separuh pembacaan, saya terpaksa berhenti menenangkan fikiran. Hampir kesemua dialog atau scene sehingga ke tahap itu mengandungi unsur2 sexual. Lagipun, sebelum tu yang menarik pembacaan saya adalah sebab nak tahu siapa Khalil. Sampai situ, saya dah boleh agak siapa sebenarnya dia dan macam mana jalan cerita towards the end.
Tapi saya silap kan... Ingatkan sampai habis ceritanya akan bergerak sama seperti di awalnya. Rupanya separuh yang kedua, jalan ceritanya berubah. Dah beberapa bab kemudiannya barulah saya perasan. Dan menaikkan semula mood bacaan saya. Lagipun masa ni, dah tak der unsur-unsur yang mengganggu fikiran tu.
Plot dan penceritaan memang hebat. Bahasa yang santai walaupun sedikit kesat membuatkan ianya lebih 'real'. Mula-mula memang tekad nak bagi paling tinggi pun 3.5* jer sebab saya memang tak tahan dengan kehidupan sosial yang dihidangkan. Tapi perjalanan bab2 akhir yang berjaya mengaburi saya walaupun saya tahu cerita sebenar berjaya mengubah fikiran saya.
Memang cerita hebat. Tapi saya terpaksa mengambil tempoh bertenang untuk persediaan mental jika nak baca lagi kisah2 sebegini. Kolot? Tak kisah lah...
Setelah beberapa minggu mood membaca aku kelaut, finally Gantung bawak balik mood membaca aku on the track semula.
Kudos n tq to Nadia Khan.
Wuhhuuu cerita yang sangat sedih, betullah kata orang apabila insan2 kesayangan pergi meninggalkan kita, kita akan berada dalam fasa kesunyian yang sangat mencengkam. Hanya orang yang tak pernah merasai kehilangan insan tersayang akibat kematian yang akan kata kita tak boleh nak move on dan hanya hidup dalam kenangan lama.
Persahabatan Gibbs, Troll, Ray n KJ yang sangat telus, melalui zaman nakal riang ria remaja sehingga apabila 3 daripadanya meninggal dunia turut sama meninggalkan Ray dalam kesunyian dan penyesalan yang tak berkesudahan. A true friendship. Sehingga ianya jauh tersasar dari normal kehidupan manusia, 10 years later, Gibbs and KJ kembali mendampingi Ray walaupun mereka sudah berada dalam alam lain, setelah mereka sudah menjadi hantu...
Mungkin ianya hanya halusinasi Ray atau pun mungkin betul roh Gibbs n KJ tak boleh nak move on nak tinggalkan Ray.
Walau bagaimana pun, macam banyak2 buku fixi yang aku baca, Gantung turut membuatkan aku bimbang akan pergaulan bebas golongan remaja zaman sekarang. Sama ada ianya hanya fiksyen semata-mata atau sebenarnya golongan remaja sekarang sudah sampai ke tahap ini, ia tetap mengundang kebimbangan yang bukan sikit.
That was a wild ride from start to finish and god damn the plot twist. Amazing storyline, perbualan dalam naskah ini tidak janggal (my pet peeve), distinct characters and personalities
Aku reserve 0.5 star untuk penggunaan bahasa macam 'leh' 'ngan' dalam naratif. I mean, kenapa tak boleh eja penuh 'boleh' dan 'dengan'. Kalau dalam dialog aku bagi exception. Another 0.5 star for being too daring. Come on, form 4 kot. Tapi overall story memang seorang lejen bernama Nadia Khan saja boleh tulis creepy story macam ni.
Beware of spoilers, tapi nak terus baca pun lantaklah. Buku ni pun dah jadi fixi's box office, dah adapted ke tv series pun dan understandable kalau ia hanya boleh dilakukan di indonesia. sebab novel Gantung almost every page memaparkan gejala sosial. Dia bukan gejala sosial dipaparkan majalah 3 yang painted as a sickness, tapi ini painted as 'norm'. Watak utama dalam Gantung punya sosial betul-betul bergejala. Merokok, beromen sana sini, dalam bilik dorm, belakang semak, dekat waterfall, dalam library, share-share vagina like kalau ustaz Kazim baca beliau akan terduduk memikirkan azab yang bakal menimpa ummat. Aku baca sampai terlupa yang diorang ni baru form 4. Sebab rutin seksnya macam taikun leonardo di caprio dalam filem anak Rosmah Wolf of Wall Street. Is this common in SBP?
Of course it isn't. Dan of course sebuah filem akan memaparkan worst case scenario. Sama macam gantung. Kalau Gantung nak papar cerita budak sekolah biasa yang masuk bahas, perangai skema dengar kata cikgu tidakkah boring jadinya nanti. That's why filem spiderman laku sebab ... damn it's spiderman!
Okay, gejala sosial apart, aku suka dia punya storyline yang mana aku pada mula anggap lina, jeremy dan gibbs berada pada zaman sama. Sampailah somewhere aku perasan, cerita diorang tak related, walaupun mereka berada di sekolah sama SMCGT. Then, aku realized Nadia alternate antara dua timeline. dari situ baru berputik cubaan untuk align isu lina, jeremy dan isu gibbs, troll, kj dan ray.
Watak dan dialog dalam gantung ni memang sangat awesome, so like other Malay novels, the lacking always in effort to construct imagination. maybe it is skipped to make it a fast reading conflict. imagination suasana dorm, auditorium, suasana sekolah should be known by everybody so buku ni tak perlu habiskan masa kat situ.
Cuma revelation yang Gibbs dan KJ sudah menjadi hantu boleh diboomkan lagi, buat bagi explosive by holding the key secret until it explode that shock everybody. revelation Nadia agak linear, which is enjoyable and hantu-hantu tu pun enjoy je jadi hantu.
So banyak sempadan dalam buku ni, especially dealing with illegal sex, please read thoroughly about safe sex, about our social stigma around it, about how Malay parents (your parents) regard it as traditional disgrace that if you failed to protect you virginity, what would it means to your parents. maybe Nadia patut tulis novel tentang pendidikan seks pula lepas ni, untuk close the loop, so that apa yang beliau tulis dalam Gantung tak tergantung, loose end, throwing issues without proposing solution.
UPDATE : Finished reread - 11 February 2017. Masih dengan rating 3 bintang. Ingat nak buat video review kat YouTube. Doakan :3
Nak bagi 3 stars boleh tak? Sebab kebejatan sosial yg teramatlah sgt dlm novel ni - buatkn aku rasa teramatlah tidak adil utk karya masterpiece ni. I believe, it's ABSOLUTELY not necessary to put censored scenes in order to create a good manuscript. So please Neddo Khan, consider this idea (requested by me and a whole lot of your fans) to not put censored scenes in your next novel. I'm pretty sure it won't affect the greatness of your writing.
Ni first time baca buku neddo khan dan seriously suka gila penulisan dia! Baruku paham pasepa org minat haha! Mula2 pelik jugak dari mana Jeremy dgn Lisa? Masa 70% Una dapat teka where this whole plot is going tapi bila dah 90% confuse balik. Tapi last2 dah konfem. Maka teori Una betullah. Aiceh! XD
Sinopsis x pyh. Ok sebagai pembaca yang emo, aku kesiankan Deepa (like sangat kesian) dan marahkan dak2 musketeer tu. Bagi Una, jahat macam mana pun orang tu kat kau, kau selagi kau manusia, kau tak layak hancurkan perasaan orang lain especially org yg ada mental illness cam Deepa.
Yes, punyalah power penulisan Kak Nadia sampai sekarang still menyampah sampaikan Gibbs pun nk marahkan skali.
Ok lastly, please anak2 Muda remaja yang baru nak up ni, mohon balik kepada agama dan jangan tiru adegan melampau dalam novel ni.
Cerita bertempat di sebuah sekolah menengah elit untuk anak2 orang kaya, di mana para pelajarnya kebanyakannya berperangai buruk (seks bebas, elgibiti, etc). Cerita berfokus tentang kisah empat orang sahabat; Gibbs, Ray, KJ, dan Troll. Mereka berempat ni ada satu peraturan, iaitu bila ada awek, kena makan sama-sama. Semuanya berubah apabila Gibbs ada awek baru, dan taknak berkongsi. Keadaan bertambah buruk apabila seorang gadis yang mereka mainkan membunuh diri...
Sebuah novel seram keluaran Fixi yang popular. Menggunakan penceritaan dua zaman. Tapi, disembunyikan oleh penulis. Last2 bru sedar rupanya, ada dua zaman yang berbeza (zaman sekarang, dan zaman 10 tahun lepas). Cara penceritaan menghiburkan, dan tak bosan dibaca. Tapi banyak jugak unsur2 negatif seperti seks bebas dan elgibiti....
Saya kipas-susah-mati hasil tulisan Nadia Khan. Cerita ini pun boleh agak mindfucked juga. Antara realiti dan supernatural gitu. Macam-macam emosi ada, seram, kelakar, sedih, happy dan etc. Selepas 100 muka surat tu dah dapat bayang ada yang mati tapi tak dapat detect siapa. Rupa-rupanya kena baca ending baru tahu twist dalam cerita ini. Gaya sarcastic tone tu memang awesome.
GANTUNG PENULIS: NADIA KHAN TERBITAN: FIXI MALAYSIA dan HARU MEDIA INDONESIA TERJEMAHAN KE BAHASA INDONESIA: Juwita Purnamasari, Selsa Chintya. Genre: Horror Thriller
Sudah siap dijadikan siri tv, pemeran utama Randy Pangalila. Novel yang berkisar perihal gentayangan roh yang masih tidak betah melepaskan wilayah dan golak emosi sewaktu bersekolah di menengah elit SMCGT (sekolah menengah cemerlang gemilang terbilang) digarap pintar malah menggoda sekali.
Perjanjian ala ala Three Muskeeters oleh 4 peran utama Gibbs, Ray, KJ dan Troll menjadi lebih menarik dengan penemuan gadis psiko bernama Deepa. Apa yang fatal perihal janji tersebut? Menelusur tulisan Nadia Khan setelah Kelabu, sepertinya sedang menonton filem horror thriller yang sangat menarik, setiap helaian tidak boleh dilangkau. Pembaca bakal jadi tidak sabar mahu tahu apa? Siapa? Kenapa? Bagaimana? Yang tersorok itu apa sih?
Kata kata batin yang dicondongkan dalam versi Indonesia membikin kamu lebih mudah menebak gelojak hati tiap watak watak, biarpun peran utama malah watak pembantu yang segaja diujudkan dalam tiap halaman.
Tanpa dikhabarkan situasi seolah olah terbagi, tanpa menyedari ada pembahagian hidup di sekitar tahun 2011 dan tahun 2021, segalanya dirungkai di hujung ceritera. Diselitkan juga falsafah falsafah remaja dan penilaian mereka tentang hidup dalam novel ini. Buat yang gemar permainan minda, Gantung adalah wadah yang kren sekali sebagai bacaan santai.
Karena ini cuman fiksi modern, ingin dinasihati awal perihal adanya nada nada seksual dan indentiti gender peran peran lewat Gantung. Kata kata dan istilah gaul, Inggeris di terangkan dalam cetakan kecil kiranya kabur.
Bagus buat anak anak Malaysia, Malindo dan Indonesia untuk saling mengenal susur budaya, bahasa dan tata hidup yang meskipun kurang lebih, namun punya beda. Tanpa mahu memberi sebarang spoiler, disarankan kamu mendapatkan naskah ini tidak kira dalam versi Bahasa Malaysia atau Bahasa Indonesia. Sama seperti filem filem horror thriller, ketika membaca harus hati hati, ada saja rahasia terselit di situ. Ungkapan ungkapan tiap watak nggak usah diambil remeh.
Best Friends Forever - even when ur friends already 'dead'..yeah itulah ayat yg bg aku amat sesuai utk keseluruhan buku ni..kawan sejati susah nak cari skrg ni..huhu..but im happy for the ending eventhough it seems not logic enough..but i rather they still together coz friendship never die..right? Hahaa...kalo aku tanya Khalil aka Ray mesti dia setuju nyer..okay ringkasan crita ni psl geng sehidup semati ni Gibbs, KJ, Troll dan Ray..mereka bersatu hati atas satu code yg dicipta oleh Gibbs ie Musketeer Code "One for All" lauk satu pinggan utk dikongsi mkn bersama2..haha malas nak bgthu jelas2..spoil nnti..sorang gurl ni tetibe crush yg amat pd Gibbs and she ruined their life...hmm pengajaran yg pling nyata sekali kan aku dpt dgn jelas dlm novel ni jgn jd pembuli or "rogol maruah" seseorg kerna kdg2 tu sbb marah boleh jd dendam dan akibatnya ko tanggunglah sendiri huhu....
Aku baca buku ni sebab aku baca Kelabu. Kelabu is good. Penulisan Kelabu rasanya lagi matang dari Gantung.
Aku tak tau kenapa buku-buku Fixi suka masukkan gaya hidup seks bebas. Tapi sebab ni Fixi. You can't expect much. Aku ingat buku-buku Nadia Khan selamanya akan 'bersih' macam Kelabu. Tak sangka kotor jugak.hmm.
Latar watak tak diperkembangkan dengan baik. Mungkin sebab penulis ni tak nak cerita ni jadi meleret. Benda yang aku susah nak terima bila asrama sekolah terlalu bebas lelaki senang-senang boleh masuk asrama perempuan and vice versa. Penulis macam nak ambil jalan mudah nak sampaikan main idea of the story sampai tak nak beratkan benda-benda yang jadi halangan kalau nak cerita tu terjadi (faham tak apa aku cuba nak sampaikan ni?.) Satu bintang tu untuk plot twist. 0.8 bintang lagi sebab berjaya buat aku habiskan jugak buku ni untuk tau ending.
I love it! Saiko enough. Kreatif macam mana penulis mengolah cerita dia-nak jelas panjang tapi takut spoil pulak nanti.
Cuma persoalan yang tinggal pada saya ialah sama ada empat watak kawan baik itu... betul-betul kawan baik atau mereka adalah watak-watak dalam satu orang yang sama? Multiple personality, may be?
urmmm... ermmmmm.... terasa meremang bulu2 romaku penulisan NK oowhhh knp begitu!!!! Lap dahi MB baca soooooo crepppy ok >_< sedih pun ye jugak suka yang ini la dari kelabu dulu kelabu mmg btl2 ku terasa kelabu pikiran ini kali ini gantung mmg bagaikan terasa tergantung pemikiran ini bila baca hahaha..
I like this book a lot. Its like reading the story of past and present at the same time. Didn't know that Gibbs, Troll and KJ were killed in SMCGT until those paranormal activities happened to Lina and Jeremy. And Fara, Gibbs' girlfriend when he were alive have third eye.
I must admit that this book is wow. It gave me the creeps especially at the mention of ghosts and hostels - I mean, I'm a scaredy cat okay so please - but I just couldn't stop reading. I wanted to know what happened and so I continued reading, despite the fact that I'm starting to overthink every little noise I heard :'D
I loved Ray from the beginning and towards the ending, my eyes were all teary and I was just - why? I don't know what to call it. Was it a plot twist? It's good. I loved it. I can't say I didn't see it coming but I expected it in some other way, you know then suddenly - woops, surprise!