Mikael tahu dia sakit, dia mahu pulih. Dia diasingkan dan dirawat oleh Dr. Iesmawi. Perlahan-lahan Mikael tidak ingat akan rakan-rakannya yang dulu pernah akrab terhadapnya. Mindanya seakan dikoyak-koyak.
Julia dan Shah hanya mahu melupakan mimpi ngeri yang mereka lalui dan mulakan hidup baru. Atas bantuan Fairudz, mereka bertemu kedamaian di bumi Labuan
Namun ada pula yang koyak hatinya dan mahu membereskan apa yang belum sudah. Dia mahu memburu seseorang. Demi sesuatu yang tidak terlunas, dia sanggup lakukan apa saja untuk menjejaki Julia, Shah dan semestinya Mikael — walaupun harus membunuh.
Cetakan Pertama : Disember 2013 Cetakan Kedua : Mac 2014 Cetakan Ketiga : Mei 2014
Md. Syaihan Syafiq bin Mohd. Anuar atau lebih dikenali sebagai Syaihan Syafiq (lahir pada 28 Jun 1985) lahir di Kota Bharu, Kelantan, lebih dikenali sebagai penulis kepada trilogi novel yang berjudul Bisik yang mula diterbitkan oleh Buku Fixi pada April 2012, disusuli dengan sambungannya Koyak pada Disember 2013 dan novel terakhir dalam siri berkenaan, berjudul M pada April 2015.
Syaihan Syafiq mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Pulau Pinang (1992-1998) dan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free (1999-2000). Seterusnya beliau mendapatkan sijil Pra-ijazah Undang-undang dari Universiti Teknologi MARA, Kampus Sg. Petani, Kedah pada 2005 sebelum bertukar pengkhususan dan memperoleh Ijazah Sarjanamuda dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (2008-2012).
Karya: 1. Bisik, ; Buku Fixi 2012 2. Koyak, ; Buku Fixi 2013 3. M, ; Buku Fixi 2015 4. Sasar, ; Buku Fixi 2016
Cerpen: 1. Secangkir Kopi Bersama Dia (antologi cerpen 'KOPI'), Buku Fixi, 2012 2. Aku Yang Kegersangan (antologi cerpen 'BOLA'), Buku Fixi, 2012 3. Mesyuarat Tengah Hari (antologi cerpen 'Untuk Separa Tuhan'), Buku Hitam Press, 2013 4. Kalau Lapar Cari Chomet (antologi cerpen 'KLCC'), Buku Fixi, 2013 5. Catatan Anak Kecil (antologi cerpen 'Tanah Tumpah Darah'), Buku Hitam Press, 2014 6. Menunggu Demi Cinta (antologi cerpen 'Berat Sebelah Kiri'), Buku Hitam Press, 2014 7. E-mel Dari Seberang (antologi cerpen E-book Fixi 'MF2014'), Buku Fixi, 2014 8. Hubungan Berhipotesis (antologi cerpen 'MALAM'), Buku Fixi, 2014 9. Nasi Lemak Sambal Sotong (antologi digital 'Cerpen Hari Jumaat'), Buku Fixi, 2016 10. Roti Kapit Inti Daging (antologi digital 'Cerpen Hari Jumaat'), Buku Fixi, 2016
Aku takde baca Bisik, sebab buku ni adalah sequel dari buku tu... tapi walaupun aku takde baca buku tu, aku tetap tak sesat dalam menghabiskan bacaan aku dengan buku ni. Buku ni mampu berdiri sendiri.
Aku belek buku ni masa dalam bas nak ke pelancaran novel ni bersama dua lagi buah buku fixi yang lain. Di dalam penghawa dingin dan wangian yang terlalu 'wangi' dari penumpang lain dan kepala yang sedang berdenyut sakit aku tetap gagahkan diri untuk belek buku ni. Yalah aku teruja tengok buku baru kut hehe...Aik mana bab dua? Mana? Mana? Takkan ada silap kut? Bila belek punya belek ada kat 'situ'... kenapa boleh jadi macam ni? bisik hati dengan nada yang hampa.
Tapi bila penulis: abam Syaihan Syafiq cakap sendiri yang bab 2 memang diletak kat 'situ', aku hanya mampu tersenyum sendiri dan angguk... Nak tahu kat mana bab 2? Kalau nak tahu kena belilah...(wah aku tolong promote ni haha)...Mungkin itu satu keunikan pada buku ni. seolah-olah nak kau berfikir pada permulaan buku ni siapa yang bertanda (???). Tapi bukan dalam bab pertengahan tu kita dah tahu siapa 'mangkuk' tu ke dan apa yang dia nak buat? Maknanya buku ni bagus suruh aku berfikir, kenapa boleh jadi begitu... atau ada 'kunci' lain yang aku tak dapat tangkap? heeee...
Aku suka bab bunuh-bunuh dalam cerita ni. Tapi aku tak suka sebab buku ni menamatkan ceritanya secara tergantung. Sebab ada sambungan. Mungkin novel yang seterusnya. kan penantian itu satu penyeksaan...
Dalam karya seseorang pasti ada kekurangannya, sama juga seperti karya ni. Pada pertengahan pembacaan aku hampir meletakkan buku ni buat kali ketiga. Tapi aku gagahi sehinggalah perasaan berat untuk menghabiskan buku ni hilang dan aku semakin terasa teruja untuk habiskannya. (Ini hanya pendapat peribadi ya)!
Tapi percayalah, buku ni tak menghampakan... Tahniah encik penulis! Aku tunggu sambungan cerita ni!
Sambungan kepada Bisik, kali ini Mikael diburu sesorang yg berdendam dengan beliau selepas tragedi hitam yang melanda Mikael 2 tahun lalu...Siapa? Itulah misteri yang membuatkan pembaca tertanya2 sehinggalah ke helaian terakhir...Pemburu misteri itu bukan sekadar mencari Mikael sahaja, malah memburu & membunuh orang yang rapat dengan Mikael sendiri...
Jujurnya, permulaan 2,3 bab yg pertama aku sedikit "lost" untuk kaitkan watak2 dalam novel ini dengan yg terdahulu...hampir2 ku sangkakan watak Shah seorang lelaki rupa2nya pengkid yang menjalin hubungan dengan Julia...kewujudan Alan pada beberapa bab terakhir pun, menimbulkan sedikit tanda tanya kepada aku...Siapa pula Alan??
Uniknya novel ini di mana Bab Ke-2 berada pada akhir bab, ia sebenarnya mendedahkan siapa pemburu Mikael...Pesanan aku, janganlah kalian cuba untuk menyelak bab yang terakhir...Mungkin di sebab itulah, ianya di namakan KOYAK...
Buku ini masih lagi bersambung...BIJAK(3X)...strategi marketing barangkali...& aku akui novel ini menarik berbanding dengan novel terdahulu...garapan penulis untuk novel kali ini nampak teratur & kemas...malah, monolog untuk bab "???" memberi sedikit suspen & misteri...kejam??? Ya, memang ku akui agak kejam cara pembunuhan di lakukan...
Aku mengharapkan biarlah ianya berakhir sbg Trilogi...
Novel KOYAK, karya kedua saudara Syaihan Syafiq ni came out Disember 2013. Because of masa tu study week, so tahan dulu lah nafsu baca buku sambungan BISIK ni. Akibat tangan gatal nak tengok apa buku baru kt web, aku jadi tak tentu arah sambil koyak-koyak nota yg aku study bila tau BISIK ada sambungan. HAHA. (Damn you website bukufixi). I'm glad sebab dapat jugak beli buku ni in Januari (masa tu baru lepas habis paper kedua untuk final exam - GILA). Masa tengah exam tu, tak tenang lah jawabnyaa.
Okay. Firstly, di awal bab novel ni agak slow jalan cerita dia. Mikael keluar dari hospital tempat dia dirawat and kena home arrest. Julia dan Shah pulak pergi tenangkan diri ke Labuan. Interesting bila ada satu demi satu kes pembunuhan berlaku di kawasan tempat Mikael tinggal tu. Aku first-first suspek memang Mikael la puncanya. Orang yang Mikael jumpa dan kenal, jadi mangsa. Maybe watak 'Nazzman' muncul balik la rasanya. Tapi sangkaan aku salah. Aku baca dan baca lagi, things got complicated. Dr. Iesmawi yang merawat Mikael bagi ubat yang ada potensi stabilkan mental Mikael. Dia jugak nampak normal aje. So, from that, obviously tak mungkin dia bunuh orang lagi dan there is someone else did it!
Ada sesuatu yang pembunuh tu nak sebenarnya. Dia nak Mikael.
Aku suka betul plot twist yang Syaihan buat. Aku suka idea brilliant dia guna objek gelang home arrest tu. Siap ada kamera kecik kot. Nice. Lagi satu, pasal Bab 2. Tak tahu la nak marah ke tak. Memang patut pun Bab 2 takda masa awal-awal cerita kan? Brilliant gila. Semua orang tak terfikir cara dia camtu.
Part yang paling aku frust, masa ada word 'bersambung' kat akhir page buku ni. Seolah-olah aku dah makan, dah digest, tapi still tak kenyang lagi. Hope next sequel tak hampakan aku. Tahniah and all the best, Syaihan Syafiq :)
#NotaJimbit : Korang korang korang rugi tak baca tau.
Jujur, hamba membeli buku ini kerana tertulis di blurbnya tentang filzah hamba, Labuan :). Ya, itu saja sebabnya dan hamba pun tidak pernah membaca Bisik.
Koyak bukanlah mengecewakan sehingga hamba merasa ingin mengoyaknya setelah habis membaca (hehe) malah buku bergenre begini jarang sekali membuat hamba kecewa berat. Cuma hamba tidak begitu terjatuh suka saja dengan jalan ceritanya yang tidak punya ciri-ciri khusus yang boleh hamba anggap istimewa. Mungkin hamba perlu membaca Bisik dahulu. Mungkin.
Keterujuaan itu tiada sedangkan hamba ingin merasa macam-macam untuk buku begini. Sensasi debar, takut, keliru, celaru atau apa saja yang membuat hamba boleh menutup buku ini dengan perasaan selain kosong.
Gaya penulisannya baik-baik dan sedang-sedang saja. Berada di paras selamat :). Ada lebih dari dua first person yang digunakan oleh penulis dan hamba tiada masalah tentang itu.
p.s Labuan bukan bandar pelancongan atau hiburan (melainkan anda sebegitu mudahnya terhibur dengan coklat, rokok dan alkohol). Ini bandar kerja. Ini bandar kumpul duit. Ini bandar pelaburan untuk sebuah rumah indah yang akan anda bina/beli di kampung halaman sendiri... sebelum akhirnya pergi. INI BANDAR SELAMAT TINGGAL dan ia filzah hamba.
p.p.s Untuk makluman, tiada capaian frequency Hitz FM di siaran radio Labuan ya kecuali melalui Astro atau atas talian. :)
KOYAK merupakan kesinambungan apa yang berlaku setelah satu tahun tragedi yang hampir meragut nyawa Julia di dalam BISIK; kehidupan Mikael yang menjalani ‘house arrest’ dan proses pemulihan beliau bersama Dr Iesmawi yang bertugas di pusat psikiatri INTRAMERC; kehidupan Julia dan Shah di Labuan; dan seorang pembunuh psiko yang mahu mencari Mikael.
Lebih baik daripada BISIK. Penulisannya lebih kemas dan teratur, dialog antara watak juga kurang janggal berbanding dalam buku sebelum ini. Buku ini ada banyak potensi but sadly, it was a bit underwhelming. Perkembangan cerita agak tak jelas dan walaupun ada babak bunuh, rasa misteri dan saspens itu tak berapa sampai pada saya. Ada sedikit minor loopholes yang tak kena pada saya seperti kematian seseorang yang dibunuh secara tragik tapi kematiannya seakan lambat sampai di akhbar ataupun media massa sampaikan kawan baik sendiri boleh tak tahu tentang kematian kawannya itu.
Apa apa pun, it was still a good read. Can’t wait to read the final book, M. Semoga ia tidak mengecewakan.
Saya tak pernah tahu yang BISIK akan ada sambungan. Membaca KOYAK (tidak berharap sangat dengan ending-nya memandangkan ia bakal bersambung lagi) buat saya ada second thought tentang watak Mikael. Watak Mikael di buku ini lebih 'menyenangkan'.
Saya harap Yaya tak akan jumpa Mikael. Lebih berharap yang sebenarnya mereka berdua bukanlah a team dan berkomplot dalam adegan-adegan saiko dan bunuh-membunuh sebelum ini. Bukan boleh percaya sangat ni!
And Yaya, next time kalau baju terkena percikan darah... cucilah baju dengan sabun mandi. Any brand, asalkan sabun mandi. Trust me, saya ada banyak pengalaman :)
Cerita agak predictable sbnrnya sebab bila sampai tgh cerita aku dah agak mesti dia ni yg jadi pembunuh dan betullah mmg dia pembunuh pun.tapi still tak faham kenapa mesti pembunuh tu nak bunuh orang semata mata nak cari mikael?apa kaitan pembunuh ni dengan mikael?aku rasa pembunuh ni pun psiko sama macam mikael tapi cerita ni tergantung dan akan bersambung pd buku yg seterusnya...geram betul dengan penulis ni,tengah syok syok baca boleh pulak bersambung..
Sampai saja ke bab 11, saya akui sedikit bosan. Bukan bosan yang buat saya menguap tapi bosan sebab banyak sangat pov. Dan saya dah lupa buku pertama except Mikael yang ada split personality.
Jadi saya selak ke bab terakhir. Ada pov Julia di situ. Tak memberi sebarang info pun sebab memang tak ada apa pun di bab terakhir tu. Jadi saya ke list semula dan jadi hairan kenapa bab 2 ada sebelum bab akhir. Bab 2 ni sepertinya sambungan dari prolog. Dan masa tu saya teringat siapa Julia dan Shah.
Makanya saya kembali semula ke bab 11 dan saya bagi 4 bintang sebab memang best. Saya bersyukur saya tak putus asa dengan sekuel ni. 1 bintang kurang sebab saya lupa siapa Freddy. Sampai ke akhir saya tak ingat. Dan saya malas semak buku pertama.
Kesimpulannya, buku ni lebih bagus dari Bisik. Dan kalau tak baca Bisik tapi terus baca Koyak pun, tak ada ruginya sebab banyak input dari Bisik dalam Koyak ni.
Yes, aku telah menurunkan satu star sebab ada dirty content when I don't see the relevace to put the dirty content [in sort of detailed :( ]. Satu kerugian, mr. writer. Satu kerugian. Don't tell me to be open minded or tak matang or what. I'm 21 and I know the difference between open minded and irrelevant-sexual-content-which-shouldn't-be-read-if-you're-a-muslim.
a) Writing aka penulisan
I love the book more than I love Bisik. Penulisan dia lebih detail, lebih tersusun walaupun ada beberapa watak baru, dan lebih kreatif. Dapat tau buku ni terbit more or less, setahun dari buku pertama, kan? Thanks kepada penulis sebab buat research. Babak masa house arrest dengan di pusat rehabilitasi tu nampak lebih realistik. Una suka semuanya dalam novel ni. Cuma part sexually explicit content. Again, why?????? Whyy the need? Why wasting such a masterpiece? Urban = kota dan tak bermakna 90% orang yang hidup suasana urban buat seks bebas, okay? You're so clever mr. writer and I expect you to widen your view next time. Pleaseeeee #begging.
Stop rambling.
b) Plot Novel ni boleh dikategorikan sebagai novel unputdownable. Pembaca bila sekali dah pegang, selagi larat kalau boleh nak habiskan sekali baca je. Penulis pandai buat pembaca tertanya-tanya siapa ??? walaupun aku dah boleh agak siapa dia dalam bab pertengahan. Una agak macam ada dua orang cooperate dalam kerja bunuh-bunuh ni. Tapi nampaknya baru reveal sorang (atau pun memang sorang?). Motif cuma kekal teori, at least bagi buku ni. Belum dijawab lagi. Plot twist bagus. Masa awal-awal tu banyak kali betulkan teori haha.
Oh yeah, thanks for the heads up untuk tengok nombor chapter. Nampak trik di situ ;)
c) Characters Masih kekakkan watak lama dan ada tambahan beberapa watak baru. Ramai watak dibunuh dan pembaca kena pandai keep track on siapa yang dah mati. Tak banyak detailing tentang cara pembunuhan macam Bisik - it's for the best. Kalau tak, mungkin novel jadi draggy.
All in all, what a great book! Next, M! Baik jangan tengok review kat goodreads nanti ternampak spoiler lagi XD
semestinya saya lebih menyukai buku ini berbanding buku pertama, iaitu Bisik :) penceritaan secara keseluruhan lebih mantap (terutama babak2 bunuh yang lebih mencengkam jiwa :) ), memaparkan kisah dari sudut pelbagai watak (berbanding Bisik yang hanya menampilkan kisah melalui Mikael dan 'Nazzman' saja), serta tiada kucing yang terkorban kali ini ^^"
dan... bab 2? di mana bab 2? ada..... kat 'situ' :P
cuma endingnya tergantung kerana ada sambungan... dan saya tak sabar nak baca sambungannya :)
Tahniah Syaihan untuk kelahiran novel kedua awak. :)
Aku suka ending buku ni. Cuma dari awal cerita, agak perlahan bagi aku sampailah bila seorang demi seorang kenalan Julia dan Shah mati. Sampai bahagian tu, dah mula laju balik hingga ke muka surat akhir.
Dan sesungguhnya, bab 2 yang diletakkan di belakang novel sememangnya padan diletakkan di situ sebab itu kunci novel ni.
KOYAK, sambungan BISIK karya Syaihan Syafiq... dalam kisah KOYAK ni Mikael telah dirawat setelah kejadian yg berlaku dlm BISIK (seperti yg anda tahu, Mikael ada split personality disorder). Walau apa pun, setelah Mikael dirawat, ada juga pembunuh yg berkeliaran di luar sana yang telah membunuh beberapa kawan2 Mikael, Shah & Julia. Ini menimbulkan satu misteri di kalangan mereka bertiga. Rupanya ada watak yg mencari Mikael ni dan melibatkan rakan2 dia dlm pencarian ini. Siapa pembunuh itu? kena baca la buku ni ye..haha..
Okay, dari segi keseluruhan cerita KOYAK ni, tidak membosankan, ada perkembangan watak yang bagus, dan misteri2 dan clue2 yg ada pun hebat dicerita dan diolah...walaupun mcm tahu dan boleh jangka siapa pembunuh tu, buku ini tetap tidak membosankan dan mengujakan. Dan yang pastinya adalagi kisah sambungan selepas KOYAK ni, untuk selesaikan dan lengkapkan cerita Mikael, Shah & Julia dan juga pembunuh..
Aku sangka tajuk buku ni KOYAK dan cover dia ada ubat-ubatan tu ada kaitan dgn rawatan Mikael...tapi tersasar sangkaan aku..rupanya ubat-ubatan tu adalah ubat yg diambil oleh Mikael untuk rawatan pemulihan dia...yg KOYAK tu adalah trademark pembunuh misteri itu...
Thanks FIXI & Syaihan Syafiq kerana terbitkan buku ni dan tak sabar untuk baca sambungannya yg mungkin lengkapkan trilogi kisah ni.. Terbaek...
I never thought that I would read this in a short period of time with all those exam that I'm currently facing. But anyway, I do love this book very much. Well, I do loves reading thriller book where I can imagined how the killing stuff and those gross stuff happens.
In the first book, Mikael which is a psycopath with split personality of Nazzman has been caught and is currently under the observation of InTraMeRC Project(a psychiatric hospital). In this book two, he is currently under house arrest with a low memory until a few murder has happened and he always thought that he is the killer. However, the killer is not him himself but other people who try to search for him for revenge. And the mysterious killer turn out to be one of his friend. What's fascinating is that the mysterious killer is actually a girl.
I can't wait to read the last book cus' I'm dying to know how the story ends.
Hmm... too much of bishounen, IKEA and Starbucks, ey?
Kalau dibandingkan dengan Bisik, jalan cerita Koyak ni lebih kemas dan nampak la penulisan Syaihan Syafiq ni semakin bagus.
Actually, ada satu part dari Bisik yang aku tak ingat iaitu tentang watak bernama Suraya tu (minah ni peguam kan? See, aku tak ingat). Try nak ingat balik memang takleh nak recall, so aku abaikan dulu tentang tu untuk dikaitkan dengan cerita Koyak ni. . . . . . Cuma satu persoalan yang dok bermain dalam kepala ni time baca: Kenapa Yaya/Suraya/Nurul/??? tu buru Mikael selepas sekian lama boipren/Freddy mati?
Heh, mungkin akan terjawab dalam sambungan kepada buku ni nanti kot =)
Ada beberapa bahagian yang dilangkau baca. Tak berulang tapi agak longgar untuk dibaca. Atau tak sabar nak habis baca tapi bahagian itu mengganggu konsentrasi? Entah! Tapi keseluruhan masih hebat dengan susunan ayat yang diatur dengan baik. Aku suka softness. Jadi struktur ayat yang perlahan, lembut dan tidak mendesak pembaca itu memang aku suka.
ramai sgt org yg x sepatutnya mati, mati dlm citer ni... mmg patut ada sambungan pun.. hajat killer x kesampaian lagi untuk berjumpa mikael. tp aku confuse. suraya yg kat perpustakaan tu org yg sama dgn org yg cari mikael tu ke. kalu ye,kira dia dh jupelh apa yg dicari...
untuk sambungan kepada bisik ini, ia santai. terlalu santai. sampaikan saya tidak perasan di mana klimaks-nya. adegan membunuh yang penulis paparkan ibarat tergigit cili ketika makan nasi goreng kampung. semoga sambungan buku ini akan lebih menyengat dari bisik itu sendiri. tahniah!
Selepas kematian ngeri Angie & Farizz, saye memang tak boleh nak agak siape pembunuh mereka. Mustahil Mikael sebab dia ada gelang dari pusat pemulihan tu. Kalau dia jalan lebih dari had yang ditetapkan, gelang itu akan bunyi dan team dari pusat pemulihan tu akan terus tangkap Mikael.
Siape lagi?
Nak tahu, kena baca.
Sejauh ni, cerita okay. Memang nak sambung ke buku yang terakhir. Of course nak tahu the ending for Mikael, Nurul Suraya, Shah, Julia & Alan. I hope Alan is still alive and breathing.
Buku ni memang untuk pembaca matang sebab nudity & sex are inside. Saye ni boleh dikategorikan sebagai conservative jadi bila sampai je bab-bab sebegitu, baca sekali lalu. GELI please.
Banyak perkara dalam buku ini yang saye kurang suka tapi sesungguhnya, itulah hakikat masyarakat sekarang. (Okay, not going to rant more.)
I still like this book though. Buku ni psycho thriller!
Okay la, best. Buku kedua ni perlu ada untuk jawapan kepada persoalan Bisik, dan untuk bagi drive nak baca M pula.
Rasa iri hati yang terkumpul itulah yang menjadi penjana kepada perlengkapan ikhtiar hidup kepada kau. Manusia boleh hidup tanpa elektrik, tanpa tempat tinggal, tanpa banyak wang tetapi tidak boleh hidup tanpa rasa cemburu. Ini adalah kerana rasa itulah yang akan menjadi suatu mekanisme check and balance kepada kehidupan sedih kau. Kau lihat orang lain berjaya dalam hidup, pandu kereta mewah. Kau harus rampas apa yang dia ada. Kau lihat orang lain gembira punya seseorang yang dicintainya. Kau mesti musnahkan rasa sayang itu. Kau lihat orang lain punya harta berkoyan-koyan. Kau rasa menjadi suatu tanggungjawab untuk beri dia suatu pengajaran agar dia tidak takbur dan bongkak. Tetapi pada masa yang sama kau juga tahu yang rasa iri hati itu sebenarnya membunuh kau dari dalam. Cuma kau mengetahuinya pada ketika yang agak lewat.
Suka dengan watak Mikael dalam ni. Tidak menggila. Cuma saya tak sangka Fai akan mati. Dia seorang lelaki yang baik. Tapi saya tak kisah sebab itu yang menyedapkan cerita ini. Watak Suraya pula buat saya keliru sama ada Suraya yang membunuh dan Suraya yang bekerja di kedai buku adalah orang yang sama. Ada beberapa teori yang boleh disimpulkan sebelum membaca M seterusnya. Saya harap M lebih bagus jalan ceritanya dan memberikan closure yang sepatutnya.
Paling penting penulisan dalam KOYAK tampak lebih kemas dan matang berbanding BISIK. Walaupun cerita agak bosan pada mulanya tetapi lebih cemas selakan mukasurat selepas 3/4 buku ini. Satu lagi perkara yang saya suka ialah apabila penulis buang satu bab awal dan letakkannya di bahagian belakang. Boleh 'treasure hunt' sikit. Haha
This entire review has been hidden because of spoilers.
mengelirukan. syaihan cuba mengelirukan pembacanya dengan pelbagai insiden dan menjadikan hampir semua watak tidak boleh dipercayai meski mikael sendiri. jadi saya rasa cubaan syaihan mengaburkan pembunuh berjaya sehinggalah ke muka akhir sekuel kedua ini, setidak-tidaknya terhadap saya. menjadikan sekuel kedua lebih berjaya menipu berbanding sekual pertama Bisik yang lebih mudah ditebak.
Adoiii...kenapa bersambung lagi?? :v Apa-apapun, dari segi penulisan dan penceritaan, KOYAK adalah lebih baik tetapi agak kurang gruesome berbanding BISIK. Emmmmm...tak boleh nak kata apa sebab macam baaaaaannyyaaak lagi teka-teki yang masih belum terjawab. Cuma satu je nak komen sikit.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Aku rasa 3 macam tak cukup, sebab cerita ni best, tapi 4 tu tinggi sangat sebab bila sampai ending, rasa macam biasa pulak.
Since ni sequel for BISIK, aku ingat-ingat lupa sebenarnya bila ada mention watak-watak from the previous book. Tapi boleh catch up balik and aku rasa memang boleh je Koyak ni stands alone sebab ada je recall certain things dalam buku ni.
Buku ni buat aku tak senang duduk sebab banyak persoalan penulis bagi throughout the story. Jalan cerita yang enjoyable, thrilling but the crime was not as gruesome as previous book. Although I have to admit, the signature move done by the criminal, koyak mulut mangsa ala-ala Joker tu memang power. Tambah dengan gaya santai pembunuh doing the job while listening to the ipod.
Overall, it’s a good book and I’m wondering what else the author had in mind since there’s a sequel for this one too.
Initially I was confused with some new characters in this book. some confusion whether the killer is Mikael himself or was there any other person or even the newborn of other character that Mikael created.I have to refresh the plot in the previous book, Bisik. However, the author did a great job by narrating some of plot and accidents that happened in his previous book. I did know why I read this book in the first place because when I read the first book, Bisik, it was somewhat gruesome and sociopath kinda of point of view but still, the narrating isn't cliche as I thought it would be. I wanna keep reading the continuation of Mikael's characters though it frustrated me a bit to wait of a closure of all the characters.
Bila baca BISIK sebenarnya aku tak mengharapkan ada sekuel pun. Jadi KOYAK adalah satu kejutan bagi aku.
BISIK is predictable (endingnya je la) tapi still a worthwhile reading.
KOYAK tak predictable macam BISIK. Tapi lebih memeningkan. Mungkin sebab banyak watak yang jadi narrator dalam KOYAK.
Mungkin aku sedikit bias, tapi mungkin standard BISIK dah terlalu tinggi, jadi aku rasakan KOYAK, walaupun sebuah novel yang bagus, masih belum pada standard itu.
Apa pun, aku menanti novel terakhir dalam kisah hidup Mikael ni.