Jump to ratings and reviews
Rate this book

Laksamana Sunan #2

Cinta Sang Ratu

Rate this book
Cinta Sang Ratu
' Laksana langit mencengkam purnama, ibarat mutiara dilautan biru saujana mata memandang, seluas langit terbentang.
Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN pabila rindu terusik, rasulNya jadi pilihan.
Sampai masanya cinta jadi taruhan Sang Ratu menjadi impian. '

* Akhir kurun ke-15 : Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

" Sebagai manusia, aku sayang kepadamu "

* Awal abad ke-21 : Bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

"Haryani, walau apapun yang berlaku, saya tetap mencintai dan menyanyangi awak. "

Dua wanita dari dua zaman ditakdirkan mencari lelaki-lelaki yang pada mulanya mereka benci. Dan,akhirnya bertemu dengan orang yang dicari. Namun, apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegang kata-kata mereka sebagai satu janji?

Cinta Sang Ratu...
' Mengulang kisah perkelahian di langit yang berlanjutan kepada peperangan di bumi semata-mata kerana cinta '



Model kulit depan : Marlya Mohd Isa

Cetakan 1 , 2 , 3 - 2007
Cetakan 4 , 5 - 2008
Cetakan 6 , 7 - 2009
Cetakan 8 - 2010
Cetakan 9 - 2011
Cetakan 10 , 11 - 2012
-

554 pages, Paperback

First published January 17, 2007

182 people are currently reading
2800 people want to read

About the author

Ramlee Awang Murshid

51 books1,379 followers
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.

Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.

Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.

Latar belakang pendidikan
Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah
Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.

Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:

www.facebook.com/ramfc
www.instagram.com/ramfc2020
www.twitter.com/ramfc2020

Karya beliau boleh dapatkan melalui:

www.facebook.com/ramfcstore

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1,444 (67%)
4 stars
529 (24%)
3 stars
134 (6%)
2 stars
28 (1%)
1 star
16 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 117 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
August 4, 2014
'Cintailah Allah kerana ia adalah sebaik-baik cinta...
... kemudian cintailah diri sendiri, sesudah itu cintailah... kanda.' [pg 132]


Saja je si Sunan ni tau... darah pendekar ke tak, ayat-ayatnya memang tak menahan. Phewittt...

Full review: 04/08/2014

Episod lepas, Sunan cedera parah. Si ‘durjana’ yang cuba membunuh itu adalah si gadis rupawan dari Pulau Utara. Manakan tau, akhirnya mereka berdua bertemu jodoh. Indah kan, takdir Tuhan?

Ratu Sulaman atau Ratna. Karakter yang kekal ampuh, si kejam yang keras tapi tewas dengan kata-kata ringkas daripada Saifudin. Alaa... cam biasalah ayat Saifudin yang bukan saja buat si ratu cair, malah mereka-luar-tepi-lebih-cair, ya tak? Hahaha ;))

Namun, tak nama Sunan kalau tak diduga. Kebahagiaan berumah tangga direntap oleh sang Maharani. Ratna diculik kerana kecewanya Maharani dengan keputusan Ratna yang tiba-tiba memihak pada sang putih. Kebatilan yang diajar dalam diri Ratna hilang sekelip mata hanya kerana cinta luhur buat suami.

Maka bermulalah perjalanan Sunan untuk menyelamatkan isteri kesayangan. Dan, di sini terbentang tiap scene yang mendebarkan. Dalam rasa hiba, masih terselit aksi pertarungan. Oh, ya! Perjalanan Sunan juga diselang-selikan dengan perjalanan Haryani untuk mencari Dani yang hilang ketika tsunami. Kasihan Dani! Terperangkap di Aceh, tapi jiwanya terhumban ke kurun ke-15. Lantas menemukannya dengan Sunan, tapi malangnya mereka bertemu di medan pertarungan. Bagaimanakah Sunan mahu menyelamatkan Dani di bawah kuasa sihir Maharani Pulau Utara? Ha, sila-sila baca sendiri ya!

Sequel ni aku akan katakan episod cinta. Bukan sembarangan episod cinta, tapi cinta yang sarat dengan mesej-mesej Islam di dalamnya. RAM nyata bisa mengadun kisah cinta yang indah dan romantis juga.

Dan jujur, aku memang suka pasangan -- si Ratu Sulaman dan si Lelaki Berduka dari Tanah Rencong. Mungkin aku bias tapi aku kongsikan di sini, bisikan si Ratna buat sang belahan jiwa saat dia hampi rebah di medan perjuangan;

‘Kandaku Sunan... bangkit dan berjuanglah kerna Allah.
Kandaku Sunan... hidup dan matilah kerna Allah.’ [pg 506]


Makanya, cinta siapa lagi yang lebih epik daripada dua pasangan ini?
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
March 17, 2017
(4.6 bintang)
Fuh, selesai sudah hamba membaca dan selepas tidak menjadi sewaktu Bagaikan Puteri dahulu, kali ini hamba yakin bahawa Cinta Sang Ratu adalah buku terakhir dari siri ini yang akan hamba baca. Ya, muktamad.

Bukan kerana buku ini tidak bagus. Tidak sama sekali! Namun, hamba yang adakala mudah diarah-arah sentimental dan dipermain-mainkan nostalgia mahu menyimpan kisah kasih Laksamana Sunan dan Ratna dengan diam-diam dan dalam seadanya. Biarpun pengakhiran cerita sang laksamana dengan ratunya tidak seperti yang hamba mahukan. Biarpun Haryani dan Dani masih belum punya kata putus. Ya, biarkan saja.

Tentang Cinta Sang Ratu, hamba menyukainya lebih sedikit dari buku pertama. Meski pergerakan cerita tersengguk-sengguk di permulaan tetapi hamba menyukai sub-stories yang dibekalkan penulis bersama cerita utama 'Lelaki Berduka dari Tanah Rencong'. Kisah duyung tersumpah dan manusia serigala Manggala ibarat garam dan gula yang melengkapkan resipi dan menyempurnakan rasa bagi keseluruhan hidangan ini.

Kisah di penghujung kurun ke-15 dan masa kini diselang-selikan dengan baik untuk mencetuskan persoalan yang automatik memancing keinginan pembaca untuk mencari jawapan dari helaian-helaian berikutnya. Jadi, tidaklah pembaca merasa kisah ini terlalu mendatar biarpun secara peribadi hamba sempat berhenti beberapa kali kerana kehilangan fokus.



p.s "Isteriku Ratna... Sang Ratu yang kucintai..." ~ Aduhai, kalau tiba-tiba sang laksamana yang sentiasa tenang dan jarang-jarang menunjukkan emosi berlebihan mengucapkan kata kasih sayang, hati yang tiada kena-mengena ini pun ikut mencair juga. Memang dasar perasaan kewanitaan! Hahaha.
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
July 29, 2016
Cinta Sang Ratu
Laksana langit mencengkam purnama
Ibarat mutiara di lautan biru
Saujana mata memandang
Seluas langit terbentang
Tatkala cinta berbisik
Suaranya memuji TUHAN
Apabila rindu terusik
Rasulnya menjadi pilihan
Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian


Akhirnya, Laksamana Sunan menerima jodoh dengan Ratu Sulaman (Ratna) wanita yang hampir membunuhnya dengan panahan sihir. Sebaris ayat, "sebagai manusia aku sayang padamu" telah membuka hati Ratu Sulaman untuk menjengok semula musuh ciptaan bonda. Anak didik Maharani dari Pulau Utara, pengikut thagut itu terpikat dengan pekerti Laksamana Sunan, sehingga terlupa amarah Maharani yang tidak membenarkan dia untuk jatuh cinta dengan mana-mana lelaki. Bagi Sunan, perkahwinan diatur adalah untuk menjaga akhidah Ratu Sulaman yang telah diislamkan dan mengelak fitnah. Hidup mereka dilimpahi penuh kasih sayang sehinggalah saat cinta mereka diuji apabila Ratna diculik bonda dan disihirkan semula. Dari situlah, bermulanya pelayaran Sunan bersama sahabatnya Sidik ke Pulau Utara. Pelbagai rintangan yang mereka terpaksa tempuhi sepanjang pelayaran dan ada kalanya hampir meragut nyawa Sunan apabila terpaksa bertarung dengan makhluk aneh di lautan. Namun, atas keimanan yang tinggi kepada Allah, semuanya dapat ditempuhi dengan sabar dan tawaduk. Kisah si ibu yang sebatang kara amat menyentuh hati. Ada mesej disitu untuk kita renungi dan menyedarkan kita untuk terus berbakti kepada orang tua yang masih hidup dan yang telah kembali kepada Pemilik.

Di kurun 21 pula, Dani yang berpergian ke Aceh untuk mencari keris Nanggore telah menjadi mangsa Tsunami yang telah mengorbankan lebih 200000 orang. Dia yang telah diselamatkan Pak Mustakim dan anak sunti Saliha telah mengalami gangguan jiwa dan rohnya terdampar ke kurun 15, dunia Sunan. Haryani yang terasa bersalah telah menjejaki Dani tanpa restu ibu dan bapa juga mengalami ancaman diburu serigala jadian.

Kisah yang menarik penuh teladan dan watak hero yang tinggi pekerti lagi menyeru penyerahan jiwa kepada Allah, telah mencipta fenomena Sunan di hati pembaca ;)
Profile Image for Hajar.
284 reviews
June 14, 2014
14-06-2014

Imbas kembali: Setelah pertarungan hebat antara Laksamana Sunan dan Nyi Burga Kelara yang kemudiannya turut mengorbankan Haryani, Laksamana Sunan akhirnya kembali ke Acheh. Walaupun niat asalnya pulang ke Kampung Punggor untuk berbakti kepada kedua orang tuanya, Laksamana Sunan akhirnya terpaksa akur dengan kehendak kedua ibu bapanya bila dirinya masih menjadi buruan Sultan Melaka yang murka kerana Haryani dibunuh. Pulang ke Acheh pula, tentera Pulau Utara yang diketuai oleh Ratu Sulaman bersiap sedia untuk menggempur Kerajaan Acheh disebabkan dendam terhadap Laksamana Sunan yang telah menghapuskan Nyi Burga Kelara.

Hanya kerana sepotong ayat; "Sebagai manusia....aku sayang padamu." telah menyebabkan hati Ratu Sulaman atau Ratna tersentuh. Walaupun telah berjaya memanah Laksamana Sunan menggunakan panah bersihir, hatinya tak pernah tenang. Rupanya takdir Allah telah melorongkan hidayah buat Ratna melalui Laksamana Sunan. Untuk mengelakkan fitnah , Laksamana Sunan telah bersetuju menikahi Ratna. Namun, kebahagiaan mereka direntap sekelip mata bila Maharani Pulau Utara bertindak menculik Ratna kerana kecewa dengan keputusan Ratna yang berpaling tadah.

Maka, bermulalah perjalanan Laksamana Sunan yang digelar lelaki berduka dari Tanah Rencong untuk menyelamatkan isteri kesayangannya. Pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhi dalam usaha untuk menyelamatkan Ratna.

Sementara itu, pada abad ke 21, Dani yang berada di Acheh untuk mencari keris Nanggroe milik Laksamana Sunan telah menjadi mangsa tsunami yang juga telah mengorbankan ribuan nyawa. Dani telah diselamatkan dan dijaga oleh oleh Pak Mustakim dan anak gadisnya yang bernama Saliha. Sekali lagi keajaiban berlaku. Rupanya Dani mengalami gangguan mental kerana rohnya terperangkap di penghujung kurun ke-15 sekaligus menjadi tawanan di bawah kuasa sihir Maharani Pulau Utara. Dani kemudiannya diselamatkan oleh moyangnya, Laksamana Sunan.

Manakala Haryani pula tekad untuk ke Acheh tanpa pengetahuan kedua orang tuanya. Malang tidak berbau, Haryani ditangkap oleh warisan keturunan Manggala (yang juga merupakan serigala jadian) untuk dikorbankan. Kata mereka, darah korban dari perawan suci yang ke-100 bakal membangkitkan semula baka awal Manggala. Berjayakah Haryani menyelamatkan dirinya dan dapatkah Dani ditemui untuk dibawa pulang ke Malaysia?

Komen saya

1. Sekali lagi, rugi..rugi..rugi.. kerana terlewat mengenali Laksamana Sunan. :D

2. Kisah kali ini padat dengan aksi sehinggakan Haryani yang selama ini tak pandai bersilat pun mampu bersilat sebab katanya dia belajar melalui pemerhatian terhadap Laksamana Sunan. Fuh~!

3. Banyak pengetahuan baru yang diperoleh dan menyebabkan saya rajin menggodek google semata-mata nak tahu betul ke wujud warisan Manggala tu? Ngee..

4. Buku ni memang antara edisi-buku-susah-letak. Tak rasa nak skip Kat mana-mana pun sebab ceritanya memang membangkitkan semangat ingin tahu sehingga ke mukasurat terakhir. :D

5. Okey, next!

P/s: Terima kasih sekali lagi Cik Pah. :D
Profile Image for Tea Time.
5 reviews
August 30, 2011
the best ever book between all bagaikan Puteri Series. garapan keindahan dan agungnya cinta dan kasih sayang seorang lelaki bernama Insan hamba Allah serta Suami kepada Tuhan dan isterinya.
selain tu lebih banyak aksi dan suspen dlm Cinta Sang Ratu. Berbanding bagaikan puteri. even Haryani adlh heroin pertama tapi, mmg prefer Ratna Sang Ratu. Keindahan karakternya mmg terserlah, dari seorang yng kejam dan keras, dilenturkan oleh Saifuddin dgn kata-kata yang ringkas " sebagai manusia, aku sayang kepadamu".
nampknya even haryani tewas dng Ratna. malah kedlaman cinta dan sygnya Saifuddin pd ratna shgga Dani mengakui yg Saifuddin boleh tewas dgn cinta sprti org lain jga. kalu bkn bisikan Ratna yg menyedarkannya, pasti dah tak ada dh kesinambungan Sunan.bgtu mendalamnya Cinta Saifuddin terhadap AllAh dan Isterinya. lbh menarikkan novel ni lagi..musyaf yang dituliskan buat Ratna. indah dn romantik. syng, panas x smpa keptg, ending dia mmg sedih!

Sorry tu Haryani Fan!

rindu dah sya pd ratna n Saifuddin Jalis nih!
Profile Image for ALIA.
33 reviews
November 27, 2024
Definitely better than the 1st book.

Tapi sama mcm buku pertama saya sebenarnya tak berapa minat dgn cara penulisan RAM. Ada sesetengah tempat bahasa penulisannya sgt cantik & penuh bunga2. Tapi di sesetengah tempatt ayatnya panjang menjela berbelit2. Baca berkali2 pun masih tak faham.

Tapi kekuatan buku ni terletak pd jalan ceritanya yg lain dr yg lain. Byk terselit pengajaran, keagamaan & ketuhanan. Watak Laksamana Sunan memang terbaik.
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
September 27, 2013
Antara enam buah novel Saga Laksamana Sunan (SLS),Cinta Sang Ratu (CSR) merupakan novel yang paling saya gemari. Alasannya,kerana melalui CSR,watak utama SLS,Saifudin atau Laksamana Sunan bertemu jodoh dengan Ratu Sulaman atau Ratna. Kisah pertemuan dan percintaan antara dua watak tersebut saya fikir berjaya digarap dengan baik oleh penulisnya,Ramlee Awang Murshid (RAM). Romantik dan manis sekali percintaan mereka,yang berlandaskan kepada keikhlasan dan mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

Di dalam CSR juga,buat pertama kalinya,RAM menggunakan kaedah penceritaan berkembar. Kaedah ini menyaksikan terdapat dua buah kisah yang berjalan serentak,tetapi,pada zaman yang berbeza. Sebagai contohnya,di dalam novel CSR ini,pembaca dapat menyaksikan dua kisah menentang kejahatan oleh kuasa kebaikan. Pertama,pada penghujung abad ke-15 oleh Laksamana Sunan menentang Kerajaan Pulau Utara di bawah pimpinan Maharani Pulau Utara. Dan kedua,pembaca dihidangkan dengan pengembaraan Haryani menjejaki Dani di Aceh,Indonesia yang menyaksikan puak Manggala memburu mereka.
Profile Image for lunabksw.
83 reviews1 follower
June 6, 2023
Agak menarik juga kisah Ratna dan Sunan.
Di sini,kita dapat lihat sisi Sunan yang sangat berbelas terhadap kepada manusia yg bertuhankan syaitan mengenangkan adinda tercinta.
Cerita ni juga mengajar kita bahawa kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya.Syukur juga hidayah sampai kepada Sang Ratu yang kemudiannya lebih memilih hidup sebagai rakyat biasa bersama suami tersayang.
Namun seperti biasa langit tak selalunya cerah,kisah cinta mereka berakhir dengan tragis tetapi saya syukur ke hadrat ilahi pabila dia mati dalam iman.
Profile Image for Fatin.
6 reviews8 followers
August 29, 2012
Wahhhh :D That is my first thought when ive finished this book. Seriously this book is much more better than the first one. I really hope the third one would be two thumbs up! :)The very much thing I really love about this book is when Laksamana got married to Sang Ratu. It was the sweetest thing ever.
Profile Image for Amal Lee.
280 reviews33 followers
January 14, 2023
‘Semoga Allah menempatkan rohmu di dalam syurga, sayang.’

I’m done!! not gonna say anything because ‘Jangan marah kerana marah itu nafas syaitan’. Baiklah Saifudin.
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
June 6, 2009
Laksamana Sunan & Ratu Sulaman @ Ratna

"Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berbeza..."

Kesinambungan dari novel Bagaikan Puteri, RAM masih mengekalkan suasana dua zaman yang bebeza. Begitu juga dengan adegan-adegan persilatan, ilmu agama dan juga unsur-unsur paranormal.

Di zaman penghujung kurun ke-15, Ratu Sulaman cuba untuk menakluki Acheh dalam memperluaskan empayar pemerintahan Maharani di Pulau Utara. Semasa pertempurannya dengan Laksamana Sunan, Ratu Sulaman sudah mula terpaut dengan keampuan ilmu mempertahan diri lelaki itu. Walaupun dia berjaya menumpaskan Laksamana Sunan dan meninggalkan Acheh, namun dengan sikap terpuji yang ditunjukkan oleh lelaki itu telah membuatkan Ratu Sulaman berpatah balik ke Tanah Rencong dengan tujuan untuk mempelajari ilmu yang dimiliki oleh Laksamana Sunan. Dia sanggup untuk merendahkan dirinya sebagai insan biasa dengan menggunakan nama asalnya, Ratna sebaik saja dia memeluk agama Islam dan sekali gus menjadi isteri Laksamana yang terbilang itu. Apakah Maharani boleh berdiam diri bila mendengar berita tersebut? Berjayakah Laksamana Sunan melindungi isterinya?

Cinta Sang Ratu

Laksana langit mencengkam purnama
Ibarat mutiara di lautan biru
Saujana mata memandang
Seluas langit terbentang
Tatkala cinta berbisik
Suaranya memuji TUHAN
Apabila rindu terusik
Rasulnya menjadi pilihan
Sampai masanya cinta menjadi taruhan
Sang ratu menjadi impian


Dalam zaman masa kini, Haryani terpanggil untuk pergi ke Medan dengan hasrat dia dapat membawa Dani pulang ke Malaysia sehinggakan dia terjebak ke alam sumpahan keturunan Menggala. Saat nyawanya berada di hujung tanduk, kehadiran Pak Mustakim, Saliha dan Dani telah menyelamatkannya dari menjadi mangsa korban yang ke-100 demi menghidupkan semula baka asal Menggala. Pelbagai insiden berlaku dan begitu mendebarkan. Berjayakah Dani dan Haryani melepaskan diri dan pulang ke Malaysia?

Selesai saja membaca novel ini, aku membuat satu kesimpulan - setiap kebaikan yang kita lakukan pasti akan dapat mengatasi segala kejahatan di dunia ini. Inilah elemen yang paling penting yang patut ditanam di dalam diri kita dalam mengharungi liku-liku hidup di akhir zaman ini. InsyaAllah.....

"Apabila bertindak, ikut firasat, bergeraklah seperti seekor ular yang menyurus belukar. Perlahan tapi berhati-hati. Melawan ketika disergah. Menghindar musuh dari terserempak tatkala tiada kemampuan. Bangkit menyembur bisa untuk melumpuh lawan."
1 review
February 14, 2009
Cinta Sang Ratu adalah kesinambungan dari novel Bagaikan Puteri..
sangat best kerana percintaan antara Ratu dan Laksmana Sunan sangat indah..
ku ingin mahukan cinta sebegitu..cinta ke jalan Allah SWT..
Ku mahu mati di jalan Allah SWT, seperti Ratu..Cintanya pada Sunan adalah kerana cintanya kepada Allah SWT...
Amin..
Profile Image for Norabaha Rudin.
45 reviews
October 25, 2009
Watak utama menemui cinta sejati. Malangnya kasih tidak berpanjangan kerana sang ratu terkorban untuk menyelamatkan suami tercinta.Cinta mereka termeterai dalam ungkapan syair yang dijumpai semula pada zaman moden.
Profile Image for Syida Mrs Nick.
130 reviews5 followers
May 25, 2023
Satu lagi karya yg hebat dari Ramlee Awang Murshid.

Walaupun cerita dia bercampur dengan zaman dahulu dan zaman sekarang tapi memang tak rasa serabut. Semua teratur sekali.

Boleh bayangkan bagaimana hebatnya Laksamana Sunan serta rakannya bertarung dalam setiap pertarungan dengan orang2 maharani atau maharani itu sendiri.

Ok, nanti nak baca buku yang seterusnya
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
May 2, 2019
[BOOK 50]

Cinta Sang Ratu by Ramlee Awang Murshid.
.

"Sebagai manusia, aku sayang padamu"
.

Best!
.

Buku kedua selepas Bagaikan Puteri. Dan jujurnya aku memang lebih suka CSR.
.

Walaupun Ratu Sulaman berjaya menewaskan dan mencederakan Laksamana Sunan, si Ratu tidak gembira. Kerana hatinya teringat pada Sunan. Sepatutnya Ratu kembali ke Pulau Utara dan menemui bonda asuhannya, Maharani, tapi Ratu berpatah balik ke Acheh. Di sana, dia tertarik dengan ajaran Islam. Apatah lagi, ketika para jemaah lain menggesa supaya Ratu diserahkan kepada Sultan Acheh, Sunan menghalang. Sunan sendiri yang kembalikan Ratu ke Pulau Utara. Dan kerana itulah, Ratu akhirnya memeluk Islam. Dan Sunan menikahinya.
.

"Cintailah Allah kerana ia adalah sebaik-baik cinta. Kemudian cintailah diri sendiri. Sesudah itu cintailah kanda."
.

Tapi kebahagiaan mereka direnggut apabila Ratu dilarikan ke Pulau Utara. Sunan pula belayar ke Pulau Utara untuk mendapatkan semula Ratu dan memohon restu Maharani. Tapi, perjalanannya sangat berliku.
.

Sementara pada masa sekarang, Haryani ke Acheh untuk mencari Dani. Dan perjalanannya juga berliku. Tercampak pula ke perkampungan Manggala, serigala jadian.
.

Yang kusuka, walaupun kisah cinta antara Sunan dan Ratu sikit sangat dalam ni (dalam 15% je), tapi sangat terkesan padaku. Sekejap je bahagia, mereka terpisah. Bila kembali bertemu, Ratu kembali pada Allah. Sedihnya.
Profile Image for Lanzz.
816 reviews25 followers
May 9, 2019
Pergh, rasanya buku kedua ni lebih best dari buku pertama. Jalan ceritanya lebih enjoyable, dan sampai ke hati. Unsur2 aksi, dakwah, pengajaran, cinta, dan drama juga masih best. Tapi, endingnya pulak sedih. Tapi yelah, xkan nak happy ending slalu kan...

Kali ni, di abad ke-15, Laksamana Sunan kembali ke Acheh untuk menghalang serangan tentera Kerajaan Pulau Utara yang diketuai oleh Ratu Sulaman (atau Ratna). Tapi lain yang terjadi, Ratna jatuh cinta pada Laksamana Sunan disebabkan oleh akhlaknya yang mulia. Akhirnya mereka menjadi suami isteri. Konflik bermula apabila Ratna diculik oleh orang suruhan Maharani Pulau Utara. Maka bermulalah pengembaraan Laksama Sunan ke Pulau Utara untuk menyelamatkan isterinya itu.

Di abad ke-21, Dani telah hilang semasa tsunami melanda Acheh. Haryani telah mengambil keputusan untuk menjejaknya di sana kerana rasa terhutang budi pada Dani. Tapi usahanya itu dihalang oleh penduduk kampung Manggala yang mampu berubah menjadi serigala jadian.
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
February 16, 2019
Cinta Sang Ratu sehebatnya Bagaikan Puteri, bahkan mungkin lebih lagi. Ada fitrah kasih seorang insan yang dihidupkan atas dasar cinta hakiki kepada Ilahi.

Terlalu banyak jangkaan yang tidak terjangkakan. Dukanya seorang pemuda dari Rencong seolah-olah begitu terasakan, kerana dia cuma semata-mata juga ialah seorang insan.

Kisah cinta yang dihidupkan lembut, dapat menyentuh perasaan.

Kisah-kisah lain tidak hanya menjadi sampingan kerana penulis bijak menjadikan setiap kisah penting dalam setiap gariswaktu sehingga cerita ini benar-benar tamat nanti.

Ps. Oh Ratu, kita tak leh move on dari awak.
Profile Image for Nur.
45 reviews4 followers
March 30, 2018
Ini buku cerita pertama yang saya baca sampai menitis air mata. Starting sedikit lambat. Mungkin kerana nak establish relation antara Sunan dan Ratu. Semakin lama semakin best. Abang RAM betul2 take the time untuk explain feeling dan kasih sayang Sunan kepada Ratu. Sepanjang buku tu, betul2 rs betapa kasihnya Sunan pada isteri dia. Tak sangka akhirnya begitu.... Tau2 je air mata menitis.... Terbaik.
Profile Image for Ellysha Samad.
16 reviews1 follower
December 4, 2012
Tatkala cinta berbisik suaranya memuji TUHAN...Pabila rindu terusik rasulnya jadi pilihan.
Profile Image for Nadhirah Idris.
33 reviews
October 25, 2024
1 lagi edisi sunan berjaya dihabiskan.

Can feel the emotion dari sang jiwa sunan & ratu, apabila 2 hati hitam dan putih bertemu mampu mencairkan kedinginan jiwa membeku tapi tidak cukup mencairkan because i want more their timeline. Sayangnya ia hanya seketika sudahnya dihabisi nyawa ibunya sendiri tapi ralat, sang ratu masih tidak mengetahui siapa dirinya sebenar kerna dia bukanlah sejahat jahat yang difikirkannya, hanya dia dihasuti oleh si kutip ibu angkatnya.

Dia macam sampai tapi tidak sampai. Anyway i still enjoy the short lovey dovey storyline hehew
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
January 25, 2020
Sekuel Laksamana Sunan. (Buku ke 2)
Best sangat. 2 kali menangis baca cerita ni. Sedih sangat². Tabahnya Sunan ni.


Menceritakan mengenai Ratu Sulaman yang di akhir buku pertama (Bagaikan Puteri) telah memanah Laksamana Sunan. Mujur Laksamana Sunan tak mati, tapi cedera parah. Ratu yang kemudiannya asyik teringat² kata² Laksamana Sunan... "sebagai manusia, aku sayang padamu", pergi semula ke Tanah Rencong untuk melihat keadaan Sunan. Kemudian, Ratu sedikit demi sedikit jatuh sayang dan mula terbuka mata pada Islam. Lalu, Ratu kemudiannya memeluk Islam dan Sunan berkahwin dengan Ratu, atau gelaran barunya, Ratna. Maharani (bonda angkat si Ratu) murka dan telah mengarahkan Gagak (jelmaan iblis) untuk menculik Ratu daripada Sunan. Kemudian, Maharani mengsihirkan kembali Ratu supaya lupa pada Sunan dan kebaikan. Sunan menjejaki isterinya dan akhirnya terpaksa berlawan dengan Ratu yang ingin membunuhnya. Tetapi, Sunan berjaya menghapuskan sihir Ratu dan mengembalikan Ratu sebagai isterinya dan manusia yang takutkan Allah. Maharani yang bengang dengan situasi tu, cuba membunuh Sunan, tetapi Ratu menolak Sunan dan pedang tertikam Ratu. Ratu mati dalam dakapan Sunan. Sunan kemudian berlawan dengan Maharani, tapi dilepaskan Maharani (tidak membunuhnya) kerana Maharani masih bonda mertuanya. Walaubagaimanapun, Sunan telah mengukir nama Allah di dada Maharani dan Maharani tidak boleh kembali menyeru iblis Taghut tu. Akhirnya Sunan membawa diri yang sedih dengan kehilangan isterinya itu ke Tanah Melayu untuk berbakti pada keluarganya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hunny.
181 reviews1 follower
February 19, 2011
Novel ni adalah selepas kesinambungan bagaikan puteri mengisahkan seorang Ratu bernama Ratna (anak angkat kepada maharani) yang jahat tetapi jatuh hati pada Laksamana Sunan. Kisah cinta mereka berdua sangat syahdu dan bila baca terasa keagungan cinta antara mereka. Romantik jugak laksamana sunan yang gagah ni. Cair jugak aku yang membacanya. Hehe..

Tip Top memang superb, tahniah buat penulis ni. Syabas!!
Profile Image for Izzul.
21 reviews
April 5, 2019
Mungkin ni novel RAM yg plg aku suka! Kalau banding dgn Bagaikan Puteri, CInta Sang Ratu jauh lebih best. Mungkin sbb aku rasa cinta antara Sunan dgn Ratna lebih best dari cinta Sunan dgn Haryani.

Novel ni jugak banyak pengajaran. Mcm biasa la, RAM takkan lupa nak selitkan pesan2 dan nasihat yang berguna. Tapi pd masa yg sama jalan ceritanya masih best. Itu yg bezakan RAM daripada penulis2 lain di luar sana.
Profile Image for Izzati  Hashim.
38 reviews8 followers
Read
December 9, 2012
"Cinta Sang Ratu
laksana langit mencengkam purnama,
ibarat mutiara di lautan biru
saujana mata memandang, seluas langit terbentang.

Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji Tuhan
pabila rindu terusik, rasulnya menjadi pilihan.

Sampai masanya cinta jadi taruhan,
Sang Ratu menjadi impian."

Sambungan Bagaikan Puteri yang sungguh mengujakan!
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
August 20, 2008
sambungan kepada bagaikan puteri. pada awalnya saya kurang setuju dgn siapa Sunan berkahwin. tapi sehingga ke penamat, ada hikmahnya :) cerita ni disusun dgn baik.. sama seperti novel2 RAM yang lain :)
2 reviews
Read
March 9, 2010
menarik...cinta ratu dan sunan yang suci dengan berlandaskan keimanan kepada ALLAH SWT...meskipun akhirnya ia kehilangan isterinya itu...
Displaying 1 - 30 of 117 reviews

Join the discussion

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.