Penulisan yang santai dengan penggunaan bahasa yang ringkas tidak merumitkan aku untuk memahami kandungan buku ini. Cuma kebanyakkan cerita tentang sukakan seseorang, tentang pengorbanan, putus cinta, itu mungkin tidak terlalu menaikkan andrenalin aku. Mungkin aku sudah terbiasa dengan situasi itu lantas tidak terlalu berjaya menaikkan minat aku.
Baca suku atau separuh pun tak sampai..mungkin..entah..yang pasti saya tak paham..bukan jiwa saya kot...mungkin satu hari nanti kalau dah takde pilihan..perlahan2 saya pergi kat rak buku saya dan mengambil "November" sekali lagi untuk dibaca..dipaham dan dihabiskan..heheehee...
aku minat dengan penulisan penulis sahaja. but this book is not what i was expected. entah, mungkin sebab aku dah tak boleh hadam pasal cinta. love is too confusing.
Give me a rainy day, a good cup of coffee and a comfy couch. Oh, and this November too. I mean, that's the perfect situation to read this kind of book.
Semasa membaca November, aku main satu permainan. Permainan meneka, adakah artikel ini ditulis oleh Penulis Sahaja atau Alexia Aqram? Hehe.
Tapi tak best sebab tiada jawapan di hujung artikel. Takde closure orang cakap.
Sehelai demi sehelai aku selak isi buku ni, cuba hadam satu persatu. Bahasa tak terlalu susah untuk aku faham, tapi aku tak boleh nak habiskan. senang kata buku ini bukan jiwa aku. Kalau rajin aku buka dan baca lagi sekali.
Pabila kau baca coretan2 dan cerpen dlm buku ni pasti buat ko tersenyum dan terkenang zaman percintaan korang dulu kala..luahan ikhlas dari penulis2 mmg hebat...semuanya best.. thanks terfaktab, Penulis Sahaja & Alexia Aqram..
Bagi aku, Penulis dlm buku cerpen November ni, dia macam seorang pemanah, ada busur dan anak panah. Lalu dia panah ke arah engkau.
Dan ada ketikanya, panahan dia kena tepat kat tubuh engkau, namun begitu, ada juga yg tersasar jauh.
Aku akui pada mulanya, bacaan macam tak sampai point dia. Tapi sabar. Teruskan sahaja bacaan. Kelak, ada jugak cerpen yg bole relate dengan hidup engkau sendiri.
Di sebalik cerpen2 kisah cinta so suwit, aku sebenarnya lebih tertarik dengan cerpen perbualan penulis dengan officemate dia. Pasal berniaga, pasang surut perhubungan dan pengalaman suka duka realiti kehidupan.
Ada jugak cerpen yg macam... penulis tak ada idea nak tulis, tapi nk jugak tulis. Dan hasilnya...tak sampai ke hati. Bagi pndpt aku la.
Tapi tu la. At least Penulis ada effort nak menulis la kot. Ke macam mana. ntah la
Kalau nak baca santai2 ok je, ada jugak cerpen dia yg mmberi kesan.
Bak kata pepatah, "dalam setandan pisang, tak semuanya elok, dan tak semuanya busuk"
Thanks, dan...Jalan terus.
15/06/2020 7.18 pagi Atas tilam, sambil caj phone.
27 page awal okay. Selepas tu penulisan makin mengarut. Tapi saya boleh rumuskan selepas baca Oktober & November, penulis terfaktab memang ada style yg sama "menjatuhkan perempuan" - - misogynist. Ada satu cerita pendek pasal tulisan buruk, nope. Penulisan hangpa pun teruk dalam ni, bukan tulisan saja
Sudut pandangan lelaki dalam koleksi kalendar kuno Roman yang direct megenai kehidupan. November dibuka dengan Cinta 101 yang menimbulkan perasaan enthusiastic membuka halaman yang lainnya tetapi koleksi kisah cinta yang ada tidak disusun secara sequence. Bahasanya juga kadang kala agak sedikit kasar.
Sesuai tajuknya iaitu 'Rise back', susun atur bagi helaian helaian belakang cukup kuat membuatkan pembaca menitiskan air mata dengan sajian pahit manis kehidupan bukan sahaja sebagai kekasih tetapi lelaki yang memasang impian dengan menjual nasi lemak, si kecil yang ingin merompak kedai gameboy dan suami yang tersalah membeli sabun basuh. Walau content ceritanya agak sedikit klise namun terdapat pelbagai bahagian kuat yang menunjukkan lelaki juga bisa terluka
This entire review has been hidden because of spoilers.
Gaya penulisan yang bersahaja. Ada bab-bab yang buatkan aku tergelak sorang-sorang macam gila. Ada bab yang lepas baca aku fikir boleh pulak publish tulisan macam ni. Kalau nak disimpulkan, kebanyakannya pasal relationship(perempuan, move on, crush, syok sendiri).
Aku beli sebab tajuk je. Cover cun gila. Semua dalam buku ni sesuai mood November yang syahdu dan mellow; my favourite month. Yang last tu, sesuai sungguh diletakkan sebagai yang last. Memang susah saya nak lepaskan awak :(