Jump to ratings and reviews
Rate this book

Monolog Seorang Lelaki

Rate this book
Azzam Supardi adalah seorang lelaki yang bercakap dalam bahasa Melayu di Bucharest sepanjang masa tersadai selama 17 hari di lapangan terbang di ibu negara Romania itu dan pernah mengajar bahasa Melayu di British Council of Cairo, Egypt. Kini dia bekerja sebagai seorang editor bebas.

Apapun, buku ini bukanlah menceritakan kesemua pengalaman 'tersadai'nya itu. Catatan dalam buku ini lebih kepada omong-omongan kosong kepada dirinya sendiri. Mungkin, inilah kesan negatif yang berlaku akibat daripada pengalaman 'tersadai' keseorangan di negara paling asing itu - kini, dia kerap bercakap sendirian.

Pun begitu, 'kosong' untuk dia bukan bermakna 'kosong' juga untuk kita. Kosong dia kosong ada makna, Sheikh! Serius!

Buku Monolog Seorang Lelaki ini sarat dengan ajaran baik dalam kelakar ringan. Sambil kita mentertawakan dia - sebenarnya, kita mentertawakan diri kita juga.

88 pages, Paperback

First published January 1, 2013

15 people want to read

About the author

Azzam Supardi

4 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (27%)
4 stars
4 (22%)
3 stars
6 (33%)
2 stars
1 (5%)
1 star
2 (11%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Najiha Jaffar.
29 reviews2 followers
May 5, 2019
aku sayang sangat buku ni, tapi masa kat UIA aku bagi pinjam kat satu organisasi ni, last2 hilang. sedih betul. Dah la ada signature penulis. Tulisan tuan Azzam sangatlah santai dan kelakar. Paling best part "Lelaki kacak suka membaca". Semoga tenang di sana Tuan Azzam Supardi. Masa tahu penulis dah meninggal, memang seharian saya menangis. rasa betul kehilangannya.
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
January 18, 2014
Aku kagum dengan buku ni. Tak kisahlah orang lain tak suka atau tak minat nak baca. aku tetap kagum. Sebab buku ni ajar aku kenali lelaki dari sudut yang jarang2 lelaki nak tunjukkan. Dia siap terangkan step by step, apa yang orang lelaki selalu fikir. Apa yang sebenarnya, tak sama dengan apa yang kaum perempuan fikir. Dan terus aku rasa, aku makin kenal adik aku, kekasih aku, dan kawan2 lelaki aku.

Buku bijak ni weh.

Korang patut baca!

p/s : aku bagi 4 bintang. tapi plus 1 bintang sebab bijakkan aku dengan hal yang memang aku tak tahu sebelum ni.
Profile Image for Zetty Khairunisa.
125 reviews2 followers
March 17, 2014
Aku tak suka beremosi dan aku tak suka melanjutkan komunikasi. Kalau aku tanya apa,di mana,bagaimana,kenapa dan siapa, itu tandanya aku mahu berhenti awal. Terangkan dgn jelas dan lengkap. Dan kita berhenti komunikasi. Mudah! Ini monolog aku.
Mengenakan dan terkena tapi masih senyum. Itu monolog dia.
Profile Image for Ariff Masrom.
15 reviews3 followers
January 14, 2014
Walau pun bagi penulis ia hanyalah omongan kosong beliau, tapi aku dapat rasa setiap apa yang dia cuba sampaikan. Penulisan yang penuh dengan falsafah dan boleh aku katakan sedikit sebanyak mencerminkan semula aku sebagai seorang lelaki dan ternyata ini memang sebuah "Monolog Seorang Lelaki".
Profile Image for Saharulnazri.
52 reviews3 followers
April 6, 2014
Baru aku tahu kenapa dalam Breakfast Blues penulis menulis dalam cerita cerita yang sangat pendek. Rupanya tulisannya agak meleret tetapi masih tulisan yang tak bosan dibaca. Sesuai untuk habiskan masa dalam LRT
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
December 12, 2013
Dia berfalsafah sendiri dalam kebanyakkan perkara. Ada beberapa ketika monolognya itu seakan bertujuan untuk mengukuhkan keyakinan diri yang goyah.
Profile Image for Shuhada Ramli.
353 reviews17 followers
October 13, 2014
Isi hati lelaki terhadap sebuah kehidupan. An honest presentation. Saya suka isi dan kulitnya
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.