Perkataan ‘sesat’ telah menemukan Irfan Danish, seorang pelakon yang sombong dengan Aliya Marissa, seorang gadis yang cantik rupa parasnya namun garangnya, mengalahkan singa. Insiden pada malam itu telah menyebabkan mereka bertengkar hebat.
“Kau, kan semalam?” Irfan membulatkan matanya.
“Haah! Aku. Apesal? Kau ingat kau sorang aje pandai buat mata bulat? Aku pun bolehlah!” Aliya bercekak pinggang sambil membesarkan matanya.
Akibat gosip yang melanda Irfan Danish, Datuk Arman memaksanya berkahwin namun Irfan enggan. Oleh sebab itu, Datin Dahlia telah menggunakan kelebihan Irfan sebagai pelakon untuk memaksa Irfan agar dia berumah tangga.
Tanpa pengetahuan Irfan, gadis pilihan Datuk Arman adalah anak kepada sahabatnya Haji Mahfuz, Aliya Marissa!
Aliya tidak mahu sesiapa pun tahu yang dia sudah berkahwin dan yang paling penting, siapa suaminya! Kecoh satu universiti nanti. Apatah lagi rakan-rakannya begitu meminati Irfan.
Banyak perkara yang terjadi setelah mereka berkahwin. Bertengkar, usik mengusik. Masing-masing cuba menyembunyikan rasa cinta yang sudah menjentik hati mereka.
Irfan Danis -seorang pelakon walaupun ada kelayakan dalam bidang undang-undang -tak berminat jadi peguam walaupun dipaksa oleh ayahnya, nak juga jadi pelakon sebab minat yang mendalam dalam bidang lakonan -seorang yang serius dan sukar didekati terutama kaum wanita kerana pernah dikecewakan -suka perasan tahap gaban, maklumla pelakon dan terhandsome pula tu -dipaksa berkahwin dengan pilihan keluarga sebab selalu sangat keluar gosip pasal Irfan ni sampai keluarga dia pening kepala dan ambil keputusan untuk kahwinkan sahaja dia.
Aliya Marissa -seorang penuntut di Universiti tempatan yang masih belajar di tahun ke 3 -anak yang taat dan baik, yang menjaga seorang ayah selepas kematian ibunya -sangat mesra dengan semua oarang kecuali Irfan Danish yang berlagak dan perasan tu hehe -berkahwin muda atas saranan ayahnya dan juga mengembirakan ayahnya. ( memang seorang anak yang baik )
~ Mereka bertemu, masa kereta Irfan yang dipandu PA dia Izz Rayyan mengalami kerosakan ditengah kawasan terpencil pada senja dan dah hampir waktu Maghrib.
Masa ni PA si Irfan ni ajak la dia pergi sekali dekat surau yang berdekatan untuk solat dan minta bantuan. Tapi Irfan ni kan berlagak, jadi dia tak nak la ikiut si PA dia ni. Sanggup tinggal dalam kereta sorang diri. Aliya ni pula masa tu dah terlambat pergi surau jadi dengan tergopoh-gapah mempercepatkan langkahnya untuk kesurau dan melalui jalan yang sama kereta Irfan ni rosak. Masa Aliya lalu tu dia terperasanla ada kereta berhenti dan siap berdiri tepi cermin belakang nak intai mungkin ada orang yang perlukan bantuan. Dalam masa yang sama pula Irfan ni terpandang cermin dan ternampak lembaga warna putih. Dah la masa tu senja baru melabuhkan tirainya. Apa lagi si Irfan ni dengan langkah seribu keluar dari keretanya untuk melarikan diri. Sambil lari tu boleh pula dia toleh belakang. Bila toleh belakang, tengok lembaga putih tu macam kejar dia juga apa lagi longgar la kepala lutut dia rasakan dan sampai terjatuh. Dah la terjatuh, tersagat kan jalan tar tu, pengsan pula sebab terkejut lembaga putih. Hehe
Bermula dari situ la perkenalan Irfan dan Aliya. Kebetulan pula Irfan dan Izz Rayyan ni bermalam di rumah tok imam surau tersebut dan tok imam tu pula bapa si Alliya ni. Kat sini juga la bermulanya pertengkaran mereka berdua dan saling tak suka antara satu sama lain.
Suatu hari keluarga Irfan ni buat cadangan untuk kahwinkan saja Irfan ni supaya tiada lagi 'gosip liar' akan keluar lagi bila status Ierfan dah bertukar. Pada mulanya Irfan tak setuju, tapi disebabkan atas desakan ayahnya dia terpaksa la setuju. Di pihak Aliya juga begitu. Sebab hormatkan si ayah dan sayang pada ayahnya Aliya terima pinagan keluarga Irfan. Lagi pun keluarga Irfan ni kenalan ayah Aliya.
Lepas kahwin nila macam-macam ragam yang kita akan baca tentang Aliya dan Irfan ni sehingga la mereka dapat terima satu sama lain.
*~ Saya baca buku ni cepat juga la habis sebab santai tak ada konflik berat. Rasa terhibur juga la dengan gelagat Aliya dan Irfan ni.
~ Ada juga beberapa ilmu yang kita dapat dalam buku ni.
TAHNIAH buat penulis untuk buku pertama penulis ni. Harap di masa akan datang ada lagi karya penulis ni dengan hasilan yang lebih menarik dan matang.
Not bad! Walaupun ada certain part yang saya nak argue... hikhikhik
Saya rasa untuk menerangkan kursus yang mereka (Aliya & Nafisa) ambil iaitu 'ijazah sarjana muda perakaunan dengan kepujian di Universiti Malaysia Terengganu ~ ms:50' - tak perlu kot sebut 'dengan kepujian'
Bahasa yang mudah dan santai melancarkan pembacaan saya - kredit untuk itu!
cerita pasal pelakon yg sombong...irfan danish..dijodohkan dgn anak kawan bapanya..aliya marissa seorang pelajar UMT yg sdg bercuti ...majlis perkahwinan dijalankan secara rahsia...atas kehendak irfan dan juga aliya sendiri kerana irfan x nak peminat tahu siapa isterinya dan aliya sendiri ingin menjaga statusnya sebagai pelajar. walaupun mereka kawin atas pilihan keluarga, both suka sesama sendiri ttp x nak mengaku disbbkan ego..irfan kuat menyakat aliya & menyebabkan aliya kuat melenting dgn tingkah laku irfan.
konfliks yg ringan...happy ending..
sorry...still beginner in reviewing... x tau nk elaborate the story/plot..mmg fail la..
Jalan ceritanya agak longgar. Konsep seorang pelajar tahun dua kahwin dengan seorang pelakon 26 tahun itu sangat menarik, tajuk pun dah rasa 'catchy'. Untuk percubaan pertama boleh lagi dipertingkatkan. :))
My 1st novel read in 2014. The story line is simple to understand. My only comment about this novel that I found VERY distracting is the way the writer used Hahaha Hihihi Huhuhu Hehehe at every chapter when it is actually unnecessary & can be avoided / deleted from the page.
I love the fact yg cerita ni sangat simple & santai. Kisah Irfan Danish @ pelakon terkenal & Aliya Marissa @ anak imam di kg dan seorang penuntut d universiti. Perkahwinan dorang sangat lah klise, jodoh pilihan orang tua, tapi dorang menerima dengan hati terbuka, dan hubungan kekeluargaan diantara ibu bapa mereka yg sangat rapat & mesra, mengeratkan lagi hubungan mereka berdua. Tak ada scene gaduh2, lari2 menghilang diri, merajuk, drama airmata bagai ... Cerita ni sangat releks & menenangkan. Hikhikhik. Pandangan kita sejujurnya, sebagai pembaca yg kadang2 naik muak dgn cerita yg heavy drama sinetron, telenovela dan yg sewaktu dengannya. I need this kind of story to relax my mind.
Jalan cerita yang menarik dan menghiburkan. Penulisnya mesti seorang yang suka berjenaka kerana idea yang dolantarkan seolah-olah menjadi makanannya setiap hari. Sudah tentu novel ini menjadi buruan ramai kerana saya dapati buku ini bertimbun-timbun di kedai buku terkenal di daerah tempat tinggal saya tetapi beberapa hari selepas itu kedai buku tersebut telah kehabisan stok. Membantu mengurangkan stress saya kerana saya sangat terhibur dengan isinya.
kelakor part aliya kejar irfan..dh lah pakai kain semayang,.smpai pengsan si irfan..pastu pulak,.sakat ngan kaki ayam...tak padan ngan ank tok imam..sengal manjang...